Sabtu, 3 Disember 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kajang banjir besar!

Posted: 02 Dec 2011 12:26 PM PST

KAJANG: Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok.


Berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang meletak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks beli-belah, Metro Kajang dilaporkan tenggelam, malah air turut masuk ke aras bawah kompleks itu menyebabkan peniaga serta orang ramai kelam kabut. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira - kira jam 3.51 petang dan 20 anggota dari Balai Bomba Kajang dan Cheras digerakkan ke lokasi kejadian.

"Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa.


"Usaha menyelamatkan mangsa dilancarkan di tiga kawasan utama yang dinaiki air sehingga ke paras dada iaitu Kampung Sungai Kantan, Kampung Jalan Kelapa dan Pasar Kajang," katanya ketika dihubungi.


Katanya, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Jalan Kelapa, kejadian banjir semalam terburuk sejak 40 tahun lalu di mana 12 buah rumah di situ tenggelam sepenuhnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Temberang tak menjadi

Posted: 02 Dec 2011 12:18 PM PST

ALOR SETAR: Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi.

Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.


Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Kedah, di sini.

"Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.


"Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu, dia tidak dapat menjawab.


"Suspek ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bayar komisen lepas rompak

Posted: 02 Dec 2011 12:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.

Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.


"Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Si comel di mahkamah

Posted: 02 Dec 2011 12:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu.

Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.


Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.


Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain pada 13 hingga 17 Februari tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Aligator jadi teman mainan

Posted: 02 Dec 2011 08:51 AM PST

SYDNEY: Jurulatih reptilia, Stuart Parker mempunyai rakan sekerja yang boleh membaham hingga putus lengan anda.

Bagaimanapun, pakar hidupan liar itu tidak mempunyai masalah untuk berada rapat dengan Nelson si aligator, malah bertegas menyatakan, ia selamat untuk berada hampir dengan haiwan itu.

Reptilia berkenaan berukuran tiga meter panjang dan berat hampir 120 kilogram.

Namun Stuart berkata: "Anda boleh bekerja rapat dengan aligator kerana tabiat semula jadi mereka yang 'lembut'.


"Malah, mereka akan membenarkan anda menggosok dagu mereka."


Parker melatih haiwan itu supaya bertoleransi dengan manusia di tempat pemeliharaannya untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan mudah.

"Ini bermakna kami tidak perlu mengeringkan keseluruhan kolam untuk membersihkannya dan mengalihkan aligator itu dari tempat kurungannya. Ia akan membuat haiwan itu stres," kata Stuart.

Dan meskipun dia suka untuk bergusti dengan Nelson, Parker berkata, dia tidak pernah selesa untuk bergurau dengan buaya.

"Nelson si aligator hanya berat 120 kilogram berbanding buaya air masin kami terbesar kami seberat 295 kilogram.

"Aligator tidak mempunyai kekuatan tekanan rahang seperti buaya.

"Bagaimanapun, ada perbezaannya jika anda dibaham oleh kedua-dua jenis haiwan itu," kata Parker.

Cinta aktivis hidupan liar itu terhadap aligator bermula ketika dia berusia enam tahun dan digigit oleh seekor daripadanya.

Dia bernasib baik kerana kot dan pakaiannya yang tebal menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan teruk. Sejak itu, dia tertarik dengan reptilia berkenaan.

Peminat reptilia itu kini menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Australia yang diasaskan oleh datuk dan neneknya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Lengan kudung seperti kepala ikan lumba-lumba

Posted: 02 Dec 2011 08:47 AM PST

SOFIA: Lengan kudung seorang lelaki diubah menjadi kepala ikan lumba-lumba oleh seorang pelukis tatu.

Lelaki berkenaan kehilangan lengannya akibat kemalangan.


Heine Braeck, 33, bosan dengan keadaan lengannya yang kudung sejak mengalami kemalangan di landasan kereta api ketika zaman kanak-kanak. Kerana ia kelihatan hampir sama dengan kepala ikan lumba-lumba, lelaki berasal dari Sarpsborg, Norway itu meminta pelukis tatu Bulgaria, Valio Ska membuat tatu 3D kepala ikan berkenaan. Hasilnya, sungguh luar biasa.

Ska yang menguruskan syarikat melukis tatu, 'Sofia Ink' di Bulgaria, mengambil masa tiga setengah jam untuk menyiapkan tugas rumit itu.


"Saya kehilangan lengan ketika berusia 13 tahun akibat tindakan untuk mengambil jalan pintas di atas sebuah kereta api barangan yang bergerak.


Saya hilang keseimbangan badan dan terpaksa berpaut pada wayar yang membekalkan tenaga kepada kereta api itu. Ia menyebabkan lengan saya rentung. "Saya dapati lengan yang dipotong oleh doktor itu kelihatan seperti kepala ikan lumba-lumba. "Saya akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu padanya dan menghubungi Ska untuk melukis tatu pada lengan yang kudung itu. "Rakan saya kata ia cantik dan saya sukakannya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


MSN tawar kendali atlet berpotensi

Posted: 02 Dec 2011 08:38 AM PST

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menawarkan diri mengendalikan atlet olahraga yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi tapi semuanya dengan bersyarat.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, beliau sedia mengambil alih tugas menguruskan atlet olahraga sepenuhnya bagaimanapun tidak mahu campur tangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).


Zolkples berkata, tindakan tegas itu ditawarkan selepas melihat percakaran membabitkan badan sukan negara dan persatuan itu seperti tidak berkesudahan apabila setiap usaha dilakukan pasti akan mendapat tentangan.

Luahan rasa atlet senior, Noraseela Khalid yang bengang dengan masalah dalaman KOM hingga merencatkan pembangunan atlet mendorong MSN untuk bangkit mempertahankan atlet yang dilihat berpotensi besar untuk menyerlah.


"Saya sedia tapi syaratnya saya tidak mahu KOM campur tangan. Biar semua MSN yang uruskan. Saya tidak mahu perkara sebelum ini berulang. Bila kita hantar atlet ke luar negara, mereka kecam saya. Saya hantar Noraseela ke Afrika Selatan, mereka bantah kerana hantar atlet cedera.


"Kita hantar Lee Hup Wei (atlet lompat tinggi) ke Jerman, mereka tak setuju. Semua yang MSN buat pasti tidak akan mendapat persetujuan mereka. Tapi atlet inilah yang memberikan pingat emas kepada negara.

"Biarpun kata sepakat sudah dicapai, mereka tak mengikutinya. Contohnya, kuartet 4x100m wanita negara. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sudah mengarahkan atlet berlatih dibawah Tan Kok Lim tapi mereka tak ikut," kata Zolkples.


Zolkples turut mempersoalkan tindakan KOM yang membawa lebih daripada 10 atlet menjalani latihan pusat di Miri, Sarawak dan Brunei sebelum beraksi di Sukan Sea Indonesia selain hampir tercicir emas apabila menggugurkan kuartet 4x400m lelaki negara sebelum disenaraikan semula.

Mengambil contoh Persatuan Lawan Pedang, Zolkples berkata, biarpun persatuan itu mempunyai masalah dalaman, mereka memberi pelepasan sepenuhnya kepada MSN untuk mengendalikan atlet mereka berlatih di luar negara. Hasilnya, atlet lawan pedang, Joshua Koh yang menjalani latihan di Itali selama dua bulan menyumbangkan dua pingat emas di Sukan Sea.

Full content generated by Get Full RSS.

Izzaq berehat 7 bulan

Posted: 02 Dec 2011 08:29 AM PST

SELEPAS terlepas peluang beraksi di pentas final Sukan Sea Indonesia bulan lalu, penyerang muda negara, Izzaq Faris Ramlan terus dirundung malang apabila terpaksa berehat tujuh bulan akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) lutut kiri.

Pemain berusia 21 tahun itu selamat menjalani pembedahan di Hospital Pantai Ampang, Isnin lalu selepas mengalami kecederaan akibat dikasari pemain Myanmar pada perlawanan separuh akhir Sukan Sea yang menyaksikan skuad Bawah 23 negara menang 1-0.


Bagaimanapun kecederaan paling teruk pernah dialaminya itu tidak sesekali melunturkan semangat Izzaq yang bertekad bangkit untuk menempatkan diri dalam skuad Harimau Muda A.

"Ini kali pertama saya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan. Selepas ini saya terpaksa berehat tujuh bulan sebelum boleh berlatih semula. Terpaksalah saya menjadi penonton di luar padang saja, pasti saya akan rindu untuk bermain," katanya yang pulang ke kampungnya di Kemaman, Terengganu sebaik dibenarkan keluar dari hospital semalam.


Izzaq kembali mendapat perhatian selepas menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia mengalahkan Thailand 2-1 yang mencetuskan kebangkitan skuad kendalian Ong Kim Swee ketika peringkat kumpulan Sukan Sea Indonesia.


Bagaimanapun pemain yang memiliki ketinggian 190sm itu terpaksa diketepikan pada final ketika skuad negara berjaya mempertahankan pingat emas dengan mengalahkan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Katanya, dia amat kecewa kerana tidak dapat beraksi pada final di Stadium Gelora Bung Karno itu selain gagal membantu rakan sepasukan ketika tewas 2-0 kepada Syria dan 3-2 Bahrain pada aksi pusingan kelayakan Sukan Olimpik London.


"Saya ditolak pemain Myanmar yang menyebabkan saya terjatuh dan lutut kiri terkehel. Saya tak sangka kecederaan begitu serius sehingga tidak dapat bermain pada final menentang Indonesia. Saya kecewa," kata Izzaq.

Tempoh rehat tujuh bulan itu bermakna dia terpaksa diketepikan daripada program skuad Olimpik ke Sydney Australia bermula 10 Disember ini, pusingan kedua kelayakan Olimpik dan juga aksi Harimau Muda A dalam Liga Singapura musim depan.


"Saya hanya akan bercuti di sini (Kemaman) selama seminggu dan kemudian akan menjalani rawatan di FAM. Saya harap akan kembali sembuh dan dapat beraksi semula dengan segera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Saya bukan jenis senang dibuli’

Posted: 02 Dec 2011 07:10 AM PST

RAMAI menganggap bintang program realiti mudah dibentuk kerana bakat boleh dieksploitasi untuk tujuan komersil. Keadaan itu menyebabkan ramai mendiamkan diri dan tidak berani berterus-terang hingga wujud konflik bukan diri sebenar mereka.

Cakaplah apa saja, penyanyi pop rock meningkat naik, Kelly Clarkson atau Kelly Brianne Clarkson, 29, bukan jenis senang dibuli. Dia membuktikan sikap terbuka membolehkannya menghasilkan album baru, Stronger, tanpa ada sebarang drama.

"Segala-galanya berada dalam keadaan baik, semuanya menggembirakan," katanya sambil ketawa ceria sewaktu bercakap mengenai pelancaran album barunya itu.

Kelly menganggap 13 lagu dalam album barunya sebagai rakaman paling mudah dibuat bersama syarikat rakaman. Ia disebabkan oleh kesesuaian yang diharapkan dan bukan sebaliknya.


"Saya dapat merasakan orang menggunakan diri anda seperti mana kebanyakan artis muda mencapai kejayaan sebelum ini. Dan kini baru mereka tahu siapa diri anda sebenar.


"Mereka sekarang mengenali diri saya sebagai seorang artis dan menghormati personaliti saya. Mereka tahu apa yang saya akan lakukan dan apa yang saya tidak suka dan saya dapati cara ini sangat berkesan.

"Jika anda lihat keseluruhan katalog saya, ada lebih banyak lagu sedih berbanding lagu gembira. Mungkin kerana penulisan adalah satu jenis terapi dan lirik saya tulis adalah perkara pernah dilalui dan bergelut mengatasinya," katanya.

Dari segi lagu, Kelly kelihatan menyanyi penuh emosi serta curahan perasaan.
Dia kelihatan memberi penekanan terhadap turun naik dunia percintaan hinggakan lagunya dipandang bersifat sejagat.

Apa saja datang kepadanya, Kelly bertegas tetap terus mencari kelainan kerana merasakan diri cergas dan penuh inspirasi. Kelly akui lantang bersuara.

"Orang bertanya saya dan saya memberitahu mereka. Jika berdepan masalah, saya menyuarakannya. Saya tidak menyimpan niat buruk terhadap apa dicakapkan dan hanya berkata apa yang berlaku.

"Saya rasa tidak ramai berbuat seperti ini dan mungkin membuat orang terasa. Saya tidak tahu cara lain kerana berterus-terang dan jujur adalah cara terbaik, baik dalam muzik daripada dalam diri. Jadi, saya rasa itulah yang datang," katanya.

Senario ini jelas berbeza berbanding album ketiga, My December pada 2007 dan All I Ever Wanted, album keempat dihasilkan dua tahun lalu. Ternyata semangat mencapai impian tidak datang bergolek.

Pada 2007, khabar angin mengatakan pemilik label rakaman terkenal, Clive Davis mengkritik rakaman album ketiga Kelly, My December kerana lagu tiada nilai komersil dan hambar. Penyanyi dari Fort Worth, Texas ini kemudian membuat pendedahan terbuka dan menyelesaikannya atas alasan melampaui batas.

Pada 2009, Kelly berani bersemuka dengan penyanyi dan penulis lagu kumpulan One Republic, Ryan Tedder selepas mendapati salah satu lagu dalam album keempatnya, Already Gone yang ditulis Tedder untuknya, menyamai lagu Beyonce, Halo, juga ditulis oleh Tedder hingga meminta penjelasan Tedder berhubung persamaan muzik lagu yang ditulisnya.

Dua senario ini membuktikan Kelly bukan jenis mengalah atau pasif. Penyanyi bersuara Spinto Soprano ini mengatakan dia tidak suka dianggap produk ciptaan program realiti pertandingan televisyen kerana ada bakat lain selain suara.

"Saya seorang bekerja keras dan pejuang sejak mula belajar berjalan. Kita hanya ada satu kehidupan dan saya mahu memastikan kehidupan dilalui sekarang adalah apa yang sebenar saya mahukan," katanya.

Sejak muncul juara pertama American Idol sembilan tahun lalu, kehadiran Kelly sebagai artis pop dapat dirasai tetapi ramai terlepas pandang. Statistik empat album awal terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia menjadi pengukur.

Beberapa lagu single nyanyiannya berada pada kedudukan Top 10 carta Billboard Hot 100. Antaranya Breakaway, My Life Would Suck Without You, Miss Independent dan hit terbesar, Since U Been Gone.

Kelly mementingkan kawalan kreatif terhadap muzik dan karier sejak meninggalkan American Idol dan menulis lagu untuk semua albumnya.

Untuk album barunya ini, Kelly bakal menjayakan jelajah Stronger Tour 2012 yang bagi menyokong albumnya yang dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Album Stronger membuat penampilan sulung di tangga kedua Billboard Top 200 dan tangga kedua Digital Albums Chart.

Kesemua lima album Kelly menghuni kedudukan Top 3 sebaik dilancarkan dalam pasaran. Apa lebih menarik, beberapa akhbar dan majalah Amerika Syarikat memberi ulasan perkembangan karier Kelly selama ini.

Akhbar The New York Times mendakwa Kelly kini dalam peringkat peralihan menjadi Mary J Blige 'Pop'. Akhbar USA Today pula mengatakan, dari segi vokal, Kelly tidak pernah berada dalam keadaan terbaik seperti sekarang. Majalah Rolling Stone menulis Kelly sebagai salah satu suara paling menyerlah dalam muzik.

Sejak 10 tahun lalu, Kelly sudah menghasilkan lima album studio seperti Thankful, Breakaway, My December, All I Ever Wanted dan Stronger).

Dia menerima dua anugerah Grammy, 2 Anugerah Muzik Amerika, 2 Anugerah MTV, 1 Anugerah Country dan 11 Anugerah Billboard.

Pengaruh Kelly dalam muzik datang daripada Madonna dan Dionne Warwick. Kelly terbabit dalam drama komedi, King Of The Hill dan siri televisyen, Damage Control dan banyak lagi.

PROFIL:

Nama Penuh: Kelly Brianne Clarkson
Tarikh Lahir: 24 April 24 1982
Usia: 29
Tempat Lahir: Fort Worth, Texas
Asal: Burleson, Texas
Genre: Pop rock, Pop
Karier: Penulis Lagu, Penyanyi, Produser Rekod, Aktres
Instrument: Vokal
Tahun Aktif: 2002 hingga sekarang

Album Studio:

  • Thankful (2003)
  • Breakaway (2004)
  • My December (2007)
  • All I Ever Wanted (2009)
  • Stronger (2011)

    Lakonan Drama, Siri Televisyen, Filmografi:

    2002

  • Sabrina the Teenage Witch (uncredited)
  • That '80s Show Valentine's Day (S1, Ep 2)
  • Issues 101 Crystal (as an extra) Theatrical film
  • MADtv Herself / Skits Season 8, Ep 1

    2003

  • From Justin to Kelly
  • American Dreams

    2004

  • Tidings of Comfort and Joy
  • King of the Hill Extra

    2005

  • Saturday Night Live Kelly Clarkson
  • Damage Control

    2007

  • As We Forgive Those

    2009

  • Saturday Night Live
  • Kelly Clarkson

    2011

  • Phineas and Ferb
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Tangisan ustazah

    Posted: 02 Dec 2011 06:56 AM PST

    TATKALA kebanyakan remaja mengejar untuk menjadi penyanyi dan pelakon terkenal, berbeza pendirian 11 wanita yang bersaing menerusi program realiti, Ustazah Pilihan, kerana memilih program berunsur dakwah bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Syiar Islam.

    Justeru, sesiapapun di antara mereka, Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27, Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), 27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti), 23, layak diangkat pemenang.

    Cuma dalam sesebuah pertandingan pasti ada juara dan berdasarkan beberapa aspek serta kualiti, Firuz dilihat mempunyai kelebihan sekali gus mendahului peserta lain yang ternyata tidak kurang hebat.

    Firuz yang berjaya ke peringkat akhir bersama Hidaya, Fira dan Siti, ketika ditemui pada sidang media usai Malam Kemuncak Ustazah Pilihan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Jumaat lalu, langsung tidak menjangkakan kemenangannya dan menganggap kejayaan malam itu sebagai rezeki.


    "Kemenangan ini memang tidak disangka kerana saingan daripada teman

    yang lain hebat-hebat belaka. Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus dalam pengajian agama di peringkat universiti.

    "Sementara rakan-rakan bila diminta mentafsir al-Quran dan Hadis, mereka begitu lancar sedangkan saya pula perlu mengambil sedikit masa. Pengajian yang saya ikuti sewaktu belajar lebih kepada sastera bahasa," kata gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.

    Kejayaannya itu secara tidak langsung membenarkan Firuz membawa pulang hadiah RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam termasuk biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.

    Hidaya muncul sebagai naib juara sekali gus menerima wang tunai berjumlah RM18,000, pakej umrah, barangan elektronik, pakej spa dan sebuah trofi dan
    Siti (ketiga) menerima wang tunai RM10,000 berserta Pakej Umrah tajaan Al-Riyadh Tours and Travel, barang elektronik, pakej spa Suri Permai bernilai RM2,000 dan sebuah trofi.

    Fira pula membawa pulang RM5,000, pakej percutian ke Cherating (RM2,000), pakej spa Suri Permai bernilai RM2,000 dan sebuah trofi. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

    Firuz yang mengikat tali pertunangan dua minggu sebelum bermulanya Ustazah Pilihan sekitar September lalu, memilih seorang jejaka yang kini masih menuntut di Jepun dalam bidang kejuruteraan.

    "Andai diizinkan Allah SWT, Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun 2012. Mungkin, sebahagian wang kemenangan akan digunakan untuk majlis kenduri sementara pakej Haji saya mahu berikan kepada kedua orang tua saya.

    "Kereta pula, memang saya merancang untuk membelinya sebelum ini tetapi Alhamdulillah nampaknya saya sudah mendapatkannya.

    "Itu saja yang saya sempat berfikir seketika ini kerana segala yang berlaku masih mengejutkan. Apa yang pasti saya tidak memandang ganjaran hadiah yang diberikan untuk bersuka ria.

    "Sebaliknya, satu peringatan bahawa tanggungjawab saya semakin berat serta perlu mempersiapkan diri untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan menjalankan aktiviti dakwah secara berterusan untuk kebaikan komuniti. Apatah lagi, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar," katanya.

    Ibu kepada gadis bijak dan beraut wajah manis itu, Aishah Mohd Said, 56, turut memanjatkan rasa syukur diatas kejayaan Firuz yang disifatkan sebagai seorang yang berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

    Berada di perantauan selama tujuh tahun, Firuz adalah pemegang Ijazah Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.

    Anak sulung daripada enam beradik itu mempunyai kelebihan di mana dia menguasai empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Arab, Parsi dan Inggeris dengan begitu baik sekali.

    Dr Robiah K Hamzah sebagai Mudirah (pengetua) yang dibantu Mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan, menyifatkannya sebagai peserta yang paling konsisten dan bijak mengendalikan dirinya.

    Firuz menurut Dr Robiah seorang yang lemah lembut, bersahaja, tenang, pantas mengaplikasikan tugas, cerdas fikiran, tidak mengharapkan pujian dan dorongan, mudah bergaul dengan setiap peringkat golongan serta umur, sering dahagakan ilmu serta berkeyakinan. Di mana kesemua ciri-ciri dimilikinya itu harus ada pada seorang pendakwah.

    "Pemilihan Firuz bukan diukur pada malam ini saja sebaliknya kami menilai sejak dua bulan yang lalu. Dia matang mengendalikan dirinya dengan baik. Hutan, bukit, gunung mahupun laut, Firuz dilihat mampu menghadapi tekanan dengan tenang dan bijak.

    "Keinginannya untuk menuntut ilmu itu sangat tinggi kerana sering bertanya dan tidak pernah merasakan dirinya hebat walaupun latar belakang pendidikan sungguh mengagumkan. Disebabkan itu Mudirah dan Mursyidah sepakat untuk memilihnya sebagai juara dan diharapkan di dapat mengubah lanskap bidang dakwah di negara kita," katanya.

    Pada malam akhir, peserta diberi tugasan mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan. Markah terbahagi kepada tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah). Malah penjurian tidak menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Dihoskan Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani, program terbitan Astro Oasis itu berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved