Rabu, 27 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Geng Boboi, Auni punah

Posted: 26 Jul 2011 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelicikan dua geng ragut diketuai Boboi dan Auni tumpas apabila kedua-dua mereka bersama tiga dan dua ahli geng masing-masing ditahan dalam serbuan berasingan pada 21 hingga 23 Julai lalu di rumah mereka di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah.

Hasil serbuan polis merampas pelbagai barangan samun dianggarkan berjumlah RM70,000.


Kumpulan terbabit yang dianggotai tujuh lelaki berusia 20 hingga 24 tahun menyasarkan wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum mereka memecahkan cermin kereta menggunakan palam pencucuh yang diubah suai dan melarikan beg tangan diletakkan di tempat duduk penumpang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas sejak sebulan lalu bagi mengesan dan membanteras kegiatan samun didalangi suspek yang aktif menjalankan aktiviti mereka di Sentul, Gombak dan Lembah Klang.


Menurutnya, dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek, polis percaya dapat melumpuhkan dua geng samun di Sentul.


"Polis mengesan suspek pada 21 hingga 23 Julai lalu di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah, sebelum menangkap semua suspek di kediaman masing-masing.

"Polis turut merampas lapan motosikal curi yang digunakan suspek untuk menyamun bersama barangan milik mangsa seperti 15 beg tangan, telefon bimbit, jam tangan dan kad pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya.


Zakaria berkata, hasil ujian air kencing mendapati semua mereka positif syabu.

"Geng Boboi dianggotai empat orang manakala Geng Auni dianggotai tiga orang menyamun pengguna jalan raya sejak awal tahun ini dengan lebih 40 kes direkodkan dan daripada jumlah itu, 20 kes berlaku di Sentul.


"Kes terakhir kejadian samun berlaku minggu lalu di Segambut dengan melakukan modus operandi sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Buang abu mayat ke sungai

Posted: 26 Jul 2011 11:12 AM PDT

SHAH ALAM: R Khatavarayan, tertuduh keempat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, didakwa ada memberitahu seorang pegawai penyiasat bahawa abu mayat mangsa dibuang ke Sungai Panchau, Banting.

Pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cif Inspektor N Govindan, 45, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata maklumat itu diperoleh hasil temu bual dengan Khatavarayan ketika membuat siasatan pada 12 September 2010.

Selain itu, Govindan mendakwa tertuduh kedua dalam kes itu, T Thilaiyalagan yang juga rakan sekerja Khatavarayan memberitahunya mereka membuang kayu digunakan untuk membakar semua mangsa dan zink untuk melapik mayat di ladang sawit Sungai Arak, Banting.

Beliau berkata, perkara itu diberitahu sendiri oleh Khatavarayan, 31, dan Thilaiyalagan, 20. Kedua-dua lelaki itu juga membawa polis serta menunjukkan tempat barangan terbabit dibuang di beberapa lokasi di sekitar Banting, antara 12 dan 14 September tahun lalu.


Khatavarayan yang juga saksi pendakwaan ke-31 berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada hari ke-11 perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan pemandu jutawan itu, Kamaruddin Shamsuddin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

Posted: 26 Jul 2011 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.


Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.


Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.


Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
muke pun dah macam orang jepun....kalau memang dia bunuh diri memang merugikan diri sendiri..nauzubillah...

marina

metro memberi informasi yang berguna untuk saya.

siti aishah

kalau benar dia bunuh diri...mcmana dia leh beli tiket kalap terbang utk balik malaysia????

mimie

pelajar nie mati kenapa ada kes ke......

siti

Kenapa keluarganya tidak tahu kenapa Muhammad shafik berada di Pattaya? Thailand?
Sepatutnya, pihak keluarga lebih prihatin dan selalu berkomunikasi dengan pelajar tersebut untuk mengetahui perkembangan diri beliau? Sebagai pelajar diluar negara,keselamatan diri pelajar ini adalah terdedah deangan pelbagai angkara & faktor2 luaran yang memberhayakan. Oleh kerana itu sikap kita mesti senantiasa prihatin & ambil berat tentang dengan ancaman subversif dan pelbagai permasaalah untuk mengelakkan sebarang risiko & mala petaka. Wallahualam

Mariam Abdullah

cmana mangsa bole berada d thailand sedangkan mangsa dikatakan berada di jepun..harap pihak polis dpt menyiasat perkara ini secepat mungkin.

amy

saya amat mengenali mangsa. Adalah mustahil untuk mangsa membunuh dirinya sendiri.Mohon kerajaan Malaysia menyiasat perkara ini dengan sehingga ke akar umbi untuk mengetahui perkara sebenar. Al-Fatihah

anuar

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peras bapa RM1.5 juta

Posted: 26 Jul 2011 09:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Akibat kemaruk cinta kepada lelaki warga Nigeria, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menipu bapa sendiri kononnya dia bersama kekasihnya itu diculik dan meminta wang tebusan RM1.5 juta untuk dibebaskan.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Reaksi penonton jadi penentu

Posted: 26 Jul 2011 06:37 AM PDT

SEKALI pandang wajahnya seolah-olah dikenali ramai sebagai pelakon.

Memiliki wajah seperti gadis naif, nama pelakon Sara Ali semakin menjadi bualan selepas penampilan di layar perak. Berbanding nasib pelakon baru lain, Sara dianggap bertuah kerana perjalanan seni dibina bermula di skrin lebar sebelum terjun ke TV.

Penampilan awal menerusi filem Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia ditayang–kan pada 19 Mei lalu antara lakonan meninggalkan kesan pada penonton.

Impak lakonan itu bukan saja memperkenalkan dirinya sebagai pelakon baru, tetapi menimbulkan persoalan kepada penonton mengenai kewujudan watak Julia yang dibawanya.


Sara atau nama sebenar, Siti Sarah Hairi Ali, 20, tidak menafikan ada penonton berasa keliru dengan watak sampingan itu.


Namun, apa yang ingin disampaikan mengikut kehendak pengarah dan plot filem berkenaan.

"Penonton ingin tahu siapa Julia sebenarnya dan dengan siapa dia bercinta. Sebenarnya, watak itu memang dicipta sebegitu agar memberi persoalan dan penonton kemudian tahu, dia bercinta dengan Jamal (lakonan Syafie Naswip).

"Walaupun hanya empat babak saya terbabit dalam filem itu, pengalaman ditimba memberi pengetahuan baru yang cukup menyeronokkan.

"Ketika penggambaran filem itu, Kabir banyak mengajar saya bagaimana cara pelakon melontarkan dialog.

"Dia tidak suka dialog kecoh, tetapi mantap sambil menggunakan pergerakan mata yang menunjukkan ekspresi lakon.

"Menariknya, saya juga belajar adegan dirakam secara 'tracking' menggunakan kren termasuk mengetahui lebih lanjut proses 'colour grading'," katanya bersemangat.

Nyata, hubungan baik terjalin antara Sara dengan produksi Filmscape Sdn Bhd milik Kabir yang bertanggungjawab menerbitkan filem itu bersama produksi Primeworks Studios dan Juita Viden Sdn Bhd membuka pintu rezeki padanya.

Sara berkata, setahun selepas penggambaran filem itu selesai, dia diajak menjayakan projek baru produksi itu untuk drama bersiri terbaru 26 episod, Wasiat yang akan menemui penonton Astro Prima di saluran 105 pada setiap Rabu, 10 malam bermula hari ini.

Berkongsi pengalaman terbabit dalam drama adaptasi telenovela Argentina, Herencia De Amor dan diarahkan Faisal Ishak ini, Sara menyatakan pengalaman pertama kali berlakon drama memberikan pendedahan berbeza yang mencabar dirinya.

"Banyak adegan saya lakonkan dalam drama ini mengambil masa penggambaran panjang sehingga tiga bulan. Pada saya, pengalaman ini memberi cabaran baru apatah lagi perlu konsisten dalam menjiwai watak.

"Jika diikutkan, berlakon filem juga penat, tetapi pengalaman kali ini berbeza.

"Dari aspek lakonan, ia lebih mencabar kerana saya perlu membawa watak gadis baik yang sememangnya bukan personaliti sebenar saya.

"Saya mengaku watak Hana ini kontra dengan diri saya berperwatakan kasar. Namun, pengarah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan mengingatkan karakter Hana yang dimahukan.

"Hana adalah model lemah-lembut, tetapi tidak kisah bergaul dengan sesiapa saja. Walaupun sikap dia begitu, dia kuat semangat dan boleh bersabar apabila ditindas," katanya.

Memberi lakonan berkesan, Sara tidak terkecuali perlu melakonkan adegan air mata.

Dia menyatakan, Hana tidak mudah menangis, tetapi dia tetap melakonkannya.

Di sebalik pengalaman depan kamera, kata Sara, kejayaan awal drama berkenaan bergantung pada kerjasama baik antara pelakon dan kru.

"Di lokasi memang penat, tetapi saya gembira kerana semua komited dan mesra seperti satu keluarga. Soal kepuasan, saya percaya setiap pelakon tidak pernah berasa puas dengan apa yang dipersembahkan.

"Begitu juga, saya perlu banyak belajar dan menggandakan usaha untuk berjaya dalam bidang seni ini. Saya bersyukur kerana Kabir memberikan respons positif kepada hasil lakonan saya.

"Mungkin atas lakonan saya bersama Nur Kasih The Movie, Kabir mengambil saya berlakon dalam Wasiat. Bekerja untuk Wasiat, saya tidak mempunyai masalah kerana lebih faham. Namun, saya tidak berasa di kedudukan selesa kerana saya teringin bekerja di bawah pengarah lain seperti Mamat Khalid dan Farid Kamil," katanya.

Memilih lakonan sebagai kerja sepenuh masa, Sara turut mendapat sokongan anggota keluarga walaupun menangguh hasrat menyambung pelajaran buat sementara waktu.

"Dari aspek peribadi, saya sukakan aktiviti lasak dan ekstrem seperti menunggang kuda dan mendaki. Saya pernah melakukan aktiviti 'bungee jumping' dan jika ada peluang, saya ingin mencuba aktiviti payung terjun.

"Sejak berlakon, ada orang yang perasan saya adalah pelakon. Ada juga hairan kerana dalam Nur Kasih The Movie saya berambut pendek, tetapi rambut saya panjang untuk Wasiat.

"Tidak kira sama ada sesiapa perasan kehadiran saya atau tidak, apa yang penting saya menghargai sokongan penonton terhadap lakonan saya," katanya yang suka bergaya ringkas.

Meluaskan pengalaman seni, Sara berharap Wasiat membuka ruang lebih besar pada penonton untuk melihat aksi lakonnya.

Ketika berlakon Wasiat, dia mengakui ada tawaran filem baru diterima, tetapi menolak kerana mahu memberi fokus pada satu kerja pada satu masa.

"Saya bimbang jika terbabit dengan dua projek berlakon dalam satu masa boleh mengganggu komitmen sendiri. "Sepanjang berlakon selama ini, saya berasa bertuah kerana berpeluang berkongsi pengalaman dengan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Tiz Zaqiah.

"Saya banyak minta nasihat daripada mereka dan saya bersyukur kerana perjalanan seni saya menjadi pelakon hampir sempurna.

"Mereka mengajar saya agar merendah diri. Walaupun ada segelintir skeptikal
mengenai penampilan luaran saya seolah sombong, saya tidak kisah dengan
pandangan itu.

"Pada usia masih muda, saya mahu melihat ke mana takdir saya dalam bidang lakon. Bagi saya, apa yang dilalui berlaku terlalu cepat. Saya berharap filem baru, Songlap dapat menaikkan nama saya kerana saya percaya, ia adalah filem ditunggu ramai.

"Mulanya, saya hadir uji bakat drama Gadis Semasa, tetapi tidak sangka mendapat tawaran berlakon Songlap," katanya.

Menanti Songlap dijangka tayangan pada penghujung tahun ini, Sara juga muncul dengan filem baru, Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Dalam filem ini, dia membawa watak Yaya, pelajar bercinta dengan Ajis lakonan Zizan Raja Lawak.

"Saya menunggu respons penonton terhadap Wasiat dan Songlap dulu. Jika positif, saya akan terus berlakon. Jika sebaliknya, saya harus memikirkan semula fokus hidup saya selepas ini," katanya.

PROFIL:

NAMA: Siti Sarah Hairi Ali
NAMA KOMERSIAL: Sara Ali
TARIKH LAHIR: 11 Oktober 1990
USIA: 20 tahun
ASAL: Batu Pahat, Johor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon

FILEM: Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klik3GP, Nur Kasih
The Movie, Songlap dan Jangan Pandang-Pandang

DRAMA: Jalan Pintas (filem pendek) dan Wasiat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Moreh ganti Geng Surau

Posted: 26 Jul 2011 06:23 AM PDT

RAMADAN Al-Mubarak datang lagi! Sempena bulan puasa yang mulia dan penuh keberkatan ini, stesen berbayar Astro menerusi tiga salurannya utamanya iaitu Astro Oasis, Astro Prima dan Astro Ceria bakal menyajikan program hebat dan terbaik khusus buat pelanggan setianya.

Saluran Astro Oasis akan menyajikan dokumentari Salam Ramadan China, Salam Ramadan Turki dan drama bersiri Moreh buat penonton setianya.

Manakala, saluran Astro Prima menyajikan drama bersiri Geng Mengaji, Deru Ombak dan empat telemovie hebat iaitu Berselindung Di sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta dari Kaabah dan Pelita Penyuluh Kiblat. Tidak ketinggalan, saluran Astro Ceria yang menayangkan siri animasi popular, Upin dan Ipin buat peminat setianya.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, drama bersiri Geng Surau berjaya mencatatkan rating paling tinggi ketika ditayangkan pada Ramadan tahun lalu.


"Pada Ramadan kali ini, saluran Astro Oasis (saluran 106) mempertaruhkan drama Moreh yang mengetengahkan konsep sama seperti Geng Surau.


"Pihak kami yakin, drama Moreh akan mendapat sambutan dari penonton sama seperti Geng Surau apabila ditayangkan nanti.

"Kami juga sedar ramai peminat yang berharap sambungan cerita Geng Surau, tapi kami tampilkan Moreh sebagai kelainan tahun ini.

"Jalan cerita Moreh lebih kurang sama dengan Geng Surau, tetapi kami tetap menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam drama ini," katanya.

Sekalipun untuk hiburan seisi keluarga, kata Izelan, Moreh tetap menerapkan nilai kekeluargaan dan mampu memberikan impak positif pada penonton.

"Drama Moreh menceritakan Pak Abu yang sudah berpindah dari kampung ke pangsapuri baru di bandar bersama-sama isteri dan anaknya.

"Bagaimanapun, Pak Abu mendapati tradisi moreh pada Ramadan tidak diamalkan penduduk di kawasan itu.

"Justeru, Pak Abu bersama-sama Tok Siak, Tok Imam dan Ustaz Steady berusaha meneruskan kembali aktiviti moreh di surau berhampiran," katanya.

Tambah Izelan lagi, dua dokumentari menarik iaitu Salam Ramadan China yang akan mengupas cara-cara berbeza umat Islam di serata dunia menyambut bulan yang suci ini.

"Fokus adalah pada bangsa Cina-Muslim di China. Salam Ramadan Turki memaparkan lokasi Turki yang memiliki budaya beragam hasil campuran pelbagai unsur Turki Oguz, Anatolia, Ottoman dan budaya Barat yang bermula dengan Empayar Ottoman.

"Kami juga menayangkan siaran langsung solat sunat Tarawih secara langsung dari Masjidil Haram, Makkah dan Tadarus Al-Quran serta tazkirah Ramadan menjelang waktu berbuka puasa," katanya.

Izelan ditemui di majlis pratonton program Ramadan Astro di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia disemarakkan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air iaitu Rusdi Ramli, Zul Ariffin, Ayu Raudhah, Khaty Fauziah, Elfira Loy, Aqasha, Nabila Huda, Natasha Hudson, Razak Ahmad, Rozie Rashid, Eja, Mas Muharni, Roslan Salleh dan Khatijah Tan.

Hadir sama, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi; Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh dan Pengurus Pemerolehan Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Mengulas lanjut program Ramadan di Astro Prima, Nizam berkata, saluran itu juga menayangkan dua drama bersiri dan empat telemovie yang pasti tidak menghampakan peminatnya.

Drama bersiri yang disiarkan di saluran Astro Prima ialah Geng Mengaji dan Deru Ombak. Manakala, telemovie yang akan ditayangkan sepanjang Ramadan di Astro Prima ialah Berselindung Di Sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta Dari Kaabah dan Pelita Penyuluh Kiblat.

"Semua drama bersiri dan telemovie yang akan ditayangkan pada Ramadan juga mempunyai tarikan tersendiri pada penonton. Selain itu, ia menampilkan lakonan mantap barisan pelakon popular tempatan," katanya.

Dalam pada itu, Evon berkata, saluran itu juga menayangkan siri kartun popular, Upin & Ipin istimewa untuk Ramadan yang pasti menepati cita rasa penggemarnya dikalangan kanak-kanak.

Buat julung kalinya, Astro Arena menayangkan program berjudul Arena Sukan yang diterajui pengulas sukan terkenal, Datuk Rahim Razali yang akan ditayangkan di Astro Arena (saluran 801) bermula 29 Julai ini.

Arena Sukan turut menampilkan 13 personaliti sukan tempatan iaitu Adnan Saidin, Zainal Abidin Hassan, Datuk Eddy Choong, Datuk Ghani Minhat, Rosman Alwi, Datuk Malek Noor dan Minarwan Nawawi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Breivik puji Jepun, Korea

Posted: 26 Jul 2011 10:20 AM PDT

TOKYO: Lelaki yang mengaku membunuh 76 orang dalam serangan di Oslo, Norway Jumaat lalu menyifatkan Jepun sebagai negara model dalam dokumen yang diedarkannya di Internet.

Dia memuji negara matahari terbit itu kerana menjauhi dasar pelbagai budaya. lapor agensi berita rasmi Jepun, Kyodo.


Dalam manifesto setebal 1,500 muka yang diedarkan secara online sejurus sebelum melakukan pembunuhan beramai-ramai itu, Anders Behring Breivik berkata, dia melantik dirinya untuk misi menyelamatkan Eropah yang didakwanya berdepan dengan ancaman Islam, migrasi dan dasar pelbagai budaya.

Menurut Kyodo, dalam dokumen itu, Breivik juga memuji Jepun kerana tidak membenarkan ramai orang Islam berhijrah ke negara itu meskipun ia tidak tidak mengenakan sekatan khusus terhadap kumpulan etnik atau agama untuk berbuat demikian.


Penghijrahan adalah isu sensitif di Jepun. Sebahagian besar rakyatnya bimbang penghijrahan ramai warga asing akan menyebabkan kadar jenayah meningkat dan pada masa sama, menjejaskan perpaduan sosial.


Bagaimanapun, pakar berkata, populasi negara itu yang semakin berkurangan dan tua, akan memaksa Jepun bersifat lebih terbuka dalam menerima penghijrahan orang asing.

Anggota Parlimen beberapa parti utama menggesa langkah diambil untuk membuka pintu secara lebih luas tetapi tidak bertindak bersungguh-sungguh kerana bimbang mencetuskan kemarahan pengundi.


Penduduk warga asing mewakili 1.7 peratus populasi Jepun dengan kaum Cina menjadi kumpulan terbesar diikuti oleh etnik Korea yang sebahagian besarnya dipaksa pergi ke Jepun sebelum penjajahannya terhadap semenanjung Korea berakhir pada 1945.

Breivik juga menyuarakan hasrat untuk menemui bekas Perdana Menteri Jepun, Taro Aso, konservatif berhaluan kanan yang dipetik oleh Kyodo dan media lain sebagai memuji Jepun kerana mempunyai 'satu bangsa, satu peradaban, satu bahasa, satu budaya dan satu kaum' ketika menjadi menteri Kabinet pada 2005.


Breivik, 32, juga memuji Korea Selatan kerana kadar rendah penduduk asing, lapor Kyodo.


Breivik mengaku meletupkan bom kereta di luar pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg di Oslo yang meragut lapan nyawa sebelum berlepas ke Pulau Utoeya dan menembak mati 68 remaja yang menyertai satu perkhemahan anjuran parti kerajaan. -Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rancangan konsert Michael Jackson cetus perbalahan keluarga

Posted: 26 Jul 2011 10:17 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson dan empat anaknya yang lain semalam mengumumkan konsert besar-besaran bagi memperingati mendiang raja pop berkenaan.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved