Ahad, 16 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Peramah hingga akhir hayat

Posted: 15 Oct 2011 10:18 AM PDT

LEDANG: Seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala motosikalnya remuk teruk dipercayai selepas bertembung dengan sebuah lori di Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, malam kelmarin.

Shaidan Abdul Rahman, 33, yang dirempuh dari arah bertentangan dan diseret sejauh 10 meter, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.


Difahamkan, ketika kejadian jam 9 malam, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seri Paya, Sengkang Batu 20, selepas bertemu rakannya di Pasar Malam Serom 3.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, 30-an, berkata dia tidak menyangka kehadiran Shaidan ke gerai murtabaknya malam kelmarin adalah pertemuan terakhir mereka.


Kata Adi, ketika kali terakhir bertemu, arwah tak menunjukkan tingkah laku pelik, malah ramah seperti biasa.


"Arwah singgah di gerai murtabak saya setiap minggu. Sebelum dia pulang, saya mengirimkan murtabak buat ibunya memandangkan kami tinggal sekampung. Namun, tidak lama kemudian, saya dimaklumkan dia terbabit dalam kemalangan dengan jarak hanya 1.4 Kilometer dari rumahnya," katanya.

Adi yang menyangkakan sahabatnya cedera ringan terkejut sebaik tiba di tempat kejadian apabila mendapati Shaidan meninggal dunia.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

"Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.


Berikutan itu, sesiapa yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dokumentasikan semua masalah

Posted: 15 Oct 2011 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Langkah utama perlu diambil Liza adalah mendokumentasikan semua masalah dihadapinya kepada pihak berkenaan termasuk pejabat agama, Mahkamah Syariah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis," kata Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Faridah Maludin.

Menurutnya, jika benar diceraikan suami, Liza harus membuat semakan di pejabat agama bagi memastikan kesahihan perceraian, selain mendapatkan salinan dokumen sebagai bukti untuk membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.


"Biarpun ikatan perkahwinan terputus, namun tanggungjawab seorang bapa perlu dilangsaikan dengan pemberian nafkah bulanan kepada anak berusia 18 tahun ke bawah, terutama bagi anak kelainan upaya (OKU).

"Jika bekas suami menafikan hak itu dengan melarikan diri atau tidak berkemampuan, ahli keluarga bekas suami seperti ayah dan adik-beradik perlu memegang tanggungjawab terbabit kerana ia adalah wajib," katanya.


Mengulas tanggungan hutang daripada along, Faridah menggesa mangsa mengambil tindakan berani dan bijak bagi menjamin keselamatan keluarga dengan membuat laporan polis.


Katanya, ugutan daripada along disifatkan sebagai penderaan mental dan emosi hingga mengakibatkan tekanan hebat kepada mangsa dan wajar mendapat perlindungan.

Menurutnya, dalam kes seperti ini mangsa berhak mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dengan merujuk cawangan JKM terdekat.


Sementara itu, jurucakap bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, pihaknya sememangnya mempunyai peranan penting membantu golongan fakir miskin yang memerlukan sokongan, terutama berbentuk kewangan.

Namun mengulas mengenai kes yang dihadapi Liza, MAIWP tidak memiliki kuasa undang-undang bagi memastikan bantuan berkenaan digunakan ke saluran sepatutnya.


"Berdasarkan rekod, Liza sememangnya dikategorikan sebagai golongan asnaf, apatah lagi dia memiliki anak OKU dan bergelar ibu tunggal.


"Dia menerima bantuan kewangan bulanan yang dimasukkan terus ke dalam akaun banknya, malah anak OKU turut mendapat sumbangan peralatan kesihatan setiap bulan berbentuk lampin pakai buang serta bekalan susu," katanya ketika dihubungi.


Katanya, Baitulmal juga pernah memberikan bantuan perniagaan kepada Liza selain melangsaikan hutang sewaan, termasuk rumah dan bil air.


Menurutnya, Liza disarankan membuat laporan polis untuk tindakan undang-undang, sekali gus mempertahankan haknya.


Pada masa sama, golongan asnaf dinasihatkan tidak mengambil tindakan melulu bagi mendapatkan bantuan kewangan, terutama daripada peminjam wang tidak berlesen untuk mengelak bebanan hutang kemudian hari.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Kali terakhir

Posted: 15 Oct 2011 07:53 AM PDT

KETIADAAN Datuk Lee Chong Wei dalam kancah pertandingan badminton tempatan tahun depan selepas menjuarai Grand Prix Akhir Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut, semalam bakal membuka lembaran baru buat pemain lain dan pastinya saingan menjadi lebih sengit.

Keputusan itu disuarakan sendiri Chong Wei kerana mahu melihat pemain lain tampil menggantikannya suatu hari kelak.


"Saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) faham situasi saya apabila tidak lagi beraksi dalam sirkit kebangsaan. "Paling penting buat saya adalah persiapan terbaik untuk ke Olimpik, saya tidak kisah jika perlu melupakan beberapa kejohanan," kata Chong Wei.

Semalam Chong Wei menjuarai GP Akhir Kebangsaan buat kali ke-10 berturut-turut selepas mudah menewaskan Goh Soon Huat 21-11, 21-5 pada final di Stadium Juara, Bukit Kiara.


"Selepas ini saingan membabitkan pemain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng pasti lebih menarik kerana kemampuan semua pemain ini hampir setaraf.


"Namun, lebih penting saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri dalam kelompok pemain terbaik dunia.

"Pencapaian yang dicipta Ramdan dan Kwong Beng di Terbuka Indonesia satu petanda yang baik, tapi mereka harus berusaha lebih gigih," kata Chong Wei.

Full content generated by Get Full RSS.

Lupakan kejuaraan

Posted: 15 Oct 2011 07:49 AM PDT

LONDON: Arsene Wenger mengakui permulaan hambar Arsenal awal musim ini bermakna sasaran jangka panjang kelab itu bagi musim ini terpaksa dilupakan seketika.

Gunners kalah 1-2 di tangan musuh tradisi Tottenham Hotspur pada pertembungan jiran setempat utara London sebelum ini, keputusan yang menyaksikan mereka kalah empat daripada tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.


Kini pasukan Wenger kembali daripada rehat aksi antarabangsa dengan menanti kunjungan Sunderland yang dikendalikan Steve Bruce malam ini pada pertembungan yang menemukan dua pengurus yang berdepan tekanan hebat.

Pengurus Arsenal itu mengakui dengan hanya tujuh mata, permulaan terburuk kelab itu dalam tempoh 37 tahun, impian memenangi trofi atau sekurang-kurangnya menduduki kelompok empat teratas terpaksa ditangguhkan hingga pasukannya mampu mencari rentak kemenangan.


"Sudah tujuh perlawanan dilangsungkan, kami berdepan beberapa perlawanan getir di gelanggang lawan. Saya yakin kami ada potensi yang baik, kami membentuk semula pasukan dan sudah tentu agak terganggu pada permulaan musim kerana beberapa sebab," kata Wenger.


"Namun kami hanya mahu tumpu sasaran jangka pendek ketika ini, kami tidak berada dalam kedudukan untuk melakukan perancangan jangka panjang." Arsenal biasanya yakin meraih tiga mata penuh daripada Sunderland yang dibelenggu masalah tidak konsisten.

Namun persembahan buruk mereka akhir-akhir ini meranapkan keyakinan Arsenal.


"Saya tidak tahu berapa banyak perlawanan yang kami boleh kalah, ia bergantung bukan saja kami tapi pasukan lain," kata Wenger.

"Kami perlu lebih konsisten, itulah yang perlu kami lakukan. Tiada siapa boleh memberitahu hari ini berapa banyak perlawanan boleh kalah untuk berada dalam kelompok empat teratas, tapi kami perlu lebih konsisten dengan keputusan yang positif. Kami menyedarinya dan itulah yang kami ingin raih pada perlawanan berikutnya." Wenger sekurang-kurangnya berasa gembira dengan berita positif mengenai pertahanan tengah Thomas Vermaelen yang semakin pulih daripada kecederaan buku lali.


Abou Diaby, Jack Wilshere dan Bacary Sagna juga terkeluar namun pertahanan Laurent Koscielny dan Johan Djorou bersedia untuk kembali ke skuad itu bagi perlawanan yang akan menguji ketabahan Arsenal. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Derita dikejar along

Posted: 15 Oct 2011 10:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dia mungkin beranggapan kisah hitamnya berakhir sejurus berpisah dengan suami sembilan tahun lalu, namun derita kehidupannya masih berlarutan hingga sekarang gara-gara tindakan lelaki itu mencagarkan lesen perniagaannya kepada along.

Sudahlah tidak menerima nafkah daripada bekas suami selepas dikurniakan dua anak, Liza, 40-an (bukan nama sebenar) terpaksa menyerahkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada along setiap bulan.

Semuanya angkara bekas suami yang berurusan dengan along dan lelaki itu masih menghubunginya dengan sesekali cuba bermain emosi untuk merujuk semula kononnya menyesali apa dilakukannya sebelum ini.

Liza berkata, dia sukar menerima semula bekas suami keduanya yang pernah menjalani hukuman penjara kerana melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun (hasil perkongsian hidup dengan suami pertama).


"Dia sepatutnya menjadi tempat kami anak beranak bergantung hidup tetapi perkara lain terjadi. Entah apa salah saya, dia terus menganiaya kami sekeluarga apabila mencagarkan lesen menjaja saya kepada along untuk membuat pinjaman RM10,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak sabar bersatu

Posted: 15 Oct 2011 10:15 AM PDT

TANPA berselindung di sebalik kata-kata, pasangan secantik dan sepadan, Shahz Jaszle dan Miera Liyana sudah pun merancang untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai bahagia bersama-sama. Masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

Walaupun usia Miera baru mencecah 19 tahun tetapi keyakinan yang diberikan oleh Shahz untuk menjadi suami dan ketua keluarga meyakinkan gadis tinggi lampai itu untuk menamatkan zaman solonya. Impian dan harapan murni mereka berdua juga mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Ketika ditemui sewaktu menjalani penggambaran telefilem Teguh arahan MP Roslin di Serdang, Selangor, baru-baru ini, Miera memberitahu hatinya kembali tenang selepas dihambat kontroversi bermula dengan fesyen baju yang dipakainya dan pelakon Lash Mokhtar mendakwa mereka berdua dilamun cinta.


"Saya tidak kisah lagi orang mahu anggap saya seperti apa dan siapa saya. Baru-baru ini ada pula yang menuduh saya mabuk. Selepas bertemu semula dengan Shahz sehingga menimbulkan bibit cinta antara kami, hati dan perasaan saya lebih aman berbanding dulu.

"Tumpuan saya kini hanya pada cinta kami dan kerjaya seni. Kami sudah pun memikirkan untuk menyimpul ikatan hati yang lebih kukuh namun segalanya terpulang kepada ketentuan Allah SWT. Hidup ini mesti ada perancangan di samping berdoa kepada-Nya, mohon diberikan yang terbaik.


"Kalau ikut kata hati kami berdua, perkara yang baik itu mahu disegerakan. Jangan bimbang apabila sahih kami akan bertunang dan tarikh dah dapat, akan saya beritahu pada semua. Tiada apa yang mahu dirahsiakan malah kami mohon doakan kebahagiaan kami," katanya.


Ini bukan kali pertama mereka berlakon bersama-sama. Miera dan Shahz pernah berkongsi lokasi dalam drama on-line GUA, Luna Fantasiku dan filem Rentaz.

"Di lokasi, kami profesional dengan buat kerja sendiri tanpa perlu berkepit ke sana ke mari. Kami memberi ruang kepada diri masing-masing kerana kami juga tak mahu kru berasa tidak selesa atau menjadi bahan umpatan di set. Kami tetap pasangan yang bercinta tetapi kalau tiba urusan kerja, kami tidak mencampuradukkannya dengan hal peribadi. "Bagi saya, kalau bercinta pun kena beri ruang kepada kepada pasangan, tak perlulah jadi belangkas. Nanti orang tengok pun menyampah. Kami buat biasa-biasa saja dan mesti ada had dalam pergaulan, barulah indah bila hidup bersuami isteri nanti," katanya.


Dalam telefilem Teguh, Miera memegang watak Suhaila yang bercinta dengan Darul (Shahz). Mereka bekerja di hotel sama. Suatu hari hotel itu didatangi pelanggan yang tampan dan kaya raya bernama Suhaimi (Zul Ariffin). Kedatangan Suhaimi ke hotel itu memberi kesan kepada cinta Suhaila dan Darul bila mana Suhaimi menggunakan kelebihan dirinya untuk merebut cinta Suhaila. Terbaru, Miera turut berlakon drama 13 episod berjudul Cendana bersama Deanna Yusof dan Iqram Dinzly. Peranannya dalam drama itu sebagai Farah yang terpaksa mengorbankan cintanya kerana mahukan ibunya bahagia. Dia juga muncul dalam drama Psikik sebagai gadis yang koma 10 tahun.

"Dalam banyak drama dan filem lakonan saya, saya sukakan watak Dina dalam Rentaz, Cici (Apokalips) dan Sukma kerana setiap karakter berkenaan berat. Saya mahu kikis imej glamor dan jauh daripada berita sensasi sebaliknya mahu penonton kenal saya kerana bakat.


"Saya mahu lupakan segala kontroversi yang pernah menghantui diri. Sebagai perempuan, saya mesti jaga harga diri," katanya. Bagi Shahz pula, dia sememangnya mengharapkan mereka berdua cepat naik pelamin. "Saya sudah bersedia untuk berkahwin dan bina rumah tangga yang bahagia. Keluarga beritahu saya kalau sudah suka sama suka, tidak perlu tunggu lama-lama. Orang tua saya pun dah tua, bapa 70 tahun, emak pula 61 tahun. Saya mahu mereka tengok saya naik pelamin.


"Bapa berasal daripada Bukit Tinggi, Padang, dan emak pula berdarah campuran Cina Yunan daripada Hong Kong, manakala datuk asal Pakistan. Bapa mewarisi sikap ayahnya yang sangat tegas membesarkan kami. Kalau berkenan sesuatu barang, dia ajar kami cari duit dan beli sendiri. Sejak umur 17 tahun lagi saya berdikari dan Alhamdulillah berkat didikan bapa, kami adik-beradik membesar dengan baik.


"Apatah lagi perkara yang membabitkan keluarga dan maruah, bapa sangat mengambil berat mengenai hal itu. Justeru, dia mahu kami segera bernikah bagi mengelakkan fitnah dan daripada terjadinya perkara yang tidak elok," katanya.


Sebaik saja selesai penggambaran Teguh, Shahz akan berehat sebentar sebelum menyambung penggambaran drama 13 episod untuk siaran TV3 di Australia. "Hampir sebulan juga saya akan berada di sana. Sempatlah menyambut tahun 2012 di negara itu. Balik sekejap ke Kuala Lumpur dan selepas itu saya akan ke Australia lagi untuk penggambaran drama 80 episod, berjudul Adam dan Hawa, terbitan Global Station.


"Penggambaran Adam dan Hawa turut membabitkan lokasi di India dan Makkah. Lamalah nampaknya saya akan berjauhan dengan Miera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Taikun masih tak jumpa calon heroin

Posted: 25 Sep 2011 05:52 AM PDT

KEJAYAAN filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim mencatat kutipan melebihi RM8.5 juta ketika ditayangkan November tahun lalu membuatkan produser Metrowealth Pictures (MIG), David Teo terus menaruh kepercayaan kepadanya mengarahkan filem terbaru, Taikun.

Filem ke-65 terbitan produksi itu bergenre aksi komedi menampilkan gandingan pelawak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham dan Iskandarshah Hashim (Angah) sebagai teraju utama.

David berkata, dia menaruh kepercayaan dan kredibiliti pengarah berkenaan
berdasarkan reputasi yang dimilikinya.

Malah Bob bukan hanya membuktikan kemampuan dalam pengarahan malah mampu menghasilkan pelbagai genre filem.

"Saya yakin kemampuan Ismail Bob Hasim bukan sekadar filem komedi selain elemen aksi dan seram yang menjadi kekuatannya mampu mengikut jejak langkah kejayaan filem MIG sebelum ini.

"Selepas melihat filem aksi komedi terbitan MIG, Bini-Biniku Gangster yang mula ditayangkan sejak 22 September lalu. Saya yakin filem ini mampu diterima peminat apabila ditayangkan nanti," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem itu, baru-baru ini.

Bagaikan menjadi trend apabila pelakon utama wanita atau heroin untuk filem kebelakangan ini tidak lagi menjadi keutamaan apabila watak mereka diwujudkan hanya sebagai penyeri layar perak.

Malah ketika majlis sidang media memperkenalkan pelakon dan pelancaran memulakan penggambaran filem berkenaan di pejabat MIG baru-baru ini, David mengakui masih mencari calon sesuai membawa watak heroin dalam filem itu.

"Memang kami sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai pendek termasuk yang menghadiri uji bakat secara terbuka namun kami masih mempertimbangkan calon sesuai.

"Kami mencari heroin yang mampu melaksanakan tanggungjawab berat menerusi filem ini. Heroin berkenaan bukan saja perlu mempunyai susuk tubuh menarik atau seksi malah mampu melakukan babak aksi.

"Tidak kira pelakon yang sudah dikenali atau pelakon baru. Jika kami berasa dia calon sesuai dan mampu melaksanakan tanggungjawab itu sudah pasti di layak memegang peranan itu.

"Kemungkinan besar calon heroin akan dimaklumkan beberapa hari lagi. Walaupun penggambaran filem ini bermula 24 September. Namun untuk babak membabitkan heroin hanya akan mulakan penggambaran sekitar 5 Oktober nanti," kata David.

Sementara itu, Bob berkata, skrip karya Fadzil Bahri Zahari dan Yana Samsudin itu mempunyai kekuatan tersendiri. Bukan hanya menerusi penceritaan sebalik penampilan gandingan pelakon baru dan lama menerusi filem itu.

"Budaya kerja di MIG memang menggalakkan pekerjanya sentiasa mencuba benda baru. Selain mengikut kehendak dan selera penonton masa kini.

"Boleh dikatakan sejak kejayaan filem Adnan Sempit ia bagaikan menjadi aliran baru buat industri filem tempatan untuk mencuba pelbagai strategi untuk menghasilkan karya terbaik sekali gus menggalakkan penonton untuk ke panggung.

"Kita perlu sedar penonton sekarang semakin bijak menilai. Walaupun dengan kemunculan bakat baru termasuk pelapis di kalangan pembikin filem," katanya.

Ini juga filem kelapan Bob bersama MIG. Filem terbarunya, Bini-Biniku Gangster sedang ditayangkan di pawagam sejak 22 September lalu dan mendapat sambutan membanggakan.

Mengenai gandingan Along dan Angah, mereka terlebih dahulu muncul menerusi filem komedi, Alamak Toyol yang dijadualkan untuk tayangan pada 3 November ini.

Dalam Taikun, Angah membawa watak Tai manakala Along sebagai Miskun Tusnan aka Kun. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Selangor itu turut dibintangi Zul Supian, Alex Yanz, Adey Syafrien, Mikael Andre, Addy Rauf dan Mie Raja Lawak.

Bagi Along pula, gandingan mereka yang juga residen artis MIG sudah lama terbentuk sama ada sebagai kawan atau musuh.

Selain dicungkil daripada program realiti Raja Lawak mereka terbabit dalam drama sebelum berganding dalam filem.

"Mungkin ini rezeki kami daripada kejayaan tersenarai dalam kelompok Top 5 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelawak.

"Dari sana mungkin David melihat kemampuan bakat kami dan percaya kami mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Bukan mudah untuk diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama apatah lagi membawakan babak aksi.

"Selain bergandingan sebagai pengacara pentas kami juga kerap terbabit dalam pembikinan drama dan filem," katanya.

Senada dengan rakannya, Angah memaklumkan dirinya perlu bersedia dalam aspek kecergasan untuk memastikan semua penggambaran membabitkan aksi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Dalam filem ini tidak ada sesiapa yang akan membayangi antara satu
sama lain. Sebaliknya kami akan berbincang dan melakukan latihan sebelum menjalani penggambaran.

Selepas kali pertama membaca skrip saya dapati kedua-dua karakter ini agak seimbang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Depan Mata: Sultan puji Hasnah

Posted: 07 Aug 2011 07:48 AM PDT

Biar ku bersedih
biar aku merintih
setelah gagal berkasih
lari bersama pedih

ITU antara bait lagu Bersedih yang cukup sinonim dengan penyanyi 60-an, Hasnah Haron. Bertemu dengannya pada 24 Mei lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, nyata itulah pertemuan pertama dan terakhir.

Dalam usia 64, penyanyi kelahiran Kampung Melayu, Singapura pada 9 November 1946 ini meninggal dunia pada 1 Ogos lalu, jam 8 pagi selepas lima hari dimasukkan ke hospital, Johor Bahru kerana barah pangkal rahim yang dihidapinya lebih dua tahun lalu.

Ketika itu juga, umat Islam seluruh dunia memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sehari sebelum itu, kebetulan saya menghubungi pemilik Restoran Puteri, Rubiah Suparman dan dimaklumkan Hasnah yang juga kawan baiknya sejak remaja dalam keadaan nazak. Berita itu baru saja disampaikan anak perempuannya, Haslinda Mohd Eunos (Linda).


Sememangnya itulah pertama kali bertemu dengannya tetapi orangnya ramah begitu juga Linda yang sudi bercerita keadaan ibunya. Linda membawa ibunya ke Kuala Lumpur untuk mencuba rawatan cara Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Gombak yang diusahakan pelakon Ashraf Muslim.


Badannya kurus kerana kurang selera makan dan pergerakan juga terbatas dan cepat penat tetapi apabila diminta bercerita mengenai zaman popularitinya sejak menghasilkan album pertama pada 1969, wajahnya nampak ceria.

Malah apabila diminta menyanyikan lagu Bersedih, beliau tidak keberatan begitu juga apabila ditanya lagu popular lainnya, terus menyanyikan lagu Sabar Menanti dan Siti Zubaidah. Suaranya juga tetap merdu.

Linda mengatakan ibunya sering bermuram dan enggan keluar rumah seolah-olah tiada semangat. Bagaimanapun apabila dibawa ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan-rakan seangkatan, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Azizah Mohamad, Datuk Jeffrydin dan Datuk Yusni Hamid, wajahnya nampak riang. Mereka diundang Kak Rubiah ke restorannya untuk bertemu.

Linda sempat memohon kalau ada rakan-rakan atau peminat ibunya ingin berjumpa, boleh berkunjung ke rumah mereka. Mungkin cara itu mampu membuatkan ibunya lebih bersemangat untuk terus hidup sekali gus melawan penyakit yang belum ada penawarnya. Malah, dia akan membawa ibunya turun ke Kuala Lumpur lagi jika keadaan kesihatannya mengizinkan.

Kata Linda, ibunya juga tidak suka menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi lagi kerana membuatkan badannya tidak selesa dan menyambut baik saranannya untuk mencuba rawatan Islam.

Selepas bertemu Ashraf, mereka dimaklumkan ada dua benda dalam badan Hasnah. Pertama kanser pangkal rahim tahap tiga dan merebak ke paru-paru dan kedua ada sihir dengan kehadiran 30 jin. Ashraf membekalkannya dengan Surah al-Mukminin dan Surah Hud untuk dibaca setiap hari lepas solat.

Berbual dengan Linda mengenai dirinya sebagai anak penyanyi dan kini memikul tanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-beradik lain, katanya, ketika kecil dia dan adiknya Mohd Lufthi tidak pernah tahu ibu mereka bekerja sebagai penyanyi. Mereka juga tidak pernah melihat sendiri ibu mereka menyanyi.

Pernah satu ketika ibu mereka terpaksa membawa anak-anak bekerja, mereka dikunci dalam satu bilik dan tidak dibenarkan keluar sehingga ibunya selesai bekerja, semata-mata tidak mahu anaknya tahu pekerjaannya. Hasnah juga tidak mahu anak-anak mengikut jejaknya menjadi orang seni.

Apabila dewasa, bagi Linda tiada apa yang harus dibanggakan menjadi anak penyanyi. Bagaimanapun, perasaan itu mula berubah apabila bertemu Sultan Johor dan memuji ibunya sebagai wanita yang baik dan menjaga pergaulannya walaupun berada dalam dunia glamor.

Terasa bangga di hatinya apabila ibunya diangkat begitu tinggi dan kini sebagai anak, Linda bertanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-adiknya. Hasnah mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Eunos dan tiga anak bersama suami kedua, Syed Murshed.

Sejak sakit dan tidak lagi menyanyi, ibunya banyak menghabiskan masa mengikuti kelas agama di masjid berhampiran rumahnya. Dengan peribadi yang baik dan sentiasa menjaga maruah diri, Hasnah dipanggil Yang Maha Esa pada 1 Ramadan lalu.

Bak kata Linda, ia satu anugerah buat dirinya apabila ibunya pergi dalam bulan Ramadan yang mulia kerana ia menjadi impian semua umat Islam. Ketika hayatnya, Hasnah Haron banyak dilemparkan tohmahan dan pandangan sinis yang dilalui tetapi, semua itu ditelannya dengan sabar walaupun hatinya sedih dan merintih.

Walaupun kehilangan ibu yang melahirkannya dia dan adik-beradik menyambut Aidilfitri tidak lama tanpa ibu, Linda reda dengan pemergian ibunya.

Kini genap seminggu arwah pergi dan bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru tetapi suaranya yang mendayu pasti terus berkumandang.

Bait akhir lagu Bersedih, 'Usah lagi dikenang, pada aku yang malang, nanti engkau kan sedu, di sisi jasadku kaku' pasti membuatkan kita mendengar bergenang air mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Mahkamah tolak rayuan Jafar

Posted: 15 Oct 2011 07:26 AM PDT

TEHERAN: Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan, 20 tahun larangan membuat filem dan lawatan kepada pengarah yang memenangi anugerah antarabangsa, Jafar Panahi.

Menurut keluarganya, keputusan yang dibuat dua minggu lalu, masih belum dilaksanakan.

Akhbar Iran mengesahkan keputusan itu semalam. Menurutnya, "Tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah kerana berlakon tanpa menghiraukan keselamatan negara dan melakukan propaganda menentang Iran."

Akhbar itu berkata, dalam rayuan yang sama, hukuman penjara enam tahun ke atas pembuat filem Mohammad Rasoulof telah dikurangkan selama setahun.


Jafar, 51, telah memenangi banyak anugerah asing bagi filemnya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Pangkalan AS diserang

Posted: 15 Oct 2011 07:21 AM PDT

KABUL: Empat orang penyerang berani mati melancarkan roket dan memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke sebuah pengkalan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah Amerika Syarikat, awal pagi, semalam.

Menurut Ketua Polis Wilayah, General Mohammad Qasim Jangalbagh, walaupun mereka gagal melepasi pagar pengkalan yang terletak di daerah Rakha, mereka melancarkan roket dan berjaya menembusi menara keselamatan.

Tiga orang menyerang dengan berjalan kaki manakala seorang lagi meletupkan kenderaan mengandungi bom di luar pagar.

Kata Jangalbagh, dua pemandu terbunuh dan dua pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu. Semua penyerang itu turut dibunuh.


Jurucakap Nato mengesahkan kejaian serangan itu dan berkata tiada rakyat Amerika yang mati atau cedera dan tiada kerosakan besar di bangunan itu.


Kata Kapten Ebony Calhoun, "Ia satu serangan yang agak kompleks tetapi berjaya dipatahkan."

Katanya, keadaan pengawal keselamatan itu tidak terlalu serius tetapi mereka telah dipindahkan ke pengkalan AS yang lebih besar untuk rawatan.
Jangalbagh berkata, ada kerosakan di pangkalan itu.
Selain Pasukan Pembangunan Semula, pangkalan itu juga menempatkan kumpulan ketenteraan dan orang awam yang bekerja di jabatan membantu pengurusan tadbir wilayah, perkhidmatan dan infrastruktur.

Kumpulan Taliban menghantar mesej pesanan ringkas ke The Associated Press mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Serangan di Panjshir itu sehari selepas serangan di sempadan Afghanistan yang membunuh seorang polis dan seorang orang awam. -AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved