Rabu, 4 Januari 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Suami tidak boleh temankan isteri

Posted: 04 Jan 2012 06:24 AM PST

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, penulis dihidangkan dengan alunan muzik lembut dan persekitaran bersih yang mendamaikan.

Biarpun sebelum ini jarang sekali mempunyai masa terluang untuk memanjakan diri akibat kesibukan kerja dan aktiviti keluarga, sesekali berada di spa seolah-olah membuatkan keletihan hilang begitu saja.

Konsep yang diketengahkan spa dan salun ini adalah moden kontemporari dan memberikan banyak kelebihan kepada wanita Muslimah yang ingin mendapatkan rawatan bagi merehatkan minda dalam suasana tenang.

Spa serta salun kecantikan eksklusif untuk Muslimah ini dikendalikan dua rakan karib, Hawa Ya'akub dan Hasrina Ismail yang ingin memberikan kelainan kepada wanita ketika mengikuti proses rawatan tanpa rasa ragu terutama apabila membabitkan aurat.


Pengarah Urusannya, Hawa Ya'akub, berkata bersesuaian dengan namanya iaitu Hurun Ain Oasis yang bermaksud tempat berkumpul bidadari, spa dan salun ini hanya dikhususkan untuk wanita saja.


Oleh itu, lelaki tidak dibenarkan berada di sini walaupun hanya untuk menemani isteri bagi memberi keselesaan kepada semua pelanggan.

Menurut Hawa, setiap ahli terapi kecantikan yang berada di sini juga adalah wanita beragama Islam tempatan yang memiliki sijil kelayakan khusus.

Dia dan rakan kongsinya memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu kecantikan asing kerana ingin menyediakan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Hawa berkata, idea ini mula timbul melalui pengalamannya sendiri yang sebelum ini gemar mengunjungi spa bagi merehatkan badan, namun berasa agak kurang selesa dengan keadaan persekitarannya yang sedikit 'terbuka' serta dikendalikan ahli terapi bukan Islam.

"Walaupun berada dalam kalangan wanita, aurat masih perlu dijaga dan tidak banyak tempat yang menawarkan konsep privasi sebegini.

"Disebabkan itu, saya bersama rakan kongsi mendapat idea membuka spa dan salun khusus untuk Muslimah agar mereka tidak mengalami suasana kekok," katanya.

Walaupun baru memulakan operasi Februari lalu, spa ini sudah mendapat sambutan hangat daripada Muslimah terutama golongan ibu kerana selain menyediakan pakej rawatan pada harga berpatutan, ia menyediakan sudut permainan kanak-kanak.

Menurut Hawa, kemudahan ini disediakan bagi memberikan keselesaan kepada golongan ibu yang tidak dapat meninggalkan anak mereka di rumah bagi mendapatkan rawatan di spa.

"Mereka tidak perlu meninggalkan anak di rumah terutama pada hujung minggu dan boleh mengawasi mereka dengan membawa bersama ketika menjalani rawatan.

"Kanak-kanak boleh bermain di sudut yang dikhaskan semasa ibu mereka menjalani rawatan dan si ibu boleh menjalani rawatan dengan hati yang tenang," katanya.

Antara pakej kecantikan yang disediakan Hurun Ain Oasis merangkumi rawatan kulit wajah, riasan kuku (kaki dan tangan), lulur garam, mandian aromaterapi, dandanan serta cucian rambut, inai dan melilin.

Selain itu, salun kecantikan ini juga menyediakan rawatan meluruskan rambut serta rawatan bagi rambut kering, berminyak, rosak selain kulit kepala berkelemumur serta rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kepala sensitif.

Sementara itu, Pengurus Spa dan Salun berkenaan, Hasrina Ismail, berkata untuk rawatan kulit wajah, Hurun Ain Oasis menggunakan produk dari Perancis iaitu Maria Galland dan menawarkan dua rawatan berbeza iaitu menggunakan topeng muka tanah liat ataupun cocoon (mousse).

Rawatan topeng muka kaedah cocoon menyebabkan pelanggan mengalami kesan perpeluhan pada bahagian muka selepas disapu dengan krim rawatan khas.

Ia sesuai digunakan bagi mereka yang berusia bawah 30 tahun serta mereka yang memiliki masalah kulit kering dan kusam.

"Bagi proses rawatan topeng muka tanah liat, wajah pelanggan disapu dengan krim perlindungan mata dan bibir, krim rawatan khas serta serum terlebih dulu kemudian, pupur akan disapu pada seluruh muka hingga ke bahagian leher.

"Selepas disapu rata, pelanggan akan dapat merasai sedikit kehangatan di bahagian dalam pupur berkenaan dan suhu akan meningkat secara perlahan-lahan sehingga mencecah 42 darjah Celsius.

"Kira-kira 10 minit selepas itu, suhunya menurun sedikit demi sedikit dan ia boleh ditanggalkan apabila pupur terbabit menjadi keras sepenuhnya," katanya.

Pelanggan tidak perlu bimbang apabila terasa sedikit hangat ketika pemakaian pupur berkenaan kerana peningkatan suhu ini bagi membantu proses penyerapan krim rawatan khas serta serum yang disapu pada peringkat awal tadi.

"Jika diperhatikan kebanyakan rawatan wajah lain menggunakan mesin seperti mesin galvanic bagi mempercepatkan proses penyerapan serum ke dalam kulit muka, tetapi produk Maria Galland menggunakan pendekatan lebih semula jadi dan selamat hanya melalui penggunaan topeng muka tanah liat.

"Malah, ibu mengandung juga boleh mengikuti proses rawatan wajah di spa ini tanpa rasa bimbang ia akan memberikan kesan pada bayi dalam kandungan kerana tiada penggunaan mesin berfrekuensi tinggi dilakukan sepanjang proses rawatan," katanya yang menyediakan diskaun sebanyak 40 peratus bagi pelanggan yang pertama kali mencuba pakej rawatan disediakan di spa dan salun Muslimah ini.

Malah, kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat memandangkan ada pakej rawatan di sini memerlukan masa yang agak lama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej rawatan disediakan, layari www.hurunainoasis.com.



Full content generated by Get Full RSS.

Kolagen pelihara kulit anjal

Posted: 04 Jan 2012 05:20 AM PST

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.


Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.


Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik.

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

"Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan," katanya.

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses
pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

"Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit," katanya.

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dikatakan dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

Kini terdapat kaedah terkini dalam rawatan kolagen yang diperkenalkan di Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah iaitu menerusi penggunaan Tri-M Micro Needling atau suntikan merangsang kolagen baru pada wajah yang memberikan hasil dengan cepat dan berkesan.

Menurut Dr Siti Hawa, rawatan ini menggunakan sejenis alat yang mempunyai jarum halus sepanjang dua milimeter dan boleh sampai sehingga ke subdermis kulit kerana di situ terdapat sel fibroblast yang berfungsi menghasilkan kolagen.
Prosedur ini juga dipanggil Terapi Induksi Kolagen (CIT). Kelebihan prosedur ini bukan saja merangsang pembentukan sel kolagen baru, tetapi juga menyediakan laluan mikro bagi penyerapan serum yang digunakan semasa proses ini.

"Sebelum rawatan, kulit disapu sejenis krim yang membantu menjadikan kulit merasa kebas bagi mengelakkan ketidakselesaan ketika prosedur dilakukan.

"Selepas itu alat ini digerakkan ke keseluruhan wajah yang mengambil masa 20 minit. Tidak menyakitkan dan mungkin akan terasa pada bahagian kulit yang agak sensitif seperti hidung serta di kawasan dahi," katanya.

Selepas rawatan, sebaiknya pelanggan menunggu sehingga seawal dua jam sebelum membersihkan wajah bagi memastikan penyerapan optimum serum. Mereka kemudian dibenarkan untuk memakai produk seperti biasa terutama krim pelembap dan pelindung cahaya matahari. Tidak digalakkan berjemur terlalu lama di bawah sinaran matahari kerana boleh mengganggu proses pembentukan kolagen.

Tambahnya, rawatan menerusi kaedah ini lebih cepat dan berkesan serta tidak mendatangkan sebarang komplikasi.

Kajian dijalankan di salah satu universiti di Korea untuk membandingkan keberkesanan penghasilan kolagen kulit muka antara CIT dan Denyutan Lampu Impuls (IPL) didapati tiada perbezaan keberkesanannya, malah CIT jauh lebih murah, tiada komplikasi dan kesan yang cepat.

"Prosedur ini sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut, kedutan, garis halus, masalah keguguran rambut dan pemecahan lemak. Apabila dilakukan secara berkala iaitu dua minggu sekali kesannya semakin ketara. Kulit kelihatan lebih anjal, kedutan semakin berkurangan malah menjadikannya berseri dan bercahaya. Kaedah rawatan ini adalah alternatif kepada rawatan IPL, tetapi jauh lebih murah," katanya.

Di PKW, rawatan CIT ini dilakukan di bawah pengawasan pegawai perubatan terlatih serta dijamin kebersihan dan keselamatannya. Ini kerana peralatan digunakan menggunakan jarum pakai buang serta teknik yang steril manakala pakar terapi memiliki tauliah dalam bidang estetik. Selain itu dengan adanya rawatan daripada pakar estetik Muslimah, ia akan mendorong lebih ramai wanita Islam menjaga kecantikan demi kesejahteraan keluarga.

Selain rawatan wajah, PKW turut menyediakan rawatan pelangsingan badan menggunakan kombinasi rawatan ultrabunyi dan electroporation. Menggunakan mesin Eximia berinovasi tinggi dari Itali, rawatan ini membantu untuk menyelesaikan pelbagai ketidaksempurnaan tubuh seperti selulit, lemak bertumpu, badan menggeleber, kulit kendur, kehilangan keanjalan serta retensi air.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Sedia lebar bakat ke Indonesia

Posted: 03 Jan 2012 04:39 AM PST

SETIAP pelakon pastinya mengimpikan untuk membawa watak hero atau protagonis, tetapi berlainan halnya dengan jejaka kacukan Inggeris-Melayu, Zain Saidin.

Zain yang mula bertatih dalam bidang seni lakon sejak terbabit drama rantaian berjudul Suraya di TV3 semakin hari semakin menyinar dengan lakonannya yang berkesan.

Pelakon yang akan genap berusia 28 tahun pada 23 Februari depanternyata tidak kisah membawakan watak jahat atau antagonis dalam drama lakonannya.

"Saya tidak kisah bawa peranan apa sekali pun asalkan ia berkualiti dan dapat memberi impak kepada penonton yang melihat lakonan saya.


"Selain itu, saya tidak memilih dengan tawaran yang diberikan produser kerana kepercayaan yang diberikan mereka sudah cukup menggembirakan dan ini bererti mereka percaya dengan bakat yang saya ada," katanya kepada Rap, kelmarin.


Sekarang drama terbaru lakonan Zain, Gemersik Kalbu sedang ditayangkan di TV3 bermula semalam. Ia turut menampilkan Aqasha, Ayu Raudhah, Anzalna Nasir dan Fazreen Rafi. Drama terbabit diadaptasikan daripada novel nukilan Anis Ayuni arahan Heykal Haniffah.

Gemersik Kalbu antara lain berkisar mengenai kisah pergolakan hati dan perjuangan cinta dilalui Raihana (Ayu Raudhah), seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil apabila ditinggalkan dalam jagaan neneknya.

"Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Hisham, seorang pekerja pejabat yang berusaha mendapatkan cinta Raihana, gadis idamannya.

"Hisham sanggup menggunakan taktik kotor dalam persaingan untuk merebut Raihana daripada Sufian lakonan Aqasha," cerita Zain.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 24 episod itu akan ke udara setiap Isnin hingga Khamis di TV3, jam 7 malam, bermula semalam.

Buat masa sekarang, Zain menjalani penggambaran drama terbaru terbitan RTM berjudul Bermulanya di Sini di Pulau Pinang selama seminggu.

Drama 13 episod yang turut dibintangi pelakon baru, Miera Liyana serta Abby Abadi itu berkisarkan cinta remaja yang berputik sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Keseluruhan penggambaran drama itu mengambil tempat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, ada saja tawaran berlakon yang tidak putus-putus dan ini menguatkan azam saya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminati sedari kecil lagi.

"Selain itu, saya turut dalam proses merakamkan 'single' saya dalam genre rap yang bakal menemui pendengar dalam Februari atau Mac depan kalau tiada aral melintang memandangkan saya kini masih terikat dengan sesi penggambaran drama," katanya yang pernah digelar Eminem Malaysia oleh rakan terdekat.

"Kalau semua proses penggambaran tamat, barulah saya akan masuk ke studio untuk merakam lagu terbabit dan kalau mendapat sambutan, Insya-Allah saya akan terbitkan album penuh pula suatu hari nanti," katanya yang juga adik kepada penyanyi kumpulan Elite, Sasha.

Sebelum ini, pernah terdengar ura-ura mengatakan anak bongsu daripada tiga beradik ini merajuk sehingga mahu meninggalkan Malaysia untuk melebarkan bakat di negara seberang, Indonesia.

"Saya bukan merajuk sehingga mahu meninggalkan tanah air sebaliknya jika mempunyai tawaran berlakon di sana, saya mungkin pertimbangkan kalau mendapat watak yang dapat mencabar kredibiliti lakonan.

"Abang ipar saya, Salyo turut ada rakan kru produksi di sana, sekali gus ini peluang cerah untuk saya mengembangkan bakat yang sedia ada ke sana, Insya-Allah," katanya.

Bercakap mengenai azam tahun barunya, Zain menjelaskan, dia mahu membintangi sebuah filem bercorak aksi ala KL Gangster serta membawakan watak yang mempunyai karektor sekali gus memberi impak kepada penonton yang terhasil daripada karya itu bermutu.

"Selain itu, kalau ada rezeki lebih, saya juga mahu menunaikan umrah dan haji tahun ini. Doakan saya dapat capai semua azam yang diimpikan selama ini," katanya.

Sementara itu, sikap Zain yang bersikap terbuka dan sedia bergambar tanpa baju pernah diselar segelintir masyarakat yang kurang menyenangi aksinya itu.

Mengulas mengenai isu itu, Zain menjelaskan dia bukan sengaja mahu menayangkan tubuh badannya, sebaliknya mahu memberikan kelainan dalam penampilan untuk sesi fotografi bersama pihak media.

"Benda ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana saya hanya membuka baju, bukannya saya tidak berpakaian langsung!" selorohnya.

Temankan Che Ta ke Genting?

NAMA Zain juga seakan-akan tidak pernah sunyi daripada digosipkan dengan ibu tunggal jelita, Rozita Che Wan. Baru-baru ini, tersebar cerita dia menemani pelakon yang dikenali sebagai Cik Ta dan kedua-dua anaknya bercuti di Genting Highlands.

Menjawab persoalan itu, Zain berkata, dia hanya menemani Cik Ta dan anaknya sempena cuti persekolahan dan baginya tidak salah sebagai kawan dia berbuat demikian.

"Buat masa sekarang saya memang masih solo dan tidak terikat dengan mana-mana perempuan. Mengenai gosip dengan Rozita itu, ingin saya jelaskan kami memang berkawan rapat tapi tak pernah bercinta pun!

"Kami boleh berkawan rapat kerana saya menyenangi sikapnya yang pemurah dan peramah dengan sesiapa saja. Selain Rozita, saya juga rapat dengan rakan artis lain seperti Azza Elite dan Natasha Hudson.

"Sebenarnya saya tak ada masalah untuk berkawan dengan wanita yang lebih berusia atau matang kerana saya jenis yang tidak memilih kawan serta boleh berkawan dengan sesiapa saja.

"Cukup-cukuplah dengan gosip cinta kerana tahun ini saya hanya mahu lebih fokus kepada karier seni saja selain mengurangkan kontroversi yang sering melanda diri saya. Saya mahu membuka mata orang ramai dengan bakat lakonan dan nyanyian yang dimiliki saya," katanya.

7 perkara mengenai Zain

Haiwan yang paling geli: Biawak atau 'water lizard"

Warna yang paling tidak disukai: Kelabu

Supermodel antarabangsa yang hebat: Naomi Campbell

Kereta idaman: Nissan Skyline

Idola lakonan: Aaron Aziz, Tom Cruise, James Dean

Aksesori kegemaran: Rantai

Artis wanita tempatan paling cantik: Rozita Che Wan



Full content generated by Get Full RSS.

‘Comeback’ Hilal menjadi

Posted: 03 Jan 2012 04:21 AM PST

BIARPUN kemunculannya hanya untuk beberapa episod, Hilal Azman berjaya membuktikan kehebatan lakonannya menerusi drama siri Soffiya yang mendapat rating tinggi di TV3 sebelum ini. Peranannya sebagai seorang bapa yang bersikap haruan makan anak dan berselindung di sebalik jawatannya yang bagus membuatkan pelakon berusia 51 tahun ini jadi kebencian peminat.

Ternyata, kemunculan semula–nya dalam dunia lakonan selepas 11 tahun berehat membuahkan sesuatu yang positif di kalangan penggiat seni tempatan. Ini terbukti apabila sepanjang tahun lalu dia sudah membintangi 12 drama menjadikan dirinya sibuk di lokasi. Selain Soffiya, drama lakonan ialah Adul Mencari Cinta, Kekasihku Seru, Nilapura, Kabus, Ceplos dan banyak lagi.

"Saya kembali berlakon kerana tak mahu bazirkan bakat yang Allah anugerahkan, sejak dulu. Jika saya tak gunakannya untuk beri manfaat kepada masyarakat pun tak bagus juga. Apabila syarikat produksi tahu saya kembali aktif, saya digandingkan dengan pelakon yang ada nama seperti Tiz. Dalam drama ini saya kena bersikap kejam terhadapnya.

"Sebenarnya saya pernah bergurau menerusi program Melodi, mana-mana pengarah nak ambil saya berlakon, mesti berikan peranan jahat. Apabila dapat watak ini saya terima kerana berdasarkan pengalaman saya, apabila buat 'comeback' kalau ambil watak biasa-biasa kesannya memang tak ada sangat. Memang saya tak suka watak begini, tapi saya kena buat sesuatu untuk buka mata penonton," katanya.


Tambahnya, tawaran berlakon diperoleh ketika menjelangnya Aidilfitri lalu. Dia merujuk kepada isterinya dan diberikan kebenaran untuknya berlakon dengan alasan ini sudah rezeki. Namun, baginya tawaran ini bagaikan petanda dia akan aktif kembali memeriahkan dunia lakon tempatan.


"Dulu saya berehat kerana nak tumpukan pada bisnes. Sekarang saya dah stabil dan melihat banyak perkara bermanfaat boleh diterapkan dalam lakonan. Kandungan drama hari ini amat perlukan cerita yang perlu bantu bangunkan negara. Istilah cinta tak dibuka kepada semua dan hanya berkisarkan pada cinta uda dan dara sedangkan ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk.

"Saya teringin nak cuba bina mereka dalam cinta yang patriotik kepada negara kerana kita perlukan tema begini. Bercakap perkara ini, besar harapan saya nak lihat kemunculan kembali pelakon hebat Ahmad Yatim. Saya akan cuba buat satu skrip yang sesuai untuk dia kembali berlakon. Tanpa orang seperti Ahmad Yatim, saya tak tahu apa akan jadi pada industri lakonan kita.

"Boleh buat cerita hantu, tapi jangan dihantukan ceritanya untuk tarik penonton. Ada baiknya kita buat ikut landasan dan iktikad agama. Contohi Tamar Jalis kerana walaupun bukunya menarik tapi ada unsur pengajaran. Kalau sekadar buat cerita hantu bertujuan menakutkan, ia memang tak sesuai. Lambakan cerita hantu dan gangster hanya bermusim dan percayalah suatu hari akan reda juga," katanya.

Hilal bertekad akan membuat perubahan dalam industri dan selagi boleh memberikan yang terbaik, dia akan melakukannya. Namun, dia juga memerlukan skrip yang terbaik bagi merealisasikan perkara ini. Dia juga tidak mendabik dada boleh melakukannya bersendirian tanpa sokongan semua pihak.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kereta mesra alam serba boleh

Posted: 03 Jan 2012 08:55 AM PST

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.


Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.


Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.


Satu daripada motor itu menggelembungkan 'skirt' di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

"Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.


"Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam," kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi



Full content generated by Get Full RSS.

John Terry mungkin saman syarikat rokok

Posted: 03 Jan 2012 08:49 AM PST

NEW DELHI: Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.

Gambar samar-samar itu yang menunjukkan kepala dan bahu seorang lelaki menyerupai Terry muncul pada kotak rokok Gold Flake dan jenama lain dengan gambar paru-paru yang sudah hitam berserta amaran berbunyi 'Merokok Membunuh.' "Ia gambar yang menyerupai dia dan Terry tidak pernah bergambar seperti itu," kata Keith Cousins dari Agensi Pengurusan Elit yang berpejabat di Britain, menerusi telefon, semalam.


"Kami tidak pasti dari mana imej itu diambil tetapi Terry tidak pernah memberi kebenaran untuk itu.

"Kami sudah berunding dengan peguam di London dan India untuk menyiasat hal berkenaan dan mengambil tindakan wajar," katanya.


Cousins juga berkata, Terry, bukan seorang perokok walaupun pernah menjadi tajuk berita sebelum ini kerana tabiatnya suka minum arak. Akhbar Indian Express melaporkan, Direktorat Publisiti Visual menghasilkan amaran kesihatan itu yang digunakan pada bungkusan 20 batang.


Terry, 31, yang berdepan dengan tuduhan jenayah kerana dakwaan salah laku perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand, mewakili England sebanyak 72 kali.

Dia juga adalah ketua pasukan Chelsea. - Reuters



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Nur Amalina mangsa fitnah’

Posted: 03 Jan 2012 10:18 PM PST

JOHOR BAHRU: "Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan," kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

"Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.


"Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Langgar pokok, tiang lampu

Posted: 03 Jan 2012 09:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Malaysia terbunuh, seorang parah manakala tiga lain dilaporkan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan sport utiliti (SUV) yang dipandu seorang daripada pelajar terbabit.

Mereka yang cedera masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dalam kemalangan di laluan Interstate 78 di Bandar Clinton, New Jersey, kelmarin.

Menurut laporan The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat, kesemua mereka berusia di antara 19 dan 21 tahun dan menuntut di Ohio State University.

Dalam kejadian jam 4 petang (waktu tempatan) pelajar terbabit yang menaiki Chevrolet Equinox dipercayai terbabas daripada laluan kanan sebelum melanggar tiang lampu dan pokok.


Sementara itu, New Jersey Real-Time News melaporkan hasil siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan itu keletihan.


Malah, akibat kemalangan terbabit polis terpaksa menutup laluan kanan selama hampir lima jam bagi kerja menyelamatkan mangsa dan mengalihkan kenderaan.

Selain seorang pelajar yang maut di tempat kejadian, empat lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Robert Wood Johnson University Hospital di New Brunswick dan Morristown Medical Center untuk menerima rawatan lanjut. Seorang daripadanya dilaporkan kritikal.

Difahamkan, laluan berkenaan sering berlaku kemalangan dan hampir meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, mengikut Bernama, Wisma Putra ketika dihubungi, menjelaskan pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir lanjut mengenai mangsa terbabit selain menghubungi ahli keluarga masing-masing.

Malah, pihak kedutaan dikatakan akan bekerjasama dengan pihak universiti terbabit bagi mendapatkan butiran lanjut lima pelajar terbabit kemalangan itu.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Dua atlet Sukan Sea positif dadah

Posted: 03 Jan 2012 08:35 AM PST

DUA atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia, November lalu menerusi acara olahraga dan angkat berat, didapati positif ujian doping sampel A.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang bagaimanapun enggan memaklumkan identiti atlet terbabit sehingga keputusan sampel B diketahui minggu depan.


Kok Chi ketika diminta mengulas mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (Inasoc) pada 21 Disember lalu dan hukuman akan dijatuhkan sejurus selepas keputusan sampel B dimaklumkan.

"Kedua-dua sampel itu kini diuji di India. Mereka perlu menunggu keputusannya dan sekiranya didapati bersalah menggunakan bahan terlarang, hukuman akan dijatuhkan.


"Bagaimanapun bentuk tindakan yang dikenakan hanya akan ditentukan badan sukan masing-masing dan MOM tidak mempunyai hak menjatuhkan hukuman ke atas atlet berkenaan sekiranya mereka memang didapati bersalah," katanya.


Pada temasya Sukan Sea lalu, Malaysia merangkul 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa dan sekiranya didapati bersalah, jumlah itu pasti akan terjejas.

Kok Chi enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang kedua-dua atlet itu dan hanya boleh mengumumkannya selepas mendapat keputusan sampel B.


Beliau turut melahirkan rasa terkejut apabila perkara ini tersebar begitu awal kerana ia sangat sulit dan surat itu hanya dihantar kepada MOM.

"Bagaimana ia boleh tersebar, saya sendiri tidak tahu. Surat itu hanya dihantar kepada MOM dan sangat sulit kerana selagi atlet itu belum lagi didapati bersalah kami masih lagi bertanggungjawab untuk melindungi mereka," katanya.


Pada temasya lalu olahraga meraih enam emas, dua perak dan tiga gangsa manakala angkat berat membawa pulang satu perak dan dua gangsa.



Full content generated by Get Full RSS.

Dua calon hadir

Posted: 03 Jan 2012 08:32 AM PST

HANYA dua calon hadir hari pertama temuduga calon Pegawai Prestasi Tinggi (HPD) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam dengan kedua-duanya membabitkan bekas ketua jurulatih iaitu Razif Sidek dan Yap Kim Hock.

Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai enggan mengulas mengenai dua calon terbabit kerana tidak mahu mempengaruhi proses pemilihan.


Begitupun dua calon yang hadir semalam cukup menarik perhatian kerana hadir dengan penampilan berbeza dan mengutarakan visi yang membezakan kualiti antara kedua-duanya.

Razif yang ditemuduga lebih sejam oleh panel penemuduga yang membabitkan tiga wakil BAM iaitu Chin Chai, Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) dan Chandra Jagadish (Ahli Majlis BAM-Setiausaha Kehormat SBA) serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) Johari Abd Wahab nampaknya mempunyai visi lebih jelas berbanding Kim Hock.


Bekas ketua jurulatih kebangsaan 1994-1996 itu berkata, jika terpilih menjadi HPD, beliau mahu memastikan program terbaik bagi mencapai tiga objektif utama.


"Jika terpilih, saya semestinya memastikan program yang dirancang mencapai kejayaan dengan misi mengembalikan kegemilangan Piala Thomas yang kali terakhir kita menangi pada 1992," katanya selepas ditemuduga panel penemuduga di pejabat BAM, di bukit Kiara semalam.

"Selain itu juga, sebagai HPD, kami perlu memastikan negara meraih emas pertama di Sukan Olimpik selain kejuaraan Kejohanan Dunia pertama dimenangi pemain Malaysia.


"Tiga kejohanan ini adalah yang terbesar dalam badminton. Setakat ini di Kejohanan Dunia kita hanya memenangi pingat perak, begitu juga Olimpik." Menurut Razif, beliau faham tugasan HPD amat berat selain berasakan BAM bertindak bijak mencari calon yang sempurna.

Namun katanya calon yang sempurna bukanlah isu sebenar kerana sesiapapun dilantik sebagai HPD tetap perlu bekerjasama dengan MSN dan ISN.


Begitupun beliau berharap sesiapapun yang dilantik perlu berbincang dengan Datuk James Selvaraj untuk mendapatkan pandangan apa yang dirancang HPD separuh masa itu, baik dari segi sasaran jangka panjang mahupun program disediakan sebelum ini.


Mengenai sesi temu duga yang dilaluinya, beliau berkata semuanya berjalan lancar cuma satu soalan yang beliau enggan menjawab kerana merasakan jawapan terbabit hanya sesuai dijawab jika terpilih sebagai HPD.


"Hari ini (semalam) mereka lebih kepada meminta pandangan dan rancangan saya jika menjadi HPD tapi saya tidak beri sepenuhnya kerana belum menjadi HPD lagi." Sementara itu, Kim Hock pula melemparkan visinya untuk memajukan lagi badminton negara jika dilantik sebagai HPD.


"Kalau jadi HPD saya nak majukan lagi sukan ini kerana itulah tugas seorang HPD. Saya juga perlu merealisasikan matlamat di London tercapai, saya rasa itu penting untuk jangka pendek," kata Kim Hock.


"Untuk jangka panjang pula kita perlu meningkat, kita perlukan lebih ramai pemain berkualiti yang boleh capai keputusan di peringkat antarabangsa." Katanya, perbezaan antara ketua jurulatih dan tugasan HPD adalah jawatan itu perlu membantu jurulatih memberi idea dalam teknikal kemahiran untuk meningkatkan kualiti latihan bagi membolehkan pemain meningkatkan ranking dunia.


Beliau yang menjadi ketua jurulatih kebangsaan pada 2004-2008 itu berkeyakinan tinggi untuk dipilih BAM sebagai HPD yang baru.


Bagaimanapun, Chin Chai berkata, masih ada tiga calon untuk ditemuduga minggu ini tetapi beliau berahsia mengenai siapa calonnya biarpun ada beberapa lagi wakil BAM menegaskan hanya dua calon dipanggil untuk temu duga.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved