Jumaat, 19 Ogos 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Koleksi kapas Aidilfitri

Posted: 19 Aug 2011 07:04 AM PDT

FABRIK kapas sering menjadi pilihan kerana lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh.

Ia selesa dipakai kerana berupaya menguasai cuaca dan sesuai digayakan di mana saja sama ada negara beriklim tropika, sejuk mahupun panas.

Warna yang dicetak pada fabrik ini kebiasaannya mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna segar dan tidak mudah pudar.

Kelebihan kapas yang diperakui mempunyai keistimewaan tersendiri menguasai pasaran fabrik sejak berzaman lagi dan berjaya menyaingi pelbagai jenis fabrik lain, kini masih menjadi pilihan tidak kira tua atau muda.


Justeru, rekaan butik Mayfair Designs yang direka Leung Thong Ping mengetengahkan koleksi raya kebanyakannya menggunakan fabrik kapas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang masih setia dengan pemakaian fabrik berkenaan.


Inspirasi daripada rekaan terbaik, corak geometri dan berleher klasik pastinya membuatkan gaya penampilan berbeza selain bijak menyuaipadankan pemakaian agar lebih kreatif.

Mementingkan konsep kemas, pantas dan bergaya, ia memberikan langkah ringkas bagi memadankan pakaian yang direka nampak sesuai dengan penampilan yang diingini agar kelihatan segar serta ceria.

Caranya mudah saja, mengenakan kain sarung secara berasingan dengan memilih baju blaus potongan bebas beralun mengikut paras yang diinginkan sama ada panjang, paras lutut atau lebih singkat.

Jika anda tidak gemarkan penampilan blaus, boleh juga memilih baju kurung biasa atau kurung Kedah paras punggung yang boleh digayakan dengan kain sarung selain kebarung dengan gaya moden.

Kemudian, pilih kain sarung berkait potongan tirus untuk dipadankan dengan pemilihan baju yang digemari.

Bagi yang inginkan kelainan, kain sarung juga boleh dijadikan gaun menarik hingga ke paras dada yang boleh digandingkan dengan kebarung, ia tampak berbeza ketika menghadiri majlis rumah terbuka di Aidilfitri nanti.

Selain itu, Mayfair Designs juga menampilkan koleksi kaftan mengikut potongan yang digemari sama ada bersaiz pendek yang boleh digayakan ketika bersantai bersama keluarga atau teman.

Butik ini turut menerima tempahan baju mengikut rekaan, saiz dan gaya digemari oleh pelanggan bagi menampilkan rekaan yang lebih menarik dan kreatif. Ia boleh dikunjungi di tingkat tiga, Plaza Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Produk organik untuk kekal jelita

Posted: 19 Aug 2011 05:57 AM PDT

WANITA memang mahukan kulit yang halus mulus tanpa sebarang celaan, namun dengan pelbagai produk di pasaran, ia pasti menyukarkan untuk membuat pilihan.

Awas kerana kebanyakan produk di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit serta pengawet paraben yang menyebabkan kanser payudara.

Kulit yang cantik bermula dari kulit yang sihat dan kulit yang sihat bermula dengan pengambilan pemakanan seimbang disamping pembekalan sel kulit dengan nutrien yang secukupnya.

Ini boleh anda dapati menggunakan sumber botani yang kaya dengan vitamin, antioksida dan protein yang membantu meremajakan wajah.


Di Secretleaf, anda boleh mendapatkan produk penjagaan kulit yang bebas daripada bahan kimia. Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat

di seluruh negara sejak diperkenalkan tahun lalu.

Ia diformulakan daripada 100 peratus minyak argan asli dan organik bagi membantu mengatasi masalah kulit kering, kedutan dan garis halus.

Dengan Pure Oil Series 01, pengguna dapat menikmati sepenuhnya khasiat 'Cecair Emas Maghribi' ini tanpa sebarang penambahan bahan pengawet mahupun pewangi.

Minyak argan turut diguna di salun eksklusif luar negara untuk rawatan rambut rosak, pemulihan rambut bercabang dan spa rambut.

Ia mengembalikan sinar dan seri kepada rambut yang tidak bermaya serta menyihatkan kulit kepala agar rambut mudah tumbuh selain mengurangkan keguguran rambut.

Selepas Pure Oil Series 01, Secretleaf muncul dengan produk kedua berasaskan minyak argan organik iaitu Moisturizing Facial Soap With Organic Argan Oil, pencuci muka dengan tri-tindakan: melembap, mencerah dan mengembalikan keanjalan kulit.

Ia turut mengandungi kolagen marin untuk mengurangkan garis-garis halus serta ekstrak licorice bagi memudarkan parut dan bintik-bintik hitam.

Paling unik, ia diformulasi tanpa SLS, agen pembuih yang banyak digunakan dalam pembersih muka yang boleh mengakibatkan kekeringan kulit.

Gunakan ia bersama Pure Oil Series 01 untuk dua kali ganda keberkesanan minyak argan.

Berbanding produk organik lain, produk keluaran Secretleaf mampu dimiliki kerana harganya yang berpatutan.

Anda boleh mendapatkan Pure Oil Series 01 secara online di www.e-secretleaf.com atau farmasi terpilih dan rangkaian Farmasi Alpha, Multicare Pharmacy, Farmasi Ehsan (Kelantan) dan Healthlane Pharmacy.

Untuk mendapatkannya melalui pengedar berdekatan, hubu-ngi 016-2273815/3816/3813 atau talian bebas tol 1-800-88-3818 pada waktu pejabat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


14 barang rampas dilelong dalam 20 minit

Posted: 18 Aug 2011 11:20 AM PDT

PETALING JAYA: Lelongan awam yang diadakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila semua 14 barang habis dalam 20 minit.

Lelongan terbabit yang dijalankan berdasarkan Waran Tahanan (Sita) 2007 bagi tunggakan cukai pintu itu menyebabkan suasana hangat kerana orang ramai berebut-rebut membida barangan elektrik seperti televisyen, pemain cakera padat video (VCD), periuk nasi dan pembersih hampagas.


Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, berkata lelongan itu dilakukan jika pemiliknya gagal membayar tunggakan cukai pintu walaupun diberi tempoh secukupnya.

Katanya, barang yang dirampas itu tunggakan cukai pintu sejak penggal kedua 2009 dengan nilai tunggakan RM25,000.


"Lelongan awam ini kebiasaannya dijalankan dua kali setahun kerana kutipan cukai pintu dilakukan dua penggal dalam setahun, tetapi sebelum premis disita, kami akan memaklumkan kepada pemilik mengenai jumlah tunggakan.


"Selepas tiada tindakan susulan iaitu pembayaran, baru penguat kuasa MBPJ ke premis atau kediaman terbabit untuk menyenaraikan harta mudah alih yang boleh disita," katanya selepas lelongan awam, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jejak suspek habis-habisan

Posted: 18 Aug 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas yang dianggotai pegawai polis dari Kuala Lumpur dan Selangor dibentuk untuk mengumpul maklumat dan menjejaki penjenayah yang terbabit kes serangan asid terbaru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata polis berusaha habis-habisan untuk menahan penjenayah terbabit dan menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Polis Kuala Lumpur sudah mengedarkan imej komposit seorang daripada suspek kepada media semalam.

Mohd Bakri, bagaimanapun menolak spekulasi serangan terbaru itu mempunyai kaitan dengan penyimbah asid bersiri yang mencederakan beberapa mangsa sejak Mac tahun ini.


"Kami ada alasan kukuh untuk mempercayai jenayah ini tidak mempunyai kaitan," katanya dalam kenyataan di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Pemandu nyaris maut lori rempuh tembok bangunan

Posted: 18 Aug 2011 07:39 AM PDT

NEW YORK: Seorang pemandu lori terpaksa diselamatkan dengan tangga selepas lori dipandunya merempuh dinding bangunan yang sedang diperbaiki, semalam.

Menurut sumber, pemandu terbabit hanya memberhentikan kenderaan itu selepas separuh daripada lori berkenaan terjulur keluar.


Saksi berkata, pemandu terbabit bernasib baik kerana bahagian belakang lori itu tersangkut pada bingkai tingkap dan menghalangnya daripada terhumban dari tingkat dua bangunan berkenaan.

"Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terkejut melihat lori itu terkeluar dari bangunan.


"Pemandunya menjerit-jerit panik dan meminta tolong," katanya.


Selepas diselamatkan anggota bomba, pemandu berusia 56 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan di leher dan belakangnya. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Jepun amanah

Posted: 18 Aug 2011 07:36 AM PDT

LONDON: Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini.

Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.


Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman.

Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.


Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat.


Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui.

Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.


Selain wang tunai, peti keselamatan itu turut berisi ketulan emas, barang antik serta pelbagai barang berharga.

Menurut polis Jepun, hampir semua wang yang ditemui di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu dikembalikan kepada pemiliknya.


Menurut pegawai poils Miyagi, Koetsu Saiki, usaha mengesan pemilik harta itu lebih mudah kerana kebanyakan penduduk di situ menyimpan buku bank atau geran tanah yang menyatakan nama dan alamat mereka.


"Pada satu ketika, polis menerima terlalu banyak peti keselamatan sehinggakan kami sukar mencari tempat untuk menyimpannya," katanya.


Hingga kini pun, kata Saiki, masih ada ramai yang tampil memulangkan barangan bernilai kepada polis setiap minggu.


Amalan menyimpan wang yang banyak di rumah atau pejabat bukan asing kepada masyarakat Jepun, terutama di kawasan pesisir pantai.


Di situ, kebanyakan syarikat perikanan lebih suka berurus niaga menggunakan wang tunai. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Abadi baju raya

Posted: 18 Aug 2011 11:16 AM PDT

KEMAMAN: Hanya pakaian raya yang baru dibeli menjadi kenangan abadi tiga beranak yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan di persimpangan masuk ke Awana Kijal & Spa Resort, Kijal, di sini, kelmarin.

Kejadian pada jam 11.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Aswari Ariffin, 36, isterinya, Nik Herna Haryani Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Mohd Airil Zufairi Aswari, 3, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Cengal, Kemasek, di sini, selepas membeli persiapan Aidilfitri di Kuantan.


Mereka mati di tempat kejadian manakala adik Nik Herna, Nik Nursyafikah Mokhtar, 10, yang berada dalam kenderaan itu patah kaki dan tangan serta cedera di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Aswari dari Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas sebelum bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah bertentangan.


Menurut seorang lagi adik Nik Herna, Nik Mohd Khairul Azim Mokhtar, 20, ahli keluarganya itu mengambil kesempatan cuti umum sempena Nuzul Quran untuk membeli-belah bagi menyambut Aidilfitri di Kuantan.


"Abang ipar saya (Aswari) yang bekerja di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, baru mendapat gaji Selasa lalu dan dia menyewa Perodua Viva untuk membawa keluarganya membeli persiapan menyambut Aidilfitri.

"Dia bersama kakak dan anak bertolak ke Kuantan pada jam 11 pagi, tapi kira-kira sejam kemudian mereka berpatah balik untuk mengambil Nik Nursyafikah kerana sudah berjanji membawanya untuk membeli baju raya," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Kemaman, semalam.


Nik Mohd Khairul berkata, dia tahu mengenai kemalangan itu selepas ibunya menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian pada jam 12 tengah malam.

"Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mereka sudah dibawa ke Hospital Kemaman.


"Apabila tiba di hospital, kami terkejut apabila mendapati kakak, abang ipar dan anak mereka sudah meninggal dunia manakala Nik Nursyafikah dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut," katanya.


Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata malam sebelum kejadian dia hairan melihat cucunya, Mohd Airil bangun bersahur dan membawakan segelas air minuman.


"Saya agak terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun sahur dan kelihatan ceria sepanjang pagi itu, namun saya tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku," katanya yang mengakui tidak berasa sedap hati dan berdebar sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata ketika kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasek di sini, selepas membeli-belah di Kuantan.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas dan gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah Kuala Terengganu," katanya.


Menurutnya, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nik Nursyafikah parah di kepala serta badan dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.


"Pemandu Suzuki Swift, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 25, pekerja Tenaga Nasional Berhad yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Chukai patah kaki dan masih dirawat di Hospital Kemaman," katanya.


Menurutnya, mayat mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat parah di kepala dan badan dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman untuk bedah siasat.


Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Kemasik di sini, pada jam 2 petang semalam.


Sementara itu, abang ipar Nik Herna, Rahmat Idris, 29, yang ditemui di HSNZ memaklumkan Nik Nursyafikah berada dalam keadaan koma sejak dipindahkan ke hospital itu, awal pagi semalam.


"Saya tidak pasti keadaan sebenar Nik Nursyafikah yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik, cuma dimaklumkan doktor dia patah kaki dan tangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Asyik hingga hilang 4 jari

Posted: 18 Aug 2011 11:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU: "Itulah detik paling menakutkan sepanjang hidup saya apabila melihat empat jari tangan kanan perlahan-lahan dimamah mesin tebu sehingga darah memercik ke serata tempat," kata penjual air tebu, Ngah Ismail, 69, ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku di gerai air tebu milik mangsa pada jam 6.30 petang, 10 Ogos lalu itu menyebabkan empat jari tangan kanannya hancur dan dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan.

Ngah yang menetap di Kampung Paloh Sungai Kiat, di sini, berkata, sebelum kejadian dia memulakan operasi perniagaannya di hadapan rumahnya pada jam 4.30 petang.

"Memandangkan mesin tebu rosak, menantu menghadiahkan mesin tebu baru kepada saya dua hari sebelum kejadian itu. Mesin tebu itu lebih cepat dan lancar berbanding mesin tebu lama.


"Ketika asyik memasukkan tebu ke dalam mesin sambil dibantu dua anak, tiba-tiba jari saya berasa sakit dan pedih sebelum menyedari ia dimamah mesin tebu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Harap kasih ke jenjang pelamin

Posted: 18 Aug 2011 06:29 AM PDT

CINTA jarak jauh banyak dugaannya. Apatah lagi apabila pasangan dipisahkan beribu-ribu kilometer antara dua benua, macam-macam boleh berlaku. Namun, dengan kecanggihan teknologi, sedikit sebanyak ia berupaya menjadi jambatan bagi pelepas rindu.

Begitulah keadaannya hubungan antara Yunalis Zarai atau Yuna yang kini cukup popular dengan single terbaru, Penakut dan teman istimewanya bekas anggota OAG dan pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi.

Yuna kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun ini bagi pembikinan album sulungnya untuk pasaran di negara itu. Ia dijangka menemui peminat pada awal tahun depan.

Sebelum ini Yuna enggan bercerita banyak mengenai hubungannya dengan pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan siaran TV3 itu. Mungkin kerana berasakan persahabatan terjalin antara mereka masih baru.


Tambahan pula pandangan masyarakat juga turut mempengaruhi. Kata orang kurang manis jika si dara bercerita banyak mengenai sesebuah hubungan yang belum pasti. Disebabkan perkara itu mungkin menyebabkan Yuna lebih berhati-hati apabila mahu berbicara mengenai cinta.


Bagaimanapun sewaktu pulang ke tanah air baru-baru ini dan menjalani sesi fotografi khas bersama Rap sempena Ramadan, Yuna nampak makin selesa untuk berbicara mengenainya.

Kata Yuna, sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di AS, dia berhadapan masalah apabila mahu berhubung dengan Qi. Malah gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu sempat berkongsi cerita dia ditipu sewaktu membeli kad prabayar talian telefon buat pertama kali di sana.

"Mula-mula sampai di AS, saya sempat bertanya dengan orang di sana bagaimana hendak mendapatkan kad prabayar telefon bimbit. Saya sendiri tidak tahu sistemnya bagaimana. Saya beli kad dengan harga hampir RM150 tapi selepas bercakap 15 minit, kreditnya sudah habis!

"Apabila kita berjauhan, memang telefon saja yang boleh menjadi penghubung. Kalau hendak sembang melalui Skype atau laman sosial lain, ia memang susah kerana kami sama-sama sibuk," katanya.

Bercerita lanjut mengenai masa depan hubungan yang sudah terjalin hampir setahun itu, jelas Yuna, seperti juga gadis lain sudah tentu dia mengharapkan ia akan berakhir dengan ikatan secara sah. Sekali gus mampu membina kehidupan berkeluarga bersama.

"Bagaimanapun, buat sementara ini kami lebih senang bersahabat. Lagipun kami mahu beri masa kepada diri masing-masing untuk membina kerjaya. Bagaimanapun, kita tidak tahu. Allah lebih berkuasa untuk menentukan jodoh dan maut ke atas hamba-Nya. Kalau sudah sampai masa, tahun depan kami bernikah saya akan terima dengan hati terbuka," katanya.

Menyentuh mengenai sambutan Ramadan, jelas Yuna dia menjalani ibadat seperti biasa, lagipun di sana komuniti Islamnya agak besar, jadi dia dapat melakukan ibadat dengan sempurna.

Istimewanya sambutan Ramadan kali ini, Yuna berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dengan berniaga tudung secara kecil-kecilan yang diusahakan bersama keluarganya.

Menggunakan jenama 'i am jetfuel shop', butiknya beroperasi di Subang berhampiran dengan kediamannya, jelas Yuna perniagaan tudung dilakukan bermula dua bulan lalu.

"Setakat ini sambutan yang diberikan peminat sangat menggalakkan terutama tudung dengan gaya skaf lilit keliling. Sebelum ini saya hanya menjualnya menerusi laman web khas. Bagaimanapun, dengan sedikit modal yang ada saya membuka butik kecil untuk menjual secara langsung," katanya.

Keinginan untuk membabitkan diri dalam perniagaan tudung bermula selepas melihat begitu banyak pihak menggunakan namanya apabila menjual skaf seperti yang selalu digayakan.

"Saya memang suka tudung dan skaf sejak dulu. Malah, sering memakainya dengan pelbagai gaya. Tidak sangka pula ia menjadi ikutan. Bukan itu saja, peminat sendiri banyak bertanya dari mana saya mendapatkan tudung yang dipakai. Memikirkan perkara itu terdetik di dalam hati mengapa tidak saya sendiri menjualnya kepada mereka," katanya.

Peluang turut terbuka apabila melihat peniaga lain menggunakan namanya sebagai satu jenama tudung dijual. Pada Yuna mengapa tidak dia sendiri mengusahakan perniagaan itu memandangkan ada permintaan dari orang ramai.

"Tudung yang dijual di butik saya bagaimanapun tidaklah mahal seperti butik sedia ada. Saya faham kebanyakan peminat saya terdiri daripada remaja dan pelajar universiti. Mereka tidaklah berduit sangat, jadi dengan harga yang dijual itu bolehlah mereka membelinya. Lebih penting ia adalah jenama saya sendiri. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi kenangan," katanya.

Sebagai seorang peniaga, Yuna juga sedar akan saingan apabila mengambil keputusan untuk menjual tudung. Apatah lagi dalam musim perayaan ini ramai yang lebih sedang mendapatkan tudung dijual di bazar Ramadan.

"Bagaimanapun, tidak semua orang selesa hendak berasak-asak semata-mata hendak mendapatkan sehelai tudung. Di butik saya di Subang, peminat atau orang ramai dapat membeli dan memilih tudung yang digemari dengan lebih selesa. Saya turut menjual skaf atau selendang dengan pelbagai corak dan warna jadi ia memudahkan orang ramai untuk menggayakannya di pagi raya," katanya lagi.

Selain itu Yuna juga berasa puas apabila selendang mahupun skaf yang dijual dibeli peminat yang pertama kali hendak memakai tudung. Apatah lagi harganya tidak lebih daripada RM80.

Yuna berada di Los Angelas sepanjang Ramadan ini dan hanya akan pulang ke tanah air pada hari raya pertama. Waktu sama dia juga kini sedang sibuk membuat persiapan bagi menjayakan konsertnya bersama Dewan Filharmonik Petronas yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan September ini.

PROFIL

Nama Penuh: Yunalis Zarai
Panggilan: Yuna
Tarikh Lahir: 14 November 1986
Usia: 25 tahun
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Pencapaian: Artis Baru Terbaik (Dan Sebenarnya - AIM17), Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya - AIM17), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya AIM - 17) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation - AIM 17), Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-24, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009 dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Karipap Karipap Cinta

Posted: 18 Aug 2011 06:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TIDAK dinafikan sentuhan pengarah terkenal, Othman Hafsham atau lebih mesra disapa Hafsham dalam menghasilkan filem romantik komedi mendapat maklum balas yang positif daripada penonton.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved