Rabu, 12 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kulit kusam tak bermaya

Posted: 12 Jun 2013 05:47 AM PDT

Sudah menjadi keutamaan bagi pengantin perempuan kelihatan jelita di hari perkahwinan.

Untuk kelihatan lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi warna merah jambu jika memiliki kulit cerah dan merah mawar jika berkulit gelap.

Bagi gincu, pilih warna cerah dan terang terutama jika mengenakan baju pengantin berwarna putih kerana warna coklat akan membuatkan wajah kelihatan pucat.

Bahagian mata juga perlu diberi keutamaan dan bagi menyerlahkan gaya, solekan mata smokey boleh digunakan dengan lakaran pembayang mata warna hitam pada alis mata atas dan sedikit pada bahagian bawah mata. Sederhana tetapi cukup dramatik.

Foto

WAJAH sebelum memakai mekap.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

BENTUKKAN bibir dan pakaikan gincu mengikut warna diingini. Kemudian sapukan pengilat bibir sebagai penyeri solekan.

Foto

GAYA solekan menarik untuk bakal pengantin.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

SAPUKAN penyamar cela di bahagian bawah mata. Kemudian sapukan penyerlah pada zon T wajah dan tambahkan bedak kompak.

Foto

RATAKAN bedak yang dioles menggunakan berus besar dengan gerakan membulat agar ia lebih sekata. Kemudian sapukan bedak debu di bawah mata untuk mengelak debu pembayang mata merosakkan mekap.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.


Di samping solekan untuk tampil menawan pada hari perkahwinan, mempelai perlu bijak memilih busana serta saling melengkapi warna kulit dan bentuk badan.


Oleh itu penting bagi bakal pengantin menjaga kulit kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan tubuh badan mereka. Sekiranya kulit kusam dan tidak bermaya, ini akan menjejaskan penampilan sebagai raja sehari.

Tip solekan pengantin

  • Pengantin boleh menggunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. Kening menjadi fokus utama pada wajah oleh itu ia perlu sentiasa kelihatan kemas.
  • Pastikan alat solek digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata bagi memastikan ia tidak luntur atau comot disebabkan peluh atau air mata.
  • Pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna tanah seperti coklat dan gangsa.
  • Pastinya solekan pengantin atau apa jua majlis tidak lengkap tanpa bulu mata palsu. Bulu mata palsu boleh dipakai tetapi perlu memilih saiz dan bentuk bulunya yang tidak keterlaluan atau aneh. Pilih bentuk normal yang bersesuaian dengan saiz mata.
  • Bagi membolehkan solekan tahan lama, sebelum memakai bedak asas, basahkan span agar lembap. Kemudian ratakan secara tekap berulang kali pada muka dan pastikan ia sekata. Oleskan bedak debu dan ratakan menggunakan berus besar mengikut arah jam.

    Terima kasih:

  • Tatarias: Zalina Yaakob
  • Lokasi dan busana: Tressour - www.tressour.blogspot.com (03-61854558)
  • Model: Za Nabhan Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
  • Siti Alwani tak mudah mengalah

    Posted: 12 Jun 2013 05:11 AM PDT

    Jatuh bangun dalam dunia perniagaan sudah menjadi perkara biasa, namun paling penting untuk sentiasa bangkit daripada kejatuhan.

    Jangan sesekali mengalah kerana perniagaan sememangnya bidang yang dipenuhi dengan pelbagai risiko. Sekiranya ingin berjaya, tunjukkan kesungguhan dan berusaha hingga memperoleh keputusan memberangsangkan.

    Begitulah yang menjadi pegangan pemilik butik Keluargaku Sayang, Siti Alwani Idros, 45, yang memulakan bisnesnya dengan hanya bermodalkan RM300.

    Malah, lokasi gerai hanya di halaman rumah sendiri dengan berniaga peralatan menulis menggunakan jenama popular Barbie.


    Lokasi rumahnya yang berdekatan dengan sekolah dan tadika serta berhadapan dengan pangsapuri memudahkan perniagaannya terus berkembang.


    "Pada mulanya saya berniaga sekadar suka-suka dan mensasarkan kanak-kanak memandangkan produk yang dijual lebih kepada kelengkapan persekolahan seperti bekas pensel, buku nota, pen dan aksesori.

    "Harga ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak," katanya ditemui di kedainya di Ampang Park, baru-baru ini.

    Untuk memperluaskan perniagaannya, dia turut mengikuti karnival yang diadakan di sekolah dan sambutan diberikan amat menggalakkan.

    Anaknya turut membantu membuat promosi kepada rakan di sekolah dan ia sedikit sebanyak menjadikannya perniagaannya popular.

    "Minat berniaga dalam diri tidak pernah padam dan saya tidak kisah bermula dari bawah kerana ia memberi pelbagai pengalaman bermakna.

    "Ketika itu, saya hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan kerana ada kerjaya tetap, justeru ia harus dilakukan mengikut kelapangan," katanya.

    Kemudian, dia mula mengorak langkah lebih luas dengan menyertai karnival di kilang, tetapi masih menjual produk yang sama iaitu barangan berasaskan jenama Barbie.

    Hasil diperoleh amat memberangsangkan, bayangkan dalam masa dua hari berada di sana setiap produk yang dipamerkan laris bagai pisang goreng panas.

    Hinggakan beg pameran yang dibawa turut dijadikan barangan jualan kerana permintaannya juga tinggi.

    "Sebagai peniaga kita tidak boleh membezakan barangan yang dijual. Sama ada berjenama ataupun tidak ia masih mendapat permintaan daripada pengguna sekiranya proses pemasaran yang dilakukan berkesan.

    "Saya tidak pernah beranggapan barangan yang dijual selama ini tidak memiliki kualiti kerana ia perlu disesuaikan dengan sasaran pelanggan. Kebanyakannya golongan sederhana dan ia pasti memberikan mereka lebih banyak pilihan berbanding barangan berjenama lain," katanya.

    Ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui, tidak mudah untuk berjaya dan terus bertahan terutama dengan pelbagai cabaran dan persaingan kini.

    Menariknya, dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman perniagaan dan hanya bergantung kepada duit pusingan modal bagi menambah barangan jualan.

    Selama enam tahun menjadikan jualan secara langsung sebegitu sebagai proses pemasaran utama, kini dia memiliki kedai bagi memberikan sedikit kelainan.

    "Mungkin disebabkan kudrat sedia ada tidak lagi segagah dulu yang boleh mengangkut barangan jualan, saya mula memilih bentuk jualan yang lebih santai.

    "Ia tidak banyak menggunakan tenaga dan hanya perlu memastikan kedai tersusun. Tetapi saya dapati ia tidak memberikan kepuasan berniaga kepada saya, malah situasi berniaga kurang rancak," katanya.

    Cabaran dihadapi apabila mengendalikan butik amat berbeza kerana jika sebelum ini dia sendiri bertindak mencari pelanggan, tetapi apabila memulakan operasi butik sistem jualannya berbeza.

    Dia yang pernah membuka dua butik di tempat berlainan sebelum ini me­ngakui tidak mudah untuk mengendalikan butik kerana ia bergantung kepada kunjungan pengunjung.

    "Saya pernah berhadapan dengan barangan jualan tidak mendapat sambutan. Walaupun sedih, saya teruskan juga berniaga seperti biasa bagi mengurangkan kerugian.

    "Bagi pemilik butik, jualan bergantung kepada kunjungan dan belian pe­ngunjung yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan diri. Tetapi saya masih mahu mencubanya supaya minat berniaga tidak berhenti separuh jalan saja," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Penyamun kecewa

    Posted: 11 Jun 2013 01:08 PM PDT

    Kuala Lumpur: Sepuluh penyamun berputih mata apabila cubaan mereka melarikan mesin juruwang dari sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, sia-sia berikutan mesin berkenaan sudah dikosongkan pemiliknya.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam, 10 penyamun bersenjatakan parang dan topi keledar itu hanya menyamun RM950 milik dua pekerja restoran dan melarikan mesin juruwang.


    Menceritakan kembali kejadian itu, pemilik restoran yang mahu dikenali sebagai Teh, 38, berkata, kumpulan penyamun itu menaiki dua Proton Wira dan tiba di premisnya selepas mereka tamat perniagaan.

    "Ketika kejadian, saya menggoreng sayur manakala dua pekerja dan seorang pelanggan minum di luar kedai. Dengan tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar kedai dan bertindak bersembunyi di bawah dapur.


    "Mereka hanya menyamun dua pekerja dan pelanggan," katanya.


    Menurutnya, sebelum kejadian dia sudah mengosongkan mesin juruwang dan meminta isterinya membawa pulang hasil jualan untuk hari berkenaan dan ketika kumpulan itu tiba di premis, mesin berkenaan sudah kosong.

    Foto

    MESIN juruwang dilarikan penyamun di sebuah restoran, semalam.

    "Mereka membawa lari mesin itu tanpa menyedari ia sudah kosong dan turut meminta dua pekerja saya mengeluarkan wang. Apabila seorang daripada mereka memberikan wang ratusan ringgit, dia dipuji manakala seorang lagi dipukul di kepala kerana hanya mempunyai RM20.


    "Semua penyamun itu berusia 20-an dan hanya mengambil masa 10 minit untuk menyamun," katanya.

    Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Pondok Polis Taman Connought untuk tindakan lanjut.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Maut kena bom ikan

    Posted: 11 Jun 2013 01:30 PM PDT

    Semporna: "Pada mulanya saya sangka berlaku gempa bumi kerana gegaran sangat kuat sehingga saya berlari keluar dari rumah bersama ahli keluarga kerana khuatir rumah runtuh.

    "Namun, saya terkejut apabila saya lihat rumah jiran sebelah berasap dan empat penghuni rumah berkenaan cuba keluar melalui tingkap rumah.

    "Selepas berjaya keluar, mereka cuba mencari salah seorang rakan mereka dan akhirnya menemui lelaki itu terapung di bawah rumah," kata Harlinah Abdul Hakim, 40, jiran kepada mangsa letupan bom ikan dalam kejadian di Kampung Air, awal pagi semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Attaulah Hukmat Khan, 35, yang tinggal bersama empat lagi rakannya di rumah berkenaan.

    Foto

    SERPIHAN rumah bertaburan akibat impak letupan.


    Empat lagi rakan mangsa berusia lingkungan 22 sehingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

    Jahit tanpa tangan

    Posted: 11 Jun 2013 01:29 PM PDT

    Tumpat: Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

    Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

    "Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.

    "Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan," katanya.

    Foto

    Fatimah Daud kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir.


    Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Sengsara jadi Superman

    Posted: 11 Jun 2013 01:34 PM PDT

    Melakonkan watak Superman atau Clark Kent pastinya menjadi impian ramai aktor lantaran betapa jenama itu sendiri disanjungi sejak wujudnya karakter itu pada 1938.

    Apapun, jelas bukan mudah untuk mencari aktor sesuai disebabkan karakter, keperibadian dan bentuk badan Superman itu memang tersendiri. Tidak semua aktor padan dengan kriteria dikehendaki itu kerana perlu benar-benar menggambarkan Clark Kent.

    Pernah diterbitkan dalam pelbagai versi, antara yang pernah mendapat kepercayaan membawa watak itu termasuklah Christopher Reeve, Tom Welling, Dean Cain, George Reeves dan Brandon Routh. Terbaru Henry Cavill pula dipilih memegang watak itu dalam Man of Steel.

    Cavill atau nama penuhnya Henry William Dalgliesh Cavill, 30, adalah seorang aktor British yang bukan saja popular dalam bidang lakonan malah mencipta nama antara model terbaik dunia.

    Foto

    MAN of Steel rungkai kisah Superman sejak kecil.

    Foto

    CAVILL memiliki tubuh badan yang cukup sempurna untuk watak Superman.

    Foto

    AMY Adams sebagai heroin.


    Memiliki ketinggian 185 sentimeter atau 6'1 dan berat 100 kilogram, dari segi fizikal Cavill saja sudah cukup ideal membawakan watak itu meskipun gambaran asal Superman punya ketinggian 6'3.


    Bagaimanapun, kelebihan itu buka jaminan buatnya mudah mendapat kepercayaan itu sebaliknya perlu menjalani latihan intensif bersama jurulatih serta koreografer tempur profesional demi menjadikan dia Superman 'sebenar'.

    Nyata, transformasi fizikal sebegitu bukan tugasan mudah buatnya dan menyifatkan proses yang diambil satu kesengsaraan buatnya namun pada masa sama mendapat pengalaman mengagumkan.

    "Sepanjang tempoh masa latihan itu, saya berguru dengan Mark Twight yang menjadi jurulatih dalam filem 300. Memang intensif sekali proses itu dan Mark menyuruh saya melakukan pelbagai jenis rutin latihan bagi meningkatkan tahap kecergasan saya.

    "Seperti yang Hugh Jackman usahakan untuk watak Wolverine, sebagai permulaan saya perlu disiplin dalam diet dan kena mengambil 5,000 kalori sehari selain perlu terus bersenam bagi menambah 22 kilogram otot untuk mendapat bentuk badan berkenaan.

    "Saya kena melakukan semua itu selama dua jam setengah setiap hari dan perlu berkerja keras meskipun melangkau tahap ketahanan normal saya semata-mata mahu jadi seperti Superman," katanya.

    Pada 2004, Cavill sepatutnya hampir mendapat watak itu untuk filem Superman: Flyby namun terpaksa beralah apabila Brandon Routh mengambil-alih tempatnya.

    Semestinya terkilan apabila rezeki tidak berpihak padanya pada waktu itu, namun bukan alasan buatnya untuk berputus-asa serta terus berfikiran optimis.

    "Saya gembira dapat membuktikan walaupun saya pernah keciciran watak itu tidak bermakna saya tidak akan menjadi Superman. Kita tidak boleh menjadikan kegagalan lalu sebagai punca untuk beralah sebaliknya ambil perkara itu daripada sudut positif.

    "Ramai peminat di luar sana sangat mencintai watak ini dan kerana itu selain mendengar pendapat mereka, saya melakukan pelbagai kajian demi memastikan lakonan saya berkesan.

    "Apapun, saya perlu akui sangat bersyukur mendapat watak ini kerana kisah lalu banyak mengajar saya untuk sedia melepaskan sesuatu yang besar. Diberi kepercayaan semula untuk watak sebegini, memang satu peluang luar biasa dan sangat menggembirakan," katanya.

    Selain Man of Steel, Cavill yang memulakan kariernya pada 2001 pernah membintangi filem termasuklah Tristan & Isolde, Red Riding Hood, Stardust, Immortals dan The Cold Light of Day.

    Snyder ragu-ragu mahu arahkan Man of Steel

    Mula ditayangkan di pawagam tempatan esok, Man of Steel yang diarahkan Zack Snyder dan diterbitkan produser tersohor Christopher Nolan dan skrip oleh David S Goyer merungkai kisah zaman kecil Clark Kent berhadapan dengan kuasa luar biasanya.

    Sebagai budak kecil yang masih tidak tahu apa-apa, dia tempuhi perjalanan hidup dengan mengetahui dirinya tidak patut berada di Bumi. Namun, semangat adiwira dalam dirinya membuatkan dia tampil menyelamatkan dunia dan menjadi simbol harapan kepada manusia untuk bergantung padanya.

    Turut membintangi filem ini adalah calon Oscar, aktres hebat Amy Adams yang melakonkan watak Lois Lane, Michael Shannon sebagai Jeneral Zod, Diane Lane (Martha Kent), Russell Crowe (Jor-El), Antje Traue (Faora-Ul), Harry Lennix (Jeneral Swanwick), Richard Schiff (Dr. Emil Hamliton), Christopher Meloni (Colonel Nathan Hardy) dan Kevin Costner (Jonathan Kent).

    Tidak ketinggalan, Ayelet Zurer sebagai Lara Lor-Van, Laurence Fishburne (Perry White), Dylan Sprayberry (Clark Kent 13 tahun) dan Cooper Timberline (Clark Kent 9 tahun).

    Meskipun terkenal dengan kehebatan mengarahkan filem fantasi, Snyder mulanya ragu-ragu untuk memikul tanggungjawab menghidupkan cerita komik ke layar perak apatah lagi berkisarkan adiwira.

    "Tidak dinafikan, saya memang penggemar dan membesar dengan membaca komik serta Superman adalah antara adiwira kesukaan saya, namun saya tidak pasti mahu melakukannya atau tidak.

    "Paling saya takut bagaimana hendak menghidupkan watak itu dengan baik dan tidak pasti sampai mana saya boleh bawa kekuatan Superman. Bagaimanapun, skrip Goyer mengubah pemikiran saya dan mengambil cabaran itu.

    "Tanpa menyimpang daripada cerita asal dan tidak mengubah konsep bagaimana karakter Superman itu sendiri, penceritaan Goyer benar-benar membawa saya dalam pengembaraan luar biasa. Itulah sebab utama saya mahu melakukannya," katanya.

    Bagi menyerlahkan realistik filem itu, pengarah mengambil pendekatan membuat penggambaran dalam dua dimensi (2D) dan barulah menukar format kepada 3D.
    Penggambaran juga dibuat dengan lebih intim termasuklah menggunakan kamera bergerak yang menurutnya sebagai satu cara untuk lebih berhubung dengan watak Clark itu sendiri.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Kami serius!

    Posted: 11 Jun 2013 09:26 AM PDT

    Kuala Lumpur: Tiada penjelasan konkrit dinyatakan Kelab Bolasepak Canberra (Canberra FC) berhubung penggunaan pemain sambilan ketika menentang skuad kebangsaan di Stadium Deakin, Khamis lalu.

    Kelab divisyen dua liga Australia itu sebaliknya melahirkan kekecewaan terhadap media Malaysia apabila dimaklumkan melabel pemain kelab mereka sebagai juruelektrik, mekanik dan tukang paip.


    Presiden Canberra FC Marco Vrkic menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, menyatakan kelab mereka sangat serius terhadap sukan itu dan sudah menghasilkan ramai pemain seperti Ned Zelic, Josip Simunic, Tony Popovic dan Ante Milicic.

    "Kelab ini amat bangga membangunkan pemain muda. Malangnya tidak semua pemain berhasrat menjadikan bola sepak sebagai karier sekali gus menyebabkan mereka memilih untuk mengekalkan status amatur. "Mereka menikmati sukan ini dan tetap bermain secara serius. Mereka pemain amatur berbakat dan menjalani latihan seperti pemain profesional," kata Vrkic mengenai kelab dikuasai komuniti Croatia di Canberra itu.


    Media tempatan di Australia, The Canberra Times menerusi tajuk 'pemain sambilan raih kemenangan ke atas pasukan kebangsaan' (part-timers steal win over internationals) dilihat memperlekehkan skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal selepas kemenangan 3-2 yang dicatat mereka.


    "Majoriti pemain yang beraksi menentang Malaysia membabitkan pemain yang sedang dan akan menjalani ujian pemilihan dengan beberapa kelab A-League (liga utama Australia), sesetengahnya pula sudah beraksi di Asia dan seorang lagi kembali ke England untuk menjalani ujian pemilihan buat kali kedua.

    Foto

    PEMAIN Canberra sekat Nor Shahrul Idlan Talaha (tengah).

    "Selain itu kami turut menjemput lima pemain terbaik di Canberra bagi memastikan kami mampu menghasilkan pasukan lebih kuat." Kunjungan hampir dua minggu ke Australia menjadi pilihan skuad negara selepas dua perlawanan persahabatan berstatus A menentang Singapura dibatalkan namun ia mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihat tiga pertemuan yang diatur menentang kelab divisyen dua di Canberra dan Sydney itu tidak memberi faedah.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

    Merion gamit memori Woods

    Posted: 11 Jun 2013 09:21 AM PDT

    Ardmore, Pennsylvania: Kelab Golf Merion dikaitkan dengan beberapa detik menarik dunia golf dan Tiger Woods (gambar) berusaha menambah koleksinya apabila bertanding sebagai pilihan utama pada Terbuka Amerika Syarikat (AS), bermula esok.

    Beberapa pemain ternama kini boleh menjadi pencabar merebut kejuaraan utama kedua tahun ini namun Woods dilihat sebagai bakal pemenang berdasarkan rekod menakjubkan dan dominasinya musim ini.


    Sekalipun Woods tidak bermain dengan baik pada kejohanan terakhir, menghuni tangga ke-65 daripada 73 pemain pada Kejohanan Memorial sembilan hari lalu, dia berjaya menang empat kali dalam Jelajah PGA 2013 dan menjadi pemain yang perlu ditewaskan di Merion.

    Pemain nombor satu dunia dari AS itu mengembalikan semula memori kegemilangannya pada hujung 1990-an dan awal 2000 dan dia tidak sabar menamatkan kemarau kejuaraan utama sejak kemenangan playoff pada Terbuka AS 2008.


    "Saya berasa selesa dengan peningkatan permainan," kata juara tiga kali Terbuka AS itu mengenai perkembangan dilakukannya dengan jurulatih Sean Foley selepas menukar corak hayunan buat kali keempat dalam kariernya.


    "Saya bertindak baik buat beberapa tahun, beberapa kejohanan. Saya berasa bagus berjaya mengubah hayunan.

    "Ia mengambil sedikit masa dan saya kini berjaya melakukannya. Tahun ini saya lebih tepat dan mampu memperbaiki beberapa aspek permainan serta memantapkannya." Woods agak kecewa dengan keseluruhan permainannya pada Kejohanan Memorial, terutama putt dan tahu apa yang perlu dilakukan di Merion.


    "Anda mahu semuanya berjalan lancar, terutama pada Terbuka AS kerana setiap perkara diuji di kejohanan ini," kata juara 14 kejuaraan utama itu. - Reuters

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved