Ahad, 5 Jun 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Cegah obesiti bermula di rumah

Posted: 05 Jun 2011 09:25 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEBELUM membeli, berapa ramai yang sanggup meneliti label pemakanan sesuatu produk bagi menyemak kandungan nutrisinya?

Gula-gula kekal segar

Posted: 05 Jun 2011 09:06 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PERNAHKAH anda menghadapi masalah gula-gula dimasuki semut dan keadaannya melekit akibat terdedah kepada udara sekeliling?
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Seks hobi masa lapang

Posted: 04 Jun 2011 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.


"Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

"Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

"Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

"Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

"Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

"Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

"Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

"Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

"Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

"Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

"Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cucu hati iblis

Posted: 04 Jun 2011 08:39 AM PDT

IPOH: 'Cucu iblis' gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya 'babi', malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

"Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil 'babi' jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

"Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik 'mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya'," kata Mariam Puteh Nekmat, 71.


Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.


Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

"Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

"Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

"Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

"Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan," katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

"Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.," katanya.

"Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

"Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya," katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Kami menang nasib'

Posted: 04 Jun 2011 07:51 AM PDT

VIENNA, Austria: Jerman mengakui pasukannya hanya berbekalkan tuah apabila jaringan kedua Mario Gomez pada minit terakhir memastikan mereka menewaskan Austria, 2-1 awal pagi semalam.

"Orang pasti berkata kami bernasib baik kerana memenangi perlawanan itu. Pasukan Austria memberi tentangan hebat dan bermain dengan baik. Kami banyak melakukan kesilapan, " kata jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas perlawanan itu.


"Tetapi apa yang penting dalam perlawanan seperti ini adalah keputusannya," katanya ketika Jerman berada di landasan tepat untuk layak ke Euro 2012 menerusi kemenangan keenam mereka.

Tanpa kehadiran Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Per Mertesacker, mereka perlu berusaha keras untuk memenangi perlawanan itu.


"Suasananya cukup hebat, seperti yang dijangka ia perlawanan yang mencabar," kata penyerang Jerman, Lukas Podolski.


"Austria adalah lawan yang kuat terutama pada separuh masa kedua apabila mereka memberikan tekanan. Mereka mungkin berpeluang mendapat mata," katanya.

Sehingga minit ke-89, sewaktu Gomez menjaringkan gol keduanya, Austria sudah hampir pasti mendapatkan keputusan seri yang diidamkan menerusi pertembungan dengan pesaing tradisi mereka, Jerman.


Biarpun tewas, persembahan Austria memberikan harapan buat pasukan itu selepas dua kekalahan dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Belgium dan Turki.

"Ketika anda melihat mereka bermain, saya fikir mereka mempunyai masa depan yang cerah jika terus bermain seperti itu," kata Podolski.


Kemenangan itu membolehkan Jerman mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata di depan Belgium manakala Itali turut melangkah bergaya dengan menewaskan Estonia, 3-0 menerusi jaringan Giuseppe Rossi, Antonio Cassano dan Giampaolo Pazzini untuk mendahului Kumpulan C, lima mata di depan Slovenia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Final epik Nadal dan Federer

Posted: 04 Jun 2011 07:49 AM PDT

PARIS: Rafael Nadal dan Roger Federer akan bertembung buat kali keempat dalam final Terbuka Perancis dalam tempoh enam tahun hari ini, menjanjikan satu lagi pertarungan epik di Roland Garros.

Nadal, juara lima kali kejohanan itu hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod yang dicatat Bjorn Borg di Paris.

Ia juga bakal membolehkannya terus bertahan sebagai pemain nombor satu dunia yang sebelum ini digugat Novak Djokovic sehinggalah Federer menamatkan siri 43 kemenangan yang dicatat pemain Serbia itu di separuh akhir.

Kemenangan buat Federer akan memastikan dia menambah koleksi ke-17 gelaran Grand Slam dan sekali gus menjawab kritikan yang menganggapnya bukan lagi pencabar utama dalam kejohanan itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jutawan tak tahu baca

Posted: 04 Jun 2011 08:03 AM PDT

LONDON: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.

Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.

Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah 400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: "Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.


"Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu."


Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: "Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.

"Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya.

"Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah."

Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga 40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga 12 juta (RM60 juta).

Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: "Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rooney usaha atasi masalah botak

Posted: 04 Jun 2011 08:02 AM PDT

LONDON: Wayne Rooney (gambar) dilapor menjalani rawatan secara sulit untuk mengatasi masalah botak.

Bintang bola sepak pasukan Manchester United dan England yang berusia 25 tahun itu itu dilihat meninggalkan sebuah klinik di Harley Street yang sessi rawatan untuk pelanggan VIP berharga beribu-ribu ringgit, baru-baru ini.


Satu sumber berkata, Rooney menempah dua hari untuk menjalani rawatan rambutnya.

"Dia akan kelihatan lima tahun lebih muda," kata sumber itu.


Rooney, yang digantung untuk perlawanan menentang Switzerland dalam pusingan kelayakan Euro 2012 di Wembley malam tadi, menutup kepalanya ketika meninggalkan Pusat Perubatan Queen Anne di Hartley Street, London Tengah, Khamis lalu.


Dia enggan diwawancara ketika memasuki sebuah kereta. Rooney sebelum ini pernah cuba makan pil dan menggunakan losyen untuk mengatasi masalah botaknya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved