Selasa, 21 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bina disiplin & kesabaran

Posted: 21 May 2013 07:17 AM PDT

Teruja melihat kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun sedang asyik melenturkan anak panah pada busurnya, kemudian melepaskannya ke atas. Anak panah terbang tinggi ke udara lalu menjunam terpacak di tanah pada kejauhan hampir 50 hingga 100 meter. Tidak kira lelaki mahupun perempuan melakukan aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Jelas terpancar kepuasan pada wajah masing-masing ketika melepaskan anak panah dan mengutipnya kembali.

Walaupun pada petang itu cuaca gelap dan hujan renyai-renyai namun masing-masing sanggup basah dan berlatih di dalam hujan. Kemudian mereka beredar ke dalam khemah disediakan untuk mendapatkan maklumat daripada jurulatih yang juga pengasas dan penyelaras Program Learning Archery Through Play (LEAP), Sheikh Fuad Sheikh Mahmud bersama isterinya Thuraiya Zakaria Omar Bagharib.

Jika diperhatikan sukan memanah kanak-kanak agak kurang menyerlah berbanding aktiviti lain seperti berenang, balet atau seni mempertahankan diri namun memanah mempunyai banyak kebaikan bukan saja pada kesihatan tetapi mental dan emosi.

Menurut Sheikh Fuad, aktiviti memanah dapat membantu individu terutama kanak-kanak membentuk emosi positif, membina daya tumpuan tinggi, sabar dan berdisiplin selain mengatasi rasa ketakutan.

Foto

SHEIKH FUAD menunjukkan teknik yang betul memegang anak panah.


Program belajar sambil bermain yang diperkenalkan Sheikh Fuad ini adalah kesinambungan daripada kepercayaan serta kebolehan yang ditunjukkan anak bongsunya Abdul Rahman Bajrai, 14, yang mula mengenali sukan memanah sejak berusia empat tahun.


Bermula hanya sekadar hobi, pasangan ini membawa Abdul Rahman bersama setiap kali latihan memanah. Melihat kecergasan dan kepantasan kanak-kanak ini mempelajari langkah demi langkah sukan yang menjadi sunnah Nabi Muhamad SAW ini menyebabkan Sheikh Fuad dan Thuraiya memberi galakan kepada anaknya menjadi pemanah terbaik suatu hari nanti.

"Pada mulanya saya membuat sendiri busur daripada buluh dan anak panah daripada ranting pokok bagi membolehkan Abdul Rahman berlatih sendiri. Selepas melihat kesungguhannya baru kami membeli busur dan anak panah khas untuknya ketika dia berusia lapan tahun," katanya ketika ditemui di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama pelajar dari Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi yang menyertai latihan memanah.

Melihat kesungguhan Abdul Rahman dalam sukan memanah mendorong pasangan suami isteri ini menghantar anak mereka menyertai Pertandingan Memanah Tradisional anjuran Persekutuan Memanah Berkuda Dunia (WTAF) di Korea ketika berusia 10 tahun.

"Alhamdulillah Abdul Rahman berjaya memenangi Anugerah Memanah Popular pada 2009 dan pada 2010 sekali lagi dia menyertai pertandingan memanah dan memenangi pingat emas untuk kategori kanak-kanak junior di Hungary ketika berusia 11 tahun," katanya.

Melihat kejayaan anaknya, memberi dorongan kepada Sheikh Fuad untuk memperkenalkan sukan ini kepada kanak-kanak seawal mungkin kerana keupayaan mereka mempelajari sesuatu semakin meningkat apabila didedahkan sejak kecil. Oleh itu dia menyediakan modul latihan memanah dan berkuda kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun juga kepada mereka yang meminatinya.

Tambahnya, aktiviti memanah dapat membantu individu terutama generasi muda membentuk emosi positif, membina konsentrasi, keyakinan diri, kesabaran dan berdisiplin tinggi selain membantu mengatasi rasa ketakutan.

Pada kanak-kanak bukanlah kemahiran bersenjata yang begitu ditekankan, apa yang penting selain keselamatan proses pembelajaran ialah menjadikan mereka lebih komited dan sabar melaluinya.

Menurut Thuraiya, sejak 2007 hingga 2008 LEAP banyak menerima jemputan daripada sekolah swasta Islam yang meminta mereka membuka kelas kepada pelajar sekolah rendah. Ini mungkin kerana pendedahan serta keterbukaan ibu bapa mengenai pentingnya mempelajari sukan yang menjadi amalan atau sunah Rasulullah seperti sabda Nabi Muhammad supaya umatnya mempelajari memanah kerana sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah seumpama satu taman dari taman-taman syurga dan ajarkan anak-anak berenang, memanah dan berkuda kerana ketiga-tiga perkara itu bakal memberi faedah kepada mereka.

Apa yang ditekankan kepada kanak-kanak selain daripada teknik memegang busur dan panah mereka didedahkan mengenai sejarah Nabi Adam bagaimana dia diajar oleh Jibrail cara memegang anak panah dengan betul. Ini secara tidak langsung menambah pengetahuan mereka mengenai sejarah kenabian serta memupuk kecintaan terhadap sukan ini.

"Setiap pergerakan serta teknik memegang panah mempunyai maksud tertentu dan ia menjadi lambang kepada cara barat atau tradisional. Namun di antara kedua-duanya, teknik tradisional lebih kuat dan memberikan pelbagai kebaikan kepada pemanah," kata Thuraiya.

Untuk kelas memanah kanak-kanak, LEAP menyediakan sebanyak 12 sesi dengan satu sesi mengambil masa kira-kira 45 minit. Daripada maklum balas orang ramai terutama guru dan ibu bapa, anak-anak yang mengikuti kelas memanah dapat memperkukuhkan kekuatan emosi dan fizikal mereka apabila setiap peserta akan meletakkan sasaran dan memberikan tumpuan seratus peratus untuk mengenai sasaran.

Ini memberi kesan kepada pembangunan motor, koordinasi deria dan kekuatan tubuh terutama pada bahagian atas terutama tangan dan mata.

"Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya memerlukan satu kekuatan fizikal. Malah teknik membidik ini sekiranya dilatih dapat melahirkan semangat wira dalam diri anak-anak. Selain itu memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan serta menjadikan seseorang itu sabar dan tidak gopoh.

"Ini kerana sekiranya emosi pemanah tertekan, ini akan mengakibatkan panahan mereka mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih kanak-kanak menjadi lebih tenang dan menstabilkan emosi. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik," jelasnya.

Apa yang tidak disedari adalah peningkatan kekuatan sama ada fizikal mahupun emosi. Ini kerana setiap bow (tarikan ketika memanah) mempunyai kekuatan berbeza. Misalnya Rasulullah menggunakan busur dengan kekuatan bow 80 hingga 130 paun dan ini tentunya memberikan kelajuan yang yang sangat tinggi. Namun sekiranya latihan dilakukan secara konsisten, sedikit demi sedikit kekuatan akan bertambah yang datangnya bukan saja menerusi luaran tetapi mental dan emosi.

"Membina kekuatan menerusi aktiviti memanah adalah satu proses yang mengambil masa namun kesannya sangat luar biasa. Ini kerana sekiranya dibentuk sejak kanak-kanak bayangkan bagaimana tahap kekuatan yang mampu dibina dalam diri anak-anak kecil ini sehingga satu masa mereka bukan saja menjadi seorang yang kuat fizikal tetapi rohani dan jasmani. Inilah yang sangat diperlukan bagi melahirkan insan yang berjaya," katanya.

Menerusi program LEAP jelas Thuraiya, ia mampu memberi simulasi daya keyakinan, memperkembang minat dan motivasi untuk bersukan di kalangan kanak-kanak. Ia juga turut dikaitkan dengan proses muhasabah bagi membuat penilaian, menetapkan pendirian serta membuat keputusan.

Menerusi aktiviti memanah berkuda pula ia secara tidak langsung membentuk perwatakan dan keperibadian menjadi lemah-lembut, merendah diri dan tenang.

Ini kerana mereka yang mengikuti sukan ini jelas mengikut sunnah Nabi Muhammad bukan setakat merangkumi aktiviti tetapi keperibadian meskipun ada antaranya bukan beragama Islam.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai LEAP boleh melayari laman sesawang www.pemanah.net atau laman Facebook Sunnah Memanah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

Teknik bancuh kopi

Posted: 21 May 2013 07:05 AM PDT

Aroma kopi yang baru dibancuh memang menggoda. Ia juga memberi kesegaran apabila seseorang itu letih, mengantuk atau ketika menghadapi cuaca sejuk.

Selalunya, peminat tegar minuman kopi akan berpuas hati jika kopi yang diminum itu dibancuh sendiri kerana rasanya lebih enak dan boleh diadun mengikut cita rasa sama ada mahu lebih pekat, sederhana atau ringan.

Pemilik kafe CoffeeSociete, Kar Wai berkata, jika ingin membancuh sendiri kopi di rumah kita perlu menggunakan alat sesuai seperti pembancuh kopi jenis French Press dan Hand Drip.

"Namun, French Press mudah digunakan bagi membancuh kopi dan rasanya lebih pekat berbanding teknik Hand Drip.

Foto

SEDIAKAN pembancuh kopi French Press, Hand Drip, air panas dan serbuk kopi.

Foto

MASUKKAN serbuk kopi ke dalam French Press dan tuang air panas secara perlahan-lahan secara memusing agar sebati dan tutup.

Foto

SELEPAS tiga minit, buka penutup dan tekan perlahan-lahan bancuhan kopi tadi.

Foto

MINUMAN kopi sedia dinikmati dengan mudah menggunakan French Press.

Foto

SEDIAKAN alat lengkap untuk membancuh kopi menggunakan Hand Drip.

Foto

TUANG serbuk kopi ke dalam bekas yang diletak kertas penapis.

Foto

RATAKAN air ke atas serbuk kopi secara perlahan-lahan dalam tempoh tiga minit.

Foto

SEDIA dinikmati dalam cuaca sejuk atau panas selain membantu menyegarkan badan yang letih.


"Sebaiknya jika ingin membancuh sendiri kopi di rumah, gunakan air panas yang kurang daripada 90 darjah Celcius bagi mengelakkan aroma harum kopi hilang.


"Ini kerana perbezaan suhu air panas yang digunakan akan memberikan rasa atau aroma berlainan kepada kopi yang dibancuh," katanya ketika menunjukkan cara betul menghasilkan minuman kopi sempurna.

Tambahnya, sebaiknya tempoh yang digunakan untuk membancuh kopi adalah tiga minit bagi mendapatkan rasa kopi sebenar dan tidak terlalu pahit.

Sementara itu, Kar Wai yang membuka kafe berkenaan bersama adiknya, Kar Heng adalah peminat tegar minuman kopi disebabkan rasanya enak dan aroma yang harum.

Kafe yang dibuka di Publika, Mont Kiara itu pernah dinobatkan sebagai tempat ketiga teratas untuk minuman kopi terbaik oleh TimeOut KL 2012 di Publika.

Bagi memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggemar minuman itu menghirup secawan kopi di kafe yang dibuka sejak lebih setahun lalu itu, mereka memilih menggunakan 100 peratus sumber kopi jenis Arabica dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Sementara itu, untuk pembaca yang masih belum mengetahui teknik sesuai membancuh sendiri kopi di rumah, ikuti langkah mudah yang ditunjukkan Kar Wai bagi mendapatkan rasa kopi sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dusun durian dadah

Posted: 20 May 2013 12:39 PM PDT

Georgetown: Kegiatan satu sindiket menjadikan rumah dalam dusun durian sebagai lokasi memproses dadah akhirnya terbongkar apabila polis menyerbu rumah berkenaan di kawasan Batu Itam, Balik Pulau, di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, sindiket itu cuba mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa kononnya mereka mengusahakan dusun durian, namun mereka menjalankan aktiviti dengan membina makmal mini memproses dadah syabu.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan dan dadah nilainya dianggarkan mencecah RM1.2 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan berkenaan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam dengan siasatan mendapati sindiket berkenaan baru lima bulan menjalankan aktiviti itu.

Foto

ABDUL Rahim (tengah) menunjukkan peralatan menghasilkan syabu yang dirampas.


"Siasatan awal mendapati kumpulan sindiket terbabit baru lima bulan menjalankan aktiviti itu dan mereka baru mencuba menghasilkan syabu.


"Kita percaya syabu dihasilkan itu untuk pasaran tempatan untuk diedarkan di negeri ini dan juga kawasan utara," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurutnya, polis menyita tiga kereta milik suspek, dua motosikal dan wang tunai dalam akaun RM186,000.

"Semua suspek berusia 26 hingga 48 tahun itu kini ditahan reman hingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati," katanya.

Dalam serbuan itu, polis merampas 6.2 kilogram serbuk disyaki dadah jenis ecstasy, enam liter minyak Meth, 39 gram dadah disyaki syabu serta beberapa peralatan digunakan untuk memproses dadah berkenaan serta bahan kimia lain.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat aktiviti mencurigakan dan bau yang tidak disenangi di kawasan mereka supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Letty Ortiz Dihidupkan Semula

Posted: 20 May 2013 10:59 PM PDT

Baik pengarah mahupun pihak Universal Studios tidak sekali menjangka reaksi peminat bila didedahkan Letty Ortiz, lakonan Michelle Rodriguez, sebenarnya masih hidup di pengakhiran filem 'Fast Five'.

Babak seminit yang melihat perbualan di antara agen Khidmat Keselamatan Diplomatik US, Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan agen kastam Monica Fuentes (Eva Mendes) sudah mencukupi untuk mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat tegar selain membuatkan mereka ternanti sambungannya.

Bagaimanapun, rata-ratanya pasti terkejut apabila Letty mati dibunuh Fenix Calderon. Ramai peminat cukup teruja bila diumumkan Rodriguez akan kembali menyertai barisan pelakon 'Fast Five'. Apatah lagi kepulangannya adalah atas usaha peminat tegar yang telah melancarkan kempen untuk membawanya kembali ke francais tersebut dengan menulis surat rayuan kepada penerbit dan Universal Studios.

Rodriguez sendiri hanya mengetahui tentang klip tersebut bila di tontonnya 'Fast Five' di pawagam. Katanya dia telah menonton filem itu ketika dia bercuti di Paris, Perancis.


"Saya begitu teruja bila menyaksikan klip itu kerana 'Fast Five' sebuah filem yang menakjubkan, dan ia membuka ruang untuk saya kembali dalam 'Fast & Furious 6'. Saya selalu bergurau dengan Vin (Diesel) yang dia sepatutnya memaklumkan saya terlebih dahulu!"


Bagi Diesel, kembalinya dia kepada siri filem 'Fast & Furious' sebagai seorang penerbit, dia sedar hubungan di antara Dominic Toretto dan Letty yang telah meninggalkan kesan mendalam ke atas penonton harus diterokai dengan lebih terperinci.

Reaksi peminat terhadap berita yang Letty masih hidup mampu menyaingi respon yang diberikan kepada penampilan khas Diesel di dalam 'Tokyo Drift'. Ekoran daripada 'cameo' Diesel itu, ia sekaligus menandakan permulaan baru kepada siri tersebut.

Pertemuan pengarah Justin Lin dengan Diesel untuk memujuknya membuat kemunculan semula di dalam 'Tokyo Drift' bertukar menjadi sesi perbincangan mengenai setiap watak, sejarah mereka dan jalan cerita yang barangkali boleh diterokai.

"Banyak yang kami bincangkan dan ia sesuatu yang saya hargai. 'Fast & Furious 6' adalah rangkuman kepada semua perbincangan kami," kata Lin.

Tambah Diesel, "Paling menyeronokkan, kami bukan saja dapat menghasilkan sebuah filem aksi tetapi juga menggabungkan penceritaan yang menarik. Bila dikaji semula, semuanya berhubung kait. Selepas menonton 'Fast & Furious 6', anda akan mahu menonton semula filem-filem sebelumnya. Sebab dari situ, setiap persoalan yang pernah terlintas di fikiran sebelum ini akan terjawab dan pada masa yang sama, kami juga menjanjikan sesuatu di masa depan... 'that's cool filmmaking'."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

Anak warisi bakat Aaron

Posted: 20 May 2013 04:39 AM PDT

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan bakat seni dimiliki pelakon lelaki popular, Aaron Aziz yang kini turut diwarisi oleh anak-anaknya.

Bagaimanapun, anak keduanya, Dwi Ariana dilihat lebih banyak mewarisi bakat Aaron apabila dalam usia seawal enam tahun kanak-kanak itu berjaya membuktikan minatnya untuk bergelar pelakon dalam filem Romeo Kota yang diarahkan Aaron sendiri.

Manakala, dua lagi anak Aaron iaitu Danish Anaqi, 8, dan Dahlia Arissa, 2 turut berbakat dalam bidang seni.

Berbicara mengenai pembabitan anaknya dalam lakonan, Aaron berkata, ia berlaku secara kebetulan dan dia sendiri tiada niat melatih puteri kesayangannnya itu menjadi anak seni.

Foto

Aaron bersama isteri Diyana Halik dan anak-anak mereka (dari kiri) Dahlia Arissa, Danish Anaqi dan Dwi Ariana.


Katanya, ia berlaku kerana salah seorang pelakon kanak-kanak untuk watak tambahan dalam filem itu tidak dapat hadir dan tempatnya perlu diganti pelakon lain.


"Jadi, saya tawarkan watak berkenaan kepada Dwi Ariana. Dia hanya bersetuju selepas saya memujuknya dan berjanji memberinya RM500 jika dia sudi membantu.

"Dia yang sebenarnya kali pertama berlakon menjadi penyelamat saya apabila di saat akhir sanggup menggantikan tempat pelakon kanak-kanak yang tak dapat hadir itu," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Lari, baru-baru ini.

Aaron berkata, sebagai bapa dia memang sudah nampak kecenderungan minat anak perempuannya itu.

"Saya tengok, memang dia sudah ada keinginan untuk menjadi pelakon. Dengan bakat tersendiri itu, dia mampu menghafal skrip dan menghayati watak.

"Walaupun penguasaan bahasa Malaysia dia tidaklah begitu baik, namun Dwi Ariana seorang yang rajin berusaha. Dia akan cuba sebaik mungkin dengan sedaya-upayanya.

"Melihatkan minat, usaha dan kesungguhannya itu membuatkan saya tidak menghalangnya. Namun, ia tidak bermakna saya menyokong sepenuhnya," katanya.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia juga sebenarnya tidak menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan.

Namun, katanya jika itu sudah menjadi pilihan mereka, dia dan isteri, Diyana Halik tetap memberikan dorongan sebagai pemangkin semangat.

"Apapun, saya dan isteri akan sentiasa memantau pembelajaran mereka supaya tiada yang tercicir. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kami berdua mengimpikan kerjaya lebih baik untuk anak-anak untuk masa depan mereka.

"Saya sendiri mahu mereka cemerlang dalam pelajaran seterusnya mempunyai kerjaya hebat yang menjamin masa depan," katanya.

Mengakui anak-anaknya mendapat pendedahan lakonan kerana mereka sering di bawa ke lokasi penggambaran, Aaron berkata dia mahu mengajar buah hati tercintanya itu erti berdikari.

"Biarpun saya mampu memberikan mereka apa yang diinginkan, tetapi tidak semuanya diperoleh. Jadi, mereka harus belajar berdikari mencari duit sendiri untuk memiliki apa yang mereka mahu.

"Itulah yang dilakukan Dwi Ariana yang pernah meminta saya membeli satu beg berjenama untuknya, tetapi saya tidak belikan kerana harganya agak mahal.

"Jadi, memandangkan dia sudah berlakon dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia akhirnya berjaya memiliki beg itu dengan meminta saya membelinya menggunakan duit lakonannya," katanya.

Selain filem Romeo Kota, baru-baru ini juga Dwi Ariana ditawarkan berlakon oleh Disney dalam siri animasi Princess Fiona dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Aaron puas hati berlakon dalam Lari

Filem Lari bukanlah hasil layar perak pertama lakonan Aaron dalam genre aksi. Sebelum ini, dia pernah membuktikan bakat aksinya dalam beberapa filem lain yang dibintangi.

Apapun, tatkala berbicara mengenai Lari yang diarahkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, aktor kelahiran Singapura ini memaklumkan dia cukup berpuas hati dengan lakonannya dalam filem aksi bertaraf antarabangsa itu.

"Saya sudah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Apatah lagi, sebahagian besar babak aksi dilakukan saya sendiri.

"Berlakon dalam filem Lari adalah pengalaman sangat bermakna. Ternyata bukan mudah untuk menjadi pelakon yang baik tetapi Ahmad Idham sudah memberikan saya peluang untuk membuktikannya.

"Biarpun sebelum memulakan penggambaran, ada bengkel keselamatan dilakukan dengan pelakon-pelakon lagak ngeri terbabit, tetapi Lari ini lain kerana saya bekerjasama dengan pelakon lagak ngeri filem aksi hebat Thailand, Ong-Bak.

"Mereka nyata sangat profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan. Bahkan, apa yang pasti semua aksi lagak ngeri dilakukan itu mengutamakan keselamatan," katanya.

Aaron berkata, kini dia mengharapkan Lari akan mendapat sambutan baik penonton di pawagam apabila ditayangkan pada 6 Jun nanti. Ujarnya, Lari adalah filem aksi yang sangat berbeza.

Apatah lagi, jalan ceritanya juga lebih serius dan mencabar kerana menjurus pada sindiket pemerdagangan manusia. Ia kisah masyarakat yang padat dengan mesej tersendiri.

Filem Lari mengisahkan Khaliff lakonan Aaron yang berhadapan dengan satu konflik apabila adiknya dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Bapanya mati dibunuh dan Khaliff perlu berusaha menyelamatkan adiknya serta merungkai kisah yang berlaku di sebalik pembunuhan bapanya.

Mampukah Khaliff menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia itu?

Selain Aaron, Lari dibarisi pelakon seperti Dira Abu Zahar, Ery Putra, Hazama Azmi dan Erin Malek.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sahabat akhir hayat

Posted: 20 May 2013 12:48 PM PDT

Hulu Selangor: "Anak saya dan Addin adalah rakan baik sejak di bangku sekolah, malah mereka menuntut dan tinggal sebilik di universiti sama dan kini, mereka juga mati bersama," kata ibu Muhammad Omar Hamzah Zulkifli, Rohani Zaini, 50, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bahru (KKB), di sini, semalam.

Omar Hamzah, 19, dan dua lagi rakannya, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19, Muhammad Hilal Mohd Isa, 19, maut manakala seorang lagi rakan mereka, Mohamad Nazren Kamisan, 19, parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 7.9 Jalan Hamzah, di sini, jam 10.50 pagi. Pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai N Sivasalagaram, 34, parah.

Katanya, arwah anaknya adalah anak ketiga daripada empat beradik dan menunggu tawaran masuk ke universiti selepas tamat kursus di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM).

"Mereka berdua rapat sejak kecil, malah tinggal sebilik ketika menuntut di UM," katanya.

Foto

ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.


Bagi ibu Muhamad Addin Firdaus Rashidi, Fauziah Ismail, 47, berkata, arwah anak yang soleh dan dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian itu pada jam 2.45 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

Bertempiaran lari masuk semak

Posted: 20 May 2013 12:33 PM PDT

Kepala Batas: Berlagak dan selalu bercakap besar adalah antara sikap buruk sering ditunjukkan buruh binaan yang mendakwa mempunyai kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di satu kawasan tapak pembinaan di Bertam.

Seorang peniaga mendedahkan terdapat sekumpulan pemegang kad pelarian dari Myanmar itu mendakwa pihak berkuasa di Malaysia tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Dakwa mereka, pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk bertindak kerana kumpulan itu mempunyai kad UNHCR yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membolehkan mereka tinggal di negara ini.

Kumpulan itu turut mendakwa mereka bebas melakukan apa saja dan tiada siapa boleh mengganggu sebab 'kebal' kerana mempunyai kad pelarian berkenaan.

Foto

WARGA Myanmar yang ditahan dikawal anggota imigresen.


Bagaimanapun beberapa warga Myanmar, termasuk seorang wanita yang didakwa selalu berlagak kerana memiliki kad pelarian itu bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran 30 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang di tapak pembinaan terbabit jam 12 tengah hari semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved