Jumaat, 3 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Guna fabrik mudah pakai

Posted: 03 May 2013 06:06 AM PDT

Penggayaan tudung untuk pengantin Muslimah bukan saja bergantung kepada bentuk wajah, tetapi jenis ikatan serta warna memainkan peranan penting bagi menentukan keanggunan mempelai tatkala bersanding di pelamin.

Kebiasaannya warna tudung sedondon atau sewarna tema pakaian menjadi pilihan. Ada juga menggunakan rona yang sama supaya tidak nampak berbeza.

Menurut pemilik butik Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur, Nurin Adlina Basir, pengantin bertudung perlu memilih cara ikatan bersesuaian serta konsep majlis perkahwinan. Ini kerana kedua-duanya sangat penting bagi menjadikan mempelai kelihatan anggun dan menawan.

Jelasnya, fesyen tudung ini juga harus menitikberatkan kesopanan. Sama ada membuat ikatan atau memakai tudung sedia dipakai, ia haruslah menutupi keseluruhan rambut serta melindungi kekurangan bentuk wajah.

Foto

GAYA lilitan tudung melekat di kepala sesuai untuk konsep moden kontemporari.

Foto

TUDUNG dikemaskan dengan memasukkan ke dalam baju dan disempurnakan dengan sehelai layah.

Foto

PEMILIHAN tudung rona serupa serta pemakaian lebih ringkas menjadikan mempelai tampak menawan.

Foto

UNTUK nampak kemas dan ringkas, tudung harus dimasukkan ke dalam baju sekiranya mengenakan busana berkolar tinggi.


"Konsep Muslimah ini boleh dipraktikkan dengan menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai sengkuap dan cara ikatan boleh dilakukan sama ada menutup keseluruhan dada dan leher atau menggayakan ikatan serban," katanya.


Untuk kedua-dua gaya ini, mempelai haruslah berhati-hati terutama bagi mereka yang memiliki wajah bulat atau segi empat.

Pemakaian anak tudung yang senang dibentuk, boleh menutup kekurangan bentuk muka sama ada bulat atau bersegi. Mempelai berwajah segi empat harus memilih tudung bersengkuap kerana ia akan menampakkan wajah lebih seimbang.

Bagi mereka yang berwajah bujur dan panjang, tidak menjadi masalah mengenakan sebarang jenis gaya tudung. Ini kerana mempelai berwajah bujur mampu menggayakan sebarang jenis fesyen kerana bentuk wajah mereka tidak mempunyai sebarang kekurangan.

Namun, pemilihan anak tudung bermanik akan menjadikan wajah lebih berseri dan anggun. Keadaan ini berbeza bagi mereka yang memiliki wajah bulat dan penuh.

"Bagi mempelai berwajah bulat seharusnya ikatan mampu menutupi kekurangan wajah. Ini boleh dilakukan dengan memilih anak tudung serta tudung bersengkuap kerana ia akan membuatkan wajah sedikit bujur. Tudung ala serban sebaiknya dielakkan kerana akan menampakkan wajah lebih bulat," jelasnya.

Terdapat beberapa fesyen atau gaya tudung yang boleh dipilih mengikut cita rasa mempelai seperti fesyen gipsi. Ia digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Pengantin boleh menggunakan sehelai tudung dengan membuat ikatan bunga di tepi serta meletakkan sehelai layah di kepala.

Bagi menambah keserian, pengantin boleh menggunakan selendang panjang dengan meletakkan di bahagian tengah kepala.

"Pastikan selendang itu pendek pada bahagian kanan dan disematkan pin di bawah dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun," ujarnya.

Bagi mereka yang inginkan konsep moden kontemporari, harus memilih cara pemakaian tudung bersesuaian, mungkin dengan menggunakan kain sifon dan net. Caranya dengan melilit kain net dan sifon di kepala menjadi bentuk separuh bulat. Letak aksesori sesuai seperti kerongsang agar keserian pengantin bertambah.

Bagi konsep perkahwinan dalam taman pula selain menggunakan fabrik mewah seperti sifon, gaya ikatan harus bersesuaian dengan busana.

"Lilitan serta ikatan haruslah kemas, tidak berserabut dan nampak ringkas. Ini kerana, gabungan layah akan membuatkan penampilan bertambah anggun. Jangan sesekali menggunakan fabrik yang sukar dipakai seperti linen atau satin kerana ia akan menyebabkan tudung anda kurang kukuh serta kebarangkalian akan terbuka juga tinggi," ujarnya yang menggalakkan mempelai memilih ikatan gaya gipsi sekiranya memakai busana berkolar.

Warna tudung untuk majlis pernikahan dan persandingan juga berbeza. Untuk pernikahan, warna yang sesuai ialah putih mutiara, biru ais, krim, kelabu, biru firus, ungu kundang dan merah jambu. Bagi majlis persandingan pula, warna pilihan biasanya biru gelap, coklat, hijau lumut, ungu nila serta merah dan putih.

"Rona putih dan krim sememangnya sangat sinonim untuk pernikahan manakala persandingan, tudung lebih berwarna dipilih bersesuaian dengan konsep majlis. Apa yang penting, pemakaian tudung haruslah menampakkan kesopanan, keayuan serta menjadikan anda pasangan paling menyerlah," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Sentuhan tukang emas Itali

Posted: 03 May 2013 05:26 AM PDT

Sempena Hari Ibu yang menjelang tiba, pengeluar barangan kemas terkemuka tempatan, Habib Jewels (Habib) menawarkan pili­han rangkaian barangan kemas eksklusif yang mampu dibeli pada harga kompetitif.

Antara yang mendapat tempat di hati pelanggan adalah koleksi emas 916 daripada jenama terbabit iaitu Oro Italia. Rekaan­nya yang halus dan terperinci itu mendapat sentuhan daripada tukang emas di Itali.

Koleksi Oro Italia berasaskan emas tulen sepenuhnya tanpa sebarang batu permata yang memancarkan kilauan, tetapi rekaan ukirannya begitu teliti serta tampak mewah.

Ia dihasilkan dengan rekaan abstrak selari de­ngan cita rasa lebih moden manakala koleksi tempatan masih mengekalkan ciri budaya timur dengan rekaan flora, fauna dan ukiran warisan bangsa.


Koleksi itu menawarkan beberapa pilihan gelang tangan dan rantai tangan dengan corak menawan dan tampak mewah kepada pelanggan yang gemarkan aksesori emas.


Menurut Pengurus Besar Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, lebih istimewa, harga yang ditawarkan bagi koleksi itu dan semua barangan emas di Habib adalah kompetitif dengan diskaun RM8 bagi setiap gram emas, berbanding harga pasaran.

Katanya, kos pertuka­ngan bagi setiap penghasilan barangan kemas di Habib juga pada tahap kompetitif berbanding penjual barangan kemas lain, demi memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Kami mempunyai prinsip dan percaya kepada perkongsian keuntungan bersama pelanggan kerana itu kami boleh menjual emas pada harga yang kompetitif.

"Lagipun sebagai kedai emas yang sudah beroperasi selama 56 tahun dan mempunyai 30 cawangan di seluruh negara, kami membeli emas dalam jumlah yang besar, membolehkan kami memberi harga yang istimewa kepada pelanggan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Mohd Zaruddin, pihaknya mendapati gaya pelaburan terbaru dalam kalangan pembeli emas ketika ini adalah pemilikan barangan emas bernilai 916 kerana wanita tidak mahu hanya menyimpan jongkong emas, sebaliknya mahu memakai pelaburan mereka.

Selain menawarkan barangan kemas bermutu ting­gi, sebagai kedai emas yang beroperasi sejak 1958 lagi, ia menjalankan segala urusan berkaitan pembelian dan penjualan emas, tanpa mengambil kira sama ada barangan kemas milik pelanggan yang mahu dijual mengalami kerosakan kerana paling penting adalah kandungan nilai emas yang ada.

Malah, menurutnya, sejak­ dua minggu lalu, semua cawangan Habib sesak dengan pelanggan yang mahu mendapatkan emas pada harga terbaik, sejurus kejatuhan harga emas di pasaran baru-baru ini.

Pada masa sama, ia turut menawarkan koleksi terbarunya iaitu cincin bertatah berlian yang dijual pada harga RM3,388 seunit untuk mereka yang meminati batu permata atau dihadiahkan kepada ibu tercinta.

Bermula 23 hingga 31 Mei ini juga, Habib akan membuat pameran barangan kemas di cawangan Habib di pusat beli-belah terkenal, Alamanda, bagi memberi­ peluang kepada peminat barangan kemas melihat dan membeli barangan emas diminati.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Kami bukan pengundi hantu'

Posted: 02 May 2013 02:31 PM PDT

"Memang saya ingin pulang untuk mengundi di kampung saya di Terengganu tapi saya pulang dengan duit saya sendiri dan saya bukan pengundi hantu."

Itu kata Munirah Awang, 27, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.


Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai maklumat yang disebar meluas melalui laman media sosial semalam kononnya Barisan Nasional (BN) mengimport pengundi 'hantu' dari Sabah dan Sarawak serta luar negara untuk mengundi di Semenanjung pada hari pengundian Ahad ini.

Malah, laman sosial Facebook (FB) turut memuatkan gambar sekumpulan warga asing Bangladesh dan Nepal berkumpul di LCCT kononnya dibawa masuk ke negara ini untuk dijadikan pengundi 'hantu' pada Ahad ini.


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut mendakwa pihaknya memiliki bukti ada 16 penerbangan direkodkan dari Sabah dan Sarawak khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu ke Semenanjung sejak beberapa hari lalu hingga Ahad ini, yang kononnya membawa pengundi hantu untuk BN. Munirah berkata, dia langsung tidak tahu mengenai hal itu, sebaliknya dia membeli tiket dengan wangnya sendiri sejak beberapa hari lalu dan akan pulang semula ke Sabah pada 7 Mei.


"Bagi saya, itu semua hanya gimik politik pihak tertentu untuk menarik perhatian rakyat. Saya terpaksa mengambil penerbangan jam 9.15 malam ke Kuala Lumpur kerana mempunyai urusan pada waktu siang. "Saya tidak kisah untuk pulang mengundi walaupun sibuk dengan tugasan kuliah kerana mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, dua penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam tadi turut menafikan mereka pengundi hantu yang dibawa pulang dengan menaiki pesawat khas disewa BN.


Nor' Aini Mat Lazim, 22, yang pulang untuk mengundi di kampungnya di Kelantan berkata, menjadi perkara biasa untuk penduduk berasal dari Semenanjung yang bekerja di Sabah untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Sajian dari tong sampah

Posted: 02 May 2013 12:27 PM PDT

Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.

Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.


Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.

"Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya," katanya.


Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.


Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.

Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.


Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.

Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.


Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.


"Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Suspek kes bunuh hubungi media lepas lari dari penjara

Posted: 02 May 2013 12:25 PM PDT

Manila: Seorang bekas anggota polis yang masih dibicarakan kerana membunuh di Filipina melarikan diri dari penjara semalam dan kemudiannya memalukan pihak berkuasa apabila bercakap melalui telefon kepada pihak media.

Bekas superintendan polis Cezar Mancao yang dituduh membunuh seorang publisis terkenal dan pemandunya pada tahun 2000 dengan bersahaja berjalan keluar dari pusat tahanan di Manila dengan bantuan warden penjara, kata pihak berkuasa.


"Tindakannya melarikan diri memberi tamparan besar terhadap biro," kata Pengarah Biro Siasatan Nasional, Nonnatus Rojas kepada wartawan selepas mengesahkan insiden itu.

NBI adalah badan siasatan jabatan kehakiman yang sepatutnya melakukan kawalan ketat terhadap pusat tahanan di mana Mancao ditahan.


Rojas berkata, dua warden penjara yang membantu Mancao melarikan diri telah ditahan. Rakaman daripada kamera keselamatan menunjukkan Mancao dengan tenang beredar dari sel tahanan sebelum Subuh membawa beg mengandungi barang peribadinya. Mancao yang ditahan sejak 2009 kemudian bercakap dengan televisyen nasional dan stesen radio menjelaskan bahawa dia melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh di pusat tahanan.


"Saya sudah sampai ke tahap tidak dapat bertahan lagi," katanya berulang kali dalam wawancara itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nina tidak dikongkong

Posted: 02 May 2013 05:02 AM PDT

Walaupun perkahwinannya pernah mencetus kontroversi kerana tidak direstui keluarga, ia nyata tidak menjatuhkan semangat pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir untuk membuktikan cintanya. Bahkan wanita kental ini lebih selesa enggan memikirkan lagi apa yang sudah berlaku.

Menolak tegas dakwaan dirinya yang dilabel cukup hangat dengan kisah sensasi, bintang utama drama komedi, Dunia Anita itu menjelaskan dia memang tidak pernah terfikir untuk dirinya terjebak dengan kontroversi.

Ujar Nina lagi, dia cukup selesa sekiranya lebih dikenali dalam bidang seni bersandarkan prestasi mutu lakonannya. Bahkan enggan terus mengenang kisah lalu, Nina yakin dengan ketentuan Tuhan.

"Apa yang sudah berlaku sebelum ini, biarlah berlalu. Bagi saya sekarang, fokus utama adalah pada rumah tangga dibina selain aktif semula dalam karier lakonan. Apatah lagi saya bersyukur ditemukan dengan suami yang cukup memahami.


"Saya kini benar-benar bahagia di samping suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 31, dan berdoa semoga kasih sayang kami ini terus berkekalan hingga akhir hayat. Tambahan pula pada saya sekarang semuanya sudah selesai," katanya.


Manis menggayakan busana Muslimah berwarna biru pada majlis sidang media Anugerah Blockbuster 2 di ibu kota, baru-baru ini, Nina juga tidak hadir keseorangan. Suami sentiasa bersamanya.

"Saya selesa suami sentiasa di sisi pada setiap majlis yang dihadiri. Apatah lagi sebagai wanita yang sudah berkahwin, saya berasakan keselamatan lebih terjamin apabila suami ada bersama.

"Apapun, dia (Hykal) bukan seorang yang mengongkong. Cuma memang saya sendiri yang mahu suami sentiasa ada bersama walau di mana saja berada. Bahkan saya akan pastikan dia ada masa untuk menemani.

"Setakat ini, nampaknya Hykal memang tiada masalah untuk menemankan saya menghadiri apa saja majlis hiburan yang mengundang kami. Apatah lagi kini dia juga merangkap pengurus peribadi saya.

"Saya sangat selesa hadir di setiap majlis bersama Hykal kerana sudah terbiasa dengan pembantu peribadi. Dulu ke mana saja saya pergi semestinya ditemani pembantu. Jadi selepas mendirikan rumah tangga, saya sudah tiada pembantu lagi," katanya.

Menurut Nina, 30, kini tanggungjawab membabitkan segala urusan berkaitan karier seninya juga diuruskan sepenuhnya oleh suami. Justeru, amatlah penting suaminya sentiasa berada di sisi.

Berbicara mengenai perkembangan kariernya, Nina berkata sekarang dia juga sudah mula bersedia untuk mengatur langkah aktif dalam lakonan. Ujarnya dia sangat berbesar hati meraih tawaran berlakon drama 18 episod untuk mengisi slot Samarinda di TV3.

Kata Nina selepas apa yang dilaluinya, nyata rezeki selepas berumah tangga itu masih ada. Bahkan menurutnya, dia akur dengan apa yang sudah diatur oleh Tuhan untuk hidupnya.

"Hanya Tuhan yang mengetahuinya. Jadi saya tidak kisah apa saja pandangan orang pada diri ini. Bagi saya apa yang paling utama kini adalah menjaga maruah keluarga serta nama baik suami.

"Saya juga sudah melupakan apa yang berlaku dan sekarang mengharapkan perjalanan kehidupan lebih lancar dan diredai Tuhan. Harapan saya juga hanya mahu maju dalam karier dan kehidupan," katanya.

Tak lekang mengukir senyum di bibir, Nina yang tampak makin berisi dan berseri juga dilihat amat bersedia berhadapan dengan media dan menjawab segala soalan ditujukan padanya.

Padanya, sebagai seorang insan seni sudah pasti coretan kisah terbarunya ingin diketahui. Apatah lagi dengan apa yang sudah berlaku dan Nina melihat itu semua takdir hidupnya.

Hadir majlis kerana diundang

Di kala kisah pernikahannya masih hangat dibicara, sukar untuk menjejaki Nina. Pun begitu sebaik saja semuanya berakhir, Nina dan juga su­ami dilihat cukup mempunyai masa menghadiri majlis hiburan.

Berbicara mengenai dakwaan dia cuba mendapatkan publisiti mudah dengan cara menghadiri majlis hiburan dianjurkan, Nina menyangkal tegas semua itu. Katanya kehadirannya bersama suami pada setiap majlis dianjurkan kerana mereka memang diundang sebagai tetamu.

"Saya seorang yang takkan hadir dalam mana-mana majlis sekiranya tidak diundang. Bagaimanapun macam majlis sidang media Anugerah Blockbuster ini, saya hadir kerana diundang penganjur.

"Ditambah lagi, ada kelapangan masa. Jadi tiada salahnya untuk saya dan suami hadir ke majlis ini sebagai tanda sokongan kami dan berterima kasih dengan undangan diberikan.

"Selain itu, saya juga tidak sangka diri turut tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Blockbuster 2 menerusi lakonan dipersembahkan dalam filem Baik Giler yang juga dibintangi oleh Zizan Razak (Raja Lawak) dan Awie," katanya.

Justeru, menyentuh soal harapan kemenangannya, Nina berkata, kalah atau menang adalah adat pertandingan. Ujarnya, lagi pun dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.

Baginya, sudah dicalonkan pada peringkat awal ini pun sudah besar rahmat dan kesyukuran buatnya. Jadi jika berpeluang menang pula semestinya ia dilihat sebagai satu bonus.

Apapun, selain sedia berlakon untuk produksi lain, Nina juga memaklumkan dia akan aktif membintangi drama diterbitkan produksi miliknya sendiri, Tripix Studios Sdn Bhd yang diusahakannya bersama suami tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02

Soseh Soseh: Naik angin di salun rambut

Posted: 02 May 2013 05:02 AM PDT

Macam susah saja SS hendak percaya cerita kawan sepejabat ini apabila dia mengadu mengenai perangai diva seorang artis ini.

Apa tidaknya, sepanjang SS kenal artis wanita itu, dia langsung tidak menampakkan sikap bongkaknya itu. Jauh sekali dia berlagak diva.

Namun cerita yang disampaikan kawan SS ini memang lain benar bunyinya. Gosip bermula apabila kawan SS yang sememangnya kaki melaram berkunjung ke sebuah salun kegemarannya untuk mendandan rambut.

Sedang asyik rambut kawan SS dipicit-picit dengan buih syampu, muncul satu kelibat ke dalam salun itu. Rupanya dia seorang artis yang melangkah masuk bagaikan permaisuri namun dengan wajah yang marah.


Menurut kawan SS, sudahlah muka artis itu mencuka dia nampak macam memberontak.

Dengan tidak semena-mena artis itu menghempaskan beg tangan berjenama mewahnya ke atas meja di sebelah kawan SS duduk itu.

Mahu tidak terkejut beruk jadinya kawan itu. Tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba artis naik angin!

Lantas, muncul pemilik salun cuba menenangkan keadaan dan memujuk aktres itu yang dia akan dilayan serta-merta. Apabila sudah tegang begitu, mangsanya adalah pekerja yang sedang mencuci rambut kawan SS tadi.

Apa yang membuatkan kawan SS tadi bengang adalah kepalanya yang masih penuh dengan buih syampu itu terpaksa ditinggalkan lama gara-gara kena melayan artis itu.

Kalau ikutkan hati memang kawan SS hendak 'bahasakan' artis itu tetapi memikirkan pelanggan lain, dia diamkan saja dan bersabar.

Sepanjang berada dalam salun itu, artis itu juga tidak henti-henti mengarahkan orang lain membuat itu dan ini.

Sebaik saja artis itu selesai cuci rambut dan berlalu pergi, barulah pemilik salun itu cakap dia akan mengamuk kalau kedatangannya tidak disambut. Begitulah halnya gelagat artis zaman sekarang yang membuatkan orang jadi menyampah.

SS: Orang bersabar selalunya insan yang lebih beriman.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


BADI MANTERA

Posted: 02 May 2013 02:30 PM PDT

"Saya melakukan adegan itu atas arahan produser dan pengarah. Kata mereka, pelakon perlu berani berlakon apa jua cabaran diberikan," kata pelakon pembantu yang hanya dikenali sebagai Farah.

Menurutnya, dia tidak menyangka dan terkejut apabila diminta pengarah melakonkan adegan membaca mantera sehingga memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dirinya. "Penggambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah," katanya.


Sebagai bakat baru, Farah pasrah menempuh dugaan melakonkan adegan terbabit. Namun, dia terpaksa menanggung akibat apabila sering menangis, badan lemah dan menggeletar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Mayat reput tepi sungai

Posted: 02 May 2013 02:29 PM PDT

Mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel ditemui hampir reput di tepi Sungai Langat di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Taman Permata di sini, semalam.

Difahamkan, mayat lelaki malang itu ditemui beberapa penduduk jam 10.30 pagi selepas terhidu bau busuk ketika melalui kawasan berkenaan.


Penduduk yang ingin tahu punca bau itu membuat pemeriksaan sekitar kawasan sebelum menemui mayat separuh reput tanpa seurat benang dalam keadaan telentang.

Malah, kepala mayat lelaki terbabit turut terbenam di dalam lumpur.


Seorang penduduk kampung kemudian memaklumkan penemuan mayat itu kepada anggota polis di Balai Polis Dengkil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Pelapis lebih menyerlah

Posted: 02 May 2013 02:32 PM PDT

Pemain pelapis bimbingan Hendrawan lebih menyerlah pada GP Emas Terbuka Malaysia apabila dua daripada tiga perseorangan lelaki negara yang beraksi di suku akhir semalam, mara ke separuh akhir, kejohanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Goh Soon Huat, 23, lebih dulu menempah tempat ke separuh akhir selepas menang ke atas pemain berpengalaman Hong Kong, Chan Yan Kit 21-17, 21-15.


Sebelum itu pada pusingan ketiga sebelah pagi, dia mengejutkan pemain nombor dua Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18, 21-13.

"Ini pencapaian terbaik saya di kejohanan peringkat senior. Sebelum ini saya hanya melangkah ke suku akhir di GP Emas Terbuka India, tahun lalu," kata Soon Huat.


"Saya harap dapat ke final kerana saya beroleh keyakinan tinggi sepanjang menyertai kejohanan ini selepas kali pertama mengatasi Tanongsak, iaitu pemain ranking tertinggi pernah saya atasi," kata Soon Huat selepas mengenai kemenangan ke atas pemain nombor 25 dunia Thailand.


Iskandar Zulkarnain pula menang ke atas pemain India, RMV Gurusaidutt.

Hari ini dia akan berdepan Soon Huat, dengan satu slot final pasti menjadi milik Malaysia.


Begitupun Liew Daren kecundang kepada pemain muda China, Chen Yueken 10-21, 20-22, sekali gus tiada perseorangan elit negara beraksi di separuh akhir kali ini.

"Pada awalnya saya tidak dapat membaca permainannya, malah dia menang setiap permainan saya. Namun saya melakukan kesilapan mudah pada set kedua ketika saya sudah yakin untuk menang," kata Daren.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Naim perlu timbang semula hasratnya

Posted: 02 May 2013 12:32 PM PDT

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab meminta Datuk Naim Mohamad menimbang semula hasratnya untuk meninggalkan badan induk berbasikal negara itu.

Naim yang menjadi Timbalan Presiden PKBM melahirkan hasratnya untuk meninggalkan persatuan terbabit apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 2015, setahun sebelum berlangsung temasya Olimpik Rio di Brazil dengan skuad trek negara menjadi sandaran meraih emas pertama negara.


Abu Samah menjelaskan Naim dilihat sebagai antara calon pengganti dirinya selepas beliau sendiri turut meluahkan hasrat meninggalkan pucuk pimpinan persekutuan terbabit apabila mula mengisi jawatan terbabit sejak 1990.

"Memang saya mahu meninggalkan PKBM apabila tamat penggal ini. Bukan tiada orang lain yang mampu mengambilalih, namun Naim salah seorang yang berkemampuan kerana sudah lama menjadi orang nombor dua dan memahami apa diperlukan untuk melonjakkan persekutuan ke tahap lebih tinggi.


"Bukan tidak boleh digantikan dengan orang baru namun ia mungkin mengambil masa dalam membentuk individu terbabit. Masih terdapat masa panjang (sehingga 2015), jadi saya berharap beliau dapat mengubah hasratnya itu dan seandainya ia berlaku (mengubah fikiran) kami akan menerimanya dengan hati terbuka," kata Abu Samah.


Naim kelmarin menekankan hasratnya untuk tidak lagi bersama PKBM selepas penggal 2012-2015 berakhir.

Naim berkata usaha yang dilakukan untuk membawa balik pingat emas Sukan Olimpik 2012 terpaksa diba yar dengan harga mahal apabila turut menjejaskan tahap kesihatannya termasuk perlu menjalani pembedahan jantung, angioplasty. Beliau sebelum ini turut meletak jawatan sebagai pengurus skuad trek negara selepas kegagalan meraih pingat emas di London atas rasa tanggungjawabnya.


Ketiadaan Naim dalam mengurus skuad trek negara mencetuskan beberapa insiden menggemparkan di Kejohanan Lumba Basikal Asia (2012) di India baru-baru ini yang membabitkan isu seperti lagu NegaraKu dan menu makanan atlet bersaing.

Abu Samah berkata PKBM kini berada dalam landasan tepat dalam membangunkan sukan terbabit termasuk mendapat kerjasama penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi lain dalam merealisasikan impian membina velodrom tertutup pertama negara yang dijadualkan siap sebelum Olimpik Rio.


"Saya memahami beliau mungkin mempunyai komitmen seperti individu lain, namun saya berharap hasratnya itu dapat dipertimbangkan semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved