Isnin, 10 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mengada-ngada rakam operasi

Posted: 09 Oct 2011 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di sini, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas.

Difahamkan, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.


Seorang penumpang kereta terbabit pula dilihat merakam perjalanan operasi berkenaan dan apabila tindakan penumpang itu ditegur seorang anggota polis yang bertugas, pemandu terbabit memaki-hamun anggota berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.


Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata meskipun pemandu terbabit penjawat awam, pihaknya tidak berkompromi dengannya kerana tindakan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan disebabkan itu pihaknya merampas kamera video milik mereka.


"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka merakam perjalanan operasi dan bagi mengelakkan mereka menyebarkan rakaman berkenaan, kami memadamkan semua rakaman dalam kamera video itu.

"Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," katanya selepas operasi berkenaan, semalam.


Sementara itu, gara-gara panik dan bimbang ditahan dalam operasi berkenaan, beberapa Mat Rempit nekad menggadai nyawa serta membahayakan pengguna lain apabila cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal melawan arus.

Ada juga pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bagi mengelak melalui kawasan sekatan tanpa menyedari pihak berkuasa bersedia di seluruh kawasan itu.


Azmi berkata, dengan kekuatan dua pegawai dan 14 anggota kedua-dua jabatan berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 330 kenderaan termasuk motosikal.


"Polis menyita lima motosikal dan mengeluarkan 85 saman atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai nombor plet, tidak memiliki lesen dan cukai jalan tamat tempoh," katanya selepas tamat operasi di sini.

Peniaga dibelasah, kereta dilarikan

Posted: 09 Oct 2011 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa kerugian hampir RM160,000 selepas dibelasah dan disamun sekumpulan empat lelaki di susur masuk ke Taman Desa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux menuju Cheras.


Menurut sumber, setibanya mangsa di susur masuk ke Taman Desa, sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba melanggar kenderaan dipandunya dari belakang sebelum dia memberhentikan kenderaan berkenaan.

"Mangsa, seorang ahli perniagaan, turun dari kenderaan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pemandu kereta terbabit.


"Bagaimanapun, tidak sempat berbuat apa-apa, empat suspek yang menaiki kereta terbabit membelasah mangsa dengan menumbuk dan menendangnya sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan kenderaannya," katanya.


Menurutnya, selain kenderaan itu, barangan mangsa seperti tiga telefon bimbit, buku cek, cermin mata berjenama serta duit syiling lebih RM300 di dalam kenderaan berkenaan turut dilarikan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pukul adik sampai mati

Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT

KUALA KUBU BHARU: Gara-gara tidak puas hati apabila barang kemas yang digadai gagal ditebus adik, seorang wanita disyaki membelasah adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa, Gurmet Kaur Sedara Singh, 41, dan kakaknya menjamu selera di rumah mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy, berkata kakak mangsa berusia 44 tahun dan tinggal serumah dengan mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga mereka, dipercayai tidak puas hati apabila barang kemas miliknya gagal ditebus mangsa.

"Perselisihan faham di antara dua beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bermula sejak petang sebelum menjadi semakin serius pada waktu malam.


"Mangsa dan kakaknya itu bergelut sebelum suspek disyaki membelasahnya sehingga mati. Mayat mangsa ditemui telentang di atas katil bilik tidurnya dengan kesan bengkak di muka dan berdarah pada hidung serta mulut kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam)," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Suri baru Lan A To Z

Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT

RAWANG: Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini semalam, Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.


Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka. "Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami," katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.


"Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.


"Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti," katanya.

Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.


"Saya baru jadi ahli kelab ini sebulan lalu dan hadir untuk mengetahui aktiviti mereka. Ketika berbual mengenai perkahwinan saya, tanpa disangka, penaungnya, Baharuddin Mohd Yusoff bersetuju menaja majlis kahwin saya sepenuhnya. Macam tidak percaya dibuatnya kerana kami bercadang untuk buat urusan yang wajib sahaja.

"Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan," katanya.


Sementara itu, Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya.


"Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.


"Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah," kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Demi Moore mahu cerai

Posted: 09 Oct 2011 08:45 AM PDT

HOLLYWOOD: Demi Moore telah menemui peguam perceraian setelah gagal menyelamatkan rumah tangganya dengan Ashton Kutcher.

Perkahwinan mereka dikatakan bermasalah setelah Kutcher 33, curang.

Kutcher dikatakan mengadakan seks dengan Sara Leal, 23 di sebuah hotel akhir September lalu, ketika aktor itu sepatutnya membuat persediaan untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinannya yang keenam dengan Demi.

Merasa terpukul dengan berita itu, Demi terus menemui peguamnya.


Antara yang dibincangkan termasuklah pengurusan tempat tinggal mereka dan bagaimana perceraian itu akan menjejaskan aset mereka.


Demi, 48, mempunyai aset dan pendapatan kira-kira 97 juta pounds (RM409 juta) dan begitu juga Kutcher.

Sumber hiburan berkata, "Ini satu keputusan yang paling besar dan sukar dibuat oleh Demi tetapi dia sudah hilang kepercayaan terhadap Kutcher."

Perkahwinannya dengan Kutcher merupakan perkahwinannya yang ketiga. - DM

Ketagih porno

Posted: 09 Oct 2011 08:43 AM PDT

EAST BETHEL, (Minnesota): Seorang wanita berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya.

Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang.

Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.


Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.


Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. - AP

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Akhirnya juara

Posted: 09 Oct 2011 09:49 AM PDT

Oleh Aida Adilah Mat, Wan Noriza Meor Idris, Mohd Hilmie Hussin, Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my

PERCUBAAN kali keempat Red Galacticos FC pada saingan Karnival Futsal Harian Metro akhirnya membuahkan hasil apabila dinobat sebagai juara Terbuka Lelaki pada saingan Grand Final di Centermart, Setapak semalam.

Hadir dengan meletakkan sasaran tinggi untuk merangkul kejuaraan pada musim ini, impian Red Galacticos tercapai juga selepas menewaskan J Brabus United menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final semalam.


Dengan kemenangan itu, pasukan dari Subang itu membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM15,000 serta piala iringan.

Lebih membanggakan apabila salah seorang pemain mereka, Alvin Chew dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir sekali gus menjadi kejayaan berganda Red Galacticos.


Pengurus pasukan, Kevin Yee nyata amat berpuas hati dan bangga dengan kejayaan anak buahnya yang tidak pernah mengenal erti putus asa apabila berjaya mengharungi semua rintangan semalam.


"Sejak dari awal saingan, kami sering ketinggalan tapi semangat tinggi dipamerkan pemain untuk bangkit semula menjadi kunci kepada kejayaan kami.

"Begitu juga pada aksi final hari ini (semalam), selepas ketinggalan 0-1, pemain tidak putus asa dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.


"Sebagai pengurus, memang saya rasa puas kerana percubaan kali keempat di Karvinal Futsal Harian Metro akhirnya berhasil apabila muncul juara," katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bersama wakil penaja.

Pakar bius ditambah

Posted: 09 Oct 2011 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar anestesiologi atau pakar bius di negara ini untuk memenuhi keperluan pembedahan serta perubatan semasa, khususnya bagi pesakit kronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu penting untuk menampung kekurangan pakar bius di negara ini yang juga antara faktor kelambatan proses pembedahan pesakit kronik di hospital kerajaan.


"Setakat ini cuma ada 620 pakar anestesiologi di seluruh negara membabitkan hospital swasta dan kerajaan. Kita mahu tambah antara 100 ke 120 pakar bius setahun untuk menampung kekurangan itu," katanyaselepas merasmikan Hari Anestesia Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan, semalam.

Sambutan Hari Anestesia Sedunia yang diraikan pada 16 Oktober setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkhidmatan anestesia kepada pesakit.


Selain itu, Liow berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan Karnival Kesihatan di Sarawak pada bulan depan untuk menyelesaikan kes pembedahan tertunggak. - Bernama

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved