Selasa, 8 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tagih nyawa

Posted: 07 Nov 2011 11:07 AM PST

KEPALA BATAS: Pantai Kuala Muda, Penaga, di sini, kini diberi gelaran Pantai Puaka kerana sentiasa dahagakan nyawa, sekurang-kurangnya seorang setiap tahun pasti menjadi korban di kawasan itu.

Penduduk mengesahkan kejadian korban nyawa itu berlaku setiap tahun dan ada mendakwa ia berpunca daripada kesilapan nenek moyang yang membuat perjanjian kerana mempercayai perkara karut.


Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bakau Tua, Ramli Mahat, 60, berkata, kejadian korban di laut itu saban tahun berlaku di kampung itu.

"Setiap tahun ada saja kejadian lemas di sini dan terbaru, Oktober lalu apabila dua pelajar lemas," katanya.


Menurutnya, kawasan laut di situ bagaikan sentiasa dahagakan nyawa sekurang-kurangnya seorang setiap tahun.


"Bukan percaya perkara mengarut, tetapi hakikatnya memang ia berlaku," katanya ketika ditemui, semalam.

Ramli berkata, papan tanda amaran mandi sudah dipasang, tetapi kawasan pantai di situ umpama kolam renang kepada penduduk terutama kanak-kanak.


"Budak-budak, jika dilarang bukan mahu mendengar kata, takutnya hanya sekejap," katanya.

Kampung nelayan berusia ratusan tahun itu dihuni kira-kira 5,000 penduduk yang menempatkan hampir 1,000 rumah.


Penduduk, Halimah Ismail, 65, yang menetap di kampung itu sepanjang hayatnya percaya dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan laut Kuala Muda berpuaka kerana sejak kecil, setiap tahun dia mendengar berita kematian di laut.


"Kes mati lemas sudah puluhan kali saya dengar, belum lagi kes nelayan hilang di laut atau mati mengejut di dalam bot ketika keluar menangkap ikan," katanya.


Menurutnya, dia bimbang memikirkan nyawa siapa pula selepas ini yang akan menjadi korban laut itu.


"Kebanyakan mangsa korban laut ialah penduduk setempat tidak kira usia," katanya.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian di kawasan perkampungan nelayan itu ada kaitan dengan perkara tahyul dipercayai berpunca daripada nenek moyang mereka.


Katanya, pada zaman 30-an dulu, dia ada menyaksikan satu upacara seperti memberi makan kepada 'penunggu' laut.


"Orang kampung menyembelih kerbau dan kepala haiwan itu diletakkan di atas sebuah rakit berserta pulut kuning dan bertih jagung sebelum rakit dihanyutkan ke tengah laut," katanya.


Namun, dakwanya, amalan itu sudah dihentikan kerana perbuatan itu syirik dan sejak itu ramai percaya laut yang dahagakan korban, memilih nyawa manusia sebagai gantinya.


"Ada segelintir penduduk kampung cuba mengembalikan kepercayaan itu namun ditentang banyak pihak," katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, berdasarkan rekod Balai Bomba Kuala Muda, setiap tahun dari 2005 hingga 2010, ada satu kes lemas berlaku di Pantai Kuala Muda.


"Tahun ini, dua kes lemas dicatatkan membabitkan tiga kematian iaitu seorang mangsa pada Januari dan dua lagi bulan lalu.


"Setiap tahun kami menerima aduan kes lemas dan orang hilang di laut itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jurutera wakaf harta RM10 juta

Posted: 07 Nov 2011 11:03 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya tidak pandai berdakwah dan ini yang mampu saya lakukan sebagai persiapan menghadapi kematian," kata pewakaf, Ir Mohd Mazlan Md Ismail, 70, dari Kampung Sungai Penchala, di sini.

Mohd Mazlan mewakafkan dua bidang tanah seluas 0.68 hektar serta dua buah rumah dengan nilai anggaran melebihi RM10 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dijadikan pusat pendidikan Islam khas kepada warga emas.


"Sudah lebih dua tahun saya berhasrat mewakafkan harta kepada golongan kurang berkemampuan dan alhamdulillah ia termakbul hari ini selepas MAIWP melaksanakan amanah berkenaan.

"Harapan saya supaya dimanfaatkan sebaiknya dan membantu golongan warga emas untuk mendalami ilmu Islam secara kaedah pondok dengan pendekatan lebih moden," katanya ditemani isteri, Rabiah Bee Mohamed Sulaiman, 64, ketika penyerahan hak milik kepada MAIWP di rumahnya, baru-baru ini.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail.


Menurut Mazlan, keputusan itu mendapatkan persetujuan tiga anaknya dan dia serta isteri menetap di sebuah rumah yang diwakafkan sebelum diserahkan sepenuhnya selepas mereka berdua tiada kelak.

Sementara itu, Dr Muhammad Yamin berkata, bagi merealisasikan hasrat pewakaf, pihaknya memutuskan menjadikan wakaf itu sebagai Pusat Pengajian Warga Emas atau dikenali Pusat Pengajian Warga Emas Dar-Assakinah.


"Segala pengurusan pusat pengajian dikelolakan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dan sebagai permulaan MAIWP akan mengambil antara 10 hingga 15 warga emas atau mengikuti kesesuaian kapasiti rumah ini.

"Namun segala perancangan lain akan dilanjutkan dalam mesyuarat lembaga pada pertengahan tahun ini dan merancang untuk membina satu lagi bangunan di tanah ini bagi membolehkan ramai lagi yang dapat mengikuti pengajian terbabit," katanya.


Katanya, MAIWP juga akan melantik seorang pengetua bagi menguruskan pusat pengajian yang dibantu pembantu hal ehwal Islam serta seorang pembantu am.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ibu berniat bunuh bayi

Posted: 07 Nov 2011 11:47 AM PST

NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.

Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.

Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.


"Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.


"Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penuntut Malaysia maut ditetak di Surabaya

Posted: 07 Nov 2011 11:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit.

Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun ketika dihubungi, berkata mangsa sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar.

"Mangsa kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya.


"Dia menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejarnya," katanya.


Bagaimanapun, suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa berpatah balik ke kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak.

Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan.

Menurut Ludinata, polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nadi sanggup tinggalkan balerina

Posted: 07 Nov 2011 06:40 AM PST

MELANGKAH saja ke dewan sidang media bagi filem terbarunya, Vikingdom yang dijolok sebagai filem termahal arahan pengarah Malaysia, Yusry Abdul Halim, kelihatan senyuman terpancar pada wajahnya.

Bintang Hollywood itu, Linn Natassia Malthe atau senang dengan panggilan Nadi, memang manis orangnya, bersahaja dan senang didekati. Dia hadir di situ bersama beberapa pelakon lain yang turut diundang bertemu media tempatan.

Nadi, 37, sebelum ini pernah mencipta nama di arena antarabangsa apabila membintangi filem seperti Disturbing Behavior, Lake Placid, Me, Myself & Irene, 40 Days and 40 Nights, Halloween, Elektra dan Dead or Alive.

Sewaktu diperkenalkan pihak produksi Vikingdom, ramai wakil media tempatan terkejut apabila diberitahu Nadi sebenarnya berdarah kacukan Sabah di sebelah ibu manakala ayahnya pula berasal dari Norway.


Sewaktu ditemu bual, Nadi bagaimanapun menjelaskan dia jarang dapat mengikut ibunya pulang ke Kota Kinabalu kerana kesibukan tugas.


"Sudah lama saya tidak ke Malaysia. Kali terakhir saya di sini, pada 2005. Waktu itu saya terikat dengan kontrak untuk menghasilkan iklan Pantene. Ibu saya pula, tahun lalu pulang ke Sabah. Kami ada ramai ahli keluarga di Malaysia," katanya.

Bercerita serba sedikit susur galur keluarganya, Nadi berkata ayahnya bertemu dengan ibunya di Sabah pada zaman muda mereka. Demi cinta, ibunya sanggup meninggalkan keluarga mereka di Sabah dengan mengahwini ayahnya dan seterusnya menetap di Norway.

Bagaimanapun, ibarat kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Sesekali jika ada peluang, keluarganya pasti akan pulang ke Sabah bertemu sanak saudara yang masih ada.

Walaupun berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa terutama menerusi filem box-office seperti aitu Elektra dan Dead Or Alive, Nadi tidak pernah meletakkan dirinya pada kelas yang tinggi.

Memulakan kerjaya seni sejak 1996, wanita setinggi 5 kaki 5 inci ini menjelaskan semuanya bermula selepas dia tidak sanggup lagi menjalani rutin hidup yang terlalu ketat sebagai penari balet atau balerina.

Nadi mula menari balet sejak usia lima tahun dan pernah menyertai beberapa kumpulan balet termasuk Royal Winnipeg Ballet, The Norwegian Opera House, Beijing Ballet selain di New York.

"Sewaktu menari di New York saya rasa tertekan untuk mengekalkan kemampuan sama dari dari sudut fizikal dan mental. Saya tak sanggup lagi memuntahkan makanan yang dimakan semata-mata bagi memastikan keadaan susuk tubuh saya sebanding dengan rakan penari lain. Bayangkan tubuh saya dulu pernah tinggal rangka dan nampak jelas urat pada kulit," katanya.

Walaupun tidak menggemarinya, perkara itu terpaksa juga dilakukan atas sokongan keluarga. Apatah lagi dalam produksi balet, semua penarinya mesti nampak cantik dan sempurna di pentas. Tiada seorang pun penari boleh nampak berbeza. Berat badan mesti dikekalkan seringan yang boleh supaya mudah diangkat apabila beraksi.

"Perkara itu bagi saya sebenarnya tidak sihat dan tidak bagus tapi sebagai penari balet, kami tidak ada pilihan lain dan perlu juga melakukan rutin terbabit. Disebabkan itu juga saya mengambil keputusan meninggalkan dunia tarian dan meneruskan niat asal menjadi seorang berlakon," katanya.

"Selepas meninggalkan dunia tarian barulah saya menyertai dunia lakonan secara aktif. Sejak dulu saya juga berminat terbabit dalam teater muzikal dan mendalami ilmu lakonan sewaktu di London," ujarnya.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam filem arahan Yusry itu, kata Nadi dia sangat tertarik dengan skrip yang juga dihasilkan Yusry menyebabkan dia terus menerima tawaran membintangi Vikingdom.

"Selain itu saya sangat teruja apabila digabungkan dengan pelakon hebat seperti Dominic Purcell dan Jon Foo. Dalam filem ini saya memegang watak Brynna, pahlawan wanita yang cuba menyelamatkan rakan yang diperangkap penjahat. Menariknya dalam filem ini saya satu-satunya pelakon wanita," katanya yang berambut cantik.

Dalam Vikingdom, Nadi akan banyak bergandingan dengan Jon. Katanya, dia bertuah kerana dapat bergandingan dengan pelakon berdarah campuran British dan Singapura itu. Sebelum ini dia pernah berlakon dengan beberapa aktor yang handal dalam seni mempertahankan diri seperti Jackie Chan dan Jet Li.

"Dalam filem ini kami memang perlu beraksi lasak dan setiap pertarungan kami lakukan sendiri dan tidak menggunakan pelakon lagak ngeri (stunts).

Jadi saya perlu bersedia secara mental dan fizikal," katanya.

Berkongsi pengalamannya bekerja dengan produksi tempatan Nadi berkata, selain cuaca, dia tidak nampak sebarang perbezaannya bekerja dengan KRU Studios kerana setiap orang sangat komited dan bekerja bersungguh-sungguh.

"Saya suka menjalani penggambaran di Malaysia kerana cuacanya sangat sesuai dengan penampilan watak kami. Bayangkan dulu saya terpaksa berlakon dengan memakai bengkung dalam cuaca musim sejuk. Sudah tentu kesannya sangat dirasai. Berbeza dengan di Malaysia, cuaca di sini sekadar hujan dan panas, jadi apabila memakai bengkung, ia tidak memberikan masalah," katanya.

Sinopsis Vikingdom

KISAH filem bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai Thor untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh menentangnya iaitu Eirick dari Jomberg.

Eirick seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita serangan Thor disampaikan Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa
dengan Horns of Odin dari Gate of Souls.

Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick kemudian diiringi sahabat baiknya, Sven dan Yang iaitu hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudian menentang angkatan tentera Thor.

Filem ini dibintangi Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).

Filem ini sudah menjalani penggambaran sejak 15 Oktober lalu di sekitar Lembah Klang dan Perak.

Antara lokasi menarik itu adalah Puncak Alam, Serdang, Bukit Jalil, Studio Filem Negara Malaysia, Gua Tempurung, Kellie's Castle.

PROFIL

Nama penuh: Linn Natassia Malthe
Panggilan: Nadi
Tarikh lahir: 19 Januari 1974
Usia: 37 Tahun
Asal: Oslo, Norway
Keturunan: Sabah (sebelah ibu) dan Norway (sebelah ayah)
Drama: Viper Trixie, Millennium New Leslie, First Wave Maid, Dark Angel, Seven Days, Trapped Marisa, Wedding Dress, Chris Isaak Show, Dirty Dancer, Call Me: The Rise and Fall of Heidi Fleiss Charisse, Bound By Lies, Dead & Deader, Dr Boyce, BloodRayne II: Deliverance Rayne, Alone in the Dark II, Turner
Filem: Disturbing Behavior, Lake Placid, Me, Myself & Irene, 40 Days and 40 Nights, Stark Raving Mad Stacie, Halloween, Elektra, Wish You Were Here Awake, Dead or Alive, In the Name of the King 2, Avarice, Vikingdom (terbaru)

Full content generated by Get Full RSS.

Azri bantu isteri mengarah

Posted: 07 Nov 2011 06:23 AM PST

AGAK lama peminat tidak mendengar perkembangan terbaru Azri Iskandar. Selepas berlakon filem Jangan Tegur, suami kepada Ellie Suriaty Omar ini menyepikan diri. Terbaru, Azri baru selesai membintangi filem Lagenda Budak Setan 2 yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Ditemui pada majlis pelancaran drama Rania Zara terbitan Saga Lines (M) Sdn Bhd ini arahan Kyoll Hamzah baru-baru ini, Azri mengakui mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk menjaga anak di rumah. Apatah lagi ketika itu mereka berdepan masalah pembantu rumah yang kritikal.

"Dua tahun juga saya berehat, 2009 saya ada juga tawaran berlakon. Manakala tahun lalu langsung tiada. Bermula dari April 2009 saya mula jaga anak di rumah. 14 September tahun sama, Ellie melahirkan anak kedua. Memandangkan karier dia semakin bagus, saya setuju jaga sendiri anak.

"Tak dinafikan perasaan rindu untuk berlakon kerana itu sudah jadi rutin hidup saya tapi terpaksalah sabar seketika kerana memang susah untuk mencari pembantu rumah waktu itu. Kebetulan pula kerajaan kita sedang berunding dengan kerajaan Indonesia mengenai penghantaran pembantu rumah dari sana.


"Bagaimanapun, itu tak bermakna saya memencilkan diri kerana tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dalam dunia seni. Maklumlah ia masih lagi jadi kerjaya saya. Kalau tak nak pun, seni sudah menjadi sebahagian hidup saya.


"Sebenarnya tak dinafikan tawaran ada juga datang, tapi saya terpaksa tolak kerana wataknya sama dan stereotaip sangat. Sebagai pelakon sudah semestinya saya inginkan kelainan dalam setiap watak yang dibawakan agar peminat puas hati," katanya.

Mengakui kadangkala tercabar berada di rumah kerana sifat seorang ketua keluarga sepatutnya mencari rezeki, Azri mengakui tidak membuang masa begitu juga. Kebetulan Ellie sedang sibuk dengan projek filem pertamanya, Penanggal. Justeru dia banyak membantu mencari fakta yang diperlukan.

"Sambil jaga anak, saya bekerja keras cari fakta untuk watak Yusof dalam filem itu. Saya juga dapatkan info tahun 1930-an yang menjadi latar filem ini. Insya-Allah jika tiada halangan, penggambaran akan dimulakan pada pertengahan bulan ini kerana menunggu kepulangan Umi Nazeera yang berlakon sebagai pelakon utama.

"Sepatutnya penggambaran sudah lama berjalan tapi tertangguh kerana masalah teknikal. Sepatutnya filem ini menjadi kerjasama antara syarikat kami, Timang Tinggi Pictures tapi kami gagal mendapatkan dana dan terpaksa diserahkan kepada Tayangan Unggul yang bekerjasama dengan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB).

"Skripnya dah lama siap dan diajukan kepada Tayangan Unggul. Malangnya selama dua tahun kami tunggu kelulusan dana tapi tak berjaya. Akhirnya mereka nak terbitkan juga filem ini. Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, kami takkan mengalah dengan sabotaj pihak tertentu yang bertujuan menggagalkan usaha kami.

"Untuk filem ini, tumpuan saya hanya berlakon dan bukannya bekerja di sebalik tabir produksi kerana bimbang nanti tak boleh fokus. Lagipun Ellie minta saya tolong berlakon dalam filem ini. Lagipun kemampuan Ellie dah terbukti kerana dia pernah mengarahkan drama untuk VCD berjudul Seriau.

"Bagaimanapun, kami tetap berkongsi idea untuk filem ini agar ia menimbulkan kesan kepada peminat nanti. Apatah lagi ia menjadi pertaruhan besar Ellie untuk bergelar pengarah filem," katanya yang berharap masyarakat me–nyokong filem itu.

Menjelaskan perasaannya bekerja di bawah arahan isteri sendiri, Azri berkata ia bukanlah satu masalah besar. Baginya soal perasaan ditolak tepi seketika kerana yang penting ialah kerja mereka berjalan lancar.

"Ketika bekerja, kami ada peranan masing-masing yang perlu digalas. Itu yang saya pegang setiap kali berlakon tak kiralah dengan sesiapa pun. Saya pernah bekerja dengan ramai pengarah wanita seperti Erma Fatima dan Shuhaimi Baba dan tiada masalah langsung. Mereka serius dalam kerja. Begitu juga Ellie yang dikenali bersungguh-sungguh dalam kariernya," kata Azri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Langkah sumbang

Posted: 07 Nov 2011 10:00 AM PST

SEMUANYA tidak seperti yang diharapkan apabila skuad bawah 23 tahun negara sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Persembahan skuad kendalian Ong Kim Swee yang dipamerkan khususnya pada babak pertama seperti langsung tidak menggambarkan status juara bertahan pada temasya edisi ke-26 ini.


Hanya percubaan menerusi sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar benar-benar memberi ancaman kepada skuad musuh tradisi itu yang amat berhajat memburu kejuaraan pertama.

Biarpun mengakui kekurangan penyerang yang berkaliber, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya bakal bangkit memberikan persembahan lebih baik biarpun tugas menjadi lebih sukar untuk berdepan Thailand Rabu ini.


"Sekurang-kurangnya kami meraih satu mata pada perlawanan pertama, ini bukan penamat segalanya kerana kami masih mempunyai tiga lagi perlawanan untuk diharungi.


"Saya yakin pemain-pemain akan meningkatkan prestasi daripada satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya.

Mengulas insiden Mohd Fandi Othman yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-70 namun tidak dilayan pengadil perlawanan dari Myanmar, Win Htut, Kim berkata: "Pada pandangan saya sepatutnya pengadil memberikan penalti tapi ia bergantung kepada kedudukan pengadil ketika itu. Keputusan mutlak di tangan pengadil".


Sementara itu, jurulatih Singapura, Pavkovic tidak mahu memasang angan- angan terlalu tinggi meskipun berjaya mengikat Malaysia daripada meraih kemenangan.

Malah mereka mampu mencipta kemenangan jika pemain sayap Muhammad Fazil Ayob berjaya menyempurnakan percubaan pada minit ke-12 dan 15 pada babak pertama.


"Saya bangga dengan semangat pemain-pemain untuk memberi tentangan kepada juara dua tahun lalu Malaysia. Masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan kami, saya kena menilai kemampuan pasukan lain," kata pengendali kelahiran Serbia itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak cukup

Posted: 07 Nov 2011 09:51 AM PST

JAWAIRIAH Nordin hampir terlepas peluang beraksi pada temasya Sukan Sea Indonesia kali ini gara-gara kemelut dalaman Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Namun pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu memastikan tempatnya sekali gus berpeluang memburu pingat pada temasya dwitahunan itu selepas menjuarai pertandingan kelayakan Oktober lalu.


Jawairiah baru saja menamatkan latihan singkat selama tiga minggu di Jakarta, menyesuaikan diri dengan cuaca dan gelanggang pertandingan namun dia belum berpuas hati.

"Kalau nak ikutkan memang saya belum puas hati dengan latihan di sini. Ia tidak mencukupi untuk menghadapi temasya besar seperti Sukan Sea.


"Namun sekurang-kurangnya saya ada persediaan untuk menghadapi lawan. Peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan cuba memberikan persembahan terbaik setiap kali turun ke gelanggang." Peluang dalam acara perseorangan sebenarnya agak tipis buat Jawairiah kerana terpaksa berdepan cabaran pemain Thailand dan tuan rumah Indonesia yang sering menguasai saingan Sukan Sea.


Dia sebenarnya lebih berpeluang meraih sekurang-kurangnya satu pingat gangsa dalam acara berpasukan selepas melakukannya di Korat (2007) dan Vientiane (2009) tetapi sayangnya kemelut LTAM menyaksikan mereka menarik diri daripada acara itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved