Selasa, 16 Julai 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Almari laluan rahsia

Posted: 15 Jul 2013 11:38 AM PDT

Shah Alam: Helah pemilik pusat snuker yang membina almari menyimpan kayu snuker di dinding sebagai pintu laluan rahsia ke pusat siber bersebelahan premisnya gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Laluan rahsia berkenaan dibuat bagi membolehkan pelanggan memasuki premis berkenaan yang beroperasi secara haram.


Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, pihaknya percaya pusat siber dan pusat snuker berkenaan diurus pemilik sama.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pusat siber terbabit turut menyediakan perkhidmatan judi atas talian serta beroperasi tanpa kebenaran MBSA.


Beliau berkata, operasi sita itu diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa MBSA Noorizal Abdul Rahman bersama 16 anggotanya dan mendapat kerjasama lima anggota polis daripada Balai Polis Kampung Baru Subang.


"Ketika penguat kuasa MBSA melakukan pemeriksaan di premis itu, kami percaya mereka hanya membuka pusat snuker. Bagaimanapun, kami menemui pusat siber selepas almari menyimpan batang snuker dipecahkan.

Foto

PENGUAT kuasa MBSA mengumpil pintu rahsia untuk memasuki pusat siber terbabit.

Foto

PENGUAT kuasa MBSA merampas komputer dalam serbuan, semalam.

"Berikutan penemuan itu, kami menyita 95 komputer bernilai RM50,000," katanya ketika ditemui selepas operasi di Subang Perdana, dekat sini, semalam.


Shahrin berkata, pusat snuker berkenaan sudah diserbu sebelum ini atas kesalahan sama dan pemilik itu akan disenarai hitam daripada memiliki lesen.

Katanya, MBSA turut melakukan enam serbuan berasingan membabitkan empat pusat siber dan dua pusat snuker di kawasan berdekatan.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati hanya sebuah pusat siber mempunyai lesen manakala tiga pusat siber dan dua pusat snuker beroperasi secara haram.


Tindakan sita bagi pusat snuker diambil mengikut Enakmen Hiburan Negeri Selangor Pindaan 2001 dengan kompaun maksimum RM25,000 manakala, pusat siber dikenakan tindakan mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSA) 2007 dengan kompaun RM1,000 maksimum.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Peluru lawan parang

Posted: 15 Jul 2013 12:00 PM PDT

Kampar: "Ayah berlindung di sebalik pintu dan adik pula berdiri di belakangnya. Apabila pencuri itu cuba menghidupkan enjin Toyota Hilux milik ayah, ayah terus melibas parang ke arahnya, tapi tidak mengena.

"Berang dengan tindakan ayah, seorang lagi penjenayah mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan ke perut ayah. Peluru dipercayai tembus dan kena pula paha kanan adik."

Demikian kata Aizzat Zahari, 18, ketika menceritakan kejadian ayahnya, Zahari Din, 51, dan adiknya, Zaharith Aiman, 13, cedera ditembak seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun rumah mereka di Taman Sejahtera, di sini, malam kelmarin.

Aizzat berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika bapa dan adiknya baru selesai berbuka puasa dan bersiap untuk menunaikan solat Isyak serta Tarawih, manakala ibunya berada di ruang tamu menghantar SMS.

Foto

RUMAH mangsa yang disamun tiga lelaki, kelmarin.


Menurutnya, ketika itu dia tidak berada bersama mereka kerana kerana berbuka puasa bersama rakan di Ipoh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/16

Tahlil di lebuh raya

Posted: 15 Jul 2013 11:59 AM PDT

Alor Gajah: "Saya sebak melihat Muhamad Suaidi menggelupur di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah lalu membisikkan kalimah syahadah ke telinganya sebelum dia mendengus panjang. Tidak lama kemudian dia terus senyap," kata Mohd Siddiq Al Hakim Jamat, 19, sahabat baik kepada Muhamad Suaidi Hasan, 19, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 203.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, Muhamad Suaidi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke ibu kota sebelum motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.

Selain Mohd Siddiq, turut berkonvoi bersama mangsa adalah tiga lagi rakannya iaitu, Hafizan Hatta, 19, Mohd Samian Zamri, 19, dan Mohd Amirudin Najikin, 20. Mereka dari Pagoh, Johor menghala ke Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Siddiq, dia yang menunggang tidak jauh di belakang mangsa terkejut sebaik saja terdengar dentuman sebelum menyedari Muhamad Suaidi terbabit kemalangan.

Foto

MOTOSIKAL mangsa terperosok ke bawah pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.

Foto

AHLI keluarga mangsa melihat keadaan jenazah di tempat kejadian.


"Saya lihat motosikal arwah terperosok di belakang sebuah pacuan empat roda manakala arwah tertiarap di atas jalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/16
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved