Selasa, 6 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bagai di rumah sendiri

Posted: 06 Nov 2012 07:23 AM PST

KEBIASAANNYA ramai ibu yang melahirkan anak ketiga atau seterusnya mengambil keputusan berpantang sendiri di rumah disebabkan tiada ahli keluarga yang dapat menjaga serta anak-anak yang sudah bersekolah. Ada pula ibu berasa mereka sudah berpengalaman menguruskan bayi lantas berani mengambil risiko berpantang bersendirian hanya ditemani suami.

Namun, mereka terpaksa menghadapi tekanan akibat kurang rehat lantaran menguruskan anak-anak serta melihat keadaan rumah yang tidak terurus sehingga menimbulkan rasa kurang selesa terutama bagi ibu yang melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan. Ini kerana pada minggu pertama, kesakitan masih terasa dan ibu memerlukan bantuan untuk menguruskan bayi.

Menurut pemilik Pusat Penjagaan Ibu Bersalin Mom Retreat, Hazeera Banu Ramjan Din, sekurang-kurangnya wanita memerlukan masa rehat berkualiti selama dua minggu pertama selepas kelahiran sebelum mereka mampu menguruskan diri secara berseorangan. Ini kerana tempoh ini paling kritikal bagi pemulihan otot badan, penyembuhan luka serta menguatkan semangat sebelum mereka mampu membuat kerja ringan di rumah.

"Saya sendiri berpengalaman dijaga nenek yang juga bidan kampung di Ipoh. Selepas melahirkan anak, terasa seperti permaisuri apabila makan dan minum disediakan, segala keperluan seperti bengkung, bertungku dan berurut dilakukan nenek. Malah dia juga memandikan bayi, menjaga sehingga tamat pantang 44 hari.

Bukan saja fizikal terjaga malah berada dalam keadaan gembira, ceria dan tenang.

"Namun selepas nenek meninggal saya terpaksa menguruskan anak sendirian. Saya mulai rasa kehilangan, sedih dan tertekan kerana tiada sesiapa melayan serta membantu menguruskan bayi. Apa yang saya perlukan hanya dalam tempoh dua minggu pertama sebelum fizikal dan emosi kembali normal," jelasnya.

Menyedari ramai wanita mengalami perasaan yang sama dan sebagai memenuhi keperluan mereka yang inginkan keselesaan selepas melahirkan anak, Hazeera akhirnya membuka pusat penjagaan berkenaan yang terletak di Jalan Klang lama, Kuala Lumpur.

"Ramai wanita moden kini tidak lagi mengharapkan bantuan ibu semata-mata ketika dalam pantang. Ini kerana ada antara mereka tidak mahu menyusahkan keluarga. Memahami keperluan mereka yang inginkan keselesaan dan ketenangan ketika dalam pantang, ramai tercari-cari tempat yang membolehkan ibu mendapatkan rawatan, rehat yang cukup serta pemulihan badan. Justeru, saya menyediakan pusat penjagaan ini bagi membolehkan ibu kembali sihat dan ceria sebaik saja pulang ke rumah," katanya yang sebelum ini menjalankan perkhidmatan penjagaan ibu bersalin dari rumah ke rumah menggunakan nama Shadira.

Penulis yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke banglo mewah ini cukup teruja apabila meninjau ke hampir setiap ruang menempatkan sembilan bilik dilengkapi set bilik tidur yang selesa, kemudahan Internet, televisyen dan penyaman udara. Malah lokasi yang terletak di kawasan bukit dan jauh daripada deruan kenderaan memberikan suasana nyaman dan privasi terutama bagi ibu dan bayi mereka.

Dekorasi yang santai dengan mainan warna lembut pada dinding serta perabot membuatkan wanita terasa seolah-olah seperti berada di rumah sendiri. Ia ibarat penginapan bertaraf hotel serta destinasi percutian bagi ibu yang mahu berehat secukupnya.

Malah Mom Retreat menyediakan rawatan secara holistik dan tradisional Melayu bagi proses pemulihan serta penyembuhan badan selepas bersalin sama ada normal atau pembedahan. Pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua perkhidmatan dijalankan 12 jururawat bertauliah bermula daripada rawatan selepas bersalin sehingga kepada pemakanan dan penjagaan bayi.

"Ia merangkumi urutan badan, bertungku, berurut, bertuam, mandian herba, sental badan, terapi cahaya infra merah, urutan payudara bagi mereka yang mengalami bengkak susu dan penjagaan luka jahitan di bahagian sulit. Khidmat untuk bayi pula seperti memandikan bayi, bedung, urutan dan bertuam bagi mengelak angin.

"Malah ibu boleh memanggil jururawat pada bila-bila masa saja sama ada siang atau malam dengan menekan loceng disediakan bagi meringankan bebanan ibu," katanya yang baru membuka pusat ini tiga bulan lalu.

Apa yang menarik, semua produk seperti minyak urut, herba, bahan sental dan minyak bayi menggunakan bahan semula jadi seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia dan lada hitam yang secara tradisi diketahui baik untuk merawat ibu dan bayi.

Menurut Hazeera, pusat rawatan ini menyediakan pakej pengurusan ibu dan anak bergantung kepada keperluan masing-masing. Ada yang inginkan tiga malam, seminggu, 15 malam atau sebulan. Harga pakej bergantung kepada jenis penginapan sama ada termasuk rawatan holistik atau tradisional malah ibu boleh membawa pasangan masing-masing untuk tinggal bersama.

Bagi mereka yang inginkan perkhidmatan di rumah, Mom Retreat turut menyediakannya bergantung kepada pakej sama ada inginkan khidmat jururawat selama beberapa jam atau sepenuh hari.

Zelda Mohd Zamri, 34, yang baru saja melahirkan anak keempat, Atiff Al-Hariz Farrel pada 5 Oktober lalu mengakui perkhidmatan disediakan di pusat penjagaan terbabit membuatkan dia berasa seperti berada di rumah. Dia yang sebelum ini dijaga ibu untuk ketiga-tiga anaknya, terpaksa mencari tempat berpantang disebabkan ibu sudah uzur.

"Sejak kandungan tujuh bulan saya sudah mencari tempat atau individu yang boleh menjaga ketika dalam pantang. Pada mulanya kami ingin mengambil jururawat di rumah namun selepas menemui laman sesawang Mom Retreat, kami terus mencuba.

"Sebaik datang sendiri, saya teruja dengan keselesaan tempat tinggal serta jururawat yang peramah dan mesra," katanya yang tinggal selama seminggu.

Dia yang melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan amat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di pusat penjagaan ini kerana berasa seperti berada di rumah sendiri. Malah semua jururawat melayannya dengan baik menyebabkan dia mudah mesra dan tidak malu mendapatkan bantuan. Dia yang sebelum inin mengamalkan cara berpantang tradisional sehingga 44 hari mahukan kaedah berpantang yang sama.

"Jadi saya mencari tempat menggunakan kaedah tradisi seperti mandi herba, bertangas, bertungku dan berurut serta menyediakan makanan berpantang mengikut amalan ibu bapa terdahulu," katanya yang mengalami angin dalam perut namun hilang selepas diurut.

Menurut Zelda, bayinya juga kurang mengalami masalah kembung dan tidur lena pada waktu malam kerana diurut dengan minyak bayi dan dituam dengan bunjut khas menggunakan bahan tradisional.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan di Mom Retreat boleh melayari laman sesawang www.momretreathome.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Acar buah bangkitkan selera

Posted: 06 Nov 2012 06:47 AM PST

ACAR buah bukan sahaja sinonim dengan majlis perkahwinan kerana ia turut dinikmati ketika makan tengah hari atau makan malam tanpa mengira tempat.

Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan kering, ia sudah cukup membangkitkan selera mereka yang menggemari makanan tradisi berkenaan.

Menurut Chef Datuk Ismail, acar buah memang unik kerana di dalamnya mengandungi pelbagai jenis buah-buahan seperti ceri, plum dan prun kering.

Walaupun mudah disediakan, acar buah perlu dibuat awal iaitu tiga atau empat hari sebelum dimasak kerana agak remeh untuk menyediakan bahannya.


"Jika ingin menikmati hidangan acar buah pada Sabtu, seeloknya sediakan bahan seperti limau kasturi bermula Isnin lagi.


"Ini kerana limau kasturi yang digunakan perlu dijemur sebelum dimasukkan ke dalam hidangan. Caranya, celur di dalam air mendidih sehingga ia timbul.
Kemudian, angkat dan sejukkan.

"Selepas dicelur, limau kasturi harus dijemur sehingga kering bagi memastikan rasanya lebih enak dan tahan lama," katanya.

Untuk mendapatkan acar buah yang enak dan masih mengekalkan rasa sebenar, sebaiknya gunakan campuran buah-buahan berkualiti.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, elakkan menggunakan bahan mengandungi bahan kimia yang banyak seperti menggantikan garam halus dengan garam kasar.

"Walaupun ia agak remeh untuk menyediakan hidangan dengan cepat, ia banyak membantu dalam mengekalkan kesihatan badan.

"Selain itu, gantikan cuka dengan asam jawa untuk mengurangkan penggunaan bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada badan jika diambil secara berlebihan.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, masukkan halia ke dalam resipi acar buah," ujarnya ketika berkongsi panduan kesihatan sambil menyiapkan hidangan untuk tetamu.

Tambahnya, untuk menambah rasa masam pada acar buah, gunakan jus buah-buahan seperti oren, epal atau minuman berkhasiat Inai Grape.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Arwah tiada buat salah’

Posted: 05 Nov 2012 11:14 AM PST

PELABUHAN KLANG: "Saya tidak boleh terima cara kematiannya kerana setahu saya arwah tidak buat salah kepada sesiapa pun," kata Che Yon Hitam, 59, ibu kepada Muhammad Ridzuan Johari, 28, yang mayatnya ditemui dalam keadaan sudah berbau dan terapung di laut di kawasan Rumah Api Permatang Sedepa, kira-kira dua batu nautika dari Pulau Ketam, di sini, Sabtu lalu.

Mayat Muhammad Ridzuan ditemui seorang pemandu bot yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 petang dalam keadaan terapung dan tertiarap dengan kesan jerut di bahagian leher dan kesan kecederaan di kepala.


Che Yon berkata, dia bertambah runsing apabila suaminya, Johari Talib, 60, yang keluar bersama Muhammad Ridzuan pada 31 Oktober lalu belum ditemui.

Katanya, dua beranak itu bekerja sebagai pengusaha bot penumpang di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah, di sini, menggunakan bot milik Johari dan bergilir-gilir membawa bot itu. Menurutnya, pada 31 Oktober lalu suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Pendamar Indah 2, di sini, untuk bekerja pada jam 7.30 pagi manakala Muhammad Ridzuan yang tinggal berhampiran keluar bekerja pada jam 4.30 petang.


"Namun, sehingga jam 10 malam, mereka tidak pulang-pulang. Saya cuba menghubungi telefon bimbit suami, tetapi ia dimatikan.


Saya membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang memaklumkan kehilangan mereka," katanya ketika ditemui, di rumahnya semalam. Che Yon berkata, rakan sekerja suaminya ada memaklumkan suaminya ada mendapat panggilan telefon daripada individu meminta mereka mengambilnya di tempat kapal berlabuh di kawasan Pintu Gedong, Pulau Indah, di sini, pada hari kejadian. "Pada hari mereka dilaporkan hilang, rakan sekerja suami beritahu saya, dia ada berselisih ketika dalam perjalanan ke Pintu Gedong. Dia nampak kelibat suami saya memandu bot bersama Muhammad Ridzuan.

"Dia turut memberi isyarat agar suami saya tidak memasuki kawasan itu kerana keadaan ombak besar, namun suami saya tidak mengendahkannya dan terus menuju ke kawasan itu," katanya.


Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai penemuan mayat anak lelaki keduanya itu sebelum bergegas ke hospital bagi membuat pengecaman mayat.

Katanya, dia dan keluarga seperti tidak percaya dengan perkara yang dialami dan berdoa agar suaminya selamat walaupun peluangnya untuk ditemui dalam keadaan hidup adalah tipis.


"Saya hanya berserah kepada Allah agar suami saya pulang dalam keadaan selamat. Saya tahu walaupun peluang untuk suami masih hidup adalah tipis kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang selain tidak makan dan minum.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa dan bapanya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak keluar rumah pada 31 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


2 kali disamun dalam 4 bulan

Posted: 05 Nov 2012 11:10 AM PST

KLANG: "Ini kali kedua saya dan rakan sekerja melihat kejadian samun di kedai yang sama dalam tempoh kurang empat bulan," kata saksi kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Taiping, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, pekerja kedai pakaian dikenali sebagai Ida, 19, berkata, dia tergamam apabila seorang daripada empat lelaki bersenjata parang, kapak dan tukul itu mengacukan parang ke arahnya memintanya tidak masuk campur dan melihat kejadian itu.


Katanya, dia dan beberapa rakan sekerjanya memanggil pelanggan di kedai pakaian itu supaya menyorok di bahagian belakang.

"Kedai tempat saya bekerja berhadapan dengan kedai emas itu. Dari situ, saya dapat melihat dengan jelas tiga daripada empat lelaki terbabit memecahkan kaca ruang pameran barang kemas menggunakan kapak dan tukul sementara seorang lagi berjaga di hadapan kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, perompak itu mengambil masa kurang lima minit melakukan rompakan itu sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal Yamaha 125. "Sebelum ini, ketika awal Ramadan, Julai lalu, kedai yang sama turut dirompak lima lelaki. Hari ini (semalam) kejadian itu berulang lagi," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan kumpulan sama menyamun premis berkenaan Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Ghairah Fathia ‘bawa padah’

Posted: 05 Nov 2012 07:45 AM PST

KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia ini.

Gadai jual tubuh! Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat penggambaran.

Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui 'ketar' tubuhnya saat membayangkan diri terjerat dalam sarang pelacuran!

"Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah itu.


"Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa sindiket.


"Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada 'kepompong' mainan watak saya yang 'klise' sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya," katanya.

Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.

"Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu 'camera trick' saja sedangkan saya masih berpakaian rona 'nude'.
Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia melakukannya.

"Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.

"Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang dibayangkan kami (pelakon)," katanya.

Mengagumi dan sering menjadikan lakonan Ellie Suriaty dan Wan Maimunah sebagai rujukan, ujar gadis kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu, dia berjaya mendapatkan watak berkenaan selepas menjalani uji bakat.

Sempat memanjatkan rasa syukur apabila produser dan pengarah mula meyakini dirinya lasak diuji pelbagai watak sekali gus memberikannya peluang untuk menyerlahkan kemampuan.

"Saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana banyak memberikan peluang kepada saya. Bukan saja muncul di kaca televisyen tetapi juga menerusi watak yang ditawarkan. Paling menggembirakan, drama yang dibintangi saya sebelum ini Marhabah tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Skrin 2012, Sabtu ini," katanya.

Sebelum memasuki set penggambaran Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, itu baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Halal dan Embun Di Hujung Kelopak, kedua-duanya untuk siaran TV3.

Cinta Halal yang turut menggandingkannya bersama Fahrin Ahmad, khabarnya bakal bersiaran pada sambutan Maal Hijrah nanti. Menerusinya, anak sulung empat beradik itu membawakan watak gadis bertudung namun punya sifat 'brutal'.

Menghala perbualan pada sisi yang lebih peribadi, Fathia, mempunyai beberapa bulan saja untuk menyempurnakan pengajian peringkat di UiTM, bagaimanapun tidak bercadang melengkapkan pengajian itu dengan mengikuti kursus Lembaga Penasihat Undang Undang (Lawyering Advisory Board/LAB).

"Bukan tidak mahu tetapi saya mahu berehat dulu, mungkin setahun kerana banyak perkara yang saya tidak mampu lakukan termasuk menolak tawaran lakonan kerana kesibukan saya sebagai pelajar.

"Justeru, saya ambil keputusan selepas tamat pengajian saya mahu berehat dulu dan melakukan sesuatu yang menjadi keutamaan saya kini. Tambahan pula, status saya yang masih bujang membolehkan saya menggunakan kesempatan ini untuk melakukan apa yang saya inginkan," katanya seiring ketawa kecil.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05


Jess, Justin pilih Afrika

Posted: 05 Nov 2012 07:38 AM PST

MASIH bergelar pengantin baru, pasangan Justin Timberlake dan Jessica Biel, 30, yang berkahwin di hadapan lebih 100 orang kenalan rapat dan keluarga di resort mewah, Borgo Egnazia di Puglia, Itali Selatan pada 19 Oktober lalu kini terbang ke Tanzania untuk berbulan madu.

Mereka yang menggunakan jet peribadi ke Tanzania, kemudiannya menaiki helikopter ke Singita Grumeti di Serengeti Park. Pun begitu, penyanyi berusia 31 tahun dan popular dengan lagu Like I Love You itu dan isterinya turut dikatakan menghabiskan malam indah dengan berhibur di kelab mewah Sasakwa Lodge.

Menurut MailOnline juga, pasangan sejoli itu juga memilih penginapan di pinggir sungai yang berlatarkan pemandangan indah selama beberapa hari sebelum meninggalkannya dengan menaiki helikopter pada 30 Oktober lalu.

Malah, dalam laman web resort itu juga mendedahkan bahawa setiap kotej didiami pasangan itu dilengkapi pendingin hawa dan kolam renang yang menghadap pemanda–ngan alam semula jadi.


Selain itu, mereka juga dikhabarkan menaiki pesawat peribadi untuk ke sebuah resort di tepi pantai untuk bersantai selama beberapa hari sebelum Jessica terbabit dalam penggambaran filem terbarunya, The Devil dan Blue Sea Deep.


Tidak hanya terhenti di situ, Justin juga sudah bersiap sedia untuk membuat satu lagi perjalanan ke Afrika dalam masa terdekat ini. Malah, dia dijadualkan akan terbabit dengan aktiviti amal.

Malah, menurut satu sumber memaklumkan penyanyi itu dijangka akan mengambil bahagian dalam perjalanan meneroka seluruh Afrika.

Sumber itu berkata, Justin akan mengikuti jejak lang–kah isterinya untuk meniti puncak populariti dengan memperjuangkan masalah air minuman yang tidak selamat di negara membangun.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Aduhai tunangku!

Posted: 05 Nov 2012 11:30 AM PST

BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

"Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.


"Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Najwa idam 6A

Posted: 05 Nov 2012 11:29 AM PST

BATU PAHAT: Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.

"Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.

"Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik," katanya.


Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bangkai tikus dalam bijirin sarapan

Posted: 05 Nov 2012 09:29 AM PST

LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.

Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog's.


"Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

"Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu," katanya.


Kellog's mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.


Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Menteri wanita ada 8 kekasih

Posted: 05 Nov 2012 09:28 AM PST

PARIS: Menteri kehakiman wanita pertama Perancis berpacaran dengan lapan teman lelaki ketika dia melahirkan anak luar nikah, dakwa satu laporan semalam.

Pendedahan mengenai kisah cinta Rachida Dati yang luar biasa itu timbul ekoran pertelingkahan mengenai siapakah bapa kepada anak perempuan wanita berusia 47 tahun itu. Ahli perniagaan dan jutawan, Dominique Desseigne, 68, enggan menjalani ujian DNA selepas dituduh sebagai bapa kepada kanak-kanak perempuan itu. Rachida sudah ke mahkamah untuk cuba membuatkan Desseigne mengakui bahawa dia bapa kepada Zohra, kini berusia tiga tahun hasil hubungan asmara mereka pada 2008. Namun, Desseigne memberitahu majalah Le Mode, hujung minggu lalu bahawa dia adalah seorang daripada ramai lelaki yang menjalin hubungan dengan Rachida. Dia juga tidak tahu jika dia bapa kepada Zohra. Tambahan pula, peguamnya menyarankan dalam bukti bertulis bahawa Rachida terbabit dengan lapan hubungan pada ketika itu. Mereka termasuk hos televisyen, menteri, ketua eksekutif pejabat, Perdana Menteri Sepanyol, adik lelaki kepada Nicolas Sarkozy, Peguam Negara Qatar dan pewaris empayar barangan mewah, lapor majalah itu.


Desseigne kini menolak permohonan Rachida yang dibuat di mahkamah Versailles dekat Paris agar menjalani ujian itu.

Menurut undang-undang Perancis, sesiapa yang diminta menjalani ujian itu boleh menolaknya walaupun Rachida dikatakan mempunyai bukti, termasuk kenyataan bersumpah daripada kakitangannya bahawa Desseigne melawat 'anak mereka' secara tetap sejurus selepas dia dilahirkan.


Mereka yang disyaki bapa kepada Zohra pada masa lalu, termasuk sebilangan tokoh masyarakat daripada Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Anzar hingga kepada bekas Perdana Menteri Perancis, Nicolas Sarkozy. Rachida yang terkenal sebagai individu yang suka menonjolkan diri menggalakkan spekulasi dalam sebilangan wawancara di majalah seperti Paris Match di mana dia turut muncul dalam sesi fotografi yang glamor.


Pendedahan terbaru itu akan meningkatkan reputasi ahli politik Perancis dan tokoh masyarakat lain sebagai kaki perempuan yang tidak pernah berhenti menjalin hubungan seks secara haram. Bulan lalu, wanita pertama Perancis sekarang, Valerie Trierweiler didakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada bakal Presiden Parti Sosialis, Francois Hollande dan Menteri Parti Konservatif, Patrick Devedjiana.

Ketiga-tiganya termasuk Valerie telah berkahwin atau mempunyai hubungan jangka panjang dengan orang lain pada waktu itu.


Rachida yang berasal daripada keluarga pendatang dari Afrika Utara dan pernah gagal dalam perkahwinannya menjalani kehidupan sebagai wanita solo sejak berusia awal 20-an. Dia menjadi bintang dalam 'kabinet pelangi' Sarkozy yang terdiri daripada pelbagai etnik pada 2007 dalam usaha membabitkan golongan minoriti dalam kerajaan, tetapi dipecat pada 2009 kerana didakwa tidak layak memikul tugas diberikan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Mat Yo boleh tebus kontrak

Posted: 05 Nov 2012 09:22 AM PST

HASRAT penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk meninggalkan Kelantan bagi menyertai Johor pada musim depan semakin menjadi kenyataan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menjelaskan kontrak pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara sebelah pihak, sama ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang tertera dalam Kontrak Pemain Bola Sepak.


Badan induk bola sepak negara itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, mengikut Perkara 8.5 dan 8.6 kontrak terbabit, perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pihak yang membatalkan kontrak hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai kontrak kepada pihak kedua.

"Pemain boleh memohon menamatkan kontrak secara sebelah pihak dan pasukan berhak mendapat ganti rugi menyeluruh baki nilai kontrak itu. Contohnya, jika jumlah baki kontrak adalah 12 bulan dan jumlah gaji pemain RM10,000 sebulan, pasukan berhak mendapat ganti rugi RM120,000," menurut kenyataan itu.


Begitu juga sebaliknya, jika pasukan yang menamatkan kontrak secara sebelah pihak, pemain berhak mendapat gaji atau lain-lain bayaran imbuhan daripada seluruh baki nilai kontrak berkenaan dan pemain itu dibebaskan daripada semua aspek pentadbiran berkaitan kontrak berkenaan.


Andai berlaku pertikaian antara pemain dan pasukan asal, ia akan diselesaikan menerusi Jawatankuasa Status dan Pemindahan Pemain FAM, mengikut Peraturan Status dan Pemindahan Pemain FAM, Artikel 21, sekiranya kes terbabit dilaporkan kepada FAM.

Norshahrul yang kini bersama skuad negara di Thailand membantu Kelantan menjulang tiga piala musim ini, sebelum ini menyuarakan hasrat meninggalkan The Red Warriors walaupun masih mempunyai baki kontrak setahun.


Selain bayaran terbabit, kenyataan FAM itu turut menyebut tiada peruntukan lain untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuntutan tambahan.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan asal perlu dirujuk kepada Peraturan Status dan Pemindahan Pemain, FAM, Artikel 18.


"Pasukan baru yang berhasrat menandatangani kontrak dengan pemain pasukan asal, hendaklah terlebih dulu memaklumkan kepada pasukan asal dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan sebelum kontrak tamat. Jika pasukan asal setuju, rundingan pasukan baru dan pemain pasukan asal boleh diadakan dan sebaliknya, jika tidak bersetuju.


"Namun jika pasukan asal masih tidak mengeluarkan notis melanjutkan kontrak kepada pemain dalam masa dua bulan sebelum kontrak tamat, pemain boleh berunding dan memasuki kontrak dengan pasukan baru tanpa mendapat kebenaran daripada pasukan asal."

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Real tekad balas dendam

Posted: 05 Nov 2012 09:18 AM PST

MADRID: Real Madrid ingin segera membalas dendam terhadap Borussia Dortmund dalam kancah Liga Juara-Juara awal pagi esok selepas tewas 1-2 di tangan kelab Jerman itu dua minggu lalu.

Kemenangan buat kelab Jerman itu membolehkan Borussia menghuni tangga teratas Kumpulan D dengan tujuh mata, mengatasi Real satu mata manakala Ajax meraih tiga mata diikuti Manchester City satu mata.


Sukar untuk menentukan pasukan mana yang mampu layak ke peringkat seterusnya daripada kumpulan dianggap 'Kumpulan Maut' itu.

Real meledak 13 gol dalam tiga perlawanan sejak kekalahan kepada kelab Jerman itu termasuk kemenangan 4-0 ke atas Zaragoza, Sabtu lalu.


Pemain antarabangsa Jerman, Sami Khedira terlepas aksi hujung minggu itu akibat kecederaan otot dialami bersama skuad kebangsaan bulan lalu, namun pemain tengah itu mungkin kembali awal pagi esok dan yakin pasukannya melepasi halangan Kumpulan D.


"Real pasti layak dan satu lagi pasukan, Dortmund berhak mengiringi kami selepas dua kejuaraan liga berturut-turut dan mereka beraksi dengan baik dalam Liga Juara-Juara tahun ini," katanya.

Jika Khedira tidak sempat pulih tepat pada masanya, Real mempunyai pilihan lain di bahagian tengah dengan Xabi Alonso yang turut tersisih menentang Zaragoza kerana penggantungan hampir pasti berada dalam kesebelasan utama.


Luka Modric dan Michael Essien (gambar) turut beraksi ketika menentang Zaragoza dengan kedua-duanya meraih gol pertama bersama kelab itu.

Essien mungkin lebih diperlukan di barisan pertahanan dengan Real kehilangan beberapa tonggak utama sejak akhir-akhir ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved