Jumaat, 14 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Unik, anggun dan elegan

Posted: 14 Sep 2012 08:44 AM PDT

TIADA istilah betul atau salah dalam berfesyen. Fesyen juga sepatutnya dinikmati semua golongan tanpa mengira usia, bangsa, fahaman mahupun pekerjaannya.

Namun, ramai pula menganggap fesyen adalah satu dunia asing yang hanya layak untuk golongan berada dan atasan berikutan harga sehelai baju mampu mencecah ribuan ringgit.

Bagi H&M, fesyen tidak sepatutnya dianggap sesuatu yang membebankan. Setiap stail yang ingin ditampilkan - unik, eksentrik, anggun atau elegan - adalah cetusan peribadi si pemakai tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk tampil bergaya.

Atas prinsip fesyen dan kualiti pada harga berpatutan, label popular dari Sweden ini membawakan koleksi edisi terhad menerusi kolaborasi dengan pereka serta selebriti ternama dunia.


Daripada Karl Lagerfeld ke Comme des Garcons hinggalah Versace serta Jimmy Choo, H&M sentiasa berusaha menampilkan himpunan berbeza pada setiap musim sambil dilatari himpunan daripada lebih 100 perekanya di seluruh dunia.


"Kami bangga dengan hasil ciptaan pereka kami tapi pada masa sama, H&M juga perlu melihat prospek lain dalam mengembangkan jenama ini.

"Di sinilah wujudnya kolaborasi H&M bersama pereka dan selebriti dunia, yang dapat memberi peluang kepada peminat fesyen dalam pasaran utama untuk menggayakan label pereka ikonik pada harga berpatutan.

"Kolaborasi ini juga membolehkan barisan pereka dunia ini mendekatkan diri dengan pasaran yang lebih luas, tanpa perlu berkompromi dengan gaya istimewa mereka," ujar Penasihat Kreatif H&M, Margareta van den Bosch.

Sentimen sama disuarakan Ketua Pereka H&M, Ann-Sofie Johansson, yang menyifatkan projek kolaborasi bersama pereka dan selebriti dunia mampu mencetuskan kejutan di kalangan peminat fesyen.

Pemilihan gandingan pereka bersama H&M dilakukan secara perbincangan kumpulan dan faktor estetika, selain gaya yang ingin ditonjolkan menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kolaborasi seterusnya.

"Ia sepatutnya seseorang yang kami kagumi sebagai pereka serta jenama yang dibawakannya. Kolaborasi ini juga perlu ada impak kejutan dan mampu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat fesyen mengenai gandingan yang cuba kami tonjolkan pada hampir setiap musim.

"Selain itu, H&M berusaha tampil dengan pelbagai gaya berbeza tapi semestinya dengan pereka yang bergerak seiring dengan kami daripada segi trend pada musim itu," jelasnya.

Musim luruh tahun ini bakal menyaksikan kolaborasi editor majalah Vogue Jepun, Anna Dello Russo yang tertumpu kepada rangkaian aksesori seperti kaca mata hitam, bagasi beroda, kasut, beg genggam, gelang dempak dan perhiasan kepala.

Bagi koleksi busana pula, H&M mempersembahkan kolaborasi bersama rumah fesyen dari Perancis, Maison Martin Margiela yang terarah kepada pertembungan stail klasik dan moden.

Sementara itu, penyanyi Lana Del Rey dan teraju filem Easy Money, Joel Kinnaman diangkat sebagai wajah kempen musim luruh dan dingin 2012.

Kronologi kolaborasi H&M

■ Karl Lagerfeld menjadi pereka sulung yang bekerjasama dengan H&M pada 2004

■ Stella McCartney pula menyusul dengan himpunan chic-santai pada 2005.

■ Pada 2006, pereka adi busana dari Belanda, Viktor & Rolf tampil bersama H&M.

■ Kempen musim bunga dan panas 2007 menyaksikan H&M bergandingan dengan diva pop, Madonna.

■ Pereka Itali, Roberto Cavalli kemudiannya mencipta kejutan bersama H&M pada 2007.

■ Penyanyi Australia, Kylie Minogue bergandingan menghasilkan koleksi baju renang bagi musim panas 2007.

■ Label dari Jepun, Comme des Garcons muncul selaku pereka undangan pada 2008.

■ Pada 2009, dua rangkaian eksklusif dilancarkan bersama Matthew Williamson. Himpunan pertama untuk wanita, disusuli himpunan lelaki.

■ November 2009 menyaksikan jalinan kerjasama H&M dan Jimmy Choo yang berkongsi ilham dalam rekaan kasut dan beg tangan.

■ Sonia Rykiel pula muncul pada 2009 dengan melancarkan koleksi pakaian dalam dan helaian kait (knitwear).

■ H&M terus mencipta fenomena apabila bekerjasama dengan Lanvin pada 2010.

■ Versace terus menghangatkan senarai kolaborasi bersama H&M menerusi koleksi musim luruh dan dingin 2011. Donatella Versace sendiri yang mencipta himpunan ini dengan mengembalikan cetakan istimewa Versace.

■ Bintang bola sepak dunia, David Beckham memperkenalkan koleksi pakaian dalam lelaki pada 2 Februari 2012 dengan label David Beckham Bodywear yang kini masih dijual di 1,800 butik H&M seluruh dunia.

■ Koleksi H&M dan Marni pula dilancarkan pada musim bunga 2012.

■ Gaya eksentrik editor Vogue Jepun, Anna Dello Russo bakal diterjemahkan dalam koleksi musim luruh tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Busana romantik

Posted: 14 Sep 2012 08:26 AM PDT

DALAM pemilihan gaya untuk berfesyen, ramai wanita yang mahu memastikan setiap rekaan busana memiliki gaya serta keunikan tersendiri.

Tidak kira sama ada ia membabitkan koleksi jenama terkemuka ataupun tempatan kerana ketelitian dalam menghasilkan keunikan busana terbabit memberikan kelainan kepada penggemar fesyen terkini.

Itulah antara kelainan yang cuba direalisasikan pereka berbakat tempatan, Leslie Variyan, yang tampil memperkenalkan pelbagai koleksi fesyen busana wanita Romantic Rendezvous menggunakan label Variante.

Jika dilihat pada kekemasan dan kualiti rekaan serta kain digunakan, ia mampu memberikan kelainan kerana ia bukan saja menonjolkan cita rasa moden malah menyuntik gaya tradisional tersendiri kepada mereka yang menggayakannya.


Gaya feminin wanita sentiasa menjadi perhatian dalam menyempurnakan sesuatu koleksi termasuk bagi rekaan gaun dan kurung moden.


Walaupun rekaan kurang terdedah, wanita masih boleh kelihatan seksi sekiranya potongan busana mengikut kesesuaian dan personaliti individu.

Untuk koleksi Romantic Rendezvous, Leslie banyak menekankan perincian pada bahagian kain, lengan dan leher busana.

Kain dengan potongan bertingkat, silang dan berombak menjadi keutamaan kerana ia mampu menaikkan seri gaya terutama pada busana polos.

Sungguhpun nampak ringkas, kualiti jahitan jelas memainkan peranan untuk menampakkan gaya eksklusif pada rekaan dan bentuk busana.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Rentung dalam kereta

Posted: 13 Sep 2012 11:56 AM PDT

BANTING: "Kami fikir gempa bumi apabila tiba-tiba terdengar letupan kuat di luar rumah, manakala rumah pula bergegar," kata pelajar kolej swasta, Andy Lim, 22, saksi kebakaran membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback menyebabkan seorang lelaki rentung di Taman Baiduri, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia berkunjung ke rumah rakannya di taman perumahan berkenaan dan sedang berbual apabila berasa impak letupan daripada kereta yang terbakar itu kira-kira jam 2 petang.


"Saya dan rakan segera berlari keluar kerana bimbang rumah akan runtuh sebelum ternampak kereta sedang terbakar dari dalam.

"Kami tidak menyangka ada orang dalam kereta terbakar itu berikutan asap tebal menyelubungi ruang dalam kenderaan sehingga tidak nampak sesiapa," katanya.


Katanya, penduduk mula memenuhi kawasan tempat kejadian itu sebelum seorang wanita warga emas muncul tiba-tiba sambil menangis.


"Ketika kebakaran berlaku, seorang wanita datang dan menjerit anaknya ada dalam kereta terbakar itu dan meminta orang ramai mengeluarkannya.

"Beberapa penduduk cuba membantu mengeluarkan anaknya, tetapi api semakin marak menyebabkan tiada sesiapa pun berani mendekati kereta itu sebelum berlaku satu lagi letupan," katanya.


Andy berkata, dia segera menghubungi balai bomba kerana bimbang kebakaran melarat sehingga ke rumah penduduk berikutan kedudukan tempat kejadian hampir dengan kediaman.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, satu jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.02 petang.


"Pasukan diketuai Pegawai Bomba, Subakri Basran, tiba enam minit kemudian tetapi api sudah membakar 90 peratus kereta berkenaan.


"Api dapat dipadam sebelum anggota bomba dan penyelamat menemui mayat seorang lelaki berusia 40-an rentung di tempat duduk penumpang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Rugi RM190,000 dapat 3 cek tendang

Posted: 13 Sep 2012 11:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat kerugian hampir RM190,000 dipercayai ditipu selepas cek dibayar dua pelanggannya bagi urusan penjualan minyak pelincir adalah cek tendang.

Mangsa yang berusia 40-an dikatakan menerima tiga keping cek dari dua syarikat dipercayai milik pelanggannya itu masing-masing bernilai RM99,840, RM82,900 dan RM6,300.


Menurut sumber, cek itu diterima Jumaat dan Isnin lalu yang diposkan ke alamat pejabat mangsa di Jalan Dutamas sebagai bayaran baki hutang mereka.

Difahamkan, syarikat mangsa sebelum itu membuat urusan perniagaan berkaitan jual beli minyak pelincir dengan dua syarikat swasta terbabit pada Ogos lalu.


Sumber berkata, ketika urusan jual beli itu dibuat, mangsa hanya menerima bayaran tempahan daripada pelanggannya manakala baki pula sudah dijanjikan untuk dibayar melalui cek.


"Mangsa menerima tiga cek berkenaan iaitu dua daripada syarikat pertama manakala satu daripada syarikat kedua yang terbabit dalam urusan perniagaan itu.

"Ketiga-tiga cek berkenaan juga sudah didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat mangsa melalui cawangan bank di Segambut sehari selepas itu," katanya.


Bagaimanapun, pihak bank menghubungi mangsa kelmarin dan memberitahu ketiga-tiga cek berkenaan gagal ditunaikan kerana akaun pembayar dikatakan mengalami masalah.

Sumber berkata, ekoran kejadian itu, pengurus syarikat berkenaan menghubungi pelanggannya melalui talian telefon bimbit yang diberikan tetapi gagal.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pelajar belasah guru disiplin

Posted: 13 Sep 2012 01:43 PM PDT

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

"Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.


"Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Meraung kaki berlipat

Posted: 13 Sep 2012 01:42 PM PDT

ALOR GAJAH: "Pilu hati ini melihat mangsa menggelupur di bahu jalan sambil merayu bantuan dan meraung menunjukkan kaki kanannya yang berlipat dan betis yang cedera parah," kata Shamsul Arifin, 42, yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kampung Tanjung Dahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Saiful Azhar, 14, pelajar tingkatan dua sekolah menengah di daerah ini hampir putus kaki kanan selepas dirempuh kereta berkenaan.


Difahamkan, mangsa yang membonceng motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi bapa saudaranya, Mohd Yusuf Idris, 54, datang dari arah Kampung Nelayan, Kuala Linggi menuju pekan Kuala Sungai Baru.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua pelajar kolej yang berada di laluan sama.


Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di bahu jalan, namun penunggang motosikal dan kedua-dua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Shamsul, saksi yang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia terkejut apabila melihat mangsa tercampak ke bahu jalan.

"Saya kemudian segera memberhentikan motosikal dan mendekati mangsa yang masih sedarkan diri. Pada masa sama, saya melihat penunggang motosikal berkenaan turut terbaring tidak jauh daripada mangsa sebelum kembali bangun dalam keadaan terpinga-pinga.


"Saya sedih melihat kaki mangsa yang terkulai dan berlipat seperti hampir putus. Melihat keadaan itu, saya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagi pemandu kereta, Syed Ahmad Ali, 19, dia dari rumahnya di Kampung Tanjung Agas, Pasir Panjang, Negeri Sembilan, sebelum terbabit dalam nahas itu berkenaan.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya sudah memintas sebuah motosikal lain terlebih dulu dan memastikan laluan di depan selamat sebelum memotong motosikal mangsa.


"Saya bagaimanapun terkejut melihat motosikal itu tiba-tiba membuat pusingan U dan segera menekan brek menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan," katanya.


Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pembonceng motosikal itu tercampak.


Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Melaka.


"Orang ramai yang melihat kemalangan diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Impak congak ‘Samba Brazil’

Posted: 13 Sep 2012 11:05 AM PDT

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara bakal mendapat sentuhan 'Samba Brazil' sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tawaran untuk beraksi dalam liga negara itu bagi persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar, tahun depan.

Menurut jurulatih Ong Kim Swee, cadangan membawa pemain muda ke Brazil bagi mendapat pendedahan masih di peringkat perbincangan kerana mereka juga turut mempunyai pilihan sama ada mahu kembali ke kem latihan sebelum ini di Slovakia.


"Kami mungkin ke luar negara, ketika ini Brazil dan Slovakia antara lokasi yang dicadangkan dan saya harap perkara ini dapat diputuskan dalam masa terdekat.

"Walaupun sudah menerima tawaran dari kelab Brazil, kami perlu pergi ke sana untuk meneliti tawaran dan melihat sendiri kemudahan disediakan. "Kalau bagus, pasukan peringkat umur B-17 atau 19 juga boleh dihantar ke sana dulu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Penajaan dan Insentif Pasukan Bola Sepak Kebangsaan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam.


Penyerahan cek itu dilakukan Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman kepada skuad B-23 atas kejayaan memenangi pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu.


Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Naib Presiden dan juga pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin serta barisan pemain.

Insentif itu diberikan berdasarkan perjanjian kerjasama antara TM dan FAM namun jumlah yang diberi tidak diumumkan.


Ketika ditanya mengenai perancangan Kim Swee, Azzuddin berkata, FAM tidak keberatan memberi lampu hijau sekiranya ia dapat membantu persiapan pemain sebelum ke Sukan Sea.

"Sebelum ini kita sudah membuat program di luar negara dan ia membuahkan hasil apabila memenangi pingat emas sukan Sea dan segala keputusan bergantung kepada jurulatih dan juga Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan bagi menilai rancangan ini," katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tawaran dari kelab Brazil itu.


Tambahnya, ia bukan satu masalah jika skuad Kim Swee ke luar negara dan tidak beraksi dalam Liga Singapura musim depan kerana mereka boleh menghantar pasukan lain.


"Objektif kerjasama FAM dan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) adalah untuk pembangunan pasukan muda dan kita boleh hantar mana-mana pasukan untuk bermain dalam liga itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Shukor enggan calar reputasi

Posted: 13 Sep 2012 11:02 AM PDT

NEGERI Sembilan tidak rela misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tersekat di peringkat saingan kumpulan, apabila turun berdepan Felda United pada perlawanan penentuan ke suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Justeru pemain skuad Hoben Jang Hoben berazam berjuang habis-habisan demi mencipta kemenangan.


Kapten, Mohd Shukor Adan mahu semua pemain memberikan aksi terbaik dan mempertahankan reputasi sebagai juara bertahan.

"Walaupun hanya perlukan satu mata untuk ke suku akhir, kami ingin kemenangan mutlak ke atas Felda United. Saya harap rakan sepasukan memberikan kerjasama bagi mencatat kemenangan," katanya.


Mengenai perlawanan yang bakal dihadapi, bekas pemain kebangsaan itu mengaku pasukannya bakal berdepan cabaran getir berbanding pertemuan pertama di Stadium Hang Jebat.


Bagaimanapun, menurut Shukor, dia akan pastikan semua posisi berfungsi dengan baik dan mengekalkan corak menyerang untuk memburu gol awal dan memberi tekanan kepada lawan.

Tonggak berpengalaman itu mengingatkan semua pemain supaya berhati-hati dengan taktik skuad bimbingan E Elavarasan kerana mereka pasti akan memberikan tentangan sengit.


"Saya yakin semua pemain menyedari tanggungjawab masing-masing dan kedudukan pasukan untuk layak ke suku akhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Hidup saya masih kosong’

Posted: 13 Sep 2012 08:46 AM PDT

JAUH di sudut hati, dia cemburu melihat semua teman sebayanya sudah berkahwin dan membina keluarga masing-masing. Itulah juga yang didambakan Siti Elizad (Ejad), 27, saat ini. Bukan terdesak untuk berkahwin, tapi naluri keibuannya yang begitu kuat kerana tidak sabar untuk memiliki cahaya mata daripada darah dagingnya sendiri.

Setiap kali ditemubual, topik jodoh dan anaklah yang tidak pernah lekang daripada bibir pelakon yang bakatnya digilap menerusi filem Berlari Ke Langit, Gangster, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Nan Satu, Main-Main Cinta dan Rock ini.

Bergelar anak perempuan tunggal daripada lima beradik yang semuanya lelaki, pasti hidupnya berasa kosong dan sunyi sejak pemergian insan yang paling rapat dalam hidupnya iaitu arwah ibunya, Nazariah Mohd Salleh, 62, dua tahun lalu.

"Maklumlah, adik-beradik saya semuanya lelaki dan semuanya sudah berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Sejak pemergian mama, bapa dan adik-beradik lelaki memang sangat berharap saya segera bertemu jodoh supaya ada orang yang boleh menjaga sakit pening.


"Walaupun mempunyai ramai anak saudara yang bertambah setiap tahun, perasaannya tetap tidak sama jika kita memiliki anak kandung sendiri.


"Begitu juga bila orang suruh saya ambil anak angkat mengikut jejak rakan artis bujang di luar sana, pendirian saya tetap sama ingin memiliki cahaya mata sendiri sekurang-kurangnya seorang pun jadilah," katanya.

Kata pemilik nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifudin yang pernah digosipkan dengan penyanyi Hattan ini, dia sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga, cuma belum bertemu calon suami yang sesuai lagi. Jika artis muda lain ramai bertemu jodoh tahun ini, Ejad pula nampaknya belum bernasib baik dalam percintaan lagi.

"Saya baru saja putus cinta dan sudah kembali solo lagi sekarang. Jika bertemu calon yang sesuai, saya tak akan tunggu lama-lama dan ingin terus kahwin saja.
Kriteria calon suami pula mestilah romantik, menyayangi saya sepenuhnya dan beriman.

"Insya-Allah, buat masa ini, saya sibuk kumpul duit untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, tahun depan. Selain beribadah, saya juga ingin berdoa di depan Kaabah semoga bertemu jodoh yang baik yang mampu membimbing saya dunia dan akhirat," katanya.

Ketika ditemui, Ejad yang buat 'comeback' selepas dua tahun menyepi memberitahu, dia baru selesai penggambaran drama bersiri Opah generasi baru, bulan lalu yang cukup popular di stesen RTM satu ketika dulu.

"Saya bawa watak pembantu yang juga isteri pada seorang peguam yang juga cucu Opah generasi yang rata-ratanya menampilkan wajah baru. Watak saya pula suri rumah yang suka bantu orang yang dalam kesusahan. Penggambaran babak saya pun banyak dibuat dalam rumah saja.

"Saya juga menjadi artis undangan dalam filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham terbitan Excellent Pictures yang disiarkan di TV3. Selain itu, saya juga berlakon watak pembantu dalam drama bersiri Lelaki Yang Dicintai dengan menjadi adik kepada pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) dalam cerita ini.

"Ia juga menampilkan Dira Abu Zahar, Datuk Eizlan Yusuf dan Eja. Tidak ketinggalan, ada dua hingga tiga tawaran berlakon, tapi saya perlu meneliti skripnya terlebih dulu," katanya.

Ditanya sama ada pelakon yang digilap dari layar lebar sepertinya tidak kisah berlakon drama, Ejad akui drama dan filem ada cabaran dan pengalaman yang berbeza.

"Saya tak kisah watak pembantu atau sekadar artis undangan saja kerana
setiap watak memainkan peranan tersendiri dalam membantu sesebuah jalan cerita itu.

"Ada juga watak pembantu yang memberi kesan mendalam pada penonton atau orang ingat sampai bila-bila. Sebagai pelakon, tanggungjawab saya hanya melakonkan watak itu sebaik mungkin," katanya.

Antara drama lakonannya sebelum ini ialah teraju utama Slot Akasia di TV3, Cinta Antara kita, drama bersiri Adnan Sempit The Series, telefilem komedi Bersalji Di Kuala Lumpur dan telefilem Jamilah I Love You.

Ejad impi jadi pereka fesyen terkenal

BUKAN saja berbakat dalam bidang lakonan, ada sisi lain Ejad yang pasti ramai orang tidak tahu iaitu dia juga memiliki sentuhan dalam bidang rekaan fesyen.
Pada peringkat awal, Ejad minat menjahit baju bagi mengubat rasa sunyi dan bosan apabila tidak terbabit dengan penggambaran, kini tidak lagi.

"Jika nak diikutkan, saya memang sudah lama meminati bidang rekaan fesyen kerana suka nampak cantik dan bergaya depan kamera. Pada masa sama, sebagai artis, kita perlu pastikan aspek penampilan sentiasa dititikberatkan.

"Cuma baru sekarang minat dalam bidang rekaan fesyen dapat direalisasikan.
Sebelum ini, masa saya banyak dihabiskan di lokasi sebab itu saya tiada masa untuk buat apa yang saya minat.

"Jangan tak percaya, walaupun sudah bergelar selebriti, arwah mama tetap menjahit baju kurung atau baju Melayu kami adik beradik setiap kali tibanya hari raya. Arwah mama memang pandai menjahit bukan saja baju, malah langsir yang selalu ditukar untuk nampak berseri pada hari raya," katanya.

Bagi membuktikan dia bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, Ejad juga memberanikan diri mengikuti kelas jahitan dan rekaan fesyen yang beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kursus jangka pendek itu mengambil tempoh selama lima bulan. Menjadikan pereka fesyen terkenal Zery Zamry dan Salikin Sidek sebagai sumber inspirasi, Ejad mengakui dia tidak kisah bermula dari bawah demi mengejar cita-cita dan impian menjadi pereka fesyen pula satu hari nanti.

"Setakat ini, saya baru mempelajari asas dan teknik yang betul dalam bidang jahitan yang juga kemahiran diperlukan untuk menjadi pereka fesyen. Ia tidak terhad kepada baju kurung tradisional dan moden sebaliknya jubah, skirt dan sebagainya lagi. Jika semuanya berjalan lancar, saya merancang untuk tampil dengan koleksi baju sendiri nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13


Belasungkawa: Perginya sebutir bintang

Posted: 13 Sep 2012 07:14 AM PDT

KELMARIN, tepat jam 7.05 malam, seniwati veteran, Raja Hamidah Raja Saat, 80, pergi buat selama-lamanya akibat penyakit barah payudara. Allahyarham yang juga isteri kepada pengarah filem legenda, Allahyarham Salleh Ghani menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.

Anak seni yang berasal dari Johor Bharu, Johor itu mula menceburi bidang lakonan seawal usia 18 tahun iaitu pada 1948 apabila membintangi filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master of New York Ins.

Raja Hamidah yang bekerja di Shaw Brothers dengan gaji bulanan RM150, mula menyemai bakat lakonannya dalam filem-filem terbitan Shaw Brothers arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Musang Berjanggut, Orang Minyak dan Hang Tuah.

Dalam filem yang amat popular itu, dia berlakon sebagai anak gadis Udo Omar, salah seorang pembesar negeri yang mahu menjodohkan anak mereka dengan P Ramlee.

Imbas kembali kenangan lamanya, pada zaman mudanya Raja Hamidah jarang diundang berlakon oleh Allahyarham suaminya. Hanya selepas lama berkahwin, barulah Salleh Ghani mengambilnya berlakon dalam filem arahannya seperti Jalak Lenteng, Ibu Ayam dan Anak Manja.

Selepas mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, Salleh mengambilnya pula berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak antaranya dalam filem Ribut Barat dan Pertentangan.

Ketika hayatnya, Raja Hamidah pernah menyuarakan rasa terkilannya apabila filem arahan arwah suaminya bagaikan tidak mendapat tempat di stesen televisyen hari ini.

Keistimewaan lain Raja Hamidah, dia yang sememangnya meminati bidang lakonan dan nyanyian sejak kecil boleh memetik gitar dan pernah menyanyi bersama Allahyarham Wak Jasni (suami seniwati Neng Yatimah) serta menganggotai kumpulan Seni Wanita. Selain berlakon, dia adalah penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers.

Kini, wanita peramah dan penuh keibuan itu tiada lagi di dunia ini. Ramadan dan Syawal lalu adalah yang terakhir diraikan bersama 12 anak, 24 cucu dan saudara maranya. Meskipun dia tidak berdaya lagi untuk membuat persiapan Syawal kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot namun dia tetap gembira kerana dikelilingi keluarga.

Pelakon watak Mak Lenggang dalam drama Tragedi Sri Mersing ini, meninggalkan 12 anak termasuklah Pengarang Rencana Metro Ahad, Adam Salleh, 48. Anak-anaknya yang lain, Normala, 56, Zulkifli, 55, Norasyikin, 54, Lukmarul Hakim, 53, Norshidah, 52, Mohd Nor, 51, Mariam, 45, Mohd Effendi, 44, Ahmad, 42, Abdullah, 40 dan Taib, 39.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Salleh Ghani pada 1955. Bagaimanapun di kala anak-anak semakin menuju usia dewasa, Salleh terlebih dulu meninggalkan keluarga besar mereka pada 28 Ogos 1986.

Jenazah Allahyarham Raja Hamidah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate Hulu Kelang, tengah hari semalam.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah seniwati Latifah Omar, Aspelela Abdullah, M Daud, Bahyah Mahmood, Fazlina Ahmad Daud, Haleeda, Aznah Hamid, Sheera Iskandar, A Galak dan Raja Azmi.

Al-Fatihah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kembar bercakap selepas 4 tahun ‘bisu’

Posted: 13 Sep 2012 09:38 AM PDT

LONDON: Pasangan kembar seiras yang mengalami penyakit paling jarang ditemui di dunia menerima hadiah amat bermakna sempena hari lahir mereka yang ke-18, semalam.

Kirstie dan Catherine Fields adalah satu-satunya pasangan di dunia mengalami penyakit Fields Condition yang menjejaskan otot mereka.

Disebabkan penyakit itu tidak pernah ditemui sebelum ini, pakar perubatan merujuknya dengan nama pasangan terbabit (Fields).

Penyakit itu menyebabkan mereka tidak boleh bersuara sejak empat tahun lalu.


Bagaimanapun, mereka yang berasal dari Llanelli, South Wales, boleh bercakap semula selepas diberi mesin elektronik sempena hari lahir mereka.


Keadaan itu juga membolehkan kenalan mereka membezakan di antara Kirstie - yang bercakap dengan loghat Australia - dengan Catherine (loghat Amerika Syarikat).

Menurut Catherine, sebelum ini mereka selalu berborak ketika malam.

"Kirstie lebih becok dan boleh bercerita sepanjang malam," katanya.

Sejak kehilangan suara, katanya, mereka sukar berkomunikasi.

Justeru, kata Catherine, alat bantuan diterima semalam "membuka lembaran baru" dalam hidup mereka.

Bagi Kirstie pula, dia berharap orang ramai tidak terlalu bersimpati dengan apa yang menimpa mereka.

"Hidup hanya sementara. Justeru, nikmati hidup dengan gembira," katanya.

Sementara itu, kekangan kesihatan tidak menghalang sifat lucu pasangan kembar terbabit.

Kata Kirstie, dia ada soalan yang ingin ditanyakan kepada ibunya tetapi terpaksa dipendam terlalu lama.

"Saya mahu bertanya - adakah ibu masih berasmara dengan bapa?" katanya.

Fields Condition menyebabkan Kirstie dan Catherine mengalami kekejangan lebih 100 otot yang menyakitkan setiap hari.

Ibu bapa mereka, Lyn, 43, dan Chris, 50, ternyata gembira apabila alat berkenaan diterima hasil pembiayaan kerajaan.

Kata Lyn, dengan adanya alat itu, Kirstie dan Catherine kini boleh bertengkar atau berborak seperti selalu.

"Saya bangga dengan apa yang mereka lalui," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Anjing robotik boleh berkata-kata dicipta untuk bantu tentera Amerika

Posted: 13 Sep 2012 09:36 AM PDT

LONDON: Dua anjing robot yang dihasilkan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menampakkan kemajuan luar biasa. Penyelidik kini merancang mengembangkan kebolehan robot itu supaya ia boleh bercakap.

'Haiwan' robotik itu dicipta untuk membantu tentera melalui laluan paling mencabar, serta membawa bebanan hampir 200 kilogram sejauh lebih 30 kilometer tanpa perlu diisi minyak.

Dinamakan Sistem Bantuan Skuad Berkaki, jurucakap syarikat pengeluarnya berkata, mereka merancang membina operator radio pada robot berkenaan bagi membolehkan ia menerima arahan.

"Pada masa sama, anjing itu boleh bersuara untuk memaklumkan pengendalinya keadaan semasanya," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved