Sabtu, 11 Mei 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


20 kawasan 'merah'

Posted: 10 May 2013 11:17 AM PDT

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti 20 kawasan awam yang sering berlaku banjir terutamanya setiap kali berlakunya hujan lebat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, hampir semua kawasan berkenaan bertumpu di jalan raya yang sering dilalui orang ramai.


"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kejadian banjir kilat di sini bukanlah disebabkan keadaan sistem saliran longkang yang tersumbat tetapi lebih kepada jumlah kuantiti air yang terlalu banyak dalam satu masa.

"Ini menyebabkan saliran air seperti longkang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dalam satu masa sehingga menyebabkannya melimpah, sekali gus menyebabkan banjir kilat," katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.


Tambahnya, antara kawasan yang sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat berlaku adalah Jalan Tun Razak, Jalan Mahameru, Jalan Duta dan Jalan Genting Klang.


"Justeru, saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan. Jika boleh jangan melalui kawasan tersebut setiap kali hujan lebat berlaku bagi mengelakkan terperangkap dalam banjir.

Foto

BANJIR kilat di sekitar Jalan Pantai Baharu, baru-baru ini.

"DBKL kini memantau semua lokasi itu dan akan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku runtuhan pada dinding longkang.


"Ketika ini, DBKL sedang meneliti mengenai keperluan pelebaran saluran longkang. Misalnya di Jalan Mahameru, DBKL mendapat kerjasama daripada syarikat swasta untuk melebarkan longkang di situ, bagi menampung jumlah air hujan yang ada.

"Selain itu, DBKL juga bekerjasama dengan Alam Flora dalam melakukan kerja pembersihan longkang yang tersumbat untuk mengurangkan kesan banjir kilat di sini," katanya.


Tambah Ahmad Phesal lagi, beliau mengeluarkan arahan agar Jabatan Penguatkuasaan DBKL menyediakan sehingga 300 anggota yang akan bertugas serta-merta setiap kali berlaku hujan dan banjir.


"Ini bermakna setiap kali mendung dan hujan, semua 300 kakitangan ini akan bergegas ke lokasi di sekitar bandar raya terutamanya di 20 kawasan (yang sering banjir) tersebut bagi mengawal lalu lintas.


"Dalam masa sama, DBKL kini bercadang untuk mendapatkan kerjasama dari pasukan RELA sebagai bantuan tambahan kepada kakitangan terutamanya ketika kecemasan seperti banjir dan tanah runtuh berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Helah BWF?

Posted: 10 May 2013 09:31 AM PDT

Kuala Lumpur: Apa helah sebenar di sebalik tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberi tiket wild card kepada pemenang emas Olimpik badminton sebanyak dua kali, Lin Dan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China 5-11 Ogos depan?

Reaksi tidak senang pemain lain termasuk pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yang berusaha gigih memungut mata untuk melayakkan diri ke kejohanan itu bukanlah perkara yang pelik kecuali tindakan BWF itu sendiri.


"Saya tidak marah tapi tidak adil kepada semua pemain lain. China sememangnya sebuah negara yang kuat dan tiga pemain mereka sedia layak, kini Lin Dan menjadi pemain keempat. Jika mereka tolak seorang pemain dan masukkan Lin Dan, saya rasa itu lebih adil," kata Chong Wei.

Berdasarkan peraturan sebenar BWF, tiket wild card hanya diberi kepada pemain dari sesebuah negara yang tidak mempunyai wakil layak secara merit.


Malah sejak Olimpik London, Lin Dan berehat selama lapan bulan sebelum kembali menyertai Kejohanan Badminton Asia (ABC), tanpa perlu bekerja keras dihadiahkan wild card, pastinya satu tindakan tidak sihat diamalkan BWF.


Jelas sekali di sini, tindakan BWF nampaknya ada kaitan permainan percaturan politik menjelang pemilihan baru presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebelum Piala Sudirman bermula di Kuala Lumpur yang akan dilangsungkan 17 Mei ini.

Foto

CHONG WEI

Ketika ini makin ketara betapa tindakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menarik diri dan memberi sokongan kepada calon dari Indonesia, Justian Suhandinata, tidak disenangi Eropah terutamanya Denmark yang mempertaruhkan wakilnya, Poul-Erik Hoyer-Larsen.


Malah tindakan memberi tiket wild card kepada Lin Dan ini, umpama umpan yang diberi orang kuat Denmark, Thomas Lund yang juga Setiausaha Agung BWF, untuk memastikan China, menyokong Hoyer-Larsen.

Benar atau tidak telahan ini, tiada siapa yang tahu sehingga ada pihak menampilkan bukti namun apa yang dilakukan BWF sememangnya tidak adil dan tiada gunanya membuat peraturan.


Jika BWF mengharapkan kemeriahan dengan kehadiran Lin Dan pada kejohanan yang akan dianjurkan di negara itu, mereka ternyata silap kerana sudah banyak kali juara dunia empat kali itu memperlekehkan peraturan badan induk badminton dunia itu dengan tidak menyertai kejohanan serta memberi kemenangan percuma kepada rakan senegaranya.


Begitupun, bagi Chong Wei, dia tetap akan mendepani halangan biarpun cabaran kali ini nampaknya lebih besar. Chong Wei bukan hanya akan berdepan lawan sukar seperti Lin Dan, Chen Long dan pemain lain, malah halangannya juga datang dari BWF sendiri. "Saya akan ke Terbuka Indonesia sebelum Kejohanan Dunia. Berdepan tiga pemain China di Olimpik sudah cukup 'pening', apa lagi empat pemain."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10

Wajib menang!

Posted: 10 May 2013 09:21 AM PDT

Madrid: Real Madrid enggan menyerah kalah dalam beberapa minggu terakhir namun pendahulu La Liga, Barcelona akhirnya berpeluang menentukan nasib sendiri dan memastikan gelaran liga ke-22 menerusi kemenangan ke atas Atletico Madrid, awal pagi Isnin ini.

Barca memerlukan dua mata menerusi baki empat perlawanan untuk merampas kembali kejuaraan liga yang dimenangi musuh tradisinya itu tahun lalu, yang sudah beraksi lebih satu perlawanan dan memerlukan kemenangan di Espanyol awal pagi esok untuk terus menghidupkan saingan merebut kejuaraan.


Ia bakal menjadi kejuaraan liga keempat kelab Catalan itu dalam tempoh lima tahun, pencapaian yang menghampiri kejayaan "Pasukan Impian" apabila menang empat kali berturut-turut pada 1990-an, dan kejuaraan pertama di bawah kendalian jurulatih baru, Tito Vilanova, yang menggantikan Pep Guardiola hujung musim lalu.

Atletico sudah mengesahkan kedudukan ketiga dan tiket ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.


Mereka akan menentang Real pada final Piala Raja Sepanyol dalam tempoh seminggu lagi namun jurulatih Diego Simeone berkata, beliau dan pemain tidak akan terganggu dengan kemungkinan memastikan musuh setempat itu menamatkan musim ini tanpa sebarang kejuaraan.


"Kami tidak boleh membenarkan diri kami lupa mengenai perlawanan seterusnya kerana pendekatan kami tidak pernah berbeza, kami perlu fokus dalam aksi menentang Barcelona," kata Simeone.

"Kami sedar perlawanan itu sukar namun penyokong perlu bersatu dan meraikan kejayaan melangkah ke Liga Juara-Juara," katanya.


"Ia akan menjadi cabaran dan kita akan melihat esok bagaimana perasaan pemain menjelang perlawanan." Real menang besar 6-2 di laman sendiri mengatasi Malaga kelmarin untuk merapatkan jurang kepada lapan mata dan walaupun kemenangan di Espanyol menjadikan perbezaan lima mata, kemenangan Barca di Calderon akan memberikan mereka kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan lagi ketika Real hanya bakal mempunyai baki dua perlawanan dengan mata maksimum enam mata. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Melecur redah api

Posted: 10 May 2013 11:26 AM PDT

Kapit: Dua penghuni Rumah Panjang Agan, di sini, melecur teruk apabila api menyambar baju dan seluar dipakai mereka ketika kedua-duanya meredah api bagi menyelamatkan barangan berharga selepas kediaman mereka di Kilometer 3, Bukit Guram, di sini, terbakar, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan dua penghuni lelaki terbabit yang berusia 20-an terpaksa dikejarkan ke Hospital Kapit akibat kecederaan dialami.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bilik rumah panjang 30 pintu yang didiami 380 penghuni itu sebelum merebak ke bahagian lain, sekali gus meranapkan rumah berusia puluhan tahun.

Sumber berkata, kedua-dua penghuni terbabit dikatakan sudah keluar dari rumah sebaik menyedari kediaman mereka terbakar, namun berpatah balik untuk menyelamatkan barang berharga.

Foto

PENDUDUK Rumah Panjang Agan menyelamatkan barang berharga ketika api marak.


"Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, api menyambar baju dan seluar dipakai kedua-dua mangsa. Tindakan pantas orang ramai menarik mangsa keluar dari satu rumah yang terbakar itu berjaya menyelamatkan nyawa dua lelaki berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11

Mahu tanam mayat Cinnang

Posted: 10 May 2013 11:05 AM PDT

Klang: Penyodok tanah yang ditemui polis berhampiran mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, mungkin petunjuk jelas dua suspek yang ditahan mahu menanam kanak-kanak itu.

Ahli keluarga terdekat mangsa yang mahu dikenali sebagai Al-Naziz, 19, berkata ada penduduk melihat dua suspek terbabit membawa peralatan itu di kawasan padang, tidak jauh dari mayat mangsa ditemui di Jalan Batu Nilai 1E, Bukit Tinggi, di sini.

"Saya dimaklumkan beberapa penduduk melihat dua lelaki itu membawa penyodok di kawasan padang berkenaan," katanya.

Suspek berusia 19 dan 24 tahun itu dipercayai membawa mayat Nur Amyliana atau lebih mesra dengan panggilan Cinnang menggunakan sebuah kereta bagi mengelakkan perbuatan mereka membunuh mangsa diketahui orang ramai.

Foto

SHAHRIZAT (tengah) melawat ibu mangsa Acha Kusain (kanan) di rumah mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.


Namun, hasrat untuk menanam mangsa terpaksa dilupakan apabila kawasan berkenaan menjadi laluan orang ramai dan dalam keadaan terdesak mereka hanya meninggalkan mayat mangsa di atas jalan di kawasan lapang berkenaan sebelum melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Hadiah buat ibu tersayang

Posted: 10 May 2013 04:55 AM PDT

'MAK Lawa, Anak Cun', judul artikel yang diterbitkan Metro Ahad pada 28 April 2012, boleh disifatkan titik permulaan di mana umum buat kali pertama dapat menatap wajah ibu kepada artis popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, iaitu Noor Kartini Nor Mohamad, 47.

Artikel itu secara tidak langsung mendedahkan rahsia kecantikan yang diwarisi Neelofa daripada ibunya di mana artikel itu turut menampilkan pelakon Anzalna dan Rozita Che Wan untuk berbicara isu yang sama.

Melalui pendedahan itu, memberi impak besar kepada ibu Lofa sehingga turut merasai tempias populariti anaknya. Bersempena sambutan Hari Ibu bakal diraikan esok (Ahad), Harian Metro mengaturkan fotografi bersama pasangan ibu dan anak yang glamor ini.

Kesempatan mendalami kisah kehidupan mereka yang cukup menarik menemukan lebih banyak kesamaan antara ibu dan anak ini.


"Melihat Lofa seperti melihat diri saya sendiri. Jiwa saya seperti ada dalam dirinya," lembut bicara Tini saat ditanya apakah persamaan ketara di antara mereka.


Mengakui puterinya itu seorang yang tabah sama seperti sifat yang ada padanya, kedua-duanya juga adalah anak ketiga dalam keluarga.

Malah ibu dan anak ini berkongsi satu lagi persamaan iaitu suka berniaga. Perniagaan sedang rancak dan hangat dijalankan mereka tentunya produk makanan sampingan, Bella Vita yang mendapat sambutan luar biasa serta bakal melancarkan satu lagi produk tidak lama lagi.

Perniagaan keluarga ini dicetuskan Lofa, bukan saja sebagai persediaan masa depan, namun, salah satu cara untuk terus mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi tanggungjawab terhadap perniagaan yang diuruskan bersama.

Namun lebih memikat hati penulis daripada semua persamaan yang ada, tentunya pendedahan Tini mengenai siapa Neelofa di mata ibunya kerana sesungguhnya, hanya seorang ibu lebih kenal akan anaknya sendiri. Yang mana kenyataan bakal disingkap, barangkali belum pernah diutarakan.

"Saya ada 10 anak dan yang bongsu meninggal dalam kandungan. Namun berbalik pada soalan, Lofa sejak kecil memang mudah menjaganya kerana dia tidak banyak kerenah, tidak pernah merungut, cepat belajar dan taat pada orang tua.

"Bukan mahu memuji anak sendiri, tetapi Lofa saya juga sifatkan anak yang rajin. Waktu dia berada di sekolah rendah iaitu mulai tahun satu hingga enam, selepas tamat sekolah, Lofa terikat dengan tuisyen dari jam 2 hingga 4 petang.

"Balik rumah sebelum sambung kelas tuisyen untuk subjek lain pula sebelah malam, dia manfaatkan dua, tiga jam untuk siapkan kerja sekolah.

"Kalau sekarang ini orang kata dia kuat kerja, sebenarnya sikap itu sudah lama ada dalam dirinya sejak kecil lagi. Lofa juga seorang anak yang susah nak berkongsi masalah walaupun hati ibu, saya dapat merasakan sesuatu.

"Saya selalu mendapat alamat melalui mimpi Lofa menangis dan apabila saya terjaga saya tahu bahawa Lofa sedang mengalami masalah. Tetapi bila saya berkongsi cerita mengenai mimpi saya ini dengan anak-anak yang lain, salah seorang daripada mereka khususnya Nabila selalu kata, mama suka buat drama Hindustan (ketawa).

"Dia lebih suka berkongsi hal yang menggembirakan. Apabila saya tanya, Lofa ok ke? Dia selalu akan jawab ok dan mama jangan risau. Walaupun ada sesetengah isu yang mengheret namanya, saya sendiri sebagai ibu tidak dapat menerima kenyataan.

"Daripada penampilan luaran dia nampak lembut tetapi Lofa sebenarnya seorang yang tegas, berpendirian dan pada masa sama tabah. Ada masanya juga dia manja," katanya.

Lofa adalah anak ketiga daripada lima beradik hasil perkahwinan pertama Tini dan bekas suaminya. Saudara kandung yang lain, Noor Sara Dinna Mohd Noor, 29, Noor Nabila Mohd Noor, 28, Noor Nellisa Mohd Noor, 22, dan Mohd Aqief Mohd Noor, 19.

Pada 1997 selepas dua tahun Tini bercerai, akhirnya dia bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Abdul Halim Khan Laikhan, 51, dan dikurniakan pula empat cahaya mata, Nur Athisha, 14, Nur Ameera, 12, Mohd Faliq, 6, dan Mohd Firdaus, yang meninggal ketika dalam kandungan.

Sementara itu, bapa tiri Lofa yang sudah dianggap seperti ayah kandungnya sendiri turut mempunyai seorang anak, Nur Athira, 21, hasil perkahwinan lalu. Bagaimanapun, semua mereka tinggal sebumbung dengan Tini dan hubungan adik-beradik ini sangat rapat.

Lofa hargai ibu

Kesempatan mengadakan penggambaran program Nona edisi istimewa Hari Ibu di Rumah Kebajikan Rose, Semenyih, baru-baru ini, menyentuh perasaan Lofa.

"Sedang kami menjalani penggambaran, kami menerima kunjungan tetamu yang rupa-rupanya mahu menghantar ibunya ke situ. Ibu kepada lelaki itu nampak uzur menaiki 'wheelchair'.

"Ramai orang tua yang dihantar ke situ atas pelbagai sebab dan cerita. Antaranya kesempitan hidup, dibuang anak, tidak mempunyai pewaris selain pilihan penghuni di situ sendiri yang enggan menyusahkan anak-anak.

"Biar apapun alasan, tiada satu pun daripadanya boleh diterima. Lofa tidak dapat bayangkan hidup tanpa ibu dan tak mahu kehilangan ibu. Lofa kesal, mengapa ibu yang seorang boleh menjaga 10 anak sedangkan anak yang ramai tidak boleh menjaga seorang ibu.

"Waktu kita berduka, mahu makan kita panggil nama ibu tetapi apabila sudah ada pasangan, kita lupa ibu dan mencari mereka tatkala kita bersedih dan susah saja. Lofa berharap, remaja seusia Lofa atau sesiapa saja berjasalah dengan ibu bapa selagi ada hayat mereka," katanya.

Mengenai sambutan Hari Ibu, lazimnya Lofa serta adik-beradik yang lain akan menghasilkan video istimewa buat mamanya selain memberikan kad serta hadiah.

"Sejak bersekolah rendah lagi, Lofa suka belikan hadiah. Bagaimanapun, apabila sudah besar cara Lofa dan adik-beradik yang lain merasakan rakaman video untuk Hari Ibu lebih menyentuh perasaan. Kami juga akan rebut peluang untuk membawa mama makan malam.

"Yang seronoknya kami ada 'group whatsapp' khusus untuk keluarga kami jadi selain berbual, kami akan rancangkan macam-macam di situ," katanya.

Tini yang sentiasa ramah, melahirkan rasa syukur kerana semua anak-anaknya saban tahun meraikannya apabila menjelangnya Hari Ibu.

"Macam-macam jenis kad ucapan dan hadiah saya terima daripada anak-anak buat saya rasa terharu. Tetapi saya secara peribadi merasakan video yang dibuat mereka paling menyentuh perasaan.

"Ada satu video memang setiap kali saya kenang, saya akan ketawa kerana tidak tahan melihat keletah anak-anak berlakon babak ibu mahu bersalin. Bila masalah budak-budak ini buat semua benda ni," katanya.

Sempat bertanya sebelum menoktahkan perbualan apakah hadiah paling berharga pernah diberikan Lofa kepadanya, ringkas jawaban Tini, sehelai sejadah.

"Dia selalu beli macam-macam seperti pewangi dan alat solek. Saya tidak pernah minta, tetapi dia sendiri yang 'check' apa barang saya yang tiada.

"Apapun, pemberian Lofa yang paling saya suka adalah sehelai sejadah yang dibelinya dari Makkah, tahun lalu. Saya tidak pernah melihat sejadah secantik itu walaupun saya pernah ke Makkah mengerjakan umrah dan haji," katanya.
Difahamkan harga sejadah itu memang mahal namun Lofa keberatan mendedahkan harga sebenar.

Cerita di sebalik nama Neelofa

Neelofa yang maksudnya cahaya bunga biru adalah sepotong nama yang cukup indah lagi sepadan buat gadis secantik Lofa. Nama itu, secara peribadi adalah pilihan ibunya.

"Saya ada kenalan keluarga berbangsa Pakistan di Kelantan. Mereka ada anak perempuan dan semuanya cantik-cantik belaka. Salah seorang daripada anak kenalan saya itu namanya Neelofa.

"Apabila mendengar namanya, saya terus terdetik jika bayi dalam kandungan saya ini anak perempuan dan kebetulan saya mangandungkan Lofa waktu itu, saya mahu namakannya Neelofa," katanya.

Tempias populariti Lofa

"Ke mana saja saya pergi sekarang, pasti ada yang bertanya, adakah saya ibu Neelofa selain mereka mahu bergambar. Sebenarnya, bukan saya saja menerima reaksi seperti itu tetapi adik-beradik Lofa juga.

"Khamis lalu, kakak Lofa yang berada di Pasir Mas, Kelantan, diusik sekumpulan lelaki yang memanggilnya dengan nama Neelofa berulang kali. Pendek kata, memang tidak dinafikan kami turut terkena tempias sejak Lofa jadi artis," kata Tini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10

Debaran Raja Mukhriz

Posted: 10 May 2013 04:32 AM PDT

Impian pengarah sinematografi tidak asing lagi, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin untuk mengarah filem pertama akhirnya kesampaian jua menerusi filem genre aksi, thriller dan seram berjudul Tujuh terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), tahun ini.

Anak didik pengarah terkenal Bade Azmi yang juga pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik sempena Festival Filem Malaysia 2010 ini juga bukan tampil dengan 'dada kosong' sebaliknya bersandarkan pe­ngalaman lebih sedekad menimba ilmu dalam bidang penga­rahan filem.

Bukan saja menampilkan sentuhan kreatif Raja Mukhriz, filem ini turut mempertaruh­kan barisan bintang muda tanah air seperti Johan A'sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Cempaka, Marsha Milan, Dee Dee Nash dan Syahrul Ridzwan.

Secara peribadi, Raja Mukhriz yang pernah menimba ilmu dengan pengarah Mamat Khalid dan Ahmad Idham mengakui dia tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem itu yang dijadualkan pada 20 Mei ini.


"Sebenarnya, sudah lama saya menanti peluang untuk mengarah filem cuma baru sekarang peluang ini datang.


Saya juga tertarik untuk mengarahkan naskhah ini kerana ia menyelitkan elemen aksi yang memang serasi de­ngan jiwa, sejak dulu.

"Justeru, apabila ditawarkan pihak GBSB, saya tidak menolak peluang keemasan diberikan, sekali gus tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan ini.

"Saya tidak berdebar sebaliknya tidak sabar untuk me­ngarahkan filem pertama ini dengan sebaik mungkin. Peng­gambaran filem ini membabit­kan tempoh 30 hari membabitkan lokasi sekitar Cameron Highlands, Pahang dan Kuala Lumpur," katanya.

Sebelum ini, Raja Mukhriz pernah mengarahkan dua telefilem, Kabin Di Tepi Tasik dan Mrs Feminin.

Raja Mukhriz ditemui pada majlis doa selamat dan pembacaan skrip filem Tujuh yang berlangsung di Sri Pentas, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Besar GBSB, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Mengulas lanjut mengenai filem itu, kata Raja Mukhriz, berkata apa yang menarik, filem itu akan mengambil latar masa tahun 1977.

"Walaupun filem ini berlatarkan era 1970-an, saya turut memberikan sentuhan komersial untuk menarik penonton ke pawagam. Selain itu, saya turut selitkan elemen cinta dan kasih sayang untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. Dari segi idea asal memang daripada saya tetapi ia membabit­kan kerjasama dengan penulis skrip, Ellyna Ahmad.

"Bagi menghidupkan era 1970-an, pihak kami turut memberi penekanan pada reka bentuk set seperti perabot, lokasi penggambaran, props dan penataan gaya seperti busana, tatarias rambut dan aksesori untuk menghidupkan fesyen retro yang popular pada zaman itu," katanya.

Ditanya pemilihan barisan pelakon pula, kata Raja Mukhriz, ia hasil perbincangannya dengan pihak GBSB.

"Dalam filem ini kami ketengahkan barisan bintang muda yang menyerlah dan berbakat besar. Saya berbincang dengan mereka dari segi karakter, sekali gus untuk memberikan hasil lakonan terbaik pada filem ini.

"Bagi memastikan hasil terbaik, barisan pelakon turut mengikuti kelas lakonan de­ngan pengarah berkaliber Elly Suriaty," katanya.

Filem ini menceritakan mengenai tujuh rakan iaitu Sam, Mus, Ray, Ilyas, Yasmin, Tina dan Emma yang memutuskan untuk mengadakan parti yang paling hebat di sebuah banglo yang dijaga Tok Batin dan anak perempuannya, Suri.

Parti liar menjadi tidak terkawal apabila salah se­orang daripada mereka merogol Suri ketika parti berlangsung. Sebaik saja parti berakhir Suri bersemuka dengan Sam dan rakan-rakannya dan bersumpah akan membalas dendam de­ngan membunuh mereka menerusi mimpi. Suri kemudian terjun membunuh diri.

Amaran yang dirasakan gurauan menjadi benar apabila Yasmin dijumpai mati tergantung keesokan harinya. Malah, satu demi satu daripada mereka hilang secara misteri. Dapatkah mereka yang tinggal melarikan diri daripada sumpahan Suri?

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Castro cuma layak dihukum mati

Posted: 10 May 2013 09:40 AM PDT

Cleveland: Seorang daripada anak perempuan kepada lelaki yang dituduh menculik tiga remaja perempuan selama 10 tahun termasuk kawan baiknya sendiri menggesa agar bapanya diberikan hukuman mati, lapor media semalam.

Arlene Castro berkata, bapanya Ariel Castro patut dihukum mati atas apa yang telah dilakukan terhadap tiga wanita terbabit. Pendedahan mengenai pembabitan bapanya dalam kes kehilangan Gina DeJesus memang mengejutkan kerana Arlene dan Gina adalah rakan sekelas dan mereka kawan baik sebelum itu.

Bagi Arlene, hanya hukuman mati layak dan boleh membuat Castro "menderita dengan perbuatannya" kerana mengurung Gina, Amanda Berry dan Michelle Knight sebagai tawanannya selama satu dekad.

Akhbar turut mendedahkan bahawa lima anak Castro berikrar untuk tidak melawatnya di penjara kerana mereka sangat jengkel dengan perbuatannya.

Foto

ARLENE tidak dapat menahan sebak ketika diwawancara stesen televisyen semalam.

Foto

ELIDA Caraballo menceritakan pelbagai penderitaan dan seksaan dialami kakaknya, Grimilda Figueroa ketika menjadi isteri Castro, semalam.


Mereka turut menutup televisyen apabila berita mengenai Castro dipaparkan di skrin kerana berang lelaki itu akan menggunakan mereka sebagai alasan. Gesaan hukuman mati dibuat Castro adalah tanda ketara kemarahannya terhadap bapanya, tetapi turut membayangkan rasa bersalah kerana tidak menyedari perbuatan lelaki itu.


Arlene berjalan pulang ke rumah dari sekolah bersama Gina pada 2004 beberapa detik sebelum kawan baiknya itu hilang.

Polis berkata, Castro kemudian menawarkan untuk menumpangkan Gina pulang, tetapi sebaliknya membawa remaja terbabit ke kediamannya di Cleveland, Ohio di mana mangsa menjadi hamba seksnya selama 10 tahun.

Arlene adalah seorang daripada empat anak dilahirkan isteri pertama Castro, Grimilda Figueroa yang mati tahun lalu selepas dipukul selama bertahun-tahun lelaki terbabit. Castro dan Grimilda tinggal di tingkat dua apartmen ibu bapa Grimilda selama lima tahun mulai 1986.

Satu daripada pintu yang ditutup Castro bagi menjauhkan Grimilda daripada ibu bapa wanita itu masih berkunci selama bertahun-tahun selepas mereka berpindah keluar kerana Castro membawa bersama satu-satu kuncinya, kata kakak ipar Grimilda, Nancy Figueroa.

Castro dan Grimilda atau nama gelarannya Nilda berpindah keluar pada 1992 apabila dia membeli rumah di Seymour Street.

Rumah itu juga menjadi tempat dia mengurung tiga wanita terbabit selama sedekad.

Bapa Grimilda, Ismael Figueroa berkata, dia bersemuka dengan Castro sejurus selepas dia berpindah dengan anak perempuannya kerana mendengar pasangan pengantin baru itu terus bergaduh, tetapi selalu sentiasa dihalang. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11

Pendakwa cadangkan bunuh

Posted: 10 May 2013 09:34 AM PDT

Cleveland: Pendakwa raya akan mencadangkan Ariel Castro dihukum mati atas kesalahan mengurung tiga wanita di kediamannya selama sedekad.

Polis juga bakal mendakwa Castro menghamilkan seorang daripada tawanannya sekurang-kurangnya lima kali dan membuatkan mangsa keguguran dengan membiarkan wanita itu kelaparan dan menumbuk perutnya.


Tuduhan itu terdapat dalam kandungan laporan polis yang turut mengatakan seorang lagi wanita, Amanda Berry dipaksa melahirkan anak dalam kolam renang plastik kanak-kanak.

Pendakwa Timothy McGinty berkata, pejabatnya akan memutuskan sama ada untuk mengenakan tuduhan membunuh yang membawa kepada hukuman mati.


"Hukuman mati patut diberikan untuk jenayah yang benar-benar menunjukkan contoh paling buruk tingkah laku manusia.


"Hakikatnya, kita masih ada penjenayah kejam di kalangan masyarakat yang tidak menghormati peraturan dan undang-undang kehidupan manusia," katanya ketika ditemui. Castro berada ditahan dengan ikat jamin AS$8 juta di bawah pengawasan ketat penjara.

McGinty berkata, Castro akan didakwa untuk setiap perbuatan keganasan seksual, serangan dan jenayah lain yang dilakukan terhadap wanita, mencadangkan pertuduhan itu mungkin disenarai ratusan hingga ribuan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved