Sabtu, 21 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Mutakhir


Kejadian tanah runtuh: Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus

Posted: 21 May 2011 07:14 AM PDT

Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Yang selamat
1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal


Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)


Maklumat terkini setakat jam sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejadian tanah runtuh: Seorang mangsa lagi meninggal

Posted: 21 May 2011 07:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]HULU LANGAT: Seorang lagi mangsa meninggal menjadikan jumlah kepada 6 kematian, 10 lagi masih tertimbus, 8 selamat tapi cedera.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bank tarik balik pinjaman

Posted: 20 May 2011 12:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans bukan saja terpaksa berputih mata apabila hasratnya untuk memiliki rumah pertama tidak kesampaian malah turut kehilangan deposit yang sudah dibayar kepada pemaju sejurus pihak bank menarik balik pinjaman yang sudah diluluskan, Januari lalu.

Mangsa, Normazrizan Daud, 23, berkata, dia mendapat kelulusan pinjaman sebuah bank di ibu kota pada 26 Oktober tahun lalu bagi membeli sebuah kondominium di Batu Caves berharga RM225,980 malah menerima berita gembira sesudah mendapat tahu bank berkenaan meluluskan pinjamannya sebanyak RM208,092 sejurus diberikan surat tawaran rasmi.


Katanya, dengan pendapatan lebih RM3,000 sebulan dia meyakinkan pihak bank untuk membayar ansuran bulanan dan diminta menandatangani pinjaman berkenaan pada 28 Oktober tahun lalu melalui Perjanjian Jualan dan Belian Rumah selain turut memberikan nama isterinya, Nur Fatin Nadhirah Abdullah, 25, sebagai peminjam bersama. "Selepas mendapat pinjaman bank saya membayar deposit rumah RM1,000 kepada pemaju dan diberikan kertas projek pembelian pada 1 November tahun lalu.

"Namun, impian saya musnah sesudah dihubungi bank terbabit pada 6 Januari lalu yang pinjaman saya ditarik balik tanpa sebarang alasan," katanya.


Normazrizan berkata, tidak berpuas hati dengan tindakan itu dia berjumpa pengurus bank berkenaan pada 25 Mac lalu dan dimaklumkan permohonannya ditolak kerana dia bekerja sendiri sebagai penjual insurans selain baru bekerja tidak sampai dua tahun, sijil pengesahan pekerjaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah tamat tempoh seminggu dan peminjam bersama tidak mempunyai penyata gaji.


"Perkara yang membuatkan saya tidak berpuas hati adalah kecuaian pihak bank yang tidak meneliti dokumen permohonan saya. Kenapa bila perjanjian sudah dimeterai mereka tarik balik pinjaman itu.

"Saya kecewa pihak bank tidak memeriksa dengan teliti permohonan saya terlebih dulu sedangkan pada 28 Oktober tahun lalu mereka yang meminta saya menandatangani perjanjian terbabit kerana mereka takut kehilangan pelanggan," katanya.


Normazmizan mengemukakan surat tidak puas hati kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna Pemuda Umno pada 30 Mac lalu.

Jurucakap BNM ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu dan mengkaji punca berlaku kejadian berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ramai warga kota masih berdegil

Posted: 20 May 2011 12:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap segelintir warga kota masih tidak berubah apabila sanggup menggadai nyawa dengan memilih menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas atau laluan pejalan kaki.

Walaupun operasi kerap dilakukan pihak berkuasa membanteras kesalahan ini, ia bagaikan tidak memberi kesedaran kerana menganggap penggunaan jejantas membazirkan masa bagi warga kota yang sibuk.


Tinjauan Harian Metro di Jalan Tun Tan Cheng Lok berhampiran persimpangan Jalan Petaling dan Plaza Kota Raya mendapati warga kota masih tidak mahu menggunakan jejantas dan laluan disediakan sebaliknya melintas di laluan yang tidak dibenarkan tanpa menghiraukan keselamatan.

Pekerja swasta, Azri Abdullah, 31, berkata, segelintir pengguna tidak mahu menggunakan jejantas kerana mahu menjimatkan masa walaupun bakal berdepan risiko dilanggar kenderaan.


"Penatlah jika ikut jejantas. Setiap hari terpaksa berkejar ke tempat kerja dan jika mahu ikut jejantas memerlukan masa sedangkan tempat yang dituju hanya di seberang jalan.


"Selain kesuntukan masa, penat juga untuk mendaki tangga jejantas. Namun jika tangga bergerak ada pada setiap jejantas, mungkin dipertimbangkan orang ramai untuk menggunakannya," katanya.

Warga kota yang mahu dikenali Aida, 20, berkata, walaupun sedar operasi kerap dijalankan, namun tindakan orang ramai yang degil menggunakan jejantas memaksanya bertindak berani melintas jalan.


"Lagipun saya tengok ramai yang tidak guna jejantas walaupun laluan ini sering berlaku kemalangan membabitkan pejalan kaki.

"Tambahan pula, kebanyakan pengguna akan melintas secara berkumpulan. Keadaan Itu menyebabkan ramai yang berani bertindak sedemikian walaupun sedar bakal dikenakan tindakan saman sebanyak RM300," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berbadan dua ketika berlakon

Posted: 20 May 2011 08:40 AM PDT

DEMAM Pirates of the Caribbean kembali dan kali ini lebih banyak aksi menarik ditampilkan dalam filem diterbitkan Disney dan diarahkan Rob Marshall.

Begitupun, kebanyakan peminat setia siri filem ini berasakan lakonan ditampilkan pelakon utamanya Johnny Depp menjadi tarikan utama.

Malah, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Elm Street itu dikatakan begitu sinonim dengan watak Kapten Jack Sparrow sejak muncul dalam siri pertama, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada 2003 diikuti Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World's End (2007).

Paling menarik apabila aktor kesayangan ramai ini diganding dengan pelakon jelita Penelope Cruz menerusi siri keempat, Pirates of the Caribbean: On Strangers Tides yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Sebelum ini Depp beraksi di sisi Keira Knightly dan juga Orlando Bloom.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Depp dan Penelope digandingkan di layar perak kerana sebelum ini pada 2001 mereka beraksi dalam Blow bertemakan aksi dan komedi.


Bintang Alice In Wonderland dan The Tourist itu berkata, dia berasa agak terkejut dengan penerimaan penonton seluruh dunia terhadap siri Pirates of the Caribbean dan watak Kapten Jack Sparrow.

"Apabila difikirkan kembali sewaktu pertama kali melakonkan watak Kapten Jack Sparrow ia agak mudah. Saya hanya mengambil sebahagian daripada diri saya dan cuba menzahirkan mengikut imaginasi.

"Waktu pertama kali diberikan tawaran untuk membintangi filem ini, ada orang berkata bahawa Jack Sparrow adalah diri saya sebenarnya.

"Sepanjang melakonkan watak ini, saya boleh menjadikan atau menyerap karakter itu seperti apa yang saya mahukan. Bagi saya, sebagai seorang pelakon amat jarang peluang seperti ini diperoleh. Saya gembira apabila ramai meminati watak Kapten Jack Sparrow. Saya sangat menghargainya," katanya.

Membawakan karakter sama kali keempat dalam filem sudah tentu ia sesuatu yang mudah dan perkara itu turut diakui Depp.

Jelasnya, antara semua karakter yang pernah dilakonkan baginya Captain Jack boleh masuk ke dalam dirinya dengan pantas.

Tidak seperti sebelum ini kerana ada antara watak yang dilakonkan perlu penghayatan tinggi dan sedikit kerja keras.

Antara pengalaman menyeronokkan bagi Depp, 48, sewaktu penggambaran filem ini apabila sekali lagi diberi peluang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman, Judi Dench.

"Bagaimanapun selalunya watak kami bertembung sedikit saja. Sebagai contoh, sewaktu membintangi Chocolat, kami hanya ditemukan dalam satu atau dua babak.

"Pada saya, dia seorang pelakon yang sangat bersungguh-sungguh, bijak dan menarik. Dalam Chocolat kami dapat menari bersama, tetapi kali ini saya perlu menggigit telinganya," katanya.

Memandangkan watak dibawakan terlalu popular sehingga mempunyai pengikut setia terutama di kalangan orang muda, ramai beranggapan ia bakal memberikan pengaruh tidak baik kerana remaja mudah dipengaruhi.

Bagaimanapun, bapa dua anak, Lily-Rose Melody Depp dan John Christopher Depp III ini menjelaskan, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab sendiri iaitu memberikan lakonan bagus agar karektor hidup.

"Tanggungjawab saya yang sebenarnya adalah menghiburkan iaitu membuat orang ketawa apabila menonton filem ini. Menjadi lanun sudah tentu ia tidak akan memberikan anda satu tanggapan positif mengenainya," katanya.

Sepanjang menjayakan watak Kapten Jack, jelas Depp, banyak juga pengalaman lucu yang harus dilalui termasuk berpeluang memakai pakaian dalam wanita yang menurutnya tidak dapat dilakukan setiap hari kecuali sewaktu membintangi Pirates of the Carribbean.

Sementara itu, cerita menarik mengenai Penelope yang kali pertama diberi peluang membintangi Pirates of the Carribbean, apabila penggambaran dijalankan dalam keadaan dirinya sedang berbadan dua.

Penelope menggantikan tempat Keira yang menarik diri kerana terikat dengan projek lain.

Penelope berkata, dia bernasib baik, malah berterima kasih dengan pengarah dan pelakon filem itu yang diibaratkan seperti pegawai keselamatan dengan sentiasa memastikan keadaannya baik.

"Pihak produksi sudah pun dimaklumkan mengenai kandungan saya sewaktu mereka mahu memulakan penggambaran. Reaksi mereka begitu bagus.

"Saya tidak akan melupakan pengalaman ini. Pada saya, ia satu saat cukup istimewa kerana bekerja dalam waktu sama dilindungi semua pihak. Ia menjadi detik paling manis buat saya," katanya.

Bintang jelita kelahiran Madrid, Sepanyol ini mengakui, apabila bergelar ibu ia mengubah dirinya menjadi lebih positif.

Sebelum ini dia terlalu sibuk hingga dalam setahun sempat menghasilkan tiga hingga empat filem.

"Segalanya kini sudah berubah. Saya hanya membintangi satu atau paling banyak pun dua filem dalam setahun. Ia penting untuk saya mengimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun sejak bergelar ibu, saya mudah berasa penat," katanya bahagia bersama aktor Javier Bardem.

Menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem mega ini, Penelope berpeluang memegang pedang kali pertama dan mereka menyediakan seorang tenaga pengajar berpengalaman untuknya.

Mereka sudah mengajarnya bagaimana hendak bertarung menggunakan pedang beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan.

Penelope berkata, dia memang meminati kehidupan seorang lanun dan filem itu sendiri pembikinannya sangat bagus dan watak dilakonkan Depp sudah menjadi ikon di seluruh dunia.

"Membintangi filem ini juga sangat menyeronokkan dan saya mahu melakukannya sekali lagi. Kami juga mempunyai jurulatih aksi lasak yang sangat bagus. Jadi, walaupun saya sedang mengandung, saya dilindungi. Datang ke lokasi setiap hari rasa seperti berada di taman tema Disneyland," katanya.

Penelope mengandung tujuh bulan apabila selesai penggambaran Pirates of the Caribbean dan melahirkan Leo Encinas Bardem di Cedars Sinai Hospital, Los Angeles pada 22 Januari 2011.

Cabaran Empat Jam Stabilo Sempena Tayangan Pirates of The Carribean:
On Stranges Tide.

SEMPENA tayangan filem Pirates of the Carribean: On Stranges Tide, Stabilo Malaysia menganjurkan Cabaran Empat Jam menonton dua filem Pirates of The Caribbean di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Bermula dengan tayangan Pirates of The Caribbean: At The World Ends selama dua jam, penonton dibawa pula mengikuti siri keempat filem itu sebagai pratonton istimewa sebagai pembukaan.

Seramai 1000 orang menyertai cabaran dianjurkan yang mana pendaftarannya dilakukan menerusi laman sosial facebook Stabilo Malaysia.

Sambutan diberikan juga amat menggalakkan kerana dalam masa dua minggu ia berjaya menarik minat 4,000 orang mendaftar untuk mengambil bahagian.

Stabilo turut mengundang wakil media menyertai acara ini dengan hadir mengikut tema filem dan pada masa sama pertandingan kostum terbaik diadakan.

Peserta hanya perlu menggayakan salah satu watak pilihan dalam filem terbabit dan mereka yang mampu bergaya seakan-akan watak terbabit memenangi hadiah sampingan berupa edisi terhad produk filem dan Stabilo.

Cabaran menonton filem selama empat jam ini diadakan selaras dengan pelancaran Stabilo 'swing cool' pen penyerlah yang mempunyai teknologi anti kering bagi memastikan dakwat tidak kering walaupun tidak ditutup dalam persekitaran berhawa dingin selama empat jam.

Dalam persekitaran tanpa hawa dingin pen penyerlah terbabit boleh tahan lebih lama. Bersama cabaran filem, Stabilo turut mengadakan kuiz mengenai filem dan pen penyerlah di facebook supaya peminat Pirates of the Caribbean dapat memenangi hadiah sampingan edisi terhad produk filem.

Bagi pertandingan meniru gaya watak dalam filem Pirates of the Caribbean
dimenangi Catherine Benedict selaku juara, Jamie Chang (naib juara) dan Andrea Tan tempat ketiga.

PROFIL

NAMA SEBENAR: John Christopher Depp II
TARIKH LAHIR: 9 Jun 1963
TEMPAT LAHIR: Kentucky, Amerika Syarikat
PASANGAN: Vanessa Paradis
ANAK: Lily-Rose melody Depp (27 Mei 1999), John Christopher Depp III (9 April 2002)
DRAMA: 21 Jump Street
FILEM: Elm Street, Edward Scissorhands, Donnie Brasco, The Astronaut's Wife, Chocolat, Blow, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest, Pirates of the Caribbean: At World's End, Alice In Wonderland, The Tourist

PROFIL

NAMA SEBENAR: Penelope Cruz Sanchez
TARIKH LAHIR: 28 April 1974
UMUR: 37 tahun
ASAL: Madrid, Sepanyol
STATUS: Berkahwin (14 September 2011)
SUAMI: Javier Bardem
ANAK: Leo
FILEM: Jamon Jamon (1992), The Greek Labyrinth (1993), Framed (1992), The Age of Beauty (1992), Live Flesh (1997), Open Your Eyes (1997), The Girl of Your Dreams (1998), All About My Mother (1999), Volavrunt (1999), Woman on Top (2000), Blow (2001), All the Pretty Horses (2000), Vanilla Sky (2001), Waking Up in Reno (2002), G-Force (2002) Sahara (2005), Vicky Cristina Barcelona (2008), the thriller Gothika (2003), the Christmas movie Noel (2004), Sahara (2005), Volver (2006), Nine (2009) dan Sex and the City 2 (2010).
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Goya Sepanyol menerusi filem The Girl of Your Dreams, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah BAFTA (Vicky Christina Barcelona) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Academy (Vicky Cristina Barcelona).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengenang yang tiada

Posted: 20 May 2011 07:56 AM PDT

HUJAN lebat yang membasahi Kuala Lumpur sejak petang Khamis yang berlarutan sehingga malam, sememangnya membantutkan pergerakan warga kota yang berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk berserta banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian jalan raya di ibu kota.

Keadaan itu turut merencatkan majlis tahlil buat tiga penggiat seni yang meninggalkan kita baru-baru ini iaitu Allahyarham Seri Bayu, Aimi Jarr dan Datin Orchid Abdullah. Majlis anjuran Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) ini diadakan di kediaman keluarga Aimi Jarr di Taman Melawati, Hulu Klang.

Bagaimanapun, situasi dan kesukaran yang berlaku langsung tidak menghalang dan menjejaskan semangat sahabat lama, rakan taulan dan anggota keluarga mereka apabila sudi meluangkan masa dalam majlis bertujuan mengenang dan mendoakan kesejahteraan buat ketiga-tiga mereka yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.

Majlis yang dimulakan sedikit lewat bagi menunggu ketibaan tetamu, dihadiri antara lain penggiat seni terdiri dari Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail, Ahmad Ibrahim (Mat London), Rosyam Nor, Rubiah Suparman dan Habsah Hassan.


Hadir sama, tokoh wartawan hiburan veteran seperti Ahmad Idris (Abi) dan isterinya, Bahyah Mahmood (Bam).


Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, ini bukan kali pertama mereka menganjurkan majlis sebegini.

Sebelum ini aktiviti sama pernah diadakan bagi mengingati penggiat seni yang meninggal dunia.

"Kami sentiasa buat majlis sebegini sebagai mengenang sumbangan mereka yang banyak berjasa membangunkan dunia seni tanah air.

"Majlis ini diadakan pada semasa ke semasa dan sentiasa mendapat sambutan yang baik dari rakan artis. Kali ini kami pilih buat di rumah arwah Aimi Jarr kerana selain wartawan, arwah juga dekat dengan dunia artis.

"Kami cuma menggunakan rumah keluarga Aimi, tapi tak nak menyusahkan mereka apabila menempah makanan dari luar.

"Kami turut menjemput keluarga arwah Datin Orkid, tapi mereka memaklumkan mengadakan majlis sama sempena kematian suaminya, Datuk Mokhtar. Keluarga arwah Seri Bayu juga turut dimaklumkan," katanya yang dibantu ahli jawatankuasa Wham antaranya Zohara Ghani Batusha (Lola).

Tambah Fauziah, majlis ini adalah sinambungan aktiviti keagamaan yang dijalankan Wham.

Ia diadakan menggunakan dana Wham dan kadangkala mereka mendapat sumbangan dari pihak tertentu antaranya Rosyam Nor yang bekerjasama menayangkan filem Castello untuk mencari dana Wham.

"Menerusi sumbangan ini, kami adakan aktiviti seperti sumbangan buat anak-anak yatim dan ibu tunggal. Penaung kami, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee juga kerap menghulurkan dana buat Wham.

"Kami hanya bertindak menyampaikan sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya. Inilah sebahagian sumbangan sosial Wham buat masyarakat.

"Saya juga ada perancangan nak buat pertandingan musabaqah tilawah al-Quran antara wartawan dan artis namun belum terlaksana lagi.

"Sebenarnya aktiviti kami turut mendapat sokongan baik daripada barisan artis muda. Kerika Datuk Freddie Fernandez mengetuai Maestro, beliau sering menghantar artis kendaliannya terbabit dengan aktiviti kami.

"Cuma untuk majlis malam ini, artis muda tak dapat hadir mungkin kerana kesibukan sendiri. Saya faham situasi mereka.

"Sekarang matlamat saya ialah mahu menubuhkan Tabung Ehsan Media (Team) untuk membantu golongan wartawan hiburan. Saya nak cari satu benda yang boleh menjana dana. Saya tengok ahli sukan pun ada tabung kebajikan, tetapi wartawan hiburan tiada.

"Adakah wartawan hiburan kebal dan tak pernah sakit? Perkara ini sudah lama difikirkan. Saya harap wartawan hiburan generasi baru dapat bagi komitmen untuk Wham kerana persatuan ini bertujuan nak menjaga kebajikan mereka," katanya.

Rosyam Nor ketika ditemui menjelaskan, orang filem sentiasa sibuk dan terikat dengan kerja masing-masing. Ini mungkin menjadi faktor kurangnya pembabitan artis muda dalam majlis sebegini.

"Ini tak perlu dijadikan isu kerana asalkan mereka yang sibuk bekerja tujukan Al-Fatihah buat penggiat seni yang telah pergi, akan sampai juga.

"Saya pernah lalui zaman muda dan tak dinafikan ketika itu sibuk bekerja mencari rezeki. Apapun terpulang kepada cara masing-masing. Kebetulan saya tiada aktiviti, bolehlah datang ke majlis ini," katanya yang menganggap ketiga-tiga tokoh yang pergi ini memberi sumbangan besar terhadap dunia seni tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tangan Arnie ‘panjang’

Posted: 20 May 2011 11:46 AM PDT

JADI BAHAN KETAWA...akhbar menggambarkan Schwarzenegger memiliki banyak tangan kerana tabiatnya gemar meraba wanita.
JADI BAHAN KETAWA...akhbar menggambarkan Schwarzenegger memiliki banyak tangan kerana tabiatnya gemar meraba wanita.

NEW YORK: Arnold Schwarzenegger pernah digelar sebagai "Si Tangan Panjang" oleh amah bekas Gabenor California itu kerana kebuasannya menyentuh pekerja wanita di rumah.

Menurut seorang rakan amah itu, Nora Montes, hero filem Terminator itu memang gemar memegang punggung wanita yang bekerja dengannya.


Kata Nora, dia mengetahui maklumat itu selepas berbual dengan pembantu rumah Schwarzenegger, Mildred Baena, 50, baru-baru ini.

Nora berkata, dia terkejut apabila Mildred tiba-tiba mendedahkan Schwarzenegger pernah menyentuh serta meramas punggung pembantu rumahnya.


"Saya sangat terkejut mendengar pengakuan itu," katanya.


Pada 2000, akhbar The Sun pernah menggelar Schwarzenegger sebagai Si Sotong kerana meraba penyampai stesen televisyen ITV, Anna Richardson dan Denise van Outen, ketika melawat London.

Turut pernah menjadi mangsa tangan liar Schwarzenegger ialah penyampai televisyen dan model Britain, Melanie Sykes.


Ketika itu, Schwarzenegger mengunjungi London untuk mempromosi filemnya, The 6th Day.

Kata Nora, Mildred menganggap Schwarzenegger sangat istimewa dan kelahiran anak lelaki mereka adalah buktinya.


"Saya yakin suami Mildred, Rogelio, memfailkan perceraian tiga minggu selepas kelahiran anak Schwarzenegger kerana rahsia mereka terbongkar," katanya.


Budak lelaki itu - kini berusia 13 tahun - dilahirkan hanya seminggu selepas Schwarzenegger mendapat anak bongsunya bersama isteri, Maria Shriver, pada 1997.


Sebelum Mildred bekerja untuk Schwarzenegger selama 20 tahun, aktor terbabit turut pernah menggaji ibu wanita berkenaan sebagai pembantu rumah.


Saudara kandung Mildred, Mirian, juga pernah bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood, California.


Semalam, sumber berkata, Mildred akhirnya membocorkan rahsia hubungan sulit dia dengan Schwarzenegger selepas Maria menyoal siasatnya.


"Maria memang mengesyaki Mildred sejak sekian lama," katanya. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarikat insurans hadiah pelacur kepada pekerja cemerlang

Posted: 20 May 2011 10:35 AM PDT

BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam.

Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.


Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman.

Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu.


Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan.


Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan "apa saja yang diminta" sepanjang pesta berkenaan berlangsung.

"Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas," katanya. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kecewa sikap Jamal

Posted: 20 May 2011 01:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

"Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.' Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang," katanya.

Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.


Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut kejar peragut

Posted: 20 May 2011 01:32 PM PDT

PADANG BESAR: "Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya."

Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.


Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Daniel fokus Olimpik

Posted: 20 May 2011 01:14 PM PDT

ATLIT terbaik Sukan Sea Laos, Daniel Bego enggan mempertaruhkan masa depannya apabila membuat keputusan menarik diri daripada skuad negara ke Sukan Sea di Jakarta dan Palembang, Indonesia November ini kerana mahu memberikan keutamaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London.

Pemegang empat rekod kebangsaan acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100m kuak kupu-kupu ketika memenangi lima pingat emas Sukan Sea Laos dua tahun lalu itu mahu berehat dan mengikuti fisioterapi selepas menjalani pembedahan bahu kiri pada 29 April lalu.


"Jika mahu, saya boleh beraksi di Sukan Sea tapi rasanya tidak dapat memberi komitmen kerana mahu pastikan bahu ini pulih sepenuhnya," katanya.

Daniel akan menjalani satu lagi pembedahan 24 Mei ini iaitu di bahu kanan kerana mengalami masalah sama dengan bahu kiri yang menghalangnya daripada melakukan catatan masa lebih pantas.


Dia mengalami masalah bahu 'Hook Acromium' sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan tulang di atas bahunya menghalang kuakan penuh 360 darjah.


"Selama ini saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana tidak menyangka keadaan akan menjadi seteruk ini hinggakan tisu bahu saya koyak.

"Saya juga tidak akan beraksi di Kejohanan Dunia di Shanghai Julai ini biarpun kejohanan itu amat penting memburu catatan masa bagi melayakkan diri ke Olimpik," kata perenang yang menggemari acara gaya bebas dan kuak kupu-kupu.


"Ketika ini saya dalam proses pemulihan bahu kiri, saya sudah mula boleh gerakkan, tapi belum mampu mengangkat tangan ke langit. Entah bagaimana rasanya apabila saya menjalani pembedahan bahu kanan pula minggu depan." Meskipun terlepas peluang ke Kejohanan Dunia, Julai ini dan Sukan Sea, Daniel yakin mampu layak ke Olimpik di beberapa Kejohanan Dunia awal tahun depan.

Daniel melayakkan diri dalam tiga acara di Sukan Olimpik Beijing 2008.


sementara itu, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, pembedahan kedua di bahu kanan Daniel perlu dilakukan kerana bahu kanan perenang harapan negara itu turut mengalami kekoyakan tisu.


"Saya harap semua pihak menerima hakikat yang Daniel tidak akan ke Sukan Sea. Kita jangan lihat kepentingan jangka pendek saja, sebaliknya masa depan perenang itu," kata Ramlan.


Ramlan yang memantau perkembangan kecederaan dan pemulihan Bego berkata, perenang berusia 21 tahun itu sangat komited mengikuti program pemulihan membuatkan beliau yakin Daniel mampu catat kuakan lebih pantas selepas ini.


Menurut Ramlan, pembedahan mengikis menipiskan tulang di atas bahu 'hook' adalah prosedur biasa kepada mereka yang mengalami masalah kecederaan 'Rotator Cuff'.


Katanya, masalah ini terjadi apabila seseorang atau atlet itu terlalu memaksa pergerakan bahu.


"Untuk mendapatkan catatan masa yang pantas dalam acara renang, kuakan sepatutnya tiada halangan dengan berlaku dengan sempurna. Inilah yang kami lakukan ke atas bahu Daniel. Kami perlu nipiskan lengkuk tulang di atas bahunya supaya tidak menghalang kuakan." Bagi memberi tumpuan kepada pemulihan bahu ini juga, Daniel menangguhkan pengajian peringkat A-Level di Kolej Inti, Subang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PHM makin pening

Posted: 20 May 2011 01:03 PM PDT

BUKAN mempersoalkan tindakan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), namun keputusan badan induk hoki dunia itu yang hanya akan mengumumkan secara rasmi pecahan kumpulan 18 negara yang terbabit pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik tahun depan pada 8 November ini, 'memeningkan' skuad hoki negara.

Tarikh yang dianggap lewat oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) itu menyebabkan skuad negara tidak dapat mengenalpasti siapa lawan sebenar pada pusingan kelayakan itu sekali gus sedikit sebanyak menyukarkan PHM mempersiapkan skuad bagi menghadapi saingan itu.


"Jika diumum lebih awal, contohnya skuad negara akan diundi bersama India, sudah pasti skuad negara dapat melakukan persediaan awal dengan membaca corak permainan lawan," kata Setiausaha PHM, Maninderjit Singh.

Begitupun, jelas Maninderjit, PHM sudah menyediakan jadual rapi untuk skuad negara menghadapi pusingan kelayakan itu, antaranya skuad bimbingan Tai Beng Hai akan melalui kira-kira 50 perlawanan kompetitif sebelum bermulanya pusingan kelayakan itu.


Ia termasuklah Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang baru tamat minggu lalu serta Kejohanan Empat Negara di Russia pada pertengahan bulan depan dan beberapa perlawanan persahabatan lain.


"Namun lebih penting adalah Cabaran Juara-Juara 1 hujung tahun ini yang menawarkan mata bagi membolehkan skuad negara memperbaiki ranking dunia," katanya.

Jelas beliau, menerusi maklumat diperoleh dari FIH, pusingan kelayakan Sukan Olimpik berlangsung tiga kali iaitu pada Februari di India, Mac di Belgium dan April di Jepun dengan setiap pusingan membabitkan enam pasukan.


Hanya juara setiap pusingan layak beraksi di Sukan Olimpik London sekali gus memenuhi tiga slot yang disediakan untuk ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Selain skuad negara, empat lagi pasukan Asia akan bersaing pada pusingan kelayakan itu iaitu Korea Selatan, India, Jepun serta China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved