Rabu, 22 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Galak lelaki pilih ibu tunggal

Posted: 21 Jun 2011 11:27 AM PDT

KOTA BHARU: "Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.

Malah, katanya, Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal.

Wan Ubaidah berkata demikian mengulas cadangan pemberian insentif itu yang dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikannya.


"Kami sambut baik dan sedia menimbangkan cadangan (pemberian insentif bagi suami berpoligami) itu di negeri ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Marsha kahwin senyap-senyap

Posted: 21 Jun 2011 11:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu," kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

"Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.


"Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Izinkan kembar saya mati: Mohammed

Posted: 21 Jun 2011 09:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PATNA (India): Seorang bapa pasangan kembar siam merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati kerana dia tidak sanggup lagi melihat mereka menderita.

Imej ngeri bagi tangani ketagihan merokok

Posted: 21 Jun 2011 09:44 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat semalam menunjukkan set kotak rokok baru dengan paparan imej ngeri bagi menonjolkan risiko merokok sebelum ia dilaksanakan pada 2012.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved