Khamis, 18 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kulit kusam tak bermaya

Posted: 13 Jun 2013 11:23 AM PDT

Sudah menjadi keutamaan bagi pengantin perempuan kelihatan jelita di hari perkahwinan.

Untuk kelihatan lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi warna merah jambu jika memiliki kulit cerah dan merah mawar jika berkulit gelap.

Bagi gincu, pilih warna cerah dan terang terutama jika mengenakan baju pengantin berwarna putih kerana warna coklat akan membuatkan wajah kelihatan pucat.

Bahagian mata juga perlu diberi keutamaan dan bagi menyerlahkan gaya, solekan mata smokey boleh digunakan dengan lakaran pembayang mata warna hitam pada alis mata atas dan sedikit pada bahagian bawah mata. Sederhana tetapi cukup dramatik.

Foto

WAJAH sebelum memakai mekap.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

Foto

BENTUKKAN bibir dan pakaikan gincu mengikut warna diingini. Kemudian sapukan pengilat bibir sebagai penyeri solekan.

Foto

GAYA solekan menarik untuk bakal pengantin.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

Foto

SAPUKAN penyamar cela di bahagian bawah mata. Kemudian sapukan penyerlah pada zon T wajah dan tambahkan bedak kompak.

Foto

RATAKAN bedak yang dioles menggunakan berus besar dengan gerakan membulat agar ia lebih sekata. Kemudian sapukan bedak debu di bawah mata untuk mengelak debu pembayang mata merosakkan mekap.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.

Foto

BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.


Di samping solekan untuk tampil menawan pada hari perkahwinan, mempelai perlu bijak memilih busana serta saling melengkapi warna kulit dan bentuk badan.


Oleh itu penting bagi bakal pengantin menjaga kulit kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan tubuh badan mereka. Sekiranya kulit kusam dan tidak bermaya, ini akan menjejaskan penampilan sebagai raja sehari.

Tip solekan pengantin

  • Pengantin boleh menggunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. Kening menjadi fokus utama pada wajah oleh itu ia perlu sentiasa kelihatan kemas.
  • Pastikan alat solek digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata bagi memastikan ia tidak luntur atau comot disebabkan peluh atau air mata.
  • Pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna tanah seperti coklat dan gangsa.
  • Pastinya solekan pengantin atau apa jua majlis tidak lengkap tanpa bulu mata palsu. Bulu mata palsu boleh dipakai tetapi perlu memilih saiz dan bentuk bulunya yang tidak keterlaluan atau aneh. Pilih bentuk normal yang bersesuaian dengan saiz mata.
  • Bagi membolehkan solekan tahan lama, sebelum memakai bedak asas, basahkan span agar lembap. Kemudian ratakan secara tekap berulang kali pada muka dan pastikan ia sekata. Oleskan bedak debu dan ratakan menggunakan berus besar mengikut arah jam.

    Terima kasih:

  • Tatarias: Zalina Yaakob
  • Lokasi dan busana: Tressour - www.tressour.blogspot.com (03-61854558)
  • Model: Za Nabhan Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
  • Siti Alwani tak mudah mengalah

    Posted: 12 Jun 2013 05:11 AM PDT

    Jatuh bangun dalam dunia perniagaan sudah menjadi perkara biasa, namun paling penting untuk sentiasa bangkit daripada kejatuhan.

    Jangan sesekali mengalah kerana perniagaan sememangnya bidang yang dipenuhi dengan pelbagai risiko. Sekiranya ingin berjaya, tunjukkan kesungguhan dan berusaha hingga memperoleh keputusan memberangsangkan.

    Begitulah yang menjadi pegangan pemilik butik Keluargaku Sayang, Siti Alwani Idros, 45, yang memulakan bisnesnya dengan hanya bermodalkan RM300.

    Malah, lokasi gerai hanya di halaman rumah sendiri dengan berniaga peralatan menulis menggunakan jenama popular Barbie.


    Lokasi rumahnya yang berdekatan dengan sekolah dan tadika serta berhadapan dengan pangsapuri memudahkan perniagaannya terus berkembang.


    "Pada mulanya saya berniaga sekadar suka-suka dan mensasarkan kanak-kanak memandangkan produk yang dijual lebih kepada kelengkapan persekolahan seperti bekas pensel, buku nota, pen dan aksesori.

    "Harga ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak," katanya ditemui di kedainya di Ampang Park, baru-baru ini.

    Untuk memperluaskan perniagaannya, dia turut mengikuti karnival yang diadakan di sekolah dan sambutan diberikan amat menggalakkan.

    Anaknya turut membantu membuat promosi kepada rakan di sekolah dan ia sedikit sebanyak menjadikannya perniagaannya popular.

    "Minat berniaga dalam diri tidak pernah padam dan saya tidak kisah bermula dari bawah kerana ia memberi pelbagai pengalaman bermakna.

    "Ketika itu, saya hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan kerana ada kerjaya tetap, justeru ia harus dilakukan mengikut kelapangan," katanya.

    Kemudian, dia mula mengorak langkah lebih luas dengan menyertai karnival di kilang, tetapi masih menjual produk yang sama iaitu barangan berasaskan jenama Barbie.

    Hasil diperoleh amat memberangsangkan, bayangkan dalam masa dua hari berada di sana setiap produk yang dipamerkan laris bagai pisang goreng panas.

    Hinggakan beg pameran yang dibawa turut dijadikan barangan jualan kerana permintaannya juga tinggi.

    "Sebagai peniaga kita tidak boleh membezakan barangan yang dijual. Sama ada berjenama ataupun tidak ia masih mendapat permintaan daripada pengguna sekiranya proses pemasaran yang dilakukan berkesan.

    "Saya tidak pernah beranggapan barangan yang dijual selama ini tidak memiliki kualiti kerana ia perlu disesuaikan dengan sasaran pelanggan. Kebanyakannya golongan sederhana dan ia pasti memberikan mereka lebih banyak pilihan berbanding barangan berjenama lain," katanya.

    Ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui, tidak mudah untuk berjaya dan terus bertahan terutama dengan pelbagai cabaran dan persaingan kini.

    Menariknya, dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman perniagaan dan hanya bergantung kepada duit pusingan modal bagi menambah barangan jualan.

    Selama enam tahun menjadikan jualan secara langsung sebegitu sebagai proses pemasaran utama, kini dia memiliki kedai bagi memberikan sedikit kelainan.

    "Mungkin disebabkan kudrat sedia ada tidak lagi segagah dulu yang boleh mengangkut barangan jualan, saya mula memilih bentuk jualan yang lebih santai.

    "Ia tidak banyak menggunakan tenaga dan hanya perlu memastikan kedai tersusun. Tetapi saya dapati ia tidak memberikan kepuasan berniaga kepada saya, malah situasi berniaga kurang rancak," katanya.

    Cabaran dihadapi apabila mengendalikan butik amat berbeza kerana jika sebelum ini dia sendiri bertindak mencari pelanggan, tetapi apabila memulakan operasi butik sistem jualannya berbeza.

    Dia yang pernah membuka dua butik di tempat berlainan sebelum ini me­ngakui tidak mudah untuk mengendalikan butik kerana ia bergantung kepada kunjungan pengunjung.

    "Saya pernah berhadapan dengan barangan jualan tidak mendapat sambutan. Walaupun sedih, saya teruskan juga berniaga seperti biasa bagi mengurangkan kerugian.

    "Bagi pemilik butik, jualan bergantung kepada kunjungan dan belian pe­ngunjung yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan diri. Tetapi saya masih mahu mencubanya supaya minat berniaga tidak berhenti separuh jalan saja," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Taktik lapuk tak jadi

    Posted: 17 Jul 2013 11:45 AM PDT

    Kuala Lumpur: Beberapa lelaki warga asing yang bekerja sebagai pembantu dan jurujual tanpa permit di bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman cuba menyamar sebagai pelanggan selepas premis itu diserbu Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), kelmarin.

    Namun, taktik mereka tidak menjadi berikutan wajah mereka sudah dikenal pasti penguat kuasa berkenaan yang menjalankan intipan sejak seminggu lalu dalam Operasi Jaja yang dilakukan bagi membanteras aktiviti perniagaan membabitkan warga asing bekerja sebagai pembantu gerai dan jurujual termasuk pemilik yang menggaji mereka.


    Penolong Pengarah Imigresen/Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL James Musa Singa berkata, dalam operasi yang dijalankan mulai jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu pihaknya menahan dua warga Bangladesh, dua warga Indonesia dan seorang warga Pakistan berusia 17 dan 45 tahun.

    "Bagaimanapun, operasi itu bukan saja untuk menahan pekerja warga asing ini, malah turut menyasarkan majikan yang mengupah warga asing terbabit secara haram dan hasilnya, seorang lelaki Indonesia berusia 36 tahun dan berstatus Penduduk Tetap (PR) yang dipercayai menggaji pekerja asing tanpa pas sah turut ditahan.


    "Operasi Jaja ini sudah dijalankan sejak 11 Julai lalu dengan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguat Kuasa Mohd Zamry Mohd Nor, bersama 12 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan ini di tapak bazar Ramadan sekitar ibu negara," katanya.


    James berkata, warga asing terbabit kebanyakan didapati bekerja di bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka puasa, malah turut membantu menjual kelengkapan hari raya seperti baju, kuih dan barang perhiasan. "Dua warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen masuk dan tinggal di Malaysia secara haram. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan.

    Foto

    WARGA asing yang ditahan kerana bekerja di bazar Ramadan tanpa permit sah.

    "Manakala, tiga lagi warga asing ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Perangi tiket palsu

    Posted: 17 Jul 2013 10:07 AM PDT

    Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia memerangi sindiket tiket palsu apabila mengarahkan Jawatankuasa Integriti supaya membentuk kerjasama dengan pihak polis bagi memastikan masalah itu dibanteras segera.

    Timbalan Presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, FAM tidak boleh bertindak sendirian dalam menangani isu itu memandangkan masalah tiket palsu ini adalah salah satu kes jenayah.


    "Tiket palsu ini satu kes jenayah dan kita tak boleh membanteras dengan sewenang-wenangnya. Saya harap tiada pihak yang ambil untung daripada jualan tiket ini.

    "Kita telah mengarahkan Jawatankuasa Integriti untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk mengatasi masalah ini jadi kita akan pantau dari masa ke semasa," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-8 semalam.


    Isu tiket palsu ditimbulkan oleh Arena Metro semalam apabila seorang penonton mendedahkan memiliki tiket palsu final Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (DT) pada 29 Jun lalu.


    Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Faris Al-Ghazi memperoleh tiket itu daripada salah seorang penonton yang mendakwa membeli dengan harga RM45 daripada seorang individu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

    Foto

    TENGKU Abdullah (tengah) menjawab soalan wartawan di Hotel Royale Chulan, semalam.

    Penjualan tiket palsu itu dipercayai menjadi punca insiden limpahan penonton final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.


    Faris juga mendakwa sistem kawalan yang longgar tanpa alat pengimbas mengesan tiket di pintu masuk juga memudahkan penonton yang memiliki tiket palsu terlepas.

    Tengku Abdullah tampil memberi jaminan bahawa kawalan di pintu masuk akan diperketatkan bukan saja untuk memastikan tiada bahan larangan dibawa masuk penonton , juga mengesan tiket palsu.


    "Saya berharap mereka yang mempunyai maklumat tiket palsu ini supaya tampil memberikan maklumat kepada pihak polis atau FAM.


    "Selepas ini bagi aksi final, kita akan memperkenalkan sistem baru iaitu menggunakan dua tempat pemeriksaan di laluan masuk ke stadium," katanya.


    Turut dibincangkan pada mesyuarat itu yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah adalah cadangan pembahagian tiket final kepada dua finalis berikutan timbul masalah kegagalan penyokong mendapat tiket final Piala FA.


    "Masalah tiket ini timbul apabila sampai ke peringkat negeri (persatuan), jualan tiket tidak seperti yang diharapkan. "Selepas ini kita akan buat pembahagian iaitu menyerahkan tiket kepada persatuan negeri dan menjual secara terus kepada penyokong negeri atau kelab masing-masing.


    "Kita nak pembahagian tiket yang adil kerana kita dapati persatuan negeri menjual secara pukal dan ini menyukarkan peminat mendapat tiket," tegas Abdullah.


    Dalam perkembangan lain, FAM turut bersetuju menangguhkan sepak mula kempen Piala Malaysia pada 17 Ogos ini kepada 20 Ogos memandangkan Kelantan dan ATM beraksi dalam perlawanan Kejuaraan FAM dan FAS pada 12 hingga 13 Ogos depan menentang Tampines Rovers dan Warriors FC.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

    Muirfield cabar kewibawaan

    Posted: 17 Jul 2013 09:52 AM PDT

    Gullane, Scotland: Terbuka British kembali ke Muirfield buat kali ke-16 bermula hari ini dengan dua minggu yang panas mengubah lapangan berangkai Scotland itu menjadi lapangan yang sukar, pantas dan ujian getir buat pemain terbaik.

    Kayu driver mungkin jarang digunakan dan iron menjadi senjata utama di kotak tee ketika barisan pemain elit berusaha mengelakkan rough sukar dan mencipta sudut terbaik untuk menyerang ke pin di lapangan East Lothian dengan par-71 itu.


    Graeme McDowell, juara Terbuka AS 2010 yang membesar bermain di lapangan berangkai di Ireland Utara dan turut bermula dalam kelompok pemain pilihan, membandingkan bermain golf di Muirfield dengan permainan catur.

    "Pastinya kami berdepan permainan catur minggu ini, Anda perlu meletakkan tentera anda di posisinya dan terus bermain," katanya.


    "Lapangan golf ini berada di depan anda, tiada tipu helah yang terselindung. Permainan yang berkualiti akan berjaya.


    "Anda perlu melakukan pukulan ke tempat yang anda jangkakan. Ia memberikan anda peluang baik di sekitar green.

    "Sembilan per sepuluh lapangan golf ini akan memihak kepada pemain yang bermain dengan bagus dan menyukarkan anda dari kotak tee namun memberikan anda peluang terbaik di green.


    "Ia satu lapangan seimbang yang memberikan kelebihan kepada pemain hebat dan permainan hebat, mungkin itu sebabnya kita saksikan terlalu ramai juara hebat di gelanggang ini." Melihat kepada senarai pemenang di Muirfield mengesahkan apa yang diperkatakan McDowell kerana ia termasuk Ernie Els, kali terakhir ia diadakan di situ pada 2002, Nick Faldo pada 1992 dan 1987, Tom Watson (1980), Lee Trevino (1972), Jack Nicklaus (1966) dan Gary Player (1959).

    Pilihan utama kejohanan Tiger Woods berhasrat untuk menyertai senarai itu dan akhirnya memenangi kejuaraan utamanya kali ke-15, lebih lima tahun selepas kali terakhir menang pada Terbuka AS 2008 di Torrey Pines. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved