Jumaat, 14 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi

Posted: 13 Oct 2011 12:31 PM PDT

KAJANG: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali 'ayat pelangkah' yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, 'kekebalan' semua suspek yang dikenali 'Geng Tong Gas' berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.


Selain dijadikan azimat, suspek turut menggunakan ayat berkenaan sebagai rujukan dan panduan untuk mengetahui tarikh dan masa sesuai untuk menyamun.

Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata semua suspek berusia 30-an itu dilaporkan terbabit kes pecah rumah dan samun seorang jurutera yang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Batu 14, Hulu Langat, 6 Oktober lalu.


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.


"Semua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya dalam sidang media di IPD Kajang, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

7,113 diundi mohon PR1MA

Posted: 13 Oct 2011 10:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiada pintu belakang terhadap proses pemilihan permohonan rumah mampu milik fasa pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini, malah keseluruhannya dipantau perunding juruaudit bertauliah, KPMG Business Advisory Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata setiap permohonan diberikan nombor sebelum disemak secara teliti melalui senarai utama yang dibahagikan kepada dua warna mengikut kategori.


Menurutnya, warna biru bagi pemohon belum mempunyai rumah membabitkan 5,943 pemohon atau 84 peratus manakala merah jambu bagi mereka yang memiliki sebuah rumah dengan 1,170 permohonan (16 peratus).

"Permohonan itu dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar sebelum dikunci dan dimasukkan di dalam bilik kebal serta diletakkan di bawah jagaan firma juruaudit berkenaan.


"Kotak itu akan dibuka esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Sebanyak 7,113 permohonan diterima sejak pendaftaran fasa pertama rumah mampu milik itu dibuka pada 30 September lalu, iaitu 13 kali ganda daripada jumlah rumah yang diperuntukkan 560 unit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Alim nak minta duit

Posted: 13 Oct 2011 12:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah.

Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada 'saudara baru' yang hanya menyasarkan wang ringgit.

Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata.

Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.


Selain itu, katanya, jawatankuasa surau berkenaan memaklumkan kepadanya selepas Ong, Ibrahim turut membawa sekurang-kurangnya empat penganut agama lain bagi tujuan memeluk Islam di surau berkenaan dengan modus operandi hampir sama dengan kes terdahulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Ape la manusia zaman skrg ni.. nk duit sangOp wat dOsa mcm ni..

siska

macam nie pun ada jugak...

zainudin bin ahmad

zaman sekarang manusia mencuba dan membuat teknik penipuan terbaru untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Niraziana Dewi Najil

islam itu indah dan unntuk itu mari kita doakan smoga diterangi dgn cahaya keindahan islam.

hasnahdewai 14101980

macam2 terjadi sekarang..

NURUL

Terlalu banyak penipuan sekarang berlaku didalam masjid2..sentiasa berhatilah dengan org2 seperti ini...

pak deli

saya berpendapat, jika seseorang nak memeluk Islam maknanya kita akan menerima saudara baru. Jika seseorang itu menyalah gunakan duit yg diberikan itu. Itu hak mereka dengan thuan. Kalau niat mereka tak ikhlas itu hak mereka. Jangan lah disebab kan sesetengah pihak yang bersikap mengambil kesempatan. Nanti saudara-saudara lain yang benar2 ingin memeluk ISlam dipertikaikan dengan soalan2 yang boleh mengguris hati mereka. sedang kan mereka ikhlas. Saya rasa kes saudara baru yang memeluk Islam bukan kerana benar-benar cintakan Islam, bukan lah kes baru. Kalau dilihat zaman rasulullah lagi memang dah wujud golongan begini. Golongan munafik..Saya harap, janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

ecah mail

sangat keji bagi seseorang yang menggunakan agama untuk kesenangan hidup. kerja malas, harapkan bantuan sahaja. usahalah untuk dapatkan rezeki. jika seseorang itu mualaf pun, itu bukan tiket untuk mereka meminta sedekah, mereka pun patut berusaha untuk dapatkan rezeki.

aini ainnur azrie

Diharap agar pihak berwajib mampu mengatasi masalah ini agar kesucian Islam tetap dipelihara

Akmal

TAHNIAH HARIAN METRO!!!, SELAIN BERITA-BERITA BERSIFAT EROTIK SEMATA-MATA, ADA LAGI BERITA YANG LEBIH PENTING UNTUK DIBONGKARKAN.....CONTOHNYA SEPERTI BERITA INI!!!!! TAHNIAH!!!

AZIZI BIN MOHD ARIFIN

da xada cara lain karh nak cari duet smpai kan agama....d gunakan.mnusia skarg terlampau memiliki otak yg canggih smpai kan tdk sedar dgn apa yg ingin mereka lakukan...!

ema

Bahagian Penguatkuasa Agama mesti aktif berperanan memantau segala aktiviti minta sedekah di semua masjid dan surau, tangkap mana yang disyaki 'bertopeng'.

aar

Full content generated by Get Full RSS.

Warga Myanmar mati ditikam

Posted: 13 Oct 2011 12:16 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah dan ditikam dua lelaki dipercayai rakan senegaranya di Jalan Brunei di sini, malam tadi.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Sam borong macam-macam

Posted: 13 Oct 2011 06:25 AM PDT

HOLLYWOOD dan Malaysia, kalau dibandingkan dari segi teknologi memanglah industri perfileman kita jauh ketinggalan. Untuk berada setara dengan mereka, 20 tahun usaha pun belum tentu kita mampu mencapainya. Jika kita sudah hampir menyaingi teknologi mereka sekarang, ketika itu Hollywood semakin jauh ke depan.

Realistik menerima hakikat ini, pelakon popular, Shaheizy Sam, 29, bagaimanapun amat berbangga dengan pencapaian penggiat seni tempatan khususnya dalam bidang perfileman.

"Berpeluang melawat studio pengeluar filem seperti Universal Studios dan Warner Brothers membuka mata saya betapa bukan sedikit usaha perlu dilaksanakan penggiat seni tempatan untuk berada setaraf Hollywood.

"Sokongan kuat daripada kerajaan dan pihak swasta amat diperlukan bagi merealisasikannya. Seketika mengunjungi dua lokasi itu, sebenarnya menimbulkan lebih rasa hormat dan bangga saya terhadap penggiat seni tempatan.


"Dalam serba kekurangan, masalah ketiadaan studio, bajet kecil dan lokasi penggambaran yang kurang selesa, namun kita masih mampu menghasilkan filem yang baik sehingga ada sesetengahnya mendapat perhatian di festival filem antarabangsa.


"Tidak usahlah kita hendak membandingkan dengan filem Hollywood kerana Universal Studios dan Warner Brothers saja mempunyai berpuluh-puluh studio dan set canggih yang boleh diubah suai, siap ada hotel lagi untuk dihuni pelakon serta kru. Kerja dekat sana terlampau mudah dan sistematik," katanya.

Bukan itu saja, pelakon Adnan Sempit dan Kongsi ini berkata, sistem mereka bekerja mengikut waktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang. Jika terlebih masa, dikira sebagai 'overtime' di mana semua yang terbabit dalam produksi layak menerima bayaran lebih. Satu hari ditetapkan hanya beberapa babak saja.

"Rehat yang cukup dan tidak tergesa-gesa mampu membantu penghasilan filem yang baik kerana setiap orang mempunyai tenaga yang cukup setiap kali shooting.
Berbeza dengan kita, pelakon dan kru tidak dibayar lebih walaupun bekerja lebih masa.

"Namun, seperkara yang saya sangat 'salute' pada penggiat seni tempatan, dedikasi pelakon dan kru untuk menyelesaikan sesebuah pembikinan filem mahupun drama mengikut waktu yang ditetapkan meski seharian penat bekerja.

"Saya percaya jika kita punya segala kemudahan seperti mana Hollywood, kita mampu menghasilkan filem yang hebat setanding mereka selain melahirkan ramai pelakon berkualiti," katanya.

Sam yang diberi peluang mengikuti Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip atas kejayaannya menang Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2010 yang dilangsungkan 24 Disember lalu mengakui bertuah kerana terpilih untuk menyertai program lawatan sambil belajar itu.

Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang mengikuti rombongan yang bertandang pada 26 September hingga 3 Oktober lalu walaupun jadual seninya sangat sibuk berlakon satu demi satu filem.

Sam terpukau apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Kodak Theatre pada 30 September lalu bagi menonton persembahan teater yang menggabungkan elemen sarkas dan seni akrobatik, Cirque du Soleil's Iris.

Apa yang menarik, Kodak Theatre yang menjadi lokasi acara berprestij seperti Anugerah Academy dan American Idol berada dalam perut pusat beli-belah Hollywood Boulevard yang dibina sekitar kawasan Hollywood Street.

Di situlah juga terpahat Laluan Kemasyhuran Hollywood atau 'Walk of Fame'. Selang beberapa bangunan daripadanya, kelihatan Madame Tussauds, muzium yang
mengabadikan patung lilin selebriti popular Hollywood daripada kelompok kelas A.

Akui Sam, seumur hidupnya tidak pernah menonton teater dan Cirque du Soleil's Iris adalah yang pertama. Bukan saja dapat menonton pementasan teater yang hebat, tetapi juga dapat berada dalam Kodak Theatre, tempat yang menjadi idaman penggiat seni seluruh dunia untuk berada di dalamnya khususnya penganugerahan Oscar.

Pelbagai lokasi dikunjungi Sam antaranya Downtown LA, Santa Monica, kota yang terletak di bahagian barat Amerika Syarikat atau terkenal dengan jolokan kota pantai di California.

Kali pertama menjejakkan kaki ke Los Angeles, tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai. Justeru, Sam tidak terlepas membeli-belah di Camarillo Factory Outlet, Desert Hills, Rodeo Drive dan Famers Market.

"Saya banyak membeli untuk emak, adik-beradik, anak saudara dan teman-teman yang mengirim. Untuk saya sendiri lebih kepada kemeja-T dan seluar. Ada sut yang saya berkenaan namun kerana saya bertubuh kecil, susah hendak mencari saiz.

"Kalau ada pun saiz 36 (saiz Eropah) tetapi masih perlu dikecilkan. Jadi saya tidak membelinya takut nanti bila dikecilkan hilang potongan sebenarnya sut," katanya.

Rombongan itu turut disertai 24 lagi pemenang kategori yang dipertandingkan dalam ASK 2010.

Seminggu berada LA, akhirnya rombongan Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip pulang ke tanah air pada 3 Oktober. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sam yang juga pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), bergegas ke pejabat MIG untuk kerja-kerja memasukkan suara filem Songlap.

Selepas kejayaan Adnan Sempit, Ngangkung dan Kongsi yang mencatat kutipan lebih RM8 juta, Sam turut membintangi Sekali Lagi, Bini-biniku Gangster dan bakal mempertaruhkan 8 Jam, Nongkrong dan Adnan Sempit 2.

PROFIL:

NAMA PENUH: Shaheizy Sam Abd Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
UMUR: 29 Tahun
BINTANG: Virgo
KERJAYA: Pelakon

TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat

FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Bini-Biniku Gangster, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong, Songlap

PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia, Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010, Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010.

Full content generated by Get Full RSS.

Tunggu minggu ke-2

Posted: 13 Oct 2011 06:03 AM PDT

SEMINGGU tayangan di 66 pawagam seluruh Malaysia sejak 6 Oktober lalu, kutipan filem seram Al-Hijab sudah mencecah RM1.6 juta.

Sekalipun belum mencapai angka RM4 juta seperti mana yang disasarkan, sutradara muda dan pelakon Pierre Andre yakin angka itu mampu diperbaiki apabila tayangan masuk minggu kedua.

Kata Pierre, pencapaian RM1.6 juta untuk tayangan pembukaan minggu pertama Al-Hijab boleh dianggap agak memberangsangkan.

"Memang sasaran awal diletakkan RM4 juta, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya memandangkan tempoh tayangan masih lagi berjalan.


"Lagipun ramai yang belum menonton kerana sibuk bekerja dan hanya dapat memperuntukkan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pergi ke panggung.


"Saya hanya faham ada yang tahu mengenai filem itu, ada yang tidak. Sebagai contoh, ketika membeli burger di satu kawasan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, ada yang menegur saya, abang tidak buat filem lagi ke?

"Saya hairan dan terus memberitahu filem terbaru Al-Hijab sedang ditayangkan sekarang. Namun ia hanya segelintir saja.

"Bagi yang sudah menonton saya ucapkan terima kasih dan sebarkan perkara yang baik mengenai Al-Hijab kepada rakan-rakan.

"Saya juga mendapat pelbagai maklum balas mengenai filem arahan saya itu sepanjang seminggu ia ditayangkan. Ia cukup banyak membantu saya mendapatkan gambaran lebih jelas dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki andai kata membuat filem lagi.

"Ada juga penonton yang puas menonton dan tidak kurang mahu mengulang tontonan untuk lebih memahami apa cuba disampaikan kepada mereka," katanya sewaktu dihubungi Rap.

Menjawab mengenai komen mengatakan pergerakan filem Al-Hijab agak perlahan, Pierre berkata: "Saya tidak menghidangkan rasa cemas dan ketakutan dari A hingga Z. Ketakutan itu hanya muncul pada babak-babak tertentu.

"Cerita seram selalunya perlahan kerana dalam hidup pun, kita lebih banyak menunggu. Apapun saya tetap akan terus mempromosikan filem ini dan ingin melihat perkembangan lebih baik untuk tayangan minggu kedua.

"Saya harap kutipan akan terus meningkat agar saya akan dapat terus berkarya di masa depan," katanya.

Sebelum ini dua filem arahannya, Jangan Tegur meraih RM3.42 juta sementara Jangan Pandang Belakang lakonan skrip karyanya mencatat kutipan RM5.7 juta.

Penggambaran Al-Hijab menelan kos sebanyak RM1.6 juta adalah karya pertama Empat Samudra Plantation Sdn Bhd.

Ia turut bakat baru Nur Fathia, Aziz M Osman, Nor Albaniah dan Maimon Talib.
Filem ini mengisahkan seorang pelakon lelaki baru yang mendapat tawaran berlakon filem seram, tetapi sukar menjiwai elemen ketakutan.

Pelbagai cara dilakukannya dan akhirnya dia meminta bantuan seorang wanita tua yang pandai dalam ilmu berkaitan makhluk halus. Wanita itu akhirnya berjaya membuka hijab (pandangan) pada matanya lalu pelakon itu mula melihat entiti dan lembaga menggerunkan di sekelilingnya.

Tidak dinafikan ada beberapa babak dalam filem ini yang membuatkan penonton wanita menjerit kerana terkejut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Elak buat kesilapan

Posted: 13 Oct 2011 11:25 AM PDT

TIADA janji menggunung daripada pemain Perak melainkan tekad untuk berusaha hingga ke titisan keringat terakhir ketika turun membuat perhitungan dengan Selangor pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Ipoh, malam ini.

Janji itu dilaungkan kapten, Shahrulnizam Mustapa yang berharap rakan sepasukan bangkit untuk menyaingi Selangor yang tampil dengan kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu, dari setiap segi.


Walaupun sedar tugas berat menanti kesebelasan tuan rumah, Shahrulnizam berkata, ia bukan perkara mustahil.

"Tiada yang mustahil terutama jika mempunyai keyakinan diri serta kerja keras setiap anggota pasukan.


"Kami perlu bermain sebaik mungkin serta tidak mengulangi kesilapan perlawanan pertama," katanya.


Kapten Perak itu yang diturunkan semula selepas 30 minit saingan berlangsung pada perlawanan suku akhir pertama itu yakin rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang kental dan keyakinan tinggi.

Bagi menghadapi pertemuan malam ini, Perak dijangka membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memadam kelebihan lawan.


Berbanding pertemuan pertama lalu, jurulatih Norizan Bakar kali ini mempunyai lebih pilihan kerana akan mendapat kembali enam tonggak termasuk K Nanthakumar selepas penggantungan.

Jika di Shah Alam empat hari lalu, hanya Shahrulnizam dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang diperkenalkan semula ke dalam perlawanan tapi malam ini Norizan juga dapat menggunakan penjaga gol utama, Mohd Nasril Nourdin.


Nasril yang berada di Shah Alam pada malam itu bagaimanapun tidak bersedia untuk diturunkan kerana kurang yakin berupaya memberi sumbangan bermakna kepada pasukan.


"Yang penting setiap pemain turun dengan tekad tinggi dan berjuang hingga ke wisel penamat walau dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Usah bocor awal

Posted: 13 Oct 2011 11:23 AM PDT

BARISAN pemain Selangor diingatkan agar tidak melepaskan sebarang jaringan awal yang boleh mencetuskan semangat melawan Perak dalam aksi penentuan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia, malam ini.

Sekiranya situasi terbabit berlaku, ia pastinya menyukarkan usaha Selangor untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki terutamanya dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Seladang yang bakal memenuhi Stadium Perak di Ipoh pada pertemuan timbal balik suku akhir terbabit.


"Saya harap pemain tidak melepaskan gol awal. Mereka perlu turun dalam perlawanan dengan menganggap keputusan masih 0-0 bukannya 3-1. Mereka perlu memberi tumpuan penuh sepanjang permainan terutamanya mempamerkan tahap disiplin tinggi ketika bertahan," kata ketua jurulatih, P Maniam yang bertanggungjawab mencetuskan kembali "Misi 33" selepas hampir berkubur sebelum ini.

Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor tidak menjadi kerisauan Maniam selepas persembahan baik yang dipamerkan Mohd Nasriq Baharom dan Mohd Asraruddin Putra Omar di bahagian tengah serta P Gunalan dan Mohd Razman Roslan ketika mengekang asakan anak buah Norizan Bakar di Stadium Shah Alam, Isnin lalu.


Malah ketiadaan pemain tengah, Mohd Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah pada pertemuan terbabit tidak merencatkan perancangan agi membolehkan Merah Kuning menguasai bahagian penting terbabit dalam baki 90 minit aksi di Ipoh itu kerana masih mempunyai dua bekas pemain kebangsaan, Mohd Fadzli Saari dan Mohd Hardi Jaafar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved