Isnin, 2 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pisau dalam beg kekasih

Posted: 01 Jan 2012 11:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pisau lipat dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang disimpan di dalam beg tangan dan motosikal membawa malang kepada sepasang kekasih yang dicekup ketika sambutan tahun baru 2011 di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan berkenaan sedang leka bergembira di kawasan belakang sebuah stesen minyak di kawasan itu bersama beberapa pasangan kekasih lain.


Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata pasangan terbabit yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan badan ke atas mereka menemui senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran 11 sentimeter di dalam beg tangan milik pasangan wanita.


"Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang pasangan itu pula membawa kepada penemuan sebuah pisau lipat berukuran 20 sentimeter dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.


"Selepas disoal siasat, pasangan itu mendakwa senjata berbahaya itu bukan milik mereka. Bagaimanapun mereka ditahan dan dibawa ke balai," katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.



Full content generated by Get Full RSS.

Ajal lepas rai 2012

Posted: 01 Jan 2012 11:00 AM PST

MANJUNG: Mayat enam remaja belasan tahun bertaburan di sepanjang 30 meter jalan raya apabila kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, semua mangsa baru pulang meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan.


Difahamkan ketika kejadian, seramai 10 orang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan sebelum bertembung sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan enam mangsa yang duduk di belakang MPV berkenaan dikenali Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, mati di lokasi kejadian.


Pemandu kenderaan MPV itu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala bagaimanapun meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini, selepas menerima rawatan kecemasan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi kereta model Honda Civic dipandu seorang lelaki.

Treler berkenaan turut melanggar kedai keropok lekor dan buah-buahan.


Menurutnya, semua penumpang MPV terbabit yang baru menyambut tahun baru dengan keluar minum di bandar Sitiawan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir di sini.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Ariff perlu RM14,000

Posted: 01 Jan 2012 09:35 AM PST

BEKAS kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly berpeluang untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain profesional bersama kelab di luar negara apabila ditawarkan menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.

Ariff, 18, yang mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010 menerima tawaran itu pada 16 Disember lalu selepas pencari bakat akademi itu tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya.


Bagaimanapun, dia yang baru saja mengikat kontrak bersama skuad Piala Presiden Selangor selepas membuat keputusan meninggalkan Harimau Muda B berdepan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan selama enam bulan di sana bermula awal Mac depan.

"Saya amat berharap untuk menjalani ujian di akademi itu kerana jika berjaya saya akan ditawarkan kontrak dengan kelab seperti di New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.


"Cuma masalah yang saya hadapi ketika ini adalah untuk mencari wang untuk menampung bayaran di sana. Sekurang-kurangnya saya perlu membayar lebih kurang RM14,000 bayaran yang ditetapkan itu," kata Ariff yang beraksi di posisi pertahanan tengah.


Dia yang pernah mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008 memaklumkan sudah menyuarakan hasrat kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan pelepasan serta meminta sedikit bantuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Abang saya (Effendy) banyak membantu menguruskan hal ini, saya fikir Selangor tidak ada masalah untuk melepaskan saya sementara ke New Zealand," katanya.


Ariff pemain kelahiran Ampang, Selangor mengakui semakin bersemangat berhijrah ke luar negara selepas membaca Harian Metro sebelum ini yang menyiarkan artikel mengenai saranan bekas pemain import Sabah, Scott Ollerenshaw supaya mencuba nasib bersama kelab luar.

Dan dia tidak kisah jika ada pihak memperlekehkan usahanya itu kerana hanya menjalani ujian di akademi di New Zealand dan bukannya kelab-kelab ternama di Liga Perdana Inggeris.


"Apa yang dinyatakan oleh Ollerenshaw itu mencetus inspirasi kepada saya supaya mencari jalan sendiri untuk mencari tempat di kelab luar. Tempat untuk saya di sana belum lagi terjamin, apa yang penting saya mencuba dan berusaha keras. Saya berharap ada pihak tampil untuk membantu saya menyertai Akademi Ole," jelas Ariff.



Full content generated by Get Full RSS.

Rusa enggan terperangkap

Posted: 01 Jan 2012 09:33 AM PST

SEKALIPUN Kelantan tampil dengan reputasi besar selaku pasukan yang diperkuatkan dengan tiga pemain import, ia tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi bimbang menjelang pertembungan aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, merebut Piala Sumbangsih, di Kota Bharu, 7 Januari ini.

Sebaliknya juara Piala Malaysia musim lalu itu bukan saja bersedia untuk berdepan segala rintangan, malah sudah menanam tekad untuk memberikan persembahan terbaik dalam misi mereka melakar kemenangan walaupun beraksi di gelanggang lawan. Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengakui skuad The Red Warriors memiliki reputasi besar dari segi persiapan mereka menghadapi musim baru ini, dengan membariskan tiga pemain import, berbanding Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada sebahagiannya pemain muda.


Namun anak buahnya sudah sedia untuk memulakan cabaran dalam misi melakar kemenangan dan bakal mempertaruhkan gandingan penyerang utama, Mohd Firdaus Azizul dengan pemain import dari Cameroon, Jean Emmanauel Effa Owona.

"Saya akui Kelantan lebih berwibawa berbanding musim lalu, namun itu bukan bermakna Negeri Sembilan akan memberi laluan mudah.


"Walaupun kekuatan kita kali ini disandarkan kepada sebahagiannya pemain muda, kita masih ada beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, S Kunanlan dan Mohd Farizal Marlias.


"Mereka adalah antara tonggak utama pasukan selain Effa Owona yang akan memastikan kemenangan dan saya berharap pemain dapat memberikan persembahan lebih cemerlang sebaik turun di Kota Bharu nanti," kata Azraai semalam.

Pengendali berpengalaman itu yang sudah mengenal pasti pemain terbaik untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, mengakui anak buahnya akan turun sebagai pasukan 'underdog' tetapi sudah mengingatkan setiap pemain supaya lebih berhat-hati untuk memastikan setiap perancangan membuahkan hasil.


Beliau mengakui lega dengan kemajuan pasukan apabila pemain menunjukkan komitmen tinggi sepanjang persiapan, malah prestasi mereka juga semakin meningkat, justeru beliau yakin pemain bakal menyerlahkan kemampuan masing-masing untuk melakar kejayaan sepertimana diharapkan.

"Dengan persiapan yang sudah memasuki fasa akhir, semua pemain sudah sedia untuk menggalas cabaran dan saya yakin mereka bakal memulakan saingan itu dengan persembahan cemerlang," katanya yang memaklumkan Negeri Sembilan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B, di Paroi, malam esok.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Didera kerana enggan melacur

Posted: 01 Jan 2012 08:48 AM PST

KABUL: Seorang remaja teruk didera, dibelasah dan dikurung dalam tandas oleh keluarga suaminya selama lima bulan kerana enggan menjadi pelacur.

Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.

Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.


Sepanjang tempoh itu, kata polis, Sahar hanya diberikan sedikit makanan dan minuman.


Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.

Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.


Kata Sahar, antara yang paling kuat mendera ialah ibu mentuanya.

Pemeriksaan kesihatan menunjukkan, mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental, serta memerlukan beberapa minggu untuk pulih.


Pegawai kerajaan di Baghlan, Rahima Zafiri, berkata Sahar berasal dari wilayah Badakhshan dan baru kahwin tujuh bulan lalu.


"Dia dipaksa keluarga suaminya menjadi pelacur untuk mendapat wang," katanya.


Walaupun dirawat di hospital di Kabul, Sahar mungkin terpaksa dipindahkan ke India untuk rawatan lanjut.


Menteri Kesihatan, Suraya Dalil, berkata Sahar adalah satu daripada kes paling serius berlaku terhadap wanita Afghanistan.


Sementara itu, polis Baghlan berkata, ibu mentua dan ipar Sahar berjaya ditahan, manakala suami dan bapa mentuanya sempat melarikan diri. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

RM127 juta bina, baiki masjid

Posted: 01 Jan 2012 08:48 AM PST

JEDDAH: Terdapat kira-kira 70,000 masjid di Arab Saudi dan kerajaan membelanjakan hampir SR150 bilion (RM127 bilion) untuk kos pembinaan, pengubahsuaian dan penjagaan masjid ini sejak lima tahun lalu.

Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Ali bin Salim Al-Abdali, berkata demikian di majlis pembukaan Masjid Raja Abdullah oleh Gabenor Al-Jouf, Putera Fahd bin Badr di Sakaka, semalam.

Masjid itu yang dibina dengan kos RM25.3 juta, boleh menempatkan 3,700 jemaah.

Ali berkata, kerajaan membina 60 masjid baru dan mengubahsuai 200 masjid sedia ada sejak lima tahun lalu.


"Di wilayah Al-Jouh saja, ada 1,300 masjid," katanya.


Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah meletakkan batu asas untuk masjid Sakaka ketika melawat wilayah itu beberapa tahun lalu.

Kompleks masjid itu mempunyai dua perpustakaan, pusat dakwah, rumah imam dan khatib serta beberapa kemudahan lain.

Baru-baru ini, Raja Abdullah memperuntukkan RM422 juta untuk projek pengubahsuaian beberapa masjid.

Ali memuji usaha kerajaan membina dan mengubahsuai masjid.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Jangan ada agenda tersembunyi

Posted: 01 Jan 2012 07:09 AM PST

SEPANJANG tahun lalu, ramai bintang baru dalam lakonan muncul, namun ia sekali-kali tidak pernah menggugat kehebatan Eja.

Pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin ini jelas membuktikan bakat dan pesonanya tetap hebat apabila menang dua gelaran Aktres Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 dan juga Festival Filem Malaysia Ke-24 menerusi filem seram Janin.

Melihat kejayaan berganda itu, tidak salah dikatakan Eja pelakon wanita paling cemerlang dalam dunia hiburan Malaysia pada tahun lalu.

Pada usia 39 tahun dan 15 tahun berjuang tanpa kenal jemu, Eja akhirnya merangkul trofi kemanisan tanpa bersandarkan paras rupa atau terjebak dengan publisiti murahan. Sememangnya dia boleh dijadikan contoh.


Ketika ditemui Rap, baru-baru ini, Eja akui bukan kerja mudah untuk bertahan dalam bidang seni tanah air.


"Sebaik saja kita keluar rumah, dari hujung rambut hingga hujung kaki kita akan diperhatikan orang. Setiap perlakuan dan tindakan kita perlulah dijaga. Kita juga perlu berbaik dengan semua orang dan janganlah mencari musuh dalam bidang seni ini.

"Terus terang, saya tidak ada ramai kawan rapat dalam bidang seni kerana selepas habis penggambaran di lokasi, saya kena terus balik rumah untuk bersama suami dan anak. Itulah saja 'privacy' yang masih saya ada iaitu apabila bersama keluarga," katanya yang selalu nampak cantik.

Kata Eja, rahsia kejayaan menjadi anak seni yang berjaya adalah melakukan kerja dengan ikhlas dan jangan ada agenda tersembunyi.

"Kalau seseorang itu masuk dalam bidang seni ini sekadar menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mencari jalan pintas glamor atau menjerat golongan kenamaan, ia pasti tidak akan kekal lama.

"Kalau begitu niatnya ia tidak akan ke mana kerana orang itu tidak akan fokus lagi kepada kerjayanya. Ia hanya akan memakan diri," ujarnya.

"Saya sedar kerjaya lakonan perlukan pengorbanan yang tinggi. Kita juga jangan lekas jemu.

"Saya memang seorang yang degil dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru terutama untuk peningkatan dalam karier lakonan. Suami memang faham dengan sifat degil saya itu.

"Saya juga tidak pernah kenal erti putus asa. Semuanya kerana cinta yang begitu mendalam dalam bidang seni serta sudah sebati dalam diri saya.

"Apapun, sejak menjadi ibu, saya perlu bijak bahagikan masa supaya rumah tangga tidak

terabai. Saya bertuah kerana suami saya cukup memahami isterinya yang bekerja 16 jam sehari ini," katanya yang bersuamikan Mohd Silahuddin Jamaluddin.

Sebelum ini, Eja pernah mengungguli kategori Pelakon TV/VCD Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2004 (ABPBH2004); Pelakon Wanita Pilihan menerusi filem Bilut (FFM 2006) dan Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik (Anugerah Media Islam Negara 2008).

Ternyata, rezeki ibu kepada Nur Eishal ini semakin melimpah sejak menang anugerah yang menjadi idaman semua anak wayang. Berbanding dulu, kini, dalam tempoh sebulan, dia dapat tawaran berlakon tiga filem sekali gus.

"Ia anugerah kelima buat saya sepanjang berkecimpung dalam bidang seni. 2011 juga tahun bersejarah buat saya. Saya kembali berlakon pada Ogos 2010," katanya.

Apapun, Eja menafikan dia berlakon kerana mengejar anugerah semata-mata.

"Bagi saya, setiap produksi yang saya buat, saya akan beri 100 peratus komitmen. Apa yang penting, kita ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, kejayaan akan datang juga satu hari nanti. Kemenangan tidak akan datang dengan jalan mudah," katanya.

Menang anugerah juga bukan bermaksud Eja sudah boleh 'demand' atau letak harga.

"Tak perlulah nak 'demand'. Selama ini pun saya bersyukur dengan bayaran yang saya terima, cukup untuk makan minum dan pakai," katanya ringkas.

Namun, kata Eja, perlulah diingat kerana kejayaan bagi seseorang anak seni itu turut disokong dengan bantuan orang lain yang terbabit di sekeliling individu itu.

Kenapa Eja nak jumpa Ogy?

WALAUPUN sudah menang anugerah besar, Eja tetap menganggap dirinya masih serba kekurangan dan ingin terus menimba ilmu lakonan.

Justeru dia tidak berfikir dua kali apabila mendengar kelas lakonan yang yang dianjurkan aktres handalan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

"Menang anugerah juga bukan bermaksud kita sudah terbaik dalam semua aspek. Apabila kita ke kelas lakonan, ia akan tentu menambah lagi ilmu sedia ada dan lakonan kita boleh diperbaiki lagi. Apa yang dipelajari boleh digunakan dalam projek lakonan akan datang.

"Saya percaya, pelakon juga perlu ada ilmu dalam misi untuk menjadi pelakon yang hebat sekali gus menaikkan kualiti produk seni tempatan.

"Jadi apabila Kak Ogy beritahu dia akan anjur kelas lakonan tahun depan (2012), saya terus bersetuju kerana ingin menimba ilmu dengan pelakon hebat sepertinya," kata Eja.

Dalam pada itu, duta produk Go Cell ini turut terkilan tidak dapat kerja dengan seorang lagi bintang berkaliber, Ellie Suriaty yang baru mengarah filem genre seram, Penanggal terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd. Ellie juga seorang tenaga pengajar lakonan dan pernah membantu aspek lakonan Maya Karin dan Lisa Surihani bagi filem Ombak Rindu.

"Saya sudah dapat skrip untuk watak Sharifah Zahrah dalam filem itu tapi sayangnya tidak dapat berlakon kerana ada masalah pertembungan jadual penggambaran. Watak itu kini dilakonkan Fasha Sandha. Saya ingin sangat bekerja dengan Ellie kerana dia ada ilmu lakonan yang baik.

"Apabila mendengar Ellie melangkah setapak lagi untuk mengarah filem, saya memang teringin bekerja dengannya.

"Selain itu, saya ingin bekerja dengan pengarah filem yang kreatif seperti Zarina Abdullah yang berjaya menonjolkan Natasha Hudson dalam filem Chermin. Saya juga sudah lama tidak dengar cerita Zarina selepas filem Chermin? Apa yang dia lakukan sekarang? kata Eja.

Menyentuh kedatangan Tahun Baru 2012, Eja mengharapkan yang lebih baik buat kerjaya seninya.

"Saya sentiasa menunggu watak yang sesuai dengan usia saya sekarang. Watak remaja atau gadis pakai seragam sekolah tentu tidak sesuai lagi dengan saya.

"Kalau di Hollywood, bintang filem senior seperti Judi Dench dan Robert Redford masih lagi bawa watak utama tetapi watak itu kena dicipta khas buat usia mereka," katanya.

Dalam pada itu, peminat juga berpeluang menonton lakonan Eja pada tahun ini menerusi siri baru 13 episod, Tulus Meniti Takdir arahan dan skrip Rina Khan terbitan Layar Viana Sdn Bhd serta Masih Membara Cintaku.

7 mengenai Eja

  • Warna yang paling tak digemari?
    Biru
  • Alahan kepada?
    Ubat batuk
  • Pasar basah paling digemari?
    Pasar Malam Bangsar Baru
  • Saiz kasut anda?
    Saiz 38
  • Filem terakhir ditonton?
    Puss In Boots
  • Makanan kegemaran suami?
    Daging kentang goreng berlada
  • Destinasi pelancongan tempatan paling disukai?
    Pulau Tioman


  • Full content generated by Get Full RSS.

    1,000 sah sertai KLIS

    Posted: 01 Jan 2012 05:52 AM PST

    MEMBUKA tirai 2012, Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIS) bakal berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 30 Januari hingga 1 Februari ini.

    Acara julung kali ini bukan saja menarik perhatian karyawan tempatan, malah apa yang membanggakan, karyawan antarabangsa juga akan menghantar penyertaan menarik mereka sebagai peserta.

    Penganjurnya, KLIS Network, menunjukkan kesungguhan menganjurkan acara ini supaya ia mencapai matlamat dalam mencari karya filem pendek terbaik.

    Pihaknya menjalinkan kerjasama dengan laman sesawang antarabangsa, Withoutabox iaitu platform yang bertanggungjawab menyediakan sistem penyertaan filem ke lebih 850 festival terkenal seluruh dunia.


    Menerusi bantuan publisiti meluas menerusi laman sesawang popular ini, penganjur mengharapkan ada karya tempatan terbaik berpeluang menyertai majlis anugerah berprestij seperti Academy Awards, suatu hari nanti.


    Pengarah KLIS, Martias Mohd Ali, berkata sambutan yang diterima menerusi
    penyertaan peserta tempatan dan luar negara sangat menggalakkan.

    "Sebanyak 1,000 penyertaan layak diterima menyertai pertandingan ini. Penyertaan paling ramai datang dari Sepanyol dan Amerika Syarikat iaitu sebanyak 200 karya setiap negara.

    "Acara ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan awal apabila berjaya menarik perhatian 75 negara seluruh dunia untuk mengambil bahagian termasuk dari Jepun, Iran dan Venezuela.

    "Untuk pemilihan peringkat pertama, seramai 16 juri tempatan yang berpengalaman dalam bidang filem pendek dan animasi terbabit menilai karya yang layak bertanding," katanya ketika dihubungi semalam.

    Martias berkata, kualiti karya yang bertanding secara keseluruhan cukup memberi saingan kuat. Malah, sambil merujuk 50 karya tempatan yang menghantar penyertaan, kualiti yang dihantar ada memberangsangkan.

    "Namun, kebanyakan karya kita lebih kepada penerbitan 'video-based' berbanding karya luar negara yang sanggup melaburkan wang yang banyak untuk mendapatkan kualiti terbaik seperti mana filem cereka.

    "Selain itu ada juga karya luar negara yang membelanja kurang AS$100,000 iaitu bajet normal di sana tapi menunjukkan kualiti yang mengagumkan," katanya.

    Sebanyak empat kategori dipertandingkan, Filem Pendek, Animasi, Pelajar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Setiap penyertaan mengambil durasi antara dua hingga 20 minit. Dalam menggalakkan karya tempatan, penganjur menyediakan satu kuota untuk setiap kategori.

    Hanya empat karya Malaysia berjaya melayakkan diri terdiri Like Toy Doll oleh Yihwen Chen bertanding untuk kategori CSR, The Hipster View (Bradley Liew/kategori Pelajar), The Fisherman Son (Yoki Chin/kategori Filem Pendek) dan My Telatori (Kuan Win Chin kategori Animasi).

    Sempena KLIS, penganjur turut menganjurkan bengkel filem pendek yang diadakan
    di lima lokasi berbeza. Selepas Pulau Pinang, Perak dan Shah Alam, acara dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan diadakan di Kuala Lumpur serta dalam perancangan, sama ada Sabah atau Sarawak.

    "Sambutan yang diterima sangat positif apabila lebih 200 pengunjung datang pada setiap lokasi. Ini menunjukkan ramai yang berminat untuk tahu filem pendek dengan lebih mendalam.

    "Penganjur juga akan mengadakan satu bengkel bersama Tom Bryant yang pernah menang Kesan Visual Efek Terbaik pada Academy Awards, tahun lalu.

    Dia akan berkongsi pengalamannya dengan peserta.

    "Bengkel ini akan diadakan secara percuma di Finas pada 31 Januari ini. Tempat terhad dan sesiapa yang berminat untuk hadir boleh mendaftar menerusi emel, info@klisfestival.com," katanya.

    Martias berkata, penganjur masih mencari penaja untuk membantu dari aspek kos perbelanjaan peserta luar negara ke Malaysia.

    Seramai 30 peserta luar negara mengesahkan kehadiran termasuk seorang peserta dari Bangladesh berusia 10 tahun yang berjaya bertanding untuk kategori CSR!



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Meraung lihat jasad dua anak

    Posted: 01 Jan 2012 11:39 AM PST

    MANJUNG: "Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar," kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.

    Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.


    Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.

    Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.


    Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.


    "Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM)," katanya.

    Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.


    Tiga lagi penumpang MPV itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler terbabit, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, cedera di kaki dan kini dirawat di HSM.

    Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.


    "Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka," katanya.


    Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.


    "Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Mekanik pengsan

    Posted: 01 Jan 2012 11:28 AM PST

    PASIR PUTEH: Terkejut sejurus mendapati tiga kereta pelanggan tenggelam apabila bengkelnya ditenggelami air, seorang mekanik terus rebah akibat serangan penyakit jantung menyebabkan dia dibawa meredah air dengan diletakkan di atas pelampung tayar untuk dibawa mendapat rawatan.

    Menceritakan detik cemas dialaminya, Zulkifli Hamad, 47, berkata, dia dikejutkan jiran kira-kira jam 2.30 pagi semalam dan dimaklumkan rumah dan bengkelnya di Kampung Sungai Seligi Sungai Kelong, Bukit Abal, dekat sini, ditenggelami air sedalam satu meter.

    Menurutnya, sebaik membuka pintu, dia terkejut melihat kereta Proton Satria, Mazda Astina dan Nissan pelanggan yang dibaik pulih di bengkel depan rumahnya, ditenggelami air separas pinggang.

    "Akibat terkejut, saya terus diserang sakit jantung. Dalam kesakitan, tiga jiran kemudian meletakkan saya di atas dua pelampung tayar bagi mengharungi banjir untuk membawa saya ke jalan utama sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA)," katanya.


    Zulkifli yang dibenarkan keluar dari wad kecemasan HTA tengah hari semalam berkata, dia kerugian kira-kira RM6,000 apabila tiga kenderaan milik pelanggannya ditenggelami air menyebabkan enjin serta beberapa komponen elektronik lain rosak.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved