Selasa, 28 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tenang & nyaman

Posted: 28 May 2013 08:53 AM PDT

Potpuri sering digunakan bagi menjadikan suasana ­lebih nyaman dan tenang.

Di pasaran terdapat ­pelbagai jenis haruman yang mampu memberi ketenangan sama ada wangian lavender, mawar atau oren yang semuanya memberikan fungsi berbeza.

Selain diletakkan di ruang tamu rumah, potpuri boleh digantung di dalam kereta kemudian ditambah pewangi apabila ­haruman semula ­jadinya sudah mulai hilang.

Menurut pereka hiasan dalaman, Nazruddin Daud, potpuri boleh juga dihasil­kan sendiri menggunakan bahan terbuang seperti bunga telur atau gubahan bunga sebagai perkara asas. Apa yang perlu dilakukan adalah mengasingkan ­bunga atau manik yang terdapat pada bahan terbuang itu untuk dilekatkan pada bahan potpuri.

Foto

ANTARA bahan digunakan untuk membuat potpuri.

Foto

ASINGKAN bunga yang tidak digunakan daripada tangkainya.

Foto

LEKATKAN bunga kertas menjadi satu kelopak comel. Kemudian ikat dengan reben.

Foto

TAMBAHKAN tangkai bunga supaya tidak kosong.

Foto

LEKATKAN bunga yang sudah diasingkan tadi.

Foto

AMBIL reben kemudian jadikan ikatan ringkas seperti dalam gambar.

Foto

TAMBAHKAN haruman mawar supaya potpuri berbau harum.

Foto

SEDIA digantung di dalam kenderaan.


"Selain praktikal, menghasilkannya sendiri dapat memberi kepuasan kepada individu serta memilih haruman yang mereka inginkan. Ia boleh dihasilkan seperti ­mangkuk berisi pel­bagai bunga dan herba kering. Kemudian campur wangian seperti mawar, lavender, chamomile, daun pudina, batang kayu manis dan ­rosemary pada bahan potpuri untuk memberi haruman berpanjangan," katanya.


Selain itu jelas ­Nazruddin, bagi mereka yang ingin mendapatkan bau segar boleh menambah wangian buah seperti limau kering atau kulit ­limau namun pastikan semua bahan benar-benar sudah dikeringkan ­sebelum ­mencampurkannya. Tempatkan potpuri di meja ruang tamu, sudut ruangan atau tempat strategik seperti digantung di dalam kenderaan.

"Selain memilih mangkuk atau cawan sebagai bekas pot­puri, anda juga boleh membuat kantung haruman dengan mengisi bunga kering di dalamnya.

"Kantung ini boleh diletakkan di ruang pengering cucian, laci meja, almari, kotak penyimpan barang atau digantung di ruang tamu rumah. ­Beberapa jenis ­bunga seperti lavender, selain mengharumkan ruangan juga berfungsi sebagai ­pengusir hama," katanya yang menunjukkan cara ringkas dan mudah menghasilkan potpuri daripada bahan terbuang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28

Panduan kemas dapur

Posted: 28 May 2013 07:23 AM PDT

Mengekalkan kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutama ketika memasak.

Segenap ruang perlu dibersihkan termasuk percikan minyak masak yang melekit atau kesan tumpahan makanan di meja, dapur dan lantai selain rak serta almari dapur berhabuk.

Tugas ini memang memenatkan apatah lagi jika memiliki anak kecil malah jika dapur sering digunakan, rutin mengemas seharusnya menjadi lebih kerap.

Berikut beberapa panduan untuk meringankan bebanan kerja mengemas di dapur:

  • Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan.


    Ini termasuk bekas aiskrim, botol plastik dan peralatan memasak seperti penapis. Masukkan semua barang ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan jika masih tidak digunakan, buang atau berikan kepada orang lain.

    Selain itu, penggunaan barangan didapur perlu diminimumkan mengikut kesesuaian keluarga.

    Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan saja dalam kabinet dapur.

    Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah.

  • Selepas memasak basuh semua peralatan memasak.

    Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihkan.

    Menangguhkan kerja mencuci boleh menambahkan bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak.

    Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk dikumpul tidak dicuci.

    Jika sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak mudah saja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah hingga berbau dan berulat baru hendak membuangnya.

    Selain itu, tuala dapur dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunakan air panas.

  • Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara.

    Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air.

    Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutama selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan.

    Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

  • Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kotoran masuk ke dalam makanan. Kemudian bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap kali penggunaan.
  • Mesin pengisar perlu dibuka dan dibersihkan selepas digunakan bagi mengelakkan kesan kotoran melekat.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air suam. Jangan sesekali menggunakan sabun atau bahan pencuci. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
  • Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Kereta terbang sebelum terbalik

    Posted: 27 May 2013 11:27 AM PDT

    Kuantan: "Memang macam dalam filem apabila saya melihat sebuah kereta secara tiba-tiba berpusing dan terbalik melanggar laluan pejalan kaki.

    "Saya terus berlari untuk melihat keadaan pemandu dan membantunya keluar kerana bimbang kalau-kalau keretanya terbakar," kata pengawal keselamatan, Mohd Norakmal Abdullah, 48, saksi kejadian sebuah kereta terbalik di Jalan Tun Ismail 1, di sini, semalam.


    Dalam kejadian jam 6 petang itu, seorang pekerja kilang, Cheryl Lee, 39, nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika membelok ke jalan berkenaan.

    Mohd Norakmal berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugasnya di sebuah premis syarikat telekomunikasi sebelum mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah kereta jenis Perodua Kembara 'terbang' sebelum terbalik.


    Dia yang baru sebulan bekerja di premis berkenaan berkata, dia sempat bertanya keadaan pemandu wanita berkenaan dan sebaik mangsa memberi tindak balas, dia terus menarik pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa.


    "Mujur pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius namun saya menasihatkannya untuk membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang berlaku kecederaan dalaman," katanya.

    Foto

    KERETA dipandu mangsa yang terbalik di Jalan Tun Ismail 1, semalam.

    Sementara itu, Cheryl berkata, dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku sebaliknya hanya tersedar apabila keretanya sudah terbalik.


    Katanya, dia yang memandu secara bersendirian dalam perjalanan menuju ke sebuah pasar raya, di sini, selepas menghantar rakannya di Terminal Makmur.

    "Sebaik membelok ke jalan ini (Jalan Tun Ismail 1) kereta saya bagaikan hilang kawalan dan selepas itu saya sudah tidak ingat apa-apa lagi..sedar-sedar saja kereta saya sudah terbalik," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Anak bunuh mak

    Posted: 27 May 2013 11:49 AM PDT

    Kajang: Seorang lelaki sanggup bertindak kejam terhadap ibu kandung dengan memukulnya menggunakan kayu hingga koma, gara-gara wanita itu menyembunyikan alat kawalan jauh pendingin udara bagi menjimatkan bil elektrik kediaman mereka dalam kejadian Jumaat lalu.

    Selepas tiga hari bertarung nyawa wanita berusia 59 tahun yang parah di kepala meninggal dunia di Hospital Kajang kelmarin akibat tindakan melampau anak sulung daripada enam beradik berusia 41 tahun itu.

    Bapa saudara suspek, Liew Kuan Seng, 49, berkata, anak saudaranya itu tinggal bersama mangsa, Liew Kim Thai, di Kampung Baru Semenyih namun lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung hidup dengan ibunya.

    Menurutnya, mangsa sudah banyak kali menegur perbuatan anaknya kerana beberapa bulan tidak bekerja menyebabkan dia menyara kehidupan suspek.

    Foto

    Berang mangsa sorok alat kawalan jauh pendingin udara.


    "Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12 tengah malam Jumaat lalu, anak saudara saya itu menengking dan memarahi ibunya kerana dia tidak menjumpai alat kawalan pendingin udara.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28

    Raja Lawak rehat Apek

    Posted: 27 May 2013 11:47 AM PDT

    Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 44, direhatkan sebagai juri tetap program realiti Raja Lawak musim ketujuh selepas dia bersama tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

    Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, keputusan untuk merehatkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak terkenal itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.

    "Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai," katanya.

    Nizam berkata, Astro tidak pernah menggantung atau menggam mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka tanpa alasan kukuh.

    Foto

    SAIFUL Apek keluar dari mahkamah, semalam.


    "Kami cukup profesional dan bertolak-ansur dalam hal sebegini," katanya.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    'Diejek penyokong'

    Posted: 27 May 2013 09:08 AM PDT

    Brasilia: Pemain paling berbakat Brazil, Neymar diejek penyokong lawan pada penampilan terakhir bersama Santos semalam, sehari selepas mengesahkan akan berhijrah ke Barcelona musim depan.

    Neymar gagal membantu pasukannya ketika seri tanpa jaringan menentang Flamengo pada perlawanan pembukaan kejohanan liga Brazil di stadium baru Piala Dunia di ibu negara Brazil itu.


    Penyerang berusia 21 tahun itu, yang dilihat sebagai prospek paling menyerlah dalam bolasepak, mengumumkan memilih Barca bukannya Real Madrid dan akan meninggalkan Santos untuk mengikat kontrak lima tahun dengan kelab Catalan itu.

    Sebilangan besar daripada 63,500 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Mane Garraincha di Brasilia adalah penyokong Flamengo yang mencemuh Neymar apabila dia mengawal bola dan bersorak apabila dia kehilangan bola.


    Bintang Brazil dengan rambut ala Mohican itu menangis ketika lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum perlawanan, yang terakhir buatnya dengan kelab itu.


    "Satu penghormatan bermain buat pasukan sehebat Santos, saya gembira dapat melakukannya," katanya.

    Foto

    Neymar

    "Setiap kanak-kanak mempunyai impian, sama ada sebagai pemain, doktor gigi atau wartawan. Impian saya menjadi atlet profesional dan berjaya meraihnya. Hari ini Barcelona memenuhi impian saya." Sesetengah penyokong Flamengo yang mengejek Neymar semalam mungkin akan bersorak buatnya di stadium sama pada 15 Jun ini apabila dia turun beraksi buat Brazil menentang Jepun pada perlawanan pembukaan Piala Konfederasi, kejohanan lapan negara raptai kepada Piala Dunia tahun depan.


    Neymar tidak pasti bila akan berkunjung ke Barcelona namun berkata, dia teruja dengan prospek bermain di samping Lionel Messi, Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Dani Alves.

    "Peminat Santos sering menyokong saya. Saya hanya boleh berterima kasih kepada mereka dan berkata semoga kita berjumpa lagi kerana satu hari saya akan kembali." - Reuters

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

    KHS Factory optimis

    Posted: 27 May 2013 08:33 AM PDT

    Kuala Lumpur: Mempertaruhkan pelumba kebangsaan, pasukan KHS Factory meletakkan sasaran mengungguli kategori terbuka lelaki dan wanita sirkit pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Putrajaya pada 1 dan 2 Jun.

    Tiga pelumba kebangsaan yang berkhidmat bersama Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM) dalam acara lebuh raya menjadi taruhan buat KHS di samping beberapa pelumba muda yang bakal diketengahkan.


    Pengurus pasukan Azril Padli, 26, berkata, matlamat utama pasukannya untuk cuba memberi saingan sengit dan berusaha selagi termampu kerana sedar saingan yang bakal diterima pastinya sengit terutama dengan kehadiran pelumba ternama lain.

    Katanya, beberapa strategi akan cuba digunakan dalam usaha pelumba memburu kedudukan podium.


    Menurutnya, mereka meletakkan sasaran kepada Mohd Nor Rizuan Zainal, Shahrul Nizam Che Hishamudin untuk kategori lelaki manakala Jacklyn Diana Andrew diharap mampu menguasai kategori wanita.


    Sebagai pasukan baru bertapak, Azril berkata, beliau akan berusaha membangunkan sukan basikal bukit ini kerana aktiviti seperti itu mampu mengetengahkan lebih banyak bakat ke peringkat antarabangsa. "Saya harap pelumba KHS menampilkan aksi mantap dan kerjasama baik bersama ahli pasukan," katanya. Aksi bermula di Presint 15, Putrajaya (1-2 Jun), Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu (23-24 Ogos), Legoland Nusajaya (28-29 Oktober), Kellie Castle (26-27 Oktober) dan Selangor yang belum diputuskan tarikhnya. Saingan membabitkan Elit, Terbuka Metro (Jamboree) dan Demonstrasi/Pameran dengan sasaran menarik peserta tempatan dan Asia Tenggara. Acara Elit mempertandingkan tiga kategori membabitkan peserta lelaki, wanita dan Master bagi peserta lelaki dan wanita berumur 45 tahun ke atas dengan setiap kategori berlangsung dengan format pertandingan berdasarkan Cross Country Olympic (XCO) membabitkan jarak sejauh tiga hingga tujuh kilometer dalam masa yang ditetapkan. Terbuka Metro (Jamboree) pula terbahagi kepada empat kategori, Terbuka Lelaki, Wanita, Master (lelaki dan wanita 45 tahun ke atas) dan Junior (bawah 23 tahun) dalam perlumbaan sejauh 40 kilometer. Maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan, kategori dan penginapan, layari laman http://mtbgp.hmetro.com.my atau hubungi Riadz Radzi (019-6434049).

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Advertorial: Perang Kenderaan Kuasa Tinggi

    Posted: 27 May 2013 12:30 PM PDT

    Sebaik mana pengupasan jalan cerita, lakonan serta arahan filem-filem 'Fast & Furious' yang didambakan penonton adalah tayangan kereta-kereta berkuasa tinggi serta babak-babak aksi yang menonjolkan kelebihan setiap jentera ini ke tahap maksimanya.

    Antara kereta-kereta yang pernah membuat penampilan mereka di dalam francais 'The Fast and the Furious' termasuk 1970 Dodge Charger, 2000 Honda S200, 1999 Nissan Skyline GT-R, 2001 Honda S2000, 2006 Mitsubishi Lancer Evo IX, 1967 Ford Mustang, 1987 Buick GNX, 2008 Subaru Impreza WRX STi, 1965 Chevrolet Corvette Grand Sport dan 1966 Ford GT40.

    Meskipun 'Fast & Furious 6' berlatarbelakangkan Eropah, namun pengarah dan penerbit masih tetap dengan pendirian untuk menampilkan 'American muscle cars'. Hasilnya, kereta-kereta seperti 1970 Jensen Interceptor, 2012 Aston Martin DB9, 2012 Lucra LC470 dan 2012 Alfa Romeo Guilietta akan berkongsi lebuh raya dengan sebuah 1969 Dodge Daytona, 1971 Mark-1 Ford Escort dan 1969 Ford Anvil Mustang. Turut kembali membuat penampilan mereka termasuk 2010 Dodge Challenger, 2010 Nissan GT-R, 2012 Dodge Charger, Subaru BRZ, 2008 BMW M5 dan Mercedes-Benz G-Wagon.

    Hasrat pengarah Justin Lin dan penyelaras kereta Dennis McCarthy adalah untuk memastikan setiap kereta yang ditampilkan adalah organik kepada penceritaan filem selain memperkenalkan sebanyak mungkin kereta-kereta klasik di dalam 'Fast & Furious 6'.


    Bagaimanapun, bukan bermaksud setiap kereta ini dibeli bagi tujuan penggambaran. Sebaliknya, McCarthy terpaksa membina kereta mereka sendiri. Kos membeli sebuah 1969 Dayton, sebagai contoh, boleh mencecah USD500,000. Tetapi ini memberi mereka kebebasan untuk menyesuaikan setiap kereta kepada tugasan tertentu. Kebanyakkan kereta yang digunakan di dalam 'Fast & Furious 6' dibina di bengkel McCarthy di Los Angeles sebelum dihantar ke United Kingdom.


    Namun, kereta yang pasti mendapat perhatian penonton di dalam 'Fast & Furious 6' adalah Flip Car. Cetusan idea Lin, kenderaan ini bertujuan untuk meredah jalan raya dan melancarkan kereta-kereta yang bertembung dengannya ke udara. Untuk melihat Flip Car ini beraksi, jangan lupa saksikan 'Fast & Furious 6 'yang sudah mula ditayangkan di pawagam pada 23 Mei 2013

    Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

    Tak gentar saingan bintang baru

    Posted: 27 May 2013 04:10 AM PDT

    Aktor popular Korea Selatan, Zo In Sung atau Jo In Sung, menganggap dirinya amat bertuah apabila bercakap mengenai perjalanan kerjaya. Bagi Zo, peluang dan ruang untuk terus bernafas selama 15 tahun dalam atmosfera hiburan Korea yang sengit bukan perkara mudah.

    Katanya, kelangsungan kerjaya dan jenamanya sebagai pelakon untuk tempoh itu tidak hanya terletak pada prestasi dan populariti akan tetapi tuah yang baik.

    Ujar pelakon berusia 32 tahun ini, dia menganggap dirinya bernasib baik kerana mendapat kepercayaan dan kasih sayang yang tidak putus daripada peminat di merata tempat menerusi kerjanya.

    "Saya menganggap diri saya ini sangat bertuah dalam kerjaya. Sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, saya dapat merasakan kasih sayang dan sokongan yang berterusan daripada peminat menerusi kerja saya.


    "Ia adalah perkara yang hebat apabila kerja kita (drama) ditayangkan di merata dunia, sekali gus dapat mengembangkan profil dan jenama dengan lebih luas," katanya ketika berkunjung ke Kuala Lumpur bersempena promosi drama bersiri That Winter, The Wind Blows di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.


    Menyambung perbualan, Zo lantas diuji mengenai soal persaingan yang perlu dihadapi dengan kebanjiran bintang-bintang Korea yang jauh lebih muda.

    Sempat menghela nafas pendek sebelum menjawab, Zo berkata, lambakan bakat muda yang terkenal dan digilai ramai masa kini bukan isu utama kerana dia sentiasa percaya kepada nilai dan kekuatan pengalaman yang dimilikinya.

    "Tiada apa yang dapat mengatasi pengalaman dimiliki seseorang. Saya tidak perlu gentar dengan persaingan kerana kelebihan yang saya miliki iaitu pengalaman.

    "Bagi saya perkara itu adalah kekuatan yang saya ada walaupun industri hiburan Korea hari ini dipenuhi ramai bakat baru yang terkenal dan menjadi kegilaan di seluruh dunia.

    "Tak perlu saya gentar dengan persaingan kerana saya mempunyai kelebihan berbanding mereka iaitu pengalaman selama 15 tahun," katanya bersungguh-sungguh.
    Beralih kepada limpahan populariti dan perhatian diterimanya sebagai bintang popular, Zo berkata, bergelar seorang pelakon adalah sebuah kerjaya sama seperti profesyen lain.

    Namun mungkin faktor publisiti dan glamor yang menjadi sebahagian elemen kerjaya ini membuatkan bidang ini berbeza dan diangkat sebagai kerja yang lebih istimewa dan glamor.

    "Pada saya pula, tiada apa yang istimewa mengenai bidang kerjaya ini. Hanya kerana saya seorang pelakon, itu tidak menjadikan diri saya berbeza atau istimewa berbanding manusia lain. Cuma mungkin saya selalu diperhatikan.

    "Di luar waktu kerja, saya sama seperti orang lain yang cuba menjalani kehidupan normal sebaik mungkin. Di sebalik populariti dan perhatian umum, saya tetap keluar makan dan minum, menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau orang-orang yang rapat dengan saya.

    "Terus-terang, tiada apa yang perlu dikawal atau meletakkan sempadan dalam kehidupan harian hanya kerana saya seorang pelakon. Kita sebenarnya tidak perlu bimbang sekiranya tidak membuat kesalahan," katanya.

    Tambah pelakon bertubuh setinggi 1.87 meter ini, populariti serta perhatian umum bukan perkara yang mengganggu atau mendatangkan tekanan kerana dia sudah terbiasa dengan keadaan itu selepas 15 tahun bergelar anak seni.

    "Bayangkan sendiri tempoh itu bukannya waktu yang singkat. Sepanjang tempoh itu saya sudah membiasakan diri dengan tuntutan hidup dalam dunia yang dianggap glamor ini.

    "Tidak timbul soal tertekan atau terganggu ekoran populariti kerana elemen itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya selama ini. Bagi saya, dalam apa jua cabang kerja yang kita lakukan ada baik dan buruknya," katanya yang mahu melakukan lebih banyak perkara dalam lakonan pada masa akan datang.

    Bahasa halangan ke Barat

    Kalau diselak profil kerjaya selama 15 tahun itu, Zo memang sudah cukup layak untuk melangkah lebih jauh dari pentas hiburan Korea saja.

    Namun perkara itu mungkin tidak akan berlaku dalam kerjayanya. Ini kerana, dia mengakui faktor penguasaan bahasa Inggeris yang lemah menjadi penghalang untuk dia terbang jauh.

    "Kalau saya berhasrat untuk berlakon di pentas antarabangsa seperti Hollywood, bahasa akan menjadi masalah utama di situ. Saya tidak pasti kalau saya sudah bersedia untuk melangkah jauh dengan kekangan yang ada termasuk bahasa.

    "Bagi saya, ia akan menyukarkan kelancaran proses berkomunikasi dan bekerja jika kita tidak mempunyai kebolehan dalam penguasaan bahasa itu.

    "Bagaimanapun, kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan tapi setakat ini, saya lebih selesa berlakon di Korea saja," katanya.

    Diusik mengenai projek filem terbaru, Zo berkata, dia mengambil pendekatan untuk berahsia kerana kesilapan pada pengalaman lalu.

    "Kalau diikutkan, memang akan ada sebuah projek filem dalam masa terdekat tetapi saya tidak mahu mendedahkan butirannya buat masa ini.

    "Sebelum ini, saya pernah buka cerita mengenai filem terbaru tetapi projek itu tertangguh, jadi pada kali ini saya sudah tidak mahu bercerita sesuatu yang boleh muktamad lagi," katanya yang kali terakhir membintangi filem A Frozen Flower pada 2008.

    Berkongsi pengalamannya selepas menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun, Zo berkata, ia keputusan berbaloi yang mengubah segenap aspek kehidupannya termasuk kerjaya lakonan.

    "Menyertai khidmat negara banyak mengubah kehidupan peribadi dan mematangkan saya bukan sahaja sebagai seorang lelaki tetapi juga pelakon.

    "Saya juga bersyukur kerana peminat sentiasa berada dengan saya. Kerana mereka juga saya masih berada di sini," katanya.

    Jadi lelaki mata keranjang

    Beralih pada pembabitannya sebagai bintang utama drama bersiri That Winter, The Wind Blows, Zo mengakui, watak sebagai lelaki mata keranjang dan kaki judi bernama Oh Soo bukan tugas mudah.

    Jelasnya, biarpun penterjemahan watak itu membangkitkan keterujaan tetapi ia bukan calang-calang watak apatah selagi selepas hampir lapan tahun tidak membintangi drama bersiri.

    "Ia adalah watak yang membuatkan saya berasa teruja. Memang bukan mudah untuk menjayakan Oh Soo kerana ia watak yang rumit dan membabitkan permainan emosi mendalam.

    "Namun apabila saya semakin mendekati dan memahami watak, saya cukup selasa untuk meluahkan emosi yang berat dalam drama itu," katanya.

    Sambung Zo, keberkesanan emosi pada watak dalam drama itu memang luar biasa kerana ia meresap ke dalam dirinya secara peribadi.

    "Mungkin kerana watak lelaki yang jahat kemudiannya berubah menjadi baik selepas mengenali seorang wanita yang menyentuh hati saya.

    "Ia benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada saya sebagai pelakon. Sebab itu, saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk muncul semula dalam lakonan menerusi karya hebat seumpama ini," katanya yang mengakui menampilkan stail lakonan berbeza berbanding versi asal karya itu di Jepun.

    That Winter, The Wind Blows adalah olahan semula daripada drama Jepun popular pada 2002, I Don't Need Love yang kemudiannya diangkat pula ke filem pada 2006.

    Siri ini berkisar mengenai seorang anak yatim piatu, Oh Soo yang berputus-asa dalam hidupnya selepas kehilangan cinta pertama. Waktu itu dunia begitu gelap buatnya dan mula terbabit dalam perjudian, menjadi lelaki mata keranjang dan penipu.

    Sasaran seterusnya adalah Oh Young (Song Hye Kyo) yang bakal mewarisi kekayaan keluarga apabila ibu bapanya meninggal selepas terbabit dalam kemalangan tragis. Oh Soo menyamar sebagai abang Oh Young yang sudah lama terpisah.

    Maka bermulalah pertembungan dua insan daripada dunia berbeza yang cuba mengenali erti hidup bersama.

    Drama 16 episod yang pernah ditayangkan pada Mac lalu kini disiarkan semula atas permintaan ramai bermula 1 Jun ini pada setiap Sabtu dan Ahad jam 3.15 petang di saluran ONE HD (Astro 393).

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Hotel angkasa pertama di dunia

    Posted: 27 May 2013 09:40 AM PDT

    Abu Dhabi: Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa.

    Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu.


    Syarikat Mobilona Space Hotels yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, konsep yang dibawa mereka adalah mudah.

    Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Jerome Bottari berkata, pengunjung akan melalui pengalaman luar biasa kerana berpeluang meneroka galaksi tanpa perlu meninggalkan bumi.


    "Kami menerima cadangan pembinaan Hotel Angkasa di Doha, Abu Dhabi dan Dubai," katanya. Minggu lalu Mobilona Space Hotels mengumumkan rancangan mereka membina Hotel Angkasa Mobilona setinggi 300 meter dan dilengkapi spa bebas graviti.


    Syarikat itu berkata, hotel berkenaan juga dilengkapi terowong angin di pulau buatan manusia di luar pantai Barcelona. Kata Bottari, syarikatnya merancang membuat pelaburan bernilai 1.5 bilion euro (RM5.9 bilion) untuk pembangunan projek Pulau Barcelona serta membina lebih 2,000 bilik hotel serta kediaman mewah di situ.

    Foto

    REKA bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis.

    "Hotel Angkasa juga akan dibina di Los Angeles dan Hong Kong," katanya. Menurut Bottari, pengumuman mengenai projek itu di Timur Tengah akan dibuat selepas pembinaan Pulau Barcelona bermula tidak lama lagi.


    Katanya, bangunan yang dirancang itu dibina dengan gabungan reka bentuk dan teknologi terkini bagi membentuk suasana sesuatu tempat di dunia atau di cakerawala.

    "Tingkap Hotel Angkasa diperbuat daripada kaca lutsinar yang boleh bertukar menjadi lampu bagi menghasilkan persekitaran seperti di angkasa lepas," katanya.


    Menurut Bottari, apabila penghuni mahu 'kembali' daripada pengembaraan itu, mereka hanya perlu menekan suis untuk memadamkan lampu berkenaan.


    Lebih menarik, bilik itu juga dilengkapi permukaan unik bagi menghasilkan paparan sebaik mungkin walaupun ia dilihat dari sebarang arah. "Kami menggabungkan pengalaman visual bagi merangsang semua lima panca indera pengunjung menikmati dunia di sekitar mereka, mendengar bunyi, menghidu bau-bauan kegemaran, menyentuh objek dan merasa sendiri apa yang diinginkan," katanya. Apabila siap, suite hotel dan kediaman mewah itu akan dijual pada harga antara RM1.9 juta hingga RM10.2 juta, manakala penthouse bernilai daripada RM15.3 juta sehingga RM78.4 juta Jika anda ingin menginap di hotel itu, kadar sewaan biliknya adalah antara RM1,175 hingga lebih RM 5,800 satu malam. - AP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28

    Telefon Galaxy S4 mini terdedah di Internet

    Posted: 27 May 2013 09:35 AM PDT

    Seoul: Secara tidak sengaja, Samsung mendedahkan butiran telefon pintar Galaxy S4 versi mini di laman sesawang syarikat gergasi alat telekomunikasi itu, semalam.

    Melalui paparan itu, Samsung mempamerkan telefon berkenaan sebagai pilihan di kedai dalam taliannya. Telefon bimbit itu dijangka diumumkan secara rasmi pada Julai ini dan dilengkapi skrin 4.3 inci bagi mengatasi rungutan pengguna model sebelum ini yang menganggap skrin 5 inci terlalu besar.


    Bagaimanapun, paparan itu hanya dapat dilihat seketika sebelum dipadamkan.

    Samsung juga enggan memberikan sebarang kenyataan mengenainya. Awal bulan ini, pengguna misteri di Weibo cuba menggunakan identiti PunkPanda - membocorkan gambar produk Samsung S4 mini. - AP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved