Khamis, 20 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kulit kusam tak bermaya

Posted: 13 Jun 2013 11:23 AM PDT

Sudah menjadi keutamaan bagi pengantin perempuan kelihatan jelita di hari perkahwinan.

Untuk kelihatan lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi warna merah jambu jika memiliki kulit cerah dan merah mawar jika berkulit gelap.

Bagi gincu, pilih warna cerah dan terang terutama jika mengenakan baju pengantin berwarna putih kerana warna coklat akan membuatkan wajah kelihatan pucat.

Bahagian mata juga perlu diberi keutamaan dan bagi menyerlahkan gaya, solekan mata smokey boleh digunakan dengan lakaran pembayang mata warna hitam pada alis mata atas dan sedikit pada bahagian bawah mata. Sederhana tetapi cukup dramatik.

Foto

WAJAH sebelum memakai mekap.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

BENTUKKAN bibir dan pakaikan gincu mengikut warna diingini. Kemudian sapukan pengilat bibir sebagai penyeri solekan.

Foto

GAYA solekan menarik untuk bakal pengantin.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

SAPUKAN penyamar cela di bahagian bawah mata. Kemudian sapukan penyerlah pada zon T wajah dan tambahkan bedak kompak.

Foto

RATAKAN bedak yang dioles menggunakan berus besar dengan gerakan membulat agar ia lebih sekata. Kemudian sapukan bedak debu di bawah mata untuk mengelak debu pembayang mata merosakkan mekap.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.


Di samping solekan untuk tampil menawan pada hari perkahwinan, mempelai perlu bijak memilih busana serta saling melengkapi warna kulit dan bentuk badan.


Oleh itu penting bagi bakal pengantin menjaga kulit kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan tubuh badan mereka. Sekiranya kulit kusam dan tidak bermaya, ini akan menjejaskan penampilan sebagai raja sehari.

Tip solekan pengantin

  • Pengantin boleh menggunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. Kening menjadi fokus utama pada wajah oleh itu ia perlu sentiasa kelihatan kemas.
  • Pastikan alat solek digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata bagi memastikan ia tidak luntur atau comot disebabkan peluh atau air mata.
  • Pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna tanah seperti coklat dan gangsa.
  • Pastinya solekan pengantin atau apa jua majlis tidak lengkap tanpa bulu mata palsu. Bulu mata palsu boleh dipakai tetapi perlu memilih saiz dan bentuk bulunya yang tidak keterlaluan atau aneh. Pilih bentuk normal yang bersesuaian dengan saiz mata.
  • Bagi membolehkan solekan tahan lama, sebelum memakai bedak asas, basahkan span agar lembap. Kemudian ratakan secara tekap berulang kali pada muka dan pastikan ia sekata. Oleskan bedak debu dan ratakan menggunakan berus besar mengikut arah jam.

    Terima kasih:

  • Tatarias: Zalina Yaakob
  • Lokasi dan busana: Tressour - www.tressour.blogspot.com (03-61854558)
  • Model: Za Nabhan Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
  • Siti Alwani tak mudah mengalah

    Posted: 12 Jun 2013 05:11 AM PDT

    Jatuh bangun dalam dunia perniagaan sudah menjadi perkara biasa, namun paling penting untuk sentiasa bangkit daripada kejatuhan.

    Jangan sesekali mengalah kerana perniagaan sememangnya bidang yang dipenuhi dengan pelbagai risiko. Sekiranya ingin berjaya, tunjukkan kesungguhan dan berusaha hingga memperoleh keputusan memberangsangkan.

    Begitulah yang menjadi pegangan pemilik butik Keluargaku Sayang, Siti Alwani Idros, 45, yang memulakan bisnesnya dengan hanya bermodalkan RM300.

    Malah, lokasi gerai hanya di halaman rumah sendiri dengan berniaga peralatan menulis menggunakan jenama popular Barbie.


    Lokasi rumahnya yang berdekatan dengan sekolah dan tadika serta berhadapan dengan pangsapuri memudahkan perniagaannya terus berkembang.


    "Pada mulanya saya berniaga sekadar suka-suka dan mensasarkan kanak-kanak memandangkan produk yang dijual lebih kepada kelengkapan persekolahan seperti bekas pensel, buku nota, pen dan aksesori.

    "Harga ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak," katanya ditemui di kedainya di Ampang Park, baru-baru ini.

    Untuk memperluaskan perniagaannya, dia turut mengikuti karnival yang diadakan di sekolah dan sambutan diberikan amat menggalakkan.

    Anaknya turut membantu membuat promosi kepada rakan di sekolah dan ia sedikit sebanyak menjadikannya perniagaannya popular.

    "Minat berniaga dalam diri tidak pernah padam dan saya tidak kisah bermula dari bawah kerana ia memberi pelbagai pengalaman bermakna.

    "Ketika itu, saya hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan kerana ada kerjaya tetap, justeru ia harus dilakukan mengikut kelapangan," katanya.

    Kemudian, dia mula mengorak langkah lebih luas dengan menyertai karnival di kilang, tetapi masih menjual produk yang sama iaitu barangan berasaskan jenama Barbie.

    Hasil diperoleh amat memberangsangkan, bayangkan dalam masa dua hari berada di sana setiap produk yang dipamerkan laris bagai pisang goreng panas.

    Hinggakan beg pameran yang dibawa turut dijadikan barangan jualan kerana permintaannya juga tinggi.

    "Sebagai peniaga kita tidak boleh membezakan barangan yang dijual. Sama ada berjenama ataupun tidak ia masih mendapat permintaan daripada pengguna sekiranya proses pemasaran yang dilakukan berkesan.

    "Saya tidak pernah beranggapan barangan yang dijual selama ini tidak memiliki kualiti kerana ia perlu disesuaikan dengan sasaran pelanggan. Kebanyakannya golongan sederhana dan ia pasti memberikan mereka lebih banyak pilihan berbanding barangan berjenama lain," katanya.

    Ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui, tidak mudah untuk berjaya dan terus bertahan terutama dengan pelbagai cabaran dan persaingan kini.

    Menariknya, dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman perniagaan dan hanya bergantung kepada duit pusingan modal bagi menambah barangan jualan.

    Selama enam tahun menjadikan jualan secara langsung sebegitu sebagai proses pemasaran utama, kini dia memiliki kedai bagi memberikan sedikit kelainan.

    "Mungkin disebabkan kudrat sedia ada tidak lagi segagah dulu yang boleh mengangkut barangan jualan, saya mula memilih bentuk jualan yang lebih santai.

    "Ia tidak banyak menggunakan tenaga dan hanya perlu memastikan kedai tersusun. Tetapi saya dapati ia tidak memberikan kepuasan berniaga kepada saya, malah situasi berniaga kurang rancak," katanya.

    Cabaran dihadapi apabila mengendalikan butik amat berbeza kerana jika sebelum ini dia sendiri bertindak mencari pelanggan, tetapi apabila memulakan operasi butik sistem jualannya berbeza.

    Dia yang pernah membuka dua butik di tempat berlainan sebelum ini me­ngakui tidak mudah untuk mengendalikan butik kerana ia bergantung kepada kunjungan pengunjung.

    "Saya pernah berhadapan dengan barangan jualan tidak mendapat sambutan. Walaupun sedih, saya teruskan juga berniaga seperti biasa bagi mengurangkan kerugian.

    "Bagi pemilik butik, jualan bergantung kepada kunjungan dan belian pe­ngunjung yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan diri. Tetapi saya masih mahu mencubanya supaya minat berniaga tidak berhenti separuh jalan saja," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Remaja dalang geng samun

    Posted: 19 Jun 2013 10:44 AM PDT

    Kuala Lumpur: Kejadian samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam di daerah Brickfields dikesan dilakukan kumpulan remaja bersenjatakan parang.

    Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dan beberapa siri tangkapan mendapati suspek menyamun kedai serbaneka pada tengah malam atau awal pagi yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 19 tahun ke bawah.


    "Polis sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan bagi mencegah berlaku samun. Namun, orang ramai perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah.

    "Jenayah berlaku apabila ada peluang. Kebiasaannya suspek yang mahu melakukan jenayah seperti pecah masuk, ragut dan samun menyasarkan orang awam yang berjalan seorang diri di kawasan gelap," katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah di stesen minyak Shell Kuchai Entrepreneurs Park, di sini, semalam.


    Beliau berkata, kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam turut menjadi sasaran penjenayah malah, usaha polis menangani jenayah terbabit dengan melakukan pemeriksaan berjaya menahan suspek yang rata-ratanya terdiri daripada remaja.

    Foto

    NSTPMUHAMMAD Az menampal pelekat 'Bersama Cegah Jenayah'.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Advertorial: Kembalinya Gru kesayangan ramai

    Posted: 19 Jun 2013 02:49 PM PDT

    'Super-villain' kesayangan ramai, Gru bersama tiga orang anak angkat comelnya kembali memeriahkan layar perak dengan satu lagi pengembaraan yang menjanjikan lebih banyak aksi dan komedi dalam 'Despicable Me 2 IN 3D'.

    Selepas kejayaan filem pertama pada tahun 2010, di mana ia mencatat jumlah kutipan melebihi US$540 juta dan sekaligus muncul sebagai filem animasi ke-10 paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat, tidak menghairankan apabila pihak Universal Pictures dan Illumination Entertainment ingin meneruskan legasi 'Despicable Me'.

    Kali ini, cerita bermula dengan kehidupan Gru (suara oleh Steve Carell) sebagai seorang ayah, membesarkan tiga tanggungan kecilnya - Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).

    Sejak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang penjenayah, Gru kini terpaksa menyara keluarganya dengan menghasilkan jeli dan jem buatan sendiri. Tetapi perniagaannya gagal menjana sebarang keuntungan apabila hasilnya kurang enak untuk dimakan.


    Dalam kepeningan Gru memikirkan bagaimana hendak mencari nafkah buat keluarganya, dia didatangi sebuah organisasi rahsia yang dikenali sebagai Anti-Villain League dengan tawaran untuk menyertai mereka dalam usaha menentang kejahatan. Ini kerana tiada calon yang paling sesuai untuk membanteras kejahatan kecuali seorang bekas penjahat.


    Berpasangan dengan Lucy Wilde (Kristen Wiig), Gru bertanggungjawab menjejak penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

    Pada masa yang sama, Gru terpaksa menyelesaikan masalah yang berdepan setiap ayah - Agnes yang dambakan kehadiran seorang ibu dalam keluarga mereka, Edith yang sebenarnya kecewa Gru sudah meninggalkan kehidupan jenayahnya dan Margo yang mula memberi perhatian pada budak lelaki.

    Jika anda ingin tahu sejauh manakah Gru berjaya mengimbangi kerjaya barunya di samping tanggungjawabnya sebagai ayah, jangan lupa menonton 'Despicable Me 2 IN 3D' di pawagam bermula 4 Julai 2013.

    VIDEO:

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

    Gelagat Lady Gaga Malaysia

    Posted: 19 Jun 2013 05:11 AM PDT

    Sebagai pengarah yang berpengalaman, pelbagai genre drama sudah diarahkan oleh MP Roslin. Daripada genre cinta, keinsafan dan perjuangan semuanya sudah dihasilkan dan menerima respons yang baik daripada penonton.

    Terbaru, dia hadir pula dengan genre komedi menerusi drama bersiri Kerana Putera Idaman. Berkonsepkan komedi ringan, cerita ini tampil dengan kelainan tersendiri apabila mewujudkan karakter pelakonnya sebagai Lady Gaga Malaysia.

    Penggambaran dilakukan sekitar ibu kota dan MP Roslin perlu bijak mengambil syot menarik bagi memastikan drama yang menonjolkan kelainan karakter lakonan Hanez Suraya diterima peminat.

    Roslin berkata, cerita ini mencabar kemampuan Hanez kerana perlu melakonkan dua karakter yang kontra iaitu Elana, seorang gadis bandar dan Ana, seorang gadis desa.

    Foto

    HANEZ melakonkan dua watak serentak iaitu Elana, gadis moden dan Ana, gadis kampung.

    Foto

    ZAINUDDIN sering memantau kerja pengarahan MP Roslin.

    Foto

    PENERBIT, pengarah , kru dan pelakon Kerana Putera Idaman ceria di lokasi.


    "Sebaik membaca skrip, saya dah membayangkan Hanez sesuai membawakan watak ini. Saya dah lama kenal dia dan cuba menampilkan dia dalam sisi lain. Sebelum ini orang hanya nampak dia dalam filem cinta.


    "Bagaimanapun kerana kesibukan masing-masing, kami tak sempat berjumpa dan hanya berkomunikasi menerusi telefon. Namun saya percaya dia mampu menunjukkan lakonan terbaik dan ia dibuktikan sebaik penggambaran bermula. Lakonannya bukan dibuat-buat," katanya ketika ditemui di lokasi drama ini di Jalan Genting Kelang.

    Roslin berpuas hati dengan Hanez. Bahkan dia menyifatkan karakter Ana yang datang dari kampung adalah makanan Hanez kerana dia mampu melakonkan watak ini dengan cemerlang.

    "Memang dia sudah buat yang terbaik tapi kekuatan drama ini bukan kerana Hanez sahaja. Saya juga puji lakonan pelakon lain iaitu Qazem, Afzan dan ramai lagi yang membantu menjayakan drama ini. Saya pun tak sangka Zulkifli Ismail boleh berlakon komedi.

    "Sebenarnya unsur komedinya bukan berat tapi agak spoof yang diperlihatkan menerusi tingkah laku, intonasi dan dialog mencuit hati. Konsep ceritanya pula umum dan sering berlaku dalam masyarakat.

    "Paling teruja ialah apabila saya dapat bekerjasama dengan Tawil yang sangat saya minati suatu ketika dulu. Seakan-akan tak percaya apabila dia disenaraikan sebagai salah seorang pelakon drama ini," katanya yang tidak berehat lama kerana sering ditawarkan kerja pengarahan terutama oleh Enuja Production.

    Sememangnya, MP Roslin seorang pengarah yang mahir dan pandai memanfaatkan kemajuan teknologi. Ketika mengarahkan drama bersiri Sedetik Cinta dia menggunakan dua kamera, kali ini peralatan itu sekali lagi digunakan bagi memastikan penggambaran dapat disiapkan mengikut perancangan.

    "Konsep dua kamera ini akan digunakan apabila membabitkan drama bersiri. Segala-galanya yang dirancang berjalan lancar sekali gus mempercepatkan penggambaran. Paling utama, mood artis juga tidak terjejas kerana tidak perlu melakukan penggambaran berulang kali.

    "Halangan besar yang dihadapi hanyalah disebabkan keadaan cuaca hujan yang membuatkan penggambaran tertunda. Tapi kami akan bayar semula hutang itu dengan buat sebanyak mana babak yang mampu apabila keadaan cuaca baik. Kita perlu bijak buat perancangan," katanya yang berpuashati kerana penggambaran untuk 13 episod ini berjaya disiapkan dalam tempoh masa 30 hari.

    Sementara itu, penerbitnya Zainuddin Mohd Ismail mengakui syarikatnya sentiasa mempelbagaikan genre drama terbitannya. Ia juga bergantung kepada stesen mana yang menawarkan peluang untuknya menghasilkan drama.

    "Kami boleh buat apa saja drama samada berkonsep ringan atau berat. Untuk RTM, Enuja sering menghasilkan drama komedi. Sebelum ini kami sudah terbitkan drama Masak Lomak Cili Api yang mendapat sambutan dari penonton," katanya.

    Jelasnya, dia suka menghasilkan drama secara berselang-seli genre kerana dapat memberikan kelainan dalam industri drama. Namun dia tidak menolak menerbitkan apa juga genre drama jika dimahukan oleh stesen TV.

    "Setiapkali menerbitkan drama, kami pasti buat yang terbaik. Setiapkali ada masa terluang, saya akan berbincang dengan pengarah dan kru produksi bagi mengenal pasti masalah yang timbul. Sekiranya ada masalah yang kritikal, kami segera akan menyelesaikannya,"kata Zainuddin.

    Sinopsis

    Kerana Putera Idaman mengisahkan Elana yang suka bergaya seperti artis popular yang menjadi idolanya, Lady Gaga. Ini membuatkan bapanya Datuk Amar dan ibunya Datin Nora risau dengan fesyen pelik Elana sebaik tamat belajar di kolej fesyen di New York. Bapanya meminta Elana bekerja dengan syarikat mereka.

    Fesyen pelik yang digayakan oleh Elana mengejutkan semua pekerja bapanya. Dia sempat berkenalan dengan Azrul, model kacak yang suka memikat anak orang kaya. Elana juga terkena air yang ditumpahkan oleh pengurus akaun mereka, Fariz yang tegas dan kacak orangnya.

    Farid dimarahi oleh Elana di depan semua orang. Elana muncul dengan penampilan pelik dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah dan sebahagian klien mereka sehingga mengejutkan semua orang. Datuk Amar segera menyuruh dia mengubah penampilannnya tetapi dia enggan dan merajuk enggan bekerja.

    Datuk Amar pening kepala dengan kerenah Elana kerana terlalu mengharapkan Elana meneruskan legasi perniagaannya. Tetapi Elana tetap berdegil dan hidup dalam dunianya sendiri. Dia suka melepak dengan ramai teman lelaki.

    Elana akhirnya terpikat dengan Azrul dan sering keluar bersama jejaka itu. Niat Azrul hanya untuk menumpang kemewahan Elana dan mendapatkan tawaran menjadi model berterusan dari syarikat Elana.

    Elana dalam dilema untuk memilih Azrul atau Adam, kekasih campuran ketika zaman belajarnya. Kedua-dua mereka tidak disukai oleh ibubapanya. Elana merajuk lagi dan ketika itulah sepupunya Mimi yang akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti, datang dari kampung dan menumpang di rumahnya.

    Walaupun suka mengutuk penampilan Mimi yang dianggap selekeh kerana berbaju kurung dan bertudung, Elana suka bersembang dengannya. Selepas Elana bercerita kisahnya, Mimi beri idea agar dia menyamar sebagai budak kampung untuk mencari cinta sejati.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Karavan bersalut emas

    Posted: 19 Jun 2013 08:49 AM PDT

    Dubai: Di negara yang terkenal dengan kemewahan rakyatnya berbelanja, rumah bergerak atau karavan bukanlah sesuatu yang diminati.

    Bagaimanapun, penduduk Dubai mungkin perlu berfikir lebih daripada sekali apabila melihat sebuah kenderaan yang boleh dijadikan rumah bergerak ini.


    Kenderaan sepanjang 12 meter ini dilengkapi pelbagai keistimewaan, termasuk kemasan emas pada badannya.

    Ia dijangka dijual pada harga RM8.4 juta seunit dan bakal menjalar di jalan raya Dubai tidak lama lagi. Pengeluarnya, Marchi Mobile, mengesahkan kenderaan dikenali sebagai EleMMent Palazzo itu sedang disiapkan sebelum diperkenalkan di Dubai.


    Ketua Pengurus Jenama Marchi Mobile, Juliane Rönisch berkata, sejumlah pengguna dari Dubai menunjukkan minat mendapatkan kenderaan syarikat Jerman - Austria itu. "Ketika ini kami mengeluarkan antara lima hingga 10 unit EleMMent Palazzo setahun dan ia dihantar ke seluruh dunia," katanya. Juliane berkata, kenderaan tempahan khas itu boleh mencecah harga lebih mahal jika kemasannya ditambah dengan emas. Bagi syarikat itu, katanya, model komersial kenderaan itu boleh diperoleh dengan harga minimum RM3.2 juta. "Untuk model lebih mewah, harganya ialah dua juta euro (RM8.4 juta) setiap satu," katanya. Bagaimanapun, ketika ini model Marchi Mobile itu tidak dipamerkan di Dubai.


    Kata Juliane, mereka juga tidak bercadang membuka cawangan tetap di Emiriah Arab Bersatu atau mana-mana negara Teluk.

    Foto

    KENDERAAN mewah EleMMent Palazzo yang disalut emas.

    Foto

    RUANG pemandu dalam kenderaan EleMMent Palazzo.

    "Tetapi ketetapan itu mungkin boleh berubah," katanya. Sementara itu, kenyataan syarikat Marchi Mobile menyebut, siri mode EleMMent itu bukan sekadar kenderaan konsep, sebaliknya sedia dihasilkan dalam unit terhad. EleMMent Palazzo boleh dilengkapi pelbagai ciri kemewahan, seperti bumbung terbuka, bumbung telus cahaya dan tangga. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

    Bulu kaki tiruan elak gangguan seksual

    Posted: 19 Jun 2013 08:37 AM PDT

    London: Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori 'fesyen' kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.

    Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.


    Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai "kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar." Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

    Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.


    Satu daripada komen pelayar menyatakan: "Amat menjijikkan!" Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.


    "Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda," katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.

    Foto

    GAMBAR dikatakan bulu kaki tiruan tersebar di Internet.

    "Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan," katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.


    Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. - Daily Mail.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Kampung Datu lenyap

    Posted: 19 Jun 2013 11:12 AM PDT

    Sibu: "Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis," kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam.

    Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat.

    Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

    "Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain.

    Foto

    KIRA-KIRA 100 rumah terbakar di Kampung Datu Lama, semalam.

    Foto

    PEMANDANGAN dari udara kebakaran yang berlaku di Kampung Datu Lama.

    Foto

    KAMPUNG Datu Lama hanya tinggal nama.


    "Ketika kejadian, kebanyakan penduduk keluar bekerja dan kepulangan mereka dikejutkan dengan kejadian menyedihkan ini," katanya yang tinggal di Kampung Hilir ketika dihubungi di sini, semalam.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

    Padah 'kejar' kapal terbang

    Posted: 19 Jun 2013 11:11 AM PDT

    Kota Kinabalu: Tindakan empat pelancong Hong Kong mengingkari arahan pengawal landasan kereta api supaya tidak menyeberangi laluan ketika sebuah kereta api melintas menerima padah apabila kenderaan dinaiki diseret hampir 10 meter hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut.

    Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Lintas berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) semalam, seorang lelaki berusia 50-an maut, manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan apabila kenderaan berkenaan diseret sebelum berpusing beberapa kali lalu merempuh sebuah Perodua Myvi berhampiran.

    Semua mangsa dikeluarkan sepasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk rawatan lanjut.

    Bagaimanapun, tiga penumpang Myvi termasuk bayi berusia satu tahun tidak cedera dan 200 penumpang kereta api dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga selamat.

    Foto

    MANGSA yang tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba.

    Foto

    ANGGOTA polis dan bomba menjalankan siasatan.


    Menurut pengawal landasan dikenali sebagai Ag Zarin, 30, ketika kejadian dia melihat sebuah Hyundai Accent memandu laju ke arah KKIA.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Tumpuan dua raja pecut

    Posted: 19 Jun 2013 09:25 AM PDT

    Kuala Lumpur: Perlumbaan tertua negara, Jelajah Malaysia bakal membabitkan penyertaan 20 pasukan yang mengibarkan cabaran bermula dari 26 hingga 30 Jun dengan pertempuran juara pecut pasti terarah kepada kepada dua wakil negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh.

    Anuar bakal turun bersama pasukan berstatus benua, Synergy Baku Cycling Project manakala Harrif membawa nama TSG selepas kedua-dua pelumba ini berdepan kegagalan di Le Tour de Langkawi (LTdL) hujung Februari lalu.


    Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad dalam sidang media Majlis Penyerahan Tajaan Jersi Pecut daripada Milo mengesahkan penyertaan sembilan pasukan berstatus benua, tiga kebangsaan, tiga kelab dan lima ahli gabungan PKBM.

    Sembilan pasukan berstatus benua terdiri daripada TSG, OCBC Singapore Continental Cycling Team, Matrix Powertag (Jepun) dan Huon Salmon Genesys Wealth Advisers Pro Cycling Team (Australia), CCN Cycling Team (Brunei), Polygon Sweet Nice (Ireland), Team 7 Eleven (Filipina) dan Team LBC (Filipina).


    Tiga pasukan kebangsaan pula adalah Bahrain, Malaysia dan Singapura manakala pasukan kelab pula Team Putra Perjuangan Bandung (Indonesia), Custom Cycling Club (Indonesia) dan Team Corbusier (Sarawak).


    Pasukan gabungan PKBM turut mengambil bahagian termasuk dari Negeri Sembilan, Terengganu, Majlis Sukan Negara (MSN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Naim berkata, Jelajah Malaysia memberi peluang kepada pelumba untuk memperbaiki ranking masing-masing dan ia adalah peluang terbaik untuk semua pelumba negara meraih mata bagi melayakkan diri ke Kejohanan Lebuhraya Dunia dan juga Sukan Olimpik Rio 2016 .


    "Saya harap pelumba negara menggunakan Jelajah Malaysia ini sebagai medan memperbaiki ranking masing-masing terutama di negara Asia. Kejayaan mampu melonjakkan kedudukan mata sekali gus melayakkan diri ke Kejohanan Lebuh Raya Dunia di Florence, Itali September ini," katanya.

    Malaysia setakat 25 Mei ini mengumpul 297 mata, manakala Hong Kong gah dengan 396 mata, sementara Iran pula memungut 319 mata. "Jika berjaya ke kejohanan dunia itu, peluang pelumba menambah pungutan mata seterusnya mencari slot ke Rio bagi mengulangi pencapaian 2012 adalah cerah."

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

    'Kenangan paling indah'

    Posted: 19 Jun 2013 09:01 AM PDT

    Seremban: Kem Milo 'Go Further' siri kedua di padang Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban menjadi kenangan paling indah buat 350 kanak-kanak pelbagai kaum sekitar bandar itu.

    Program bermula dengan kanak-kanak diajar kemahiran asas sukan bola sepak, bola jaring dan bola keranjang dikendalikan jurulatih bertauliah diikuti dengan pertandingan. Gabungan KRT Bukit Kaya dan SK St Paul dipengerusi bersama Looi Chan Mun dan Guru Besar SK St Paul, Wong Mei Peng bertanggungjawab menguruskan program itu. Kem sukan yang turut dimeriahkan kehadiran ibu bapa peserta berjalan lancar. Milo memuji komitmen semua pihak terbabit pada hari itu.


    Semua peserta program mendapat kameja T dan sijil penyertaan. Empat pasukan terbaik tiga acara sukan turut menerima pingat dan produk Milo. Van Milo yang menyediakan minuman segar Milo sentiasa menjadi tumpuan kanak-kanak dan ibu bapa.

    Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd Ng Ping Loong berkata, kem sukan itu inisiatif Milo untuk membudayakan nilai-nilai positif dalam jiwa kanak-kanak agar mereka membesar dengan penuh keyakinan. "Peserta berpeluang mempelajari nilai-nilai positif kehidupan dan menghayati semangat kesukanan, ketabahan, dedikasi, perpaduan dan disiplin," katanya.


    Pertandingan bola sepak 7 sebelah diungguli SK Seremban 2A selepas mengalahkan St Wanderers, 1-0, acara bola keranjang 3 lawan 3 lelaki dimenangi SJKC Sam Min yang menumpaskan SJKC Ma Hwas, 4-2 manakala Paroi GS pula menjuarai kategori perempuan selepas menumpaskan SJKC Paroi A, 5-1.


    Acara bola jaring diungguli SK Taman Tasik Jaya selepas membenam SK Sri Seremban, 7-5.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved