Selasa, 7 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Amal gaya hidup sihat

Posted: 07 May 2013 07:00 AM PDT

Daripada data kajian di seluruh dunia, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di United Kingdom, 10.8 peratus di Amerika Syarikat, 11.2 peratus hingga 12.5 peratus dalam kalangan pelajar sekolah di Navajo Indian, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus lagi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di kawasan luar bandar di Malaysia.

Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Margaret Kannim­mel berkata, obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu ditangani segera.

Menurutnya, kanak-kanak yang memiliki masalah berat badan berlebihan cenderung untuk membesar menjadi individu dewasa obes. Mereka mempunyai risiko tinggi untuk berhadapan dengan masalah kesihatan serius termasuk serangan jantung, angin ahmar, diabetes Jenis 2, kanser usus, apnea tidur dan juga tekanan darah tinggi.

Malah, risiko masalah kesihatan ini akan lebih ketara sekiranya individu berkenaan tidak mengawal peningkatan berat badan mereka secara serius.


"Memiliki berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan tekanan psikologi. Usikan mengenai penampilan diri mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak berkenaan dan ia boleh membawa kepada pengasingan diri daripada rakan sebaya serta masalah kemurungan," katanya.


Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan, kebarang­kalian anak mereka berhadapan dengan masalah sama adalah 50 peratus.

Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti maka ada kemungkinan sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.

Tetapi faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah ini kerana faktor berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan diet tidak seimbang dan juga kekurangan aktiviti fizikal.

Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk kanak-kanak me­ngalami masalah obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk kanak-kanak.

Selain itu, senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak sehingga ada yang yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakan waktu di hadapan TV dan juga komputer.

Obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak badan secara berlebihan. Seseorang itu dikatakan mengalami obesiti apabila jumlah berat badan adalah lebih 25 peratus lemak di kalangan kanak-kanak lelaki manakala lebih daripada 32 peratus lemak di kalangan kanak-kanak perempuan.

Dr Margaret berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan tidak digalakkan untuk menurunkan berat badan mereka secara drastik.

Sebaliknya, mereka disarankan untuk mengekalkan berat badan dan secara beransur-ansur mengurangkan berat badan berkenaan se­iring ­dengan tumbesaran mereka.

"Kanak-kanak tidak sepatutnya diberikan diet mengurangkan berat badan tanpa nasihat pakar perubatan bertauliah kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan mereka.

"Diet yang tidak terkawal terutama di kalangan gadis remaja boleh menyebabkan masalah gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia," katanya.

Malah, ada bukti menunjukkan lebih mudah untuk mengubah tabiat makan kanak-kanak dan juga menerapkan tabiat mengamalkan senaman berbanding orang dewasa.

Bagi ibu bapa yang risau mengenai berat anak sebaiknya galakkan pengambilan makanan yang segar dan berkhasiat dalam penyediaan diet harian mereka.

Makanan berkanji yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti roti, kentang, pasta, nasi dan capati membekalkan separuh daripada sumber tenaga diperlukan kanak-kanak dalam diet mereka.

Ia lebih berkhasiat berbanding membekalkan anak dengan makanan yang me­ngandungi kadar lemak yang tinggi seperti coklat, biskut, kek dan juga kerepek.

"Selain itu, ubah cara penyediaan hidangan ­dengan memanggang atau membakar berbanding hanya menggorengnya saja. Burger, jejari ikan dan juga sosej juga lazat dinikmati apabila dipanggang malah, memiliki kandungan lemak yang rendah," katanya.

Selain itu, elakkan pe­ngambilan minuman bergas kerana ia mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi. Satu tin soda mengandungi sembilan sudu teh gula.
Gantikan minuman berkenaan dengan memberikan jus yang ditambah dengan air ataupun pilihan minuman tanpa gula yang lain.

Di samping itu, ibu bapa boleh menyediakan hidangan sarapan pagi yang sihat menggunakan bijirin rendah gula bersama susu dan juga buah-buahan sebagai sumber tenaga terbaik pada hari berkenaan.

Ubah tabiat makan anak

  • Pamerkan contoh pe­ngambilan diet seimbang kepada anak.
  • Sediakan makanan dan snek menyihatkan pada masa ditetapkan bagi mengelakkan keinginan mendadak terhadap makanan yang tidak sepatutnya.
  • Jangan membenarkan anak menikmati makanan mereka ketika menonton TV atau membuat kerja sekolah.
  • Jadikan waktu makan sebagai acara yang meriah dengan menikmatinya bersama keluarga.
  • Galakkan anak mengenali tubuh mereka dengan baik dan makan apabila mereka berasa lapar saja bukan sebaliknya.
  • Ajar anak untuk me­ngunyah makanan secara perlahan-lahan dan menikmati hidangan dengan sepenuhnya. Ini akan membuatkan mereka kenyang dengan cepat dan mengelakkan terlebih makan.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak makanan ringan yang memiliki kandungan lemak dan gula yang tinggi di rumah.
  • Jangan jadikan hari riadah keluarga sebagai 'program' untuk menikmati makanan segera secara rutin.
  • Galakkan anak untuk membabitkan diri dalam proses penyediaan makanan kerana ini akan me­nyedarkan mereka me­ngenai bahan digunakan apabila menikmati makanan nanti.
  • Jangan menjadikan makanan sebagai satu cara untuk memujuk anak, sebaliknya berikan lebih perhatian, dengar masalah dan peluk anak untuk membantu mengurangkan kesedihan mereka.
  • Di samping itu, jangan menjadikan makanan sebagai ganjaran kerana ia boleh menanam idea makanan boleh digunakan segera sebagai satu cara untuk mendapatkan keselesaan dalam diri anak.
  • Ubah persepsi anak dan elakkan majlis keraian menggunakan makanan segera sebaliknya berikan hadiah, tengok wayang ataupun benarkan mereka bermalam di rumah rakan sebagai tanda ganjaran.

    Aktiviti fizikal

  • Antara saranan yang boleh dilakukan bagi me­ngelakkan obesiti di kala­ngan kanak-kanak ialah dengan ­meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh antaranya berjalan ­dengan pantas sekurang-kurangnya satu jam sehari.
  • Amalkan aktiviti berjalan kaki sama ada untuk ke sekolah atau ke kedai berbanding terlalu bergantung kepada kenderaan untuk melakukannya.
  • Jalankan aktiviti riadah luar membabitkan semua ahli keluarga antaranya berbasikal, berenang dan sebagainya.

    Kekurangan aktiviti fizikal

  • Ia ditonjolkan sama ada dengan pelakuan menghabiskan masa lapang ­dengan hanya menonton TV atau permainan komputer. Ketagihan ini perlu dihadkan dengan melakukannya tidak lebih daripada dua jam sehari.

    Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak untuk memilih program yang ditonton dan hanya fokus kepada rancangan yang menarik minat mereka saja.

    Langkah pencegahan yang boleh dilakukan:

  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu walaupun untuk jang­ka masa singkat mampu mengurangkan risiko obesiti apabila dewasa.
  • Ibu bapa yang mengamal­kan pengambilan diet seimbang dengan menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai bahan utama menjadi contoh terbaik untuk anak.
  • Apabila anak makin membesar anak akan menjadikan diet yang diambil di rumah sebagai pola pemakanan mereka.
  • Galakkan aktiviti fizikal yang sihat dan cergas sebaik saja mereka boleh berjalan. Langkah ini membantu mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
  • Khairul tak kisah diperli rakan

    Posted: 07 May 2013 06:59 AM PDT

    Walaupun memiliki fizikal badan yang agak besar berbanding rakan seusia tetapi ia tidak menghalang Muhammad Khairul Haziq Zikri Ab Ghani, 11, untuk aktif sama ada di rumah ataupun di sekolah.

    Dia tidak pernah merasakan dirinya berbeza apabila berada bersama rakan-rakannya. Setiap aktiviti dilakukannya sama seperti kanak-kanak lain tanpa membataskan kebolehan diri disebabkan saiz badannya yang agak besar.

    Malah, dia yang menyertai pasukan hoki di sekolahnya bercita-cita untuk menjadi pemain hoki apabila dewasa kelak.

    Katanya, kebanyakan rakan menerima dirinya seadanya tetapi telinganya tetap terdengar kata-kata yang sinis. Namun ia tidak menjadi kudis kepada Muhammad Khairul yang jelas berasa selesa dengan dirinya sendiri.


    "Saya tidak pernah menjadikan kata-kata kurang enak itu sebagai penyebab untuk saya berasa kurang yakin pada diri. Selagi mereka tidak mengganggu saya dan menyebabkan kecederaan, saya anggap ia sebagai gurauan. Saya tidak menyimpan perasaan benci atau tidak suka terhadap mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.


    Anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui gemar hidangan berasaskan ayam. Walaupun mengambil nasi secara bersederhana tetapi dia mampu menghabiskan tiga ketul ayam pada satu masa.

    "Saya tidak menambah nasi tetapi tidak boleh tidak berlaukkan ayam. Walaupun ibu ada menyediakan ikan ataupun daging saya tetap memilih ayam.

    "Bahagian ayam yang saya gemari ialah paha dan bahagian yang ada tulang.

    Rasanya lebih enak terutama jika digoreng garing," katanya.

    Sementara itu, menurut bapanya, Ab Ghani Ghazali, 56, sebelum ini anaknya itu membesar seperti kanak-kanak lain tetapi nafsu makannya bertambah dan makin meningkat ketika berusia sembilan tahun.

    Sebagai bapa, dia sentiasa berusaha mengawal pemakanan yang diambil anaknya bagi memastikan dia tidak mengalami masalah berkaitan kesihatan.

    "Jika di rumah mungkin saya boleh mengawal diet hariannya, tetapi apabila berada di luar agak sukar untuk melakukannya. Biasanya apabila berada di majlis keraian ataupun kenduri Muhammad Khairul akan memilih hidangannya sendiri," katanya.

    Tetapi, dia tetap bersyukur kerana saiz badan anaknya yang besar itu tidak mengehadkan aktiviti hariannya. Dia anak yang aktif terutama apabila bertemu rakan sebaya.

    Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Dia tidak mahu anaknya berhadapan dengan masalah lebih besar disebabkan keadaan berat badannya itu.

    "Saya ingin dia membesar seperti kanak-kanak lain tetapi tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepadanya. Biarlah dia dengan kegemarannya tetapi tetap perlu berpada-pada.

    "Saya tetap akan melakukan pengawasan dari semasa ke semasa terutama terhadap pemakanannya bagi memastikan keadaan fizikal Muhammad Khairul bersesuaian dengan usianya," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Tiga kenderaan rentung

    Posted: 06 May 2013 11:52 AM PDT

    Pelabuhan Klang: Tiga kenderaan hangus dalam kejadian berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Keladi, Taman Kem, di sini, malam kelmarin.

    Difahamkan, kejadian itu disedari seorang lelaki berusia 30-an sebaik ternampak api menjulang yang disangka pokok terbakar sebelum menghubungi bomba.

    Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.58 malam sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

    Katanya, kebakaran dapat dikawal 10 minit kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan RM300,000.

    Foto

    KEADAAN kereta yang hangus dalam kebakaran di Jalan Keladi, Taman Kem, kelmarin.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    'Pil gemuk' untuk montel macam Aishwarya Rai

    Posted: 06 May 2013 09:23 AM PDT

    New Delhi: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama.

    Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu.

    Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha
    Beberapa doktor memberitahu, sesetengah wanita di India mengambil ubat berasaskan steroid - digelar sebagai "pil gemuk" - untuk menaikkan berat badan.
    Kata doktor, ubat itu berisiko menyebabkan penggunanya mengalami kerosakan limpa dan buah pinggang, selain osteoporosis.

    Foto

    AISHWARYA dikutuk kerana berat badannya naik selepas gambar ini disiarkan pada April 2012.


    Dalam kes tertentu, pil berkenaan boleh menyebabkan seseorang buta.


    Seorang pakar perunding buah pinggang berkata, wanita muda kini terpengaruh untuk mengubah bentuk fizikal menyerupai selebriti.

    Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin.

    "Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang," katanya.

    Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi.

    Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

    Ulat bulu ancam pokok Oak

    Posted: 06 May 2013 09:14 AM PDT

    London: Saintis kini bertungkus-lumus untuk menyekat kebanjiran ulat bulu beracun daripada mengancam ribuan pokok oak.

    Cubaan untuk membunuh ulat bulu itu - yang disahkan berbahaya kepada manusia - setakat ini gagal, memaksa pakar meneliti semula strategi mereka untuk menghalang ia terus membiak. Larva ulat bulu itu sudah memusnahkan banyak pokok di sekitar London sejak bulan lalu selepas ia masuk ke Britain melalui pokok diimport dari Eropah. Ulat bulu itu memenuhi pokok oak dengan sarang sehingga menyebabkan tumbuhan itu menderita sebelum akhirnya mati.


    Pokok yang 'dijajah' ulat bulu itu juga dipenuhi dengan bulu berbahaya yang boleh menyebabkan gangguan pada mata serta kulit.

    Semalam, saintis mengakui mereka mungkin tidak mampu menghapuskan ulat bulu berkenaan.


    Sebaliknya, kata mereka, cara yang terbaik dapat dilakukan ialah "memperlahankan pembiakan" ulat itu dengan mengawal kawasan yang sudah dijangkiti.


    Larva ulat bulu itu dikesan di seluruh London sejak minggu lalu. Dipercayai ulat bulu itu tiba di barat daya London melalui pokok oak diimport dari Itali pada 2006. - Daily Mail

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Najib angkat sumpah

    Posted: 06 May 2013 12:05 PM PDT

    Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada jam 4.07 jam petang semalam.

    Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.


    Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

    Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

    Tambat bongkah besi

    Posted: 06 May 2013 12:04 PM PDT

    Seorang lelaki dibunuh dengan kejam apabila tangan dan kakinya diikat dawai selain ditambat pada bongkah besi sebelum dicampak ke dalam lombong berhampiran Kawasan Industri Bemban, di sini.

    Mayat mangsa lelaki berusia 30-an itu dipercayai dibunuh lebih lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui oleh seorang penternak lembu pada jam 5 petang semalam.


    Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mayat mangsa ditemui saksi berusia 80 tahun ketika menghalau lembunya ke kandang melalui tepi lombong berkenaan.

    Menurutnya, penternak lembu itu terhidu bau busuk dan ternampak mayat seorang lelaki timbul di lombong berkenaan.


    "Lelaki itu kemudian terus menghubungi polis berhubung penemuan mayat itu. Pihak polis kemudian menarik mayat mangsa ke tebing lombong sebelum siasatan dilakukan.


    "Hasil siasatan mendapati hanya kepala mangsa timbul di permukaan air manakala badan mangsa masih tenggelam di dalam air. Pemeriksaan mendapati tangan dan kaki mangsa diikat dengan dawai," katanya.

    Menurutnya, terdapat ukiran tatu pada badan mayat mangsa yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.


    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Pelakon pilihan Astro Ceria

    Posted: 06 May 2013 06:11 AM PDT

    Usia mereka baru mencecah lapan tahun, namun keletah dan lagak ditonjolkan jauh lebih matang. Barangkali, sudah terbiasa dengan permainan watak membuatkan dua pelakon cilik popular tanah air, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan dan Rykarl Iskandar bijak berkata-kata.

    Berikan apa saja soalan, mereka sudah mampu menjawabnya dengan mudah. Walaupun Mia Sara masih kelihatan malu-malu tetapi Rykarl atau nama sebenarnya, Nor Heidzriq Haikal Norhamizan memang selamba. Pun begitu, bapa mereka tetap menjadi tempat rujukan jawapan.

    Ketika bersua dengan mereka di lokasi penggambaran telefilem Miss Aaliyah arahan Hashim Rejab untuk tayangan Astro Ceria (saluran 611) di Templer Park Resort, Rawang, baru-baru ini, gandingan dua pelakon cilik ini bukan saja mantap, malah nampak cukup serasi.

    Walaupun sebaya, Mia Sara dan Rykarl masih mampu menjiwai watak mereka dengan baik sebagai adik-beradik. Tahap profesional pelakon kanak-kanak yang boleh dilabel 'gifted' ini tak mampu disangkal lagi.


    Justeru, tak hairanlah apabila kelibat Mia Sara dan Rykarl kini sering disaksikan bersatu dalam drama dan telefilem terutama untuk saluran Astro Ceria. Antaranya telefilem Strawberi & Karipap, drama Geng Budak Sekolah (GBS) musim kelima dan program 'prank' Kan Dah Kena!


    Namun, adakah kedua-dua bintang cilik berbakat besar ini benar-benar sudah selesa dengan pencapaian diraih mereka? Bahkan, bagaimana pula dengan aspek 'persaingan' yang dilihat daripada kaca mata mereka?

    Berbicara soal ini, Mia Sara dan Rykarl nyata mempunyai pendapat masing-masing kerana apa yang pasti pembabitan mereka dalam seni diakui berpaksikan minat mendalam terhadap lakonan.

    Rykarl petah tetapi teliti mengatur bicara

    Sepanjang berbual dengan Rykarl, kepetahannya tak mampu dinafikan. Justeru, tak hairanlah apabila dia yang sekecil itu sudah berupaya meraih kepercayaan besar untuk terbabit dalam program 'prank' popular, Kan Dah Kena! yang mengenakan artis serta selebriti popular tanah air.

    Mengakui memiliki minat mendalam pada lakonan, pelakon filem Ajiboy itu memaklumkan semestinya dia perlu bersungguh-sungguh menonjolkan bakat seni yang dimiliki dan tidak boleh asyik bermain-main saja.

    "Kini, berlakon adalah karier tetap saya selain sibuk belajar. Jadi, saya perlulah lebih serius. Apatah lagi, sejak kecil saya memang sudah berminat dengan lakonan dan berhasrat menjadi pelakon.

    "Sekarang, syukur kerana segala yang saya impikan sudah menjadi kenyataan. Peluang berlakon sudah diperoleh dan tawaran juga banyak. Malah, syukur saya makin dikenali ramai.

    "Apapun, sebagai pelakon baru yang masih mengumpul pengalaman, saya tidak cerewet dalam memilih watak. Saya akan terima saja apa watak sekiranya sesuai untuk dilakonkan," katanya.

    Menyentuh soal hubungan rapatnya dengan Mia Sara, kata Rykarl, mereka hanya bersahabat sebagai rakan ketika pelakon dan pada usia masih kecil, takkan bercinta.

    "Mana boleh cinta, kami berdua masih kanak-kanak lagi. Saya hanya suka berkawan dengan Mia Sara kerana kami sama-sama pelakon dan sering juga digandingkan berlakon bersama.

    "Macam saya, Mia juga seorang pelakon yang berbakat. Apatah lagi, kami berdua memiliki keserasian apabila berlakon bersama. Saya seronok berlakon dengan Mia kerana kami juga saling membantu. Bagi saya, kami bukan pesaing dan tiada persaingan pun yang berlaku," katanya.

    Berbicara pula soal peminat, Rykarl berkata, dia gembira dan tak sangka sekarang dirinya sudah mempunyai kelompok peminat sendiri. Ujarnya, apapun, buat masa ini dia masih belum puas dengan pencapaiannya.

    Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, walaupun dia turut terikat dengan kesibukan di lokasi penggambaran tetapi pelajaran tetap tidak dilupakan.

    Kata pelajar Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway ini, perjalanan hidupnya masih jauh dan pelajaran sangat penting.

    "Apapun, yang penting setakat ini cikgu faham dengan karier saya sebagai pelakon. Bahkan, mereka memberi galakan kerana sudah tahu lakonan adalah minat saya.

    "Saya juga selalunya akan memberitahu cikgu terlebih dulu jika terbabit dengan penggambaran yang panjang dan terpaksa mengambil cuti. Ini kerana, pada saya berlakon tak harus menjadi penghalang untuk saya belajar seperti rakan lain," katanya.

    Bersyukur kerana memiliki ibu dan bapa yang memahami minatnya dan memberikan sokongan penuh, Rykarl berkata, menjadi matlamat dirinya tidak mahu mengecewakan keluarga dan sokongan ibu bapa adalah pembakar semangat dirinya.

    Mia tak pernah rasa tercabar dengan persaingan

    Mula dikenali ramai menerusi drama Adamaya bersama Lisa Surihani dan Sein Ruffedge kira-kira empat tahun lalu, Mia Sara boleh dikatakan 'pembuka jalan' kepada lebih ramai bakat pelakon kanak-kanak diketengahkan selepas dirinya.

    Apatah lagi, dia yang ketika itu ber­usia lima tahun sudah mampu mempersembahkan lakonan meyakinkan hingga namanya menjadi sebutan ramai. Kini, sebut saja nama Mia Sara, siapa yang tidak mengenali si cilik comel ini.

    Tatkala berbicara dengannya, Mia Sara cukup peramah. Mudah didekati, bintang muda yang kini dipilih menjadi duta kepada produk susu Dutch Lady itu memaklumkan jadual lakonannya masih padat dan dia bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan rezeki.

    "Cuma, sekarang saya lebih rindu nak berlakon filem semula. Apapun, sekiranya mendapat tawaran dan watak yang sesuai, saya sedia terima. Bagaimanapun, sekarang ini jadual saya memang sibuk.

    "Selain sibuk dengan berlakon, saya juga terbabit dengan iklan serta sudah mula belajar mengacara. Saya sangat gembira mendapat peluang mengacara dalam program Whazzup Ceria di Astro Ceria. Memang saya tak sangka, ada juga bakat mengacara.

    "Pada awalnya, saya sekadar cuba-cuba saja. Tetapi, memang seronok juga mencuba perkara baru. Apapun, di antara mengacara dan berlakon, saya tetap memilih lakonan sebagai pilihan pertama," katanya.

    Menyentuh mengenai pelajarannya, anak ketiga daripada empat beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Damansara itu berkata, semuanya berjalan lancar kerana penyusunan jadual sudah diatur bapanya, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh.

    "Setakat ini, pelajaran saya tidak terganggu pun. Bahkan, cikgu di sekolah pun faham sekiranya saya terikat dengan sebarang jadual lakonan. Apapun, papa yang urus semua itu dan tidak susah untuk saya bahagi masa di antara pelajaran dan berlakon," katanya.

    Mengulas mengenai gandingannya bersama Rykarl, tanpa berselindung Mia berkata, dia seronok berlakon bersama Rykarl kerana mereka berdua memiliki keserasian serta persahabatan yang baik.

    "Cuma, saya kurang selesa apabila hubu­ngan rapat dengan Rykarl menjadi gosip. Saya masih kanak-kanak dan hubungan rapat dengan Rykarl pun kerana kami selalu digandingkan berlakon bersama.

    "Rykarl adalah kawan baik saya dalam bidang lakonan dan dia tidak pun saya anggap sebagai pesaing," katanya yang turut dipilih menjadi wajah iklan untuk kempen Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta muncul dalam iklan rangkaian telekomunikasi terkemuka, DiGi.

    Sudah berada dalam kelasnya tersendiri, kini karier seni Mia yang semakin stabil dan kukuh membuatkan dia tidak perlu lagi terlalu berpenat lelah seperti dulu. Akui Mia, kini dia lebih memberi tumpuan hanya pada tawaran yang sudah dipilihnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06

    Jay Park nyanyi untuk Will Smith

    Posted: 06 May 2013 05:03 AM PDT

    Tuah penyanyi berkaliber kelahiran Amerika Syarikat, Jay Park nampaknya semakin meluaskan empayarnya dan tidak lama lagi menyumbangkan suara untuk filem lakonan aktor tersohor Hollywood, Will Smith.

    Menurut sumber dari Sidus HQ, baru-baru ini mendedahkan Jay Park bakal menyanyikan lagu berjudul I Like to Party sebagai lagu tema kredit penamat filem After Earth yang akan ditayangkan di Korea Selatan pada 30 Mei ini.

    Turut didedahkan, Will Smith sendiri yang menghantar permintaan kepada Jay Park untuk terbabit dalam album runut bunyi filem berkenaan bagi pasaran Korea Selatan. Secara tidak langsung, Jay Park juga terbabit sama dalam penulisan serta penghasilan lagu berkenaan.

    Sementara itu, kedua-dua mereka juga bakal dipertemukan di acara karpet merah acara tayangan serta promosi filem After Earth di negara itu hari ini.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Farizal pikul tugas berat

    Posted: 06 May 2013 11:24 AM PDT

    Kuala Lumpur: Sejauh mana kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mencabar kedudukan peneraju Liga Super LionsXII bakal teruji apabila berdepan perlawanan cukup getir menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Abdul Rahman Paroi malam ini.

    Ia pertembungan cukup penting buat kedua-dua pasukan untuk memberi tekanan ke atas pasukan dari Singapura itu yang akan turun lebih awal hari ini menentang Terengganu di gelanggang lawan.


    Johor DT yang dikendalikan Fandi Ahmad mungkin cemas dengan kekalahan 0-3 kepada Perak dalam perlawanan terakhir liga, namun penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun tetap menegaskan aksi malam ini bukanlah semudah disangkakan.

    Ini kerana dia menjangkakan skuad The Gladiators perlu berkerja keras khususnya di bahagian pertahanan untuk menyekat jentera serangan pasukan pelawat yang dibarisi pemain bintang tempatan dan luar negara.


    "Saya jangkakan pertemuan dengan Johor (DT) ini pasti sengit. Mereka mempunyai pemain penyerang bagus seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Safee (Sali) dan penyerang baru (Leonel Nunez).


    "Jadi pemain pertahanan perlu kerja lebih untuk menghalang mereka tapi saya yakin kami mempunyai pemain pertahanan yang berpengalaman seperti Shukur Adan dan Irwan Fadly (Idrus) yang boleh memberi arahan kepada pemain-pemain lain di atas padang," katanya.

    ATM yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan kini beraksi lebih satu perlawanan berbanding LionsXII selepas mengalahkan T-Team 1-0 untuk menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata, satu mata di belakang pendahulu liga itu.


    Bagi Farizal mereka tidak mahu menjadikan faktor kecergasan menjadi alasan bagi mereka mengutip tiga mata penuh menentang pasukan lawan yang berehat lebih panjang selepas tidak beraksi minggu lalu.

    "Jurulatih memberi pemain-pemain cuti rehat selama dua hari dan saya rasa ia cukup untuk kami kembali cergas. Kami perlu menang perlawanan esok (hari ini) kerana kami tidak boleh ketinggalan jauh dengan LionsXII," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

    Luiz macam 'angsa mati'

    Posted: 06 May 2013 11:15 AM PDT

    London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson mendakwa pemain pertahanan Chelsea dari Brazil David Luiz berlakon seperti 'angsa mati' dalam insiden yang menyebabkan pertahanan United Rafael da Silva dibuang padang pada pertemuan di Old Trafford, semalam.

    United tumpas 0-1 kepada kelab dari London itu, keputusan yang mengukuhkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat pasukan teratas bagi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur di laman sendiri esok.


    Pengurus veteran United itu mengakui tidak mahu mempertikaikan mengenai keputusan perlawanan itu di mana mereka buat kali pertama gagal menjaringkan gol dalam perlawanan liga di gelanggang sendiri namun berang dengan insiden Rafael di buang padang.

    Pemain Brazil itu melakukan kekasaran terhadap rakan senegaranya Luiz namun pemain pertahanan Chelsea itu dilihat tersenyum apabila terbaring di atas padang ketika pengadil Howard Webb melayangkan kad merah.


    "Dia (Rafael) bertindak balas tapi Luiz jelas dua kali menyikunya sebelum berguling seperti angsa mahu mati dan itu yang menyebabkan pengadil percaya," kata Ferguson. "Dia tersenyum. Ia sangat teruk, adakah itu tindakan seorang pemain profesional? "Pengadil melihat Luiz berguling. Tapi sama ada beliau terpengaruh dengan tindakan itu, saya tidak pasti.


    "Apabila pemain bertindak balas, dia pasti akan dihukum. Anda boleh lihat pemain Eropah, pemain luar dan Amerika Selatan bertindak seperti ini.

    "Dia (Rafael) disiku dan bertindak balas. Biasanya pemain yang bertindak balas akan dikenakan hukuman lebih berat tapi Luiz dengan jelas menyikunya sebanyak dua kali.


    "Apa yang dilakukan itu sesuatu yang teruk, dia pemain muda dan seharusnya lebih tahu. Saya tidak menganggap ia satu keganasan. Pengadil tidak melihat insiden itu tapi saya fikir dia terpengaruh selepas melihat Luiz berguling di atas padang sebelum mengeluarkan kad merah."- Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved