Rabu, 15 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bisnes keli tipu

Posted: 14 Jun 2011 11:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa.

Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.


Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.

Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.


"Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.


"Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.


"Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.

"Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Solat sunat gerhana bulan penuh

Posted: 14 Jun 2011 10:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.


"Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. "Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku," katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.


Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Sorok mayat ibu demi wang

Posted: 14 Jun 2011 09:50 AM PDT

LONDON: Aktres televisyen yang menyimpan mayat ibunya selama enam bulan dalam bilik di kediaman mereka dan mengambil wang pencen milik wanita tua itu diberi amaran oleh mahkamah semalam yang mereka mungkin menghadapi hukuman penjara.

Jiran tetangga melaporkan tidak melihat Olive Maddock yang berusia 95 tahun sejak beberapa bulan lalu.


Mereka kemudian menghubungi polis dan polis merempuh masuk ke bilik Olive di mana mereka menemui mayatnya.

Janda kepada seorang profesor jurutera marin, Olive pernah bekerja sebagai penari tetapi kemudian dia menyendiri dan tinggal di kediaman yang kotor dan usang. Semalam, aktres Hazel Maddock, 61, yang pernah berlakon di samping bekas bintang EastEnders, Nigel Harman dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, mengakui mereka menghalang Olive daripada mendapat pengebumian secara rasmi.


Hazel juga mengakui melakukan penipuan selepas dia menuntut wang pencen ibunya dan kredit pencen ekoran kematian wanita tua itu.


Polis yang menyerbu kediaman kembar dua tingkat yang usang itu yang dihuni tiga wanita terbabit di Wallasey, Wirral, Merseyside, Ogos lalu amat terkejut dengan keadaan menjijikkan di rumah berkenaan. Mereka terpaksa memecahkan pintu bilik Olive sebelum menemui jasadnya terbaring di lantai. Pakar gagal mengesahkan punca kematiannya kerana keadaan mayatnya, tetapi ujian bedah siasat menunjukkan Olive mati antara dua hingga enam bulan lalu. Hazel dan Jasmine sepatutnya dibicarakan atas tuduhan kerana merahsiakan kematian Olive. Bagaimanapun, semalam dia mengaku bersalah kerana menghalang pengebumian secara sah wanita itu. Hazel juga mengaku menipu yang ibunya masih hidup bagi melayakkannya menerima faedah antara 6 Julai hingga 6 Ogos tahun lalu. Penipuan itu membolehkannya menerima bayaran pencen ibunya bernilai 176.92 pound (RM884.60) dan bayaran kredit pencen 34.44 pound (RM172.20).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengguna Britain, AS tinggal Facebook

Posted: 14 Jun 2011 09:47 AM PDT

LONDON: Pengguna Facebook dikatakan mula meninggalkan laman rangkaian sosial popular itu, lapor satu laporan, semalam.

Pengguna di Britain dan Amerika semakin kurang menggunakan laman itu manakala khidmat laman sesawang lain seperti Twitter dan LinkedIn makin popular. Bulan lalu, 100,000 rakyat Britain meluputkan akaun Facebook mereka. Namun, laman itu masih berkembang secara global dan mempunyai kira-kira 600 juta pengguna.


Pakar mendakwa ia akan bernilai RM300 bilion dalam tempoh beberapa bulan dan dijangka memasuki pasaran saham AS awal tahun depan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bunuh kawan ‘makan’ isteri

Posted: 14 Jun 2011 03:39 PM PDT

KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek 'menanam' sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.


Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serah kembar kurus kering

Posted: 14 Jun 2011 12:20 PM PDT

TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.

MELAKA: Tindakan seorang bapa menyerahkan tiga anaknya termasuk sepasang anak kembar berusia empat tahun untuk dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, dekat sini, Isnin lalu, atas alasan tidak mampu menjaga mereka menimbulkan tanda tanya kemungkinan kanak-kanak berkenaan disyaki didera dengan tidak diberi makan berikutan fizikal mereka yang terlalu kurus.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Hutan Perca, Alor Gajah mendakwa tidak mampu menjaga anaknya kerana bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta.


Curiga dengan keadaan fizikal ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan, pegawai JKM menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Sidatol' Aini Jafri berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ketiga-tiga kanak-kanak terbabit didera atau mengalami kekurangan zat makanan dan masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.


"Pasangan kembar bersama abangnya berusia enam tahun diserahkan kepada JKM oleh bapa mereka yang bekerja sebagai pekerja am.


"Lelaki itu menyatakan dia tidak mampu menjaga anaknya," katanya ketika melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Melaka.

Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh hak jagaan terhadap ketiga-tiga anaknya daripada mahkamah syariah selepas bercerai dengan isterinya baru-baru ini sebelum berkahwin dengan wanita lain.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan kronologi kes itu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan pada mulanya diserahkan ibu kandung mereka ke Pejabat Kebajikan Daerah Melaka Tengah pada 8 Julai 2010 ditempatkan di institusi JKM atas alasan tidak mampu menjaga mereka.

Katanya, kanak-kanak berkenaan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur sehingga Mahkamah Kanak-Kanak bersidang pada 5 Ogos 2010.


"Kanak-kanak berkenaan diperintahkan majistret diletak di bawah jagaan bapa kandung mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan membayar bon jaminan RM1,500 tanpa cagaran selama dua tahun.


"Mahkamah turut mengenakan syarat penjaga mesti hadir bersama kanak-kanak itu bagi seliaan di hadapan pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah bagi tempoh dua tahun, manakala ibu kandung dibenarkan melawat mereka," katanya.


Sidatol' Aini berkata, bapa kandung dan ibu tiri bersetuju menjaga kanak-kanak di hadapan Majistret Mahkamah Kanak-Kanak Melaka kerana pernah menjaga mereka pada usia enam bulan bagi tempoh tiga bulan.


"Sepanjang tempoh seliaan ibu bapa, kanak-kanak itu ada dibawa berjumpa pelindung dua kali dan mereka dihantar menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan kurang selera makan sehingga menyebabkan anak pertama diserahkan kepada nenek untuk dijaga kerana khuatir keadaan mereka.


"Ibu bapa kanak-kanak memberitahu doktor mengesahkan mereka sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan," katanya.


Katanya, JKM mengambil alih penjagaan kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka terlalu kurus disyaki kekurangan makanan.


"Keadaan itu mencurigakan dan kami menghantar mereka ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. Namun, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat laporan perubatan daripada doktor.


"Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan berdasarkan keadaan mereka," katanya.


Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat tanda penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit dan menegaskan perbuatan tidak memberi makan juga ditakrifkan sebagai penderaan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihak berkuasa perlu menunggu laporan perubatan kanak-kanak berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.


"Kes ini dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tidak perlu risau

Posted: 14 Jun 2011 03:40 PM PDT

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee belum mahu menekan butang panik walaupun menyaksikan anak buahnya mengalami dua kekalahan dalam tempoh seminggu termasuk dibelasah skuad Olimpik Qatar 4-0 dalam aksi persahabatan, semalam.

Menurutnya, kekalahan itu tidak boleh dijadikan ukuran kemampuan skuad muda negara kerana misi sebenar adalah berdepan Lubnan pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Beirut Ahad ini.


"Saya tak panik, kalau mahu nilai pemain biarlah berdasarkan keputusan dengan Lubnan dan bukannya mengambil kira keputusan dalam perlawanan persahabatan. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya apabila kita layak atau tidak selepas pertemuan dengan Lubnan. "Bagi peminat, kekalahan ini pastinya akan memberi gambaran buruk kepada mereka, tapi bagi saya, ini pengajaran cukup baik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pemain," katanya yang dihubungi di Doha semalam.

Kekalahan terbaru itu memberi tamparan hebat buat skuad Olimpik negara selepas kalah 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja di Phnom Penh, Selasa lalu. Dalam aksi menentang Qatar di Stadium Jassim bin Hamad, Kim Swee tidak menurunkan penjaga gol utama yang juga kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pertahanan Mohd Zubir Azmi yang baru tiba di Doha kelmarin selepas mengharungi final Piala FA.


Ketiadaan dua tonggak itu nyata dirasai selepas gawang negara dibolosi seawal minit pertama dan minit kelapan menerusi jaringan penyerang, Hassan Al Haidous.


Qatar yang baru pulang menjalani latihan selama tiga bulan di Real Madrid menambah gol ketiga menerusi Murad Naji di minit ke-33 sebelum Abdulaziz Al Ansari melengkapkan bencana skuad negara pada babak pertama dengan gol keempat di minit ke-37.

Ketinggalan dengan jaringan besar pada separuh masa pertama menyukarkan anak buahnya untuk mencipta kebangkitan apatah lagi mereka mensia-siakan banyak peluang termasuk kegagalan pemain sayap, Fandi Othman menyempurnakan sepakan penalti.


"Kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tapi Qatar bertahan dengan baik. Qatar sememangnya berada dalam kelas berlainan berbanding kita tapi itu bukan satu alasan. "Strategi kita terjejas selepas Qatar menjaringkan gol awal. Pemain sepatutnya fokus sebaik permainan bermula," kata Kim Swee.

Skuad negara akan meneruskan latihan di Doha sebelum berangkat ke Beirut, esok bagi perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lubnan di Stadium Sport City.


Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun ini. Malaysia layak beraksi ke pusingan kedua selepas melepasi halangan awal, menewaskan Pakistan menerusi agregat 2-0, Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat senior gugur

Posted: 14 Jun 2011 11:14 AM PDT

PENGGUGURAN empat muka lama daripada senarai pelumba kebangsaan bagaikan satu amaran awal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhadap pelumba sedia ada agar memberi aksi terbaik sebelum senarai akhir enam pelumba ke Sukan Sea, Palembang diumumkan.

Empat pelumba, Zamri Mohd Salleh, Nor Ridzuan Zainal, Fallanie Ali dan Wan Mohd Najmee Wan Mohamad antara muka lama digugurkan dari skuad kebangsaan atas alasan prestasi dan pengguguran itu sekali gus menutup peluang empat pelumba itu untuk beraksi di Sukan Sea, Disember ini.


Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, keputusan itu diambil selepas menilai beberapa aspek termasuk pandangan daripada ketua jurulatih lebuh raya negara, Graham Seers.

Katanya, seramai 10 pelumba disenarai pendek dalam skuad Sukan Sea, sebelum senarai akhir enam pelumba diumum Oktober ini.


"Keputusan dilakukan berdasarkan pandangan Seers namun pelumba digugurkan itu mungkin diserapkan semula andai menunjukkan keputusan baik dalam Grand Prix Kebangsaan," katanya.


Pelumba disenaraikan membabitkan Suhardi Hassan, Muhammad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fakrullah Alias, Faris Razak, Mohd Nazri Muhammad, Sarham Miswan, Nik Mohd Azwan Zulkifli, Mohd Aim Mohd Fauzi, Mohd Al-Ghazali Abdul Hamid dan Mohd Zulhilmi Hafiz.

Bagaimanapun pemilihan terakhir akan membabitkan tambahan beberapa pelumba terdiri daripada Amir Mustafa, Mohd Adiq Hussainie yang kini bersama pasukan Drapac Porsche di Australia, Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin bersama TSG dan Ng Yong Li (Le Tua).


Dengan barisan sedia ada dan beberapa pelumba berpengalaman, Abu Samah melahirkan keyakinan terhadap keupayaan skuad lebuh raya untuk kembali membawa pulang emas selepas kali terakhir melakukannya di Sukan Sea, Manila pada 2005 menerusi Suhardi Hassan dan sekadar merangkul perak di Korat dan gangsa di Laos.

Katanya, kehadiran Amir dan Adiq yang berkeupayaan beraksi di laluan landai dan berbukit mampu membantu menguatkan barisan pelumba negara apabila beraksi di Palembang.


"Semua pelumba ini akan dipanggil semula untuk berada dalam kem negara. Kemampuan mereka akan dinilai bagi memastikan pasukan terkuat dapat dibentuk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved