Khamis, 8 September 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


4 minit menggerunkan

Posted: 07 Sep 2011 11:16 AM PDT

SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.

Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.


Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Terkedu kena samun

Posted: 07 Sep 2011 10:31 AM PDT

KLANG: Seorang wanita berusia separuh abad terkedu apabila disamun seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kereta itu dan menghampiri mangsa.

"Suspek mendakwa dia anggota keselamatan dan menunjukkan kad biru kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang terpinga-pinga mengikut arahan.


"Mangsa dibawa ke arah lorong belakang kuil berhampiran rumah mangsa dengan kereta sebelum menurunkannya di situ.


"Selepas itu suspek merampas beg tangan mangsa mengandungi wang tunai kira-kira RM1,000 serta rantai leher dan meninggalkan mangsa terpinga-pinga sebelum suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, ketika kejadian suspek memakai kemeja-T hitam dan berseluar coklat manakala suspek berbadan gempal serta berkulit gelap.

Beliau berkata, tindakan memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.


Dalam perkembangan kes lain, katanya, kelmarin pihaknya menerima sembilan laporan kes curi motosikal.

Menurutnya, kebanyakan kes curi motosikal itu mungkin berlaku ketika orang ramai pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri lalu.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Aku nak tengok penjahat’

Posted: 07 Sep 2011 11:13 AM PDT

SERI ALAM: Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu," kata S Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas menyamun dan menetak dia dan isterinya.

"Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.


"Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Cemas di KLIA

Posted: 07 Sep 2011 11:13 AM PDT

SEPANG: Sebuah pesawat Pakistan International Airlines terpaksa dikuarantin unit pemusnah bom sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan terdapat bom di dalam pesawat berkenaan malam tadi.

Pesawat yang tiba kira-kira jam 9.30 malam itu di KLIA dan dijadualkan berlepas ke Lahore melalui penerbangan PK-899, malam tadi, terpaksa dikuarantin selepas pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kewujudan bom berkenaan.

Menurut sumber, seorang anggota polis di lapangan terbang berkenaan membuat laporan polis selepas pihaknya menerima satu panggilan telefon mendakwa pesawat itu diletakkan bom.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Berhad (MAB) ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima panggilan bom itu, namun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan lanjut masih dilakukan.


"Pesawat yang mendarat lewat 30 minit daripada dijadualkan itu dikuarantin bermula jam 10 malam.


"Semua penumpang termasuk kru penerbangan seramai 177 orang diarah keluar daripada pesawat berkenaan sebaik mendarat," katanya.

Jurucakap polis berkata, sebaik semua penumpang dan kru penerbangan meninggalkan pesawat itu, unit pemusnah bom memulakan tugas untuk mengesan bom berkenaan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, usaha mengesan bom terbabit masih dijalankan.

"Berikutan itu, hampir keseluruhan landasan di lapangan terbang itu terpaksa ditutup bagi memudahkan operasi mengesan bom berkenaan dilakukan selain mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Safee tak sabar gegar

Posted: 07 Sep 2011 09:14 AM PDT

KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.

Kali ini kelab Liga Divisyen Dua England yang diambil alih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee tahun lalu itu membuka pintu buat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) selepas kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu mendapat peluang terbabit.


Namun Mohd Safee yang juga penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC bakal terlebih dulu diuji bersama kelab berpangkalan di Wales selama dua minggu bermula Isnin ini dengan Mohd Safiq perlu memberikan komitmen bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

"Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya tidak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris. Malah ketika kecil saya mengimpikan beraksi di sana dan kini saya sudah dapat peluang melakukannya.


"Pintu sudah terbuka untuk saya. Ia peluang sekali dalam seumur hidup dan saya akan berikan segala-galanya untuk membuktikan kemampuan," kata penyerang berusia 27 tahun itu yang sering dibandingkan dengan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.


Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu adalah antara tonggak yang membantu Malaysia menjuarai piala rebutan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama sehingga memikat hati Pelita Jaya FC untuk mengikatnya, sekali gus menjadi pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).

Malah kehadirannya di kelab terbabit amat dirasai apabila menjaringkan sejumlah gol penting untuk mengelakkan Pelita Jaya FC tersingkir ke liga bawahan.


Mohd Safee juga mempamerkan sentuhan berbisa pada Julai lalu apabila meledak dua gol ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Dua bekas EPL perkukuh Selangor

Posted: 07 Sep 2011 09:04 AM PDT

KELIBAT dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang beraksi di posisi serangan dan tengah akan menguatkan Pilihan Selangor dalam usaha merampas kembali Piala Sultan Selangor edisi ke-10 tahun ini pada perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 1 Oktober ini.

Malah, bekas pemain EPL terbabit berkemungkinan besar akan bergandingan dengan bekas pemain Selangor yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali dalam aksi menentang Pilihan Singapura itu.


Pengerusi jawatankuasa penganjur kejohanan terbabit, Datuk Abdul Karim Munisar menjelaskan pengumuman terperinci mengenai dua bekas pemain EPL terbabit akan dibuat selepas mendapat persetujuan.

Ini dilihat langkah drastik dalam menguatkan skuad Selangor yang kini terumbang-ambing dalam kancah bola sepak tempatan selain menamatkan penantian untuk membawa pulang piala terbabit selepas kali terakhir dimenangi pada 2008.


Malah usaha terbabit turut mendapat reaksi positif jurulatih Selangor, K Devan yang menyifatkan kehadiran tiga pemain itu bakal mengimbangi lawan yang akan dibarisi ramai pemain import.


"Sudah dua tahun (2009 dan 2010) kami beraksi tanpa pemain import, permainan memang berat sebelah dan kali saya berharap ia akan lebih seimbang. Ia juga berlangsung pada tarikh yang sesuai kerana saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia sudah tamat sepenuhnya," katanya.

Terdahulu berlangsung majlis penajaan untuk kejohanan edisi ke-10 terbabit berjumlah RM1.7 juta yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Selain aksi Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura, para peminat turut akan dihiburkan dengan aksi veteran Selangor menentang Singapura.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Lakonan terbaik untuk peminat

Posted: 07 Sep 2011 05:54 AM PDT

MELIHAT pada jalur kerjaya dan jadual seni pelakon popular, Fasha Sandha, 27, tiada ruang yang kosong dan masa yang terluang kerana setiap hari dipenuhi pelbagai undangan lakonan dan komitmen sebagai anak seni.

Bagaimanapun, peluang berbual panjang dengannya beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilfitri untuk sesi fotografi, Fasha menyuarakan rasa bahagianya yang bagai tersekat jauh tersembunyi.

Fasha yang juga memiliki salon Chinta, bagai melepaskan segala cerita dan sembang yang ingin dikongsikan buat tatapan peminat yang tidak henti menyokongnya.

Jelasnya, kedatangan Syawal kali ini mengundang seribu rasa bahagia dan gembira kepadanya. Tidak sekadar pada aspek kerjaya dan perniagaannya yang kian berkembang baik, malah soal peribadi yang dulunya dijentik kuat juga sudah tidak lagi dibicarakan.


"Bertahun-tahun menjadi pelakon, saya sudah lali dengan sepak terajang industri. Kalis sudah rasanya berdepan dengan apa saja spekulasi dan kontroversi. Tapi alhamdulillah semua itu tidak sekelumit pun mematahkan semangat saya, apatah lagi rasa putus asa. Sebaliknya, semua itu disimpul kemas menjadi senjata terbaik untuk terus bertahan.


"Sekian lama membina empayar sebagai pelakon, perlahan-lahan saya mengukuhkan lapangan baru sebagai ahli perniagaan. Kini saya sudah mampu tersenyum melihat kejayaan yang ada atas hasil usaha dan kesungguhan. Itulah hadiah terindah saya sifatkan dalam meraikan kedatangan Aidilfitri kali ini.

"Tidak hanya berkumpul dengan sanak-saudara dan menghabiskan masa terluang bersama keluarga, saya sendiri berasa puas dan gembira dengan pencapaian diri sendiri. Setidak-tidaknya, masih ada ruang buat saya bernafas walau dibelit seribu satu dugaan," katanya yang menghabiskan cuti selama lima hari beraya bersama keluarga di Kuala Perlis dan Kangar.

Senyuman yang terukir petang itu bukan pada soal peribadi yang ada kalanya luas dibentangkan media, jauh sekali kepingin bercinta lagi, sebaliknya anak kelahiran Johor Bahru, Johor pada 28 Mac 1984 ini bahagia dengan rezeki dan peluang yang tidak henti diberikan kepadanya.

Fasha juga sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Cinta Elysa dan ruang buatnya berlakon filem tidak dapat dipenuhi walaupun banyak menerima tawaran.

"Ada kalanya saya terfikir sendiri, tersenyum dan bersyukur kerana undangan lakonan tidak henti datang mencurah walaupun penat juga nama saya dikaitkan dengan pelbagai cerita sebelum ini. Ironinya, ia langsung tidak menggugat kepercayaan pihak produksi atau kepercayaan saya pada lakonan.

"Bayangkan jadual kerjaya saya begitu padat sekarang. Sejurus habis penggambaran drama siri 5 Tahun 5 Minit dan Dewa Cinta, saya terus berlari ke lokasi telefilem sempena Aidilfitri yang ditayangkan minggu lalu, Ku Petik Dosa. Belum sempat rehat, saya terus ke lokasi drama siri Cinta Elysa pula hingga kini.

"Saya bertuah kerana berpeluang bekerja dengan ramai pengarah dan pelbagai genre cerita. Watak yang diberi juga jauh lebih matang berbanding sebelumnya yang mampu menyerlahkan kematangan dan kemampuan dalam lakonan.

"Mungkin ini peluang terbaik untuk saya meletak sepenuh fokus bagi mengukuhkan lagi lakonan serta mempelbagaikan lagi bakat yang ada buat peminat yang setia menyokong," katanya yang turut gembira dengan sambutan baik pelanggan terhadap salon Chinta miliknya.

Melihat wajah si empunya senyuman manis ini yang banyak mewarnai drama televisyen hari ini tiada siapa yang sedar yang Fasha terpaksa menolak beberapa tawaran filem.

Meskipun layar lebar menjanjikan skala yang lebih besar dan profil kerjaya yang kuat, bintang filem Anak Halal dan Cicakman ini tidak pernah menjadikan soal itu sebagai kayu ukur pada kerjayanya. Sebaliknya, jelas Fasha berkali-kali, apa yang menjadi keutamaannya adalah kekuatan skrip dan kelainan pada watak yang diberi.

"Sejak awal pembabitan saya, memang cukup mementingkan skrip dan watak kerana saya percaya itu adalah kunci yang membawa kepada kejayaan seseorang pelakon. Tidak timbul soal filem atau drama kerana jika plot ceritanya kuat, ia akan tetap membawa nama seseorang pelakon itu ke tahap yang lebih baik.

"Lihat saja drama Natasha yang saya fikirkan banyak membantu memperkenalkan nama saya dengan lebih cepat kerana penonton lebih merasai karakter yang saya terjemahkan. Itu lebih penting kerana sebagai pelakon, saya hanya inginkan yang terbaik buat peminat dan bukannya pada profil semata-mata kerana banyak mewarnai naskhah layar lebar.

"Drama Cinta Elysa ini skripnya begitu kuat, begitu juga plot cerita serta perwatakannya hingga berjaya menarik minat saya. Lagipun ia ditulis penulis skrip yang sama dengan drama Natasha iaitu Sharifah Abu Salim. Saya yakin ia mampu mengulangi fenomena Natasha.

"Bagaimanapun, saya akui terpaksa menolak beberapa tawaran filem tapi semua itu bukanlah soal skrip yang tidak menarik, sebaliknya masalah masa dan jadual yang bertembung. Prinsip yang saya amalkan adalah tidak mengambil dua tawaran dalam satu masa kerana bimbang terlalu penat dan hilang fokus," katanya.

Mengakui kini sudah memegang beberapa skrip drama dan filem untuk dipertimbangkan, Fasha yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem 4 Madu yang ditayangkan tahun lalu, begitu berhati-hati dan teliti akan projek barunya.

"Setakat ini saya sudahpun meneliti beberapa skrip drama siri untuk tayangan Astro serta dua skrip filem termasuk karya romantik komedi terbitan Tall Order Production yang masih perlu saya pertimbangkan.

"Saya akan memilih mana yang berkualiti dan boleh memberikan saya kepuasan maksimum sebagai pelakon," katanya yang merancang mengadakan rumah terbuka buat peminat dan teman rapat di salon Chinta, minggu depan.

Drama Cinta Elysa akan mula disiarkan di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam mulai minggu depan. Drama 13 episod ini turut menggandingkannya buat pertama kali dengan Johan Ashaari dan akan menyingkap satu lagi plot cerita berkisar kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

PROFIL

Nama sebenar: Nur Fasha Sandha Hassan
Tarikh Lahir: 28 Mac 1984
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Drama: Kasih... Relaku pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Sutera Maya, Spa Qistina, Duyung Aridinata, Chinta, Samson Delaila, Dia Atilia, 5 Tahun 5 Minit, Dewa Cinta, Ku Petik Dosa dan Cinta Elysa
Filem: Skrip 7707, Cicakman 2: Planet Hitam, Cinta U-Turn, Evolusi KL Drift, Anak Halal, Nana Tanjung 2, 9 September, Cicakman, Cinta, Nana Tanjung, Gong, Bujang Senang, Anak Mami Kembali, SH3 The Movie, Berlari Ke Langit, Bintang Hati dan Black Maria
Iklan: Darlie, Sunsilk, Maybelline, Garnier, Maxis, Petronas, Nokia, Darlie, Pantene, Total Image, Walls Ice Cream dan Fair & Lovely
Pencapaian: Pelakon Wanita TV dan Filem Popular sebanyak empat kali di Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Travelog AirAsia 26 episod di TV3

Posted: 07 Sep 2011 05:45 AM PDT

LEBIH 20 tahun terbabit dalam bidang hiburan tempatan, orang kuat AirAsia, Edd Razhe diberi kepercayaan muncul di depan kamera pula bagi mengendalikan program sendiri buat julung kalinya.

Edd yang juga Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, bakal mengacarakan program Travelog AirAsia Bersama Edd Razhe yang turut dijayakan bersama hos undangan terdiri dari barisan selebriti popular tanah air. Program 26 episod ini bakal disiarkan di TV3 bermula penghujung Oktober ini.

Seramai 20 artis wanita terkenal yang bakal terbabit dalam program ini seperti Maya Karin, Fauziah Latiff, Ella, Nurul Syuhada Nurul Ain, Fara Fauzana, Intan Ladyana, Nora Danish, Alyah, Fasha Sandha, Juliana Evans, Daphne Iking dan ramai lagi.

Semua artis akan disolek oleh jurumekap terkenal, Zulfazli Suhadi.


Tidak ketinggalan, penampilan enam artis lelaki popular, Remy Ishak, Fizo Omar, Aaron Aziz dan Azhar Sulaiman. Lebih bermakna, program ini turut menampilkan bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin Rajab dalam satu episod.


Bukan saja selebriti, destinasi negara yang bakal dipaparkan juga memang mempunyai tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Antara lokasi yang bakal dipaparkan termasuk Paris, Christchurch (New Zealand), Korea, Jepun, Perth dan Gold Coast (Australia), New Delhi, Tehran dan Jeddah.

Secara peribadi, Edd yang pernah menjadi pengurus kumpulan Feminin, Maya Karin dan Yasin turut bersyukur kerana diberi kepercayaan TV3 dan AirAsia mengacarakan program menarik itu.

"Semuanya bermula apabila saya tampil dengan idea untuk buat program ini dan ia juga dipersetujui Pengasas dan Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengasas Bersama Tune Group dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun serta Datuk Seri Farid Ridzuan yang tertarik untuk merealisasikan program ini.

"Sebelum ini, saya pernah menjayakan Majalah 3 bersama Nurul Syuhada dan sedikit sebanyak pengalaman itu memberi keyakinan tinggi pada saya memikul tanggung-jawab besar mengacarakan program ini.

"Selain itu, saya juga dibantu kawan termasuk rakan artis untuk merealisasikan program ini seperti direncanakan. Sebagai pengacara, saya bersedia memberikan yang terbaik pada program ini mengikut kemampuan sendiri," katanya.

Mengenai pemilihan artis, kata Edd, semua selebriti yang terbabit dalam program ini ialah mereka yang rapat dengannya sejak dulu. Ia lebih memudahkannya bekerja kerana sudah kenal lama dan lebih selesa bekerjasama dengan rakan artis yang sudah kenal hati budinya.

"Bukan itu saja, mereka juga sudah tahu cara saya bekerja bagi memudahkan kami merealisasikan program ini. Sepanjang mengacarakan program ini, saya turut dibantu produser dan jurukamera TV3 yang turut membuat liputan untuk semua episod di lokasi yang dipilih," katanya.

Selaku Produser Eksekutif, Edd berkata, apa yang menarik mengenai Travelog itu adalah konsep santai dan berbeza dengan program Majalah 3 yang memaparkan isu yang lebih serius.

"Terus terang, saya akan mengacarakan program ini dengan cara sendiri serta mengikut keselesaan sepanjang ia bersiaran nanti. Program ini dihasilkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Episod pertama akan memaparkan saya meneroka kota Paris bersama Maya Karin dan kami akan berangkat ke sana pada 26 September ini.

"Di Jeddah pula, kami akan paparkan cara orang Islam menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Selain pengacara, saya juga bertanggungjawab dari segi kandungan program dipaparkan nanti," katanya.

Sementara itu, Edd turut bercerita kenangannya ketika bekerjasama dengan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti di Mogadishu, Somalia pada 2 September lalu.

Katanya, arwah antara jurukamera daripada Bernama yang paling rapat dengannya kerana sudah kenal iaitu sejak 10 tahun lalu. Arwah juga sering membuat liputan pelbagai majlis anjuran AirAsia yang berlangsung di Kuala Lumpur sebelum ini.

"Arwah pernah membuat liputan bersama AirAsia ke Miri (Sarawak), Medan dan Korea sebelum ini. Antara kenangan yang sukar dilupakan ketika bersama arwah ketika dia membuat liputan majlis menandatangani perjanjian antara AirAsia dan Manchester United, tiga tahun lalu.

"Saya dan AirAsia memang suka dengan hasil kerjanya yang bagus, kreatif dan ada kelainan berbanding jurukamera lain. Kami di AirAsia cukup terasa dengan pemergiannya itu. Apapun, kita kena reda dengan ujian Tuhan yang lebih menyayanginya," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kegilaan baru di Internet

Posted: 07 Sep 2011 09:45 AM PDT

NEW YORK: Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu.

Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.


Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.

Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.


Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .


Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka 'Batman Boilers' dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.

"Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini," kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi

Lelaki curi 35 rangka manusia dari gudang ditahan

Posted: 07 Sep 2011 09:42 AM PDT

TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan ditahan kerana mencuri 35 rangka manusia yang ditemui di kawasan pembinaan di utara negara itu, kata polis, semalam.

Rangka yang tidak dituntut dari kawasan perkuburan lama itu diletakkan sementara waktu di sebuah gudang. Suspek mencuri dan membawanya ke Taipei di mana dia ditangkap, kata polis di wilayah Miaoli. Suspek yang bekerja di rumah mayat dan mempunyai rekod mencuri serta penyalahgunaan dadah berkata, dia bimbang rangka itu - yang digali ketika pembinaan sebuah muzium - akan dicuri kerana gudang itu tidak berkunci.


Suspek meletakkan rangka itu di dalam trak yang diparkir di sebuah taman di Taipei selama sebulan sebelum dia ditahan. - AFP

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved