Selasa, 12 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Usah 'sorokkan' anak istimewa

Posted:

Kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dari segi intelektual sering dianggap lemah atau tidak boleh menyiapkan sesuatu tugasan. Hakikatnya jika diberi peluang, mereka mampu mengubah kekurangan yang ad,a seterusnya mengagumkan orang lain dengan semangat juang masing-masing.

Keupayaan mereka sering disalah anggap dan ibu bapa selalunya lebih cenderung untuk menghalang anak aktif bermain di luar kawasan rumah, sebaliknya gemar 'mengurung' anak kerana berasa keadaan itu lebih selamat buat kanak-kanak itu.

Kebanyakan masyarakat tidak memahami kehendak atau keperluan kanak-kanak ketidakupayaan intelektual dan bersikap terlalu melindungi sehingga anak menjadi lemah dari segi fizikal.

Jika dipandang dari segi fizikal, tidak ada bezanya antara golongan kanak-kanak terbabit dengan orang lain. Malah, mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak seusia mereka, bezanya mereka lemah dari segi intelektual.

Foto

ANTARA latihan fizikal bagi meningkatkan kecergasan tubuh kanak-kanak ID.

Foto

CERIA ketika bengkel berlangsung.

Foto

MOHD Shukry (dua dari kiri) bersama kanak-kanak ID yang juga pernah bertanding di SOM.


Ketidakupayaan intelektual (ID) dicirikan oleh fungsi intelektual dan kemampuan menyesuaikan diri yang terbatas secara ketara dalam kemahiran sosial, konsep dan praktikal.


Kategori ID adalah pelajar lembam, sindrom Down, terencat akal dan hiperaktif. Seorang individu boleh dikelaskan sebagai ID apabila ia mempunyai fungsi intelektual (IQ) kurang daripada 70 hingga 75, mengalami batasan ketara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling seperti kemahiran konsep, sosial dan praktikal dan masalah itu berlaku sebelum usianya menjangkau 18 tahun.

Golongan itu juga sukar melakukan banyak perkara dalam kehidupan harian mereka termasuk berkomunikasi, menjaga kebersihan diri sendiri, kemahiran sosial, melakukan kerja rumah, aktiviti riadah, menjaga keselamatan dan kesihatan, tidak mampu memimpin diri sendiri dan sukar membaca, menulis atau memahami matematik asas.

Guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Damai, Cheras, Mohd Shukry Hussain berkata, kanak-kanak yang mengalami ID mempunyai fungsi intelektual jauh lebih rendah berbanding rakan sebaya.

Menurut guru yang mempunyai pengalaman 22 tahun mendidik dan membantu golongan kanak-kanak berkenaan, usia mental mereka jauh lebih rendah berbanding usia fizikal, menyebabkan guru, penjaga atau ibu bapa perlu banyak bersabar dalam menguruskan mereka.

"Mereka juga dibenarkan berada di sekolah rendah sehingga usia mencecah 14 tahun kerana sukar untuk mereka memahami sesuatu pengajaran. Malah, ada yang masih bawa botol susu ke kelas dan minum apabila terasa lapar.

"Tidak mudah mengajar mereka di dalam kelas kerana mereka susah untuk mengingati sebarang subjek, satu-satu pelajaran seperti mengenal huruf dan angka diajar selama setahun dan apabila cuti panjang, mereka lupa semuanya dan terpaksa diajar semula," katanya pada bengkel bertemakan Kuasa Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, anjuran Procter & Gamble Malaysia (P&G) dan Sukan Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), baru-baru ini.

Berikutan itu, Mohd Shukry berkata, kanak-kanak itu cepat berasa bosan dan hilang minat belajar, membuatkan pengajaran alternatif seperti belajar sambil bersukan pilihan lebih sesuai untuk mendidik mereka.

Katanya, bersukan lebih mudah dan menggembirakan kanak-kanak terbabit selain pada masa sama, bacaan huruf dan kiraan tetap diungkapkan sepanjang sesi bersukan supaya secara tidak langsung, mereka tetap belajar.

"Lagipun menerusi sukan, fizikal mereka bukan saja menjadi cergas, malah mereka akan menjadi lebih ceria dan dapat kawan baru serta pengalaman baru terutama apabila dibawa menyertai mana-mana pertandingan.

"Biarpun mereka mungkin lemah dari segi intelektual, tidak bermakna mereka lemah dari segi fizikal atau tidak mampu berjaya dalam sukan. Sekiranya diberi peluang bertanding mengikut keupayaan mereka, kanak-kanak ini mampu menunjukkan kemampuan membanggakan," katanya.

Mohd Hussain yang juga ketua bagi program SOM berkata, sukan membuka peluang kepada kanak-kanak berkenaan menunjukkan potensi diri masing-masing selain menjadikan masa lapang mereka diisi dengan perkara bermakna.

Misalnya, pelajar SMK Alam Damai, Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16, yang mengalami masalah terencat akal ringan, mencapai keputusan membanggakan ketika menyertai Sukan Istimewa Olimpik Dunia 2011 sempena musim panas di Athens, Greece.

Zaim yang diletakkan di bawah program SOM, berjaya membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara boling individu lelaki dan berpasukan pada acara berkenaan yang turut disertai peserta 188 negara benua Eropah, Afrika, Amerika Syarikat dan Asia.

Menurut Mohd Shukry, keluarga disarankan tidak 'menyorokkan' anak istimewa mereka, tetapi perlu didedahkan kepada pelbagai aktiviti termasuk sukan kerana ia memberi faedah kepada mereka, membuatkan tubuh lebih cergas dan meningkatkan tahap keyakinan diri dan keluarga.

Berbeza dengan atlet normal, kanak-kanak yang mengalami ID perlu dilatih dengan penuh sabar kerana setiap langkah dalam latihan perlu diulang-ulang serta ditunjukkan secara teliti, supaya mereka dapat memahaminya dan mudah untuk diikuti.

"Pengalaman bertanding sehingga ke luar negara membuatkan kanak-kanak ini gembira dan mereka tidak percaya dapat bertanding dalam SOM. Acara dalam sukan ini diubah suai sedikit supaya golongan ID dapat mengambil bahagian.

"Cara melatih mereka juga agak berbeza kerana tidak boleh terus berlatih seperti biasa, tetapi perlu dimulakan dengan teknik yang lebih mudah supaya mereka dapat kemahiran kawalan pergerakan dengan seimbang. Misalnya untuk belajar bermain badminton, kami menggunakan bola pingpong terlebih dulu.

"Jika kanak-kanak ini sudah boleh mengawal bola itu dengan menimangnya tanpa jatuh, barulah kami menggunakan bulu tangkis.

Penyertaan kanak-kanak ini dalam kategori sukan juga dipilih berdasarkan kemahiran dalam ujian yang dijalankan," katanya.

Pensyarah dan Koordinator Program Pengajian Sukan di UiTM, Nagoor Meera Abdullah berkata, aktiviti fizikal dan sukan memberi banyak faedah kepada kanak-kanak ID antaranya cara hidup lebih sihat, tahap kecergasan tubuh meningkat, menyumbang elemen menggembirakan, bertemu rakan baru, kemahiran pergerakan tubuh semakin baik, mencungkil bakat sukan, membina kemahiran komunikasi, membina keyakinan diri dan membuka peluang menyertai aktiviti sukan.

Setiap kanak-kanak ID mempunyai kemahiran berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, jurulatih tidak seharusnya mempunyai tang–gapan perkara yang boleh atau tidak mampu dilakukan golongan itu, sebaliknya melihat setiap kelemahan dan kekuatan mereka.

"Kanak-kanak ini juga perlu diberi arahan yang jelas dalam bahasa yang mudah, ringkas dan terang. Setiap sesi sukan perlu dijalankan dengan menyeronokkan tetapi jurulatih perlu banyak bersabar, konsisten dan bertolak-ansur.

"Jurulatih juga perlu sentiasa memberi tindak balas positif kepada kanak-kanak ini memandangkan mereka mengalami masalah kurang keyakinan diri selain memberi mereka banyak peluang untuk berlatih dan mencuba berulang kali," katanya.

Berpengalaman selama 15 tahun mengajar dan melatih atlet istimewa, Nagoor berkata, aktiviti fizikal memberi kesan fisiologi yang baik untuk kesihatan
jantung, paru-paru, salur darah dan peredaran darah, selain menguatkan otot.

Kanak-kanak berkenaan dilatih dengan konsep kecergasan asas seperti meregang, ketahanan kardiovaskular, ketahanan dan kekuatan otot, koordinasi dan daya seimbang serta kelajuan dan kemahiran bersukan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi P&G, Zulhaimi Abdul Hamid berkata, melalui program khidmat sosial dinamakan Open Minds itu, ia berjaya mengubah dan meningkatkan mutu kehidupan lebih 10,000 kanak-kanak yang mengalami ID di seluruh negara termasuk autisme, disleksia, serebrum palsi dan sindrom Down.

"Sepanjang usaha membantu kanak-kanak istimewa, P&G menyedari pembabitan golongan ini dalam aktiviti sukan membuka peluang kepada mereka untuk membuktikan kepada ibu bapa mereka juga mampu memiliki keyakinan diri dan merealisasikan impian mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12

Serlah keunikan bunga tisu

Posted:

Menghasilkan bu-nga daripada tisu memang tampak unik. Namun, pemilihan jenis tisu yang sesuai harus diambil kira bagi mendapatkan bunga yang kelihatan semula jadi.

Menurut penggubah hantaran yang menerima tempahan secara dalam talian, Hafiza Mohd Razally, tisu mempunyai pelbagai jenis.

"Sebaiknya, pilih tisu yang sederhana keras bagi mendapatkan bentuk bunga yang tampak hidup. Elak menggunakan kertas crepe kerana ia terlalu keras dan menyebabkan bentuk bunga tidak cantik.

"Walaupun bahan digunakan murah, jika kreatif kita boleh menggubahnya menjadi hasil yang bernilai dan mewah dengan penambahan elemen perincian seperti manik serta reben.


"Penampilan bunga polos juga boleh dijadikan hasil menarik jika ditambah manik dan reben bercorak untuk tampak senada," katanya yang banyak menerima tempahan mengikut trend rekaan terkini.


Baginya, kebanyakan bunga dihasilkan mestilah memberi perhatian kepada konsep semula jadi dan rona yang menjadi ikutan ramai masa kini.

Memilih konsep bunga tisu, ia bukan saja boleh dijadikan hiasan pada dulang hantaran, malah tampak unik sebagai bunga tangan, pahar atau cenderahati kepada tetamu pada majlis perkahwinan.

Selain cara menghasilkannya yang mudah, penjagaan bunga tisu sama seperti jenis bunga yang lain untuk memastikannya sentiasa kelihatan masih baru dan segar.

"Elakkan daripada terkena cahaya matahari agar rona bunga tisu tadi tidak pudar dan masih nampak seperti baru ketika mahu digunakan.

"Selain itu, jauhi daripada terkena air kerana ia akan menyebabkan teksturnya menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi," jelasnya mengenai penjagaan mudah bunga tisu.

Terima kasih. fieyza hantaran/facebook, www.fieyzacreativetouch.com

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Teruja jadi sukarelawan

Posted:

Sabak Bernam: Seramai 20 pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) teruja dipilih menjadi ahli Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Sabak Bernam dan mengikuti kursus Sukarelawan Palestin yang diadakan pelancarannya di dewan kuliah kolej berkenaan Jumaat lalu.

KKSB dengan kerjasama Sekretariat Asqa Syarif Sabak Bernam mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu pelajar yang berminat menjadi sukarelawan di Palestin.


Pelajar Pemprosesan dan Kawalan Makanan (SPK) KKSB Shafaruddin Jaafar, 18, berkata, kesedaran untuk membantu rakyat Gaza mendorongnya menyertai BriSK walaupun terselit perasaan takut jika diberi peluang untuk berkhidmat di bumi bergolak itu.

"Rasa takut itu hilang dengan kekuatan semangat saya untuk membantu rakyat Palestin dan saya sentiasa bersedia jika Sekretariat Aqsa Syarif meminta saya berbuat demikian," katanya.


Pelajar SPK semester 2 Nurul Nabiha Abu Bakar, 21 berkata, rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dipaparkan media massa menjadikannya terpanggil untuk membabitkan diri dalam aktiviti sukarela ini dan bersedia untuk membantu apabila diperlukan.


Beliau yang sentiasa diberi galakan ibu bapa untuk membabitkan diri dalam aktiviti kesukarelawan berharap lebih ramai lagi anak muda menyertainya.

Sementara itu, Pengarah KKSB Mohd Zainudin Mohd Esin berkata, pelancaran BriKS ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan warga KKSB dan menggunakan pengalaman serta inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelawan itu.


"Kami juga mahu dengan tertubuhnya BriSK ini dapat menggalak, membimbing dan mendidik pelajar ke arah kesukarelawan dan memberi kesedaran kepada warga KKSB mengenai isu berkaitan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan dan bencana alam," katanya.

Pada majlis sama, 10 pelajar BriSK Tanjung Karang turut menyertai program ini dan seterusnya ditauliahkan sebagai sukarelawan BriSK Aqsa Syarif bersama-sama pelajar BriSK Sabak Bernam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tendang musang selamat anak

Posted:

London: Seorang ibu terpaksa berdepan detik amat mencemaskan apabila bayinya dibaham seekor musang malam kelmarin.

Ibu mangsa, Hayley Cawley, berkata selepas membaham anaknya, haiwan liar itu cuba menggoyang-goyang dan menggonggong bayi berkenaan.


Kata Cawley, 28, banyak darah keluar akibat kecederaan dialami anaknya, Denny. "Musang itu membaham muka Denny dan menariknya keluar dari katil bayi sebelum cuba melarikan diri keluar rumah," katanya.

Tindakan nekad Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.


Kata Cawley, dia menendang musang itu sekuat hati ketika haiwan berkenaan menggonggong Denny melalui pintu rumah. Akibat tindakan itu, katanya, musang berkenaan melepaskan gigitannya dan Denny dapat diselamatkan. Sementara itu, doktor mengesahkan bayi lelaki terbabit kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan empat jam untuk merawat mukanya.


Doktor juga berjaya menyambung semula satu daripada jari Denny yang putus digigit musang itu. Kata Cawley, ketika membawa Denny ke hospital dari rumahnya di Bromley di tenggara London, dia dan pasangannya, Paul Dolan, mempersiapkan fikirannya jika bayi terbabit gagal diselamatkan. Sementara itu, kakak Dolan, Lorraine Murphy, berkata tindakan pantas Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.

Foto

KECEDERAAN Denny mungkin lebih serius jika ibunya lambat bertindak.

Foto

SEEKOR musang kelihatan mengintai dari belakang sebuah kereta tidak jauh dari rumah Denny, semalam.

Foto

DENNY terbaring di hospital selepas menerima rawatan akibat diserang musang.

Katanya, menendang badan musang itu adalah tindakan tepat bagi menyelamatkan Denny. Menurut Lorraine, 42, Denny diserang ketika dia ditinggalkan sendirian dalam katil bayi di ruang tamu rumah berkenaan. Katanya, Cawley hanya naik ke tingkat atas rumah berkenaan seketika apabila haiwan liar itu memasuki rumah itu. "Ketika ini Denny masih trauma, manakala Dolan belum mahu ditemubual," katanya. Lorraine berkata, selepas pembedahan, doktor menjangkakan peluang Denny mampu menggunakan tangannya secara normal adalah 70 peratus. Katanya, dia membuat beberapa aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kerosakan bahagian belakang rumah mereka.


Kerosakan itu, kata Lorraine, menyebabkan haiwan liar berkenaan dapat menyelinap masuk. "Sehingga kini pihak terbabit belum membaiki kerosakan itu," katanya. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12

Sistem kebajikan Britain lahirkan ramai pemalas

Posted:

London: Hampir empat juta penduduk dewasa Britain tidak pernah mendapat pekerjaan berbayar seumur hidup dan jumlah itu adalah lebih ramai berbanding populasi Wales.

Data menunjukkan sistem kebajikan Britain menghadapi masalah besar dan ia dikritik kerana membenarkan penganggur menikmati hidup lebih baik berbanding orang lain yang bekerja. Lebih satu pertiga daripada mereka yang tidak pernah mendapat bayaran adalah berusia antara 25 hingga 64 tahun, manakala 205,000 penduduk berusia lebih 65 tahun tidak pernah bekerja sebelum menjadi pesara.


Golongan yang paling terjejas ialah anak muda dengan lebih satu per tiga daripada mereka yang berusia antara 18 dan 24 tahun tidak pernah mendapat bayaran daripada pekerjaan dilakukan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Taring hampir terbenam di leher

Posted:

Gua Musang: "Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan," kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.

Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.

"Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya," katanya.

Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.

Foto

NURAIDI menunjukkan kepala Alip yang cedera bergelut dengan harimau kumbang.


Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada hari sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12

Ajal berbadan dua

Posted:

Penampang: Kegembiraan seorang suami yang bakal menerima cahaya mata kelima berakhir dengan tragedi apabila isterinya yang mengandung dua bulan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 15, Jalan Papar-Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa Rhuhaifah Azhar, 29, tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan mati serta-merta akibat parah di kepala.

Difahamkan, kenderaan dipandu suaminya, Paisal Mohd Tutoh, 29, bersama empat anak mereka dan dua adik ipar dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbising, Putatan.

Mereka dipercayai baru selesai menghadiri kenduri di Kampung Pengalat Besar, Papar.

Foto

KEADAAN kereta mangsa yang hancur.


Namun, menurut sumber polis, setibanya di tempat kejadian, kenderaan jenis Proton Wira dinaiki mereka gagal dikawal lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Kuasa pendatang baru

Posted:

Penyanyi lelaki nampaknya lebih menguasai kemenangan dalam kategori utama pada acara anugerah muzik paling dinantikan, Grammy Awards ke-55 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, semalam.

Tidak seperti tahun lalu apabila penyanyi terkemuka British, Adele, diangkat dalam kategori keseluruhan dengan enam trofi, kali ini ia menyaksikan kumpulan Fun meraih kejayaan besar.

Dicalonkan dalam enam kategori, namun dua trofi utama yang dimenangi band berkenaan semestinya sudah cukup membawa makna terhadap perjuangan Nate Ruess, Jack Antonoff dan Andrew Dost selepas 12 tahun berjuang.

Sempat berseloroh menyentuh mengenai kemenangan lagu We Are Young dalam kategori Lagu Terbaik, Nate tidak pasti lagu itu masih relevan untuk mencerminkan mengenai diri mereka atau sebaliknya.

Foto

PERSEMBAHAN Bruno Mars dan Rihanna 'meletup'.

Foto

AKSI berbeza Alicia Keys memukul dram.

Foto

PERSEMBAHAN ala Alice in the Wonderland oleh Taylor Swift.

Foto

ADELE menang lagi!

Foto

MUMFORD & Sons bolot kategori Album Terbaik.

Foto

GOTYE bersama Kimbra memenangi Rekod Terbaik.

Foto

KELLY Clarkson memenangi Vokal Pop Terbaik Dalam Album.


"Saya tidak tahu apa di fikiran saya sewaktu menulis bahagian korus lagu berkenaan. Kalau anda melihat acara ini dalam bentuk definisi tinggi (HD), anda semua boleh melihat secara jelas bahawa wajah kami bukan muda lagi pun," kata penyanyi utamanya, Nate, 30.


Selepas menerima trofi pertama mereka, gitarisnya, Jack, sempat mendapat kucupan daripada teman wanitanya, Lena Dunham.

Dalam 11 trofi disampaikan secara langsung semalam, Fun yang menempa populariti mendadak sepanjang tahun 2012 dan turut hit menerusi lagu Some Nights tidak ketinggalan membolot kategori Artis Baru Terbaik.

Bagi kategori berkenaan juga, Fun sekali gus mengetepikan pesaing sengit termasuklah 'rapper' tersohor, Frank Ocean, The Lumineers, Alabama Shakes serta Hunter Hayes.

Tumpas di tangan mereka dalam kategori Lagu Terbaik adalah Kelly Clarkson menerusi lagu Stronger, Ed Sheeran (The A Team), Miguel Pimentel (Adorn) dan Carly Rae Jepsen (Call Me Maybe).

Apapun, Grammy kali ini ternyata menjadi kebangkitan buat pendatang baru khususnya kerana selain Fun, penyanyi kelahiran Australia, Gotye pula mengungguli kategori Rekod Terbaik mempertaruhkan lagu berhantu Somebody That I Used To Know hasil duet bersama Kimbra.

Kategori Album Terbaik pula dimenangi band Mumford & Sons menerusi Babel.

Dalam ucapan Mumford & Sons, kemenangan itu ternyata sama sekali di luar jangkaan mereka apatah lagi beberapa artis lain juga cukup cemerlang.

"Kami meramalkan tidak akan menang apa-apapun kerana kumpulan The Black Keys sudahpun menyapu beberapa trofi sepanjang hari," katanya sewaktu menerima trofi berkenaan.

Sinonim sebagai anugerah paling berprestij, selain dihadiri nama besar dalam industri muzik, persembahan berkonsepkan 'tribute' pada acara itu sememangnya mengagumkan dan bukan calang-calang.

Pentas Grammy disimbah 'hujan'

Kemuncak Grammy Awards 2013 di Los Angeles, semalam menyaksikan persembahan yang memukau daripada gandingan artis baru dan lama.

Dihoskan LL Cool J, tirai acara dibuka dengan aksi Taylor Swift dengan gimik ala Alice in the Wonderland dalam lagu We Are Never Ever Getting Back Together yang penuh warna-warni.

Seterusnya, penghibur legenda British, Sir Elton John tampil dengan petikan pianonya bersama mendendangkan lagu The A Team bersama bakat baru, Ed Sheeran.

Tidak ketinggalan mencuri tumpuan band Fun dengan lagu Carry On. Sungguh mempesonakan apabila persembahan mereka disimbah hujan buatan yang berjaya memberikan kesan dramatik.

Jeritan histerikal peminat turut diberikan kepada Maroon 5 dengan lagu yang menyanyikan lagu Daylight sambil diiringi pukulan dram daripada Alicia Keys dan kemudian band berkenaan pula mengiringi nyanyian Alicia menerusi Girl on Fire.

Justin Timberlake turut memukau penonton dengan nyanyian lagu terbarunya, Suit & Tie duet bersama Jay-Z serta Pusher Love menampilkan konsep klasik, sekali gus visual yang tertera di kaca TV berubah menjadi hitam putih.

Sebagai menghargai legenda muzik Bob Marley, Rihanna yang dijolok penghibur 'di seluruh' planet dan galaksi tampil dengan lagu Stay bergandingan dengan ahli keluarga Marley diikuti Sting dan Bruno Mars yang berkolaborasi menerusi lagu Bruno, Locked Out of Heaven serta Walking on the Moon.

Hadirin turut terpaku apabila Kelly Clarkson membuat persembahan 'tribute' kepada bintang lama dalam lagu Tennessee Waltz. Nyata vokal lantang beliau cukup memukau sehingga hadirin memberikan tepukan berdiri (standing ovation).

Di kalangan penyampai trofi, superstar berdarah Latin, J.Lo yang berpasangan dengan Pitbull mendapat perhatian ramai apabila memperagakan fesyen dedah sebelah bahu dan paha yang seksi. Sebenarnya fesyen sebegitu pernah dipakai Angelina Jolie dalam satu anugerah lain tidak lama dulu.

JLo dan Pitbull menjadi pasangan penyampai yang mula-mula sekali muncul di pentas manakala Adele pula penyanyi pertama yang naik ke pentas menerima trofi. Adele yang memakai dress pendek kembang, kelihatan masih tembam.

Pemenang Grammy Awards Ke-55

  • Album Terbaik: Babel - Mumford & Sons
  • Rekod Terbaik: Somebody That I Used to Know - Gotye featuring Kimbra
  • Artis Baru Terbaik: Fun
  • Lagu Terbaik: We Are Young - Jack Antonoff, Jeff Bhasker, Andrew Dost & Nate Ruess (Fun featuring Janelle Monáe)
  • Album Country Terbaik: Uncaged - Zac Brown Band
  • Kolaborasi Rap Terbaik: No Church In The Wild - Jay-Z & Kanye West featuring Frank Ocean & The Dream
  • Vokal Pop Terbaik Dalam Album: Stronger - Kelly Clarkson
  • Persembahan Rock Terbaik: Lonely Boy - The Black Keys
  • Album Urban Kontemporari Terbaik: Channel Orange - Frank Ocean
  • Persembahan Solo Country Terbaik: Blown Away - Carrie Underwood
  • Persembahan Pop Solo Terbaik: Set Fire to the Rain - Adele Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/11
  • Neelofa terharu diperdaya

    Posted:

    TATKALA majlis kejutan hari jadi ini diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, pada Khamis yang lalu, ia diatur tiga hari lebih awal daripada tarikh sebenar ulang tahunnya iaitu 10 Februari.

    Disebabkan itu, tiada satu pun pembayang mampu dihidu pengacara dan aktres jelita, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 24, sekali gus mematahkan perancangan rahsia yang diatur pengurusnya, Shawn Amer.

    "Saya memang tahu saya ada majlis Petronas yang perlu saya hadiri malam ini apabila Amer memaklumkannya sejak dua minggu lalu. Memandang sekitar Januari lalu, ada dua acara mereka saya terbabit sebagai tetamu undangan.

    "Ketika Amer maklumkan hal ini, saya tanya juga kepada dia adakah Petronas nak panggil saya lagi? Tetapi kerana saya suka bekerjasama dengan pihak Petronas saya bersetuju untuk hadir. Sebaik sampai di restoran ini, saya tertanya kenapa gelap.


    "Terdetik dalam hati mungkin pihak Petronas yang buat kejutan, tetapi selepas lampu dibuka saya nampak wajah ibu dan adik-beradik saya, teman media dan peminat, saya dah tahu dah ini mesti kerja si Amer.


    "Saya memang tak jangka langsung dan sangat terkejut. Rasanya ini adalah majlis kejutan hari jadi yang begitu semuanya teratur, saya dapat hadiah yang 'best; dan semua orang yang rapat di hati saya pun ada di sini. Ia majlis kejutan hari jadi paling seronok," katanya.

    Di usia 24 tahun, Lofa melihat dirinya semakin stabil bagaimanapun bukan dari segi segi kewangan sebaliknya mental dan fizikal di mana dia kini lebih tenang menghadapi segala kontroversi yang mana dulu, dia kurang matang berhadapan dengan situasi demikian.

    "Sekarang saya pergi kerja dengan keadaan yang 'relax'. Saya begitu 'enjoy' mengacarakan program Nona dan Meletop. Dua program yang berlainan kandungan dengan kepuasan yang berbeza," katanya.

    Pertanyaan bagaikan tidak lengkap jika tidak bertanya apakah yang diharapkan sempena merayakan usia 24 tahun? Gadis berkulit mulus kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, dia mahu melihat kerjaya seni dan perniagaannya berjalan seiring.

    Selain berlakon, Lofa ingin mengembangkan perniagaan produk penjagaan kesihatan, Bellavita. Sejak mengusahakannya tahun lalu, Lofa melaburkan wang yang banyak untuknya.

    "Saya jual kereta saya dan kakak saya pula menjual rumahnya. Ini kerana strategi pengiklanan, pemasaran dan promosi produk ini membabitkan modal yang besar. Slot enam minit untuk Wanita Hari Ini saja bernilai RM35,000 dan melanggan slot itu selama enam bulan.

    "Saya juga membuat pinjaman dengan MARDI, bagi membolehkan saya bergerak secara pantas.

    "Dalam pada menguruskan perniagaan, dua kontrak filem sudah pun ditandatangani iaitu Pilot Cafe arahan Osman Ali dan Gangster Superstar karya Kabir Bhatia. Malah, saya akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri Azura tidak lama lagi.

    "Tahun ini juga sekiranya berjalan lancar saya ingin menyambung semula pengajian dan menamatkan semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pemasaran Antarabangsa di Kolej Sunway," katanya.

    Status dengan Hans Isaac

    Juara Dewi Remaja 2010 itu, nyata mengharapkan bimbingan dua pengarah besar itu mampu membantu kerjaya lakonannya menyinar, sekali gus menafikan segala kritikan yang pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.

    "Pelakon asal untuk watak Sharmila ini adalah Maya Karin. Walaupun saya pilihan kedua namun melihatkan watak yang ditawarkan saya terasa ingin mencuba apatah lagi dapat bekerjasama dengan Osman Ali. Sharmila di dalam cerita ini ada anak luar nikah dan dia melalui karma di atas perbuatan lampaunya.

    "Watak ini berat dan saya sendiri masih lagi cuba mendalami kisah Sharmila selepas seorang peminat saya menghadiahkan saya novel Pilot Cafe untuk dijadikan rujukan. Sebelum penggambaran, semua pelakon akan memasuki kelas bimbingan dipimpin Ellie Suriaty dan saya berharap saya dapat menimba seberapa banyak ilmu nanti," katanya.

    Sementara itu, Lofa turut diminta mengulas mengenai kenyataan ibunya yang sering berdoa agar dia dipertemukan dengan lelaki yang soleh.

    Justeru itu, adakah dia merasakan lelaki yang sedang berhubungan dengannya siapa lagi kalau bukan pelakon dan produser, Hans Isaac, mempunyai ciri-ciri yang diharapkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed.

    "Bercakap pasal iman ini sangat subjektif. Jika Tuhan bukakan hati seseorang itu dan hendak beri hidayah ia boleh berlaku sekelip mata saja. Kadang orang yang bukan Islam itu apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mendalami Islam daripada yang dilahirkan Muslim.

    "Beginilah, saya percaya pada jodoh. Kalau jodoh saya dengan dia tetap dengan dia dan jika ditakdirkan dengan orang lain, dengan orang lainlah saya kahwin," ujarnya.

    Berdamai dengan Tasha

    SEDANG rancak berbual, Lofa yang dicalonkan menerusi tiga kategori Pelakon filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang berlangsung April nanti, enggan peminat mengundinya menerusi dua kategori Pelakon Filem/TV Wanita Popular kerana berasakan dirinya tidak layak.

    "Kalau ada harapan pun hanyalah untuk kategori pengacaraan manakala dua lagi saya mahu peminat memilih mereka yang lebih layak," katanya.

    Pada temubual yang sama, dia juga memaklumkan dia dan pelakon cantik, Tasha Shila sudah berdamai dalam satu pertemuan yang berlaku dua hari sebelum majlis kejutan hari jadi itu diadakan.

    "Saya sangat gembira kelmarin iaitu pada Selesa kerana saya bertemu Tasha Shila yang turut diundang sebagai tetamu program Wanita Hari Ini. Kami bertegur sapa dan usai program berkenaan kami saling mengucapkan 'good luck' pada diri masing. Dia juga sempat mengucapkan 'good luck' untuk saya di ABPBH2012 nanti.

    "Saya sangat menghormati Tasha kerana dia seorang yang profesional dan nampak sangat bukan jenis pendendam. Malah, saya berkali-kali meminta maaf di atas komen yang pernah saya luahkan selepas ABPBH2011 yang lalu dan nampak dia seperti boleh terima. Ini adalah pengajaran berguna untuk saya," katanya.

    Sementara itu, ketika diusik oleh teman media adakah selepas ini dia mahu mengambil pendekatan yang sama iaitu berdamai dengan pelakon jelita, Fazura, Lofa berkata, jika diminta menggandingkan mereka dalam satu drama atau filem sekalipun dia tidak kisah.

    "Kalau ada cerita boleh berlakon dengan dia, saya mahu. Serius ini bukan propa saya hendak cuba dan hendak lihat bagaimana kerjasama kami di set," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/11
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    'Tiada layanan istimewa'

    Posted:

    Kuala Lumpur: Tiada 'layanan istimewa' akan diberikan oleh jurulatih Ong Kim Swee kepada Muhamad Nazmi Faiz Mansor sebaliknya pemain muda berbakat yang membuat keputusan mengejut pulang ke tanah air dari Portugal untuk menyarung jersi PKNS FC itu perlu berada pada prestasi terbaik jika mahu berada dalam skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan Sea Myanmar hujung tahun ini.

    Sikap 'tidak pilih bulu' pengendali negara itu pastinya satu cabaran buat Nazmi, 19, yang terpaksa menunggu sehingga April ini untuk membuat penampilan bersama pasukan Liga Super itu selepas meninggalkan kelab SC Beira-Mar.


    Kim Swee berkata, prestasi Nazmi akan dinilai sama seperti pemain luar yang tidak mewakili Harimau Muda A dan buat masa ini tiada perancangan untuk menyenaraikan pemain tengah itu bersama skuadnya bagi perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Myanmar di Yangon, 22 Februari ini dan ke Slovakia selama lima bulan bermula 15 Mac depan.

    "Buat masa ini, Nazmi tiada dalam perancangan ke Yangon dan Slovakia kerana saya difahamkan statusnya kini sedang dirujuk oleh Jawatankuasa Status FAM. "Dia sekarang sudah menjadi hak milik kelab PKNS, jadi segala keputusan perlu merujuk kepada PKNS terlebih dulu kerana dia bukan pemain Harimau Muda. Bagi saya mudah, jika dia mempamerkan permainan yang baik, sudah pasti saya akan memanggilnya untuk menyertai skuad ke Sukan Sea.


    "Tapi untuk mendapat penilaian itu, dia haruslah beraksi dalam kesebelasan utama pasukannya setiap minggu, sama dengan pemain luar yang lain seperti K Reuben (ATM), Nik Shahrul Azim Abd Halim (Kelantan) dan Zubir Azmi (Terengganu). Saya tidak akan memberikan layanan istimewa kepada mana-mana pemain, semua pemain akan dinilai berdasarkan prestasi semasa," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.


    Nazmi yang mengikat kontrak tiga tahun bersama PKNS tidak dibenarkan beraksi apabila kempen Liga Super kembali bersambung Jumaat ini selepas permohonan pihak pengurusan kelabnya ditolak oleh FAM.

    Foto

    Muhamad Nazmi Faiz Mansor

    Buat masa ini pemain kelahiran Kuala Lumpur yang menjadi tonggak skuad B-23 negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea Jakarta 2011 itu hanya menjalani latihan bersama PKNS di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim sehingga jendela perpindahan pemain dibuka pada April depan.


    Dalam pada itu, skuad Harimau Muda A akan kembali menyambung latihan hari ini selepas diberikan cuti lima hari selepas pulang dari Australia Khamis lalu bagi persiapan menghadapi Myanmar.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12

    Barca 'makan besar'

    Posted:

    Madrid: Lionel Messi meledak jaringan ke-35 musim ini ketika membantu skuad tempang Barcelona membelasah Getafe 6-1 di laman sendiri kelmarin bagi membolehkan mereka 12 mata mengatasi Atletico Madrid di puncak La Liga.

    Alexis Sanchez dan David Villa yang jarang berada dalam kesebelasan utama meledak gol pada setiap babak selain Messi, Andres Iniesta, Cristian Tello dan Gerard Pique turut berada dalam senarai penjaring ketika Barca mencatatkan kemenangan ke-20 dalam 23 perlawanan untuk mengumpul 62 mata.


    Atletico yang kecewa tewas 1-2 kepada Rayo Vallecano kelmarin kekal dengan 50 mata, empat mata mengatasi pasukan di tempat ketiga Real Madrid yang membelasah Sevilla 4-1 di Bernabeu pada Sabtu menerusi hatrik Cristiano Ronaldo.

    "Kami tidak akan mengulangi semua pujian yang kami berikan terhadap dia (Messi)," kata Pengarah Sukan Barca, Andoni Zubizarreta dalam sesi temuramah bersama stesen televisyen Sepanyol, Canal Plus.


    "Alexis dan Villa memberikan kelajuan permainan kepada kami dan mencipta peluang dan membuktikan mereka kekal hebat," kata bekas penjaga gol Barca dan Sepanyol itu.


    "Sesetengah pemain yang jarang beraksi sangat mengagumkan." Pengendali sementara Barca, Jordi Roura yang menggantikan Tito Vilanova yang masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan tekak merehatkan beberapa pemain utama bagi menghadapi kunjungan Getafe ke Nou Camp termasuk tiga pemain Sepanyol iaitu Pedro, Cesc Fabregas dan Sergio Busquets.

    Mereka turut kehilangan perancang tengah, Xavi kerana kecederaan dengan Thiago Alcantara dan Iniesta menggerakkan jentera tengah selepas ketiadaan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Sepanyol itu.


    "Tiada apa yang boleh diperkatakan tentang perlawanan, kami cuma perlu melupakannya dan memikirkan perlawanan seterusnya," kata jurulatih Getafe, Luis Garcia dalam sidang media.

    "Tidak banyak yang dapat anda lakukan kerana tidak berpeluang memegang bola," katanya. - Reuters

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved