Sabtu, 9 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Restoran terkenal tapi dapur jijik

Posted: 08 Jul 2011 11:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan keadaan beberapa dapur restoran terkenal yang diserbu pegawai kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu.

Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung.

Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.

Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.


"Selepas dua minggu, pemeriksaan susulan dibuat dan tiada perubahan. Peniaga yang ingkar mengikut arahan diberi notis penutupan premis sehingga semuanya dibersihkan semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kasih abang bawa ke mati

Posted: 08 Jul 2011 10:56 AM PDT

SEREMBAN: Usaha seorang kanak-kanak untuk menyelamatkan adiknya yang jatuh dan dihanyutkan arus deras sebuah longkang sedalam satu meter berakhir dengan kedua-duanya terbunuh dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari, ketika Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Mayat Arif Hidayatullah ditemui pasukan mencari dan penyelamat di sebuah kolam takungan kira-kira 100 meter dari tempat mereka terjatuh pada kira-kira jam 2.40 petang manakala mayat Aqhari Aqwa ditemui jam 4.54 petang.


Guru sebuah sekolah berdekatan, Zulhilmi Abdul Wahab, 26, berkata, dia yang sedang bertugas di bengkel tersentak apabila terdengar jeritan sayup kanak-kanak seolah-olah meminta pertolongan.

"Sejurus menjenguk ke luar, saya melihat seorang murid lelaki sedang memegang tangan seseorang yang terjatuh ke dalam longkang di luar kawasan sekolah.


"Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar untuk membantu mereka, namun mendapati kedua-dua kanak-kanak itu sudah tiada kerana dihanyutkan arus deras," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurut Zulhilmi, kejadian berlaku sejurus hujan lebat berhenti.

Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, berkata, dia berasa sesuatu yang aneh apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 1 tengah hari.


"Kebiasaannya mereka yang amat rapat itu pulang berjalan kaki ke rumah dan saya memberi mereka wang RM1 seorang sebagai belanja untuk pergi solat Jumaat.

"Tidak lama kemudian, hati ini seperti mahu gugur apabila dimaklumkan mereka terjatuh dalam longkang menyebabkan saya bergegas ke sekolah untuk mendapatkan kepastian.


"Sejurus tiba, saya diberitahu dua anak lelaki kesayangan sudah hanyut ke dalam kolam berdekatan," katanya yang ditemani suami, Saprudin Munir, 46.


Menurutnya, sebelum kejadian Arif Hidayatullah dilihat lebih banyak tidur berbanding biasa dan sering bertukar tempat tidur antaranya di bilik, ruang tamu dan luar rumah.


"Namun, malam sebelum kejadian, saya berasa aneh apabila melihat adik (Arif) tiba-tiba mengusap badan saya dan memeluk sambil berkata: 'Mak, adik sayang sangat pada emak'.


"Saya tidak sangka itu kata-kata terakhirnya yang kini pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,"' katanya.


Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut meluangkan masa meninjau lokasi kejadian petang semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved