Sabtu, 13 Julai 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Juadah untuk pengguna terkandas

Posted: 12 Jul 2013 04:27 PM PDT

Kuala Lumpur: Prihatin dengan masyarakat Islam yang tidak berkesempatan berbuka puasa akibat terkandas dalam kesesakan jalan raya, PNB Darby Park mengambil inisiatif mengedarkan 300 juadah berbuka kepada pengguna jalan raya di Jalan Binjai di sini, semalam.

Program amal itu dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis terkenal termasuk Fahrin Ahmad, Julia Ziegler, Amran Ismail, Bob Akademi Fantasia, Irma Hasmie, Iqram Dinzly dan Emma Maembong yang turut membantu menghulurkan juadah kepada pemandu.


Pemangku Pengurus Eksekutif PNB Darby Park Yatie Omar berkata, program itu bertujuan meraikan Ramadan dan pada masa sama menyemai semangat saling membantu sesama insan.

"Program tahun kedua itu antara sumbangan pihak pengurusan hotel ini dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti bermanfaat kepada masyarakat pada masa depan," katanya.


Katanya, juadah disampaikan itu diharap memanfaatkan pengguna jalan raya yang tidak sempat tiba ke destinasi masing-masing untuk berbuka.


"PNB Darby Park menghargai sokongan positif daripada artis jemputan kerana sudi membantu menjayakan program berkenaan," katanya. Sempena Ramadan ini juga, PNB Darby Park serta dua restorannya iaitu The 39 Restaurant dan 10Binjai menyediakan lebih 100 juadah tradisional dan moden untuk dinikmati pelanggan.

Foto

BOB (kiri) dan Fahrin (tiga dari kanan) bersama warga PNB Darby Park mengagihkan juadah berbuka kepada pengguna jalan raya di Jalan Binjai, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Enggan sertai BAM

Posted: 12 Jul 2013 03:34 PM PDT

Kuala Lumpur: Beregu profesional lelaki negara, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif tidak akan menyertai kem latihan pusat ke Kejohanan Dunia kelolaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Zakry yang mewakili Fairuzizuan berkata, sudah menyatakan hasrat mereka untuk menolak pelawaan BAM bagi berlatih bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.


"Saya bertemu Kenny menyatakan kami tidak dapat menyertai skuad kebangsaan berlatih di Hong Kong dan beliau menerima penolakan kami dengan baik," kata Zakry.

Zakry dan Fairuzizuan menerima surat pelawaan BAM itu dua minggu lalu, tidak dapat menyertai latihan di Hong Kong kerana jadual padat mereka menyertai kejohanan antarabangsa sebelum ini, menuntut mereka berlatih dalam negara saja.


"Kami masing-masing ada komitmen di sini (Kuala Lumpur). Ini tahun pertama saya berpuasa bersama isteri, Fairuzizuan pula dalam masa sama ada komitmen lain. Kami tetap akan menjalani latihan kerana serius dengan peluang beraksi di Kejohanan Dunia ini," kata Zakry yang gemar berbuka puasa di Restoran Kayu.


Gandingan yang tidak lagi bersama KLRC ini menjalani latihan dua kali sehari, sesi pagi dan petang di gelanggang SunSuria, Damansara.

Foto

Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif

Penolakan gandingan ini tidak akan menjejaskan persiapan skuad kebangsaan yang memiliki tiga gandingan di Kejohanan Dunia, iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah, malah empat beregu muda Teo Ee Yi, Nelson Heg, Chooi Kah Ming serta Ow Yao Han turut dibawa sebagai rakan 'sparring'.


"Saya hargai pelawaan BAM dan sedar manfaat yang akan kami peroleh kerana mereka menawarkan untuk menanggung perbelanjaan kami sepanjang berada di Hong Kong, tapi kali ini kami tidak dapat berikan komitmen. Lagipun kami sudah merancang latihan di Kuala Lumpur," kata Zakry.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13

Villegas tenang

Posted: 12 Jul 2013 03:30 PM PDT

Illinois: Bintang Colombia, Camilo Villegas mempamer aksi tenang serta meyakinkan pada hari pembukaan Kejohanan John Deere Classic untuk berkongsi pendahuluan dengan juara bertahan, Zach Johnson.

Villegas yang merangkul tiga kejuaraan Jelajah PGA Amerika Syarikat pada 2010, seolah-olah hilang keyakinan susulan kejayaan itu dan sepanjang 2013, dia hanya menamatkan dua kejohanan di kelompok 10 terbaik dalam 16 pertandingan disertainya.


Tetapi di John Deere Classic minggu ini, dia kelihatan sudah mula kembali ke landasan juara dan aksinya juga semakin bagus terutama ketika melakukan putt di green TPC Deere Run yang terkenal dengan kelajuannya.

Hari pertama dilalui dengan penuh ceria apabila hanya melakukan satu putt pada lima lubang berturut-turut dan memulakan aksi sembilan lubang pertama dengan empat birdie sebelum menamatkan persembahan dengan birdie ketujuh di lubang ke-17.


"Pukulan putt saya bagus dan berjaya mengelak daripada masalah," kata Villegas. "Saya puas hati aksi hari ini. Saya berasa lebih tenang, ceria dan menikmati setiap pukulan yang saya lakukan." Villegas berkata, dia melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan permainan bagi menamatkan kemarau kemenangan yang berlanjutan lebih setahun.


Johnson membenam tujuh birdie serta berjaya mengelak daripada mencatat bogey untuk menerajui cabaran bersama Villegas.

Johnson yang dianggap bermain di halaman sendiri, tenang dan berjaya menyerap setiap tekanan dihadapinya.


"Saya sentiasa seronok setiap kali beraksi di lapangan ini," kata Johnson.

Johnson dan Villegas memiliki kelebihan satu pukulan ke atas Matt Bettencourt, Daniel Summerhays dan pemain Zimbabwe, Brendon de Jonge yang merakam 65 pukulan.


Boo Weekley pula mencatat lima bawah par bersama pemain Australia, Matt Jones, pemain Kanada, David Hearn, Jim Herman, Vaughn Taylor, Kevin Streelman dan Robert Streb.


Steve Stricker, juara tiga kali berturut-turut sebelum dirampas Johnson tahun lalu, menamatkan saingan hari pertama dengan empat bawah par bersama KJ Choi dan Davis Love. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tikam anak guna gunting

Posted: 12 Jul 2013 03:47 PM PDT

Beijing: Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.

Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.


Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.

Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.


Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya.


Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.

Foto

XIAO terpaksa menerima lebih 100 jahitan dalam kejadian di Xuzhou, China.

Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.


Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao.

Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.


Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.


"Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13

Padah rapat dengan singa

Posted: 12 Jul 2013 03:43 PM PDT

Johannesburg: Gara-gara terlalu rapat dengan seekor singa yang dijaganya, seorang remaja nyaris maut apabila dia dibaham dan cuba diheret ke dalam kandang.

Lauren Fagen, sukarelawan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Moholoholo - membongkok untuk mencium singa berkenaan apabila dia ditarik ke sangkar.


Singa itu membaham paha Lauren, 18, dan cuba diheret masuk ke sangkar sebelum seorang lagi sukarelawan di situ sempat menyambar remaja terbabit dan menariknya keluar. Remaja dari Montreal, Kanada itu pergi ke wilayah Limpopo di Afrika Selatan untuk menjadi tenaga sukarela di pusat pemuliharaan berkenaan kerana minatnya yang mendalam kepada haiwan.

Pusat itu dibuka pada 1991 untuk memulihkan pelbagai hidupan liar Afrika.


Di pusat pemuliharaan itu Lauren diberi tugas membersihkan kandang walaupun sepatutnya tugas itu dilakukan kakitangan terlatih. Lauren sedang memberi makan Duma - singa berusia lima tahun itu - apabila serangan berlaku.


Kata Lauren, dia tidak sedar tangan Duma membolosi kandang berkenaan. "Sebelum ini Duma dan singa lain sangat jinak," katanya. Walaupun berdepan dengan maut, Lauren yakin singa berkenaan tidak benar-benar berniat mahu menjadikan dia mangsa. Pemeriksaan perubatan mendapati Lauren cedera pada kedua-dua lutut, betis dan paha. Ia adalah serangan ganas pertama di pusat pemuliharaan itu sejak 20 tahun lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Kejutan suami & Fasha 'menjadi'

Posted: 12 Jul 2013 08:40 AM PDT

Pernah sekali jiwanya gundah gulana memikirkan pengalaman melahirkan bayi sulungnya ini. Meskipun tebal rasa gembira dan syukur namun sukar bagi si empunya senyuman manis ini mengenepikan perasaan gusar itu.

Bagaimanapun benar yang apa saja direncana oleh takdir itu indah. Apa yang sudah terbentang disuratkan buatnya sepanjang sembilan bulan mengandung adalah pengalaman terindah.

Jelas dramatis Izreen Azminda Aznam berkali-kali, dirinya tidak sekali diberikan kepayahan sebaliknya dilayan bagai "mem" besar oleh suaminya.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala ketentuan ini. Kehamilan ini memberikan saya seribu pengalaman manis yang tiada kata mampu diterjemah. Mujur tiada alahan ataupun ragam serius, cuma saya lekas letih dan mengah jika berlebihan kerja.

Foto

IZREEN diraikan oleh teman dan kru produksi drama Tentang Hati.

Foto

Izreen & Riza


"Pejam celik sudah tiba di penghujung. Saya dan suami sendiri tidak puas melalui saat indah sepanjang sarat ini kerana sebalik realitinya terlihat yang saya makin berisi dan mudah penat, hamil membuatkan kami berdua bertambah mesra dan romantis.


"Syukur saya diberikan suami yang sangat penyayang, memahami dan terima saya seadanya. Riza banyak membantu saya termasuk masak dan menyediakan kelengkapan bayi. Malah dia begitu rajin dalam melakukan semua kerja rumah.

"Namun tidaklah saya tersandar rehat sepanjang masa kerana semua kerja rumah dan masak masih saya buat sendiri jika suami keluar bekerja. Malah hingga ke saat akhir seperti ini saya masih memandu sendiri.

"Paling kelakar mampu saya ceritakan adalah proses kehamilan ini membuatkan saya lebih feminin berbanding zaman anak dara dulu. Maklumlah saya jenis 'tomboy' dan lasak. Kini belum pun lahir anak kami ini, saya sudah merasakan jiwa keibuan ini.

"Inilah yang dikatakan ikatan sebuah perkahwinan dan kami berdua gembira menanti cahaya mata ini," katanya kali terakhir berlakon pada bulan Mei lalu menerusi drama yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini berjudul Barakah.

Izreen ditemui di majlis kejutan meraikannya sebelum bergelar ibu yang dianjurkan teman juga aktres terkenal, Fasha Sandha di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Hadir polos tanpa secalit mekap dengan penampilan santai petang itu, dramatis terkenal ini bagaimanapun berasa terharu dengan ingatan teman-teman terutamanya Fasha yang merancang majlis untuknya.

"Jujurnya saya begitu terkejut dan merasakan diri cukup bertuah kerana dihargai sebegini. Saya juga berterima kasih kepada Fasha yang sudi merancang majlis ini untuk saya. Ia sesuatu yang sangat indah dan membahagiakan," katanya.

Fasha yang baru saja melangkah ke fasa baru sebagai ibu kini ligat membesarkan putera tunggalnya, Putra Rayfal Ramli meskipun jadual kerjanya padat.

Bintang popular yang baru selesai penggambaran drama Tentang Hati bersama Aaron Aziz itu sengaja mengaturkan majlis istimewa ini buat Izreen kerana dia memahami perasaan seorang ibu yang menghitung hari.

"Saya kenal Izreen sudah lama sejak drama Suteramaya begitu juga suaminya yang sudah banyak kali bekerja dengan saya. Justeru saya ingin sekali meraikan mereka berdua yang saya sifatkan pasangan bahagia dan comel.

"Kebetulan suami Izreen, Riza adalah juru kamera saya untuk drama Tentang Hati ini. Justeru saya menawarkan diri untuk membantunya bagi memberikan kejutan buat isteri tercinta. Saya sendiri pernah diraikan begini dan sudah tentu rasa gembira itu mampu memberikan kebahagiaan buat bakal ibu buat Izreen yang kini melaluinya.

"Saya ingin sekali melihat sebelum Izreen bergelar ibu, dia dapat merasakan dirinya istimewa dan dihargai. Sudah pasti momen ini akan kekal menjadi peristiwa indah dalam dirinya," katanya.

Tiada apa lebih baik untuk diluahkan buat Izreen selain mengharapkan proses kelahiran bayi sulungnya nanti mudah dan sempurna.

"Insya-Allah Izreen akan mudah melahirkan cahaya mata sulungnya ini kerana dia seorang wanita yang lasak dan aktif. Moga anak sulungnya nanti akan sihat dan selamat dilahirkan, ia akan selamanya menjadi saksi kepada kasih sayang kedua ibu bapanya ini," katanya.

Majlis meraikan Izreen petang itu diadakan sempena berbuka puasa dan ia begitu meriah dengan kehadiran kesemua tenaga kerja produksi drama siri Tentang Hati terbitan Global Station Sdn Bhd termasuk pengarahnya dan aktor popular, Aaron Aziz.

Pelakon berbakat besar berusia 28 tahun yang sebelum ini popular menerusi drama Juvana dan Jangan Ambil Padang Kami ini berkahwin dengan pengarah fotografi, Muhamad Riza Baharudin pada Ogos tahun lalu dan belum menjengah usia setahun pelayaran itu, pasangan ini dikhabarkan berita kehamilan dan kini masing-masing menanti penuh debar kehadiran putera sulung mereka yang dijangka lahir pada 27 Julai ini.

Riza lebih teruja!

Bersembang dengan suaminya, Riza, dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata bersama Izreen selain mengatakan ia adalah momen luar biasa buat mereka berdua.

Jelasnya yang menyifatkan Izreen adalah segala-galanya untuknya, apa yang penting adalah kesihatan bayi itu nanti dan sudah tentu Izreen selamat melahirkan dengan baik.

"Setiap malam saya bercakap dengan bayi kami walaupun dia masih dalam kandungan. Saya tidak sabar dan terlalu 'excited' untuk menimangnya nanti.

Semua kelengkapan bayi sudah saya sediakan dan tinggal menunggu kehadirannya saja tambahan pula kami sedang menunggu seorang hero. Pasti dia akan menjaga ibunya dan menjadi kawan baik saya nanti," katanya.

Izreen bakal bersalin di hospital pakar Ampang Puteri dan dijadualkan bercuti daripada dunia lakonan hingga habis berpantang dan bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran.

Tambah Riza, dia tidak menghalang atau meletakkan apa-apa syarat buat Izreen sebaliknya menyerahkan semuanya kepada isteri bagi memikirkan mana yang baik.

"Izreen akan ditemani seorang bidan sepanjang tempoh berpantang nanti kerana kami tidak mahu menyusahkan keluarga. Tapi ibu mentua akan datang sesekali menjenguk anak dan cucunya di kediaman kami di sini," katanya yang tidak henti berdoa untuk kesejahteraan Izreen dan kebahagiaan mereka berdua.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12

Rezeki Huda di sini

Posted: 12 Jul 2013 08:03 AM PDT

Dia, sama saja seperti kebanyakan artis dari Singapura yang datang ke negara ini untuk berkarya dan mengembangkan bakat seni.

Memang tak dapat dinafikan, kalau bercakap mengenai industri hiburan, Malaysia sememangnya lebih aktif serta terbentang luas peluang di sini.

Berbalik kepada subjek cerita, Nurul Huda Ramdzan, 26, selepas menyingkap sejarahnya adalah 10 peserta terbaik musim ketiga Singapore Idol yang dianjurkan pada 2009.

Statusnya itu, menarik perhatian penulis untuk melihat sejauh mana kehebatan vokal gadis itu kerana kita tahu bukan mudah bergelar finalis rancangan Idol itu yang memiliki francais hampir seluruh dunia.


Sesudah melayari Google, satu info yang sangat menarik ditemui. Gadis dilahirkan pada 5 November 1987 dan mesra disapa Huda itu pernah memenangi gelaran 1st Singapore Rihanna menerusi acara dinamakan Singapore Rihanna Competition anjuran 98.7 @ Powerhouse, sekitar Jun 2007.


Sejak itu, terbit keyakinan di hati Huda untuk melangkah serius dalam bidang nyanyian di mana dua tahun kemudian dia memberanikan diri menyertai Singapore Idol dan diterima selaku finalis.

"Bermula daripada pertandingan itu, saya terus mendapat peluang sehingga ke hari ini. Malah, hasrat untuk datang ke Malaysia sudah lama saya simpan sejak tamat pertandingan itu lagi. Namun, ketika itu saya masih muda selain tidak punya kenalan di Malaysia yang kenal rapat orang-orang industri.

"Bagaimana akhirnya saya boleh ke sini, semuanya disebab–kan sebuah video saya menyanyi di Esplanade di muat turun ke dalam Youtube oleh seorang kenalan.

"Saya menyanyikan lagu lama dipopularkan oleh Lynn Anderson iaitu Rose Garden. Kemudian tidak beberapa lama, saya mendapat panggilan dan diminta datang ke Malaysia untuk uji bakat dengan label Hikayat Records.

"Saya melihat ia peluang yang sangat baik tambahan saya sudah lama memasang angan-angan untuk memasuki pasaran Malaysia. Setibanya di Hikayat Studio di Kuala Lumpur, saya diminta menyanyi dan ada juga 'sesi jamming' sewaktu uji bakat itu.

"Santai saja cara uji bakatnya dan selesai semua permintaan dilakukan, mereka terus memaklumkan mahu me–ngambil saya sebagai artis rakaman. Semua ini berlaku sekitar November 2012 yang lalu," katanya.

Proses rakaman album pertamanya sudah pun dijalankan dan setakat ini sebanyak lima lagu selesai dirakam. Bagaimanapun penerbit albumnya, Kunci Demak mahu Huda merakamkan sebanyak lagu sebelum memilih karya terbaik untuk dimuatkan menerusi album pertamanya kelak.

"Bagaimanapun untuk single pertama, saya mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri iaitu Jiwa Kacau. Saya menulisnya bukan tatkala jiwa kacau, kerana kalau saya berkarya ketika jiwa kacau, saya pasti tidak boleh mencipta lagu ini.

"Lagu ini 'mood'nya ceria. Selain itu ia membawakan mesej dan nasihat, biar putus cinta sehebat manapun kita tidak perlu terlalu bersedih kerana kita harus percaya ada hikmah di sebalik kejadian," katanya persis wajah penyampai Hot FM, Chad.

Satu pencapaian juga bagi pendatang baru sepertinya apabila tiga lagu dendangan Huda iaitu Hati Berbisik, Damai termasuk duet bersama Nashrin My Starz LG khabarnya terpilih sebagai 'sountrack' salah sebuah terbitan filem, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Bercerita mengenai aliran muzik pilihannya, Huda lebih cenderung kepada nuansa jazz serta menggemari lagu-lagu lama khususnya nyanyian daripada Tony Bennett.

"Memenuhi apa yang pasaran inginkan membuatkan saya pening kerana umum adalah pembeli. Untuk kebaikan kerjaya, saya terbuka untuk mempelajari sesuatu yang baru dan diharapkan kehadiran saya dapat diterima.

"Saya menjadikan artis Singapura yang berjaya di negara ini sebagai contoh dan sumber inspirasi. Aaron Aziz misalnya, apa yang dikecapinya tidak diraih dengan mudah.

"Dia merangkak-rangkak membina kerjaya lakonannya di sini. Saya sedar mungkin saya juga bakal melalui laluan sukar seperti keba–nyakan artis senegara dengan saya tetapi saya sudah bersedia untuk menghadapinya. Malah berharap masyarakat di Malaysia menerima kehadiran saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Terdetik bunuh ibu sendiri

Posted: 12 Jul 2013 04:42 PM PDT

Bukit Beruntung: "Saya ada terdetik untuk membunuh ibu saya. Malah kerana marah apabila dikejutkan dari tidur, saya membaling kipas meja ke arah ibu, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan di leher," kata remaja perempuan yang menagih syabu dan mahu dikenali sebagai Rafidah, 18.

Dia yang mengambil dadah sejak berusia 13 tahun berkata, akibat ketagihan syabu dia lebih cepat marah, sensitif dan adakalanya banyak bercakap, termasuk perkara yang mengarut dan langsung tiada kaitan dengan kehidupannya sebagai pelajar.

Lebih malang lagi, akibat pergaulan bebas bersama rakan-rakan lain, dia terlanjur melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dan mengandung anak luar nikah ketika rakan seusia lain tekun belajar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, mungkin juga akibat kesan syabu yang sudah merosakkan saraf otaknya, Rafidah langsung tidak berasa sayang atau bercita-cita untuk memelihara anaknya.

Foto

RAFIDAH dakwa mencuba najis dadah kerana hidup kesunyian.


"Saya langsung tidak rasa hendak pelihara anak saya yang kini dijaga keluarga angkat. Hidup saya sekarang biasa saja. Biarlah dia tinggal dengan keluarganya," katanya selamba.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13

Bidik ayah, kena anak

Posted: 12 Jul 2013 04:41 PM PDT

Georgetown: Tembakan rambang bertubi-tubi dilepaskan seorang lelaki nyaris meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ketika itu turut berada di lokasi kejadian bersama bapanya di pekarangan Pangsapuri Golf View, Bukit Jambul, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, penjenayah terbabit dikatakan menyasarkan tembakan terhadap bapa mangsa dan juga seorang lagi rakannya, tetapi ia tidak mengenai sasaran apabila mereka sempat melarikan diri.

Sumber berkata, difahamkan, mangsa ketika itu berada bersebelahan bapanya yang ketika itu sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah kerusi batu di kawasan pangsapuri terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki memakai jaket hitam dan bertopi keledar menunggang motosikal dikatakan berhenti kira-kira 10 meter dari mereka sebelum melepaskan tembakan rambang.

Foto

ANGGOTA forensik polis menyiasat tempat kejadian seorang kanak-kanak lelaki cedera di lutut kiri selepas terkena tembakan rambang dilepaskan seorang lelaki.


"Terkejut dengan tembakan itu, bapa mangsa membawa anaknya lari menyelamatkan diri, menyebabkan tembakan itu terkena paha kiri serta dahinya luka akibat serpihan peluru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved