Rabu, 3 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Solekan perlu ikut era baru

Posted: 03 Jul 2013 08:20 AM PDT

Seiring perkembangan teknologi terkini dalam pembuatan kamera dan televisyen definisi tinggi (HD) untuk menampilkan gambar yang lebih terperinci, solekan pada wajah juga harus diperbaharui.

Bukan saja untuk mendapatkan penampilan wajah mulus dan bebas cela, malah solekan berkonsepkan HD juga sangat penting bagi mereka yang banyak bekerja di hadapan kamera dan bidang penyiaran.

Namun, itu tidak bermakna wanita di luar bidang berkenaan tidak boleh mencuba teknik solekan berkenaan malah ia sebenarnya sesuai digayakan oleh sesiapa saja yang mahukan wajah tampak lebih licin dan rata tanpa perlu bersolek tebal.

Menurut jurusolek terkenal dan pengasas KAI Image Academy, Kenz Ooi, solekan HD adalah lebih nipis berbanding cara lama yang banyak menggunakan alat solek jenis krim bagi menutup cela pada wajah.

Foto

KENZ ketika melakukan demonstrasi solekan.

Foto

8. SAPUAN pengilat bibir untuk menjadikan mekap lebih sempurna.

Foto

KENZ menegaskan solekan perlu diubah seiring perkembangan teknologi terkini.

Foto

1. WAJAH sebelum disolek.

Foto

2. SAPU primer atau prabedak asas pada wajah.

Foto

3. GUNAKAN bedak asas HD lebih cerah pada kawasan mata.

Foto

4. BEDAK asas HD rona sama dengan kulit disapu di keseluruhan wajah manakala warna lebih gelap pula untuk mengecilkan muka atau memberi kesan mancung pada hidung.

Foto

5. PILIH pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit dan sapu di tulang pipi.

Foto

6. GUNAKAN berus sesuai untuk sapuan bedak mineral HD jenis krim dan bedak tabur HD.

Foto

7. CELAK sebagai pelengkap mata menarik.


"Cara lama yang biasa digunakan akan menampilkan solekan tebal pada wajah dan kelihatan seperti mengenakan topeng. Disebabkan itu, wajah tampak tidak sempurna jika gambar diambil menggunakan kamera atau video kamera yang dipertingkatkan dengan penggunaan HD.


"Ini kerana apa saja barangan berteknologi yang dihasilkan dengan HD, ia akan memperlihatkan secara terperinci pada kulit wajah sehingga menampakkan kesan cela atau liang roma lebih jelas.

"Justeru, setiap wanita harus belajar bersolek mengikut perubahan era baru pada masa kini untuk mendapatkan wajah yang mulus dan lebih licin," katanya.

Tambahnya, solekan HD juga sesuai digayakan ketika ingin menghadiri majlis istimewa atau makan malam kerana ia juga dapat membantu mengurangkan kesan wajah letih atau lingkaran gelap bawah mata.

Teknik sapuan adalah sama tetapi alat mekap yang digunakan seperti bedak asas dan bedak padat jenis krim membantu menampilkan wajah lebih muda dan tekstur kulit tampak licin.

Bedak asas dan bedak padat yang biasa digunakan Kenz daripada jenama Mehron mementingkan keselamatan kulit pengguna.

"Walaupun ia jenis krim namun bedak asas atau bedak padat yang ditampilkan bebas minyak, tidak berkilat selain bebas bahan kimia dan wangian.

"Kelebihannya ia mengandungi aloe vera dan vitamin E untuk membantu menjadikan kulit sihat selain lebih ringan untuk disapu pada wajah.

"Terdapat lebih 20 warna, ia mesra pengguna kerana mudah disapu dan lebih rata walaupun tanpa menggunakan penutup cela pada wajah," jelasnya.

Tambahnya, gunakan span atau berus sesuai berbanding jari ketika menyapu bedak asas pada wajah bagi mengelakkan sapuan menjadi berbelak selepas memilih warna yang betul.

Jika mahu mencuba, gunakan bedak asas dengan tiga warna berbeza iaitu lebih cerah, gelap dan rona sama dengan kulit bagi mendapatkan kesan solekan lebih sempurna.

"Gunakan bedak asas rona lebih cerah di kawasan mata bagi membantu menutup lingkaran gelap atau mengurangkan kesan keletihan.

"Bedak asas yang lebih gelap daripada warna wajah pula digunakan untuk mendapatkan kesan mancung pada hidung atau mengecilkan bentuk muka yang besar.

"Akhir sekali, gunakan bedak asas rona sama dengan kulit wajah di seluruh bahagian muka untuk menutup cela dan menampilkan kesan mulus," katanya.

Kenz menegaskan, wajah harus dibersihkan terlebih dulu dan disapu dengan pelembap sebelum mengenakan mekap bagi mengelakkan sebarang iritasi pada kulit.

Tambahnya, untuk menggunakan pemerah pipi jenis krim, ia sebaiknya disapu sebelum mengenakan bedak padat bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.

Selain itu, wanita yang mempunyai masalah kulit kering atau matang boleh meninggalkan sapuan bedak HD mineral jenis krim dan bedak tabur bagi mengelakkan wajah kelihatan tua.

Kenz turut mengadakan kelas mempelajari teknik solekan terkini secara separuh masa atau sepenuh masa kepada pelajar tempatan dan Timur Tengah, lepasan sekolah atau suri rumah yang mahu menambah pengetahuan mereka mengenai mekap.

Malah, dia juga banyak mengadakan bengkel hujung minggu untuk wanita bekerja bagi meningkatkan kemahiran dan penampilan diri menerusi solekan sesuai.

Menariknya, Kenz akan muncul pada pameran Cosmobeaute Asia kali ke-9 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 15 hingga 18 Julai ini dengan menampilkan koleksi mekap terbaru untuk tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03

Spa khas untuk Muslimah

Posted: 03 Jul 2013 08:04 AM PDT

Selesa dan menyenangkan apabila mengunjungi spa dan salun berkonsepkan Muslimah yang terletak di Presint 9, Putrajaya.

Malah, keadaan sekitarnya juga tampak lebih santai serta ceria dengan hasil sentuhan dekorasi sederhana daripada pemilik Spa dan Salun Muslimah Beauty, Aya Mohd.

Walaupun tampak biasa tanpa kehadiran alunan irama yang menenangkan dan bauan herba, namun ia begitu disenangi pengunjungnya kerana mereka boleh melakukan aktiviti memanjakan diri tanpa terganggu dengan kehadiran lelaki.

Menurut Aya, konsep Muslimah sengaja diambil selepas melihat keinginan wanita yang mahu melakukan rawatan kecantikan dengan lebih selesa tanpa bercampur dengan jantina lain.

Foto

RAWATAN muka antara yang digemari pengunjung.

Foto

KUKU juga memerlukan rawatan rapi untuk mengekalkan kecantikannya.

Foto

SAUNA herba untuk membantu memecahkan lemak.

Foto

URUTAN badan bagi melegakan keletihan.


"Malah, jika ada suami yang ingin menemani isteri menjalani rawatan di sini juga saya memberitahu bahawa kami tidak membenarkan lelaki masuk ke dalam spa.


"Ia bagi menghormati pengunjung lain selain menitikberatkan konsep spa Muslimah ini supaya aurat wanita yang mendapatkan perkhidmatan di sini terjaga," katanya yang turut memiliki cawangan spa konsep sama di Pusat Perdagangan Deluxe, Dengkil, Selangor.

Disebabkan tidak banyak spa atau salun yang menggunakan konsep Muslimah itu, Aya mengambil peluang berkenaan untuk membantu wanita menjalani rawatan dalam keadaan menyeronokkan.

Ia juga dilakukan kerana memahami ramai wanita Muslimah masa kini yang tidak mahu mendedahkan aurat mereka kepada orang lain sekali gus mencari spa sesuai untuk melakukan rawatan kecantikan.

Di samping menjaga bahagian tubuh badan yang perlu ditutup, Muslimah juga memerlukan tempat sesuai untuk melakukan rawatan kecantikan bagi mengekalkan keanggunan mereka setiap masa.

"Bermula daripada hujung rambut hingga ke kaki, semua perkhidmatan rawatan kecantikan ada disediakan yang membuatkan wanita berhampiran senang mengunjunginya pada bila-bila masa saja.

"Ramai yang datang membuat rawatan muka, urutan dan mandi susu kerana mementingkan penjagaan badan yang cantik serta menarik.

"Selain itu, ada juga pengunjung yang gemar membuat sentalan badan kerana kami menggunakan bahan sesuai untuk keperluan tubuh masing-masing," katanya.

Tambahnya, ada beberapa jenis bahan sentalan digunakan seperti serbuk kopi, beras, halia dan manggis yang mempunyai kebaikan kepada badan.

Untuk wanita yang mahu kesan kulit lembut, licin dan gebu, bahan sentalan serbuk kopi dan beras lebih sesuai digunakan. Menariknya, bahan sentalan beras yang digunakan itu juga boleh disapu pada muka sebagai pembersih atau pupur bagi mengurangkan masalah jerawat.

Bahan sentalan halia lebih sesuai untuk membantu membuang angin manakala jenis manggis pula bagi memutihkan kulit. Namun, ia perlu dilakukan dua kali dalam seminggu bagi mendapatkan kesan pada kulit atau badan.

Rawatan berkenaan bukan hanya boleh dilakukan di spa, malah ia juga sesuai dibuat di rumah kerana Aya turut menjual bahan sentalan itu kepada pengunjung yang mahu melakukan sendiri.

"Selain itu, di sini ada juga menyediakan sauna herba bagi pengunjung yang mahu membuang angin atau toksik dalam badan, memecahkan lemak dan membantu melancarkan darah.

"Biasanya, ia mengambil tempoh 15 hingga 20 minit dan tidak menggalakkan pelanggan untuk melakukan lebih daripada 30 minit kerana jika terlalu lama boleh menyebabkan mereka berasa pening," tegasnya.

Namun, Aya mengingatkan supaya pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dulu terutamanya pada hari Jumaat kerana ia adalah waktu yang ramai pelanggan dan agak sibuk.

Ia bagi mengelakkan pelanggan terpaksa menunggu lama dan lebih menyedihkan mereka langsung tidak dapat melakukan rawatan kerana jumlah pengunjung yang ramai.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Spa dan Salun Muslimah Beauty, layari muslimah-beauty-saloon/facebook atau hantarkan emel menerusi muslimah_aya@yahoo.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Rugi RM1j produk dipalsukan

Posted: 02 Jul 2013 11:54 AM PDT

Petaling Jaya: Produk kesihatan dan makanan tambahan jenama Raffelinna dikesan menjadi sasaran sindiket pemalsuan sebelum dilambakkan di pasaran bersama produk tulen berikutan permintaan yang tinggi.

Berbeza dengan produk tulen, pengambilan produk pelangsingan tiruan itu bukan saja tidak berkesan, malah berdepan risiko mendapat kesan sampingan seperti kepanasan melampau dan kegatalan pada badan.


Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Profesor Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, produk itu antara sasaran sindiket tertentu untuk dipalsukan berikutan jenamanya yang semakin diyakini orang ramai khususnya melalui pemasaran atas talian.

"Dua produk Raffelinna iaitu produk pelangsingan 'Fellina Beauty' dan produk kesihatan 'Fellina Vitamin C' dipalsukan sejak dipasarkan Ogos lalu sekali gus mengakibatkan syarikat berkenaan kerugian hampir RM1 juta.


"Sindiket bijak mengelirukan pengguna dengan menggunakan pembungkusan dan tulisan seolah-olah ia produk tulen," katanya dalam sidang media peniruan produk dan hak cipta Syarikat Raffelinna Sdn Bhd (RMSB) di sini, semalam.


Sementara itu, Pengurus Pentadbiran RMSB Nur Fadzillah Mohd Ali mendakwa pihaknya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memalsukan produk mereka serta menyebabkan operasi pengeluaran diberhentikan selama dua bulan.

Foto

DR Saharuddin (kiri) bersama Nur Fadzillah (tengah) dan Eksekutif Kanan Pemasaran RMSB, Nurfadzillah Ghazali menunjuk laporan polis dan perbezaan produk tiruan dan tulen.

"Kami menerima pelbagai aduan daripada pengguna sejak Februari lalu termasuk pengadu mengalami masalah gatal dan panas pada badan selepas menggunakan produk pelangsingan tiruan.


"Laporan polis segera dibuat di Balai Polis Baling, sementara siasatan dilakukan terus dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mendapati produk tiruan banyak dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


2 jam terperangkap dalam tong derma

Posted: 02 Jul 2013 09:09 AM PDT

Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam.

Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ.


Selepas menyedari dia terperangkap, wanita terbabit menunggu sehingga dua jam dalam kepanasan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ketika menghubungi talian 911, wanita terbabit yang menghidap sklerosis menceritakan bagaimana dia kembali ke tong berkenaan selepas menyedari gelang tangan milik ibunya hilang.

"Saya datang ke sini dan menyelongkar bungkusan yang ada dan tiba-tiba terjatuh.


"Disebabkan saya menghidap sklerosis berbilang, tidak lama kemudian saya mula kejang otot dan tidak mampu keluar sendiri," katanya. Sementara menunggu bantuan tiba, beberapa penderma lain tidak menyedari wanita terbabit terperangkap di dalam tong itu lari apabila terdengar jeritan meminta tolong. Wanita itu kemudian diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. Pegawai bomba bertugas, Brian Stanalan berkata, wanita terbabit keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan. "Dia terperangkap dua jam di bawah sinar matahari dan bekas ini diperbuat daripada besi," katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu menemui semula barang kemas yang dicarinya. - Agensi

Foto

TONG mengumpul barangan terpakai yang 'memerangkap' seorang wanita penghidap sklerosis.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02

Pemindahan kepala manusia tidak mustahil

Posted: 02 Jul 2013 09:00 AM PDT

Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan.

Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.


Ini bermakna terdapat kemungkinan pembedahan pemindahan kepala penuh boleh dilakukan.

Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana 'akson' dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.


Canavero berkata, dia kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan kimia yang diberi nama 'fusogen membran' atau pelekat.


Sebahagian fusogen itu sudah biasa digunakan untuk membuat ubat atau digunakan dalam bidang industri pembuatan.

Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Besi pacak leher rakan

Posted: 02 Jul 2013 11:28 AM PDT

Teluk Intan: "Saya tak tahu dari mana kepingan spring besi itu muncul. Yang saya tahu, sebaik saja kereta kami berhenti selepas terbabas, rakan saya tak sedarkan diri dan berlumuran darah dengan besi spring itu terpacak menembusi lehernya."

Demikian kata Lim Kim Hooi, 40-an ketika menceritakan kematian rakannya, Ooi Yean Teong, 44, dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, di sini, jam 2.20 pagi semalam.

Mangsa yang memandu kereta Proton Wira mati di tempat kejadian akibat parah selepas sekeping spring besi yang biasanya dipasang pada bahagian penyerap hentakan lori tertusuk di lehernya.

Lim berkata, sebelum kejadian dia dan Ooi dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakannya itu memandu kereta manakala dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Foto

Besi spring lori yang menghentam mangsa hingga mati.


"Kami dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Teluk Intan selepas keluar makan di Sitiawan," katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03

Timbul depan ibu

Posted: 02 Jul 2013 11:23 AM PDT

Temerloh: Keajaiban berlaku apabila mayat mangsa lemas, Susisusanti Amaqmus, 15, timbul betul-betul di depan ibunya, Ramlah Musa, 40, yang berada di lokasi gerakan mencari mayat gadis berkenaan dilakukan di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, semalam.

Mayat Susisusanti yang lemas bersama seorang rakannya, tiga hari lalu ketika mandi di sungai itu timbul di depan Ramlah pada kira-kira jam 2.15 petang.

Kakak mangsa, Ajura, 25, menyifatkan perkara itu sebagai kuasa Allah untuk menunjukkan betapa mulianya kasih seorang ibu terhadap anak yang amat disayanginya.

"Ibu saya tiba di bandar ini dari Batu Pahat, Johor, Ahad lalu, apabila dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik saya dan nyata kehadirannya amat bermakna dalam usaha mencari mayat adik saya," katanya.

Foto

SUSISUSANTI


Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.30 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pelayaran indah ke Krabi & Phuket

Posted: 02 Jul 2013 05:51 AM PDT

Keberaniannya dalam mencuba pelbagai jenis resipi pelik dan eksotik memberi peluang buat personaliti Adzriefaiz Adzlan terus mengacarakan program travelog Makan Angin untuk musim keempat yang bakal disiarkan di TV9 setiap Sabtu bermula 6 Julai ini jam 8.30 malam.

Adzriefaiz atau Faiz menga­kui teruja apabila terus diberi peluang mengacarakan program berkenaan di mana secara tidak langsung memberi ruang kepadanya lebih mengenali resipi pelik yang popular dalam kalangan warga tempatan tetapi kurang diketahui umum.

Selain berkongsi resipi pelik, program 21 episod itu turut memberikan pengalaman baru dalam mencari dan memasak makanan eksotik serta unik, yang jarang kita dengar malah Faiz sendiri turut sama memasaknya.

Tidak hanya mengembara ke seluruh negara, Makan Angin kali ini juga menjengah ke luar negara seperti Thailand, Indonesia, Taiwan dan Australia.


Peluang RAP mengikuti penjelajahan mencari makanan eksotik di Pulau Phuket dan Pulau Krabi di Thailand baru-baru ini dengan menaiki kapal persiaran mewah, Superstar Cruise Libra selama empat hari tiga malam memberi lebih banyak pendedahan kepada penulis untuk melihat sendiri bagaimana krew Makan Angin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu makanan pelik yang ditemui.


Program anjuran Malaysian Harmony Tour and Travel Sdn Bhd dan Majalah Santai Travel itu turut memberi peluang kepada wakil media merasai pengalaman belayar di atas kapal mewah berkenaan.

Jika sebelum ini, ramai yang meragui akan status halal restoran di atas kapal ini, kini khusus untuk pelancong Muslim, sebuah restoran halal iaitu Restoran Spices dibuka dan turut dilancarkan pada sesi pelayaran berkenaan.

Faiz yang berkesempatan merasai sendiri masakan chef di restoran berkenaan, mengakui antara menu istimewa yang dinikmatinya ialah Sup Ayam Tongkat Ali yang jarang-jarang ditemui di mana-mana restoran.

"Jarang kita dengar sup diperbuat daripada Tongkat Ali. Apabila berada di sini, saya bukan hanya berpeluang merasainya malah turut berkesempatan membantu chef memasak makanan itu.

"Paling menarik mengenai rancangan ini ialah pengembaraan mencari makanan yang unik. Seperti di negara kita sendiri, banyak makanan yang kita jarang dengar dan tidak selalu kita makan.

"Di Phuket, saya berpeluang merasa kerabu obor-obor. Di situ juga terdapat penjual ayam goreng yang rasanya amat sedap. Sebelum ini saya memang tidak gemarkan ayam goreng, tetapi apabila memakannya di Phuket, saya terus gemarkan makanan itu," katanya.

Faiz berkata, fokus utama mereka ialah makanan eksotik dan bukan saja mencari, tetapi dia turut dapat melalui pengalaman memasak sendiri.

"Saya pernah menangkap ayam dan menyembelihnya sendiri. Bukan hanya haiwan, tetapi buah-buahan unik juga saya ada jumpa seperti buah kelempong di Taiping.

"Paling saya tidak dapat lupakan pengalaman merasa masakan Orang Asli di Pahang, begitu juga makanan orang Murut di Sabah. Antara keunikannya ialah mereka memasukkan nasi dan ikan di dalam buluh dan kemudian ia ditanam dalam tanah. Kemudian selepas sebulan barulah ia dimakan dan pasti ramai tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya ketika dimakan," katanya.

Antara menu tempatan lain yang ditemui Faiz ialah emping pulut hitam, dangai dan sup gamat. Selain itu, Faiz turut berkongsi kehidupan laut paling unik yang pernah ditemuinya iaitu Bronok, yang dijumpai ketika berada di Langkawi.

Sementara itu, Penerbit Program Makan Angin kali ini, Nurhidayah Sohan berkata, Makan Angin bukan hanya memperkenalkan makanan yang sukar didapati, tetapi turut mempromosikan tempat menarik yang boleh dilawati penonton.

(Yang mengikuti penggambaran Makan Angin di Phuket dan Krabi, Thailand, baru-baru ini).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02

Soseh Soseh: Buat-buat sakit sebab tertekan?

Posted: 02 Jul 2013 05:33 AM PDT

Sesetengah manusia memang pandai berlakon. Lebih-lebih lagi kalau profesyen sendiri pun seorang pelakon maka lebih mudahlah untuk seseorang itu melakonkan wataknya dalam dunia realiti, lengkap dengan skrip dan pengarahan buat diri sendiri

Begitulah gosip yang SS dengar semalam mengenai seorang pelakon wanita ini. Selama ini pelakon wanita itu banyak berlakon dengan seorang produser. Dengan erti kata lain dia sudah membuat perjanjian dengan produser terbabit untuk berlakon dalam tempoh beberapa lama sampai dia puas.

Dalam menggilap nama sebagai seorang pelakon, aktres baru itu rupa-rupanya bercinta senyap-senyap dengan seorang aktor muda yang kacak. Dalam diam-diam, mereka menjalinkan hubungan dan bagi SS itu juga bukan satu masalah kerana mereka nampak sepadan.

Bagaimanapun aktor muda yang pernah berlakon dengan produser yang sama dengan kekasihnya itu sudah beralih angin ke produser lain. Jadi mereka berdua tidak lagi selalu dapat berjumpa dan mula berjauhan. Ini ditambah pula dengan dilema aktres muda itu yang dikatakan bosan dengan suasana kerja di produksi sekarang. Dia dikatakan mula rasa tertekan kerana apa yang dimahukan tidak kesampaian apatah lagi produser terbabit seorang yang tegas dalam lembut.


SS dengar-dengar, aktres berkenaan mula 'berlakon' dalam dunia sebenar dengan menampakkan dirinya macam orang sakit sebab gara-gara hanya mahu mengelak daripada kerap berlakon. Kata rakan SS, aktres itu hanya menunggu masa untuk beralih ke produksi lain agar dapat bersama kekasihnya itu. Betul ke sampai begitu sekali?


SS tak pasti sama ada orang-orang di produksi sekarang sudah tahu perkara yang sebenar atau tidak. Bagi SS, dari satu sudut aktres itu tidak profesional kerana pandai berpura-pura, macam orang tidak reti mengenang budi pun ada.

Dari sudut lain pula, produser terbabit mestilah selalu mengambil tahu hal pelakonnya dan selalu berbincang dari hati ke hati. Ingatlah bahawa kru atau pelakon juga manusia biasa dan kalau ada yang tidak puas hati, boleh dibawa berbincang.

SS: Sekadar berlakon teater ketika di sekolah menengah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tak bermaya..

Posted: 02 Jul 2013 10:13 AM PDT

Johor Bahru: Malaysia gagal mengulangi aksi cemerlang ketika menewaskan Afrika Selatan, Ahad lalu apabila tewas 1-2 kepada pasukan ranking keempat dunia, England pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam.

Kekalahan pertama skuad negara selepas tiga perlawanan itu juga menyaksikan mereka gagal mempertahankan kedudukan teratas Kumpulan B dan menempah laluan sukar bertemu pasukan ranking pertama dunia, Jerman pada suku akhir esok.


Ketua jurulatih Paul Revington jelas kecewa dengan prestasi anak buahnya sambil menyatakan mereka gagal mengulangi standard permainan sebenar seperti ketika bertemu Afrika Selatan.

"Ini bukan tahap yang dimahukan. Contohnya bahagian pertahanan dan serangan mungkin keletihan selepas bertemu Afrika Selatan dan ia menjejaskan rentak permainan mereka," katanya.


England bermula garang apabila membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Richard Smith.


Tersentak dengan gol itu, skuad negara kembali memperkemaskan corak permainan dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil yang menyudahkan tolakan Faizal Saari daripada gerakan pukulan sudut penalti.

Foto

PEMAIN England Oliver Willars (kanan) cuba mengawal asakan pemain Malaysia pada perlawanan semalam.

Skuad bimbingan Bobby Crutchley bagaimanapun kembali memberi tekanan selepas itu tapi tiga pukulan sudut penalti dihadiahkan kepada mereka gagal disempurnakan dengan baik.


Bersambung babak kedua, skuad negara dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 tapi gagal disempurnakan anak buah Paul Revington.

England kembali di depan pada minit ke-58 menerusi jaringan padang Barry Middleton selepas berlaku situasi kelam kabut dalam kawasan D skuad negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03

Jelajah Kellie's Castle

Posted: 02 Jul 2013 10:10 AM PDT

Batu Gajah: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) memberi sokongan penuh terhadap penganjuran Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013 dijadual berlangsung di kawasan pelancongan bersejarah Kellie's Castle pada 25 Ogos.

Yang Dipertua MDBG Datuk Jamry Sury berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran program di daerah itu dan disifatkan mampu melonjakkan industri pelancongan serta menarik lebih ramai peminat aktiviti sukan berbasikal ke kawasan itu.


Beliau yakin program itu akan mendapat sambutan menggalakkan peminat sukan berkenaan berdasarkan pengalaman penganjuran aktiviti sama tahun lalu. "Pengalaman menganjurkan acara berbasikal jambori sempena Tahun Melawat Perak 2012 lalu menambah keyakinan kepada kami bekerjasama dengan Harian Metro untuk menjayakan program ini," katanya.

Beliau berkata, selain memastikan program berjalan lancar, pihaknya juga mahu peserta program diberikan layanan terbaik.


"Berikutan jumlah pembabitan peserta ramai, saya harap penganjuran program kali ini dapat memberi keseronokan dan keselesaan kepada semua.


"Justeru, kami mahu memastikan program ini menjadi aktiviti terbaik dan berlangsung dengan jayanya," katanya selepas mengadakan pertemuan serta mendengar sesi taklimat program Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013 di pejabatnya, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Abdul Ghafar Ismail, Ketua Unit Perhubungan Awam Korporat MDBG Makhlis Othman serta jawatankuasa kejohanan.


Pada majlis itu Abdul Ghafar turut menyampaikan cenderamata kepada Jamry sebagai tanda penghargaan menyokong penganjuran program berbasikal itu.

Program ini menjelajah ke lima lokasi pelancongan menarik di beberapa negeri khusus untuk peminat sukan itu.


Berdasarkan format perlumbaan Olimpik rentas desa dan jambori, perlumbaan turut menawarkan hadiah lumayan mengikut beberapa kategori ditetapkan. Program yang mendapat kerjasama Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Tourism Malaysia itu yang kedua selepas kejayaan memberangsangkan di Putrajaya pada 2 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved