Jumaat, 20 Mei 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ringkas tetapi menyegarkan

Posted: 20 May 2011 11:50 AM PDT

ASALNYA, jauh nun di bumi Sepanyol. Walaupun berlainan benua dan dipisahkan lautan, tetapi cita rasa fesyen menyatukan jenama terkenal, Mango dengan wanita di negara ini.

Lebih dikenali sebagai MNG, jenama butik fesyen itu cenderung untuk menampilkan rekaan berunsur pakaian jalanan bersesuaian dengan cita rasa wanita muda hari ini.

Faktor fesyen terkini yang disajikan di butik fesyen itu mempengaruhi penampilan gaya penggemar fesyen rekaan jalanan kerana fungsinya lebih praktikal untuk kebanyakan majlis formal dan santai.

Tampil menceriakan lagi musim bunga dan panas kali ini, jenama berkenaan menampilkan himpunan rekaan pakaian terbaru yang moden dan segar.


Koleksi terbaru yang dinamakan Modernist Resort itu menyerlahkan rekaan minimalis yang serba sederhana, tetapi pada masa sama, masih tampak elegan dan bergaya.


Setiap helaian koleksi berkenaan mempunyai perincian sangat ringkas, namun ia diserlahkan pemilihan gaya terang seperti oren, merah, hijau, kuning dan biru ceria.

Seperti musim sebelumnya, rekaan jenama itu kali ini juga tidak mengecewakan penggemar setianya.

Himpunan pakaian kasual yang ditampilkan sama ada skirt, celana, baju paras pinggang, kardigan, jaket mahupun seluar pendek mampu menjelmakan imej tersendiri untuk wanita.

Sedikit waktu dulu, potongan skirt memang tiada bezanya meskipun berlainan jenama tetapi kini, Mango memperkenalkan rekaan terbaru yang bukan saja lebih selesa, malah menyerlahkan lagi keindahan bentuk kaki wanita.

Rekaan blausnya memang pelbagai termasuk blaus tanpa lengan serta berlengan pendek dan panjang.

Tidak hanya motif bunga-bungaan atau abstrak, ia menampilkan rekaan tidak bercorak yang boleh dipadankan dengan seluar panjang.

Blaus panjang berlengan yang ditampilkan dalam koleksi itu boleh dikatakan mempunyai dwi fungsi kerana selain sesuai digayakan pada acara santai, ia turut menarik untuk dipakai pada majlis keraian.

Umum sedia maklum sesuatu gaya yang ditampilkan bukan sekadar menonjolkan pembawaan fesyen, sebaliknya wanita harus peka dan bijak membentuk karakter untuk menampakkan gaya semula jadi.

Bagaimanapun, kalau diperhatikan, remaja dan wanita muda hari ini semakin berani menzahirkan gaya mereka dengan fesyen rekaan jalanan.

Justeru, keputusan Mango untuk menampilkan koleksi warna terang kali ini sedikit sebanyak menjadikan himpunan berkenaan sebagai pilihan untuk digayakan dengan teknik suai dan padan.

Jenama yang memiliki 1,900 rangkaian di 105 negara di seluruh dunia itu adalah pengeksport fesyen kedua terbesar Sepanyol.

Kepelbagaian rekaan yang mengikut aliran fesyen semasa menjadi faktor utama mengapa jenama itu mampu menambat hati wanita di seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Untuk bumi dan gaya

Posted: 20 May 2011 09:29 AM PDT

JIKA gemarkan bergaya sambil menitikberatkan bahan yang digunakan untuk menjaga alam sekitar, antara pilihan di pasaran adalah jenama Timberland.

Koleksinya kali ini lebih memberi fokus kepada siri Earthkeepers iaitu bagi menjaga alam sekitar melalui bahan yang digunakan dalam proses pembuatan pakaian yang ditampilkan.

Misalnya, kemeja bercorak empat segi dihasilkan dengan kesedaran menjaga alam sekitar menerusi penggunaan bahan 100 peratus kain linen yang memberikan keselesaan dan lebih ringan untuk digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti luar.

Selain itu, baju-T jenis jersi dengan perincian sulaman ditampilkan kali ini nampak ringkas dan selesa dihasilkan menggunakan kain kapas organik sepenuhnya.


Ia didatangkan dengan warna putih, biru, merah dan hijau melalui aplikasi penggunaan grafik percetakan berasaskan air bagi menampilkan kelainan pada rekaan baju yang dipakai.


Selain itu, jenama ini turut menampilkan kemeja dan baju-T untuk digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai yang nampak lebih sporty dan kemas.

Sementara itu, Timberland juga menghasilkan rekaan kasut dengan koleksi kali ini menampilkan rekaan kasut klasik yang diberikan nafas baru melalui penggunaan warna terang dan aksesori tambahan seperti tali supaya lebih selesa dan tahan lama.

Dihasilkan dengan jahitan tangan yang kemas pada tapak dapat menimbulkan gaya klasik yang diminati jejaka hari ini yang boleh digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai.

Menggunakan bahan getah pada tapaknya dapat memberikan cengkaman yang berupaya mengelakkan langkahan kaki berasa licin ketika berjalan di tempat berair.

Jenama ini turut menampilkan rekaan kasut yang memboleh–kan anda bergaya tanpa gangguan kerana mudah dipakai dan ditanggalkan sesuai bagi mereka yang mementingkan masa.

Penggabungan warna yang menarik seperti krim dan coklat serta biru dan merah menjadikannya unik dan bergaya ketika bersantai bersama teman.

Semua koleksi Timberland ini boleh didapati di pasaran dengan harga bermula RM129 hingga RM439.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Hayat hanya 14 hari

Posted: 19 May 2011 11:35 AM PDT

NASRUL NIZAM...maut
NASRUL NIZAM...maut

TUMPAT: "Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya," kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.


Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.


"Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.


"Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.


Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.

"Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.


"Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu," katanya.


Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.


"Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.


"Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda," katanya.


Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sawa 6 meter baham kambing

Posted: 19 May 2011 11:03 AM PDT

KUALA SELANGOR: Misteri kehilangan beberapa haiwan ternakan milik penduduk Kampung Asahan, di sini, sejak kebelakangan ini terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang enam meter, semalam.

Ular dianggarkan seberat 80 kilogram itu ditemui penduduk, Zailani Ambia, 37, bersama seorang rakannya ketika berjalan-jalan di kawasan ternakan kambing di kampung berkenaan.


Menurutnya, ketika terserempak ular sawa besar itu kira-kira jam 6 petang, haiwan berkenaan cuba menyerang dia dan rakannya apabila menyedari terancam. "Ketika saya berjalan di kawasan berhampiran sungai itu, saya ternampak benda pelik bergerak di kawasan semak dan terkejut melihat ular sawa yang besar seolah-olah sedang cuba membaham kambing di kandang berdekatan.

"Saya cuba menangkap ular itu, tetapi reptilia terbabit menyerang dengan ganas. Bagaimanapun, mujur saya membawa parang dan mencederakan kepalanya sehingga ular itu menjadi semakin lemah," katanya.


Zailani kemudian memanggil orang kampung membantu menangkap ular sawa yang lemah itu untuk dikurung.


Katanya, penangkapan ular sawa itu merungkai segala persoalan berhubung kehilangan beberapa kambing di kawasan kampung yang hilang secara misteri.

"Beberapa tahun lalu kami menangkap ular sawa yang hampir sama besarnya berdekatan kawasan sungai.


"Kawasan tepi sungai ini memang menjadi bahaya dan ular mudah menghampiri kandang ternakan," katanya.

Menurutnya, ular berkenaan kini dikurung sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Liga M bersih

Posted: 19 May 2011 11:54 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik nafas lega apabila saingan Liga Malaysia dikatakan bersih kerana belum terbukti wujudnya sindiket perjudian haram walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan gejala itu sudah kembali melanda bola sepak negara.

Malah badan induk bola sepak negara itu juga didapati tidak bersalah sepenuhnya berhubung dua perlawanan berstatus A menentang Zimbabwe pada 2009 yang kemudiannya dilucutkan status itu apabila lawan dari Afrika itu sebenarnya berstatus kelab.


Dua khabar gembira itu hadir selepas perbincangan sehari antara FAM bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan sekumpulan pegawai Polis Diraja Malaysia dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton kehadirannya di negara ini adalah bagi berkongsi maklumat dan data berhubung sindiket kerana ia bukanlah masalah membabitkan sesetengah negara saja, malah ia adalah isu global yang perlu ditangani bersama dan dilaksanakan secepat mungkin.


"Sukar mengenali mereka yang terbabit namun penting untuk pemain terutamanya pemain muda bertindak andai didekati individu tertentu yang kononnya menawarkan diri membantu mereka seperti mengembangkan karier di peringkat antarabangsa, sehinggalah membawa kepada gejala itu," katanya.


Beliau yang hadir bersama-sama Ketua Penyiasat, Teny Steans, Ketua Pegawai Informasi, Javier Mena dan Pegawai Pembangunan, Domeka Garamendi turut mengesahkan mereka kini menyiasat skandal mengatur keputusan perlawanan di Jerman, Finland dan Singapura sehingga membawa mereka ke Malaysia.

Namun Eaton turut menegaskan walaupun skandal itu membabitkan beberapa warga Malaysia, tiada maklumat perkara seumpama itu berlaku di Malaysia dan FAM selaku badan induk bola sepak negara juga tidak terbabit.


"Malah dua perlawanan menentang Zimbabwe pada 2009, FAM tak bersalah sepenuhnya kerana sudah mengambil semua langkah dengan betul namun kami masih siasat secara mendalam perkara itu terutama di pihak Zimbabwe," katanya.

Kehadiran delegasi Fifa itu bagaimanapun dilihat lebih terarah kepada usaha mewujudkan satu saluran komunikasi yang sama antara badan induk bola sepak dunia itu bersama-sama ahli gabungannya dalam membasmi kegiatan itu yang wujud dalam pelbagai bentuk selain memerlukan kerjasama utuh dari semua pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rexy optimis

Posted: 19 May 2011 11:52 AM PDT

BIARPUN persatuan enggan meletak sasaran besar di kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman minggu depan, jurulatih beregu negara Rexy Mainaky tetap optimis terhadap kemampuan pasukan negara mengulangi pencapaian dua tahun lalu.

Kejohanan di Stadium Conson, Qingdao, China bermula Ahad ini bagai sudah melakar nama pemilik trofi dan tuan rumah, China menjadi pilihan utama memenanginya kerana memiliki kelompok pemain terbaik lelaki dan wanita.


Pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Russia hanya perlu muncul naib juara untuk ke suku akhir, sasaran yang dianggap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) amat realistik tanpa perlu mengambil risiko kegagalan mencapai sasaran lebih tinggi jika pemain gagal melakukannya.

Namun Rexy yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke China, semalam yakin terhadap kemampuan barisan pemain negara yang diketuai Datuk Lee Chong Wei.


"Kita perlu bergelar juara jika mahu pergi jauh dari suku akhir dalam kejohanan ini. Untuk itu pasukan negara perlu mengatasi Indonesia pada perlawanan terakhir kerana kita sudah pasti menewaskan Russia," kata Rexy.


"Saya rasa Chong Wei sudah pasti mendapatkan satu mata ketika berdepan Indonesia. Mata kedua pula boleh diraih menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mempunyai peluang lebih besar ketika berdepan Alvent Yulianto-Hendra Aprida ataupun Muhammad Ahsan-Bona Septano selepas Markis Kido-Hendra Setiawan tidak disenarai.

"Beregu campuran juga boleh diharap untuk mencuri satu lagi mata. Tapi jangan dilupa beregu wanita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga mampu menyumbang mata berharga buat negara. "Jika menjuarai kumpulan, kita mampu mengelak daripada diundi berdepan pasukan pilihan seperti China, Korea dan Denmark di suku akhir kerana setiap juara kumpulan akan diberi status pilihan." Rexy mengaku Pei Tty belum cergas 100 peratus untuk bermain di peringkat tertinggi, namun beliau yakin Eei Hui boleh bergandingan dengan baik jika dipasangkan dengan Goh Liu Ying yang akan diturunkan dalam beregu campuran bersama Chan Peng Soon.


Meskipun Indonesia diberi status pilihan ke-3/4 kejohanan, skuad itu tempang di saat akhir apabila Taufik Hidayat dan Liliyana Natsir (beregu campuran) disahkan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) Rabu lalu, menarik diri.

Taufik menarik diri bagi memberi peluang kepada pemain muda, manakala Liliyana pula gagal pulih dari kecederaan siku sejak Siri Super Terbuka Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Maahad kelentong

Posted: 19 May 2011 12:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.

Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.

Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

"Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.


"Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nafi jual kopi gelatin babi

Posted: 19 May 2011 12:30 PM PDT

KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.


Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Ini hubungan profesional

Posted: 19 May 2011 09:13 AM PDT

BERULANGKAH fenomena Nur Kasih? Inilah pertanyaan yang bermain di fikiran ramai mengenai nasib filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang mula menemui penonton di seluruh negara semalam.

Sebelum ini, drama bersiri Nur Kasih mencipta sejarah apabila ditonton 19 juta orang.

Pengumuman mengenai drama ini yang dipanjangkan dalam bentuk filem disambut dengan perasaan gembira oleh penggemar setianya kerana agak kecewa dengan penamat drama yang menimbulkan banyak persoalan dan dibiarkan tergantung.

Dorongan ini menyuntik semangat buat pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa bekerja keras menghasilkan NKTM.


Akhirnya, penantian peminat yang tidak sabar melihat kesudahan hubungan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah, Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) terlaksana apabila NKTM ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.


Kabir dan Mira sudah mengotakan janji menghasilkan filem yang sarat dengan warna-warni kehidupan.

Jika rantaian Nur Kasih berkisarkan tiga watak ini, acuan serupa turut dikekalkan dalam filem terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd kerana inilah yang peminat mahukan.

Gabungan berkenaan yang menimbulkan kesan dramatik terhadap penonton sehingga spontan membuatkan mereka mengalirkan air mata tanpa dipaksa.

Komen diberikan media yang berkesempatan menonton sesi prebiu NKTM ada pro dan kontra.

Di sebalik pujian yang diberikan, ada yang melihat beberapa kelemahan boleh diperbaiki bagi memantapkan lagi filem ini. Namun, semuanya tidak menjadi kudis buat peminat kerana dikhabarkan tayangan di seluruh negara semalam mendapat sambutan hebat.

Malah, awal-awal lagi pencinta Nur Kasih sudah membuat tempahan tiket bagi memastikan menjadi individu terawal menonton NKTM.

Turut berbuat demikian ialah kelompok peminat setia pelakon NKTM yang menubuhkan Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZR FC) dan Kelab Peminat Remy Ishak (RIFC) serta Kelab Peminat Fizz Fairuz yang mengadakan sesi tontonan beramai-ramai awal pagi semalam.

Remy dan Tiz yang hadir ke Balai Berita untuk sesi promosi NKTM mengakui sudah melakukan yang terbaik.

Kini segala keputusan diserahkan kepada peminat bagi menentukannya.
"Alhamdulillah, syukur jika betul NKTM dapat sambutan peminat pada hari pertama.

"Sebenarnya kami ikhlas berlakon apabila Nur Kasih diterbitkan dalam bentuk filem. Kutipannya bukanlah menjadi isu sangat kerana yang penting kami dapat mengubati kerinduan peminat setia drama ini.

"Secara jujur, saya mengakui sangat puas hati dengan skrip cerita ini dan pelbagai aspek di dalamnya.

"Tak dinafikan perasaan saya berdebar-debar sebelum ini menunggu tarikh tayangan. Tambahan pula komen yang diberikan oleh media merangkumi pelbagai jenis.

"Bagaimanapun setiap orang mempunyai pendapat sendiri dalam perkara ini.

"Walaupun ada perbezaan jalan cerita dengan Nur Kasih di mana Nur Amina digambarkan tetap kukuh sebagai isteri yang taat dan sayangkan suaminya sepenuh hati.

"Cuma jika dalam drama, dia hanya berserah dengan apa yang terjadi, tetapi dalam versi filem, Nur Amina menjadi semakin matang berhadapan cabaran. Konfliknya lebih besar dan dia cuba mencari jawapan terhadap apa yang berlaku," katanya.

Pelakon berusia 23 tahun ini mengakui begitu teruja apabila drama berkenaan difilemkan.

Namun, perasaan ini berbaur takut kerana bimbang sentuhan Nur Amina hilang dari dalam dirinya. Dalam pada itu, ada yang beranggapan popularitinya semakin pudar kerana gagal mengekalkan gelaran Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang dimenangi pada tahun sebelumnya.

"Dari segi populariti, saya masih ada peminat. Cuma mungkin saya tak bernasib baik kali ini.

"Sebenarnya kekalahan ini diterima dengan hati terbuka kerana saya banyak belajar dari watak Nur Amina bahawa kita tak boleh lawan ketentuan Allah.

"Menerusi Nur Kasih, kemenangan saya dinilai peminat yang nampak pencapaian saya. Ia adalah bonus ketika itu.

"Bagaimanapun, menang atau kalah tiada dalam kamus hidup saya kerana yang penting saya sudah diterima dalam bidang seni. Banyak perkara yang saya belajar dari skrip tulisan Mira yang bukan kosong.

"Terima kasih kepada peminat yang sentiasa beri galakan dan kepercayaan serta terima kasih juga buat bapa saya yang berpesan supaya serius dalam bidang yang diceburi," katanya yang turut berduet dengan Yasin menyanyikan lagu tema NKTM.

Berbeza dengan Tiz, Remy berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2010, buat kali kedua seperti tahun sebelumnya.

Pelakon berusia 29 tahun ini menganggap NKTM lebih menarik kerana terdapat banyak konflik di dalamnya.

Ia adalah penamat kesudahan cerita Nur Kasih yang tiada sambungannya lagi selepas ini.

"Saya rasa seronok bercampur terharu dengan kejayaan rantaian Nur Kasih dan sambutan hebat peminat. Tak susah untuk saya gilap semula watak Adam kerana karakter ini sudah ada dalam jiwa saya. Cuma dari segi kerja produksi memang berlainan kerana lebih besar. Setiap watak dalam NKTM adalah matang.

"Adam masih berdepan konflik dalam diri dalam mencari erti kehidupan yang sebenar. Elemen emosi yang dikekalkan serta beberapa adegan mencemaskan turut mewujudkan kesan dramatik NKTM.

"Saya sendiri tak sangka ada elemen aksi disuntik dalam NKTM. Saya percaya NKTM hebat dan harap penonton puas apabila menyaksikannya di pawagam.

"Mesej yang ditampilkan cukup padat iaitu kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Penonton akan dibawa melihat apakah yang terjadi dan pengalaman hidup yang ditempuhi Adam.

"Ceritanya sangat dekat dengan semua orang kerana berlaku dalam kehidupan seharian," katanya yang begitu teruja dengan sinematografi yang ditampilkan.

Beralih keluar ke dunia realiti, gandingan dua hati 'pasangan suami isteri' ini bukan saja disatukan dalam Nur Kasih dan NKTM, sebaliknya hubungan mesra ini dikatakan terbawa-bawa hingga keluar filem.

Bahkan ada gosip yang mengatakan mereka sudah berani berjalan berdua-duaan di khalayak umum.

Namun ada juga yang mengatakan hubungan ini hanya sebahagian gimik promosi NKTM.
"Bagi saya itu hanyalah cakap-cakap orang untuk wujudkan cerita dan warna dalam bidang seni.

"Saya tak boleh terima gosip yang keluar melainkan ada bukti bergambar. Gosip ini bukan keluar dari kami sendiri. Sebenarnya, saya lebih suka bekerja dengan artis wanita termasuk Tiz atas dasar profesional.

"Tunggulah hingga sampai masanya. Kalau boleh, soal cinta dan peribadi saya lebih suka simpan sendiri. Namun jika ada benda baik saya akan umumkan nanti. Buat apa nak sorok benda sebegini. Sama ada kami bercinta atau tak, semua kena menonton NKTM kerana ia jawapannya sama seperti filem ini iaitu segala yang berlaku adalah kehendak Illahi," kata Remy penuh bermakna.

PROFIL

NAMA: Mohammad Zalimei Ishak
NAMA PANGGILAN: Remy Ishak
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
USIA: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Negeri Sembilan
MULA BERLAKON: 2006
FILEM: Anak Halal, Duhai Si Pari Pari, Cun, Nur Kasih The Movie, Aku Kau Dan Dia
DRAMA: Sindarella, Obsesi, Awan Dania, Arjuna, Suraya
TELEFILEM: Iktikaf, Jalan Pintas Ke Neraka, Takbiratul Ihram, Sesuci Kasih
LAIN-LAIN: Model iklan Kopi Radix, KL Tourism, 5M, Dashing, klip video Alyah, Kisah Hati
PENCAPAIAN: Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dan 2010

PROFIL

NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak
PANGGILAN KOMERSIAL: Tiz
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
USIA: 23 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina, Gemilang
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Keabadian Cinta, 7 Lagu
FILEM: Nur Kasih The Movie, Cinta Kura-Kura
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09), Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

  • Pakaian Remy:
  • Jaspal (baju hijau) & Calvin Klein (baju putih)
  • Pakaian Tizz:
  • Mimpikita (21, Jalan Telawi, Bangsar)

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bukan saluran terpinggir

    Posted: 19 May 2011 08:23 AM PDT

    MERENTASI lima tahun pertama perjalanannya, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, TV9 tidak pernah berhenti dalam menyediakan kandungan terbaik buat penonton setianya.

    Meskipun masih baru dalam lapangan operasi penyiaran, stesen televisyen yang mengangkat tagline Dekat Di Hati ini belum pernah gagal membariskan pelbagai program berkualiti baik drama tempatan hingga ke material realiti yang boleh dibanggakan.

    Lihat saja Akademi Al-Quran, Cari Menantu dan Gadis Melayu yang begitu kuat jenamanya dan mendapat jumlah penonton yang melangkaui imaginasi pihak produksi sendiri.

    Belum lagi dengan kejayaan dan reaksi luar biasa penonton terhadap rancangan realiti kanak-kanak, Idola Kecil yang jauh melepasi sasaran.


    Letak ke tepi segala persepsi yang sekian lama bersarang di minda ramai penonton televisyen yang melihat TV9 sebagai sebuah saluran yang jauh ketinggalan, jarang menjadi pilihan serta kandungan yang longgar kerana mungkin ada mata yang terlepas pandang.


    Menyangkal sekeras-kerasnya andaian itu, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Sherina Nordin menyifatkan persepsi itu hanya dilakukan kerana membandingkan senarai kandungannya dengan stesen televisyen yang lain tanpa memikirkan sambutan penonton lain.

    "Persepsi dan andaian adalah subjektif dan terpulang pada individu untuk meletakkan pandangan masing-masing. Mungkin perlu saya akui akan tanggapan kononnya TV9 bagai tersisih dan jauh tersasar popularitinya berbanding stesen lain tapi perlu juga dilihat, konsep dan penjenamaan kami berbeza.

    "Bukan kandungan program kami tidak baik, kurang kualiti atau tiada elemen popular, sebaliknya semua susun atur intisari rancangan yang kami sediakan mengikut piawaian asal dan mencapai objektif kami. Malah penonton sasaran kami juga berbeza kerana kebanyakan program yang kami sediakan lebih cenderung untuk tontonan keluarga dan kanak-kanak.

    "Bagaimanapun, suka ingin saya jelaskan, TV9 berjaya menghimpunkan jumlah penonton yang ramai hingga tersenarai sebagai stesen televisyen kedua selepas TV3 dengan 8.9 peratus terutama pada waktu puncak. Malah, kandungan kartun untuk kanak-kanak juga adalah yang terbaik hingga mencapai sasaran ditetapkan.

    "Justeru, saya tidak melihat andaian atau persepsi itu sebagai satu masalah kerana kayu pengukurnya adalah jumlah penonton, tarikan pihak pengiklan dan sambutan yang diberikan. Itu sudah cukup menggambarkan TV9 bukan sembarangan saluran," katanya ketika ditemui dalam satu sesi ramah mesra bersama media, baru-baru ini.

    Puas meneroka perjalanan lima tahun awal bagi mencari identiti terbaik, ramuan paling berkesan serta hala tuju yang mampu membawa saluran ini ke fasa seterusnya, TV9 bersedia bagi menampilkan satu lagi dimensi lain yang ada pada konsep keseluruhannya.

    Masih mengekalkan corak kandungan yang sama, kali ini sempena menyambut ulang tahun kelimanya, TV9 ingin mengalih sedikit haluan untuk tidak hanya meletak fokus pada golongan keluarga dan kanak-kanak, sebaliknya kini mereka ingin menakluk selera remaja pula.

    "Sebelum ini kita tidak pernah meletak sepenuh fokus pada kandungan muda buat golongan remaja memandangkan stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad lain sudah mengangkat tema sebegitu. Namun selepas bertahun-tahun kekal dengan formula sama, kami sepakat untuk memberi nafas baru buat stesen dengan menghidangkan kandungan buat remaja pula.

    "Umpamanya sebagai permulaan, kami memperkenalkan program Ekspresi Remaja bertempat di Management & Science University (MSU) di Shah Alam dengan membuka gelanggang kepada remaja menunjukkan bakat masing-masing menerusi muzik. Memang menyeronokkan kerana mereka berpeluang mengekspresikan diri dengan pelbagai idea kreatif dan gaya yang bersahaja.

    "Malah sempena sambutan kelima TV9 ini juga, kami menganjurkan konsert istimewa dalam konsep 'jamming' yang akan diadakan pada Jumaat di Pavilion Kuala Lumpur. Bayangkan, kami memilih dua ikon muda yang juga anak seni yang punya pengaruh kuat kepada golongan muda iaitu Aizat dan kumpulan Hujan bagi menggambarkan keseluruhan idea penganjuran.

    "Mereka akan berada di Pavilion bagi menghiburkan peminat, sekali gus mengajak remaja untuk memberanikan diri mencapai impian masing-masing. Selain mereka berdua, kami turut menghimpunkan beberapa kumpulan muda lain termasuk Pesawat, AwanBand, Gabba Gabba dan Grey Sky Morning.

    "Kemudian kami akan menganjurkan sebuah lagi konsert gigi pada 9 dan 10 Julai depan yang turut memberi peluang kepada golongan remaja untuk yang mempunyai kumpulan muzik sendiri untuk hadir dan menyertai pertandingan nyanyian yang kami anjurkan.

    "Ini satu lagi alternatif dan usaha yang kami lakukan bagi menarik penonton remaja pula berasak mengikuti kandungan rancangan kami," katanya.

    Yakin dan percaya akan usaha yang dilakukan kali ini, Sherina hanya mengharapkan remaja dan penonton muda pula memberi perhatian kepada TV9.

    "Percaturan strategi ini juga akan kami susun hingga ke masa depan dengan pelbagai lagi aktiviti yang mula diatur. Kemungkinan besar kami akan besarkan lagi program yang mendapat sambutan serta memperkenalkan lagi program baru yang jauh lebih berkualiti.

    "Jika sebelum ini kami berjaya dengan karnival Upin & Ipin, lantas kami merancang untuk mencari fenomena baru pula untuk golongan remaja yang mungkin akan membantu meningkatkan lagi peratusan tontonan TV9," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved