Isnin, 27 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sindiket ekor sasar kereta VIP

Posted: 26 Jun 2011 11:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sindiket ramalan nombor ekor yang menjadikan orang Melayu sebagai sasaran baru kegiatan penipuan itu bukan saja memperdayakan mangsa dengan menawarkan khidmat sami Buddha yang menjanjikan kemenangan, malah turut menjadikan pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran eksklusif sebagai sasaran.

Bergiat aktif di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan umum terutama orang Melayu, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik mudah untuk mencari mangsa dengan menjadikan pemilik kenderaan mewah dengan 'nombor VIP' sebagai sasaran untuk memperdaya mangsa kononnya boleh menggandakan wang pertaruhan dengan pertolongan sami dari negara jiran.


Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata pihaknya menerima aduan individu yang nyaris menjadi mangsa sindiket terbabit selepas bersetuju menyerahkan deposit RM50,000 untuk membeli nombor ekor.

Menurutnya, sindiket itu menyasarkan pemilik kenderaan daripada orang kenamaan (VIP) berdasarkan nombor pendaftaran tertentu selain jenis kereta yang diguna bagi memudahkan mereka menjerat mangsa dengan tawaran memenangi wang judi terbabit.

Katanya, mangsa yang menghubungi nombor telefon tertera akan diyakinkan dengan kebolehan 'luar biasa' sami terbabit dikatakan mampu meramal tepat cabutan empat nombor ekor dengan nilai kemenangan mencecah jutaan ringgit.


"Sebaik berhubung menerusi telefon, satu pertemuan akan diaturkan wakil sindiket terbabit dan kesempatan itu digunakan untuk memujuk mangsa menyerahkan wang kononnya digunakan untuk membeli nombor ramalan yang 'mendapat restu' sami.


"Tidak cukup dengan itu, mangsa ditunjukkan gambar MMS menunjukkan sejumlah besar wang yang kononnya dimenangi mereka yang menyertai 'pelaburan' nombor ekor berkenaan," katanya, semalam.

Muhd Khairun yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno berkata, mangsa akan ditunjukkan beberapa gambar wang berkenaan sebagai bukti kemenangan selain dipujuk menyertai pakej tertentu yang ditawarkan dengan harga berbeza.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes terbaru minggu lalu, mangsa terselamat daripada menjadi mangsa sindiket terbabit selepas didesak menyerahkan wang kononnya sebagai imbuhan kepada sami terbabit walaupun pada awalnya bersetuju untuk berbuat demikian.


"Selepas didesak memasukkan wang ke dalam akaun, mangsa berasa tidak sedap hati dan membatalkan hasratnya menyertai skim judi terbabit. Dia membuat aduan kepada biro," katanya.

Akhbar ini minggu lalu melaporkan kegiatan satu sindiket yang aktif di Lembah Klang dikesan cuba mengedarkan risalah itu dengan meletakkannya pada cermin kenderaan milik orang Melayu di kompleks beli-belah terkemuka di ibu negara dan Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sita 10,000 tong gas

Posted: 26 Jun 2011 11:06 AM PDT

KLANG: Satu sindiket memindahkan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dari tong gas domestik ke tong gas industri di sebuah kilang di Kampung Jawa, di sini, tumpas dalam serbuan yang dilakukan 18 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Putrajaya, malam kelmarin.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata risikan pegawai KPDNKK selama dua minggu mendapati kilang terbabit beroperasi secara haram dan tidak berdaftar di bawah KPDNKK.


"Kilang itu beroperasi selama dua tahun dan beroperasi secara sistematik. Pemilik kilang mengaburi mata pihak berkuasa dengan membina dinding besi di sekeliling kawasan memproses pemindahan kandungan gas subsidi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kilang terbabit menggunakan tujuh pam utama dan mempunyai 400 saluran paip bagi melakukan proses pemindahan gas itu.


"Kami mendapat maklumat kilang itu dari aduan orang ramai. Dalam serbuan malam ini (kelmarin), kami menyita 10,000 tong gas termasuk tong gas domestik dan tong gas industri serta tiga lori bermuatan 10 tan," katanya.


Katanya, nilai rampasan dianggarkan mencecah RM1.1 juta dan beliau percaya terdapat lagi aktiviti seperti ini yang berleluasa di Lembah Klang.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 jika disabitkan kesalahan individu terbabit akan didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Anggun enggan lagi ke Amerika

Posted: 26 Jun 2011 08:02 AM PDT

LEBIH sedekad terbang meninggalkan republik kelahirannya, Anggun Cipta Sasmi masih tidak mampu menepis rasa rindu yang sesekali menjentik hati.

Meskipun sudah selesa diulit kebahagiaan dengan suami dan anak tersayang serta membina empayar kerjaya, penyanyi yang mesra disapa Anggun ini tetap terkenang rantau tumpah darahnya. Dia tidak pernah lupa daratan walaupun menikmati kehidupan mewah di Perancis.


Apa yang menarik, kata Anggun, walaupun menetap di Paris, di rumah dia membiasakan diri untuk bercakap bahasa Indonesia dengan anaknya, Kirana Cipta Montana Sasmi yang kini menjengah usia usia tiga tahun setengah.

Apa yang nyata, Anggun menyifatkan dia seorang wanita yang sangat bertuah kerana pengembaraannya jauh ke Eropah sejak usia 20-an lagi sudah membuahkan hasil lumayan.


Kata Anggun, 37, yang mempersuamikan Olivier Maury, semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran kerana kejayaan bukan satu kerja magis yang berlaku dalam sekelip mata.


"Kalau kita mahukan sesuatu, kita kena berusaha. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Ada kalanya kaki kita terasa berat untuk mengikut keinginan hati namun kita harus kuat dan yakin mengejar impian yang jauh di depan itu.

"Saya gembira dan seronok dengan apa yang saya miliki hari ini. Ia bagai bulan jatuh ke riba dan semua yang pernah saya mimpikan sudah direalisasikan dengan hampir sempurna. Biar tidak sehebat mana atau belum lagi seluas pengaruh bintang antarabangsa lain, setidak-tidaknya saya bangga dengan apa yang saya kecapi hari ini.

"Tidak sekadar kerjaya nyanyian sedang berkembang, saya gembira kerana dikurniakan suami yang cukup memahami dan seorang anak yang begitu memberikan kebahagiaan buat saya. Andai dilihat semula, semuanya seakan berbaloi," katanya dalam satu wawancara dengan media Malaysia menerusi telefon dari Paris yang diaturkan Sony Music Malaysia, baru-baru ini.


Katanya: "Sekarang rutin harian saya kembali sibuk. Saya sibuk dengan karier nyanyian dan undangan persembahan manakala suami pula gigih mengusahakan perniagaannya.

"Tapi tanggungjawab membesarkan Kirana tetap keutamaan buat kami berdua memandangkan dia masih kecil dan memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami.

"Namun saya juga lega kerana ada seorang pembantu yang menolong sekiranya saya begitu sibuk. Sekarang saya juga sudah membuka syarikat sendiri iaitu April Earth bagi menguruskan perjalanan seni saya.

"Mungkin kerana berada di bumi orang, ia membuatkan semangat saya untuk bekerja menjadi lebih kuat. Namun saya tetap seronok walaupun sibuk," katanya yang pernah mencipta lagu khas buat anaknya berjudul Selamat Tidur dan Eden In Her Eyes yang dimuatkan dalam album Elevation.

Kali terakhir media Malaysia bersua Anggun adalah kira-kira tiga tahun lalu apabila dia datang bagi mempromosikan Elevation. Kini dia mempertaruhkan pula album terbaru yang diberi judul Echoes.


"Echoes adalah sebuah karya terbaru selepas Elevation dan kini sedang sibuk dipromosikan seluruh negara termasuk pasaran Perancis, Eropah, Indonesia dan Malaysia. Saya melihat album ini sebagai sebuah biografi yang menceritakan segala-galanya perasaan yang pernah saya alami. Lebih menariknya, ia adalah album pertama sentuhan peribadi sepenuhnya dan diterbitkan oleh syarikat saya sendiri April Earth.


"Echos adalah sebuah album seperti organik yang mana semuanya realistik dan asli. Baik pada susunan muzik mahupun garapan pembikinannya, saya cukup berbangga kerana eksperimen muzik itu berhasil.

"Maklumlah sejak penerbitan album pertama lagi, saya memang sukakan sesuatu yang baru dan segar.

"Sudah lama saya mengimpikan untuk memiliki sebuah syarikat yang mampu menguruskan kerjaya seni dan menerbitkan album sendiri.

"Akhirnya dengan kesungguhan, usaha dan sokongan daripada suami semuanya dapat direalisasikan. Mungkin saya boleh menyifatkan langkah ini sebagai satu permulaan untuk terus mencongak hari esok Anggun sebagai seorang penghibur.


"Asalnya memang saya akui beberapa kali berdepan dengan perasaan keliru dan tertekan kerana ada kalanya apa yang ingin saya terjemahkan dalam album tidak semuanya boleh disuarakan. Kebebasan itu tersekat kerana banyak pihak yang terbabit namun apabila saya beranikan diri untuk menerbitkan album ini sendiri, saya puas kerana apa yang diinginkan mampu dizahirkan," katanya dengan panjang lebar.


Bercerita mengenai langkahnya yang jauh ke depan mengorak ke gelanggang antarabangsa, terlintas pula persoalan mengapa dia belum menggegarkan dunia hiburan Amerika Syarikat dengan deretan lagu-lagunya memandangkan pernah sekali sebelum ini, lagu Snow On Sahara menembusi pasaran Amerika.


"Saya menyanyi dan mencatur perjalanan seni berdasarkan minat dan kejujuran saya sendiri. Saya hanya berdiri mengikut kata hati dan keikhlasan saya dan bukannya melihat aspek lain bagi menggerakkan langkah. Lantas saya tidak terasa untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat kalau terpaksa memperjudikan kebebasan sebagai anak seni.


"Maksud saya, kalau seseorang penyanyi itu ingin mencari ruang ke sana, mereka terpaksa meletak segala kemahuan mereka di belakang dan hanya menunduk kepada semua strategi pemasaran atau struktur perniagaan di sana. Lantas, soal personaliti, minat, selera dan identiti itu ditentukan oleh mereka dan bukannya jujur dari saya sendiri.

"Justeru mengapa harus saya memperjudikan perjuangan saya sendiri semata-mata ingin terbang jauh ke sana?" katanya dengan bersungguh-sungguh.


Dalam perbualannya itu, Anggun mengharapkan peminat di Malaysia akan menantikan kemunculan Echoes yang memberikan makna besar terhadap dirinya.

>PROFIL
NAMA PENUH: Anggun Cipta Sasmi
TARIKH LAHIR: 29 April 1974
USIA: 37 tahun
TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia
KELUARGA: Suami, Olivier Maury dan anak, Kirana Cipta Montana Sasmi
ALBUM: Snow on the Sahara, Anggun, Chrysalis, Open Hearts, Luminescence, Elevation, Echoes

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alleycats tonjol anak Loga

Posted: 26 Jun 2011 08:00 AM PDT

LAGU popular Andainya Aku Pergi Dulu, Kisah Kau dan Aku dan Sampaikan Salam Cintaku antara karya malar segar yang mengimbau kenangan peminat bersama band legenda, Alleycats.

Sejak ditubuhkan pada 1968, kumpulan ini tidak pernah berpecah apa lagi bersara. Cuma yang tiada kini adalah Loga, saudara kandung Datuk David Arumugam yang sudah pergi buat selama-lamanya.


Bertapak di kelab malam, Alleycats akhirnya disunting merakamkan album bermula yang pertama, Terima Kasih (1979) sehinggalah Rasa (2006).

Sekian lama menanti, tibalah giliran Alleycats beraksi lagi dalam sebuah konsert hebat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Tanggal yang diberikan kepada mereka adalah pada 16 hingga 18 September ini.


David ketika ditemui pada sidang media, baru-baru ini berkata, konsert anjuran Aktif Mestika Sdn Bhd dengan kerjasama IB itu bukan saja bagi menghargai peminat, tetapi meraikan ulang tahun ke-43 pembabitan Alleycats dalam bidang seni.


Band otai ini yang pernah mengadakan persembahan di IB pada 2008 dan kini bersemangat kembali menggegar pentas dalam persembahan lebih istimewa.

"Saya suka dengan IB kerana sistem audio dan ruang pentasnya sesuai untuk persembahan bertaraf konsert besar. "Dalam persembahan yang dijangka lebih sejam itu, saya akan bergantung pada reaksi peminat untuk menyanyikan lagu.


"Kalau saya kurang bercakap, mungkin saya nyanyi lebih. Bagi saya, menyanyi bersama pemuzik orkestra kali ini memberikan kelainan.

"Saya tidak pernah menyanyi bersama orkestra, tetapi pernah menggunakan instrumen tradisional. Menariknya, saya mahu melihat bagaimana lagu Alleycats disatukan dengan muzik orkestra," katanya yang masih aktif menyanyi.


Sambil berhibur, vokalis berusia 61 tahun ini menyatakan persembahan itu juga menjadi tanda penghargaan kepada Loga. Persembahan segmen pertama membawa konsep 1Malaysia menyaksikan Alleycats mendendangkan lagu pelbagai bahasa manakala segmen kedua, Tribute To Loga merujuk pada persembahan lagu popular bersama mendiang seperti Berjuta Batu, Jika Kau Bercinta Lagi dan Suratan. Segmen kedua turut menyaksikan anak Loga, Priyadashini yang akan menyanyikan lagu popular ayahnya. Itu antara tarikan konsert nostalgia ini. "Komposer Eddie Marzuki akan terbabit sebagai pengarah muzik dan kami mula berbincang mengenai bentuk susunan lagu dan muzik untuk persembahan ini nanti," katanya yang perlu merujuk kepada lirik kerana kumpulan mereka ada banyak lagu.


David berpandangan lagu Alleycats bukan saja malar segar malah berharap, ia mendidik pendengar sambil mengeratkan perhubungan keluarga antara ibu bapa dengan anak dan masyarakat majmuk.


"Alleycats bertahan dalam industri bukan kerana saya seorang, tapi atas sokongan peminat yang begitu berterusan," katanya.


Bagi Priyadashini pula, dia berusaha berkongsi pengalaman untuk menjayakan konsert ini sebagai kenangan manis buat peminat Alleycats. Gadis berusia 23 tahun ini sering mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.


"Ini merupakan pengalaman pertama kali saya beraksi di pentas IB. Saya aktif menyanyi sejak usia 17 tahun dan pernah mengadakan pelbagai persembahan seperti Festival Muzik Jazz di Korea Selatan tahun lalu.


"Pada 9 Mei nanti, saya juga ada persembahan di London. Sebenarnya saya sukar menyanyikan lagu bapa kerana ia memberi cabaran besar.


"Saya pernah menangis di pentas apabila tatkala menyanyikan lagu ayah, tetapi kali ini, saya berusaha untuk kuatkan semangat menyanyi bersama orkestra," katanya.


Hadir sama pada sidang media acara itu Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani. Tiket konsert berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 boleh dibeli di kaunter Box-Office, IB dan menerusi laman sesawang, www.ticket2u.biz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Filem Dabangg menang besar

Posted: 26 Jun 2011 09:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TORONTO: Filem Dabangg (Tidak Gentar), cerita mengenai polis yang rasuah, memenangi enam anugerah, termasuk filem terbaik pada majlis Anugerah Filem Bollywood yang diadakan kali pertama di Amerika Utara, semalam.

Jutawan cuba rasuah polis dengan kereta Maserati

Posted: 26 Jun 2011 09:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Jutawan fesyen, George Davies menawarkan dua anggota polis sebuah kereta Maserati berharga £100,000 (RM500,0000) jika mereka membebaskannya selepas ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Kita miliki kekuatan'

Posted: 26 Jun 2011 11:30 AM PDT

AURA kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Mohd Safee Sali mula yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke-143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.


"Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.

"Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini," katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.


Safee tiba di ibu negara minggu lalu selepas menamatkan saingan musim dengan kelab Pelita Jaya FC di Indonesia untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.


Dia antara sandaran utama Rajagobal untuk merobek gawang Taiwan pada perlawanan pertama pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Jika Malaysia berjaya mengatasi Taiwan yang dibimbing Lo Chih-tsung selepas aksi timbal balik di gelanggang lawan Ahad ini, mereka bakal berdepan lawan yang sudah menanti, Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai bagi merebut tempat ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan 20 pasukan.


Bagaimanapun, Safee sedar sifat terlalu yakin boleh memakan diri dan dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan pertama menentang Taiwan bagi memastikan skuad kebangsaan mendapat bekalan selesa apabila bertandang di tempat lawan.

"Skuad kali ini nampak mempunyai kekuatan di bahagian serangan ini kerana kita kena menang pada perlawanan pertama dengan Taiwan untuk mendapat bekalan selesa bagi perlawanan kedua.

"Saya harap kami dapat mengekalkan prestasi seperti ketika menewaskan Myanmar (2-0) sebelum ini," katanya.


Biarpun masih gagal meledak bersama skuad kebangsaan selepas Piala Suzuki AFF setakat ini, Safee tidak bimbang selagi dia mampu memberi sumbangan kepada kemenangan pasukan.


"Saya tak risau sama ada saya jaringkan gol atau tidak, asalkan pasukan menang. Tapi saya sebenarnya tetap yakin dengan diri sendiri, pada masa akan datang saya akan menjaringkan gol," katanya yang menjadi penjaring utama buat Pelita Jaya kembali bangkit dalam saingan selepas menduduki tangga tercorot Liga Super Indonesia.


Selain Safee, Rajagobal turut memiliki rangkaian penyerang terdiri daripada, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Shahrizal Saad dan Abdul Hadi Yahya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahali serik

Posted: 26 Jun 2011 11:27 AM PDT

KECEWA sekadar menjadi penonton pada perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 Khamis lalu tidak mahu lagi diulangi pemain pertahanan kental, Mahali Jasuli yang berharap diberi peluang untuk bersama skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Mahali, 22, terlepas peluang beraksi ketika skuad Olimpik negara menewaskan Lubnan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua Olimpik kerana digantung satu perlawanan gara-gara dilayangkan kad kuning kedua pada aksi pertama di Beirut yang berkesudahan seri 0-0.


"Memang kecewa sebab tak dapat bermain dengan skuad Olimpik menentang Lubnan, tapi saya gembira kerana mereka berjaya membawa Malaysia ke pusingan ketiga.

"Walaupun sekarang saya tak cedera dan bebas daripada penggantungan perlawanan, itu tidak bermakna tempat saya dalam skuad senior sudah terjamin kerana ramai lagi pemain bagus. Saya perlu beraksi lebih baik untuk mendapat kepercayaan jurulatih," katanya.


Selain Mahali, empat lagi pemain skuad Olimpik iaitu kapten, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas dan K Gurusamy turut dipanggil jurulatih K Rajagobal dalam senarai 28 pemain.


Mahali yang beraksi di posisi pertahanan kanan antara tonggak skuad Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Bagaimanapun kali ini, Mahali terpaksa bersaing dengan pemain Terengganu, Mohd Helmi Remeli yang dilihat begitu menyerlah ketika Malaysia menumpaskan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Kota Bharu Sabtu lalu.


"Saya harap dapat bantu skuad negara menentang Taiwan, sasaran kami mencari bekalan selesa sebelum ke tempat lawan," kata Mahali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved