Jumaat, 29 Mac 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Busana tampak mewah

Posted:

SEBELUM memilih pakaian pengantin yang sesuai, perhatikan terlebih dulu warna kulit, ketinggian serta bentuk tubuh bakal raja dan ratu sehari.

Ini bagi mengelakkan tersilap membuat pilihan persalinan sesuai yang bukan saja mencacatkan penampilan di atas ­pelamin, malah akan menjadi buah mulut tetamu yang menyaksikannya.

Bahkan penampilan yang ditonjolkan turut akan diabadikan dalam rakaman gambar untuk disimpan sebagai kena­ngan indah yang boleh diceritakan kepada anak-anak.
Pemilik Farrah Rizs Bridal, Farrah Lina Ram­lan berkata, setiap bakal pengantin harus me­ngetahui warna kulit dan ketinggian mereka sebelum memilih rekaan baju ­pengantin.

"Jika bakal pengantin memiliki warna kulit yang gelap, sebaiknya pilih rona busana yang lembut seperti biru dan merah jambu berbanding mereka yang berkulit cerah.

"Ini kerana pilihan rona kegemaran dan sesuai ­dengan ton kulit akan menonjolkan lagi kesempurnaan dimiliki pasangan pengantin ketika bersanding," jelasnya mengenai pemilihan tema sesuai untuk bakal pengantin.

Tambahnya, bukan ­hanya warna saja malah ada sesetengah pasangan yang tidak tahu memilih gaun sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian yang dimiliki.

Apabila pengantin perempuan memiliki keting­gian rendah, elakkan daripada memilih gaun yang mempunyai potongan kembang daripada bahagian pinggang ke bawah kerana ia akan menampakkan lagi kekurangan diri mereka.

Berbanding pemilik ­bertubuh besar, fabrik keras lebih sesuai digayakan kerana ia tidak memeri dan menonjolkan lemak yang terdapat di bahagian tertentu tubuh.
Perlu diingat, persalinan yang dilihat sempurna di tubuh model belum tentu ia sesuai dengan anda. Justeru, jangan memaksa diri, sebaliknya pilih busana yang boleh menonjolkan kecantikan dan menutup kekurangan tubuh.

"Selain pemilihan busana dan rona sesuai, sering diperhatikan bakal pe­ngantin gemar memilih tema warna yang sama untuk persalinan, pelamin, khemah dan pakaian ahli keluarga.

"Penting di sini untuk anda memilih tiga warna berbeza untuk pelamin atau khemah, baju pengantin dan ahli keluarga agar keanggunan anda pada hari bahagia tidak akan ditenggelami dengan pilihan ton yang sama," tegasnya yang menjalankan perniagaan ­berasaskan perkahwinan secara dalam talian.

Tambahnya, untuk sedikit kelainan, ada antara gaun pengantin yang direkanya akan ditambah ­dengan elemen perincian seperti labuci, manik mutiara dan batu swarovski bagi menonjolkan gaya mewah pasangan pengantin baru.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30

Gaya terkini

Posted:

TAMPAK segar dan bergaya menarik ­dengan koleksi kaca mata menawan untuk musim bunga dan panas 2013 yang ditampilkan Emporio Armani.

Bukan saja berfungsi sebagai pelindung tabir sinaran matahari malah kaca mata hitam juga bertindak menjadi pelengkap gaya buat wanita yang mementingkan penampilan sempurna.

Rekaan kanta moden ditambah bingkai daripada material getah memberi daya tarikan lebih unik apatah lagi dengan kerja tangan yang teliti.

Untuk mengubah gaya digemari, rona yang ditampilkan seperti pastel dan warna metalik juga memainkan peranan dalam penampilan memukau.


Bagi mendapatkan gaya sesuai dengan wajah, pemilihan reka bentuk bingkai sangat penting dalam memastikan penampilan tidak kelihatan janggal.


Lebih menarik lagi apabila bingkai yang direka dengan corak kayu ditonjolkan menerusi pilihan rona putih, kelabu, kuning air dan coklat bagi mengekalkan ciri jenama berkenaan yang dikenali sejak era 80-an.

Pemakaian kaca mata jenis ini memberi penampilan lebih kontemporari sesuai buat wanita yang mempunyai bentuk wajah bersegi atau mereka yang berani dengan gaya klasik.

Berbeza bagi wanita yang gemarkan gaya feminin, rekaan dengan inspirasi daripada mata kucing sesuai buat mereka kerana reka bentuk bingkai di bahagian depan yang sedikit besar.

Lebih selesa dan unik, terdapat juga bing­kai yang menekankan penampilan material getah berwarna bagi memudahkan ia disentuh selain mengelakkan jari terkena di bahagian kanta.

Bagi wanita yang mahu tampil elegan dan mewah, koleksi Giorgio Armani memberi ilham menarik untuk digayakan. Reka bentuk yang unik dan sentiasa memperbaharui sentuhan perekanya dipertingkatkan melalui pemilihan warna yang lembut atau semula jadi bersama perincian kristal mewah.

Meletakkan elemen perincian kristal yang diilhamkan menerusi pemakaian kaca mata waktu malam gaya klasik , ia turut menonjol­kan penampilan retro moden pada reka bentuk kanta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Blok selamat

Posted:

Puchong: Seramai 228 penduduk dari Blok B, Pangsapuri Seri Beringin dan Kampung Pasir, di sini, yang dipindahkan akibat kejadian tanah runtuh Selasa lalu dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, Ahad ini.

Penduduk di 52 unit blok berkenaan dan 15 rumah di kaki tebing ditempatkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah sementara pihak berkuasa tempatan itu bersama agensi teknikal menjalankan penilaian tahap keselamatan.


Timbalan Yang Dipertua MPSJ Abdullah Marjunid berkata, hasil pemeriksaan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mendapati blok terbabit selamat dan penduduk boleh pulang selepas kerja pembaikan paip pembetung dan bekalan air yang rosak disiapkan.

"Kerja pengukuhan tebing di kawasan runtuhan seluas 500 meter persegi berjalan lancar dan tiada kerosakan pada struktur bangunan kediaman penduduk berlaku," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, kos memperbaiki kerosakan itu menelan belanja RM500,000 dan menunggu IKRAM menyediakan pelan serta kaedah mengukuhkan tebing berkenaan.


"Mangsa tidak perlu risau keselamatan harta benda mereka kerana ada anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditempatkan di pangsapuri berkenaan 24 jam," katanya.

Foto

ABDULLAH (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias (dua dari kiri) melawat ke tempat kejadian tebing runtuh di Pangsapuri Sri Beringin, Puchong.

Kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa mengambil cuti bekerja kerana tidak selesa selain terpaksa berulang-alik mengambil barang keperluan mereka.


Seorang mangsa, Mohd Had Mohd Sharif, 49, berkata, kebenaran pulang ke rumah yang dijangka pada hujung minggu ini menggembirakan dia dan penghuni lain.

"Kami berharap kerja pembaikan berjalan lancar kerana tidak sabar pulang ke rumah selain sesi persekolahan bermula minggu depan," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Bersama (JMC) Pangsapuri Seri Beringin, Tiagrajah Raj berharap pemaju perumahan itu turun padang meninjau keadaan.


"Kejadian pertama tebing ini terhakis pada 19 Februari lalu dan sejak itu paip air di Blok B pecah sebanyak lapan kali kerana tersumbat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Astro On-The-Go untuk rakyat Malaysia seluruh dunia

Posted:

Bayangkan sekiranya anda boleh menikmati drama dan filem tempatan kegemaran anda, mendapatkan perkembangan berita tempatan terkini dan menonton sukan tempatan secara langsung, pada bila-bila masa dan di mana saja. Dengan perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG), anda kini boleh terus dekat dengan Malaysia melalui filem tempatan, acara-acara sukan tempatan secara langsung atau berita terkini yang akan disiarkan menerusi Astro.

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini membuat pengumuman utama mengenai strategi bisnes mereka bersempena dengan pelancaran perkhidmatan Astro On-The-Go untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia. Astro akhirnya berjaya melancarkan perkhidmatan AOTG di Melbourne, Australia pada 3 Mac lalu di mana hampir 150,000 warga Malaysia mendiami bandaraya itu.

Datuk Rohana Rozhan, Ketua Pengawai Eksekutif Astro berkata, "Hari ini menandakan satu kejayaan bersejarah bagi Astro dan Malaysia. Kami telah mengambil anjakan positif untuk melangkau ke hadapan menerusi perkhidmatan AOTG. Perkhidmatan ini menyediakan akses kepada kandungan tempatan yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Perkhidmatan ini juga merupakan langkah pertama kami untuk menjadi sebuah jenama global di samping memanfaatkan kedudukan unik kami bagi menyediakan kandungan terbaik merentasi semua platform media. Kedudukan unik ini membolehkan budaya Malaysia, muzik dan kandungan antarabangsa dapat diakses oleh rakyat Malaysia bukan saja di Australia, tetapi juga di UK, Amerika Syarikat dan di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan AOTG.

"Astro On-The-Go adalah sebuah perkhidmatan serba boleh dan inovatif. Perkhidmatan ini membolehkan semua rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk menikmati pengalaman menonton yang lancar secara peribadi dan dapat mengakses kandungan-kandungan terbaik daripada TV, radio dan Video-On-Demand merentasi pelbagai peranti sama ada menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba pada bila-bila masa, di mana-mana saja."


Kini semua rakyat Malaysia yang berada dalam perjalanan dan tinggal di luar negara boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini sekarang. Anda boleh menikmati prebiu percuma Astro Awani, saluran berita dan informasi 24-jam Malaysia yang pertama dan menonton acara sukan terpilih di Astro Arena, saluran sukan tempatan Malaysia yang pertama. Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara kini boleh  mengikuti perkembangan berita secara langsung termasuk liputan khas Pilihanraya Umum yang bakal diadakan. Dalam pada itu, mereka juga boleh mendapatkan informasi dan analisis terhadap isu-isu tempatan terkini dalam bahasa Melayu dan Inggeris selama 24 jam setiap hari. Mereka juga boleh menonton dan menyokong pasukan kegemaran mereka bagi acara-acara sukan tempatan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena.


Sebagai pengedar dan pengeluar kandungan TV, radio dan dalam talian yang terkemuka, Astro berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memberikan akses kepada kandungan tempatan yang berkualiti ke luar negara termasuk Asia dan di seluruh pelosok dunia. Perkhidmatan AOTG membantu untuk memperluas jejak Astro sebagai kumpulan pengguna media bersepadu bukan saja menerusi pendekatan pelanggan secara konvensional malah mewujudkan potensi untuk mendekatkan diri kepada kedua-dua isi rumah dan individu. Perkhidmatan AOTG adalah revolusi media bagi rakyat Malaysia menikmati kandungan terbaik Astro pada setiap masa dan di mana jua mereka berada.

Perkhidmatan AOTG pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan Malaysia pada Mei 2012. Berikutan respon yang memberangsangkan dengan penerimaan melebihi 500,000 paparan dan 400,000 muat turun aplikasi, hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini telah mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan penonton. Perkhimatan ini juga merupakan satu bukti kepimpinan Astro dalam menyediakan kandungan terbaik dalam hiburan, pendidikan dan informasi.

Di Malaysia, para pelanggan Astro boleh melanggan perkhidmatan AOTG dan menikmati sehingga 21 saluran TV, menonton acara-acara sukan secara langsung dan program-program terbaik menerusi Catch-up dan  Video On Demand hanya dengan RM25 bulan.

Perkhidmatan AOTG juga disediakan untuk semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang belum melanggani Astro. Pelanggan Astro boleh memilih untuk melanggan sama ada Pek 1 atau Pack 2. Kedua-dua pek tersebut terdiri daripada 4 saluran, masing-masing untuk RM30/pek sebulan, RM5/pek sehari atau boleh juga memilih untuk melanggan satu saluran dalam setiap dalam pek termasuk Vaanavil dari RM10 ke RM15 / saluran sebulan. Pek 1 terdiri daripada saluran bahasa Melayu seperti Warna, Bella, Oasis dan Ria Plus manakala Pek 2 merangkumi saluran Hua Hee Dai, AEC, Xiao Tai Yang dan Shuang Xing. Di samping itu, pelanggan Astro juga boleh mengakses program-program yang terpilih, 9 saluran radio, Arena dan Awani secara percuma. Mereka juga boleh membeli filem-filem terbaru daripada Astro Best dan Astro First dari RM10 hingga RM15 bagi setiap filem. Kandungan-kandungan lain juga akan ditambah menerusi perkhidmatan ini dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi perkhidmatan AOTG, sila layari www.astroonthego.com

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

Melaram koleksi mewah

Posted:

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 yang bakal berlangsung 7 April depan di Stadium Putra, Bukit Jalil bukan saja menjanjikan debaran buat artis yang tercalon, tetapi mereka juga bakal menyarung koleksi barangan kemas tajaan Habib.

ABPBH 2012 akan menyaksikan barangan Habib turut diperagakan kedua-dua pengacara pada malam kemuncak itu, Farah Fauzana dan Zizan Raja Lawak, semua penyampai anugerah, artis yang membuat persembahan serta selebriti terpilih.

Artis lain yang turut memperagakan barangan kemas itu ialah Emma Maembong, Yana Syamsudin, Neludia, Anis Suraya, Along Cham dan Aiman Hakim.

Mereka akan dihiasi dengan koleksi yang direka khas diilhamkan daripada tema ABPBH 2012 iaitu 'Ledakan Geometri'.


Habib Corporation Berhad adalah pemilik tunggal jenama Habib turut menyalurkan tajjan sebanyak RM800,000 sebagai tanda kali ke 20 syarikat itu memberi sokongan terhadap ABPBH.


Pengarah Urusannya, Datuk Meer Habib berkata, ABPBH menjadi platform yang baik untuk mengenal pasti dan menghargai bakat yang dimiliki negara.

Beliau berkata, sebagai jenama yang sudah lama diiktiraf, Habib berbangga untuk dikaitkan dengan acara anugerah yang dipandang tinggi dan ditunggu-tunggu setiap tahun.

"ABPBH juga adalah sambutan berkualiti dan keupayaan artis tempatan untuk bersinar dan melangkah lebih jauh lagi. Namun begitu, ia terus menjadi platform yang ideal untuk mempamerkan reka bentuk dan inovasi Habib dengan menjadikan pengacara, penyampai anugerah, selebriti dan penghibur yang berbakat pada acara ini kelihatan lebih sempurna," katanya.

Tahun ini juga, buat kali pertamanya selebriti di ABPBH turut menerima barangan kemas jenama antarabangsa Pandora, ihsan daripada Habib yang menjadi pengedar eksklusif di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tak hirau Artikel 88, perkasakan Harimau

Posted:

Kelana Jaya: Ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal tetap fokus memperkasakan skuad kebangsaan walaupun bakal berdepan tuduhan melanggar Artikel 88.

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, tiada apa yang hendak diperkatakan dan fokusnya kini hanya untuk skuad negara yang mempunyai jadual padat sepanjang tahun ini.


"Saya belum terima surat, tiada apa untuk komen. Hanya laporan di media, itu saja," katanya di Wisma FAM, petang semalam.

Jawatankuasa Tatatertib FAM kelmarin memutuskan untuk menghantar surat pertuduhan terhadap Rajagobal susulan kenyataannya mengenai kekurangan penyerang berkualiti di jentera serangan skuad kebangsaan menyebabkan kekalahan 1-4 kepada Arab Saudi.


Pengendali yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF itu turut menyentuh kedudukan penyerang beberapa pasukan tempatan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Selangor dan Kelantan dengan ketiga-tiganya diketuai penyerang import iaitu Marlon Alex James, Francis Forkey Doe dan Keita Mandjou. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak selepas membuat penelitian terhadap kenyataan terbabit berkata, terdapat merit untuk membuat pertuduhan terhadap Rajagobal yang bakal dihantar minggu depan.


Menurutnya, Rajagobal seperti yang dikatakannya sebelum ini, fokusnya hanya terhadap skuad kebangsaan.

Foto

Datuk K Rajagobal (kiri).

Skuad kendalian Rajagobal kini bersaing dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 dengan tiga perlawanan berlangsung pada hujung tahun ini dan baki satu pertemuan pada tahun depan.


Namun Harimau Malaya yang berada di ranking ke-164 dunia dijangka mengharungi aksi persahabatan antarabangsa yang padat pada Jun dan Julai terutamanya dengan kehadiran kelab terbaik dunia seperti Chelsea dan Barcelona selain Belanda yang turut dilapor berminat singgah di Kuala Lumpur.

Rajagobal yang mula melatih skuad negara pada 2009 mempunyai kontrak hingga hujung tahun ini selepas dilantik menggantikan B Sathianathan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

SMK Tunku Putra juara baru

Posted:

Langkawi: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra muncul juara baru kategori sekolah menengah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi Ke-26 di Stadium Langkawi, baru-baru ini.

Sekolah itu berjaya mengumpul 18 pingat emas, sembilan perak dan lapan gangsa bagi mengatasi pencabar terdekat SMK Mahsuri, 16 emas, 20 perak dan 23 gangsa.


Lapan sekolah menengah menyertai kejohanan yang dibahagikan kepada dua kelas, dua Bawah 15 Tahun dan satu Bawah 18 Tahun.

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri pula menjuarai kategori sekolah rendah selepas memungut tujuh emas, enam perak dan satu gangsa untuk mengatasi 21 sekolah lain.


SK Kuala Teriang yang memungut empat emas, tiga perak dan tiga gangsa terpaksa akur di tempat kedua.


Atlet SMK Tunku Putra Ahmad Fitri Anuar, dipilih olahragawan kejohanan selepas memenangi tiga emas dengan satu rekod baru 100 meter manakala pelari jarak dekat SMK Mahsuri Munirah Abdullah dinobat olahragawati.

Hadiah disampaikan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kedah Mohamad Abd Hamid. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi Marzuki Daud, pengetua dan guru besar sekitar Langkawi.


Temasya tiga hari bertujuan memilih peserta terbaik mewakili daerah Langkawi ke peringkat negeri dianjurkan MSSD Langkawi di Stadium Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Warga Nigeria protes di balai polis

Posted:

KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan 'menyerang' Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang' apabila menjerit 'we want declare war' gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.


Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.


Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

"Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

"Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu," katanya.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

Orang 'Imam Tua' tumpas

Posted:

Lahad Datu: Seorang lagi pengganas paling dikehendaki berjaya ditembak mati selepas lelaki berusia 60-an itu cuba menetak seorang anggota pasukan keselamatan dalam operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lelaki terbabit yang bersenjatakan barong (pedang Suluk) menyerang dan menetak anggota keselamatan yang menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah di perkampungan atas air itu. Namun, anggota keselamatan terbabit terselamat dan hanya cedera ringan kerana tetakan pengganas itu mengenai baju kalis peluru dipakainya.

Pengganas yang mati itu dikenal pasti sebagai pengawal dan pembantu kepada 'Imam Tua' iaitu seorang daripada pengganas yang ditembak mati selepas menyerang hendap sepasukan anggota keselamatan di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu, menyebabkan enam anggota polis terkorban.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pagi semalam, pengganas terbabit meluru keluar dari sebuah rumah di kampung itu dan terus menetak di depan dan belakang badan anggota pasukan keselamatan itu.

Foto

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am bersiap sedia di Kampung Simunul, Semporna.


"Biarpun ditetak berkali-kali, anggota keselamatan dapat melepaskan tembakan menyebabkan pengganas itu terbunuh, manakala anggota kita tidak mengalami kecederaan serius," katanya pada sidang media Op Daulat di Felda Residence Sahabat, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rumah warga emas meletup

Posted:

Edinburgh: Sebuah rumah didiami sepasang suami isteri warga emas musnah selepas berlaku letupan kuat, semalam.

Walaupun siasatan masih dijalankan, polis percaya kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah pasangan terbabit.


Saksi pula berkata, pasangan pesara itu dikejarkan ke hospital untuk dirawat dengan tahap kecederaan belum diketahui.

Jurucakap polis Stirling, Russell Penman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi di Murdiston Avenue, Callander.


"Seorang wanita berusia 74 tahun dan suaminya berusia 77 tahun dibawa ke dua hospital berbeza di bandar berkenaan. "Rumah itu musnah sepenuhnya akibat letupan berkenaan," katanya. Kata Penman, polis menganggap letupan itu berlaku kerana kebocoran gas dan siasatan masih di peringkat awal. Katanya, syarikat gas Scotland turut membantu siasatan polis.


Sementara itu, jiran pasangan terbabit, Alistair Allan, berkata penduduk sekitar kawasan berkenaan terjaga daripada tidur kira-kira jam 6.30 pagi akibat bunyi letupan yang sangat kuat. "Saya menjenguk melalui tingkap dan melihat rumah di seberang jalan yang musnah.

Foto

KEADAAN rumah pasangan itu selepas kejadian.

"Saya bergegas berlari ke situ dan mendapati seorang lelaki turut tertimbus dalam runtuhan di dapur, manakala isterinya di bahagian lain rumah berkenaan," katanya. Allan, 47, berkata dia dapat mendengar wanita itu mengerang kesakitan.


Katanya, anggota bomba tiba kira-kira lima minit kemudian dan mereka mengeluarkan wanita itu terlebih dulu sebelum menyelamatkan suaminya kira-kira 15 minit kemudian. "Beberapa jam sebelum itu, anak saya mengadu terhidu bau gas yang sangat kuat di jalan tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa," katanya. Sementara itu, Majlis Perbandaran Stirling membuka pusat pemindahan di bandar itu kerana sembilan rumah berhampiran terpaksa dikosongkan. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

Anak singa jadi rakan sepermainan

Posted:

Melbourne: Ketika kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila bermain-main dengan anak singa.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust. Selain dikelilingi ahli keluarga yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat persembahan.


Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved