Isnin, 29 Ogos 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bawa bekalan makanan, biskut

Posted: 29 Aug 2011 10:36 AM PDT

BAGAIKAN sudah menjadi satu kemestian untuk perantau balik ke kampung halaman masing-masing setiap kali musim perayaan.

Tidak kira jauh atau dekat, kampung halaman adalah tempat yang paling menjadi pilihan untuk menyambut hari yang berbahagia itu.

Semuanya sanggup menempuh apa saja kesukaran termasuk jalan sesak, berhimpit dalam bas atau menaiki bas haram, semata-mata mahu balik kampung.

Tradisi berkumpul seluruh ahli keluarga untuk mengucapkan selamat hari raya sambil bermaafan pada pagi Aidilfitri sudah lama menjadi satu kemestian dan amalan dalam masyarakat kita.


Ini kerana, pada hari raya jugalah sanak saudara dapat berhimpun untuk bersama-sama merapatkan kembali ukhuwah yang mungkin sebelum itu sedikit renggang lantaran kesibukan kerja masing-masing.


Ia mendorong ramai antara kita untuk mengambil cuti yang agak lama semata-mata untuk memastikan dapat beraya sepuas-puasnya bersama keluarga tersayang di kampung.

Namun, perubahan gaya hidup yang dijalani masyarakat hari ini sedikit sebanyak menjejaskan tradisi berkenaan.

Bukan sudah melupakan kampung halaman sendiri, tetapi bagi segelintir masyarakat yang gemar bercuti ke luar negara ketika musim perayaan utama seperti Aidilfitri, mereka mempunyai alasan tersendiri.

Biarpun kedengaran agak janggal mahu bercuti di luar negara ketika umat Islam lain sibuk kembali ke kampung halaman, mereka ternyata mempunyai pilihan masing-masing.

Mahu merasai sendiri pengalaman Tarawih dan menyambut hari raya di negara orang adalah antara sebab utama mengapa Jamilah Bujang, 40, dan suaminya, Hamdan Mohd Yusuf, 43, membawa tiga anak mereka beraya di China pada Aidilfitri kali ini.

Penulis bebas dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur, itu berkata, keputusan berkenaan tidak dirancang dari awal. Tetapi ia muncul secara spontan selepas mereka sekeluarga kehilangan anak bongsu, Ikbal Fahreen, 4, akibat masalah jantung, baru-baru ini.

Kehilangan anak bongsunya itu menyebabkan mereka sekeluarga mengambil keputusan beraya jauh dari rumah sendiri bagi menghilangkan seketika kesedihan dan kerinduan yang masih bersisa kepada Ikbal.

Jamilah sekeluarga memilih Guangzhou sebagai lokasi untuk beraya memandangkan adik bongsunya, Amna, kini menetap di sana kerana bertugas di pejabat Mida.

Selain itu, dia dan suaminya juga mahu merasai sendiri bagaimana masyarakat Islam di sana menyambut Ramadan dan Aidilfitri kerana melalui pembacaan, mereka juga mempunyai amalan tradisi yang unik.

Dia berkata, sebelum ini keluarganya belum pernah beraya di luar negara dan disebabkan itu, percutian kali ini adalah yang paling ditunggu-tunggu.

"Anak-anak (Izzatul Farhana , 15, Izzatul Firashah, 10, dan Izzatul Fasihah, 7), begitu teruja untuk beraya di Guangzhou dan bertemu sepupu mereka yang sudah hampir tiga tahun tidak bersua muka.

"Walaupun kami juga akan ke Hong Kong selepas hari raya pertama, membeli-belah bukanlah agenda utama.

"Sebaliknya, kami merancang melawat tempat bersejarah dan lokasi menarik sepanjang di sana.

"Apa yang paling utama untuk percutian kali ini ialah kami dua keluarga dapat berkumpul dan meraikan hari kebesaran itu bersama-sama," katanya.

Menurut Jamilah, dia sudah tidak mempunyai ayah dan ibu, untuk itu memang mudah baginya membuat keputusan menyambut Aidilfitri jauh dari kampung halaman.

Bagi mentua pula, Jamilah berkata, mereka juga tidak membantah kerana dia sekeluarga akan terlebih dulu pulang ke kampung suami seminggu sebelum tarikh berangkat.

"Walaupun beraya jauh daripada sanak saudara, saya sekeluarga tetap menghubungi keluarga pada pagi Lebaran untuk bermaaf-maafan.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana teknologi sekarang makin canggih dan kita boleh berhubung ke mana juga pada bila-bila masa," katanya.

Untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan di negara orang, Jamilah turut membawa bekalan makanan dan biskut raya seperti tart nanas dan popia mini yang menjadi juadah kegemaran mereka sekeluarga.

"Insya-Allah, kami akan mengadakan rumah terbuka di sana untuk pelajar dan warga Malaysia yang bekerja di Guangzhou.

"Adik saya sejak awal-awal lagi sudah mengingatkan untuk membawa perencah sup tulang dan rendang ayam kerana dua juadah itu yang akan menjadi sajian utama di sana nanti.

"Pengalaman beraya di negara orang memang tidak boleh dibandingkan dengan beraya di kampung halaman sendiri, tetapi tidak salah jika sesekali kita mencuba sesuatu yang baru dan menyelami kehidupan masyarakat di negara orang pula," katanya yang akan menghabiskan 12 hari di sana sehingga raya kelima.

Keseronokan bermain salji ketika mengunjungi Korea Februari lalu mendorong Zunaidah Sudik, 40-an, membawa keluarganya ke negara itu sekali lagi pada Aidilfitri ini.

Walaupun terpaksa berhabis puluhan ribu ringgit untuk membawa seluruh ahli keluarga termasuk seorang cucu yang berusia 11 bulan, pengusaha restoran itu mengakui keseronokan bercuti bersama melebihi segala-galanya.

Setiap tahun, Zunaidah membawa keluarganya bercuti pada hari raya kerana dia dan suaminya kini tidak mempunyai ibu atau ayah kerana sudah lama meninggal dunia.

Katanya, sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur juga tidak semeriah jika dibandingkan dengan suasana di kampung halaman kerana selepas menziarahi pusara pada pagi raya pertama, mereka kembali ke rumah menunggu jiran tetangga saja.

"Jika dulu, memang kami pulang beraya bersama keluarga tetapi sejak kedua-dua ibu bapa meninggal dunia, kami hanya beraya di rumah sendiri.

"Memang membosankan kerana kebanyakan jiran atau saudara pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

"Jadi, daripada menunggu rumah saja, lebih baik kami pergi bercuti bersama sambil berkumpul seisi keluarga kerana pada hari biasa memang jarang dapat bersama kerana kesibukan kerja," katanya.

Pengusaha Restoran Uwa Kitchen di Plaza Damas itu berkata, mereka akan berangkat ke Korea pada hari raya kedua dan membawa bersama bekalan makanan seperti rendang kering, nasi himpit, ketupat dan sejenis dua biskut raya untuk dinikmati sepanjang enam hari di sana.

"Untuk mendapatkan makanan halal di Korea memang tidak sukar kerana terdapat ramai komuniti Islam di sana.

"Lagipun, kami bercadang untuk memasak sendiri juadah yang ringkas di bilik hotel nanti.

"Memang seronok kerana kami bercadang melaram dengan baju raya di sana selain melawat banyak lokasi menarik seperti Pulau Nami," katanya yang sebelum ini pernah menyambut Aidilfitri di Kota Singa bersama ahli keluarganya.

Zeti Nor Ain Ahmad, 34, pula pernah merasai pengalaman beraya bersama masyarakat Islam Hokkaido, Jepun pada Aidilfitri tahun lalu kerana tuntutan kerja.

Penulis di sebuah majalah kecantikan itu berkata, dia berangkat ke negara mata hari terbit itu pada malam hari raya tatkala umat Islam lain sedang sibuk membuat persiapan akhir menyambut lebaran.

Walaupun menyambut Aidilfitri sendirian di Hokkaido, dia tidak kesunyian kerana kawasan itu mempunyai komuniti Islam yang unik dan kebanyakan masyarakat di sana juga ramah biarpun pertama kali bersua.

"Selepas urusan kerja selesai, saya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pusat komuniti Islam yang terdapat di kawasan itu.

"Tidak dinafikan juadah Aidilfitri yang disediakan memang jauh berbeza daripada makanan kita, tetapi hidangan seperti sushi, ramen dan mi soba turut disediakan.

"Mujurlah saya tidak mempunyai masalah dengan hidangan Jepun dan boleh menerimanya sepanjang lima hari berada di sana," katanya.

Zeti mengakui pengalaman beraya di Jepun lebih menarik berbanding dengan apa yang dilaluinya ketika menyambut Aidiladha di Aberdeen, Scotland, beberapa tahun lalu.

Katanya, masyarakat Islam di Aberdeen tidak seramai di negara Eropah lain kerana hanya terdapat komuniti Islam kecil kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar berkenaan.

"Saya menyambut Aidiladha seorang diri kerana rakan serumah (warga Malaysia) ketika itu berada di Amerika atas urusan kerja.

"Untuk menghilangkan kerinduan pada kampung halaman, saya tetap menyediakan juadah seperti kari ayam dan tart strawberi walaupun untuk dinikmati seorang diri.

"Bila menghubungi keluarga di pagi raya, air mata memang bercucuran. Memang pilu kerana terpaksa beraya seorang diri dan itu adalah antara salah satu faktor mengapa saya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air selepas setahun mencari pengalaman di rantau orang," katanya.

Istikharah Sang Perindu (Siri 4): Belahan Hati Ibu Di Pagi Syawal

Posted: 29 Aug 2011 07:29 AM PDT

AKU bukanlah orangnya. Orang yang sepatutnya dia cari untuk bantu dia selesaikan segala masalah. Dia tidak ada sesiapa. Sesiapa pun tidak mahu mendengar masalah yang dia tanggung selama ini. Dalam firasat aku, dia sedang menanggung masalah. Masalah besar yang boleh jadikan dia, hilang segala yang dia miliki. Dia akan hilang semuanya.

Tetapi bagaimana cara terbaik, dapat aku bertemu dia? Bukannya aku tidak berusaha mencari, malah sudah beribu kali. Pernah aku ke Canberra, ikut Kak Ika, pun gagal kami temui dia. Kak Zura, ke mana dia? Abang Farhan sudah hilang terus.

Tahukah mereka hatiku yang sedih pilu? Mendengar takbir raya, piluku berganda-ganda. Kalau ada kubur mereka, boleh juga aku bawa ibu, bacakan surah Yasin, surah al-Mulk dan bertahlil, minta Allah ampunkan dosa mereka dan dan minta Allah ringankan seksaan kubur mereka, seperti yang selalu kami lakukan bertahun-tahun di kubur arwah ayah, tetapi ini tidak, hilang ghaib tanpa berita.

Membayangkan pedih hati ibu di pagi Syawal, hatiku bertambah-tambah pedih. Aku melangkah cepat-cepat ke tempat letak kereta. Aku nampak Kak Ika sudah sampai ke kereta. Tiba-tiba aku nampak ada orang ekori Kak Ika. Aku matikan langkah.

Aku menyorok di sebelah kereta.

Aku dengar telefon Kak Ika tiba-tiba menjerit. Entah mengapa tiba-tiba sahaja di mata, di hati, aku hanya ternampak muka Kak Zura. Lima tahun aku tak jumpa dia. Alangkah bahagianya kalau raya tahun ini aku dapat akhirkan penantian ibu.
Aku mahu hadiahkan kepulangan itu kepada ibu. Aku mahu kesat air mata pilu ibu.
Aku mahu ibu menangis gembira. Tapi bila?

"Tak dengarlah. Cakap kuat sikit. Tak dengar." Aku dengar suara Kak Ika agak kuat. Aku pasang telinga lebih luas.

"Siapa?" Dalam terintai-intai, aku nampak Kak Ika tidak jadi buka pintu kereta.
"Akulah. Zura." Aku dengar suara itu.

"Zura?" Kak Ika terkejut.

Aku empat puluh kali lebih terkejut daripada Kak Ika. Hampir sahaja aku mahu melompat keluar. Dada aku berdebar kuat. Aku sabarkan hati. Tidak aku tidak perlu tergopoh-gapah. Aku tarik nafas.

"Zura?" Suara Kak Ika teruja.

Aku teringat kamera dalam beg. Cepat-cepat aku keluarkan dan terhendap-hendap ke muncung kereta. Ya, mereka terlalu teruja, tidak nampak kelibat aku. Aku rakamkan video pertemuan itu. Syukur, semuanya tidak ada masalah.

Badan aku panas satu macam. Aku tahan kaki agar tidak melompat keluar menerpa Kak Zura. Aku nampak ibu. Tiba-tiba air mata aku bergenang. Aku kesat air mata.
Air mata aku keluar lagi. Hish, ini yang buatkan aku lemah. Wajah teduh ibu macam bidadari, jadikan aku tidak boleh buat perkara bukan-bukan. Ya, Kak Zura, anak ibu. Aku kena hormatkan dia.

"Betul kau ini Zura? Jangan bergurau." Di skrin kamera rakaman, aku nampak Kak Ika pandang kiri, pandang kanan.

"Kenapa?" Aku dengar suara orang tergelak.

"Susah nak percaya." Suara Kak Ika gementar.

Dada aku semakin berdebar. Aku nampak ibu, aku nampak Mak Long, aku nampak nenek. Dan jauh berbalam-balam aku nampak Pak Long. Hati aku mula jadi tidak tenteram. Betulkah yang berdiri tidak jauh dari Kak Ika itu, Kak Zura?

"Percaya atau tak percaya, itu kau punya pasal. Tapi aku tak bergurau. Aku tak menyamar. Aku Zura. Azura Zainal Abidin. Anak Mak Ngah kau." Perempuan yang tidak lagi rupa Melayu tergelak lagi.

"Tak payahlah penat-penat berfikir Ika, tak ada siapa dalam dunia ini yang nak menyamar jadi aku. Kau ingat aku ni siapa? Bintang filem? Selebriti? Jutawan?"
Menahan sabar dan sakit hati, kedua-dua belah tanganku jadi terketar-ketar.
Mata pandanglah. Mulut diamlah. Hati, sabarlah. Aku nampak dia peluk pinggang Kak Ika. Kak Ika terkejut. Tidak percaya apa yang dia pandang. Telefon tangannya hampir terjatuh.

"Sekarang percaya?"

Perempuan yang lukakan hati ibu itu tersenyum dan tergelak. Dia salam Kak Ika, dia peluk Kak Ika dan cium pipi Kak Ika kanan kiri. Aku kesat air mata. Aku nampak Kak Ika tergamam.

"Aku baru balik kerja, baru nak masuk kereta. Alhamdulillah, kau balik juga akhirnya Zura." Kak Ika peluk dia semakin erat. "Alhamdulillah. Alhamdulillah."
Kak Ika menangis teresak-esak.

Kak Zura lepaskan pelukan. Aku dengar dia suruh Kak Ika berhenti menangis. Dia tergelak. "Eh, akulah yang balik. Bukan mayat aku."

Kak Ika kesat air mata. Tersenyum. "Bila sampai?"

"Pagi tadi." Dia pegang bahu Kak Ika. "Bagasi aku ada dalam teksi."

Kalang-kabut Kak Ika buka pintu kereta dan tekan butang untuk membuka but. Tiga beg besar muat-muat masuk dalam but kereta.

"Kau balik seorang?" tanya Kak Ika.

Hati aku rasa lapang sungguh. Segunung masalah di atas kepala serasa melambak ke bumi. Aku nampak Mak Long tersenyum, aku nampak nenek tersenyum dan aku nampak bulan lima belas haribulan bercahaya di wajah ibu.

"Itulah yang aku nak cerita pada kau."

Aku fokuskan kamera ke muka Kak Zura. Mencari-cari di sebalik wajahnya berambut pendek, diwarnakan perang yang mahu menjauhkan rupa Melayunya itu, kalau-kalau ada garis kesal di mana-mana. Sayangnya tidak terlihat seurat pun. Hish geramnya aku.

"Ada masalah?" tanya Kak Ika lagi.

Dia mengangguk. Aku ketap bibir menahan geram. Aku rasa ada sesuatu di dalam hati dia. Aku nampak sebuah sungai yang penuh sampah-sarap. Aku nampak sungai yang dulunya tidak lagi jernih bertambah-tambah kelabu warna airnya.
Sampah-sarap banyak terapung. Aku dapat rasakan, ada tugas untuk aku. Agak berat. Sampahnya banyak. Airnya tersekat.

"Dulu kau kata jangan buat, tapi aku degil. Kau suruh aku fikir masak-masak, tapi aku malas nak fikir. Aku tahu perkara ni tak boleh dibuat main-main, tapi perkara dah terjadi, Ika, aku nak buat macam mana?"

Kak Zura pandang kiri kanan. Wajahnya yang tadi nampak selamba kini mula nampak gelisah.

"Aku tahu aku silap. Aku tahu masalah dulu dah jadi berganda-ganda berat. Aku terpaksa jumpa kau. Sama ada kau hendak atau tidak, kau kena tolong aku juga. Ini hidup dan mati aku, Ika. Kau kena tolong aku. Sebabnya, aku hanya ada kau. Sepupu aku, kawan baik aku."

Hati aku lapang sedikit. Syukur alhamdulillah dia masih anggap Kak Ika sepupu, sahabat dan orang yang dia boleh percaya untuk luahkan perasaan. Aku ternampak-nampak nenek dan Mak Long tersenyum.

"Kita balik kampung." Suara Kak Ika ceria.

Aku rasa mahu pinjam cuping telinga gajah untuk mendengar setiap patah perkataan dari mulut Kak Zura, supaya tidak sebutir pun perkataan dari mulutnya jatuh tercicir. Aku nampak dia pegang kejap tangan Kak Ika. Matanya terbeliak.
Dia terkejut macam terpandang hantu. Hantu Kak Zura balik kampung agaknya.

"Balik kampung? Kau gila?"

Ringan sahaja kaki aku mahu melompat menerpa dia dan tangan aku terketar-ketar mahu tampar mulut yang tidak tahu hormatkan perasaan orang itu. Hati, sabarlah.
Mengapa dia tiba-tiba jadi tertekan bila Kak Ika sebut balik kampung? Mengapa dia tidak rasa sedikit pun bersalah di atas segala perbuatannya selama ini? Barangkali dia masih belum seratus peratus bersedia. Nampaknya untuk memujuk dia, Kak Ika kena lebih banyak mengalah.

Aku pujuk lagi hati. Hem, dia sudah balik, sudah sangat baik untuk kami sekeluarga. Kalau aku buat hal, sah, dia akan lari lagi. Tidak, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Aku nampak Kak Ika pegang tangan Kak Zura. "Kita ke rumah nenek?"

Dia menggeleng laju-laju. Mukanya semakin keruh. "Rumah nenek pun tak boleh."
Dia bertambah gelisah.

"Kenapa?" tanya Kak Ika lagi.

Aku mula rasa tidak aman. Niat untuk gembirakan ibu, nenek dan Mak Long yang tadinya datang dengan aman, macam angin waktu subuh malam lailatulqadar, kini jadi ombak Laut Cina Selatan. Yang tinggal hanya harapan. Aku nampak ibu. Aku kesat lagi air mata.

"Pak Long tak boleh tengok muka aku, Ika!" Suaranya tegang. Mukanya keruh. Dia patah-patahnya jari-jari tangan satu persatu.

"Siapa kata nak jumpa ayah aku? Ayah aku sibuk. Aku suruh emak aku datang ke rumah nenek, bawa ibu kau sekali."

Aku kesat lagi air mata. Dalam dunia ini aku sahaja yang faham betapa terseksanya Kak Ika diberi Allah ujian dapat ayah macam Pak Long. Ya, benar kata Ustaz Naufal, Kak Ika juga bakal jadi bidadari, macam ibu, macam Mak Long.

"Tak boleh Ika. Tak boleh. Masalah dulu belum selesai, sekarang aku balik, bawa satu lagi masalah. Kau ingat ibu aku boleh terima?"

Dia nampak sungguh gelisah. "Hei mati aku Ika, mati aku!"

Hem, tahu pun dia sebut mati, aku ingat orang macam dia tak ingat mati! Mak hai, banyaknya dosa aku mengumpat Kak Zura. Hish, mana boleh tahan, dia lukakan hati ibu, dosanya lebih berganda-ganda daripada aku.

"Kenapa? Takut ayah aku marah?" Kak Ika pegang bahu Kak Zura dan memujuknya lagi. Kak Ika lembutkan suara. "Jehan saja yang boleh uruskan ayah aku. Dia tahulah nak buat apa. Yang penting kita balik, jumpa ibu kau." Kak Ika peluk bahunya.

"Masalah aku sekarang, lebih berat dari dulu Ika."

"Sebab itulah kita kena balik. Ibu kau tak sihat. Dia rindukan kau sangat. Dia ada anak lainkah, selain Farhan, kau dan Jehan?"

Kak Zura terdiam.

"Kau kenalah adil pada ibu kau, pada Jehan."

"Aku pun mahu jadi macam kau, Ika. Tapi nasib kita tak sama."

"Dah ada niat dalam hati, sangat baiklah tu. Kita balik ya?" Kak Ika terus memujuk.

"Kau mahu tolong aku atau tidak?"

"Kau nak aku berdosa? Biarkan kau macam ni?"

Dia mengeluh panjang. "Kau ingat aku tak sayangkan ibu? Tak sayangkan Jehan?" Suaranya lemah.

"Kau ingat aku tak ada perasaan? Kau ingat aku tak pernah rasa bersalah? Aku tahu, aku bukanlah kakak yang baik. Bukan juga anak yang baik. Aku malu pada ibu, malu pada Jehan."

Terbeliak mata aku mendengarnya. Sejuk rasa hati.

"Alhamdulillah. Kalau macam tu, kita balik ke Cheras dulu. Rehatkan diri dan buat keputusan nanti."

"Rumah kau?" Lama dia terdiam. "Aku risau sangat. Aku rasa macam nak mati. Aku sayangkan ibu, Ika. Aku sayangkan Jehan. Aku sayangkan kau, sayangkan nenek."

"Sayang?" Suara aku terpancut serentak dengan suara Kak Ika.

"Bukan niat aku nak lupakan ibu dan Jehan. Tapi aku terpaksa."

"Terpaksa? Tinggalkan mereka bertahun-tahun? Terpaksa lari dari mereka?"

Dia tidak menjawab.

"Kau ada berapa ibu dan berapa adik dalam dunia ini, Zura?"

Dia lekapkan kedua-dua belah tangan ke telinga. "Bukan aku tak sayang, tapi aku ada masalah. Aku ada masalah. Tolonglah Ika, jangan hukum aku."

"Besar manalah masalah kau, sampai tergamak lupakan ibu, lupakan adik sendiri.
Dia ibu kau, adik kau, harta kau dalam dunia ini. Berapa juta pun duit yang kau ada, kau tak boleh beli ibu, adik lain lagi. Itu darah daging kau. Hanya itu."
Tenang bila aku dengar suara Kak Ika sejuk dan damai macam air terjun. Itu hati aku? Hati dia?

"Kau faham perasaan aku kan?"

Aku menarik nafas, menahan marah mendengar suara Kak Zura yang tidak ada perasaan langsung itu.

"Aku juga faham hati dan perasaan ibu kau, adik kau."

Dia nampak begitu tertekan. Dia nampak begitu bersalah. "Aku nak betulkan keadaan, tetapi bukanlah mendadak. Beri aku peluang Ika, beri aku peluang. Aku akan selesaikan satu persatu. Berilah aku masa."

"Berjanjilah pada diri, yang kau benar-benar nak berubah."

"Jangan cakap macam tu Ika. Aku, tak berniat nak buat ibu aku risau. Tapi kau kena faham, aku ada masalah."

"Semua orang ada masalah."

"Kau kena percaya pada aku, Ika."

"Kau kena percaya pada diri kau sendiri dulu."

"Kenapa?"

"Kau buat ini semua untuk siapa?"

"Kenapa?"

"Jawab dulu soalan aku."

"Untuk diri aku sendiri."

"Buat kerana siapa?"

"Kerana aku tak mahu terus buat silap."

"Kerana siapa?"

"Kau cakap apa ni?"

Kak Ika tepuk bahu Kak Zura. "Kau dah nampak jalan kan?"

Kak Zura hanya mengeluh. "Aku nampak kau. Aku tahu, kau akan kata, aku hanya nampak kau bila ada masalah."

"Alhamdulillah."

"Alhamdulillah?"

"Alhamdulillah, kau tak buang aku."

Dia menggaru kepala, menggaru telinga dan patah-patahkan jari-jarinya lagi. Dia nampak sungguh gelisah. Gelisah sungguh!

"Syukurlah, kau pun faham hati dan perasaan orang lain."

Dia terdiam.

"Sebesar mana pun masalah, boleh kita selesaikan. Perasaan orang bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit."

Dia masih tidak bersuara.

"Kau dah nampak apa yang patut kau nampak. California dunia serba mewah dan serba mencabar itu, tentu banyak mengajar kau?"

"Kau nak tolong aku atau tidak?"

"Eh, tadi beria-ia kau berjanji nak berubah? Sekarang dah berubah balik?"

Dia memandang Kak Ika tajam. Nafasnya semakin huru-hara.

"Itu kata hati kau kan?"

"Memang aku nak berubah. Memang aku nak buang perangai buruk aku. Aku kena berubah. Tapi masalahnya, aku pantang kena tegur, mula nak melenting. Itulah masalah aku. Masalah besar yang bertenggek atas kepala aku."

"Bukan masalah. Jangan namakannya masalah."

Dia semakin tertekan. "Masalah besar."

"Itu cabaran dan ujian namanya. Buang negatif fikiran cajkan positifnya. Kau cakaplah sejujurnya, siapa yang ada dalam hati kau sekarang?"

"Kenapa?" Dia jadi bingung. Nampak keliru.

"Ada sesiapa dalam hati kau sekarang?"

Dia membuang nafas. "Ok, jangan serabutkan lagi kepala otak aku. Kau nak suruh aku buat apa sekarang?'

"Kau nak buat apa?"

"Aku ke rumah kau, jumpa Jehan. Aku nak selesaikan semua."

Kak Ika tersenyum senang. Tersenyum syukur. "Alhamdulillah, ada Jehan. Betul?"

"Kau tanya apa ni?"

"Dalam hati kau ada Jehan?"

Entah mengapa, aku rasa berdebar satu macam.

"Kau ingat aku apa?" Dia mula nak marah.

"Alhamdulillah. Dia rindukan kau sangat-sangat. Dia nak jumpa kau sangat-sangat."

"Tapi bukan di kampung." Dia memberi amaran.

Kak Ika pujuk lagi. "Yang penting kau mesti jumpa ibu kau."

"Kau jangan paksa aku balik kampung." Dia mengugut lagi.

Kak Ika mengaku kalah. "Tak apa. Aku balik kampung hari ini, ambil ibu kau. Esok semua selesai."

Dia jadi gelisah semula. Di matanya aku nampak hati bersalahnya yang ingin minta diampunkan segala silap dan salahnya selama ini. Aku nampak bungkahan batu di hatinya, sudah mula ditarah dan tidak bertimbun seperti dulu. Hati itu nampak sudah mula terbuka untuk mendengar kata-kata dari Kak Ika. Aku mengucap syukur dalam hati.

"Tapi kita berbincang dulu. Aku nak tinggal di rumah kau dulu."

"Dalam hati kau ada dia?"

"Siapa?"

"Ibu kau?"

"Beri aku masa. Aku memang nak jumpa dia."

"Dia rindu sangat nak jumpa kau. Turunkan sikit ego kau, tak rugi kan?"

"Aku belum bersedia."

"Pernah kau tanya semasa ibu kau mula mengandung dan ketika dia melahirkan kau, dia dah bersedia atau belum?"

"Kau tak faham masalah aku!" Dia membentak semula. Bungkahan batu yang mula ditarah terlihat menonjol kembali dalam hati sanubarinya.

"Kau faham perasaan ibu kau?"

"Aku tak mahu dia terseksa."

"Jangan biarkan dia terlalu lama terseksa, Zura. Kasihan dia. Kita balik ya? Kita bincang baik-baik di rumah nenek. Selagi kita tak berkumpul, selagi itu, perkara ini tak akan selesai."

"Jangan macam tu Ika, kau kena tahu perasaan aku dulu."

"Kau rasa semua orang marahkan kau? Semua orang tak mahu maafkan kau?"

Dia terdiam.

"Belajarlah ambil tahu perasaan orang, Zura. Nenek, ibu kau, Jehan, emak aku dan aku tak pernah berubah. Kami semua sayangkan kau."

"Aku tahu, perangai aku memang buruk. Tapi itu dulu. Itu dulu. Berilah aku peluang betulkan kesilapan."

"Kita raikan kegembiraan ini bersama-sama orang yang sangat-sangat harapkan kau akan berubah."

"Tapi aku belum bersedia nak jumpa semua orang." Suaranya jadi sebak.

"Setibanya kau di bumi Malaysia ini, maknanya, kau dah bersedia."

Fon tangan aku berbunyi. Aku harapkan Olin. Tetapi aku jadi terkejut.

Kak Ika? Cepat-cepat aku hantar mesej, beritahu dia, aku akan balik bersama Olin. Aku nampak kereta Kak Ika berlalu.

Aku nampak wajah ibu. Aku terdengar-dengar suara takbir. Aku menangis tersedu-sedu. Lima tahun lagi agaknya ibu, Kak Zura akan peluk dan cium tangan ibu di pagi raya. Maafkan Jehan ibu, hati Kak Zura masih sebungkah batu, apa lagi yang Jehan boleh buat, ibu!

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pulang selepas 4 hari

Posted: 28 Aug 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini yang hilang sejak empat hari lalu pulang ke rumah kira-kira jam 4 petang kelmarin selepas dipujuk ibu bapa mereka.

Remaja terbabit yang dikenali sebagai Cheng Cheng dan Ke ke, masing-masing 14, dipercayai melarikan diri selepas tidak pulang ke rumah mereka selepas waktu persekolahan Rabu lalu kerana khuatir dimarahi ibu mereka akibat terlewat pulang.


Kedua mereka dipercayai menyembunyikan diri di rumah teman lelaki di lokasi yang tidak diketahui sebelum pulang ke rumah selepas mendapati kes kehilangan mereka menjadi perhatian.

Menurut ibu mereka yang tidak mahu dikenali, dia mula risaukan anaknya yang tidak pulang ke rumah hingga lewat petang dan tidak menghubunginya.


"Saya membuat laporan polis pada hari sama.


"Bagaimanapun, petang Sabtu lalu, mereka berdua muncul di depan rumah dalam keadaan terpinga-pinga sambil menangis memohon maaf kerana tidak pulang ke rumah," katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, semalam.

Lelaki diculik di dalam rumah

Posted: 28 Aug 2011 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila 'ditawan' empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.


Seorang daripada suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri yang kononnya kuasa polis kepada mangsa sebelum menggari tangannya.

Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.


"Suspek mengambil komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet mengandungi wang tunai," katanya.


Tidak berpuas hati, suspek menuduh mangsa terbabit dalam satu kes dan memintanya menghubungi seorang rakannya bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.


"Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Bukit Bintang dan dikurung dalam bilik terbabit.

"Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya," katanya.


Sumber berkata, selepas mendapat wang terbabit, suspek mengembalikan dompet mangsa, namun komputer riba serta telefon bimbitnya tidak dikembalikan.


Mangsa dibebaskan pada jam 9 pagi dan kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hantar SMS talak diri sendiri

Posted: 28 Aug 2011 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad 'menceraikan dirinya sendiri' selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.


Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Isteri simbah cuka getah

Posted: 28 Aug 2011 09:42 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas.

Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.


Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Hati berbunga ‘2 madu’ disatukan

Posted: 28 Aug 2011 06:13 AM PDT

ADA apa dengan Zizan Raja Lawak? Bagaimana dia boleh memikat hati pelakon sedang mencipta nama, Juliana Sophie Johari Evans atau Juliana Evans dan Natasha Hudson?

Begitulah soalan yang ditanya peminat apabila timbul gosip mengatakan pelawak yang nama sebenar, Mohd Razizan Abd Razak, 27, sedang hangat menyulam cinta dengan Juliana, 22.

Kemudian timbul pula cerita mengatakan dia turut akrab dengan Natasha, 28, terutama apabila wanita kelahiran Ipoh, Perak itu menghadiri majlis ulang tahun hari jadinya, pertengahan April. Sejak berada di puncak populariti, nampaknya Zizan mula dikaitkan dengan ramai wanita dan lebih menarik kebanyakannya berdarah kacukan.

Bagaimanapun, apabila diajukan mengenai perkara ini ternyata apa yang diperkatakan itu tidak benar dan hubungan mereka tidak lebih daripada teman rapat. Sekurang-kurangnya itulah yang diyakinkan tiga bintang popular ini sewaktu hadir di Studio Balai Berita bagi menjalani sisi fotografi khas sempena sambutan Aidilfitri.


Kata Zizan, dia senang berkawan dengan Juliana dan Natasha kerana kedua-duanya mempunyai sifat 'sempoi' dan selamba. Walaupun kedua-duanya boleh disifatkan wanita berprofil tinggi dalam dunia hiburan tempatan dan memiliki kecantikan yang boleh menggetarkan hati ramai lelaki, akui Zizan, mereka tidak pernah meletak tembok dan mudah didekati.


"Kedua-dua sangat terbuka dan kami boleh membicarakan mengenai apa saja. Tidak dinafikan, saya sayangkan mereka, tetapi sebagai seorang sahabat. Mereka juga turut mengambil berat mengenai diri saya," katanya.

Sebagai kawan, Zizan dan Juliana juga berkesempatan bekerja bersama menerusi filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang akan menemui penonton pada hari raya pertama.

Bercerita lanjut mengenainya kata Zizan, sewaktu diberitahu pengarah yang dia akan digandingkan dengan Juliana, terus hatinya berbunga memandangkan antara mereka sudah mengenali satu sama lain.

"Lebih senang sebenarnya sebab kami dah kenal jadi keserasian itu senang hendak diwujudkan. Seperkara lagi, Juliana ini walaupun masih muda, tetapi apabila tiba bab kerja, dia akan serius dan mudah berkongsi idea. Lebih penting lagi, walaupun dia cantik dan popular, Juliana tidak pernah 'diva' di set. Saya suka bekerja dengan orang begini," katanya.

Bercerita mengenai sambutan hari raya, jelas Zizan ia menjadi medan untuk dia bertemu dengan peminat di samping bermaaf-maafan. Bagaimanapun, kerana kesibukan kerja dia hanya akan beraya bersama peminatnya di Terengganu pada hari raya ketiga.

Juliana pula pertama kali bergandingan dengan Zizan dan bekerja dengan Ahmad Idham berkata, dia berasa seronok dan setiap hari di lokasi penuh dengan gelak dan ketawa.

"Seronok bekerja dengan produksi Hantu Bonceng ni sebab tidak ada tekanan. Cuma yang tertekan apabila saya perlu jadi hantu. Maklumlah, hendak disiapkan sebagai hantu dengan solekan kesan khas membuatkan saya rasa kurang selesa. Ini pertama kali saya membintangi filem seram," katanya.

Juliana turut menafikan dia dilamar Ahmad Idham kerana gosip cintanya dengan Zizan atau pelawak itu yang menyarankan kepada produksi agar mengambilnya membintangi filem Hantu Bonceng. Sebaliknya, pengarah prolifik itu sudah lama mempelawa Juliana membintangi filem dihasilkan cuma belum belum ada kesempatan.

Mengenai Raya, jelas Juliana setiap tahun dia akan mengikut keluarganya pulang ke kampung di Perak dan baginya ikatan silaturahim dapat diperkukuhkan apabila amalan kunjung mengunjung masih diamalkan.

"Walaupun orang kata zaman sekarang cara sambut Aidilfitri sudah berubah, saya tidak pernah berasa begitu. Malah, saya nantikan hari untuk beraya di kampung kerana dapat berjumpa sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu. Ada antara kami yang dapat berjumpa setahun sekali iaitu pada hari raya saja. Kerana itu pada saya, hari raya sangat penting.

"Selalunya rutin kami sekeluarga akan pulang lebih awal ke kampung untuk berbuka puasa pada hari terakhir sambil mengemas di rumah nenek. Kami akan berada di sana sampai raya kedua dan apabila raya ketiga pula, saya akan beraya bersama kawan-kawan. Inilah rutin saya saban tahun tidak berubah dan saya harapkan ia akan diteruskan sampai bila-bila," katanya.

Natasha turut mengakui senang berkawan dengan Zizan kerana sikapnya yang kuat mengusik dan membuatkan mereka sering ketawa. Begitupun, apabila berbicara mengenai perkara penting, Zizan akan serius dan cuba memberikan buah fikiran yang baik sebagai nasihat atau dorongan.

"Saya juga agak rapat dengan Juliana sehinggakan kami menghasilkan lagu raya khas yang diterbitkan DJ Fuzz. Saya ajak Juliana berduet dan dia sendiri berkata apa salahnya mencuba. Ia masih dalam proses. Kalau tidak keluar tahun ini ia boleh juga didengar tahun hadapan," katanya.

Bercerita mengenai sambutan raya tahun ini, Natasha yang kembali sendiri berkata, dia tidak tahu lagi sama ada mahu pulang beraya bersama ibunya di kampung, Ipoh, Perak atau beraya di Kuala Lumpur.

"Kalau tidak pulang ke kampung bermakna ini pertama kali kami beraya di sini.
Sebenarnya tahun ini anak tunggal saya, Neesa Heelena akan beraya bersama keluarga bekas suami, jadi saya rasa berat hati untuk pulang ke kampung.

Entahlah, perkara ini juga ada saya bincangkan dengan ibu dan adik. Kemungkinan saya akan pulang beraya ke Ipoh pada hari raya kedua," katanya.

Dalam kesempatan ini juga, Zizan, Juliana dan Natasha mengucapkan Salam Aidilfitri kepada peminat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini.

PROFIL ZIZAN:

Nama sebenar: Mohd Razizan Abd Razak
Tarikh Lahir: 15 April 1984
Tempat Lahir: Dungun, Terengganu
Kerjaya: Pelawak, Pelakon, Pengacara dan Penyanyi

Drama: Chaparela, Oh Yeah, Redah Kasi Pecah, Hang Pa La Hang Tu, Geng Raya Zizan 2009 & 2010, Nak Balik Raya, Gaia, Drogba & Rooney dan Cintaku 120KM/J.

Program TV: Jozan Show, Zizan Show, Bolos, Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Melodi.

Filem: Duhai Si Pari-pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, KL Gangster, Hantu Bonceng, Baik Giler, Bohsia 2: Jalan Kembali dan Jangan Pandang-Pandang.

Single: Selamat Tinggal.

Pencapaian: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards, Zizan, Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2010.

PROFIL NATASHA HUDSON:

Nama sebenar: Natasha Liana Hudson
Tarikh Lahir: 9 September 1982
Asal: Ipoh, Perak
Adik-Beradik: Sulung dari dua beradik.
Kerjaya: Pelakon, Model, Penyanyi dan Penulis

Filem: Chermin, Tipu Kanan Tipu Kiri, Sumolah dan Halilintar

Drama: Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyung Aridinata, Emily, Cinta, Pengantin Untuk Dijual dan Sultan Alauddin

Iklan: H20, Hotlink (bersama Farid Kamil dan Siti Nurhaliza), Sea White (Follow Me)

Teater: Teater Muzikal Ibu Zain dan Gamat
Program TV: Fesyen TV, Girls Club dan Kediaman Idaman.
Buku: MY heart,MY soul, My passion dan Puisi Indah Si Pari Pari.
Pencapaian: Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 (Chermin).

PROFIL JULIANA EVANS:

Nama sebenar: Juliana Sophie Johari Evans
Tarikh Lahir: 5 Julai 1989
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Keturunan: Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu)
Adik beradik: Bongsu daripada tiga beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya

Kerjaya: Pelakon, Model dan Pengacara
Iklan: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear

Program TV: E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ), Bintang Kecil Raya (TV9) dan Remaja (TV3)

Drama: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Natrah, Warkah Terakhir, Ghost 2, Sayang Cendana, Cinta Lelong, 2nd Hand Henfon, Cheritera, dan Inikah Cinta.

FILM: Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja The Returns dan Hantu Bonceng.

Azazil tak tiru The Village

Posted: 28 Aug 2011 05:54 AM PDT

SELEPAS menghasilkan filem genre cinta seperti Cinta, Sepi dan Nur Kasih, pengarah prolifik Kabir Bhatia kembali dengan Azazil. Tidak seperti sebelum ini, Azazil cuba memberikan kelainan apabila ia menampilkan tema seram.

Menampilkan pelakon hebat Remy Ishak, Umie Aida, Diana Daniel dan Shaanaz Ahmad. Ia dijangka menjadi antara filem yang ditunggu ramai memandangkan kejayaan drama bersiri Ku Seru yang pernah dihasilkan Kabir sebelum ini.

Sebelum ini sewaktu Ku Seru mendapat sambutan hangat penonton TV3 suatu ketika dulu, Kabir pernah memberikan kenyataan akan menghasilkan filem konsep serupa.

Sewaktu ditemui di lokasi di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini, Kabir bagaimanapun menafikan bahawa Azazil adalah kesinambungan daripada drama bersiri Ku Seru sebaliknya ia adalah karya asli yang mana idea datang daripada isterinya juga penulis skrip, Mira Mustafa.


Azazil mengisahkan kehidupan satu keluarga yang melarikan diri ke dalam hutan di zaman penjajahan Jepun. Mereka berusaha membina kembali hidup cara sendiri, namun keamanan diperoleh tidak kekal lama apabila diganggu makhluk yang tidak diketahui.


"Ia bukanlah cerita hantu seperti apa yang dipaparkan dalam Ku Seru. Ia sama sekali berbeza. Lagipun latar tahun peristiwa ini berlaku sangat berbeza," ujarnya.

Mendengarkan penjelasan Kabir, pasti membuatkan ada yang mengaitkan ia dengan filem M Night Shyamalan, The Village yang membawa tema sama di mana sekumpulan masyarakat cuba membina hidup daripada dunia luar, bagaimanapun keamanan hidup dijalani diganggu kehadiran makhluk misteri yang sering dimomokkan sebelum ini.

Ditanya mengenai perkara itu, Kabir sekali lagi menafikan dengan menegaskan bahawa Azazil yang membawa maksud dongeng adalah karya asli.

"Tidak mungkin wujud persamaan antara Azazil dan The Village kerana keluarga yang lari ke dalam hutan tahu apa yang berlaku di dunia luar sedangkan The Village menggambarkan masyarakatnya tidak tahu akan kemajuan yang berlaku di luar," katanya.

Menyentuh barisan pelakon dipilih katanya boleh dikatakan semua pernah bekerja dengannya jadi dia tahu akan kredibiliti mereka dalam melakonkan watak diberikan.

"Memang kebanyakan pelakon yang terbabit dalam filem ini seperti Remy, Umie dan Diana pernah bekerja dengan saya. Ini lebih mudah kerana mereka faham cara kerja saya dan tahu apa yang saya mahukan," katanya.

Sementara itu mengenai Shanaaz pula walaupun kali pertama bekerja dengannya dalam Azazil, Kabir tidak menghadapi masalah untuk membentuk lakonan pelakon yang sedang meningkat naik itu.

Bagi Remy, dia berbesar hati apabila sekali lagi ditawarkan Kabir untuk memegang peranan utama sebagai Kamal dalam filem Azazil dan senang dapat bekerja dengan pengarah berpengalaman itu.

"Saya tidak menghadapi banyak masalah kerana faham dengan kehendak Kabir, begitu juga dengan pelakon lain. Kami dapat bekerja sama dengan baik kerana setiap kali sebelum masuk lokasi kami akan berbincang. Keserasian antara saya dengan Diana yang memegang watak Aishah juga senang kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini," katanya.

Shanaaz pula menjelaskan sebelum diterima untuk berlakon dalam Azazil, dia terlebih dulu menjalani uji bakat yang sudah dijalani pada bulan Mei lalu.

"Saya memang teringin sangat bekerja dengan Kabir, malah saya rasa ramai pelakon turut berasakan perkara sama dan ternyata rezeki berpihak kepada saya.

"Pertama kali bekerja dengannya banyak perkara baru yang saya pelajari, terutama membabitkan pengarahan. Selaku pengarah dia menjaga semua perkara daripada lakonan, gerak sehinggalah persekitaran membabitkan setiap babak," katanya.

Filem yang menelan belanja mencecah RM1.4 juta bakal ditayangkan pertengahan tahun hadapan dan turut menampilkan pelakon popular lain seperti Emelda Rosmila, Fizo Omar, Sara Ali dan Aznah Hamid.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Penyokong Gaddafi bunuh tahanan

Posted: 28 Aug 2011 08:22 AM PDT

TRIPOLI: Tentera Muammar Gaddafi mungkin membunuh tahanan dan orang awam ketika pemberontak menawan bandar raya ini minggu lalu.

Jalan raya Tripoli dicemari dengan mayat reput dan sisa peperangan selepas pertempuran sengit meletus antara pemberontak dengan tentera Gaddafi, bertujuan menamatkan pemerintahan 42 tahun pemimpin itu.

"Bukti yang berjaya kami kumpul setakat ini menunjukkan kerajaan Gaddafi terbabit dalam pembunuhan ketika Tripoli jatuh," kata Pengarah HRW Afrika Utara, Sarah Leah Whitson.

Dalam satu kenyataan, dia berkata, kira-kira 18 mayat penuh dengan peluru, dua dengan tangan terikat, ditemui di tebing sungai berhampiran kompleks kediaman Gaddafi, Bab al-Aziziya.


Sebanyak 29 mayat ditemui dalam satu klinik sementara di perkarangan kompleks itu, dipercayai dibunuh, kata HRW lagi.


Empat mayat ditemui di atas katil lipat dan satu ditemui dengan tangan terikat.

Menurut HRW lagi, tiga mangsa yang terselamat daripada hukuman bunuh oleh kumpulan pro-Gaddafi termasuk seorang lelaki yang terkena tiga das tembakan apabila kumpulan itu menembak secara rambang ke sebuah bilik yang menempatkan 25 tahanan, selepas menerima arahan untuk 'membunuh mereka semua.'

Menurut saksi, bunyi suara pejuang jelas kedengaran sebelum semua tahanan itu ditembak mati.

"Kejadian ini, mungkin sebahagian daripada kisah bagaimana tentera Gaddafi melakukan keganasan sama ada secara sistematik ataupun dirancang," kata Whitson.

"Sekiranya kejadian ini terbukti melanggar hukum, maka mereka telah melakukan jenayah perang yang serius dan semua yang bertanggungjawab mesti di bawa ke muka pengadilan."

Wartawan Reuters di Tripoli sendiri menyaksikan beberapa pembunuhan beramai-ramai dengan tangan mangsa diikat. - AP

Derita model seluar dalam

Posted: 28 Aug 2011 08:17 AM PDT

NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?

"Menyakitkan," itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria's Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).


Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).


Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu.


Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

"Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit," kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.


"Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya," kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.


"Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka," katanya. -Agensi

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Sekadar cari pengalaman

Posted: 28 Aug 2011 08:43 AM PDT

BUKAN mahu menidakkan kemampuan skuad Olimpik negara tapi pengkritik sukan, Serbegeth Singh lebih cenderung bersikap realistik dengan menganggap peluang anak buah jurulatih Ong Kim Swee itu untuk merebut slot automatik ke Sukan Olimpik London 2012 ternyata sukar.

Bekas pemain kebangsaan itu melihat penyertaan Malaysia dalam pusingan ketiga peringkat kumpulan C kelayakan Olimpik yang membabitkan gergasi Asia, Jepun, Syria dan Bahrain hanyalah pentas untuk menimba pengalaman.


"Skuad Olimpik negara diundi dalam kumpulan sukar, memang kelebihan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain. Jika diikutkan, memang susah untuk menewaskan Jepun, sama ada di gelanggang lawan ataupun di tempat sendiri. Mungkin kita boleh mengaut mata di tempat sendiri apabila berdepan Syria dan Bahrain, tapi hakikatnya skuad Olimpik negara berdepan laluan sukar.

"Jepun selalu beraksi di peringkat tinggi. Mereka gergasi Asia manakala kita cuma gah di peringkat Asia Tenggara. Bagi saya, Jepun ibarat berada dalam divisyen satu Asia, Syria dan Bahrain, divisyen dua manakala Malaysia pula di divisyen tiga," kata Serbegeth.


Harapan Malaysia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir melakukannya ketika Sukan Olimpik Moscow 1980 menjelma apabila skuad bimbingan Kim Swee mengatasi halangan awal kelayakan menentang Pakistan dengan agregat 2-0 dan Lubnan (2-1).


Bagaimanapun untuk merealisasikan impian itu, pemain muda negara perlu mempamerkan aksi menakjubkan memandangkan format pertandingan hanya membenarkan juara setiap kumpulan layak secara automatik ke London manakala naib juara kumpulan akan bersaing dalam play-off sebelum bertemu pasukan di tempat keempat dari benua Afrika bagi merebut satu slot terakhir.

Biarpun tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Serbegeth yang turut terkenal dengan panggilan Shebbie mengharapkan skuad Olimpik negara mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan.


"Pemain wajar mengambil kesempatan bertemu dengan pasukan handalan Asia ini untuk menimba pengalaman serta membaiki standard bola sepak negara. Jika mereka mencatat dua atau tiga kemenangan terutamanya di gelanggang sendiri, itu sudah dikira pencapaian baik," katanya.

Malaysia bakal memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Jepun di Stadium Tosu, Saga pada 21 September ini.

Azlan idam aksi MotoGP

Posted: 28 Aug 2011 08:40 AM PDT

PELUMBA sensasi negara, Azlan Shah Kamaruzaman menyimpan hasrat untuk beraksi menerusi tiket wildcard pada saingan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Oktober ini.

Azlan yang semakin menyinar pada saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini dengan menduduki tangga kedua keseluruhan selepas tiga pusingan berharap impian itu akan dapat direalisasikan pada Oktober selepas peluang sama diberikan kepada Mohd Zamri Baba, musim lalu.


Dia yang menunggang jentera Boon Siew Honda Malaysia untuk kelas Supersports 600cc di ARRC tidak menafikan ia adalah antara impian terbesarnya yang disimpan sejak sekian lama bagi melengkapkan kariernya sebagai pelumba profesional.

"Memang beraksi di saingan MotoGP sentiasa menjadi impian saya. Dengan kembalinya semula saingan MotoGP pada Oktober ini, saya harap kali ini saya terpilih untuk beraksi menerusi tiket wildcard.


"Tidak dinafikan MotoGP adalah saingan yang sangat mencabar dan sebab itu saya memang teringin untuk beraksi bersama pelumba bertaraf dunia lain," katanya.


Tahun lalu, Mohd Zamri diberi peluang beraksi pada saingan kompetitif itu dalam kategori Moto2 manakala Azlan dihimpit kekecewaan kerana namanya tidak tersenarai dalam pemilihan penyertaan tiket wildcard itu.

Ditanya adakah dia turut mengimpikan beraksi dalam musim penuh di MotoGP, pelumba berusia 27 tahun itu berkata, ia sememangnya menjadi impian setiap pelumba.


"Tapi masalah utama adalah untuk mencari penaja. Siapa yang sanggup menaja kami dengan kos berjuta-juta ringgit? Inilah kekangan yang dihadapi setiap pelumba," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved