Ahad, 23 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kanser kedua ancam nyawa

Posted: 23 Jun 2013 09:07 AM PDT

Kanser pangkal rahim adalah kanser kedua yang sering mengancam nyawa wanita. Malah statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kira-kira 250,000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat kanser serviks di seluruh dunia.

Mengikut data yang dikeluarkan WHO, kematian berpunca daripada kanser pangkal rahim dijangka meningkat sehingga 320,000 orang pada 2015 dan 435,000 orang pada 2030.

Ia juga menjangkakan 80 peratus kematian boleh berlaku di negara membangun di mana kawasan itu juga kini mencatatkan angka membimbangkan membabitkan kematian akibat kanser dalam kalangan wanita.

Lebih membimbangkan, kanser pangkal rahim menyebabkan kematian seorang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.

Foto

DUTA May, pelakon Tiz Zaqyah turut mengambil suntikan vaksin HPV.

Foto

Virus HPV.


Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser serviks setiap tahun. Kanser serviks menyumbang enam peratus daripada jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita.


Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payu dara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tidak kira usia dan latar belakang keturunan.

Risiko berhadapan dengan kanser terbabit meningkat seiring usia tetapi selalunya lebih terdedah dalam kalangan mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun. Biarpun begitu, langkah pencegahan lebih penting berbanding usaha untuk merawatnya.

Antara cara berkesan adalah meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita untuk bertindak sekarang dan melakukan pencegahan supaya tidak termasuk dalam kategori penghidap kanser pangkal rahim.

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, disebabkan kanser pang­kal rahim biasa menyerang wanita Malaysia terutama yang masih muda, penting untuk mendidik mereka mengenai kepentingan memahami kanser berkenaan.

Katanya, melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara rutin, kanser pangkal rahim ­dapat dikesan lebih awal, ­seterusnya membantu seseorang ­menjalani rawatan sebelum terlewat dan peratusan pemulihan juga lebih ­tinggi.

"Pendidikan untuk memupuk kesedaran mengambil vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan ujian Pap smear mampu membuat perubahan yang besar.

"Kanser ini mudah ditemui pada peringkat awal, justeru pe­ngesanan awal dapat membantu menyelamatkan nyawa wanita. Ketika ujian Pap smear baru diperkenalkan, jumlah wanita yang menghidap kanser pangkal rahim jatuh mendadak sehingga 70 peratus.

"Ujian mudah itu perlu dilakukan secara rutin dan di negara ini, setiap klinik mampu melakukannya," katanya pada majlis kerjasama antara jenama mandian, May dengan NCSM, baru-baru ini dalam usaha meningkatkan kesedaran wanita terhadap kanser pangkal rahim.

Menurut Saunthari, ketika ini hanya 35 peratus wanita yang melakukan ujian Pap smear dan kebanyakan mereka hanya melakukannya sekali seumur hidup sedangkan keadaan itu harus diubah segera bagi menyelamat­kan nyawa ramai wanita.

Biarpun semua wanita berisiko mendapat kanser pangkal rahim, ia mudah dielak dan dirawat sekiranya langkah pencegahan diambil atau dikesan lebih awal.

"Biarpun ia sebenarnya satu penyakit yang boleh mengancam nyawa, masih ada ramai wanita yang malu memperkatakannya," katanya.

Ketua Pusat Pengesanan Kanser Wanita NCSM, Dr Dalilah Kamaruddin berkata, kanser pang­kal rahim berpunca daripada virus HPV dan ia boleh berlaku kepada sesiapa saja manakala lelaki boleh menjadi pembawa kepada virus itu.

Gaya hidup bebas dalam kalangan segelintir wanita yang bertukar pasangan bagi menjalinkan hubungan intim, boleh mendedahkan mereka kepada risiko mendapat barah pangkal rahim.

Selain penyakit kelamin, kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan alat sulit, menjalin hubungan seks dengan ramai pasangan, memulakan hubungan seks pada usia muda dan merokok juga boleh menjadi penyumbang kepada penyakit kanser berkenaan.

"Setiap tahun, ada 300 kes baru bagi kanser pangkal rahim dan di Asia Pasifik, setiap empat minit seorang wanita meninggal dunia akibat penyakit itu. Separuh daripada jumlah wanita yang dikesan menghidap kanser pangkal rahim pula akan mati akibat penyakit berkenaan.

"Di Malaysia, wanita berbangsa Cina mencatat kes tertinggi bagi penghidap kanser pangkal rahim iaitu 20 pesakit bagi setiap 100 orang, berbanding bangsa
lain. Namun ia sebenarnya disebabkan kesedaran yang lebih tinggi untuk menjalani pemeriksaan pengesanan serta kerelaan mereka mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut Dr Dalilah, kanser pang­kal rahim bukan berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaliknya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menjadi penyakit yang membunuh wanita.

Katanya, risiko selalunya muncul pada usia 30 tahun dan tempoh puncaknya apabila wanita mencapai usia sekitar 65 hingga 69 tahun.

"Biarpun HPV sememangnya ada dalam kalangan manusia tetapi 80 peratus daripadanya akan bertukar menjadi kanser, dengan jenis HPV 16 serta HPV 18 paling biasa berlaku.

"Bagi mereka yang sering terkena jangkitan pada bahagian sulit, perlu lebih berhati-hati untuk menjalani ujian kerana 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hidup mereka. Ia selalunya dibersihkan oleh tubuh, namun ia mungkin masih tinggal dalam tubuh sekiranya jangkitan sering berlaku.

"Apatah lagi bagi mereka yang sering bertukar pasangan, golo­ngan ini perlu lebih mengambil berat untuk menjalani pemeriksaan terutama sekiranya wujud rasa sakit ketika hubungan kelamin atau berlaku pendarahan.

"Bagi wanita berusia yang sudah kematian pasangan mereka selama beberapa tahun, mereka masih perlu menjalani ujian Pap smear kerana virus HPV boleh hidup dalam jangka lama di dalam tubuh dan mencapai kemuncaknya selepas tempoh tertentu," katanya.

Dr Dalilah berkata, selain secara seksual, kuman HPV merebak melalui ibu kepada anak iaitu ketika proses kelahiran, pakaian dalam tidak bersih, sarung tangan pembedahan doktor serta forsep biopsi yang tercemar dengan HPV.

Katanya, virus itu me­ngambil masa antara 10 hingga 20 tahun untuk berkembang. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap smear bagi mengesannya sebelum ia merebak atau mengambil suntikan vaksin HPV.

"Sekali terkena HPV, mung­kin badan boleh membersih­kan virus itu tetapi sekiranya berkali-kali dan ketika sistem pertahanan tubuh lemah, ia boleh mendedahkan seseorang kepada kanser pangkal rahim.

"Ada tiga jenis ujian Pap smear yang boleh dilakukan tetapi minta doktor jalankan ujian lebih khusus iaitu HPV DNA yang lebih tepat untuk mengesan risiko seseorang terdedah kepada kanser berkenaan," katanya.

Apa itu ujian Pap smear?

Ujian Pap smear dilakukan bagi mengesan sebarang keganjilan pada pangkal rahim seperti sel sebelum kanser. Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan pang­kal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji. Wanita digalakkan menjalani ujian itu setiap tahun bagi mengesan kanser pada pering­kat awal bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Simptom kanser pangkal rahim:

  • Pendarahan ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarahan pada pertengahan bulan
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Rasa pedih ketika membuang air kecil

    Wanita berisiko:

  • Mempunyai lebih daripada seorang pasangan
  • Mula aktif hubungan seks sebelum usia 18 tahun
  • Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorea, chlamydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok

    Fakta kanser pangkal rahim

  • Berlaku apabila sesetengah sel dalam tubuh tidak berfungsi dengan betul, sel membahagikan diri terlalu cepat atau mengeluarkan terlalu banyak tisu yang kemudiannya membentuk ketumbuhan.
  • Selalunya ia memakan masa bertahun-tahun ­untuk sel normal di bahagian pangkal rahim bertukar menjadi kanser, tetapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh berlaku hanya dalam tempoh yang singkat.
  • Vaksin HPV disarankan diberikan kepada kanak-kanak perempuan berusia antara 13 tahun hingga wanita dewasa berusia 26 tahun. Jika doktor mempunyai alasan kukuh, ia juga boleh diberikan seawal usia sembilan tahun.
  • Vaksin diberikan menerusi tiga suntikan dalam tempoh enam bulan. Ia perlu diberikan sebelum berlaku hubungan seksual atau sebelum terkena virus HPV.
  • Namun, vaksin berkenaan mungkin tidak cukup untuk melindungi semua orang. Justeru, pemeriksaan rutin dengan doktor perlu dilakukan.
  • Virus HPV belum ada penawar dan satu-satunya cara terbaik mengelak diri daripada terkena virus itu adalah dengan mengelak hubungan seks secara bebas.
  • Ujian Pap smear perlu dimulakan pada usia 21 tahun. Bagi mereka yang mendapat keputusan negatif atau tiada sejarah ujian Pap smear tidak normal, perlu meneruskan pemeriksaan setiap tiga tahun.
  • Kanser pangkal rahim adalah jenis kanser paling biasa menyerang wanita United Kingdom yang berusia 35 tahun ke bawah. Sejak 10 tahun lalu, ia meningkat secara mendadak sehingga 15 peratus dan menyerang wanita berusia lewat 20-an di negara berkenaan.
  • Ia juga kanser paling biasa berlaku dalam kalangan wanita di negara Afrika Selatan dan Amerika Tengah.
  • Dua pertiga wanita yang menghidap kanser ­pangkal rahim hidup selama lima tahun atau lebih.
  • Wanita yang mempunyai ibu atau saudara perempuan yang menghidap kanser pangkal rahim mempu­nyai risiko lebih tinggi menghidap kanser ini.
  • Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, satu daripada 28 wanita berbangsa Cina terdedah kepada risiko kanser pangkal rahim manakala satu daripada 34 wanita India berisiko dan satu daripada 80 wanita Melayu terdedah kepada kanser terbabit.
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 41 peratus wanita di negara membangun mendapat rawatan yang diperlukan untuk menyelamat­kan nyawa mereka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23
  • Manfaat bahan semula jadi

    Posted: 23 Jun 2013 08:59 AM PDT

    Kita mungkin kurang mengambil tahu tetapi pelbagai bahan di sekeliling kita yang lazimnya didapati di dapur boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

    Antara bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan termasuk:

    Jus kranberi

    Buah kranberi me­ngandungi bahan yang mampu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding saluran kencing dan sudah terbukti mampu membantu mencegah jangkitan saluran itu. Namun, pilih ekstrak kranberi berbentuk serbuk yang dicampurkan dengan air atau cairkan jus sedia ada dengan air yang banyak bagi mengelak minum jus yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

    Avokado

    Pengambilan avokado baik untuk merawat masalah kulit kering kerana ia kaya dengan lemak tidak tepu dan vitamin E. Kedua-dua zat itu membantu mendapatkan kulit yang sihat. Campurkan ia dalam salad dan minuman.

    Daun rosemary

    Ada kajian mengatakan menghidu daun rosemary boleh meningkatkan daya memori dan juga kepekaan. Menurut kajian itu, menghidu daun berkenaan sebelum masuk ke bilik peperiksaan atau mesyuarat mampu membuatkan seseorang lebih fokus.

    Air kosong

    Minum air yang banyak mampu merawat migrain teruk, ini kerana kurang minum air boleh menyebabkan kepala mula berdenyut. Jika rasa terlalu sakit kepala, tutup mata, baring dan tarik nafas dalam-dalam bagi mempercepatkan sakit lega.

    Minyak pudina

    Sakit kepala boleh dirawat dengan menyapu minyak pudina atau minyak bunga putih pada bahagian dahi dan kepala. Ia mengandungi mentol yang mempunyai bahan menenangkan.

    Bawang putih

    Menambah bawang putih mentah atau dimasak ke dalam hidangan makanan mampu meningkatkan imuniti tubuh, seterusnya me­ngekalkan kesihatan kerana ia mengandungi bahan antivirus dan antibakteria.

    Halia

    Minyak halia sudah lama digunakan bagi mengurangkan masalah sesak dada dan hidung tersumbat. Halia yang dihiris boleh dimasukkan dalam cawan yang mengandungi air mendidih dan direndam selama 10 minit sebelum diminum.

    Teh oolong

    Kajian mendapati penghidap penyakit kulit ekzema yang minum teh oolong tiga kali sehari mampu mengurangkan simptom penyakit itu termasuk kegatalan melampau. Ini kerana ia mengandungi bahan dikenali sebagai poliphenol yang banyak membantu merawat kulit.

    Buah berangan

    Ekstrak buah berangan boleh digunakan sebagai bahan untuk merawat urat tersimpul yang selalunya merosakkan penampilan pada bahagian kaki. Kajian mendapati ia mampu menguatkan urat dan mengurangkan bengkak.

    Ikan

    Jika mengalami masalah mata kering, banyakkan makan ikan salmon, sardin dan kembung yang mempunyai kandungan tinggi asid Omega 3 yang turut digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan air mata.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Mandi buih awal pagi

    Posted: 22 Jun 2013 08:00 AM PDT

    Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.

    Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.


    Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.


    "Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan.


    "Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam," katanya.

    Foto

    PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih.

    Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.


    "Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.

    "Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya.


    Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama.


    Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.


    Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.


    "Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Mungkin mati tak cukup tidur

    Posted: 22 Jun 2013 07:23 AM PDT

    Los Angeles: Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar.

    Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. "Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama," katanya.


    Czeisler memberi keterangan itu dalam saman dikemukakan keluarga Raja Pop berkenaan yang menuntut syarikat penganjur konsert, AEG Live, membayar pampasan £26 bilion (RM128.5 bilion).

    Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.


    Doktor peribadi Michael, Conrad Murray - yang digaji AEC - didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara. Mahkamah semalam turut diberitahu, pengambilan sesetengah ubat menyebabkan pengambilnya tidak mendapat tidur semula jadi dan dalam keadaan tertentu, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan koma. Czeisler juga berkata, kegagalan Michael melakukan langkah baru tarian serta mengingati lirik lagunya juga disebabkan masalah tidak cukup tidur. "Petugas memberitahu, Michael kehilangan berat badan, paranoid dan ia adalah petanda seseorang yang tidak mendapat tidur sempurna," katanya. Czeisler berkata, kekurangan tidur kemungkinan besar disebabkan pengambilan ubat penahan sakit propofol. Bagaimanapun, keterangan Czeisler itu dibuat dengan hanya bergantung kepada keterangan dikemukakan peguam plaintif. Dia juga mengaku tidak melihat keterangan sebenar daripada kes itu, termasuk kenyataan daripada beberapa eksekutif AEG Live yang tidak melihat sebarang petanda luar biasa pada Michael.


    Untuk mengkaji kes itu, Czeisler dibayar AS950 (RM3,043) sejam. - The Sun

    Foto

    Michael Jackson

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

    Dua bangunan runtuh dalam satu malam

    Posted: 22 Jun 2013 07:11 AM PDT

    Mumbai: Sebuah bangunan tinggal runtuh semalam, membunuh lima orang dalam insiden kedua seumpamanya dalam tempoh semalaman yang mendedahkan tahap pembinaan kurang bermutu di pusat kewangan di India.

    Bangunan usang di kawasan pasar sibuk di pinggir Dahisar itu sudah dikosongkan sejak dua tahun lalu, tetapi penjaja sayur-sayuran tempatan menggunakannya sebagai tempat untuk berteduh pada waktu malam, kata pihak berkuasa.


    Jurucakap polis berkata, sehingga petang semalam lima orang disahkan dan pihak berkuasa masih menunggu maklumat lanjut.

    Ahli parlimen tempatan, Vinod Ghosalkar berkata, bangunan itu sudah dibiarkan kosong apabila ia diisytiharkan berbahaya oleh pihak berkuasa tempatan.


    Bagaimanapun, pembangunan semula terhalang apabila berlaku pertikaian mahkamah membabitkan pemilik dan penyewanya. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Darurat di Muar, Ledang

    Posted: 22 Jun 2013 11:41 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar setakat jam 11 pagi tadi menurun tetapi masih berada pada paras amat berbahaya iaitu pada 690.

    Pada jam 7 pagi tadi, IPU di daerah itu yang sudah diisytiharkan kawasan darurat mencatat bacaan IPU 746.

    Selain Muar, Ledang juga sudah diisytiharkan kawasan darurat.

    Sementara itu, IPU Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat peningkatan masing-masing 415 dan 428, juga melebihi paras bahaya.


    Bacaan IPU di dua bandar itu pada 7 pagi tadi masing-masing 357 dan 334.


    Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya

    Setakat 11 pagi, sebanyak 2 kawasan mencatat IPU berbahaya, 17 tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

    IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23

    Padah ingin kongsi cerita

    Posted: 22 Jun 2013 08:36 AM PDT

    Kuala Lumpur: Mulanya sekadar mahu berkongsi cerita, pengalaman dan perjalanan kehidupan harian dengan kawan rapat dan 'pengikut' setia laman sosial. Bagaimanapun, apabila mereka secara sengaja atau tidak memuat naik aksi terlampau dan sama ada klip video atau gambar seksi, ia dengan cepat tersebar meluas di alam maya.

    Itulah padah diterima beberapa artis dan selebriti tempatan yang terpalit dengan kontroversi selepas mempromosikan diri di beberapa laman sosial terutama Facebook, Twitter dan terbaru, Keek.

    Tindakan itu ternyata mengaibkan diri sendiri apabila gambar dan video mereka yang terlalu peribadi dan tidak sesuai ditonton secara terbuka dimuat naik pula ke laman sosial lain, blog dan media massa.

    Antara artis yang terbabit dengan kontroversi ini ialah Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Zarina Anjoulie.


    Sakinah dihentam kerana klip videonya yang dimuat naik ke laman sosial Keek seakan mengejek dan mempermainkan individu lain. Nabila Huda pula terpalit dengan video separuh bogelnya dimuat naik ke laman sosial sama manakala Zarina Anjoulie kerana pelbagai gambar seksi dan tidak senonoh miliknya sering dipaparkan di Facebook.

    Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Imbuhan KBS

    Posted: 22 Jun 2013 07:02 AM PDT

    Kota Bharu: Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan atau bantuan kerajaan secara terus kepada persatuan bola sepak negeri tanpa melalui mana-mana badan.

    Menurut Annuar, ia langkah terbaik bagi memastikan bantuan terus sampai kepada persatuan bola sepak negeri.


    Katanya, andai peruntukan sampai secara langsung dan mengikut kadar ditetapkan, ia membolehkan persatuan negeri membangunkan program bola sepak.

    "Akibat peruntukan tidak diterima, kurang program pembangunan pemain muda sekali gus menjadi faktor utama bakat mereka tidak dapat dikembangkan.


    "Saya yakin andai peruntukan kerajaan sampai terus kepada persatuan bola sepak negeri, kita boleh lakukan pembangunan dengan pesat terutama terhadap pemain muda," katanya pada sidang media selepas Majlis Meraikan Pemain Belia Kelantan yang berjaya menjadi naib juara dalam kejohanan Piala Belia 2013, di sini, semalam. Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor, Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim dan jurulatih belia Kelantan Tengku Hazman Raja Hassan. Belia Kelantan muncul Naib Johan Kejohanan Piala Belia 2013 di Kuantan, Pahang 8 Jun lalu, selepas tewas kepada Selangor, 1-2.


    Menurut Annuar, beliau sudah mengemukakan cadangan itu kepada KBS dan berharap dapat mempertimbangkan usul itu demi pembangunan bola sepak negara.

    Foto

    ANNUAR (tengah) beramah mesra dengan pemain belia Kelantan.

    Katanya, KAFA banyak melakukan usaha pembangunan bola sepak akar umbi termasuk menubuhkan Akademi Red Warriors Al-Hamra (ARMY) pada 2011.


    "Mutu pemain muda kita jauh ketinggalan berbanding negara lain akibat kurangnya pendedahan terutama dalam aspek kemahiran teknikal. "Andai pembangunan bola sepak negara dilakukan di peringkat akar umbi, saya yakin pembangunan dapat dibangunkan untuk jangka masa panjang," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

    Bolt bergaya ungguli ujian kelayakan

    Posted: 22 Jun 2013 06:57 AM PDT

    Kingston: Pemegang rekod dunia dan juga juara Olimpik, Usain Bolt mempamerkan aksi bergaya menjuarai 100m ujian kelayakan kejohanan dunia Jamaica.

    Bolt memintas Nickel Ashmeade pada jarak 50 meter dan mencatat 9.94 saat selepas memecut pada 10 meter terakhir.


    Catatan di bawah 10 saat itu yang ke-35 sepanjang karier.

    "Seronok kerana menang, saya tidak bimbangkan masa kerana mempunyai masa sebulan untuk bersedia ke Russia," kata Bolt.


    "Permulaannya tidak sempurna tetapi fasa pecutan lebih baik berbanding ketika saya tewas kepada Justin Gatlin," kata juara dunia 2009 itu selepas jurulatih, Glen Mills menasihatinya supaya berlari hanya untuk memenangi perlumbaan.


    Kemar Bailey-Cole memenangi tempat kedua dengan 9.98s manakala Ashmeade yang mara ke final 200m pada kejohanan dunia 2011, menduduki tempat ketiga, 9.99s.

    Agak mengejutkan kerana bekas pemegang rekod dunia Asafa Powell gagal memberi cabaran sengit dalam tiga perlumbaan berturut-turut apabila hanya menduduki tangga ketujuh dengan catatan 10.22s.


    Bolt mengasihani nasib Powell yang bergelut untuk pulih daripada kecederaan hamstring.

    "Banyak yang dilalui Asafa musim ini dan saya terkejut kerana dia menyertai sesi kelayakan itu," kata pemenang enam pingat emas Olimpik itu.


    Pemenang dua pingat perak Olimpik, Yohan Blake akan menjadi pelari keempat Jamaica dalam pasukan 100m lelaki Jamaica kerana menjadi juara dunia bertahan. - Reuters

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved