Khamis, 11 Ogos 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Ayah hilang mati dalam kereta

Posted: 10 Aug 2011 10:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pengubahsuaian bangunan yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ditemui mati dalam keretanya dengan kesan darah pada hidung selain mayatnya berbau di hadapan kilang pemasangan permotoran Tan Chong Motor di Jalan Segambut, di sini, semalam.

Mangsa, Lum Kok Wah, 56, ditemui seorang pengawal kilang berkenaan kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas tempat duduk yang direbahkan.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pengawal terbabit yang gagal mengejutkan mangsa kemudian menghubungi polis.

"Siasatan mendapati keempat-empat pintu kereta Proton Iswara milik mangsa tidak berkunci dan barang berharga seperti telefon bimbit serta dompet masih ada pada mangsa.


"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya.


Menurutnya, setakat ini, punca kematian belum diperoleh, namun kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, Lum Wing Kit, 25, berkata, bapanya tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.


Katanya, bapanya juga mempunyai masalah jantung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan 5 tahun tapi 20 bulan

Posted: 10 Aug 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama mayat wanita yang dikerat lebih 15 bahagian di sebuah pangsapuri di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, 3 Ogos lalu, berusia 20 bulan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit bukan berusia lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.

"Lapan suspek warga Bangladesh masih ditahan bagi membantu proses siasatan kejadian itu.


"Kami juga belum menerima apa-apa dokumen perkahwinan daripada lelaki berasal dari Sabah yang mendakwa suami wanita terbabit dan bapa kepada kanak-kanak itu," katanya.


Tun Hisan berkata, polis belum boleh memastikan kesahihan pertalian lelaki itu dengan mangsa kerana masih tidak memperoleh dokumen perkahwinan mereka.

Setakat ini, polis mengenal pasti motif kejadian itu berpunca daripada perasaan cemburu dan cinta.


Kedua-dua mangsa yang dipercayai anak beranak dibunuh dengan tukul besi berikutan penemuan alat dalam rumah seorang daripada lapan warga Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik berasingan di atas siling tandas dan beberapa tempat di dalam rumah berkenaan. Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Saya bertuah’

Posted: 10 Aug 2011 11:10 AM PDT

SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya.

"Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih 'dipinjamkan' Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.


"Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang," katanya.

Mengimbas tragedi yang menimpanya, anak muda berusia 23 tahun itu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, Selangor untuk mencari wang bagi membiayai persekolahan adiknya.


Akibat tragedi yang berlaku pada 20 November tahun lalu itu, doktor mengesahkan kedua-dua tangan serta kaki kirinya terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman ke anggota badan lain dan anak yatim piatu itu juga terlantar hampir tiga bulan di Hospital Kuala Lumpur.


Muhamad Hairuman, anak kesembilan daripada 10 beradik kini tinggal bersama kakaknya, Maryuni, 32, di Klant Halt 2 di sini dan seperti umat Islam lain, dia memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menambah amal ibadah serta mendekatkan diri dengan Allah.

"Walaupun sukar, Alhamdulillah saya mampu bersolat Tarawih dan terima kasih saya kepada jemaah masjid di sini yang menyediakan ruang khas.


"Selain itu, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan yang pasti, tidak meninggalkan rawatan fisioterapi pada setiap hari sambil dibantu kakak," katanya.

Muhamad Hairuman berkata, ketika ini pergerakannya banyak bergantung kepada kerusi roda, namun dia tetap memasang azam dan keyakinan tinggi untuk berjalan seperti biasa pada masa depan.


"Sekarang mungkin saya berjalan terhincut-hincut dengan sebelah kaki, tapi doktor kata, saya boleh pasang kaki palsu pada masa depan dan jika itu dilakukan, saya yakin saya boleh berjalan seperti biasa semula," katanya.


Malah, bekas pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Selangor itu berkata, dia kini giat melakukan rawatan fisioterapi di rumah bagi mengimbangkan tubuhnya berdiri dengan kaki kanan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsu yang bakal digunakan kelak.


Muhamad Hairuman berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan kakak dan abang ipar yang bekerja keras untuk memastikan dirinya mendapat rawatan dan pulih seperti sedia kala.


"Selepas ibu dan ayah meninggal, kakak dan abang banyak membantu saya untuk menguruskan diri. Saya tahu mereka ada tanggungjawab untuk keluarga, tapi saya tidak pernah rasa terpinggir apabila duduk serumah dengan mereka.


"Saya gembira apabila kakak tidak pernah lupa sediakan saya susu kacang soya ketika sahur sebab dia tahu minuman itu baik untuk proses pemulihan saya. Walaupun saya tak dapat berbakti kepada kakak dan abang, saya sentiasa doakan hidup mereka diberkati," katanya.


Sementara itu, Maryuni berkata, dia dan suami, Ahmad Faidz Hafidz, 38, kagum dengan ketabahan dan kegigihan adiknya dan semangat itu yang membuatkan dia semakin tabah untuk menjaga Muhamad Hairuman. "Untuk kulitnya yang terbakar pulih sepenuhnya mengambil masa agak lama, tapi saya lihat dia bersabar dengan keadaannya dan itu yang buat saya terharu serta bersemangat," katanya. Menurutnya, keadaan kulit Muhamad Hairuman belum pulih dan sentiasa berair kerana sistem badannya agak lambat untuk memberi tindak balas positif.


"Kulit yang diambil di paha kiri untuk ditampal di bahagian yang tiada kulit belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang saya lihat dia menahan gatal di bahagian badan yang ditampal, tapi dia tak pernah merungut apatah lagi meminta yang bukan-bukan," katanya.


Pada masa sama, Maryuni mengucapkan terima kasih dia atas keprihatinan pelbagai pihak yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan kepada Muhamad Hairuman.


"Alhamdulillah, bantuan yang kami terima tak pernah putus, malah kami baru saja terima sumbangan baju dan duit raya daripada seorang insan prihatin dari Johor," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Mujur tak kena tikam’

Posted: 10 Aug 2011 11:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau," kata Muhammed Asyraf Haziq Rossli, 20.

Dia yang cedera di mulut akibat diserang dan dirompak perusuh ketika melalui satu kawasan rusuhan di timur London, terpaksa menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah dan kini menerima rawatan di Royal London Hospital.

Dalam temubual dirakam wakil Kelab Umno London kelmarin, penuntut perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, London itu memberitahu, kejadian berlaku pantas dan dia tidak dapat melarikan diri ketika dikerumuni kumpulan berkenaan.

"Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.


"Mereka juga tarik basikal yang saya tunggang menyebabkan saya jatuh dan mulut berdarah. Masa jatuh itulah saya rasa rahang saya sudah patah dan mereka semua lari apabila nampak saya berdarah," katanya dalam nada berhati-hati menahan sakit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Buat komedi lebih mudah’

Posted: 10 Aug 2011 07:05 AM PDT

RAMADAN bukan alasan untuk Scha Al-Yahya berdiam diri daripada berlakon. Jika sesetengah artis menggunakannya untuk berehat, Scha sudah berada di lokasi telemovie Prebet Jamilah 2 sejak hari kedua puasa. Turut mengerah keringat bersamanya ialah Erra Fazira, Amar Bahrin, Sharifah Shahora, Eliza Razak dan beberapa pelakon lain.

Baginya, berulang-alik ke lokasi penggambaran di Bangi dan Damansara yang berakhir semalam sudah menjadi rutin. Biarpun mengakui penat dengan jadual kerja yang bermula dari awal pagi hingga membawa ke dinihari, pelakon yang mencipta nama menerusi siri Awan Dania ini tidak pernah mengeluh.

"Pernah saya masuk lokasi jam 2 petang dan tamat penggambaran jam 7 pagi.
Berbuka dan bersahur pun di lokasi, tapi situasi ini sudah lali buat saya. Tak dinafikan, perasaan penat akan dirasai juga tambah lagi apabila fikirkan orang duduk rumah, saya masih bekerja.

"Tapi nak buat bagaimana kerana ini punca rezeki saya. Takkan saya nak tolak tawaran yang datang," katanya.

Scha hanya berehat tiga hari sebelum memulakan penggambaran drama 13 episod berjudul My Beautiful Chef selepas ini. Namun, sesibuk manapun berlakon, kewajipan sebagai Muslim sesekali tidak dipinggirkan.

Jika ada kelapangan, Scha akan menggunakannya untuk beribadat. Justeru kesempatan bercuti ini dimanfaatkan dengan berehat di samping bertarawih bersama keluarga di Masjid Wilayah Persekutuan.

Berbanding dulu, Scha yang juga artis eksklusif Astro, semakin dicabar untuk membuktikan kemampuannya. Jika sebelum ini dia sinonim dengan karakter ringan dan komedi, persepsi peminat akan berubah sebaik menonton telemovie Geisha Melayu Terakhir. Penggambarannya berlangsung sebelum Ramadan dan akan menemui peminat ketika perayaan Aidilfitri.

"Secara jujur, saya mengaku buat komedi lebih senang kerana tak banyak tuntutan emosi. Karakternya juga lebih pantas dan mudah tanpa tekanan. Tapi watak Suraya dalam Geisha Melayu Terakhir sangat berbeza. Saya bersetuju watak serius sebenarnya memberi kepuasan dalam diri sendiri.

"Dalam cerita ini, Suraya sebenarnya menjadi mangsa keadaan. Disebabkan kemiskinan, emaknya (lakonan Sharifah Shahora) suruh bekerja dengan orang Jepun sebagai pelayan. Di sinilah dia terperangkap dengan keadaan. Ceritanya menarik dan penonton kena saksikan sendiri nanti. Pelakon lain yang terbabit - Tiz Zaqyah, Down Geremiah dan Fir Affendy.

"Boleh dikatakan semua mereka hebat dan saya tiada masalah langsung untuk wujudkan keserasian. Tambah pula bekerja dengan Michael Ang sebagai pengarah juga mudah.

"Dia suruh saya menonton filem Memoirs Of Geisha sebagai rujukan. Walaupun berlatar zaman pasca merdeka, dia minta kami kekalkan penggunaan loghat semasa supaya kami tak kekok berlakon," katanya.

Scha mengakui cerita Geisha Melayu Terakhir lain dari yang lain dan tidak pernah membawa watak seberat itu. Katanya, peminat kena tengok sendiri untuk percaya kata-katanya.

"Mungkin sebelum ini orang kata saya asyik bawa watak yang sama tapi kali ini memang lain sangat. Saya percaya mereka pasti akan bersetuju selepas menonton Geisha Melayu Terakhir.

"Sebenarnya, dulu saya pernah berlakon watak serius menerusi telemovie Terlalu Istimewa tapi mungkin kerana masih baru, orang tak nampak saya. Harapnya kali ini mereka akan menilai kemampuan saya sebagai pelakon versatil," kata Scha yang menyambung kontrak setahun lagi dengan Astro sehingga April depan.

Bercakap mengenai My Beautiful Chef pula, Scha sekali lagi bekerjasama dengan Michael Ang. Kali ini Scha diberi watak sebagai chef yang sanggup berbuat apa saja demi mengejar glamor.

Setakat ini pelakon lain belum dikenal pasti. Disebabkan komitmen dengan majikannya, Scha lebih tumpukan berlakon drama dan terpaksa menolak seketika tawaran berlakon filem.

Bagaimanapun, peminat boleh menyaksikan filem lakonannya, Libas, yang akan ditayangkan pada September ini dan disusuli dengan Aku Bukan Tomboi pada November.

Menyentuh kisah peribadinya yang hangat bercinta dengan Awal Ashaari, Scha tenang memberitahu tahun lalu dia agak huru-hara dengan pelbagai cerita peribadi, tetapi tahun ini segala-galanya berjalan dengan indah dan tersusun.

"Tahun ini saya lebih banyak diam tanpa keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Boleh dikatakan saya berada di landasan yang betul. Saya hanya cakap bila perlu. Hal peribadi kami biarlah kami simpan dulu kerana sampai masanya kami akan beritahu kepada masyarakat. Sekarang memang tiada apa-apa yang nak dikongsi.

"Alhamdulillah, setakat ini keluarga masing-masing memahami kesibukan dan komitmen kami dalam karier. Mereka tak memaksa dan serahkan kepada kami untuk buat keputusan yang terbaik dalam perhubungan ini," katanya.

Di sebalik kesibukan berlakon, Scha masih sempat menguruskan bisnes sendiri.
Sudah tiga bulan dia membuka kios menjual pakaian berjenama Schapoholics di kompleks beli- belah The Curve Damansara. Kedainya diuruskan pembantu dan jika ada kelapangan, Scha tidak segan turun padang mengendalikannya.

"Kios saya menjual pakaian dan aksesori wanita yang didapati dari Jakarta, Bandung, Korea dan Bangkok. Saya mendapatkan bahan ini dengan bantuan Awal tapi proses perbincangan selanjutnya dibuat saya sendiri. Setakat ini sambutannya sangat hebat kerana saya sudah ada ramai pelanggan.

"Apabila mereka tengok saya pakai pakaian ini dan berkenan, mereka pun membelinya di kios saya. Inilah strategi yang mudah untuk saya berniaga. Saya berniaga kerana minat dan bukannya kerana pendapatan sekarang tak cukup.
Populariti yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Sementara masih muda dan laku inilah cara saya nak buat duit," katanya.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya
USIA: 28 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
ASAL: Sungai Petani, Kedah
STATUS: Bujang
DARAH CAMPURAN: Arab (bapa) dan Cina (ibu)
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
BERAT: 50 Kilogram
TINGGI: 5'7
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2006
DRAMA: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu, Awan Dania 2, Sadiq & Co dan Kita Carefree
FILEM: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Libas, Aku Bukan Tomboi, Awan Dania The Movie
PENGACARAAN: Chopp!, Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa 3 dan Kata Kau
KOMERSIAL: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, Celcom dan My EG
DUTA: Bio Essence

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Namewee mahu orang Cina faham

Posted: 10 Aug 2011 06:45 AM PDT

TINDAKANNYA sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan masyarakat apabila mempersendakan lagu Negaraku. Dia juga pernah pakai bendera terbalik, maki- hamun pengetua sekolah di Kulai, Johor dan orang Tenaga Nasional (TNB).

Bagaimanapun, tiba-tiba dia yang dikenali sebagai Namewee, tampil menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0 dan mendapat kerjasama artis tanah air apabila Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Datuk David Arumugam sedia berlakon dalam filem arahannya.

Karyanya agak mencurigakan apatah lagi Namewee cuba merahsiakan jalan cerita filem arahannya itu ketika ditanya media dalam majlis pelancarannya, baru-baru ini dan mengatakan penghasilannya sebagai hadiah sempena Hari Kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Apakah kita mudah melupakan apa yang dilakukan Namewee atau Weng Meng Chee hingga begitu mudah untuknya berkarya dan apakah jaminan karyanya itu tidak akan mencetuskan kontroversi lagi?


Afdlin ketika dihubungi mengakui tidak menerima bulat-bulat karya baru artis yang pernah mencetus kontroversi yang memberi gambaran buruk kepada negara hingga mendapat perhatian kabinet.


Bagaimanapun, Afdlin yang juga pengarah terkenal dan pernah menang Pengarah Terbaik melalui filem Papadom berkata, dia tertarik dengan kekuatan mesej perpaduan serta semangat sayang negara yang ditunjukkan Namewee hingga membuatkan dia sedia menerima tawaran berlakon dalam filem itu.

"Apabila melihat skripnya, saya dapati jalan ceritanya menarik. Saya tahu dia (Namewee) pernah membuat tindakan keras yang memberi impak buruk kepada Malaysia sebelum ini. Sebelum menerima tawarannya, saya bertanya, menyelami isi hatinya dan mengajaknya memikirkan apa yang kurang jelas, tetapi mahu disampaikan kepada rakyat Malaysia.

"Dia mengakui memang sayang negara dan mahu merancang sesuatu yang memberi gambaran lebih tepat mengenai masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

"Jadi, dia menyuarakan hasrat dan mahu melakukan sesuatu demi kebaikan negara.
Dia mahu melakukan perkara positif yang mampu membuatkan semua kaum faham tanpa persepsi atau gambaran kurang tepat terhadap satu sama lain. Saya sendiri melihat skrip dan jalan ceritanya bagus," katanya ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan mungkin karya Namewee bakal mencetuskan kontroversi baru.

Ini kerana Namewee cuba merahsiakan sinopsis Nasi Lemak 2.0 apabila ditanya media ketika majlis pelancarannya, dua minggu lalu. Turut menjayakan filem ini Kenny & Chee, Reshmonu, Karen Kong, tetapi Afdlin, Adibah dan David tidak hadir sewaktu pelancarannya.

Kata Afdlin, dia tidak berlakon dalam keseluruhan filem itu dan hanya tampil dalam beberapa babak mengenai seorang suami berpoligami menjaga keharmonian dengan baik bersama empat isteri dikahwininya.

"Ia bukan satu sindiran atau menjolok adat budaya atau kepercayaan pegangan hidup orang lain. Ia ada jalan cerita cukup membuatkan bangsa satu sama lain memahaminya dengan lebih baik.

"Malah, filem Nasi Lemak 2.0 menggunakan bahasa Mandarin, Kantonis dan Hakka dengan tujuan memberi masyarakat Cina faham mengenai kepentingan semangat perpaduan dan bekerjasama dengan Melayu.

"Mesej Namewee kepada saya, dia mahu orang Cina mendapat gambaran jelas. Filem itu turut menyelitkan penggunaan bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui.

"Apabila saya tanya matlamat utama filem ini, katanya mahu memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. Kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.

"Bagi saya, kita tunggu saja tayangan Nasi Lemak 2.0 apabila ditayangkan seminggu selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-54," katanya.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan komen Adibah gagal kerana tidak dapat dihubungi. Penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu sebelum ini sering berlakon dalam filem arahan Yasmin Ahmad seperti Sepet, Mukhsin dan Talentime.

Sementara itu ketika majlis pelancaran filem itu, Namewee yang juga pencipta lagu latar berkata, filem itu berkisar kepada seorang chef menjadikan nasi lemak sebagai metafora perjalanan hidup menjadi identiti diri.

"Nasi Lemak makanan sarapan popular nasional dan menjadi menu kegemaran rakyat Malaysia pelbagai kaum. Matlamat utama adalah perpaduan dan makanan antara elemen menyatukan kita semua," katanya.

Namewee juga menafikan judul filem itu ada kaitan dengan perhimpunan haram di sekitar ibu negara, bulan lalu. Katanya, ini bukan gimik baru dan angka 2.0 bermaksud generasi baru komuniti 'online'.

"Judul sudah mendapat kelulusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada April tahun lalu dan turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Filem Nasi Lemak 2.0 arahan sulung Namewee menerusi hasil produksi gabungan Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment.

Tempoh siap filem itu sepatutnya pertengahan 2010, tetapi berlanjutan selama dua setengah tahun akibat isu kontroversi, penarikan diri pelabur serta penaja dan pos produksi.

Apapun, Nasi Lemak 2.0 akan menemui penonton di 60 pawagam seluruh negara apabila membuat tayangan perdana pada 8 September depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Koo-Tan cemas

Posted: 10 Aug 2011 10:44 AM PDT

KOO Kien Keat-Tan Boon Heong yang hanya memulakan cabaran sulung selepas tiga hari Kejohanan Dunia berlangsung berdepan dengan saat getir sebelum melangkah ke pusingan ketiga hari ini.

Naib juara tahun lalu itu yang juga pilihan keempat kejohanan, menewaskan Liu Xiaolong-Qiu Zihan dalam pertarungan yang mengambil masa 66 minit sebelum menang dengan 21-6, 20-22, 21-15, semalam.


"Kami terpaksa menunggu lama sebelum giliran kami bermain hari ini (semalam) dan selalunya perlawanan pertama sentiasa sukar. Tapi, kami bermain tanpa tekanan cuma ada sedikit masalah kerana baru hendak mencari rentak," kata Kien Keat selepas perlawanan itu.

Di atas kertas, beregu negara itu yang mendapat bye pusingan pertama memang tidak menghadapi masalah menundukkan pasangan China yang bukan pilihan itu tapi mereka dikejutkan dengan persembahan sukar lawan, terutama pada set kedua apabila ia berlangsung dengan sengit.


"Punca kami tewas set kedua kerana kami terlalu banyak bertahan. Kami juga satu atau dua pukulan lebih lambat berbanding mereka," kata Boon Heong.


Mengenai perlawanan berikutnya, bertemu pemenang di antara Chen Hung Ling-Lin Yu Lang dari Taiwan dan pasangan Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettler, Boon Heong berkata mereka tidak kisah siapa yang bakal ditemui tapi perlu meningkatkan persembahan masing-masing.

"Yang pasti, kami mesti meraih dulu 11 mata pertama dan cuba bergerak dari situ," katanya.


Kien Keat pula berkata, fokus mental mereka perlu lebih kuat jika ingin mara lebih jauh. Jurulatih beregu, Rexy Mainaky berkata keputusan semalam tidak melambangkan apa-apa kerana yang penting anak didiknya menang.

"Pemain lawan bertahan baik pada set kedua manakala Koo dan Tan pula melakukan banyak kesilapan. Tapi, tidak mengapa kerana yang penting, mereka menang dan terus mara," katanya.


Sementara itu, acara beregu wanita menyaksikan pasangan utama negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui begitu hampir mara ke pusingan ketiga sebelum tewas 16-21, 24-22, 20-22 dalam aksi maraton yang dimenangi gandingan Jepun, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa yang juga pilihan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Waspada musuh lama

Posted: 10 Aug 2011 10:40 AM PDT

DATUK Lee Chong Wei menganggap Park Sung-hwan yang akan ditemui di pusingan ketiga hari ini sebagai musuh lama, tapi yakin untuk menunjukkan pemain Korea itu jalan keluar daripada Kejohanan Dunia ini.

Pemain nombor satu dunia itu yang menyifatkan dirinya sudah semakin menemui rentak selepas mendapat 'feel' menyatakan corak permainannya bertambah baik berbanding pusingan pertama.


"Sung-hwan seorang pemain berpengalaman yang mempunyai corak permainan baik. Tapi, saya yakin dapat menewaskannya," katanya selepas menewaskan Ville Lang dari Finland, 21-10, 21-10 dalam masa 29 minit di Arena Wembley, semalam.

Sung-hwan pula menewaskan rakan senegaranya, Shon Wan-ho dengan 21-14, 21-10, juga di pusingan kedua.


Kali terakhir Chong Wei dan Sung-hwan bertemu adalah di Piala Sudirman, pada Mei lalu, dengan kemenangan berpihak kepada pemain negara itu.


Ditanya sama ada Sung-hwan berupaya meningkatkan corak permainannya nanti seperti mana yang dilakukan ketika menyingkirkan Lin Dan di pusingan ketiga di Paris tahun lalu, Chong Wei berkata: "Saya tidak kisah.

"Yang penting saya fokus kepada diri saya sendiri. Saya akan memberi tumpuan kepada corak permainan saya sendiri tanpa perlu risaukan mengenai Sung-hwan." Ditanya lagi mungkin fokus ini boleh bertahan sehingga 14 Ogos ini yang juga tarikh perlawanan akhir, Lin Dan pantas menjawab: "Ya." Lang pula berkata, dia memang menjangkakan tidak mempunyai jawapan kepada Chong Wei kerana selaku pemain nombor satu dunia, pencabarnya itu memiliki kelebihan dari semua segi sehingga menyukarkannya untuk menggugat.


"Saya sudah cuba yang terbaik, tapi mungkin masih belum mencukupi untuk membuat kejutan ke atas Chong Wei. Dia dalam kelas tersendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kekacauan kian merebak

Posted: 10 Aug 2011 08:11 AM PDT

LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain sejak beberapa generasi, kini merebak ke bandar lain semalam, sementara tiga lagi terbunuh ketika mempertahankan komuniti mereka.

Walaupun London kini tenang ekoran penempatan lebih ramai polis di jalan bandar raya itu, perusuh menyerbu tengah Manchester dengan membakar serta merompak kedai di situ.


Polis menganggap insiden terbaru ini sebagai "keganasan paling ekstrem melanda Britain dalam tempoh 30 tahun." Penjarah turut menyebabkan kekacauan di beberapa bandar di sekitar Midlands, termasuk Birmingham yang menjadi lokasi tiga pemuda Islam Asia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta.

Laporan mendakwa, mangsa baru saja meninggalkan masjid dan melindungi komuniti mereka ketika kejadian berlaku.


Kira-kira 200 orang keturunan Asia dari Birmingham berkumpul di luar hospital yang menempatkan mayat berkenaan.


Namun, di London, tiada keganasan terbaru dilaporkan selepas bandar raya itu kacau-bilau pada malam Isnin lalu.

Polis menahan lebih 1,100 orang di seluruh negara kerana terbabit dalam keganasan, kekacauan dan mencuri sejak rusuhan tercetus pada Sabtu di Tottenham, utara London.


Perdana Menteri, David Cameron, berikrar untuk "melakukan apa saja yang perlu bagi memulihkan keadaan di jalanan" tetapi kebanyakan kedai di London masih ditutup awal atas nasihat polis.

Datuk Bandar London, Boris Johnson, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan jumlah polis sebagai sebahagian daripada langkah berjimat-cermat dan mengurangkan defisit bajet negara.


Ketika Kerajaan menyalahkan penjenayah mengambil kesempatan atas kekacauan itu, pembangkang berkata, pemotongan belanjawan untuk perkhidmatan sosial dan kegagalan pihak berkuasa menangani masalah sosial menyumbang kepada rusuhan berkenaan.


Sesetengah daripada kawasan paling mundur di Britain menjadi lokasi rusuhan dengan kira-kira 200 orang menyerang polis dengan pelbagai objek di Toxteth, barat laut Liverpool.


Daerah itu pernah berlaku rusuhan besar-besaran pada 1981.


Di lokasi lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton, manakala sebuah balai polis berhampiran Nottingham dilontar bom api. Kekacauan turut dilaporkan berlaku di bandar Gloucester. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cameron ikrar kembalikan keamanan

Posted: 10 Aug 2011 08:09 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata kerajaan tidak akan membiarkan "budaya ketakutan" menguasai jalanan negara itu dan polis menyediakan pelan sokongan bagi menangani rusuhan, jika perlu.

"Kerajaan akan melakukan apa yang termampu bagi mengembalikan keamanan di jalanan kita. Tiada satu kemungkinan pun diketepikan, termasuk menggunakan meriam air yang selama ini tidak pernah digunakan di England," katanya.


Istilah "budaya ketakutan" adalah ungkapan digunakan kebanyakan cendekiawan, ahli politik dan wartawan bagi merujuk kepada tindakan sesetengah pihak mencetuskan kekacauan bagi mencapai objektif politik mereka. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved