Jumaat, 22 Julai 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Remaja pun boleh pakai

Posted: 22 Jul 2011 07:14 AM PDT

BUSANA dengan rekaan berlainan sering menjadi pilihan wanita menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka tidak hanya tertumpu kepada baju kurung atau kebaya agak klise sebaliknya mencari busana yang menonjolkan keanggunan mereka.

Seperti tahun sebelumnya, jubah dan kaftan masih menjadi pilihan pada pagi lebaran. Jubah yang biasanya dikaitkan dengan rona gelap seperti hitam, kelabu atau coklat kini diwarnai rona terang seperti biru, merah, hijau, merah jambu dan kuning.

Kepelbagaian warna ini bukan saja menjadi tarikan kepada golongan pertengahan, malah remaja turut meminatinya.


Bagi pereka Ezuwan Ismail, menyedari permintaan wanita terutama mereka yang berusia 25 tahun ke atas terhadap rekaan jubah, dia yang bekerjasama dengan pelakon Irma Hasmie kini menghasilkan jubah yang diberi sentuhan moden pada pinggang serta kemasan lipatan sama ada pada bahagian tengah atau hujung tangan.


Menurut Ezuwan, idea menghasilkan jubah moden ini dibuat selepas berbincang dengan Irma yang baru saja bertudung untuk menghasilkan busana Muslimah yang bukan saja dipakai wanita dewasa, tetapi menjadi daya tarikan remaja.

"Pada masa sekarang kebanyakan wanita gemar berjubah. Mereka mengenakan jubah labuh dan longgar pada warna pastel dan gelap. Sekadar ingin lari daripada kebiasaan, saya bersama Irma menghasilkan rekaan jubah berpotongan moden sesuai untuk semua usia.

"Bukan saja untuk wanita bertudung, malah mereka yang tidak bertudung juga nampak manis apabila mengenakannya," katanya.

Kelainan jubah Irma adalah daripada segi warna yang terang dan memikat serta potongan yang unik dan menawan.

"Saya cuba lari daripada kebiasaan dengan menghasilkan jubah berpotongan pada pinggang dan kembang di bawah. Namun ia beralun cantik apabila dipakai.

"Lebih menarik apabila saya menggunakan warna terang seperti merah jambu, hijau dan biru selain hitam, coklat dan kelabu menggunakan fabrik satin dull," ujarnya yang sudah menghasilkan 10 warna dalam 10 rekaan berbeza.

Bagi menyerlahkan rekaan, Ezuwan menambah perincian manik pada bahagian hadapan dan belakang baju. Teknik tampalan manik dan batu permata ini akan lebih menonjolkan keanggunan si pemakai tatkala dipakai pada musim perayaan.

"Bagi wanita bertudung, tambahan perincian manik pada bahagian dada akan menambah gaya elegan serta mewah. Mereka tidak perlu mengenakan sebarang perhiasan kerana tampalan manik sudah mencukupi," jelasnya.

Menurut Ezuwan, keistimewaan fabrik berkenaan adalah pada sifat kain itu sendiri yang mudah dibentuk, senang dijaga, sejuk dan terletak cantik pada tubuh si pemakai. Harganya pula tidak terlalu mahal dan boleh dipakai pelbagai golongan masyarakat.

"Kebiasaannya busana rekaan pereka tampak eksklusif dan mewah apabila mereka menggunakan fabrik yang agak mahal. Namun saya ingin membantu golongan yang ingin 'merasa' busana rekaan pereka pada harga yang mampu dimiliki mereka," katanya.

Jubah Irma Hasmie rekaan Ezuwan ini boleh didapati pada harga RM599 sama ada menerusi pesanan dalam talian atau menghubungi Ezuwan sendiri.

Terima kasih:
Ezuwan Ismail:
(www.ezuwanismail.blogspot.com / 012-2646871)
Solekan dan dandanan: Chomel (012-6841591)
Lokasi: PNB Darby Park Executive Suites Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cetusan idea Sharapova

Posted: 22 Jul 2011 06:24 AM PDT

SETIAP kali keluar rumah pelbagai barangan penting perlu dibawa dan itulah gunanya beg tangan.

Malah, bagi wanita, penggunaan beg tangan yang tahan lama dan lasak amat diperlukan selain boleh digayakan dalam semua majlis sama ada formal ataupun tidak.

Tidak kisah jika berhabis duit semata-mata untuk mendapatkan koleksi beg tangan dikehendaki kerana bagi mereka, ia suatu kepuasan.

Justeru, bagi mereka yang ternanti-nanti koleksi terkini, jenama aksesori mewah, Cole Haan menampilkan koleksi beg tangan terbaru yang lebih eksklusif dan menarik untuk golongan wanita dan lelaki.


Terkenal kerana kualiti, gaya dan keselesaan serta hasil ilham dan cetusan idea bintang tenis Russia, Maria Sharapova, jenama berkenaan masih lagi mengekalkan bentuk serta gaya klasik yang menjadi pengenalan produknya sejak sekian lama.


Selain itu, rekaannya pula dihasilkan dengan cara pelbagai dimensi bagi mencipta bentuk yang lebih berstruktur, ringkas dan lembut namun masih lagi mengekalkan gaya klasik dengan sentuhan baru dan moden.

Malah, penggunaan warna bermusim seperti keemasan, oren, jingga gelap, greige (campuran warna kuning air dan kelabu) serta kelabu gelap sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya ikon klasik dengan sentuhan moden.

Koleksi Brooke memaparkan beg tote dengan gaya gadis kota manakala koleksi Heritage Quilt banyak memberikan sentuhan anyaman sebagai sebahagian daripada corak pada beg yang mempengaruhi rekaan beg tote, beg genggam serta beg galas keluarannya.

Sementara itu, koleksi si jejaka pula banyak diilhamkan melalui kerja tangan vintaj dalam membentuk gaya lebih kontemporari agar bersesuaian dengan sifat maskulin penggunanya.

Bahkan, penggunaan bahan daripada kulit premium dan nilon menjadikan koleksi beg Bayshore dan Merced lebih praktikal bagi menyimpan barangan keperluan dan pada masa sama, tampil lebih bergaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jemaah solat dalam gelap

Posted: 21 Jul 2011 10:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 umat Islam terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik yang disalurkan ke Surau Al Mu'min Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini diputuskan tanpa notis petang semalam.

Difahamkan, kebiasaannya lebih daripada 50 jemaah akan menunaikan solat di surau berkenaan malah setiap hari Khamis pada waktu malam, bacaan Yasin akan diadakan tetapi semuanya tergendala akibat ketiadaan bekalan elektrik.


Timbalan Pengerusi Surau berkenaan, Syed Bilfil Syed Busu berkata, pihaknya baru sahaja menerima notis kuning daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam tetapi pada masa yang sama, pihak TNB sudah memutuskan bekalan elektrik malah suis utama turut ditanggalkan.

"Berdasarkan notis berkenaan, kami diberi tempoh sehingga 31 Julai depan untuk melunaskan tunggakan berjumlah RM1,299.73 itu tetapi mereka sudah memutuskan bekalannya lebih awal sehingga mengganggu ibadah kira-kira 800 umat Islam di kawasan ini," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, meskipun pihaknya sudah menghubungi pihak TNB untuk mengambil tindakan segera di atas kesilapan mereka tiada tindakan diambil sehingga ke malam tadi.


Katanya, pihaknya akan melakukan pembayaran dalam masa terdekat dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai 116 unit rumah teres dua tingkat itu hampir 100 peratus dihuni masyarakat beragama Islam.


Sementara itu usaha Harian Metro untuk menghubungi pihak TNB mengenai masalah dihadapi penduduk itu gagal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja dinoda bapa tiri, disisih ibu kandung

Posted: 21 Jul 2011 09:25 AM PDT

AMPANG JAYA: Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.


Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku pada 2006 apabila bapa tiri mangsa memaksa remaja itu melakukan hubungan seks ketika ibunya tiada di rumah.


"Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.


"Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sekiranya mahu selamat," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung mangsa memberitahu ibunya berkenaan perangai buruk bapa tirinya minggu lalu, namun dimarahi dan dituduh memfitnah.


"Remaja itu kemudian melarikan diri dengan berlindung di rumah saudara dan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Jaringan kontroversi

Posted: 21 Jul 2011 11:22 AM PDT

SKUAD pilihan Malaysia berjaya mengembalikan maruah negara yang tercalar selepas dipersenda dua gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool yang mencatatkan kemenangan besar ke atas skuad utama negara minggu lalu.

Walaupun tewas kepada satu lagi kelab terbaik dunia, Chelsea dengan keputusan 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, itu sudah cukup untuk memuaskan hati 84,980 pminat yang hadir memberikan sokongan.


Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.

Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.


Jurulatih pilihan Malaysia, Ong Kim Swee nyata gembira dengan menganggapnya sebagai satu perlawanan yang biasa diharungi barisan pemain Olimpik negara.


"Kami sebenarnya bermain tanpa tekanan kerana sembilan pemain senior yang beraksi sejak permulaan berjaya mengelakkan sebarang gol dihasilkan lawan.

"Malah keyakinan itu memberi impak kepada pemain Olimpik negara pada separuh masa kedua yang percaya dapat melakukan kejutan namun lawan yang berjaya menjaringkan gol. Namun saya juga terpaksa melihat kembali jaringan itu sama ada sudah masuk atau sebaliknya," kata jurulatih Olimpik negara itu.


Kim Swee juga percaya sembilan pemain senior itu wajar diberikan peluang untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa depan.

Antara pemain berpengalaman yang beraksi dengan cemerlang adalah penjaga gol, Mohd Farizal Marlias, Shahrulnizam Mustapha, S Subramaniam dan kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah.


"Untuk pemain Olimpik pula, saya akui mereka memang terlepas beberapa peluang keemasan dan ia menunjukkan mereka memerlukan lebih banyak perlawanan pendedahan. "Namun lawan juga terlepas peluang meledak gol," katanya yang akan terbang ke Slovakia hari ini bersama anak buahnya untuk persiapan perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 Pada babak pertama perlawanan semalam, Chelsea memperoleh beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan namun sering kali dihampakan kekentalan barisan pertahanan negara yang diketuai Norhafiz Zamani dan Subramanian.


Namun pemain pilihan paling cemerlang adalah bekas penjaga gol utama negara, Mohd Farizal yang berjaya menyelamatkan gawang negara menerusi kecekapannya terutamanya menerusi percubaan Frank Lampard dan Patrick Van Aanholt dalam tempoh lima minit terakhir.


Pilihan Malaysia jelas memberikan tentangan menerusi gandingan sembilan pemain senior yang diturunkan namun gagal mengatur gerakan yang berkesan untuk menembusi barisan pertahanan lawan yang dikawal rapi dua pertahanan tengah lawan, Branislav Ivanovic dan Slobodan Rajkovic.


Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol sebelum jaringan Drogba pada minit ke-78, aksi anak buah jurulatih Olimpik negara sudah cukup membuatkan pengurus Blues yang baru, Andre Villas Boas tidak senang duduk.


Bersambung babak kedua Chelsea mengeluarkan hampir keseluruhan pemain yang beraksi pada separuh masa pertama seperti Fernando Torres, Florent Maluoda dan Lampard dan menggantikan dengan beberapa pemain bintangnya seperti kapten Blues, John Terry, John Obi Mikel, Didier Drogba, Ashley Cole dan Nicholes Anelka.


Mereka bagaimanapun terpaksa menanti sehingga sepakan percuma Drogba untuk mencatatkan kemenangan 1-0 dalam aksi pertama Jelajah Asia 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perkemas kubu

Posted: 21 Jul 2011 09:10 AM PDT

JIKA Singapura berhajat untuk menembusi gawang skuad negara dengan mudah pada pertembungan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 esok, mereka sebenarnya boleh menyimpan saja hasrat itu.

Ini kerana benteng Harimau Malaya pimpinan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal bersedia untuk bangkit membuktikan mengapa mereka berhak bergelar raja Asia Tenggara ketika ini.


Menurut pertahanan tengah, Mohd Muslim Ahmad, pemain pertahanan bersedia memperkemaskan permainan selepas dikecam hebat angkara aksi longlai dalam pusingan awal dengan Taiwan sebelum ini serta aksi persahabatan menentang Arsenal dan Liverpool yang menyaksikan mereka melepaskan keseluruhan 14 gol.

"Kami sudah memperoleh pengajaran daripada perlawanan sebelum ini termasuk ketika bertemu dengan kelab hebat seperti Arsenal dan Liverpool.


"Apa yang kami perlu lakukan adalah bermain dengan lebih disiplin serta memberi fokus dalam permainan kerana kami sedar Singapura pasti mahu mencari kelebihan di laman sendiri," katanya yang tiba di Kota Singa semalam bersama dengan skuad seramai 24 pemain.


Muslim sekadar beraksi sebagai pemain gantian dalam dua pertemuan dengan Taiwan yang berkesudahan agregat 4-4 untuk Harimau Malaya mara dengan peraturan gol di tempat lawan ke pusingan kedua.

Bagaimanapun kecederaan yang menimpa Mohd Adil Zafuan Abd Radzak pada babak pertama perlawanan dengan Arsenal memberi ruang untuk tonggak skuad Olimpik itu bergandingan dengan Mohd Fadhli Mohd Shas.


Namun pertahanan negara dipersalahkan apabila melepaskan gol mudah apabila kalah 4-0 dan 6-3 kepada Arsenal dan Liverpool.

"Kami perlu kekalkan disiplin dalam permainan dari awal hingga wisel penamat ditiup," tekad Muslim jika dia mendapat kepercayaan Rajagobal kali ini.


Selepas aksi pertama di Stadium Jalan Besar esok, Malaysia dan Singapura akan bertemu sekali lagi pada 28 Julai ini bagi memastikan tempat ke pusingan peringkat kumpulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tikam, kelar mentua

Posted: 21 Jul 2011 10:02 AM PDT

LAHAD DATU: Berang kerana isteri yang 'bersembunyi' dua hari di rumah bapanya tidak mahu pulang, seorang lelaki mengelar pinggang dan menikam dada bapa mentuanya sehingga mati selepas mangsa menghalang suspek bertemu isterinya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Bagaimanapun, dia dihalang bapa mentuanya menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek mengambil pisau yang disembunyikan di belakang seluar dan menikam dada mangsa.


Suspek yang seolah-olah 'naik hantu' turut mengelar pinggang bapa mentuanya yang menggelupur kesakitan sebelum melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anugerah hargai Salih, 4 isteri

Posted: 21 Jul 2011 09:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita mati dilanggar anak

Posted: 21 Jul 2011 08:41 AM PDT

LONDON: Seorang ibu beranak tiga mati selepas anak perempuan wanita itu terlanggarnya ketika dia mengajar anaknya mengundurkan kereta memasuki parkir, semalam.

Sue Duke, 41, dirempuh kereta Ford Ka dipandu anaknya, Lauren yang berusia 17 tahun.


Tubuhnya tersepit di antara kereta anaknya itu dengan sebuah kereta lain.

Sue yang bekerja sebagai pelayan bar dikatakan memberi tunjuk ajar kepada Lauren supaya memasukkan keretanya ke dalam tempat letak kenderaan sebelum kereta itu secara tiba-tiba meluru ke belakang.


Abang ipar Sue, Malcolm Mitchell berkata, kemalangan yang berlaku di Rochester, Kent itu berpunca daripada kesilapan tragik dilakukan Lauren, remaja lepasan sekolah.


Mitchell berkata: "Lauren sedang berlatih mengundurkan kereta. Kami yakin Susan keluar untuk memberi tunjuk ajar kepadanya. "Lauren pasti keliru antara pedal brek dan pedal minyak dan menekan pedal yang salah." Seorang saksi yang enggan dikenali berkata: "Pada mulanya, kami tidak sedar Sue dilanggar, kami hanya melihat kerosakan kereta itu.

Kemudian kami nampak Sue terbaring di jalan. Dia dilanggar di kepala, terdapat darah di merata tempat. Ia adalah satu tragedi. "Kami cuba membantu dan menenangkannya sebelum ambulans tiba ke tempat kejadian.


"Remaja perempuan itu bagaikan histeria, dia menjerit dan menangis. Kami cuba menenangkannya tetapi dia sangat sedih. Lauren bersama bapanya, Wayne, 44, serta adik-beradinya yang lain berada di sisi Sue di hospital di London sebelum dia meninggal dunia, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sekolah cipta rekod, murid tutur 44 bahasa

Posted: 21 Jul 2011 08:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Bagi seorang kanak-kanak yang bersemangat untuk mempelajari bahasa, anda boleh katakan ia adalah persekitaran pembelajaran yang sesuai.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Dapat hidayah selepas umrah

Posted: 21 Jul 2011 06:04 AM PDT

RESAM manusia, setiap tindakan atau perkara baik sering disalah erti masyarakat walaupun pada dasarnya niat melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Barang kali itulah yang dilalui pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim, 29, selepas tampil dengan imej bertudung. Irma berimej sedemikian selepas pulang menunaikan umrah sejak 28 Februari lalu.

Irma berharap perubahannya itu tidak disalah erti segelintir masyarakat.
Begitupun, pembabitannya dalam bidang seni tidak lari daripada promosi dan pelbagai aktiviti membuatkan dia sering mendapat perhatian.

Kesannya, timbul pelbagai kata-kata sinis mengenai imej dibawa. Ada yang menganggap tindakannya itu disebabkan putus cinta dan ada pula beranggapan dirinya menagih simpati serta mencari publisiti.

Biar apapun tanggapan masyarakat, Irma tabah mengharungi dugaan dan tetap dengan pendiriannya.

Tidak sedikitpun berganjak selepas mendapat hidayah bertudung sebaik pulang mengerjakan umrah.

Pengacara program bual bicara Assalamualaikum di TV Alhijrah setiap Sabtu dan Ahad jam 9 pagi ini mengakui perubahan ke arah perkara yang positif dilakukan secara pelahan-lahan tanpa ada paksaan atau pengaruh individu tertentu.

Sejak tampil bertudung, apakah Irma yang pernah dikaitkan dilamun cinta bersama Farid Kamil dan Nabil Ahmad (Raja Lawak) mahu memilih calon suami di kalangan orang beriman atau lebih tepat lagi calon seperti peserta Imam Muda?

Walaupun beberapa kali gagal dalam percintaan, Irma memaklumkan dirinya masih belum berpunya.

Tidak ada perasaan serik untuk bercinta lagi sebaliknya akan berhati-hati menyebut soal cinta.

Pastinya impian untuk bergelar isteri tetap ada namun semuanya bergantung kepada jodoh dan pertemuan. Bahkan mengakui dirinya mengimpikan calon suami yang mampu membimbing termasuk mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

"Tidak dinafikan siapa saja yang bergelar wanita pasti mengimpikan jodoh yang baik. Apatah lagi jika dikurniakan suami yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Begitupun, jodoh pertemuan pada Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

"Apa yang lebih penting, bagaimana seorang itu mempersembahkan dirinya sebagai khalifah. Memang saya mengimpikan bakal suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang, boleh membimbing dan beri didikan agama," katanya.

Irma yang dikenali dengan sikapnya yang ramah dan tidak suka menyembunyikan berita gembira membabitkan dirinya berjanji untuk berkongsi berita baik itu apabila tiba masanya nanti.

Berbicara mengenai perkembangan seni, gadis yang pernah membintangi filem Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004, bersyukur kerana rezeki dalam dunia seni sentiasa ada.

Gadis yang sentiasa manis dengan senyuman, baru saja selesai menjalani penggambaran drama Psikik untuk siaran RTM dan Kasih Aliya (TV3) sempena Ramadan.

Irma yang mula menceburi bidang lakonan selepas menjuarai Gadis Jelita 2004 bersyukur kerana tawaran berlakon terus ada sesuai dengan penampilannya kini.

Akui Irma, tiada pula yang cuba memperlekehkan penampilannya itu dengan tawaran berlakon dengan membuka tudung.

Irma yang juga menjadi duta produk kesihatan Walit Gold turut menceburi bidang perniagaan dengan menjual jubah secara online bersama rakan kongsi yang juga pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Perniagaan yang dimulakan sejak dua bulan lalu itu mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan.

"Idea memulakan perniagaan berkenaan datang secara spontan ketika berbual pada satu hari sehingga saya dan Ezuwan nekad mahu memulakan perniagaan ini.

"Alhamdulillah, kami mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan dan peminat.

"Jubah yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dengan rekaan dihasilkan menerusi perbincangan kami bersama. Fabrik yang berkualiti dan lebih ringan.
Buat masa ini, kami belum memikirkan untuk membuka kedai begitupun memang ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan ini.

"Ia adalah sebagai percubaan awal saya menceburi perniagaan pakaian. Kami akan melihat pada sambutan terlebih dulu. Memang saya tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan namun saya seronok," katanya.

Irma berpakaian anggun rekaan Ezuwan Ismail ketika hadir bersama lebih 30 selebriti di majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini.

Katanya, mereka yang ingin membeli jubah dengan pilihan sembilan warna yang ditawarkan pada harga RM599 boleh membuat pesanan menerusi laman web www.ezuwanismail.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bahana minyak dagu

Posted: 21 Jul 2011 05:49 AM PDT

SEBUT saja 'minyak dagu' bayangan misteri mula menjengah fikiran masyarakat.

Bukan saja mencetuskan kebimbangan serta membuat orang lain menderita jika terkena minyak sihir atau guna-guna itu, malah masih ada yang sanggup menggunakannya sekalipun ditegah Islam.

Pengajaran daripada kesan buruk amalan minyak dagu menarik minat MIG untuk muncul bersama sebuah lagi karya seram bertajuk Minyak Dagu arahan Azhari Zain.

Ia menggandingkan pelakon sedang meningkat, Fezrul Khan bersama Yana Samsuddin selaku pasangan utama.


Barisan pelakon lain yang menjayakannya juga bukan calang-calang seperti Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap, Kartina Aziz, Zul Suphian dan Wan Hanafi Su. Nama mereka sudah cukup hebat untuk mengikat filem ini agar menjadi karya yang kuat kelak.


Menceritakan mengenai filem itu, Azhari ketika ditemui berkata, karya berkenaan diketengahkan untuk memberi mesej dan pengajaran berguna kepada masyarakat.

"Tidak kira berapa banyak filem yang saya arahkan, paling penting, setiap satu mesti menyelitkan mesej yang membina kepada penonton.

"Mungkin minyak dagu bukan satu isu baru, tapi ramai masih kurang faham mengenai kesan buruknya. Saya rasa penggunaan minyak dagu jarang-jarang diketengahkan dalam filem.

"Apapun pembikinan Minyak Dagu menarik kerana penulis skrip, Meor Shariman Meor Shafie banyak membuat penyelidikan.

"Ini dapat memberi gambaran lebih tepat untuk diterjemahkan dalam filem apatah lagi orang lebih banyak mendengar namun tidak tahu akibat minyak dagu boleh membuat orang lain sengsara," katanya pada majlis doa selamat dan pelancaran filem Minyak Dagu di Wisma MIG, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Azhari sinonim dengan pengarahan filem seram antaranya, Santau, Mantra, Flat 3A dan Keramat.

Fezrul, 29, yang membintangi filem kedua MIG selepas Sumpahan Kum-Kum, mengakui teruja dengan prospek lakonan filem Minyak Dagu.

"Minyak Dagu? Ada pelbagai cerita didengar daripada orang tua, tetapi tidak tahu bagaimana minyak dagu diperoleh dan tujuan penggunaan.

"Saya sendiri berdebar diberi watak sebagai Azman yang pasif dalam filem itu. Apapun saya harap cabaran bekerja bersama Azhari memberi pengetahuan baru buat saya," katanya.

Yana, 26, kali kedua membintangi filem seram selepas Histeria terbitan Tayangan Unggul pada 2009 arahan James Lee.

"Minyak Dagu menyusul selepas telemovie Kubur Tak Bertanda dalam slot Astro Citra sebelum ini. Saya teruja membintangi Minyak Dagu kerana meneruskan kesinambungan berlakon bersama ramai pelakon terkenal. Saya pernah bergandingan bersama Pierre Andre dan Shaheizy Sam dalam filem MIG.

"Apa diharapkan saya dapat merasa dan mencungkil rasa ingin tahu mengenai minyak dagu yang dikatakan diambil daripada mayat wanita meninggal dunia.
Menarik untuk diketahui," katanya memegang watak sebagai Emelda.

Filem berkisar mengenai pasangan Azman dan Emelda sudah bertunang yang merancang untuk berkahwin. Namun sikap Azman yang kedekut membuatkan ibu bapa Emelda, Mak Ainon dan Pak Leman lebih senang dengan Dr Johan, bekas teman lelaki Emelda.

Disebabkan keluarga Emelda memilih Dr Johan sebagai menantu, Azman menggunakan ilmu sihir terhadap Emelda.

Minyak Dagu baru memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved