Selasa, 23 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jerat syarikat hantu

Posted: 22 Aug 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kerugian sekurang-kurangnya RM500,000 selepas membuat pembelian tekstil secara dalam talian daripada sebuah syarikat tekstil yang beroperasi di Zhejiang, China.

Mangsa, R A Janarthanan, 30, mengusahakan syarikat keluarganya, Janar Textile Sdn Bhd dan mula melakukan urus niaga membeli kain secara dalam talian daripada sebuah laman web syarikat tekstil terkenal Sunrise 'SHENG ZHOU' Textile Co Ltd di China sejak awal tahun ini.

Menurutnya, urus niaga pertama dilakukan pada Mac lalu dan dia membeli kain bernilai kira-kira RM170,000 daripada syarikat itu.

Selepas berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli itu, mangsa membuat tempahan kedua pada 13 Jun lalu menerusi e-mel dan pada keesokan harinya, dia menerima satu invois menggunakan kepala surat rasmi syarikat tekstil terkenal itu yang menyatakan dia perlu membayar RM503,150 iaitu nilai tempahan.


"Selepas bersetuju, saya mendapat invois kedua dan melakukan transaksi pertama berjumlah RM277,603.76 ke dalam satu akaun bank atas nama syarikat berbeza, namun transaksi berkenaan gagal kerana nombor akaun tidak lengkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Remaja lari dari rumah kerana ganja

Posted: 22 Aug 2011 09:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati 'lalok' selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.


"Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja," katanya.

Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.


"Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama," katanya.


Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.

"Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur," katanya.


Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


FAM silap percaturan

Posted: 22 Aug 2011 08:47 AM PDT

DILEMA yang dihadapi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee apabila anak buahnya terpaksa menempuh jadual padat November depan tidak seharusnya berlaku jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan dua pasukan berbeza bagi Sukan Sea Indonesia dan pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Pengkritik sukan, Serbegeth Singh berpendapat, tindakan FAM menyerahkan tanggung jawab kepada skuad Olimpik untuk mengharungi kedua-dua kejohanan itu dalam masa terdekat adalah tidak logik.


"FAM kena buat pilihan sama ada untuk mengutamakan Sukan Sea atau pusingan kelayakan Olimpik. Tapi sebenarnya kenapa perlu membuat pilihan? Kenapa tidak FAM menyediakan pasukan berbeza untuk dua kejohanan itu? "Bila kita menyediakan pasukan berlainan ia akan mencetuskan persaingan antara pemain. Bagi saya tidak logik untuk menggunakan pasukan sama untuk dua kejohanan itu, ini hanya akan menjejaskan pembangunan pemain muda," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Nasib skuad Olimpik negara ketika ini masih belum menentu berikutan jadual padat membabitkan kejohanan bola sepak bawah 23 tahun di Sukan Sea Indonesia dan pusingan kelayakan Olimpik London.


Final acara bola sepak Sukan Sea akan berlangsung pada hari penutup, 22 November manakala perlawanan kedua Kumpulan C Malaysia dengan Syria diadakan sehari selepas itu.


Jika Malaysia berjaya mara ke final Sukan Sea untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009, sudah pasti perlawanan menentang Syria di Kuala Lumpur terpaksa dilupakan.

Mungkin perlawanan itu boleh ditangguhkan sehari ataupun selepas perlawanan ketiga dengan Bahrain pada 27 November jika permohonan FAM mendapat persetujuan pasukan lawan namun faktor kecergasan pemain juga perlu diambil kira.


Menurut Serbegeth yang turut dikenali dengan panggilan Shebbie, tiga perlawanan penting dalam tempoh seminggu (jika Malaysia mara ke final Sukan Sea) pasti menyukarkan pemain muda negara.

"Seharusnya Sukan Sea biarlah pasukan baru dan kita sediakan pasukan khusus untuk Sukan Sea dan Olimpik. Biarlah Sukan Sea untuk pemain lebih muda seperti bawah 19 tahun kerana kita perlu sedar Sukan Sea kejohanan pembangunan, jangan kita raikan kemenangan di Sukan Sea seperti kita menang Piala Dunia.


"Kalau kita lihat sekarang ada pemain yang beraksi untuk skuad Olimpik dan dalam masa sama turut bermain dengan skuad kebangsaan. Akibat aksi tanpa henti, prestasi mereka mula menurun, jadi kita kena ambil kira perkara sebegini," katanya.


Malaysia yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London akan memulakan kempen menentang Jepun di Stadium Tosu pada 21 September ini.

Penerjun raih gangsa ketiga

Posted: 22 Aug 2011 08:38 AM PDT

SATU lagi pingat dituai penerjun negara di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen semalam, meskipun kem negara pulang dengan tangan kosong dalam acara terakhir 3m papan anjal terjun seirama wanita.

Pingat gangsa itu diperoleh menerusi gandingan Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong selepas kiraan mata keseluruhan dalam lima acara yang menyaksikan Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Amerika Syarikat (AS).


Ukraine yang beraksi cemerlang dalam acara terakhir itu gagal memintas pasukan wanita negara selepas ketinggalan 4.42 mata untuk berada di kedudukan keempat.

Kecemerlangan penerjun wanita negara yang mengumpul 2,336.23 mata itu menyaksikan mereka hanya ketinggalan 36.8 mata di belakang AS yang meraih perak. China pula menang emas dengan 2,674.18 mata.


"Saya gembira kerana penerjun kita berjaya mengekalkan kedudukan ketiga bagi membolehkan kita meraih satu lagi gangsa menerusi acara berpasukan," kata pengurus terjun, Mohamad Mohd Anif.


"Penerjun kita berpeluang meraih kedudukan lebih baik dan memungut lebih banyak pingat andai cukup masa melakukan persiapan. Jadi selepas ini saya akan cadangkan kepada persatuan untuk memberi perhatian serius kepada temasya Sukan Universiti Dunia ini kerana ia turut disertai penerjun ternama dunia yang boleh dijadikan pentas buat penerjun negara untuk menyerlah." Sementara itu, Mun Yee dan Yan Yee yang turun dalam acara 3m papan anjal seirama menamatkan saingan di kedudukan kelima selepas mengumpul 272.40 mata, ketinggalan 12.30 mata kepada Paola Espinosa-Arantxa Elizabeth Chavez dari Mexico yang menduduki tempat keempat.

Acara itu dimenangi penerjun China, He Zi-Wang Han yang mengatasi penerjun Russia, Olena Fedorova-Anna Pysmenska (perak) dan Bianca Alvarez-Carrie Dragland (gangsa).


Hingga hari terakhir acara terjun dipertandingkan, skuad negara memungut satu perak dan dua gangsa.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sanggup mengaku anak luar nikah

Posted: 22 Aug 2011 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.


Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.

Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.


Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.


"Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.

"Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali," katanya yang ditemui, semalam.


Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.

"Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.


"Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.


"Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak," katanya.


Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.


"Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.


"Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini," katanya.

‘Raya tahun ini lebih bermakna’

Posted: 22 Aug 2011 09:45 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: “Hari raya tahun ini lebih bermakna bagi saya selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan saya dibebaskan dan tiada kes khalwat antara saya dengan Roslin,” kata penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dalam nada yang ceria.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved