Isnin, 5 September 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


16 kucing mati

Posted: 04 Sep 2011 10:10 AM PDT

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan 'diserbu' pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

"Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


"Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Syukur anak mati jihad

Posted: 04 Sep 2011 09:43 AM PDT

SERDANG: "Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri," kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam.

Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.


Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.

"Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.


"Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga," katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.


"Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya.

"Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya," katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Sambut Hari Lebaran di Eropah

Posted: 04 Sep 2011 05:55 AM PDT

PESONA dan kategori kecantikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Sang pemilik nama, Miera Leyana Kasmi (Miera), 18, misalnya mewakili gadis metropolitan yang cantik dan aktif, sementara Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 22, pula tampak ayu dan rupawan.

Namun, persamaan nyata di antara mereka karier seni yang masih hijau bermula kurang molek ekoran terganggu dek kontroversi.

Sekadar mengimbas, Miera pernah hangat dengan isu pemakaian seksi selain kisah di kelab malam manakala Lofa dilabel perampas kekasih orang.

Pun begitu, sempena Aidilfitri yang mulia ini bukan kontroversi dan sensasi yang mahu dibicarakan, sebaliknya hikayat raya mereka yang penuh glamor.


Kata Miera yang suka berjenaka, Aidilfitri tahun ini sangat istimewa baginya sekeluarga kerana terbang ke Kota London untuk merasai sendiri pengalaman beraya di luar negara.


"Insya-Allah, minggu kedua raya, Miera bersama keluarga dan ibu saudara akan berangkat ke London. Kami akan berjumpa kawan sekolah lama papa yang menetap di sana.

"Justeru, Miera andaikan sambutan Aidilfitri tahun ini cukup istimewa kerana dapat merasai pengalaman beraya di Eropah. Kalau tak silap Miera, kawan papa berjanji untuk membawa kami beraya dengan kawan rapatnya juga berasal dari Malaysia," ujarnya.

Ditanya, apakah setiap tahun mereka menyambut Syawal di luar negara, gadis tinggi lampai yang juga pendukung watak penting dalam filem Apokalips ini berkata, ia adalah kunjungan pertama.

"Baru tahun ini kami merancang beraya di luar negara. Kalau tidak di Kuala Lumpur saja tidak pun di kampung sebelah mak di Johor Bahru, Johor dan sebelah papa di Parit Buntar, Perak.

"Setiap tahun boleh dikatakan kami sekeluarga menyambutnya di Kuala Lumpur memandangkan datuk dan nenek pun lebih suka datang ke KL," katanya.

Mengandaikan suasana Aidilfitri sama saja tidak kira sambutannya berlangsung di kota mahupun desa, apa yang penting, perayaan itu perlu disambut dengan rasa kesyukuran dan bersama keluarga.

Mendengar bicara Neelofa, ia berbeza pula. Dia kini yang masih berada di Pasir Mas, Kelantan memaklumkan kesibukan bekerja membuatkan dirinya tidak sempat melakukan persiapan raya secara besar-besaran.

"Raya tahun ini saya 'ulang tayang' semula baju yang pernah saya pakai pada majlis undangan berbuka puasa lalu. Tidak perlu rasanya nak membazir, tambahan pula baju itu baru sekali dua digayakan.

"Apapun sambutan Aidilfitri berlangsung dalam suasana yang begitu meriah kerana keluarga saya, ibu dan ayah saudara berpakat mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran.

"Kiranya, siap naikkan 'banner dan bunting' gitu. Naik segan pula saya melihat sepanjang jalan terpampang kain rentang wajah kita sendiri. Apapun, saya amat menghargai usaha mereka kerana rumah terbuka ini diadakan juga atas permintaan kenalan mereka yang mahu jumpa saya secara dekat.

"Alang-alang, adakan sekali untuk peminat. Majlis itu juga menemukan saya dengan kawan masa sekolah rendah dulu," katanya gembira.

Seketika saja berpeluang menikmati kemeriahan Aidilfitri, Neelofa akan kembali bertugas bagi menyempurnakan penggambaran drama bersiri, Jiwa & Lara yang bakal ditayangkan di Slot Samarinda TV3.

PROFIL MIERA

NAMA: Miera Leyana Kasmi
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon, model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang, menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan

DRAMA: Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun, Nana Naruto

FILEM: Apokalips

PROFIL LOFA

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
TEMPAT LAHIR: Pasir Mas, Kelantan
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik

PENDIDIKAN: Ijazah Pemasaran & Perniagaan Antarabangsa Kolej Universiti Sunway

PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
FILEM: Azura 2011, King Kapcai, S.A.M, Lemak Kampung Baru

DRAMA: Kasih Najiha, Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Pusing Raya
PENGACARA: Paparazi (Tonton TV)

JURUCAKAP PRODUK: U2 Watch

IKLAN KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Safi, Fair & Lovely, Bank RHB, Mee Sedap, Bank HSBC, McDonald's

Depan Mata: Hantu Bonceng warnai mood raya

Posted: 04 Sep 2011 05:45 AM PDT

SALAM Aidilfitri. Selepas cuti panjang, hari ini saya kembali memulakan tugas. Alhamdulillah, raya tahun ini digunakan sebaiknya untuk mengunjungi rumah saudara-mara dan sahabat-handai di Teluk Intan dan Ipoh, Perak.

Paling menarik, dapat bertemu kawan lama yang sama-sama belajar di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan dulu. Ada yang tidak bertemu lebih 20 tahun selepas tamat belajar.

Apapun, mood raya diteruskan di ibu kota kerana inilah masanya bertemu pula saudara-mara dan sahabat-handai yang mengadakan rumah terbuka.

Sepanjang seminggu ini juga, perkembangan dunia hiburan kurang diikuti kerana tidak berkesempatan membaca akhbar ataupun menonton televisyen. Tidak diketahui apa program menarik atau drama menarik yang disajikan stesen televisyen.


Mujur masih ada ruang menjenguk facebook untuk mengintai perkembangan rakan-rakan. Walaupun jauh tidak berkesempatan berjumpa, dapat juga menatap gambar mereka menyambut Syawal bersama keluarga.


Begitu juga ucapan selamat hari raya kini melalui fb. Kalau dulu kad raya gambar kucing, bunga atau masjid menjadi ganti diri mengucapkan Selamat Hari Raya, kali ini lebih mudah dengan Internet siap dengan gambar keluarga. Ini kesan positifnya teknologi moden kerana dapat mendekatkan tali silaturahim dan dapat menatap wajah terkini mereka yang jauh.

Bagaimanapun, kemudahan Internet ini nampaknya mengubah suasana sambutan hari raya apabila kanak-kanak yang berkunjung ke rumah pada hari raya makin berkurangan.

Kalau dulu, awal pagi lagi sekumpulan kanak-kanak memberi salam mahu berhari raya untuk bersalaman dan diberi duit raya, tetapi tahun ini fenomena ini sudah berkurangan. Mungkin kanak-kanak ini lebih suka berada di rumah bersama komputer dan telefon bimbit bermain video game dan berfb.

Bagaimana pula sambutan peminat terhadap filem Melayu yang ditayangkan di pawagam? Kali ini filem yang menjadi pilihan untuk sajian di pawagam adalah Karipap-Karipap Cinta arahan Othman Hafsham dan Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.

Kedua-duanya karya pengarah hebat tetapi berbeza genre. Satu romantik komedi dan satu lagi komedi seram. Kalau mengikut rekod sebelum ini, sambutan terhadap filem seram dan komedi lebih meriah berbanding genre lain.

Buktinya, sambutan Hantu Bonceng lebih hebat berbanding Karipap-Karipap Cinta.
Jumlah kutipan Hantu Bonceng pada hari pembukaan iaitu pada raya kedua RM700,000 dan dijangka mencecah RM3.5 juta hingga semalam.

Khabar yang disampaikan peminat dari utara di Kedah sampailah selatan di Johor mengatakan lebih ramai yang memilih Hantu Bonceng apabila dua genre berbeza ditayangkan serentak di pawagam sama. Difahamkan juga, sambutan di panggung utama cukup hangat apabila panggung penuh.

Kalau begitu gayanya, mungkin pemilik panggung boleh membuka beberapa panggung di lokasi utama itu untuk memberi laluan kepada Hantu Bonceng. Kalau ramai bersemangat ke panggung untuk menonton filem ini tetapi hanya buka satu panggung, itu sangat merugikan.

Tapi, jangan pula ada yang mengambil peluang dengan mengambil tempat Karipap-Karipap Cinta untuk memberi laluan kepada Hantu Bonceng. Janganlah ambil ruang yang sedikit itu untuk filem Melayu, sebaliknya bukalah ruang panggung lain dengan mengurangkan filem luar ketika musim raya ini.

Ahmad Idham ketika dihubungi Jumaat lalu, meluahkan rasa gembiranya dengan sambutan terhadap karya terbarunya ini hingga ada yang mengatakan dirinya sudah kembali ke dunia box office selepas beberapa filemnya sebelum ini sekadar boleh tahan saja.

Senjakala sekadar RM1.1 juta manakala Damping Malam lebih RM2 juta tetapi itu dikatakan ada kaitan dengan tayangan eksklusif di rumah terus dari panggung melalui Astro First. Damping Malam menjadi filem Melayu pertama ditayangkan di Astro First menyebabkan minat orang untuk menonton Astro First mengatasi sambutan di panggung.

Bagaimanapun, kali ini Ahmad Idham berbincang dengan Astro First bahawa sambutan penonton terhadap Astro First bergantung kepada sambutan penonton di panggung. Kalau sambutan di panggung laris, bermakna akan diteruskan di Astro First dan begitulah sebaliknya.

Apapun, agak sedih juga kerana kali ini tiada filem yang ada mood raya ditayangkan di pawagam, sebaliknya filem yang ada kena mengena dengan raya, Raya Tak Jadi Terbitan LineClear Motion Pictures ditayangkan pada 15 September nanti.

Ada yang berpendapat, tidak perlu ada filem berkaitan raya ditayangkan di panggung pada musim raya kerana risikonya tinggi. Sebabnya, stesen televisyen sudah menyiarkan program menarik mengenai raya beberapa hari sebelum raya hingga seminggu raya. Begitu juga dengan juadah pada hari raya penuh dengan rendang dan ketupat.

Jadi, lebih baik filem di panggung lari daripada mood raya kerana sudah menjadi adat, orang suka berubah selera. Malah Hantu Bonceng juga bukanlah filem seram tetapi lebih banyak komedi dan seramnya hanya 20 peratus saja.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Perjalanan terakhir Noramfaizul

Posted: 04 Sep 2011 10:08 AM PDT

"PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya.

Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.


Suasana dalam pesawat pengangkut TUDM itu tidak semeriah dan seceria ketika ia terbang bersama 50 sukarelawan dan petugas media ketika membawa bantuan makanan dan perubatan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.

Saya tidak menaiki pesawat berkenaan ketika itu kerana bertolak lebih awal dengan pesawat komersial, namun diberitahu rakan setugas lain suasana ketika itu berbeza dengan keadaan dalam pesawat ketika membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul pulang ke tanah air, semalam.


Arwah sering mengikuti pelbagai misi bantuan di luar negara termasuk di Pakistan, New Zealand, Palestin dan beberapa negara lagi terutama misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.


Sepanjang perjalanan yang terpaksa transit di dua negara iaitu di Seychelles dan Maldives untuk mengisi bahan bakar, semua 54 anggota misi berdiam diri kerana bersedih dengan pemergian arwah yang juga ketua media untuk misi terakhirnya itu.

Penerbangan pulang terasa terlalu lama dan saya berterusan dihantui kebimbangan biar pun kami bakal menjejakkan kaki di tanah air sebelum tengah hari semalam.


Keranda yang memuatkan jenazah arwah ditempatkan di bahagian belakang pesawat dan saya duduk di bangku hanya beberapa meter daripadanya, sekali-sekala sempat menoleh ke arah keranda berbalut Jalur Gemilang itu dan pada masa sama melihat beberapa rakan membaca surah Yasin. Sebelum itu, kumpulan kami keluar dari hotel penginapan di Mogadishu seawal jam 7 pagi kelmarin dengan diiringi ratusan anggota pasukan keselamatan kerajaan Somalia bagi menjamin kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Aden Abdulle, untuk menaiki Hercules C-130 yang sedia menunggu.

Tepat jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia), saya bersama petugas media dan anggota misi kemanusiaan lain berlepas ke Seychelles dan sepanjang tiga jam penerbangan, kelihatan semua yang berada dalam pesawat berdiam diri serta masih berada dalam keadaan terkejut, takut serta bersedih dengan pemergian arwah Noramfaizul.


Mengenangkan arwah sentiasa riang sepanjang lima hari membuat liputan di negara bergolak yang dilanda masalah kebuluran sejak tiba di Mogadishu 29 Ogos lalu, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, namun menganggap ia ketentuan Ilahi dan berdoa supaya roh arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah serta menganggap arwah wira kami di Mogadishu. Sebaik selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 10 pagi semalam, keadaan menjadi semakin pilu apabila keluarga arwah termasuk dua anak kecilnya memasuki pesawat bagi melihat jenazahnya.


Lebih mengharukan kepulangan Allahyarham dan anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia disambut ribuan rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Jenazah arwah kemudian diuruskan di surau pangkalan udara berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.


Saya bersama beberapa anggota misi lain menziarahi rumah arwah sebelum mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan dan berada di sana sehingga selepas upacara pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan.


Kenangan singkat saya dengan arwah selama beberapa hari di Mogadishu akan diingati selama-lamanya kerana misi ini yang paling bahaya serta mencabar sehingga mengakibatkan beliau gugur ketika bertugas. Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Jumaat lalu (jam 10.40 malam waktu Malaysia) ketika arwah bersama sembilan lagi wakil media yang membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia yang kebuluran dalam perjalanan pulang ke hotel penginapannya di KM 4, bandar Mogadishu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda selain sebuah kenderaan pasukan keselamatan.


Kenderaan dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel berkenaan. Tembakan berkenaan turut mengenai seorang lagi jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, menyebabkan dia cedera di lengan kanan.


Kami yang mengikuti misi ini sentiasa akan mengingati Allahyarham Noramfaizul sebagai rakan setugas dan sahabat yang banyak membantu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman, amin."

Ragut nyawa lagi

Posted: 04 Sep 2011 10:08 AM PDT

PASIR PUTEH: Lagun Kuala Semerak di Tok Bali, dekat sini, terus 'menagih nyawa' apabila dua lagi mangsa menjadi korban hanya dalam tempoh selang lima minit akibat lemas, kelmarin menjadikan keseluruhan mangsa mati lemas di lagun itu seramai 28 orang sejak sembilan tahun lalu.

Kejadian pertama kira-kira jam 3.45 petang diikuti kejadian kedua kira-kira jam 3.50 petang itu mengorbankan Nik Nur Hidayah Nik Man, 11, dan Nik Nor Fatin Izzati Nik Mohd Noor, 15.

Empat lagi nyawa juga hampir melayang apabila kakak Nik Nur Hidayah, Nik Nasuha, 16, nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, tetapi berjaya diselamatkan sepupunya, Mohd Zamri Ibrahim, 37. Nik Nasuha dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sepupu Nik Nor Fatin Izzati, Norhayati Samsuddin, 14, Mohd Halim Zaid, 12 dan Nabila Azmi, 15, juga nyaris lemas namun terselamat selepas dibantu orang ramai.


Difahamkan, Nik Nur Hidayah dari Kampung Gong Penaga, Bukit Awang, yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, dekat sini, dipercayai lemas selepas kakinya terbenam dalam pasir jerlus ketika air pasang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Jacqueline juara dunia

Posted: 04 Sep 2011 09:16 AM PDT

PEMAIN rookie Malaysia, Jacqueline Sijore mencatat sejarah apabila melakar kemenangan menakjubkan dengan memenangi pingat emas acara perseorangan pada Kejohanan Bowling Wanita Dunia di Hong Kong, semalam.

Pemain bowling remaja berasal dari Sarawak itu tidak menampakkan pengalaman menjadi penghalang apabila menenggelamkan cabaran pemain bertaraf dunia dari Korea Selatan, Son Yun Hee pada perlawanan akhir 266-217 untuk merangkul pingat emas.


Yun Hee memulakan saingan dengan strike pada frame pertama ketika Jacqueline, 19, hanya sekadar melakukan sembilan jatuhan dan spare. Begitupun Yun Hee membenam tiga strike berturut-turut sebelum menamatkan lima frame pertama sebagai pendahulu.

Namun, selepas berbincang dan mendapat nasihat ketua jurulatih Holloway Cheah, Jacqueline mula memberi tekanan kepada lawannya dengan mencatat lapan strike berturut-turut sebelum menjatuhkan enam pin bonus. Catatan 266 jatuhan pin cukup untuk mengesahkannya sebagai juara perseorangan wanita dunia, mengalahkan Yun Hee yang merekodkan 217 jatuhan.


"Saya tidak mampu berkata apa-apa. Amat terkejut kerana berjaya muncul juara dunia sepantas ini.


"Memang saya bermain dengan baik terutamanya hasil bimbingan jurulatih, Holloway. Beliau membimbing saya melakukan balingan yang betul di setiap lorong dan segala-galanya menjadi sebaik saya menghayunkan tangan," kata Jacqueline.

Pada separuh akhir, Jacqueline menewaskan pemain Singapura, Shayna Ng 246-214 manakala Yun Hee menundukkan Mai Ginge Jensen dari Denmark 279-268.


Shayna dan Mai Ginge masing-masing menerima pingat gangsa.

Hanya empat pemain terbaik selepas kedudukan terakhir diketahui menerusi tiga skuad layak ke separuh akhir.


Sebelum separuh akhir dan akhir, pemain negara Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Zatil Iman Abdul Ghani melakukan balingan dalam skuad ketiga dan terakhir semalam.


Selepas keputusan tiga skuad itu disatukan, Jacqueline menduduki tangga keempat manakala Zandra Aziela (14), Zatil Iman (19), Esther Cheah (46), Sharon Koh (62) dan Sin Li Jane (92).


Hari ini, Jacqueline akan turun sekali lagi dalam acara beregu bergandingan dengan Li Jane. Turut beraksi dua lagi pasangan Sharon-Zatil Iman dan Esther-Zandra Aziela.

Zakry-Fairuzizuan sertai KLRC

Posted: 04 Sep 2011 09:12 AM PDT

KURANG sebulan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), gandingan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari kini bergelar pemain profesional bersama Kuala Lumpur Racket Club (KLRC).

Pengumuman itu dibuat kedua-dua pemain itu pada majlis rumah terbuka Hari Raya KLRC di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam.


"Sebagai pemain bebas, kami perlukan sokongan sebuah organisasi. Selepas BAM kami rasakan KLRC adalah tempat terbaik untuk meneruskan kerjaya," kata Fairuzizuan.

Katanya, keputusan menyertai KLRC itu bukan bertujuan menyaingi BAM tetapi mereka yakin masih berkemampuan untuk menjadi pasangan yang hebat.


"Kami berasa dengan menyertai KLRC mampu mengembalikan semula prestasi seperti yang pernah dicapai satu ketika dulu," kata Fairuzizuan yang mendedahkan turut menerima tawaran dari kelab lain tetapi tidak lengkap seperti tawaran KLRC.


Sementara itu, Zakry berkata kontrak bersama KLRC berkuat kuasa serta-merta sekali gus dia dan Fairuzizuan tidak akan menjalani latihan di Bukit Kiara lagi bermula hari ini.

"Kontrak kami sehingga Sukan Olimpik, jika masih berada di tahap terbaik saya rasa KLRC tiada masalah untuk menyambung kontrak.


"Kami akan mula menjalani latihan di New Vision, Petaling Jaya hari ini dan saya rasa masalah ketiadaan rakan 'sparring' tidak timbul kerana ada Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, tahap permainan mereka juga tinggi," kata Zakry yang mengakui mereka yang mula mengintai peluang di KLRC.

Biarpun sebelum ini menyatakan Li Ning sedia menjadi penaja kelengkapan badminton mereka, Zakry dan Fairuzizuan belum mengesahkan apakah jenama barangan sukan akan digunakan kerana mula menerima tawaran jenama lain.


"Sebelum ini tidak ramai yang tahu kami meninggalkan BAM, ketika menjelang Hari Raya kami dihubungi banyak pihak dan kami hanya akan putuskan selepas menilai tawaran mereka," kata Zakry enggan mendedahkan pihak yang turut menawarkan menjadi penaja barangan sukan.


Presiden KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata beliau yakin Zakry-Fairuzizuan masih ada bisa hinggakan pihaknya sedia menyokong gandingan itu yang berhasrat dapat beraksi pada Sukan Olimpik 2012 meskipun terpaksa berbelanja besar menghantar mereka menyertai banyak kejohanan dalam tempoh lapan bulan untuk meraih mata kelayakan.


Dalam pada itu, Andrew juga menganggap hasrat pemain beregu legenda negara, Razif Sidek untuk melatih Zakry-Fairuzizuan sebagai satu langkah bijak.


"Saya anggap ia gabungan baik. Tapi setakat ini tiada perbincangan berlaku, jika benar Razif mahu melatih Zakry-Fairuzizuan, saya rasa KLRC tiada masalah kerana kami tiada jurulatih beregu," kata Andrew.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


NTC sedia tawan Bani Walid

Posted: 04 Sep 2011 10:17 AM PDT

SHISHAN (Libya): Pejuang yang setia kepada kerajaan baru kini semakin mara ke kubu terakhir Muammar Gaddafi semalam, ketika rundingan untuk penyerahan aman bekas pemimpin Libya itu diketepikan.

Seorang pemimpin tentera itu berkata, serangan ke atas Bani Walid yang menjadi tempat pertahanan terakhir Gaddafi tidak dapat dielakkan.


"Kami bersedia," katanya dari sebuah kampung 70 kilometer di utara Bani Walid.

Kata pemimpin itu, rundingan di antara mereka dengan kumpulan Gaddafi berakhir kerana didapati tidak serius.


Katanya, dua kali kem Gaddafi berjanji menyerah tetapi ia gagal dikotakan.


"Hakikatnya, mereka mengambil kesempatan atas keadaan semasa dan mahu mengelak malu," katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negara Libya yang baru, Ahmed Darrat, berkata dia yakin Bani Walid ditawan dalam tempoh sehari dua lagi.


Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) tempatan, Mahmud Abdelaziz, berkata tentera mereka kini menunggu arahan daripada pihak atasan untuk mara.

"Malam semalam (kelmarin) Gaddafi cuba meninggalkan Bani Walid dan mencetuskan tembak-menembak beberapa minit," katanya.


Kelmarin, timbalan ketua tentera Libya di bandar Tarhouna, utara Bani Walid, berkata Gaddafi dan penyokongnya diberi tempoh sehingga jam 4 petang semalam (waktu Malaysia) untuk menyerah. - AFP

9 jam duduk dengan mayat

Posted: 04 Sep 2011 08:22 AM PDT

AUCKLAND: Seorang wanita terpaksa duduk bersebelahan mayat teman lelakinya selama sembilan jam selepas lelaki terbabit mati tercekik ketika menjamu selera dalam pesawat.

Vanessa Preechakul mendedahkan bagaimana dia terkejut apabila teman lelakinya, Robert Rippingale, 31, tercekik hingga mati ketika makan hidangan daging dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Auckland. "Sebelum itu kami duduk bersebelahan sambil berkucupan, berpegang tangan tetapi tidak lama kemudian dia tercekik," kata Vanessa, 27, seorang arkitek.


"Saya bertanya pada diri saya, kenapa kejadian itu berlaku pada saya? "Rippingale ingin sangat pulang ke New Zealand dan dia sudah pun meninggalkan saya," katanya.

Vanessa memberitahu New Zealand Herald, mereka bertemu di Singapura, tempat teman lelakinya itu tinggal dan bekerja selama tiga tahun.


Rippingale membawa teman wanitanya ke New Zealand supaya Vanessa dapat melawat negara itu dan meraikan hari jadi ke-50 ibu bapa lelaki itu. "Dia sangat seronok ingin pulang dan tiba di lapangan terbang enam jam lebih awal untuk penerbangan jam 8 malam," katanya. Selepas satu jam 30 minit berlepas, pesawat Jetstar (pesawat tambang murah milik syarikat Qantas, Australia) yang mengambil masa 11 jam penerbangan itu menyediakan hidangan pilihan daging atau ayam untuk makan malam.


Rippingale memilih hidangan daging dan makan sambil menonton filem. Tiba-tiba, Vanessa melihat teman lelakinya itu menggeletar, tetapi dia tidak menyedari ada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya ingat dia ketawa terbahak-bahak. Kemudian apabila saya memandang ke arahnya, saya lihat matanya terjuling ke atas dan dia tidak dapat bercakap. Bibirnya mula kebiruan." Seorang doktor dan dua jururawat antara penumpang di pesawat itu dan mereka bergegas untuk membantu sebaik mendengar Vanessa menjerit meminta bantuan.


Rippingale kemudian diangkat ke bahagian dapur pesawat dan kakitangan perubatan melakukan bantuan CPR tetapi gagal menyelamatkannya. "Doktor berkenaan datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Rippingale," katanya.

Mayat Rippingale dialihkan ke bahagian rehat kru kabin dan ditutup dengan selimut.


Bagaimanapun, Vanessa tidak mahu meninggalkan mayat teman lelakinya itu. Dia meminta izin untuk duduk bersebelahan mayat Rippingale selama sembilan jam waktu penerbangan sebelum tiba di Auckland. — Agensi

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved