Ahad, 22 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Mutakhir


Tanah runtuh: Sumbangan RM50,000

Posted: 22 May 2011 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf hari ini memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, yang 16 daripada penghuninya terkorban dalam kejadian tanah runtuh, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan sumbangan itu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, yang mewakili rumah anak yatim itu.


Muhyiddin berkata semasa tiba di lokasi kejadian malam tadi, setelah menghadiri acara Citrawarna 1Malaysia di Dataran Merdeka, beliau mendapati keadaan di situ amat menyayatkan hati.

"Saya sampai di sana kira-kira 11 malam. Saya maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (yang berangkat ke acara tersebut) bahawa saya perlu meninggalkan majlis kerana hati saya sudah berada di lokasi tragedi itu.


"Di sana, saya nampak ada empat kaki iaitu daripada dua mayat yang terperangkap di dalam runtuhan tanah, ia sungguh menyedihkan," katanya ketika berucap pada majlis pertandingan golf amal, Patron''s Cup 2011 anjuran yayasan itu di Seri Kembangan di sini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dibelasah pelatih senior perempuan

Posted: 22 May 2011 03:07 AM PDT

JITRA: Seorang pelatih Asrama Akhlak (Perempuan) di sini, dimasukkan ke Hospital Jitra setelah mendakwa dipukul sehingga retak tulang rahang oleh dua pelatih senior di asrama berkenaan, Rabu lalu.

Pelatih berusia 15 tahun itu mendakwa pada malam kejadian dua pelatih yang sebelum itu berselisih faham dengannya telah mengekorinya ke surau asrama selepas makan malam kira-kira pukul 9 malam.


"Saya merungut sebab asyik disuruh basuh pinggan mangkuk mereka.

"Selepas itu saya ke surau, mereka ikut saya dan tolak serta tampar pipi saya," katanya ketika ditemui pemberita di wad hospital itu hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Belajar di penjara

Posted: 21 May 2011 10:29 AM PDT

KAJANG: "Dalam penjara, saya mengenal erti kawan dan mengharungi susah senang bersama. Sebelum ini, saya tidak pernah ambil tahu pasal penjara dan tidak pernah membayangkan akan ditempatkan di sini.

"Namun, akibat kelemahan saya yang terlalu percaya pada rakan, akhirnya saya merengkuk di penjara," kata Ima (bukan nama sebenar), 29, dari selatan tanah air yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan pecah amanah.


Menurutnya, kehidupan di sebalik tembok besar tidak seburuk disangka kerana membolehkannya mengenal diri dan membentuk jati diri.

"Di sini saya peroleh kemahiran menjahit selain mendalami agama. Selepas keluar dari penjara, saya ingin memulakan hidup baru. Saya juga akan lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan rakan.


"Kesilapan saya ialah memberi pengenalan diri (ID) untuk digunakan rakan dan akhirnya disalahgunakan hingga menyebabkan saya disumbat ke dalam penjara. Daripada sembilan tuduhan, hanya tiga yang lepas.


"Saya tidak dapat membuktikan saya tidak bersalah kerana ID saya digunakan dalam kes pecah amanah itu," katanya yang menghuni Penjara Wanita Kajang sejak 11 bulan lalu.

Ima antara 10 penghuni terpilih yang diberi peluang bertemu keluarga sempena program Hari Ibu dan Bapa Penjara Kajang bersama Maybank, di sini, semalam.


Suasana hiba menyelubungi perkarangan pejabat pentadbiran Penjara Wanita Kajang apabila 10 banduan wanita itu bertemu dan berpelukan dengan ahli keluarga.

Turut diadakan sukaneka antara penghuni dengan kakitangan Maybank.


Ros, (bukan nama sebenar), 24, dari Pantai Timur tidak dapat melupakan kejadian dia dan ahli keluarga digari polis pada malam pernikahan kerana tuduhan bersubahat dengan tunang memiliki dadah.


Disebabkan tidak mahu memanjangkan cerita dan membabitkan ahli keluarga, ibu seorang anak itu mengambil keputusan mengaku melakukan kegiatan haram tunangnya.


"Saya reda dengan takdir yang menimpa dan menganggap ia dugaan hidup. Pengajaran yang saya dapat ialah selidik terlebih dulu latar belakang bakal suami," katanya.


Dia yang menjalani hukuman enam tahun penjara sedih kerana anak dengan bekas suami terdahulu tidak mengenalinya kerana anaknya masih bayi ketika dia ditahan.


Sementara itu, Maybank turut menyumbang dua mesin menjahit kasut, tiga unit al-Quran Digital Intelligent Readpen serta alat kelengkapan solat dan barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.


Pengarah Penjara Wanita Kajang, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Rohana Abdullah berkata, program tahunan kali kelima itu memberi peluang penghuni yang mempunyai prestasi baik menyertai program bersemuka dengan ahli keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKM, Skuad Sayang hulur bantuan

Posted: 21 May 2011 10:04 AM PDT

ALOR GAJAH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan sedih sebaik dimaklumkan kira-kira 24 anak yatim, warden dan petugas Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, semalam.

"Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, satu kejadian yang menyayat hati. Saya difahamkan, anak yatim berkenaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu," katanya.


Setakat jam 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Masjid Tanah, dekat sini.


Beliau mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno segera menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga terbabit dalam kejadian tanah runtuh yang dikatakan berlaku jam 2.30 petang.


"Saya akan berhubung dengan polis untuk mendapatkan laporan terperinci dan punca sebenar kejadian itu serta bagaimana kementerian saya dapat membantu dan mengambil tindakan seterusnya," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Shahrizat berkata, pengusaha rumah kebajikan mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan, terutama daripada aspek keselamatan.


"Saya berharap rumah itu tidak dibina tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa," katanya — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Schwarzenegger sapu semua

Posted: 21 May 2011 09:09 AM PDT

NEW YORK: Selain bernafsu terhadap pembantu rumahnya, Arnold Schwarzenegger juga dilaporkan pernah mengusik adik dan ibu wanita terbabit.

Menurut sumber, pelakon Predator itu menggaji tiga beranak, Mildred Baena, 50, Miriam, 48, dan Evelyn, kini 76, sebagai amah.

Kata sumber itu, setiap seorang daripada wanita terbabit pernah diraba Schwarzenegger ketika bekerja membersihkan rumah bekas Gabenor California itu.

"Schwarzenegger memang dikenali kerana gemar menyentuh punggung mereka ketika wanita terbabit bekerja.


"Mildred sendiri menceritakan perkara ini," katanya.


Sumber berkenaan berkata, walaupun Evelyn lebih tua berbanding Schwarzenegger, bekas jaguh bina badan dunia kelahiran Austria itu tetap bernafsu.

Semalam, The Sun melaporkan, Mildred - yang melahirkan anak hasil hubungan sulitnya dengan Schwarzenegger - menganggap aktor itu "bertangan panjang" kerana suka meraba pekerja wanitanya.

Mildred diambil bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood selepas diperkenalkan Evelyn dan hanya berhenti berkhidmat selepas 20 tahun.

Sementara itu, sumber lain berkata, Miriam bersimpati terhadap nasib isteri Schwarzenegger, Maria Shriver, 55, yang dicurangi.

"Sejak sekian lama Maria akrab dengan Mildred dan sama sekali tidak mengetahui anak lelaki yang dibesarkan itu adalah daripada benih suaminya," katanya.

Schwarzenegger, 63, dilaporkan pernah membawa anak luar nikahnya itu bercuti bersama keluarganya tanpa disyaki sesiapa pun. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Macho Man maut kereta terbabas di lebuh raya

Posted: 21 May 2011 09:06 AM PDT

ATLANTA: Penggusti profesional terkenal dengan suara serak dan cermin mata penuh warna, Randy 'Macho Man' Savage, maut dalam kemalangan jalan raya di Florida, semalam.

Macho Man berusia 58 tahun.


Laporan polis lebuh raya menyatakan, penggusti yang sering ditemani wanita cantik ketika di gelanggang itu memandu Jeep Wrangler apabila dia hilang kawalan di daerah Pinellas kira-kira jam 9.25 pagi (waktu tempatan).

Menurut laporan itu, kenderaan Macho Man merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum tersadai di sebatang pokok.


Menurut jurucakap polis, Macho Man - atau nama sebenarnya Randy Mario Poffo - mungkin mengalami "masalah kesihatan" sejurus sebelum kemalangan itu.


"Bagaimanapun, pengesahan hanya boleh dibuat selepas bedah siasat," katanya.

Seorang wanita yang ada dalam kenderaan sama, dikenali sebagai Barbara L Poffo, 56, mengalami cedera ringan.


Kedua-dua mereka memakai tali pinggang keselamatan ketika kejadian.

Kenyataan World Wrestling Entertainment (WWF) menyatakan, Barbara adalah isteri Macho Man.


"Kehilangan Macho Man akan dirasai WWF dan peminatnya," kata kenyataan itu. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lenyap sekelip mata

Posted: 21 May 2011 10:13 AM PDT

BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.

HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

"Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada," kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.


Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.


"Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

"Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad," katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

"Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah," katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

"Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gali tanah guna tangan

Posted: 21 May 2011 09:56 AM PDT

BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.
BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.

HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.

Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.

"Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.


Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.

Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.

Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.

"Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).

"Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah," katanya hiba.

Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.

"Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.

"Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Mancini yakin juara

Posted: 21 May 2011 09:01 AM PDT

LONDON: Roberto Mancini percaya Manchester City masih boleh menjuarai Liga Perdana Inggeris musim depan biarpun tanpa kelibat Carlos Tevez apabila pemain itu mendedahkan mahu meninggalkan kelab itu kerana inginkan cabaran baru.

Biarpun pengurus City itu enggan menerima hakikat gagal mengikat kapten pasukan itu, beliau yakin berbekal pelaburan yang dilakukan selepas ini, kelab itu masih boleh berjaya biarpun selepas ditinggalkan pemain itu.


"Kami boleh jual Carlos dan memenangi gelaran. Kalau boleh, saya mahu membeli pemain lain dan mengekalkan Carlos.

"Saya katakan sebelum ini dia akan terus kekal bersama kami dan saya tidak mengubah pendirian itu," katanya.


Penyerang Argentina itu menjadi ayam tambatan City dan penjaring terbanyak pasukan itu musim ini dengan 23 gol setakat ini. Begitupun dia membuat kejutan apabila mendedahkan mahu meninggalkan Eastlands.


"Saya mahu meninggalkan City," kata Tevez.

"Saya dilayan dengan baik di sini dan menghargainya. Saya juga memberikan segala-galanya untuk kelab ini bagi membantu mencapai keputusan yang diingini tetapi saya mahu mencari pengalaman baru," katanya.


Mancini menafikan dakwaan daripada pentadbir bola sepak City, Brian Marwood skuadnya hanya memerlukan sedikit rombakan jika mahu berjaya musim depan.

Pengurus kelahiran Itali itu menegaska, mereka perlu berbelanja besar musim depan jika masih berhasrat memenangi gelaran itu serta cemerlang dalam Liga Juara-Juara.


Malah beliau yakin cadangannya itu mendapat sokongan pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak. "City perlu memperbaiki prestasi. Kami perlu membeli pemain yang bagus selain beberapa pemain muda yang boleh dibentuk supaya mampu diletakkan dalam kesebelasan utama," katanya.


Mancini sudah berbelanja 150 juta (RM732.6 juta) untuk skuadnya musim ini tetapi masih memerlukan empat lagi pemain berkualiti dalam tempoh dua bulan sebelum mereka kembali bersama dalam program jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.


Selepas membantu City menjulang trofi pertama dalam tempoh 35 tahun menerusi kejayaan Piala FA minggu lalu, kemenangan di Bolton malam ini akan mengesahkan kedudukan tertinggi dalam liga dalam tempoh 34 tahun iaitu di tangga ketiga sekali gus bermakna mereka tidak perlu menyertai pra-kelayakan Liga Juara-Juara.


"Ia perlawanan yang penting bagi kami," kata Mancini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penentu nasib 5 kelab

Posted: 21 May 2011 08:59 AM PDT

LONDON: Lima pasukan kini berjuang untuk menyelamatkan diri, malam ini ketika Liga Perdana Inggeris sampai ke kemuncaknya dalam saingan penyingkiran paling sengit sejak beberapa tahun lalu.

Ketika Manchester United memastikan gelaran ke-19 minggu lalu, hari terakhir musim 2010/2011 tertumpu kepada pasukan bawahan liga dengan hanya satu mata memisahkan lima kelab terbabit.


West Ham menjadi pasukan pertama tersingkir selepas tewas kepada Wigan, hujung minggu lalu.

Kini, Blackburn, Wolves, Birmingham, Blackpool dan Wigan berdepan perlawanan terakhir mendebarkan.


Pemenang Wolves dan Blackburn yang bertemu sesama sendiri di Molineux akan terselamat.


Kedua-dua pasukan di atas zon penyingkiran dengan 40 mata, diikuti Birmingham, Blackpool dan Wigan yang mengumpul 39 mata.

Prestasi Wolves hambar sepanjang musim tetapi keluar daripada zon penyingkiran selepas seri dengan Birmingham diikuti kejayaan menewaskan West Bromwich Albion dan Sunderland.


Birmingham, Blackpool dan Wigan pula bergantung keputusan pasukan lain.

Blackpool berdepan cabaran paling sukar apabila berkunjung ke Old Trafford untuk menentang Manchester United.


Pengurus Birmingham, Alex McLeish berharap anak buahnya tidak gentar apabila ke White Hart Lane untuk bertemu Tottenham, yang memburu tangga kelima dan tiket ke Liga Europa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved