Rabu, 20 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gaya lebih menyerlah

Posted:

Selain risau memikirkan gaya pakaian yang mahu dipadankan bersama aksesori bersesuaian ke majlis istimewa, solekan juga harus diambil berat supaya tampak lain daripada kebiasaan.

Sebaiknya, jangan biarkan solekan seperti ke pejabat tetapi cuba berikan sentuhan berbeza dengan mengenakan solekan glamor.

Pengasas dan jurusolek butik RedGlow, Arlina Rosli berkata, bersolek untuk tampak anggun dan lebih cantik daripada hari biasa bagaikan satu kewajipan jika ingin menghadiri mana-mana majlis rasmi yang glamor dan memerlukan gaya menawan.

Oleh itu, untuk bersolek gaya glamor tentunya mengambil lebih masa berbanding solekan ke pejabat atau bersantai.

Foto

WAJAH sebelum disolek.

Foto

PEMERAH pipi disapu tetapi jangan sampai terlalu merah kerana ia akan tampak berat.

Foto

ESUAI dengan majlis glamor, pastikan bibir tampak lebih menyerlah dan elok gunakan gincu yang ada kilauan supaya lebih menawan.

Foto

BERSEDIA ke majlis makan malam dengan gaya Night Glam.

Foto

MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan.

Foto

MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan.

Foto

MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan.

Foto

SAPUKAN pembayang mata dengan warna kelabu gelap dan sedikit ton coklat.

Foto

SAPUKAN pembayang mata dengan warna kelabu gelap dan sedikit ton coklat.

Foto

GUNA maskara warna hitam untuk lebih galak. Amalkan cara menolak bulu mata dari bawah ke atas. Seimbangkan ia dengan menyapu pada bahagian bawah.

Foto

PENSEL penggaris kening berwarna perang dipilih sebelum dirapikan dengan berus bersesuaian.

Foto

PEMBAYANG mata bercahaya disapu pada lapisan kedua untuk kesan kilauan glamor.


"Pastikan anda memperuntukkan masa secukupnya untuk bersolek dan jangan sesekali menyapukan warna solekan ala kadar atau tergesa-gesa. Ini bukan saja menjejaskan gaya solekan tetapi langsung tidak menyerlahkan penampilan.


"Untuk solekan gaya glamor, antara bahagian yang perlu diberi perhatian ialah mata atau bibir. Jika sudah memberi fokus utama pada bahagian mata dengan pilihan warna agak menonjol, pastikan bibir diwarnakan dengan ton lebih semula jadi.

"Bagi bahagian mata misalnya, maksimum tiga rona pembayang mata diperlukan kerana satu warna tidak mungkin mampu menyerlahkan penampilan," katanya.

Walaupun majlis diadakan pada waktu malam, elak menggunakan pensil penggaris berwarna hitam di bahagian kening sebaliknya pilih warna seperti perang gelap atau coklat.

Gaya mata smokey yang menggunakan pembayang mata berwarna kelabu atau hitam paling mudah disesuaikan untuk solekan glamor.

Ia akan bertambah menarik apabila pembayang mata bercahaya (berkilat) disapu pada lapisan kedua sapuan berwarna kelabu atau hitam tadi. Kesan berkilat yang terhasil menyerlahkan lagi raut wajah dan penampilan pada majlis berkenaan.

"Saya paling suka menggunakan pembayang mata warna gelap untuk dijadikan asas pada kelopak mata kerana ia mudah sekata dengan campuran warna lain untuk solekan glamor.

"Saya juga menyapu asas pembayang pada bahagian pipi (jingga kemerahan) dan tulang pipi (berwarna coklat gelap) supaya olesan bedak serta pemerah pipi di bahagian itu tahan lebih lama," jelasnya.

Untuk gaya glamor yang lebih menyerlah, boleh gunakan tambahan lain seperti memakai bulu mata palsu, dandanan rambut bersesuaian dan memilih pakaian atau tudung yang mempunyai kilauan batu permata serta kristal.

Terima kasih:

  • Butik RedGlow
  • No 17B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21
  • Gangguan seksual di Mesir

    Posted:

    Perutusan hak asasi manusia dari Washing­ton memberi peringatan baru-baru ini terhadap kegagalan kerajaan Mesir mengenal pasti pelaku di sebalik bilangan kes serangan kejam terhadap penunjuk pera­saan wanita yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

    Pada masa sama, hampir 1,000 wanita berkumpul di Kaherah untuk mengutuk serangan seksual terkini. Sambil memukul gendang dan meniup wisel, kumpulan wanita berkenaan mencabar kenyataan beberapa ahli parlimen yang me­nyatakan kehadiran mereka di pusat tumpuan protes di Dataran Tahrir, menjadi sebab kepada serangan terbabit.

    'Kehadiran seorang wanita di dataran adalah satu revolusi tetapi kata-kata kamu Afifi memang memalukan'. Terpampang satu kain selempang yang merujuk kepada ahli parlimen, Adel Afifi, yang mengatakan golo­ngan wanita sendiri yang mendedahkan diri mereka kepada serangan dengan bercampur gaul bersama lelaki di kawasan tidak selamat.

    Walaupun gangguan seksual terhadap wanita sudah lama menjadi satu masalah di Mesir, puluhan serangan ganas di Dataran Tahrir dan kawasan sekitarnya dilaporkan sejak kejatuhan pemerintahan autokrat Hosni Mubarak dua tahun lalu.


    Ratusan lelaki yang masih belum dapat dikenal didapati mengambil bahagian dalam serangan ke atas wanita dengan merobek pakaian dan menyentuh mereka malah dalam satu kes, merogol seorang gadis berusia 19 tahun bersenjatakan pisau.


    Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh, Michael Posner, mengkritik sistem keadilan jenayah Mesir.

    Ini disebabkan kegagalannya untuk mengenal pasti dan membawa pelaku yang terbabit dalam kes rogol serta perbuatan keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan, ke muka pengadilan.

    Dalam pertemuan dengan pegawai rasmi Mesir, termasuk menteri, penasihat presiden dan ulama penting negara itu, Posner melahirkan kebimbangan Washington mengenai hak wanita yang tidak diutamakan di samping isu penting lain seperti ketelusan, kedaulatan undang-undang dan membina persekitaran yang lebih baik untuk masyarakat.

    "Laluan kepada demokrasi dan kestabilan di Mesir mesti dilakukan secara aman. Tidak boleh berpatah semula ke masa lalu," kata Posner kepada pemberita di Kaherah.

    Sukarelawan awam lelaki dan perempuan yang ditawarkan untuk menjaga perhimpunan wanita baru-baru ini, memakai jaket berwarna neon dan topi keledar plastik.

    Satu perhimpunan serupa turut diserang oleh perusuh pada Jun, walaupun dengan kehadiran pengawal sukarela.

    Monelle Janho, 47, ibu kepada dua anak dan guru bahasa Perancis, berkata dia tidak lagi meninggal­kan rumahnya tanpa pistol pegun berikutan pening­katan tahap keganasan di negara itu.

    "Kami akan menggunakan keganasan jika perlu. Kami sudah berada di sini dan bukan mencari keganasan, tetapi mahukan Mesir yang dulu," katanya.

    Jurutera elektrik Manal al-Malla, 42, berkata, dia sudah mengambil bahagian dalam lebih banyak protes selepas gangguan seksual meningkat.

    "Kami akan terus mempertahankan kebebasan dan maruah kami," kata wanita itu.

    Perhimpunan diadakan selepas penggubal undang-undang dalam Majlis Syura, baru-baru ini mencadangkan wanita perlu diberi ruang khas untuk membantah di Dataran Tahrir dalam usaha menge­kang serangan seksual yang berulang terhadap mereka.

    "Islam melihat wanita sebagai sebahagian daripada revolusi dan kini mereka memberitahu kami bahawa penyertaan kami adalah punca gangguan berkenaan," kata al-Malla.

    Bahey Eldin Hassan daripada Institut Pengajian Hak Asasi Manusia Kaherah, menerbitkan satu surat terbuka kepada Washington mengatakan AS gagal untuk menangani keganasan di bawah rejim semasa, mengatakan Mesir sudah bosan dihukum kerana pemberontaka mereka.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Penggodam Jabatan Penerangan didedah

    Posted:

    KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana' yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

    Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

    Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.


    "Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung," katanya ketika dihubungi semalam.


    Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

    "Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu," jelasnya.

    Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    "Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek," katanya ketika dihubungi.

    Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    5 pekerja cedera dihempap kerangka besi

    Posted:

    KUALA TERENGGANU: Lima pekerja binaan cedera apabila kerangka besi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, yang sedang dibaik pulih runtuh dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi.

    Ketika kejadian, lima pekerja terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemotongan bagi menggantikan kerangka besi lama bumbung stadium itu.

    Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan badan.

    Pekerja yang cedera dikenali sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.

    Foto

    Keadaan kerangka bumbung yang separuh runtuh semasa kerja-kerja memotong dijalankan. FOTO Aswadi Alias


    Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada kelemahan struktur utama bumbung yang tidak dapat menahan beban selepas melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.


    Stadium itu sebelum ini mendapat perhatian seluruh negara apabila sebahagian bumbungnya runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

    Tunang seminggu

    Posted:

    Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

    "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," kata Fizz, 34, semalam.

    Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

    "Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

    Foto

    Fizz Fairuz


    Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    3 minit rompak berlian RM153j

    Posted:

    Brussels: Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam.

    Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland.

    Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam.

    Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri.

    Foto

    SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam.


    Kegiatan rompakan terancang itu mengambil masa hanya tiga minit.


    Seorang pendakwa raya Belgium berkata: "Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.

    "Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.

    "Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu."

    Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.

    Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

    Curah air panas suami curang

    Posted:

    Bogota: Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu curang.

    Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.

    Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama rakannya.

    Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.


    Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.


    Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.

    Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya 'rosak teruk' akibat insiden itu.

    Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.

    Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.

    Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.

    Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.

    Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.

    Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.

    Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Ingin watak mencabar

    Posted:

    Bermula dengan watak Puteri Aishah dalam drama bersiri Syurgamu Ramadan arahan Shahrulezad Mohameddin empat tahun lalu, nama pelakon berbakat, Zarina Zainoordin terus menyerlah dengan watak antagonis.

    Malah, kini watak antagonis sudah cukup sinonim dengan dirinya selepas sembilan tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

    Antara watak antagonis lakonannya yang masih meninggalkan kesan mendalam pada penonton ialah dalam Saka Jentayu, telefilem Berselindung Di sebalik Kaabah, Ameera dan Mimpi Cinderella.

    Secara peribadi, Zarina, 29, mengakui dia selesa melakonkan watak antagonis sekali gus menyahut cabaran yang diberikan pengarah.

    Foto

    SYAFIEQ memberi sentuhan pada wajah Zarina.

    Foto

    DI SEBALIK tabir sesi fotografi.

    Foto

    Azlee Khairi


    "Walaupun sering membawakan watak berkenaan, tetapi saya pastikan watak hitam itu ada variasi dan bukan stereotaip supaya penonton tidak bosan.


    "Contohnya, watak Zila dalam drama Ameera pada mulanya wanita kampung yang baik tetapi dia berubah menjadi 'psiko', gila, meroyan dan tekanan perasaan apabila diminta menyerahkan anaknya pada wanita lain yang tidak boleh mengandung.

    "Namun, dalam Berselindung Di sebalik Kaabah, saya bawa watak wanita bertudung yang nampak baik tetapi sebaliknya dia seorang yang jahat, manakala, dalam drama Mimpi Cinderella arahan Azmi Hatta, watak Lorna dilakonkan adalah sama seperti karakter Meryl Streep dalam filem Devil Wears Prada," katanya.

    Apapun, Zarina mengakui dia sangat bersyukur dengan pencapaiannya dalam bidang lakonan hari ini kerana sudah mampu memegang watak utama dan pelbagai karakter serta dapat bekerja dengan pengarah hebat yang diimpikan seperti Shahrulezad dan Murali Abdullah.

    "Banyak ilmu lakonan yang ditimba sepanjang bekerja dengan Shahrulezad dulu. Bayangkan saya terpaksa ulang salah satu babak sebanyak 20 kali untuk menjiwai watak Puteri Aishah dalam Syurgamu Ramadan itu. Shahrulezad juga mengajar saya supaya tidak menghafal skrip sebaliknya memahami apa yang dikehendaki sesuatu karakter itu.

    "Begitu juga dengan Murali yang tahu buka 'kunci hati' seseorang pelakon untuk menjayakan babak menangis dalam drama. Maklumlah, setiap pelakon ada kelemahan masing-masing.

    "Antara kelemahan saya sendiri ialah sukar untuk melakonkan watak orang mati, pengsan, babak peluk dalam cerita romantik. Namun, sebenarnya ada teknik tertentu untuk mengatasi kelemahan itu seperti dikehendaki skrip," katanya.

    Berkongsi watak diimpikan pula, kata Zarina, dia menanti watak lebih mencabar seperti watak baik dan wanita cacat seperti buta dan sebagainya lagi.

    "Sebenarnya, bawa watak antagonis lebih senang orang nampak berbanding watak baik yang ternyata lebih mencabar kredibiliti seseorang pelakon itu.

    "Pada masa sama, berlakon adalah periuk nasi dan saya juga berlakon bukan untuk kejar trofi. Justeru, saya sudah berasa puas jika karakter dilakonkan memberi impak pada penonton," katanya.

    Drama baru lakonannya yang ditayangkan ketika ini ialah Janji Shirah di stesen TV3. Tidak ketinggalan, drama Kerana Lelaki Itu yang bakal bersiaran untuk slot Ratu di TV9.

    Menyentuh karier nyanyian pula, penyanyi yang digilap dari program Akademi Fantasia musim kedua ini menegaskan cabang seni itu masih sebati dalam dirinya sampai sekarang.

    "Saya memang suka menyanyi dan menonton persembahan 'live band'. Bila suka tengok 'live band' bukan bermaksud saya gadis sosial dan suka berparti seperti digosipkan orang kerana cerita itu tidak betul sama sekali.

    "Pada masa sama, saya masih memenuhi undangan persembahan majlis makan malam bila ada kelapangan. Dari segi album baru pula saya masih mencari lagu yang sesuai dengan trend pasaran muzik sekarang. Maklumlah, saya buat lagu dengan duit sendiri dan pasti saya inginkan hasil terbaik," katanya.

    Zarina selesa di samping Azlee Khairi

    Sudah heboh orang memperkatakan hubungan Zarina dengan model dan pelakon baru berusia 23 tahun, Azlee Khairi, ketika ini.

    Namun, Zarina pula nampaknya tidak ingin terlalu menguar-uarkan cerita peribadinya itu.

    "Memang kami berkawan rapat selepas berlakon sama dalam drama Dingin Lagenda dan ia sudah berjalan selama setahun. Saya akui selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang matang dan bertanggungjawab pada keluarga. Saya juga tidak melihat perbezaan usia penghalang untuk kami berkawan. Soal jodoh pula, saya serahkan pada ketentuan Tuhan," katanya.

    Bagaimanapun, kata Zarina, dia memang sudah bersedia untuk membina keluarga.

    "Saya teringin ingin berkeluarga dan memiliki anak sendiri. Maklumlah, teman seusia semuanya sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. Saya akur jodoh belum sampai lagi. Keluarga terutama emak cukup memahami dan tidak pernah mendesak soal kahwin.

    "Saya juga jarang ke majlis perkahwinan kerana tidak suka diasak soal kahwin lagi yang boleh beri tekanan pada saya," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19

    'Zaman maki hamun dah berlalu'

    Posted:

    Perjalanan pelakon, Mohamad Shoffi Jikan, 43, atau nama komersialnya, Soffi G, mengorak langkah dalam bidang lakonan tidak semudah artis lain. Dia bermula dengan kru produksi, kemudian berlakon teater dengan bayaran amat kecil dan seterusnya mencuba nasib sebagai pelakon tambahan dengan bayaran sebanyak RM20.

    Berbekalkan dengan segala kepayahan itu, Soffi sedar diri dan kejayaan yang dikecapinya sekarang tidak menjadikannya alpa. Kesukaran untuk mencipta nama membuatkannya bekerja keras dan kini muncul antara pelakon hebat yang seharusnya menjadi contoh kepada artis baru. Lakonan terbarunya dapat disaksikan dalam filem Rock Oo! arahan Mamat Khalid yang akan menjengah pawagam di seluruh negara pada 28 Februari ini.

    Bersama Wartawan RAP, Harian Metro, NOR AKMAR SAMUDIN (akmar@hmetro.com.my) Soffi berkongsi pendapat dan aspirasi perjuangannya sebagai anak seni.

    RAP: Ada yang membuat andaian anda hanya akan bekerja dengan pengarah tertentu saja?

    SOFFI: Saya tidaklah terlalu memilih, cuma saya suka bekerja dengan orang yang berbudi bahasa, daripada produser hingga pengarah, biarlah mereka daripada golongan yang tahu menjaga hati.

    Zaman pengarah maki hamun pelakon dan kru sudah berlalu. Saya faham pengarah penat di lokasi tetapi janganlah suka memaki kru dan pelakon kerana mereka ada perasaan dan mereka pun letih juga. Kalau hati sedang marah dan dimaki lagi, perasaan akan jadi berkecamuk dan hasil kerja mesti tidak bagus kerana ada dendam serta geram dalam hati.

    Dulu saya seorang yang panas baran tetapi selepas jadi pelakon jiwa saya jadi halus, sensitif dan cepat faham perasaan orang lain. Jadi, jika ada tawaran berlakon saya lihat siapa produser dan pengarahnya kerana saya senang bekerja dengan orang yang tahu menghormati orang lain.

    Kini, saya juga mencari peluang untuk bekerja dengan syarikat yang ada potensi besar dalam industri seperti dengan KRU, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

    RAP: Pada pandangan anda apakah yang dimaksudkan dengan karya yang bagus?

    SOFFI: Sebuah karya yang bagus apabila kita membaca skripnya, hati kita mudah tersentuh hingga menitiskan air mata dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Ada juga skrip yang tidak bagus tetapi masih lagi boleh diperbaiki dan hasilnya akan jadi sebuah naskhah yang bagus.

    RAP: Falsafah, misi dan visi anda berbeza daripada pelakon popular hari ini?

    SOFFI: Seperti saya katakan tadi, saya bermula dari bawah, sebab itu pandangan saya terhadap industri berbeza dengan pelakon baru kerana mereka mencipta nama dengan cara mudah.

    Saya seronok berlakon dengan orang yang hebat tetapi saya tak boleh bekerja dengan orang yang berlagak. Kehebatan seorang pelakon bukan apabila dia asyik bercakap mengenai dirinya saja, tetapi kita kena angkat orang lain dan kita akan nampak cantik apabila berdiri di sebelahnya. Sebelum kita sendiri berjaya kita mesti menolong orang lain berjaya dulu.

    Apa yang lihat, ada segelintir pelakon yang suka 'mencaras' atau menganiaya orang lain asalkan cita-citanya tercapai. Saya pernah bekerja dengan syarikat pembinaan dan biasa bergaul dengan buruh warga Indonesia dan Bangladesh. Hasil daripada pergaulan itu, apabila saya ditawarkan berlakon dalam KL Gangster, watak yang dibawa sudah sebati dengan saya.

    Dalam Rock Oo!, jalan cerita dan watak yang diberikan kepada saya juga dekat di hati kerana saya bukan anak orang kaya. Dalam Rock Oo! dan kehidupan nyata, kami sama-sama berjuang untuk hidup.

    Ketika saya berlakon teater dulu, bayaran sangat kecil dan saya makan sehari sekali. Waktu itu saya dan kawan-kawan cukup suka apabila produser me-
    ngadakan majlis pelancaran atau majlis tamat pementasan kerana dapat makan percuma!

    RAP: Walaupun sudah berlakon berpuluh drama dan telefilem, selepas berlakon dalam KL Gangster dan Jalan Kembali Bohsia 2 baru anda benar-benar popular? Apakah ada perbezaan antara dulu dan sekarang?

    SOFFI: Ramai yang berada di puncak akan jatuh. Saya tak mahu jadi macam itu. Apabila saya berasakan diri sudah berada di atas saya cepat-cepat ingat semula keadaan saya ketika orang tak mahu ambil saya berlakon dulu. Keadaan itu membuatkan saya sedar diri dan saya juga meletakkan diri saya sebagai pejuang, pekerja dan bukannya pelakon.

    RAP: Siapa pelakon yang menjadi idola anda?

    SOFFI: Saya amat menghormati pelakon lama seperti Wan Hanafi Su, Ahmad Yatim, Eman Manan, Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Khatijah Tan, Khalid Salleh dan Nasir Bilal Khan. Orang inilah yang patut diangkat oleh industri. Wan Hanafi misalnya, dia pelakon yang sangat hebat dan lakonan saya masih separuh daripada persembahannya. Kami berlakon sama dalam filem Bunohan dan dia belum ada tandingan.

    Saya kurang faham kenapa nama mereka sering tercicir dalam Festival Filem Malaysia (FFM) kerana merekalah penggerak sebenar industri seni tanah air. Wan Hanafi sangat menjiwai karektor, cukup dengan melihat cara dia duduk dan berjalan, kita sudah memahami gejolak di hatinya. Orang seperti dialah yang perlu kita hargai kerana dia dan rakan seangkatannya adalah panduan kepada pelakon muda tetapi sayang sekali saya tengok orang muda sekarang berlagak. Bukan saja tidak mahu menghormati malah tidak mahu belajar daripada pelakon senior.

    RAP: Hala tuju anda dalam industri?

    SOFFI: Saya tak sangka yang saya akan jadi pelakon dan selepas berjaya beraksi dalam filem, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Kebanyakan filem yang saya lakonkan mendapat anugerah selain mencatat kutipan pecah panggung.

    Selagi diperlukan saya akan terus berada dalam industri dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Lin Dan buat hal!

    Posted:

    Kuala Lumpur: Lin Dan terus mencabul peraturan ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila tidak menyertai Siri Super Perdana Seluruh England pada 5-10 Mac sekali gus menyaksikan perebutan kejuaraan kali ini terarah kepada pemain nombor satu dan dua dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Chen Long (China).

    Mengikut peraturan BWF, semua pemain berada dalam ranking 10 teratas dunia wajib menyertai semua lima kejohanan berstatus Siri Super Perdana.


    "Tapi, Persatuan Badminton China (CBA) langsung tidak menyenaraikan nama Lin Dan untuk kejohanan ini," kata Pengurus Pemasaran Siri Super BWF, S Selvam.

    Beliau mengesahkan, juara bertahan itu akan didenda AS$5,000 (RM15,512) kerana gagal menyertai kejohanan diwajibkan ke atas setiap pemain kelompok 10 terbaik dunia itu.


    "Untuk Seluruh England, kami mengambil kira ranking dunia terakhir pemain pada November 2012 dan dia ketika itu berada di ranking kelapan dunia.


    "Jika penganjur (England) membuat aduan dan mahu Lin Dan hadir, kami (BWF) akan menghantar surat kepada CBA, meminta pemain itu menghadirkan diri dan meminta surat tunjuk sebab mengapa dia tidak mengambil bahagian," kata Selvam.

    Foto

    Lin Dan

    Berdasarkan ranking semasa, Lin Dan kini berada di kedudukan ke-14 dunia.


    Chong Wei pula enggan memandang isu lain selain fokus kepada permainannya pada kejohanan itu.

    "Tidak kira siapa juga lawan kerana tanpa Lin Dan, status sebagai nombor satu dunia sentiasa menjadi buruan pemain lain yang mahu menewaskan saya," kata Chong Wei, juara 2010 dan 2011 serta naib juara tahun lalu.


    Pemain utama negara itu membuka saingan menentang pemain Hong Kong, Wong Wing Ki pada pusingan pertama dan diramal mudah ke final, dengan pemain seperti Wang Zhengming (China), Nguyen Tien Minh (Vietnam), Du Pengyu (China), Hu Yun (Hong Kong) serta Sho Sasaki (Jepun) dan Taufik Hidayat (Indonesia) berada dalam laluannya memburu kejuaraan ketiga di England.


    Chen Long yang layak ke suku akhir tahun lalu pula meniti laluan lebih getir berbanding Chong Wei.


    Selepas berdepan pemain Thailand, Boonsak Ponsana pada pusingan pertama, Kenichi Tago (Jepun) dijangka menjadi lawan di suku akhir dengan kemungkinan pemain yang kembali meningkat prestasi, Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) ataupun Chen Jin (China) menjadi lawan separuh akhir.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

    KAFA ketepikan tiga pemain

    Posted:

    Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyingkirkan tiga pemain menjelang April bagi memberi ruang kepada tiga muka baru untuk mengatasi krisis ketumpulan jentera serangan.

    Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan menyingkirkan tiga pemain yang tidak dinyatakan itu terpaksa dilakukan demi kepentingan pasukan yang kini berdepan kemarau kemenangan sepanjang pusingan pertama Liga Super musim ini.


    Katanya, KAFA juga terpaksa menyingkirkan tiga pemain bagi memenuhi kuota 25 pemain seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum mendaftarkan tiga muka baru.

    "Tiada masalah lain yang dihadapi kecuali ketiadaan penyerang. Bagi mengatasi masalah ini, kami terpaksa singkirkan tiga pemain bagi membawa masuk tiga pemain lain yang lebih hebat.


    "Saya tidak akan sebut nama pemain kerana tidak mahu mereka terganggu. Mereka yang akan disingkirkan bukannya tidak bagus tapi kami terpaksa lakukan demi kepentingan pasukan," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Penajaan Kereta Oleh Syarikat Secretleaf di Kafe The Red Warriors, di sini, semalam.


    Turut hadir, Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim. Pada majlis itu, KAFA menerima tajaan sebuah kereta Proton Persona bagi kemudahan pengangkutan persatuan induk bola sepak negeri itu.

    Ketika ditanya adakah pemain import dari Guinea, Keita Mandjou tersenarai dalam penyingkiran itu, Annuar dalam nada tegas meminta supaya dihentikan khabar angin seperti itu.


    Katanya, Mandjou masih berada dalam pasukan dan berhak bermain. "Keita memang berhak bermain. Khabar angin seperti itu hanya menjatuhkan moralnya.

    "Yang penting, pemain perlu bermain bersungguh-sungguh dan masalah ketiadaan penyerang ini akan diselesaikan pengurusan KAFA." Sementara itu, Amir Ramadzan berkata, pihaknya teruja dapat menaja Kelantan kerana pasukan itu mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pasukan lain.


    "Kami juga akan membawa dua penyokong yang memenangi peraduan 'Beli Dan Bola' untuk menyaksikan perlawanan Piala AFC di Vietnam pada 10 April.


    "Peraduan ini bermula 15 Februari hingga 15 Mac. Kami menyediakan tiket penerbangan dan kemudahan penginapan tiga hari dua malam kepada dua pemenang itu," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved