Selasa, 27 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Dedah rahsia pastri sedap

Posted: 27 Nov 2012 06:29 AM PST

PERSONALITINYA yang ceria, peramah dan pandai berjenaka membuatkan chef pastri terkenal, Anna Olson, mampu menukar suasana sekeliling menjadi lebih bertenaga diiringi gelak tawa hadirin yang menyaksikan demonstrasi masakan yang dipersembahkannya.

Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang kulinari, Anna sering berkongsi bakat serta pengalamannya dalam bidang pastri menerusi buku masakan serta rancangan masakan terkenal, Bake with Anna Olson, Sugar dan Fresh with Anna Olson, yang boleh disaksikan menerusi Asian Food Channel (AFC).

Bertemu dengannya ketika demonstrasi memasak di Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya baru-baru ini, Anna sempat berkongsi pengalamannya sepanjang lebih 12 tahun aktif dalam program masakan.

Menurutnya, apa yang dilihat penonton menerusi rancangan masakan dikendalikannya, tidak sama seperti yang sebenarnya berlaku di studio rakaman.


"Di studio, begitu banyak kerja memasak yang dilakukan sehingga kadangkala dalam satu episod saja, saya memasak sehingga 16 hidangan yang sama kerana rakaman membabitkan pelbagai sudut gambar yang perlu diambil.


"Walaupun nampak leceh, ia mudah dilakukan kerana saya sudah bekerja selama 12 tahun dengan pasukan kru yang sama sehinggakan saya tidak perlu cakap apa-apa, mereka sudah tahu apa bahan dan barangan memasak yang perlu disediakan," katanya.

Katanya, penonton juga sering bertanya apa yang terjadi pada hidangan berlebihan, tetapi selalunya sebaik tamat penggambaran, kru ialah orang pertama akan merasainya dan membawa pulang ke rumah kerana sepanjang hari mereka sudah melihat masakan disediakan itu.

Makanan berlebihan juga didermakan kepada yayasan untuk golongan memerlukan.

"Pada masa sama, percayalah saya juga mempunyai jiran yang gembira. Jadi jangan risau, tiada makanan yang dibuang," katanya.

Anna berkata, setiap kali program dirakam, dia melakukan proses memasak sebanyak dua kali kerana menurutnya, agak sukar untuk memasak sambil bercakap dan memandang kamera yang boleh menyebabkannya kadangkala hilang fokus dan terlupa proses seterusnya.

Justeru, bagi melancarkan proses rakaman, program dirakam sebanyak dua kali setiap kali memasak iaitu rakaman pertama menunjukkannya bercakap sepanjang proses memasak manakala ketika rakaman kedua, dia lebih memberi fokus memasak tanpa banyak bercakap.

"Apabila kamera perlu mengambil gambar jarak dekat, saya perlu melakukan pergerakan secara perlahan-lahan supaya gambar yang hendak diambil tidak terkeluar dari sudut kamera. Saya gembira bekerja bersama kru program kerana sudah lama bekerjasama," katanya.

Menurutnya, program masakan diadakan hampir setiap hari dan berikutan terlalu sibuk, hanya ada satu hari dalam seminggu digunakan sepenuhnya bagi membuat rakaman proses memasak secara dekat dan terperinci.

Pada hari terbabit, seluruh studio menjadi gelap-gelita dan hanya ada satu lampu suluh yang terang ditujukan kepada makanan dimasukkan dalam ketuhar.

"Kamera yang diletakkan secara berdiri tanpa dipegang jurugambar kemudiannya akan membuat rakaman setiap lima saat mengenai apa yang berlaku dalam ketuhar.
Itulah yang disaksikan penonton apabila rancangan menunjukkan proses masakan dari awal hingga ia sedia dimakan.

"Kami sangat sukakan proses rakaman itu hinggakan kali pertama merakamnya, kami asyik datang untuk melihat apa yang berlaku. Malah apabila tamat rakaman, bayangan kami pada cermin ketuhar membuatkan seolah-olah ada hantu datang dan pergi kerana terlalu teruja melihat proses itu, menyebabkan rakaman terpaksa dilakukan semula," katanya.

Anna akui, biarpun siaran program mempunyai masa yang terhad dan kadangkala tidak cukup masa untuk menunjukkan semuanya, dia tidak akan sekali-kali menipu atau melangkau proses memasak.

Memasak pastri juga sebenarnya mengambil masa yang lebih panjang daripada apa disaksikan penonton terutama dalam penyediaan adunan pastri itu sendiri.

Namun katanya, urusan memasak boleh dipermudahkan terutama jika mengadakan majlis besar kerana pastri boleh dibuat terlebih dulu dan dibekukan sebelum dimasak pada hari yang hendak dimakan. Ini sekali gus boleh menjimatkan masa dan memudahkan diri untuk melayan tetamu.

"Antara rahsia saya untuk menghasilkan pastri yang sedap adalah menggantikan air dengan jus oren tapi disebabkan saya sudah beritahu banyak kali kepada semua orang, ia bukan lagi satu rahsia," katanya tertawa.

Menurut Anna, di negara asalnya Kanada, gaya memasak mengikut musim dan mereka banyak menggunakan cuka sebagai bahan masakan dan perasa bagi musim sejuk bermula September hingga Februari tetapi selepas itu, mereka memfokus kepada bahan lain pula.

Jika musim sejuk, mereka banyak memasak hidangan daging dan menggunakan cuka, tetapi apabila musim panas, masakan menggunakan bahan segar yang ditanam sepanjang musim itu lebih diutamakan.

"Ada dua alat di dapur yang amat saya gemari, ia tidak mahal tetapi banyak membantu iaitu bench scraper dan bowl scraper. Ia amat digemari chef terutama yang terbabit dalam pastri kerana ia boleh digunakan untuk mengemas tempat mengadun bahan tetapi ia juga boleh meratakan ising kek, membancuh secara rata adunan dan pelbagai lagi kegunaan," katanya.

Sebelum menyedari bakat dalam bidang masakan, Anna pernah melanjutkan pelajaran dalam lapangan berbeza dan berjaya menggenggam ijazah dalam jurusan pengajian politik dan sosiologi dari Universiti Kingston, Queens, Ontario, Kanada.

Anna juga pernah bekerja dalam bidang perbankan sebelum menyedari ia bukan impiannya dalam hidup. Dia kemudian mengambil keputusan memasuki program kulinari di Universiti Johnson & Wales di Denver.

Sejurus tamat pengajian, Anna mengembara mengelilingi Amerika Syarikat sebelum membuat keputusan untuk terus menetap di Niagara, Kanada.

Dia memulakan karier sebagai chef pastri di sebuah restoran di ladang utama
di Niagara dikenali dengan nama Inn on the Twenty, yang juga menjadi tempat pertemuan dengan suaminya, Michael Olson.

Sepanjang kariernya, Anna sudah menghasilkan beberapa buku masakan yang menjadi rujukan ramai orang dan sehingga kini sudah ada enam buku masakan dengan yang terbaru bertajuk, Fresh with Anna Olson.

Pada 2004, Anna membuka perniagaan Olson Food & Bakery yang terletak di Port Dalhousie, kawasan tasik bersejarah di St Catharines, Ontario. Ia menjual pastri, roti, daging deli, keju, sup, salad dan sandwic yang dibuat segar.

Lima tahun selepas itu, dia menjual perniagaannya kepada kawan baiknya,
Chef Andrea Poirier dan adiknya, Leesa Leshkewich.

Ketika ini, Anna menetap di Welland, Ontario dan gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan termasuk membeli-belah bersama ibunya, Donna dan anak tirinya, Mika.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kebas RM90,000

Posted: 26 Nov 2012 03:51 PM PST

SHAH ALAM: Gara-gara mempercayai rakan baiknya, seorang peniaga kereta terpakai kerugian RM90,000 apabila rakannya bukan saja gagal menyerahkan barangan dibeli, malah melarikan diri sejak April lalu.

Mohd Khairil Adzhar Mahmood, 28, mendakwa mengenali rakannya dikenali sebagai Jeffry itu sejak setahun lalu dan membeli beberapa barangan terpakai daripadanya, termasuk kereta Mercedez, Mini Cooper Wagon, BMW, motosikal, kamera digital, telefon bimbit dan komputer riba pada harga murah.


Menurutnya, sebelum mendapat semua barangan ditempah, Jeffry memintanya membayar sejumlah wang dan berjanji menyerahkan barangan berkenaan dalam dua bulan yang kononnya disimpan di Perak.

Beliau berkata, harga ditawarkan Jeffry tidak munasabah kerana terlalu rendah namun lelaki itu berjaya meyakinkannya dengan menunjukkan bukti bergambar barangan.


Selain itu, Jeffry mendakwa ramai pelanggan membeli barangan daripadanya.


"Berikutan jumlah urus niaga itu mencecah RM90,000, saya membuat satu surat perjanjian ditandatangani Jeffry pada Februari lalu, bagi memastikan tidak ditipu.

"Dalam surat berkenaan, Jeffry bersetuju menyerahkan semua barangan yang ditempah sebelum jam 12 tengah malam, 14 April lalu," katanya yang ditemui di sini, semalam.


Bagaimanapun, hingga kini bukan saja barangan ditempah tidak diperoleh, malah wangnya lesap manakala lelaki itu gagal dihubungi.

"Baru-baru ini saya menerima SMS daripada Jeffry yang mengugut melakukan sesuatu yang buruk kepada saya selepas kegiatan penipuannya disiarkan di facebook," katanya. Bimbang keselamatannya, Mohd Khairil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengenai penipuan dan ugutan yang diterima daripada Jeffry.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Bayi terselamat daripada api

Posted: 26 Nov 2012 03:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Bayi lapan bulan antara yang terselamat dalam kebakaran lima rumah di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, petang semalam, yang menyebabkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Datuk bayi berkenaan, Mohd Rais Dahlan, 57, berkata, ketika kejadian dia keluar bersama isterinya berniaga pisang goreng di kawasan berhampiran apabila mendapat panggilan telefon daripada anaknya yang berada di rumah memberitahu mengenai kebakaran itu, lalu bergegas pulang.


"Bagaimanapun, sebaik sampai di pekarangan rumah, semuanya sudah terbakar. Nasib baik tiga anak dan dua cucu yang berusia lapan bulan dan tujuh tahun berjaya menyelamatkan diri," katanya yang tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang dan empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian.


Beliau berkata, 35 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Sentul, Gombak, Titiwangsa dan Hang Tuah berjaya mengawal api yang marak jam 4.20 petang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Teruja bertugas dengan Fafau Hot FM

Posted: 26 Nov 2012 03:01 PM PST

BIARPUN gagal mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) lalu, pelakon handalan, Noorkhiriah Ahmad Shapie tidak pernah dihambat kecewa.

Apatah lagi, tiga kali merangkul anugerah itu pada ABPBH sudah cukup untuk membuatkan dia bersyukur dengan bakat seni kurniaan Tuhan.

Begitupun, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini seperti memencilkan diri di mata pihak media tempatan. Noorkhiriah, 35, seakan-akan selesa 'low-profile' dan kelibatnya hanya dapat ditonton dalam drama TV semata-mata.

Justeru, apa yang menyebabkan dia bertindak sebegitu?


Bersua dengannya pada sesi fotografi yang diadakan di Balai Berita, NSTP, Bangsar baru-baru ini selepas agak lama tertangguh, Noorkhiriah akui dia bersikap terbuka menjawab segala persoalan termasuk dakwaan kononnya tidak lagi memerlukan pihak media.


Menolak tegas dakwaan negatif itu, Noorkhiriah berkata, bukan niatnya untuk tidak lagi berhubung dengan pihak media bagi berkongsi kisah terbaru, cuma jadual lakonannya selalu padat.

Ujarnya, kesibukan di lokasi penggambaran menghalang dia mengatur tarikh sesuai untuk menjayakan sesi fotografi.

"Kesibukan kerja saya menjadi alasan utama. Mana mungkin saya tidak perlukan media kerana selagi terbabit dalam dunia seni, sokongan wartawan itu sangat penting dan sangat diperlukan. Begitupun, saya selalu tidak dapat memenuhi undangan fotografi yang diatur kerana masa kurang sesuai.

"Ada masanya tarikh yang dipilih itu ketika saya terbabit penggambaran di luar Lembah Klang. Jadi memang tak boleh buatlah kecuali di lokasi. Lagipun saya rasakan tiada cerita menarik untuk dipaparkan media selain soal kerja semata-mata. Jadi tanpa kisah sensasi dan kontroversi, apakah orang akan membacanya?

"Jadi memikirkan kemungkinan cerita saya membosankan nanti, adalah lebih baik jika ruang kosong itu diberikan kepada artis lain yang ada cerita lebih hebat untuk dikongsi. Biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kerana tawaran berlakon diterima pun tak putus-putus.

"Pun begitu, sebagai anak seni yang terbiasa beraksi di depan kamera, perasaan rindu untuk menjayakan fotografi memang ada," katanya yang menggayakan pakaian rekaan Wanpa dan solekan oleh Linda Bridal.

Ramah berbicara, Noorkhiriah memaklumkan imej bertudung tidak sedikit pun menggugat rezekinya. Bahkan, disebabkan kesibukan berlakon juga dia terpaksa rela berjauhan dengan dua permata hatinya, Muhammad Hudhaifah, 3, dan Muhammad Yusoff, 1, yang dihantar balik ke kampung.

Turut berkongsi perasaannya yang mendapat peluang bertugas di konti Hot FM pada 12 dan 13 Oktober lalu, Noorkhiriah berkata, ia pengalaman baru dan istimewa baginya.

Ujar pelakon kelahiran Raub, Pahang itu, ternyata tanggungjawab sebagai penyampai radio yang bertugas pada waktu pagi bukanlah mudah.

"Dua hari saya menyahut cabaran menjadi penyampai radio bersama Fafau (Fara Fauzana) dan Nana Mahzan memang menyeronokkan. Ketika itu, saya diundang bertugas kerana FBI dan AG bercuti.

"Pada saya, ia cukup menghiburkan kerana berpeluang berinteraksi dengan pendengar. Pelbagai gelagat pendengar yang mencuit hati kerana mereka ramah, bersahaja dan amat kelakar.

"Bagaimanapun, saya akui agak kekok pada hari pertama. Mujur ada Fafau dan Nana yang membantu dan syukur saya mampu melakukannya dengan baik. Bahkan, walau pun seawal jam 5 pagi saya sudah berada di Sri Pentas, Bandar Utama, pengalaman bertugas di konti radio Hot FM itu amat berbaloi dan saya benar-benar suka.

"Justeru, andai kata ada peluang buat saya menyertai radio suatu hari nanti secara sepenuh masa, mungkin saya takkan tolak dan akan pertimbangkan. Ini kerana saya begitu gembira melakukan tugasan itu. Malah pengalaman singkat di radio bersama Fafau dan Nana cukup indah dan ia pasti menjadi kenangan tak dapat dilupakan sampai bila-bila," katanya.

Menyentuh pula soal maklum balas pendengar dan peminat, Noorkhiriah berkata, sekali lagi dia bersyukur kerana memperoleh sokongan positif. Walaupun dirasakan persembahannya agak huru-hara tetapi asalkan orang ramai terhibur, ia satu penghargaan. Apatah lagi, sebagai pengalaman pertama dan terlalu baru.

Apapun, Noorkhiriah amat berterima kasih kepada Fafau kerana sudi memberinya peluang untuk menonjolkan bakat sebagai penyampai radio.

Jelas Noorkhiriah lagi, Fafau mengundangnya untuk bekerjasama selama seminggu tetapi dia tidak dapat memenuhinya kerana terikat dengan jadual penggambaran drama.

Antara drama popular yang pernah dibintangi Noorkhiriah adalah Nur Khalifah sebanyak 16 episod dan sitkom Seri Pantun Mai Chek Mai musim kedua bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Noorkhiriah juga memaklumkan dia ada mendapat tawaran berlakon dalam telefilem yang akan menjalani penggambaran di luar negara.

Kini turut membabitkan diri dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan, Noorkhiriah berkata, dia kini terbabit berniaga kecil-kecilan menyediakan perkhidmatan van untuk produksi.

Ujarnya, tak sangka sambutan diterima sangat bagus hingga dia bercadang mahu menambah beberapa buah van lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19



Bersatu, berhibur

Posted: 26 Nov 2012 02:44 PM PST

LEBIH 10,000 penonton memeriahkan Konsert Malam Perpaduan Sehati Sejiwa menyaksikan persembahan Datuk M Nasir, Black Mentor, One Nation Emcee, Khatijah Ibrahim, Joseph, OG Nanba, kumpulan nasyid Raihan, Aida AF, Fina AF, Datuk Hattan, Nabil, Kenchana Dewi dan penampilan istimewa Upin dan Ipin.

Konsert anjuran kerajaan Negeri Sembilan itu diadakan di Padang MPS, Negeri Sembilan, baru-baru ini bagi menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini khususnya di negeri itu.

Jurucakap yang juga Penyelaras Program, Farman Othman berkata, konsert itu diadakan bagi mengeratkan silaturahim semua kaum di negara ini.

"Seni tiada batas sempadan. Oleh itu, kami bawakan juga penyanyi daripada tiga kaum utama di negara ini iaitu Melayu, India dan Cina. Dalam berhibur, orang ramai yang datang boleh mengeratkan silaturahim dan melupakan segala sengketa.


"Insya-Allah, acara seperti ini akan diadakan lebih kerap kerana perpaduan kaum amat penting untuk kestabilan negara. Acara ini juga sesuai untuk seisi keluarga berhibur kerana penyanyi yang ditampilkan meliputi semua peringkat usia," katanya.


Pada malam itu, M Nasir menyampaikan lagu Raikan Cinta, Phoneix Bankit dan Mentera Semerah Padi; Black dengan lagu Dewi Aleya, Sofia Jane dan Aku Rindu Aku Sayang manakala One Nation Emcee menyampaikan lagu Raja Gelek, Anak Kampung dan Cek Mek Molek.

Bagi peminat bola sepak, penganjur turut menyediakan skrin besar khusus untuk peminat sukan itu.

"Kami mahu menjadikan orang ramai selesa dan pada masa sama, mereka juga boleh menonton perlawanan bola sepak. Walaupun membawa keluarga menyaksikan konsert, si bapa tidak akan ketinggalan untuk melihat pemain bola kesukaan mereka," katanya.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Rusdi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Mat Ali Hassan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Nahas kereta kembar seiras

Posted: 26 Nov 2012 03:24 PM PST

LONDON: Sepasang kembar seiras Jake dan Sam Stevens semalam terbabit dalam kemalangan kereta mereka merempuh sesama sendiri.

Nahas itu berlaku di simpang kira-kira sebatu dari kediaman ibu bapa mereka ketika Jake dalam perjalanan pulang manakala Sam hendak pergi ke perlawanan bola sepak.


Kembar berkenaan yang berusia 18 tahun dengan berang keluar dari kereta masing-masing dan terkejut apabila mereka bersemuka.

Jake berkata: "Saya berang dan bersedia untuk menendang pemandu itu.


"Kemudian saya lihat Sam meluru ke arah saya. Saya bagaikan tidak percaya yang dia adalah kembar saya sendiri," katanya.


Kedua-dua kembar itu menuduh antara satu sama lain sebagai punca kemalangan di Gosport, Hant itu. Sam berkata: "Saya mendekati simpang pada kelajuan tiga atau empat batu sejam ketika dia turut sampai di situ dalam keadaan laju dan berada di seberang jalan," katanya.

Namun, Jake menegaskan: Tidak diragukan lagi, Sam yang patut dipersalahkan. Saya pemandu yang lebih baik," katanya. Kemalangan itu menyebabkan kerosakan bernilai 3,000 pound (RM15,000) kepada kereta Renault Clio milik Jake dan Corsa kepunyaan Sam. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Bom ditemui di bawah kereta wartawan

Posted: 26 Nov 2012 03:21 PM PST

ISLAMABAD: Sebutir bom semalam ditemui di bawah kereta seorang wartawan ternama Pakistan yang diancam Taliban ekoran liputannya mengenai pelajar sekolah yang ditembak kumpulan itu.

Bahan letupan seberat setengah kilogram itu ditemui di bawah kenderaan wartawan kanan stesen televisyen Geo News, Hamid Mir ketika diparkir di kediamannya di Islamabad. Skuad pemusnah bom dihubungi memusnahkan bom itu.


"Saya diberitahu bahawa beberapa hari lalu nama saya disebut dalam surat ditulis kepada Menteri Dalam Negeri yang mengandungi ancaman," kata Hamid kepada wartawan. Kerajaan menawarkan ganjaran 50 juta rupee (RM1.5 juta) untuk maklumat mengenai mereka yang bertanggungjawab meletakkan bom itu, kata Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik kepada wartawan. Taliban di Pakistan mengancam untuk menyerang Hamid dan wartawan lain ekoran liputan mereka mengenai insiden tembakan terhadap remaja, Malala Yousufzai pada Oktober lalu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Isteri stereng, suami brek

Posted: 26 Nov 2012 04:11 PM PST

KULAIJAYA: Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.

Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.

Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.

Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.


"Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Rezeki pari gergasi

Posted: 26 Nov 2012 04:11 PM PST

MUKAH: Jeti perahu tambang di tebingan Mukah, di sini, menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan seekor ikan pari gergasi seberat kira-kira 200 kilogram yang ditangkap seorang nelayan, semalam.

Lebih menarik perhatian, pari ditangkap Jamal Saini, 38, nelayan dari Kampung Litong itu dikatakan kudung kerana tidak mempunyai ekor.

Menurut Jamal, dia keluar ke laut bersendirian kira-kira jam 6 pagi menggunakan enjin sangkut 30 kuasa kuda dan mula memasang pukat tidak jauh dari pantai Kampung Penipah, di sini.

"Kira-kira jam 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati pukat tiba-tiba disentap sesuatu objek besar menyebabkan bot saya nyaris tenggelam kerana dimasuki air.


"Saya gunakan pukat untuk menangkap udang dan pada mulanya saya menyangka mungkin ikan yu yang masuk ke dalam pukat," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved