Ahad, 26 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Anak temui mayat ayah

Posted: 25 Jun 2011 08:58 AM PDT

MELAKA: Seorang warga emas ditemui mati di dalam sebuah bangunan kilang miliknya di Malim Jaya, dekat sini, tengah malam kelmarin selepas dilaporkan hampir dua bulan tidak berhubung dengan anaknya.

Mayat mangsa dikenali sebagai Pang Kow Yong@Pang Teck Long, 63, dari Bukit Baru, dekat sini, ditemui mati oleh seorang anak lelakinya yang menetap di Singapura ketika mencarinya di kawasan kilang terbabit.


Difahamkan, premis itu berkunci dan anak mangsa dikatakan mengintai melalui cermin belakang sebelum melihat mayat bapanya terbaring di atas lantai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abbas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut selain menunggu laporan penuh bedah siasat mayat mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka, semalam.


Menurut beliau, siasatan awal pihaknya mendapati warga emas terbabit sudah lama terputus hubungan dengan anaknya, iaitu selama satu bulan 26 hari sebelum mayat ditemui.


"Kita menerima laporan dibuat anak lelaki mangsa di Balai Polis Malim mengenai penemuan mayat bapanya itu. Anggota polis yang melakukan pemeriksaan menemui mayat mangsa lengkap berpakaian dan memakai tali keselamatan.

"Kita mengesyaki mangsa terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja pembaikan atap premis kilang itu dan mati," katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia sejak beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang mengecut dan berbau.


Beliau berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan setakat ini sebagai kematian mengejut dan masih menunggu laporan lengkap bedah siasat.

"Mayat mangsa ditemui di dalam bangunan kilang yang berkunci dan tiada sebarang kesan pecah masuk dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.


Sementara itu, beberapa ahli keluarga mangsa kelihatan di bilik mayat hospital berkenaan namun tidak dapat ditemubual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelatih dibotakkan satu kesilapan

Posted: 25 Jun 2011 08:36 AM PDT

ALOR SETAR: "Saya bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat meminta maaf kepada keluarga Hizyaty Othman. Saya percaya apa yang berlaku adalah kesilapan yang tidak disengajakan," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung mengenai kes Hizyaty Othman, 28, dan beberapa pelatih wanita lain yang dibotakkan ketika mendaftar diri untuk menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, bulan lalu.

Chor yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, berkata beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian itu dan jika perlu, ambil tindakan terhadap pegawai yang bertanggungjawab.


Akhbar semalam melaporkan Hizyaty, bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai yang membotakkan kepalanya serta 18 pelatih wanita lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu pada 2 Mei lalu.

Hizyaty dari Taman Berjaya, di sini, berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan kepala pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.


Chor berkata, tindakan menggunting rambut adalah berkait dengan peraturan yang bukan hanya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi turut dilaksanakan pada anggota beruniform yang lain.


Beliau berkata, bagi pelatih wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat, rambut mereka akan digunting sehingga enam milimeter panjang kerana sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, wanita yang berambut panjang mungkin sukar untuk menjalankan tugas yang membabitkan aktiviti fizikal. "Ini kes pertama saya terima aduan seperti ini. Ini jelas tunjukkan perkara itu bukan sentiasa berlaku dan ia mungkin tidak disengajakan," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pikat 1,600 jadi ahli

Posted: 25 Jun 2011 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Merisaukan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian Metro Ahad mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun.


Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.


Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri.

Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari 'cinta sejati' daripada kaum sejenis.

Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai 'kelab' lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ikuti kisah gadis pengkid dan lesbian ini menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan.

> AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

"Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga 'skandal'.

"Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama," katanya.

Menjelaskan mengapa dia beralih arah kepada pengkid dan meminati kaum sejenis, Ayish berkata, dia mencari cinta sejati daripada mereka yang sudi memberinya.

Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara 'patah hati' dengan lelaki.

"Saya mula mengubah perwatakan sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, saya mempunyai seorang teman lelaki. Selepas bertahun-tahun bercinta, akhirnya dia mengakui dirinya gay dan lebih meminati kaum lelaki. Kerana kecewa dengan kenyataan itu, saya mula membenci lelaki. Sejak itu, saya cuba membalas perbuatannya dan lama kelamaan, perasaan saya semakin menebal terhadap kaum sejenis.

"Sejak itu juga, saya mula menukar penampilan seperti lelaki, memakai bengkung, memotong rambut dan mencari gadis yang sudi berkenalan serta memadu kasih. Selama menjadi pengkid, saya mempunyai ramai teman wanita dan kebanyakannya dicari menerusi laman web sama," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semuanya tidak bertahan apabila hubungan mereka sering putus di tengah jalan.

"Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

"Begitupun, saya hanya akan berubah jika teman lelaki saya yang dulu berubah. Selagi dia tidak ke pangkal jalan dan mengenepikan nafsunya, saya juga tidak akan melakukan perkara sama," katanya.

> SHIMA, 26:

BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.

Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

"Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

"Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

"Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai," katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.

Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

"Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.

"Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa 'nikmat' bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.

"Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih," katanya.

Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.

"Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.

"Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama 'teman wanita' berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga sekeluarga rentung

Posted: 25 Jun 2011 08:44 AM PDT

KUCHING: Menyayat hati apabila seorang nenek ditemui rentung dalam keadaan mencangkung sambil memeluk cucunya dalam bilik tidur utama selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Heng Guan, Jalan Matang, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Chin Yok Hui, 42, tidur dalam bilik bersama Wong Kok Liong, cucu lelaki berusia dua bulan, terjaga selepas terasa bahang panas disusuli bau asap, jam 4.45 pagi.

Selain mereka, turut rentung dalam kejadian itu adalah seorang lagi anak perempuan Chin, Liau Jee Khim, 18, selepas ketiga-tiga mangsa malang itu gagal membuka jeriji besi bagi menyelamatkan diri berikutan api marak dengan cepat.

Liau ditemui rentung dalam tandas bilik utama banglo terbabit, dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api dinyalakan di tempat sembahyang yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.


Jiran mangsa, Radiah Aznie berusia 40-an, berkata dia terdengar bunyi bising dari luar rumah dan menyangka berlaku pergaduhan namun terkejut apabila diberitahu anak perempuannya ternampak kepulan asap dan api keluar dari kediaman mangsa.


"Saya terus bergegas keluar kerana mengetahui ada penghuni dalam rumah berkenaan dan ketika itu, saya ternampak api sudah marak di bahagian hadapan rumah terbabit, diikuti letupan kuat beberapa kali.

"Pada masa sama, saya mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong. Saya bersama jiran lain menyuruh mereka keluar melalui pintu belakang namun hanya beberapa minit suara jeritan itu terus tenggelam," katanya.

Api marak dan merebak dengan cepat ke bahagian rumah lain, selain pagar kediaman terbabit berkunci menyukarkan Radiah serta jiran membantu mangsa.

"Kami tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdoa semoga penghuni berkenaan berjaya menyelamatkan diri. Pada masa sama, saya sebelum itu menghubungi bomba bagi meminta bantuan," katanya.

Kata Radiah, disebabkan mangsa kurang bergaul dengan jiran lain, orang ramai berada dalam kebingungan kerana tidak mengetahui bilangan penghuni dalam rumah terbabit.

"Apa yang saya tahu, isteri tuan rumah terbabit baru melahirkan seorang bayi dua bulan lalu, selain sering melihat kehadiran beberapa kanak-kanak lain," katanya.

Difahamkan, banglo terbabit disewa seorang kontraktor berasal dari Bintangor sejak dua tahun lalu dan ketika kejadian, dia bersama isteri serta anak perempuan berusia enam tahun berada di Miri atas urusan perniagaan.

Kejadian itu menyebabkan kereta Proton Savy, Lexus, Toyota Alphard serta beberapa buah motosikal turut musnah.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Abdul Fathul Muen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan orang ramai kira-kira jam 5 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

"Jentera kedua dari Balai Bomba Padungan tiba 10 minit kemudian dan anggota mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian," katanya.

Beliau berkata, ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pihaknya menemui seorang wanita dan bayi lelaki dalam keadaan berpelukan dalam sebuah bilik tidur bahagian belakang banglo terbabit manakala seorang lagi dalam tandas.

"Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal berbuat demikian kerana semua tingkap dan pintu dipasang jeriji dengan anggota bomba sendiri terpaksa menggunakan gergaji bagi memasuki rumah berkenaan.

"Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian. Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Persaingan makin sengit

Posted: 25 Jun 2011 07:48 AM PDT

AYAM TAMBATAN...kepulangan Safee perkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan hadapi Taiwan.
AYAM TAMBATAN...kepulangan Safee perkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan hadapi Taiwan.

SEPERTI diramal, persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya kini benar-benar sengit apabila terdapat ramai pemain sudah mempamerkan kemampuan mereka untuk menggalas tugas menyarung jersi negara di pentas antarabangsa.

Kesungguhan anak buah ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal itu sudah terbukti apabila masih belum tewas dalam sebarang perlawanan persahabatan yang diharungi sejak awal tahun ini walaupun membariskan sejumlah pemain baru yang pertama kali diturunkan di peringkat antarabangsa.


Hakikat itu diakui kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang turut melihat situasi ini bakal melonjakkan Harimau Malaya untuk terus mempamerkan peningkatan di pentas yang lebih tinggi.

"Apa yang pasti setiap pemain akan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan kepercayaan jurulatih.

"Kami akan bersaing secara sihat kerana posisi dan kedudukan setiap pemain dalam pasukan termasuk saya masih belum terjamin sepenuhnya," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu.


Rajagobal pastinya amat teliti untuk memilih pemain pada saingan kompetitif pertamanya selepas kemenangan di rantau Asia Tenggara, Piala AFF, penghujung tahun lalu dengan Taiwan menjadi lawan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.


Gawang negara hampir pasti menjadi milik kapten skuad Olimpik, Khairul Fahmi Che Mat namun barisan pertahanan mungkin memeningkan kepala pengendali berusia 55 tahun itu apabila terdapat sejumlah pemain yang mampu beraksi dengan baik di barisan pertahanan seperti Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Helmi Remeli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Azmi Muslim, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid.

Rajagobal boleh membuat pilihan untuk menyenaraikan muka baru ataupun terus bergantung harap kepada benteng pertahanan muda sebelum ini diketuai Mohd Muslim, Mohd Fadhli, Mahali dan Mohd Asraruddin.


Mohd Safiq pula hampir pasti mengemudi jentera tengah bersama Amar Rohidan namun Rajagobal juga mempunyai pilihan dengan kehadiran perancang tengah Kelantan, Mohd Shakir Saari yang mempamerkan kematangan ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Myanmar minggu lalu selain kehadiran perancang skuad Olimpik, K Gurusamy.

Manakala percaturan bahagian sayap paling menarik dengan lima pemain mampu beraksi iaitu Mohd Amirulhadi Zainal, S Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Ashaari Samsuddin dan S Chanturu sekiranya mampu pulih daripada kecederaan dalam masa terdekat.


Jentera serangan pula hampir pasti diketuai penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali tapi gandingannya belum diketahui berikutan kecederaan dialami Norshahrul Idlan Talaha namun penyerang Kelantan itu dilapor semakin cergas serta berkemungkinan besar dapat beraksi menentang Taiwan.


Rajagobal bagaimanapun masih memiliki Abdul Hadi Yahya untuk bergandingan bersama Safee selain Mohd Ashaari dan Baddrol yang turut mampu beraksi di jentera serangan namun yang pasti pemain yang mampu beraksi di beberapa posisi yang berlainan pasti mendapat peluang untuk kelayakan Piala Dunia 2014 ini, bergantung kepada percaturan 'King Raja'.


Mohd Safiq berkata, kejayaan anak buah jurulatih Ong Kim Swee yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 membakar semangat seluruh pasukan untuk membuktikan mereka juga boleh mencipta kejayaan walaupun bersaing dalam dua pentas berbeza.


"Saya harap pemain Olimpik yang dipanggil menyertai skuad negara dapat mengekalkan semangat juang tinggi seperti dipamer semasa menyingkirkan Lubnan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hafizh paling pantas

Posted: 25 Jun 2011 07:46 AM PDT

HAFIZH Syahrin Abdullah (gambar) membuktikan kehebatannya apabila muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, semalam.

Juara bertahan itu tidak beraksi pada empat pusingan sebelum ini kerana memberi tumpuan penuh terhadap perlumbaan SuperSports 600cc masih berupaya mengawal jentera Underbone dengan baik apabila turut menjadi pelumba tunggal yang melakukan catatan di bawah 57 saat.


Pelumba pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline itu melakukan mencatatkan 56.685 saat mengatasi pelumba veteran, Mohd Zamri Baba dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM yang mencatatkan 57.160s manakala Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) ketiga dengan catatan 57.217s.

Pelumba 17 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan kerana dapat menyediakan jentera yang cukup baik kepadanya. "Saya berharap perkara sama dapat dilakukan pada sesi Superpole esok (hari ini) memandangkan saya juga mencari kejayaan Superpole yang pertama selain dapat berada di petak pertama pada perlumbaan sebenar," jelas Hafizh yang mahu mempertahankan kemenangan pada musim lepas di litar ini.


Menjawab peluangnya untuk muncul juara, Hafizh menjelaskan persaingan pada perlumbaan esok terbuka kepada sesiapa sahaja namun dia berharap dapat meraih gelaran juara sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan pada musim ini. "Tahap kecergasan saya begitu baik hasil daripada latihan fizikal sepanjang menyertai perlumbaan Super Sports 600cc dan ia satu kelebihan untuk menampilkan prestasi yang lebih baik. Selain itu saya juga berharap rakan pasukan, Mohd Iskandar Raduan dapat membantu saya pada perlumbaan sebenar nanti," katanya.


Sementara itu dalam kategori CP115, Mohd Hafieenaz Mohd Ali muncul pelumba terpantas dengan catatan 58.137s, 0.090s dihadapan pelumba APIDO Yamaha Boon Kui Racing, Ahmad Abdul Kadir di tempat kedua dengan catatan 58.137s manakala Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang Racing) mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 58.401s.

Pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM itu begitu berpuas hati dengan prestasinya pada hari ini.


"Keadaan jentera pada hari ini juga sangat baik dan saya cukup selesa dengannya. Untuk perlumbaan sebenar esok, saya tidak mahu melakukan sebarang perubahan terhadap pelarasan yang digunakan," jelas Hafieenaz yang mencatatkan masa terpantas sesi ujian masa sebanyak tiga kali iaitu di Pusingan 1 (Kangar), Pusingan 3 (Kuala Terengganu) dan Pusingan 4 (Putrajaya) pada musim ini.

"Prestasi saya juga semakin meningkat berbanding musim lepas. Oleh itu saya berharap dapat menjejakkan kaki di atas podium kali ini setelah tidak bernasib baik pada beberapa pusingan sebelum ini," katanya.


Dalam kategori Wira, juara keseluruhan musim lepas, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) mencatatkan masa terpantas dengan catatan 59.324s diikuti Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) kedua dengan catatan 59.528s dan Mohd Emir Fareez Hasan (Honda Promax X-Dot Racing) ketiga dengan 59.841s.


Namun bagi Adib, catatan yang dilalukan pada pusingan ke-14 itu belum begitu memuaskan kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di selekoh 3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Anak MJ dalam bahaya

Posted: 25 Jun 2011 08:02 AM PDT

LOS ANGELES: Dua tahun selepas kematiannya, waris Michael Jackson dilaporkan berdepan dengan risiko diabaikan apabila penjaga utama mereka yang juga kakak ipar Raja Pop itu dihalau dari rumah April lalu.

Menurut Alejandra Jackson (gambar), selepas dia meninggalkan rumah menempatkan anak Michael - Prince, 14; Paris, 13; dan Blanket, 9 - kebajikan ketiga-tiga mereka terletak di tangan ibu Raja Pop terbabit, Katherine, dan pengasuh serta pengawal peribadi.


Katanya, dia bimbang kesihatan Katherine yang kini berusia lanjut (81 tahun).

"Saya bimbangkan masa depan anak-anak Michael.


Katherine memang menggaji pengasuh dan pengawal peribadi untuk membantunya, tetapi mereka perlukan lebih daripada itu.


"Anak-anak Michael perlukan kasih sayang. Ada perbezaan di antara pengasuh dan keluarga sendiri," katanya.

Alejandra, 41, tinggal bersama keluarga selebriti Jackson di Encino, California, selama dua dekad.


Apabila Michael mati akibat pengambilan ubat berlebihan dua tahun lalu, Alejandra dilaporkan menjadi watak penting kepada Prince, Paris dan Blanket.

Kata Alejandra, dia sangat menyayangi anak Michael.


"Saya bersama mereka siang dan malam dan memberikan didikan seperti anak sendiri," katanya.


Alejandra mula bercinta dengan adik Michael, Randy, ketika dia baru berusia 17 tahun.

Hasil hubungan itu, pada 1989, mereka mendapat anak perempuan, Genevieve, tetapi berpisah sebelum anak kedua mereka, Randy Jr (kini 19 tahun) lahir.


Pada Mac 1995, Alejandra menjalin hubungan cinta secara rahsia dengan abang Randy, Jermaine, dan mendapat dua anak - Jaafar, 14, dan Jermajesty, 10.


Walaupun bercerai pada 2008, Alejandra masih menetap di rumah keluarga itu dan membantu membesarkan anak-anak Michael.

Dia akhirnya diusir ekoran perselisihan faham dengan Jermaine mengenai bayaran sokongan untuk anak-anak Michael. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cole ajak Cheryl mulakan hidup baru di Sepanyol

Posted: 25 Jun 2011 08:01 AM PDT

LONDON: Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole, dilaporkan memujuk bekas isterinya, Cheryl, supaya mengikutnya memulakan hidup baru di Sepanyol.

Media Britain semalam melaporkan, Cole yakin dia masih ada satu peluang untuk memenangi semula hati Cheryl sambil mencuba nasib dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid atau Barcelona.


Pasangan itu bercinta pada 2004 sebelum berkahwin dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, gaya hidup mewah dan nafsu buas Cole menyebabkan hubungan itu berakhir pada 2010.


Menurut sumber, walaupun dibayangi kecurangan dalam hubungan, cinta di antara Cole, 20, dan Cheryl, 27, sebenarnya tidak pernah padam.


Katanya, Cheryl juga tertarik dengan cadangan Cole kerana ia mungkin dapat menamatkan haru-biru penyanyi Girls Aloud itu selepas disingkirkan daripada program realiti televisyen X Factor, baru-baru ini.

"Cole ada memberitahu rakannya, dia yakin masih mempunyai masa depan di luar England dan mahu memujuk Cheryl menyertainya," katanya. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved