Sabtu, 11 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Anak maut digilis treler

Posted: 10 Jun 2011 11:58 AM PDT

BUKIT BERUNTUNG: "Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga," kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.


Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.

"Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.


"Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.

Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.


"Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.

"Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.


Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.


"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badan terputus diseret 10 meter

Posted: 10 Jun 2011 10:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila tubuhnya terputus dua akibat digilis sebelum diseret sebuah treler sejauh 10 meter dalam kejadian di Kilometer 458.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh itu, kaki mangsa, T Theventheeran, 24, yang maut di tempat kejadian tersangkut pada satu tayar treler terbabit.


Difahamkan, treler berisi keluli itu cuba mengelak sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.

Namun, tindakan itu menyebabkan treler terbabit merempuh motosikal mangsa yang lalu di situ menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.


Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang lalu di lorong kiri jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Heret mayat tanpa kepala

Posted: 10 Jun 2011 11:52 AM PDT

BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh.
BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh.

PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.

Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah.

Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.


Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lepas gosip, Alyah melecur

Posted: 10 Jun 2011 11:42 AM PDT

PETALING JAYA: Jika semalam, Harian Metro menyiarkan gosip percintaannya dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, pagi semalam juga penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini selepas melecur dari paras pinggang hingga paha akibat terkena air panas.

Kejadian yang berlaku di rumah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 30, disedari pembantu peribadinya kira-kira jam 10 pagi selepas mendengar penyanyi itu mengerang kesakitan dan menangis kerana kecederaan yang dialaminya.


Dalam kunjungan Harian Metro ke hospital itu petang semalam, keadaan Alyah nampak stabil dan keletihan. Namun, apabila ditanya mengenai kejadian itu Alyah berkata dia memasukkan air panas ke dalam botol untuk disejukkan.

"Namun dalam sekelip mata botol itu terlepas dari pegangan Alyah dan terjatuh ke badan ini. Akibatnya, kulit Alyah terus melecur dari paras pinggang hingga ke kaki. Doktor memaklumkan, Alyah kemungkinan akan dirawat dalam wad selama dua hingga tiga hari.


"Ia bagi memastikan sejauh mana seriusnya kecederaan dialami dan pada masa sama memastikan tiada sebarang jangkitan virus berlaku. Buat masa ini, keluarga Alyah masih belum diberitahu dan apa yang boleh dikatakan kejadian pagi tadi (semalam) berlaku sangat pantas.


"Mujur kata doktor ia tidak begitu kritikal kerana tindakan pantas Alyah terus mendapatkan rawatan di hospital. Apapun, sepatutnya Alyah menghadiri penggambaran program masakan sempena bulan puasa, Ketuk-Ketuk Ramadan terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang dihoskan Sheila Rusly hari ini. "Bagaimanapun, apa yang boleh Alyah buat apabila tiba-tiba mendapat kecederaan ini. Kalau diikutkan, ada beberapa lagi program Ramadan dan Aidilfitri yang harus Alyah jayakan. Rabu lalu Alyah baru siapkan rakaman program raya, Konsert Sensasi 2 bersama Ramlah Ram untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Auditorium Angkasapuri," katanya.

Sempat berjenaka, Alyah bagaimanapun menafikan kejadian itu berlaku bukan disebabkan dia terkejut membaca laporan gosip percintaannya dengan Ramli MS semalam.


"Ia tiada kaitan dengan laporan gosip itu. Apa yang berlaku ini ditetapkan Tuhan buat Alyah," katanya yang memaklumkan pengarah klip video, Kisah Hati iaitu Ghaz Abu Bakar individu pertama yang datang melawatnya di hospital sejak dimasukkan ke wad," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Tidak beretika’

Posted: 10 Jun 2011 11:28 AM PDT

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim nyata berang dengan kehadiran pemain Kelantan yang menyaksikan sesi latihan rasmi skuad Peteh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tindakan pemain The Red Warriors itu menyebabkan jurulatih yang pernah melatih kelab Persipura Jayapura di Indonesia itu menggelarkan ia sebagai tidak beretika.


"Ia sesuatu yang tidak beretika apabila lawan menyaksikan kami menjalani latihan rasmi petang ini (semalam). Saya bukannya melakukan persiapan taktikal terakhir namun beberapa perkara yang sepatutnya kami lakukan pada sesi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Saya sepatutnya mengadakan sesi latihan mengambil sepakan penalti namun mengambil keputusan sebaliknya selepas terdapat pemain Kelantan yang tiba awal di stadium berlegar di kawasan sekitar padang permainan.


"Ini mungkin menyebabkan mereka mengetahui arah mana yang pemain akan ambil dan sebagainya. Namun kami sudah menjalani latihan sepakan penalti di Terengganu sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Persediaan pemain dalam mengambil sepakan penalti bagi Piala FA penting kerana sejak 2006 sehingga tahun lalu, pemenang empat daripada lima perlawanan akhir itu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Mengenai persiapan pasukannya, Ifran Bakti berkata, semuanya sudah bersedia sepenuhnya terutamanya dengan kehadiran semula Ashaari Shamsudin (penggantungan kad kuning) dan Zubir Azmi (latihan pusat skuad Olimpik negara). "Saya boleh mengatakan kami berasa amat yakin dan optimis untuk menjulang piala malam esok (malam ini)," katanya.


Kali terakhir Terengganu menjulang Piala FA pada tahun 2000 apabila menewaskan Pulau Pinang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karathu sedia hadapi harimau luka

Posted: 10 Jun 2011 11:09 AM PDT

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menyifatkan Terengganu ibarat harimau terluka yang bersedia membaham pasukannya pada final Piala FA, malam ini selepas lawan mengalami kekalahan 3-0 pada perlawanan Liga Super, Isnin lalu.

Namun itu bukan bermakna pemain skuad The Red Warriors itu 'kecut perut' kebangkitan ingin dicipta Terengganu yang dipimpin jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim itu sebaliknya Karathu yakin inilah detik terbaik untuk membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat kali pertama sejak dipertandingkan pada 1990.


"Saya tahu Terengganu pasti lebih bahaya selepas kalah kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super sebelum ini. Mereka pasti akan mengubah strategi.

"Tapi kami akan bermain dengan kekuatan yang ada dan tidak memandang rendah pasukan lawan. Pemain saya sedar mereka berpeluang mencipta kejayaan kali ini tapi menasihatkan mereka supaya jangan terlalu yakin sebaliknya bermain seperti biasa.


"Yang penting Kelantan akan turun beraksi dengan sikap ingin menang," kata Karathu yang ditemui sebelum sesi latihan bersama pasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue perlawanan, semalam.


Pertemuan dua pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu buat kali pertama dalam sejarah final Piala FA di anggap sengit berdasarkan prestasi kedua-dua pasukan yang kini menghuni tangga pertama dan ketiga Liga Super musim ini.

Semangat Kelantan pastinya lebih membara untuk menebus kekecewaan ketika tumpas pada final 2009 kepada Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 1-1.


Menurut Karathu, beliau tidak akan melakukan banyak rombakan kepada pasukannya sebaliknya hanya menuntut pemain-pemain memberikan komitmen yang tinggi dalam tempoh 90 minit perlawanan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Ryan Giggs sogok adik

Posted: 10 Jun 2011 09:37 AM PDT

RHODRI.
RHODRI.

LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dikhabarkan cuba menutup mulut adiknya yang dikhianati - dengan menyogoknya sebanyak 250,000 pound (RM1.25 juta).

Ryan, 37, akan Rhodri sekiranya dia menandatangani perjanjian untuk tidak membuat pendedahan menggemparkan mengenai kegiatan seksnya.


Seorang rakan berkata: "Perkara terakhir yang tidak diingini Ryan ialah lebih banyak rahsia seksnya didedahkan." Bintang Manchester United itu meniduri isteri Rhodri, Natasha selama lapan tahun. Satu sumber yang rapat dengan Rhodri berkata, semalam: "Dia tahu terdapat wanita lain dalam kehidupan abangnya." Ryan hampir berjaya untuk menawarkan wang sogokan itu kepada adiknya. Rhodri kini diwakili peguam daripada Schillings, syarikat yang gagal merahsiakan hubungan sulitnya dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas. Sekiranya Rhodri menggunakan khidmat peguam yang tidak mampu dibayarnya, maka itu mungkin bermakna Ryan memujuknya supaya tidak mendedahkan lebih banyak rahsia seks. Rhodri yang kini tinggal bersama rakannya, Will Mellor pelakon siri televisyen, semalam muncul buat kali pertama sejak tiga hari dengan wajah murung. Apabila ditanya adakah dia sudah bercakap dengan Ryan, dia menjawab: "Ya, saya sudah bercakap dengannya." Rhodri dikatakan menimbang tawaran Ryan itu.

Satu sumber berkata: "Rhodri memberitahu bahawa Ryan mahu menutup mulutnya. Jumlah yang ditawarkan ialah suku juta paun.


"Kasihan Rhodri. Dia dikhianati Ryan tetapi masih tidak tahu apa tindakan terbaik perlu dilakukan.


"Dia mengalami detik yang sukar. Dia tidak punya banyak wang, jadi 250,000 paun itu amat berguna baginya." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Britney Spears akan kahwin lagi

Posted: 10 Jun 2011 09:35 AM PDT

HOLLYWOOD: Bintang pop, Britney Spears akan melangsungkan perkahwinan - untuk kali ketiga.

Penyanyi berusia 29 tahun itu sudah bertunang secara rahsia dengan temna lelakinya Jason Trawick yang masih menjadi pengurusnya hingga bulan lalu.


Ejen mencari bakat, Trawick - 10 tahun lebih tua daripada Britney - melamarnya dengan menulis puisi romantik dan memenuhi lantai kediaman mereka di Los Angeles dengan lilin dan bunga mawar.

Britney dilihat sudah memakai cincin berlian bentuk bunga di jari manisnya.


Satu sumber berkata: "Britney terdesak untuk berkahwin lagi dan mempunyai anak. Tetapi, dia seorang yang tradisional dan tidak mahu memulakan keluarga bersama Trawick hingga mereka melangsungkan perkahwinan." Pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan di Hawaii selepas Britney menyelesaikan konsert jelajahnya. Sumber itu juga menambah: "Britney sedang dilamun cinta." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berdebar membilang minit

Posted: 10 Jun 2011 08:01 AM PDT

TIADA perkataan yang mampu diterjemah, sebaliknya hanya ucapan syukur sebaik saja peluang diperoleh dua anak muda ini untuk mempertaruhkan nasib.

Baik Hazama Ahmad Azmi mahupun Nurshafinaz Jebat, peluang ke pentas final program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) malam esok bak mimpi jadi nyata.

Terdahulu, peluang masuk ke AF9 melalui format AFMASUK buat mereka disambut bagai bulan jatuh ke riba.

Mendekati mereka berdua petang Rabu lalu di rumah kaca AF9 di pusat beli-belah AEON Setiawangsa, Kuala Lumpur, tergambar bahawa masing-masing begitu berdebar membilang minit ke gelanggang akhir.


Hazama yang terlebih dulu mencuba pada AF4 namun terpaksa keluar pada peringkat konsert 'prelude' menyifatkan kepercayaan kedua yang diberi Astro adalah satu peluang untuk membuktikan bakat sebenar.


"Bayangkan, perjalanan saya sudah jauh berbanding semua peserta AF9 lain. Sejak lima tahun lalu saya sudah berada di sini memperkenalkan bakat namun ia belum cukup kuat untuk diterima masuk. Lantas saya terus mengintai peluang lain untuk mencipta nama dalam lapangan nyanyian yang begitu saya cintai. Alhamdulillah program seperti Gempak Astro dan Gempak Desa membuka laluan untuk mencari rezeki.

"Kemudian tiada siapa sangka saya dilamar kumpulan Meet Uncle Hussain untuk bersama mereka menjadi vokalis sementara. Meskipun tidak menjanjikan apa-apa, setidak-tidaknya kehadiran saya menerusi lagu Drama King dan Pokok memperkenalkan bakat saya kepada pendengar. Saya bersyukur kerana masih ramai yang perasan dengan kehadiran saya.

"Justeru panggilan daripada produksi untuk saya mencuba di AF9 menerusi format AFMASUK yang ingin diserapkan pada minggu kedua adalah mustahil untuk saya ketepikan. Sudah terlalu lama saya menunggu dan ini adalah peluang terbaik. Alhamdulillah saya diterima masuk bersama Fina yang juga pernah menghadiri uji bakat tapi ketika itu dia terlalu muda.

"Minggu keempat kami berdua tampil menunjukkan bakat yang ada dan itulah detik pertama yang saya rasakan seolah-olah mimpi kerana punya ruang membuktikan kemampuan diri yang sebenar," katanya.

Bagai satu percaturan yang sama seperti siri AF yang terdahulu, sesiapa yang berpeluang diserap masuk ke pentas keramat itu melalui format AFMASUK pasti ada potensi besar. Lihat saja Linda Nanuwil pada musim kedua dan Lotter pada musim keempat, masing-masing selesa menggenggam trofi naib juara meskipun kelibat mereka hari ini entah hilang ke mana.

Melontar situasi yang sama kepada Hazama dan Fina, masing-masing enggan meletak harapan yang terlalu tinggi. Walaupun hampir setiap minggu kedua-duanya bersandar pada kritikan positif dan menjadi pilihan utama pengkritik namun bercerita soal nasib menjelang konsert akhir, masing-masing lebih selesa mengunci bibir kerana bimbang sasaran tersasar.

Fina lain ceritanya. Selain berpeluang diserap masuk, gadis berusia 18 tahun kelahiran Melaka ini diberi pula kelebihan 'imuniti' yang membuka laluan buatnya meluncur ke pentas akhir tanpa melalui konsert minggu kesembilan.

Menerima undian tertinggi daripada pengundi yang mempengaruhi 50 peratus pemarkahan, gadis manis ini turut mendapat mata tertinggi daripada barisan tenaga pengajar dan pengetuanya sendiri, Amy Search.

"Imuniti yang saya terima memang cukup memberikan kepuasan dan rasa bangga kerana segala kemampuan dan usaha bersungguh-sungguh saya diperhatikan pihak fakulti dan pengundi. Namun peluang itu ada baik dan buruknya kerana walaupun mendapat laluan ekspres ke gelanggang akhir, saya rasa rugi kerana tidak berpeluang membuat persembahan pada minggu kesembilan.

"Malah saya juga dikecualikan untuk beraksi dalam lagu bonus ketika itu," katanya yang sebenarnya mengagumi Hazama.

Tambah Fina lagi mengenai harapannya malam esok, usah melihat terlalu jauh atau meletak harapan tinggi ke atasnya kerana segala-galanya masih belum pasti. AF sebuah program yang penuh kejutan.

"Ikhlas saya katakan, setiap minggu berada di AF tidak pernah sekali pun saya terlepas daripada perasaan bimbang dan gusar. Jika bercerita soal kemenangan malam esok, tipu kalau saya katakan tidak teringin menjadi juara kerana hakikatnya, itulah impian saya.

"Apa yang penting buat saya, persembahan saya malam esok mestilah yang terbaik," katanya tersenyum.

Buat kali terakhirnya, Hazama akan muncul menyampaikan lagu khas untuknya, Cinta Teragung Kuncidemak selain sebuah lagi lagu nyanyian asal Tomok berjudul Pukau. Manakala Fina bakal menghiburkan penonton dengan lagu asal dendangan Jaclyn Victor, Satu Harapan serta sebuah lagi lagu baru buatnya sentuhan Edrie
Hashim sepenuhnya, Menangis Lagi.

Dua lagi pesaing mereka malam esok, Mohamad Azri Abdullah (Azri) dan Lenaber Haidir (Lena) akan turut menggegarkan Dataran Putrajaya menerusi lagu baru mereka.

Azri akan menyampaikan lagu nyanyian Slank, Ku Tak Bisa serta sebuah lagu ciptaan Omar K berjudul Niskala Cinta. Manakala Lena bakal tampil dengan lagu Sisa Kisah Kita sebagai lagu barunya dan sebuah lagi lagu Dunia, dendangan asal Bunkface.

Menariknya, keempat-empat bintang akhir AF ini akan bergabung bagi menyampaikan lagu bonus nyanyian Katy Perry berjudul Fireworks dan sebuah lagi lagu dendangan pengetua mereka sendiri, Amy yang enggan dikongsikan lagi judulnya.

Selain empat peserta akhir ini, pentas AF malam esok akan turut diserikan dengan kehadiran semula juara-juara musim lalu seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal Ramly, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir dengan menyanyikan lagu-lagu terbaik yang pernah mereka sampaikan ketika di AF dulu.

Konsert akhir AF9 akan menggegarkan Dataran Putrajaya di Presint 3 dengan rekaan pentas 360 darjah. Nantikan jam 9 malam di Saluran 104, Astro Ria.

PROFIL

Nama penuh: Hazama Ahmad Azmi
Tarikh lahir: 28 November 1984
Usia: 27 tahun
Tempat lahir: Perak
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: Rock balada
Idola: Amy Search

PROFIL

Nama penuh: Nurshafinaz Jebat
Tarikh lahir: 5 Mac 1993
Usia: 18 tahun
Tempat lahir: Melaka
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: R&B dan balada
Idola: Jaclyn Victor

Foto: Nur Adibah Ahmad Izam
Solekan: Irwandy (017-674 7461)
Dandanan Rambut: Eyoi Team Make-Up Artistik (017-629 2539)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arja pengganti Rosnan

Posted: 10 Jun 2011 07:47 AM PDT

PENGIKTIRAFAN persembahan makyung sebagai warisan seni dunia diberikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2005 seharusnya menjadi kebanggaan pada pejuang seni dan masyarakat di negara ini.

Menerusi pengiktirafan itu, masyarakat antarabangsa kenal sejarah makyung dan ia juga mempromosi negara ini secara tidak langsung. Mungkin generasi baru tidak kenal bagaimana persembahan makyung di pentas jika usaha meneruskan legasi ini tidak diberi tumpuan.

Melihat kepentingan makyung pada pencapaian seni negara, Istana Budaya tampil mempersembahkan Makyung Dewa Indera Indera Dewa yang akan menemui penonton bermula 17 hingga 25 Jun ini.

Sebanyak empat persembahan akan diadakan iaitu Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Jun manakala 24 hingga 25 Jun pula mengambil lokasi di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan.


Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, persembahan kali kedua ini diadakan selepas kejayaan musim pertama pada 2005 meraih sambutan menggalakkan dengan tiket habis dijual sebelum tarikh persembahan.


"Memang suasana ketika itu penuh dengan ramai penonton. Bagi Istana Budaya, penganjuran persembahan ini juga sebagai tanggungjawab sosial kami terhadap perjuangan makyung.

"Apa yang saya lihat, tiada syarikat korporat yang mahu mengadakan persembahan ini berbanding fokus mereka terarah pada teater yang lebih komersial.

"Jika pada 2005, persembahan ini menampilkan seratus peratus pelakon Istana Budaya sendiri tetapi kali ini kami tampilkan pelbagai pelakon berbeza termasuk pelakon utama, Rosnan Rahman dan bintang filem ... Dalam Botol, Arja Lee," katanya pada sidang media acara itu di Istana Budaya baru-baru ini.

Bagi Rosnan cukup sinonim gelaran Raja Makyung, menyatakan dia bersetuju memilih Arja sebagai teraju persembahan ini untuk memberi peluang pada pelakon baru itu menggilap bakat di pentas teater.

"Ini satu peluang baik untuknya ketika dia turut menjalani latihan praktikal di Istana Budaya. Saya percaya Arja boleh belajar seni makyung dan berdialek Kelantan serta tidak mustahil menjadi pengganti saya suatu hari nanti.

"Saya nampak kesungguhan dia untuk belajar. Begitu juga, soal konsep persembahan tidak banyak beza cuma durasi dipendekkan dari tiga jam kepada sejam 45 minit," katanya yang akan memulakan tugas baru sebagai Penolong Pengarah Kanan di JKKN bermula 1 Julai nanti.

Arja pula, tidak menyangka mendapat peluang terbabit dalam persembahan ini. Malah, dia berpendapat teater ini memberi cabaran dan peluang besar padanya untuk menimba pengalaman baru.

"Sebelum ini, saya aktif sebagai penari, kemudian kembang bakat dalam bidang lakonan di layar perak dan seterusnya ke pentas teater. Memang berdialek Kelantan sukar hingga saya juga terlupa dialog.

"Namun, saya ambil pengalaman ini sebagai cabaran. Saya pernah melakonkan watak 'stand in' Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical suatu ketika dulu dan terbabit dalam teater Mahsuri.

"Mungkin ini adalah rezeki yang saya tidak nampak. Saya percaya lakonan menerusi filem ... Dalam Botol ada kesilapan tetapi selagi orang percaya pada bakat saya, saya mahu lakukan yang terbaik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved