Isnin, 22 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kemegahan Bukit Chandan

Posted: 22 Oct 2012 02:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]ATAS semangat terlalu menyayangi keunikan, keindahan dan kenangan sepanjang hidupnya di Bukit Chandan, Raja Nur Jannah Raja Hirdan, 52, menjadikan rumah ibunya sendiri sebagai rumah pameran.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


383 cap jari dikesan

Posted: 21 Oct 2012 04:13 PM PDT

AMPANG: Sebanyak 383 cap jari timbul jelas berjaya dikesan dalam semua kes jenayah di Selangor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada jumlah itu, 96 peratus cap jari milik penjenayah tegar manakala hanya 3.6 peratus milik individu yang baru melakukan jenayah.


"Berdasarkan peratus berkenaan, ia menggambarkan penjenayah yang bebas selepas diberi jamin polis, diberi jamin mahkamah mahupun sudah menerima hukuman penjara, aktif kembali melakukan jenayah sama.

"Oleh itu, saya menyeru masyarakat supaya membantu polis dalam memastikan penjenayah yang dibebaskan tidak mengulangi perbuatan jenayah secara berulang," katanya ketika sidang media selepas menghadiri program 'Bersatu Mencegah Jenayah' di Dewan Serbaguna Taman Cempaka, Ampang, di sini, semalam.


Hadir sama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Wong Pui Lam dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.


Tun Hisan berkata, kebanyakan penjenayah kembali melakukan jenayah sama selepas dibebaskan kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain dan tidak diterima masyarakat.

Katanya, tanpa bantuan dan kerjasama masyarakat, masalah terbabit tidak selesai dan ia terus berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Mati cubaan ketiga

Posted: 21 Oct 2012 03:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tak sampai lima meter keluar dari pagar rumahnya, seorang lelaki warga emas mati ditembak dari jarak dekat di depan mata isteri dan pembantu rumahnya dalam kejadian di Jalan Desa Permai, di Taman Desa, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, mangsa Foong Yen Chong, 72, yang juga pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang lelaki bertopeng mengenai bawah telinga kanannya.

Menurut sumber, pernah berlaku dua kejadian tembakan di rumah berkenaan pada 2009 hingga 2011, bagaimanapun, mangsa tidak cedera.

Katanya, kejadian pertama berlaku antara 2009 atau 2010 apabila seorang individu melepaskan tujuh das tembakan ke arah rumah mangsa.


"Kejadian kedua pada 5 Februari 2011 iaitu hari pertama perayaan Tahun Baru Cina apabila seorang lelaki bertindak melepaskan lapan das tembakan ke arah rumah dua tingkat berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Saya memang suka menyanyi’

Posted: 21 Oct 2012 01:04 PM PDT

DEK kerana kekangan bajet untuk mengambil khidmat Pengurus Perhubungan Awam (PR) bagi memperkenalkan dua lagu baru ciptaan Ajai kepada peminat, segala apa yang diharapkan Sharifah Zarina Wan Hasan tidak menjadi kenyataan.

Untuk mendapatkan lagu daripada komposer terkenal itu, Zarina terpaksa membeli dua lagu daripadanya sekali gus yang menelan belanja agak tinggi. Bagaimanapun, kerana keterujaan untuk menyanyikan lagu ciptaan Ajai, Zarina yang menggerakkan kerja seninya atas perbelanjaan sendiri terpaksa menjimatkan kos untuk mempromosikan lagu itu di mana dia sendiri berusaha membawa lagu itu kepada stesen radio agar ia diputarkan.

"Saya tiada bajet untuk mengambil khidmat PR ataupun pengurus kerana sudah banyak duit dilaburkan kepada lagu itu dengan harapan ia dapat meletakkan nama saya kembali di persada nyanyian tanah air. Saya ingat boleh melakukannya sendiri tetapi gagal kerana selepas saya menghantar lagu itu ke stesen radio, saya tidak 'follow-up' semula dan akhirnya lagu itu terbiar begitu saja, jarang sekali atau tidak langsung diputarkan di radio.

"Dua lagu Ajai yang menjadi taruhan saya, satu lagu perlahan yang berjudul Suratan Yang Menyakitkan dan satu lagi lagu rancak, Dalam Dakapan. Kedua-dua lagu itu bagus dan tiada cacat celanya cuma kerana kekurangan promosi, tiada siapa yang tahu kemunculan kedua-dua lagu itu.


"Barangkali juga strategi saya salah kerana pada waktu sama, lagu nyanyian Alyah, Tak Mungkin Kerna Sayang yang juga ciptaan Ajai dan lirik oleh Habsah Hassan sangat popular ketika itu menyebabkan perhatian stesen radio dan juga pendengar memberikan lebih tumpuan kepada lagu berkenaan.


"Oleh kerana tertarik dengan lagu itulah maka saya berminat untuk bekerjasama dengan Ajai tetapi nampaknya bukan rezeki saya. Untuk melakukan kerja publisiti dan promosi, saya tidak boleh melakukannya sendiri. Walaupun nama saya masih dikenali dalam industri tetapi saya tetap memerlukan bantuan orang lain untuk melancarkan perjalanan kerjaya seni saya.

"Semua itu adalah pengalaman dan sekarang saya tahu apa yang patut saya lakukan. Oleh kerana saya masih menggunakan bajet sendiri, saya tidak mahu lagi membeli dua atau tiga lagu sekali gus kerana ia merenjatkan perancangan saya yang lain.

"Saya tak mampu membuat perkara seperti itu lagi kerana penghasilan lagu bukannya terus selesai selepas kita membeli lagu tetapi saya perlu fikirkan juga soal rakaman dan proses lain selepas lagu itu siap terutama aspek promosi dan pemasaran," katanya.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu mahu terus menyanyi sementelah lagi suaminya, Buswani Abdullah sangat mendorong minatnya itu dan sanggup mengeluarkan duitnya sendiri bagai merealisasikan impian si isteri.

Menurut Zarina, lagu Suratan Yang Menyakitkan pernah diangkat menjadi lagu tema drama Si Juntai yang disiarkan di TV3.

"Orang dengar juga lagu itu kerana apabila saya lihat jualan nada dering pada setiap hujung bulan, ada permintaan terhadap lagu itu. Kalau lagu itu diputarkan di radio, saya yakin pendengar akan menyukainya. Kekuatan sesuatu lagu itu adalah apabila ia sering dimainkan di radio.

"Percubaan saya untuk menyanyikan lagu rancak, Dalam Dakapan, memang tidak menjadi kerana lagu genre begitu bukan jiwa saya. Apabila saya mendengarnya berulang kali, saya teringatkan perbualan saya dengan Anuar Zain. Katanya pada saya, kalau saya adalah penyanyi lagu balada, buat saja balada dan jangan cuba melakukan transformasi.

"Kata-kata Anuar itu kini menjadi kenyataan, namun saya tidak menyesal kerana kalau saya tidak cuba menyanyikan lagu rancak, saya tak tahu sama ada pendapat Anuar itu betul atau salah. Selepas tahu 'jawapan' kepada percubaan itu, lain kali tak perlu lagi saya nak melakukan eksperimen terhadap diri sendiri," katanya.

Rasa cinta yang tidak pernah padam terhadap dunia nyanyian, terbaru sekali lagi ibu kepada tiga cahaya mata berusia 3 hingga 9 tahun itu hadir dengan lagu terbarunya, Memandang Awan ciptaan Acap dan lirik oleh Roy.

"Kali ini saya keluarkan satu lagu saja kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Alhamdulillah, lagu itu sering dimainkan di radio dan pendengar sudah tahu itu lagu terbaru saya. Dengan bajet yang ada, saya juga mampu mengambil PR untuk membantu saya mempromosikan lagu itu dan juga membawa saya bertemu media.

"Lega rasanya kerana usaha kali ini membuahkan hasil. Sebenarnya walaupun menggunakan bajet sendiri, setiap tahun saya merakamkan lagu baru. Ada lagu yang mampu 'meletupkan' nama saya dan ada juga yang suam-suam kuku, itu semua terpulang pada rezeki tetapi dengan populariti lagu Memandang Awan ini, ia menggembirakan saya," katanya.

Sebelum rakaman Memandang Awan, Zarina terlebih dulu merakamkan lagu duet dengan Zamani Slam, Tidak Keruan dan lagu itu juga mendapat sambutan yang sangat baik.

Populariti lagu Memandang Awan 'membuka mata' pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadapnya apabila dia diminta menyanyikan lagu tema agensi itu bersama Datuk M Nasir.

"Mara ada lagu tema mereka sendiri di mana lagu tema terakhir dibuat 30 tahun lalu dan tahun ini mereka buat lagu baru. Selepas bekerjasama dengan mereka, dalam kebanyakan majlis anjuran agensi itu, mereka menjemput saya untuk menyanyikan lagu tema berkenaan di samping mempersembahkan lagu saya sendiri.

"Saya masih dibayangi lagu yang pernah mengangkat saya ke puncak kejayaan iaitu Langit Ketujuh. Lagu apapun yang saya nyanyikan, akhirnya penonton mesti minta saya menyanyikan lagu itu.

"Beradanya saya dalam industri ini bukan mahu bersaing dengan sesiapa kerana manalah saya mampu menyaingi kehebatan dan populariti penyanyi muda. Saya suka menyanyi dan apabila saya tidak merakamkan lagu, saya akan rasa bosan sepanjang hari duduk di rumah. Apabila saya menyanyi, ada juga kerja saya nak buat.

"Tak mahulah jadi suri rumah tangga yang terperap di rumah. Apabila menyanyi, saya terdedah juga kepada dunia luar dan tahu juga perkembangan semasa. Show pun biasa-biasa saja tanpa meletakkan harga yang tinggi.

"Anak-anak semakin membesar dan saya ada 'team' yang bagus iaitu suami saya yang sangat memahami diri saya dan pembantu rumah yang menjaga anak saya dengan baik. Buswani sangat baik dan tiada istilah cemburu dalam dirinya. Kami sudah berkahwin 10 tahun dan sebelum berkahwin, kami sudah berkenalan selama beberapa tahun.

"Saya tidak pernah berubah, baik ketika zaman gadis, selepas menjadi isteri dan ibu kepada tiga anaknya serta bergelar penyanyi, 'itulah' saya. Sama ada nama saya di puncak dan kini biasa-biasa saja, saya adalah isterinya yang tidak pernah berubah hati dan laku. Dia percayakan saya dan dia tahu saya orang yang macam mana. Buswani boleh baca gerak hati saya.

"Oleh itu dia sentiasa memberi sokongan kerana dia tahu saya sangat suka menyanyi," katanya.

Dalam bidang lakonan, Zarina pernah berlakon dalam drama 6 Sharifah untuk siaran radio. Waktu itu dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan baru dua tiga bulan.

"Saya beritahu kepada produksi yang saya tak boleh berlakon tetapi kerana mahukan pelakon yang berketurunan Sharifah, maka mereka ambil juga saya berlakon. Lakonan saya kaku dan saya tahulah sama ada saya akan berlakon lagi.
Pun begitu menyanyi lebih selesa daripada berlakon kerana masa persembahan tidak lama," katanya.

Menceritakan diarinya sebagai isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil, dia memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

"Nak berlatih menyanyi, anak pula menangis dan meraung. Kena tidurkan dia dulu. Pernah sekali tiada pembantu rumah, saya tetap curi masa menyanyi.

"Jiran tetangga pun dah tahu jadual kerja saya. Selalunya saya akan berlatih menyanyi sebelah petang kerana ketika itu semua kerja rumah sudah beres. Anak kecil pun dah bangun tidur. Kalau jiran terdengar lagu di rumah saya, mereka tahu yang saya sedang berlatih menyanyi untuk show keesokan harinya.

"Saya hafal lagu sebelah malam apabila anak-anak sudah tidur. Kalau saya terpaksa 'out station' sehari dua, Buswani boleh masak sendiri," katanya yang sudah lapan tahun menyanyi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Alyah berani mencuba

Posted: 21 Oct 2012 09:43 AM PDT

MELIHAT penampilan yang sering ditonjolkan tidak kira ketika beraksi di pentas atau di khalayak, pastinya semua tahu penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah ini seorang yang berani melakukan perubahan terhadap rambutnya.

Sering tampil dengan gaya pelbagai yang kadang kala pendek, beralun, kerinting dan lurus Alyah bijak menyesuaikan gaya rambutnya mengikut majlis yang dihadiri
.

Malah ada waktunya, Alyah tampil berani mewarnakan rambutnya dengan warna yang begitu menyerlah seperti coklat, merah dan perang. Terbaru Alyah pernah tampil dengan warna ungu dan merah jambu.

Tidak bimbang dengan kritikan, bagi Alyah apa yang ditampilkan adalah dirinya sendiri yang sukakan kelainan serta gaya yang unik.


Pernah mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, Alyah mengakui penampilan yang ditonjolkan bukanlah untuk meniru sesiapa apatah lagi Lady Gaga yang juga idolanya yang pelik ketika bergaya, Alyah menganggap apa yang ditonjolkan adalah kepuasan pada dirinya dalam bergaya.


Pernah juga peminat keliru apabila melihat gaya rambut panjangnya di dalam klip video Tak Mungkin Kerana Sayang yang menyerupai penyanyi Indonesia, Rossa lantas Alyah memotong pendek rambutnya.

Difahamkan, selepas ini Alyah akan kembali dengan gaya rambut panjang tapi diserlahkan dengan konsep terkini yang nyata akan membuat sesiapa saja memandang lebih daripada dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Gadis bermisai, berjambang

Posted: 21 Oct 2012 03:15 PM PDT

BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.

Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.

Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.


"Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat," kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.


Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap 'aplastic anemia' pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya.

Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

"Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat," menurut laporan Liao Shen Evening News.

"Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah," kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.

Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

"Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku," lapor Zinhua. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Wartawan diserang lepas buat liputan di Dataran Tahrir

Posted: 21 Oct 2012 03:13 PM PDT

KAHERAH: Koresponden rangkaian televisyen France 24, diserang berhampiran Dataran Tahrir di sini selepas dikepung oleh orang ramai, semalam.

Saluran televisyen itu, dalam satu kenyataan berkata, Sonia Dridi diserang jam 10.30 malam selepas membuat laporan secara langsung mengenai tunjuk perasaan di dataran itu.

Dia bagaimanapun diselamatkan oleh seorang rakan dan beberapa penduduk.

Ia adalah kejadian keganasan terbaru terhadap wanita di pusat tunjuk perasaan Mesir itu.


France 24 tidak memberi butir lanjut mengenai serangan berkenaan tetapi berkata, kakitangannya selamat meskipun amat terkejut dan akan menyaman penyerang yang tidak dinamakannya.


Rangkaian berkenaan yang dibiayai kerajaan Perancis tetapi bebas dalam membuat laporan berkata, ia dan Kedutaan Perancis berusaha untuk membawa pulang Sonia.

"Lebih takut daripada cedera," kata wartawan itu pada laman Twitternya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakannya, Ashraf Khalil kerana melindunginya.

Ashraf yang bekerja untuk perkhidmatan bahasa Inggeris rangkaian sama berkata, orang ramai mengerumuni dia dan Sonia ketika mereka membuat laporan secara langsung di jalan raya berhampiran Dataran Tahrir.

Menurutnya, serangan dan usaha menyelamatkan diri itu berlaku kira-kira setengah jam tetapi dia merasakan ia begitu lama.

"Orang ramai mengerumuni Sonia dan keadaan bertambah tegang. Saya memeluknya dengan kedua-dua tangan dan muka kami bertemu. Kira-kira 30 lelaki terbabit dalam serangan itu," kata Ashraf.

Menurutnya, mereka berundur dengan memasuki sebuah restoran makanan segera yang memiliki pintu besi bagi menyelamatkan Sonia daripada penyerang.

Mereka kemudian bergegas menaiki sebuah kereta sementara beberapa lelaki menumbuk kenderaan berkenaan.

Sebahagian barangan mereka dicuri, katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Zulfahmi jejak podium

Posted: 21 Oct 2012 02:55 PM PDT

JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu.

Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.


Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.

Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.


Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.


"Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. "Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.

"Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. "Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang," katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.


Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


PKS tetap cemerlang

Posted: 21 Oct 2012 02:51 PM PDT

WALAUPUN berdepan cabaran terpaksa menukar pemain di saat akhir apabila seorang daripada peserta mereka demam, ia tetap tidak mematahkan semangat pasukan Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS)-Malaysia untuk terus berjuang.

Hasilnya, pasukan yang baru dua kali menyertai Varsity Boat Race 2012 (VBR) dan Kejohanan Tahunan Sukan Rowing & Kayak peringkat universiti itu berjaya merangkul gelaran juara pemenang keseluruhan bagi acara mendayung.


Pasukan di bawah bimbingan jurulatih, Abdul Halim Aziz itu muncul juara kategori berkenaan selepas merangkul tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa apabila kejohanan enam hari itu berakhir semalam.

Mengakui turut terpaksa berdepan dengan perang psikologi pasukan lain, ketuanya, Mazlie Daham, 23, berkata, peranan 'senior' yang sudah berpengalaman dalam meniup semangat kepada junior ketika dilanda perasaan putus asa atau kecewa, memainkan peranan utama bagi menentukan kejayaan mereka.


"Cuaca tidak menentu ter utama hujan lebat bukan masalah besar kepada kami, tapi kami perlu mengatasi perang psikologi yang dilancarkan pasukan tertentu. Pesanan jurulatih jangan panik dan sentiasa tenang sepanjang pertandingan, itulah yang menjadi pegangan kami.


"Malah, beberapa senior yang turut berada dalam pasukan banyak memberi sokongan dan semangat kepada kami," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Prof Mohd Tajuddin Ninggal di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya, semalam.

Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UTM itu membabitkan 32 pasukan daripada 18 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sembilan universiti luar negara dan empat sekolah menengah sekitar Putrajaya.


Sementara itu, pasukan Nanyang Technological University (NTU) Singapura dinobat pemenang keseluruhan bagi acara kayak selepas menggondol dua emas dan dua perak.

Pengurus pasukannya, Chia Chin Yen, berkata beliau melihat pasukannya berpotensi untuk meraih kemenangan kerana latihan intensif dilakukan sebelum menyertai pertandingan.


Namun, katanya persaingan agak sukar dan sengit terutama apabila terpaksa berdepan dengan cuaca tidak menentu.


"Tapi hasil latihan enam hari seminggu dua kali sehari, kejayaan itu milik kami. Lebih manis lagi, kemenangan pertama ini diraih menerusi penyertaan pertama kami dalam VBR tahun ini.


"Terima kasih kepada UTM dan KPT yang menjemput kami menyertai pertandingan ini dan kami berhasrat untuk menyertai pertandingan ini pada masa akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Biar anak lapar

Posted: 21 Oct 2012 04:12 PM PDT

PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.


Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Diserang 200 Mat Rempit

Posted: 21 Oct 2012 04:12 PM PDT

ALOR SETAR: Sekumpulan 200 lelaki dipercayai Mat Rempit bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dinaiki dua lelaki sebelum membelasah mereka, menyebabkan seorang daripada mangsa parah dalam kejadian di Jalan Pegawai, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia 18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21 tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB.

Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan.

Sebaik tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama rakan-rakannya sejauh satu kilometer.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, kumpulan remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai menyerang dan terus membelasah mangsa serta memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar dan besi papan tanda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved