Ahad, 30 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pulih posisi badan

Posted: 30 Jun 2013 12:23 PM PDT

Senaman ketika me­ngandung mampu meningkatkan stami­na bakal ibu, malah, ia turut membantu memudahkan proses bersalin.

Apabila bersenam aliran darah menjadi lebih lancar kerana banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa segar dan bertenaga.

Senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut dan golongan ibu hamil turut diajar teknik pernafasan yang betul.

Menurut ahli fisioterapi kanan, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Azimah Jamaluddin, asas senaman ketika hamil ialah ia perlu dilakukan secara bersederhana.

Foto

1. POSISI BARING. Pastikan tulang belakang ibu mengandung rata dengan bahagian lantai dan rapatkan peha serta lakukan senaman Kegel ataupun lantai pelvik. Ia juga dipanggil senaman kemut. Ianya mudah dilakukan, iaitu dengan cuba 'mengecutkan' otot seperti sedang menahan kencing. Lakukan dalam kiraan 10. Selain itu, untuk senaman pernafasan pula kekal pada kedudukan yang sama kemudian tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus menggunakan mulut sebanyak tiga kali kemudian rehat.

Foto

RENDAHKAN badan seperti melutut dengan menggunakan sama ada lutut kiri atau kanan sebagai penahan.

Foto

KEMUDIAN barulah barang terbabit diambil dan bangun perlahan-lahan.

Foto

2. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

3. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

4. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

5. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali.

Foto

6. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali.

Foto

7. POSISI DUDUK Apabila duduk pastikan tulang belakang tegak dan bukan melengkung. Bongkok ke hadapan sedikit kemudian tekan otot lantai pelvik pada permukaan kerusi dalam kiraan 10 dan rehat. Jika dirasakan ia terlalu lama boleh kurangkan masa kiraan berkenaan mengikut kesesuaian diri.

Foto

8. POSISI BERDIRI Bagi mengurangkan masalah sakit belakang pula pastikan posisi ketika berdiri betul. Untuk melakukannya rapatkan belakang badan pada dinding, berdiri tegak dan pastikan bahu dan perut ditolak ke belakang dan tahan kedudukan terbabit dalam kiraan 10.

Foto

CARA yang betul jika ingin mengambil barang bagi ibu mengandung:Pastikan berada berdekatan dengan barangan yang ingin diambil.


Jangan memaksa diri dan perlu berhenti sekiranya berasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Di sebabkan itu, wanita hamil perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.


"Sebaiknya senaman dimulakan sejak trimester pertama lagi bagi memberi sokongan kepada ibu hamil agar lebih bertenaga dan sihat.

"Namun, bukan bermakna senaman ibu mengandung menyamai senaman biasa kerana ia perlu disesuaikan dengan keadaan fizikal si ibu," katanya.

Antara aktiviti perlu di­elakkan ialah berlari atau berjoging, senaman regangan keterlaluan, senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut serta angkat berat.

Katanya, paling penting dalam apa juga senaman yang dilakukan adalah memastikan posisi tubuh berada dalam keadaan betul dan baik.

Ketika mengandung, bentuk badan wanita biasanya berada dalam posisi sedikit melengkung bagi menampung berat bayi dikandung.

Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan wanita berkenaan mengalami masalah sakit belakang dan lenguh badan terutama apabila usia kandungan semakin sarat.

"Disebabkan itu, senaman boleh membantu mengembalikan posisi badan yang betul bagi mengurangkan masalah sakit belakang yang kerap dialami ramai wanita.

"Sama ada duduk ataupun baring, paling utama tulang belakang perlu berada dalam posisi tegak dan bukan melengkung kerana ia menambah tekanan pada badan dan perut," katanya.

Di samping itu, untuk mengetahui kaedah senaman betul, sebaiknya ibu mengandung menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil.

Selepas mendapat tunjuk ajar mengenai kaedah yang betul, ia boleh dipraktikkan di rumah bagi keselesaan diri dan juga kandungan.

Untuk mendapat lebih kepastian rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti ataupun dapatkan panda­ngan pakar fisioterapi bagi melakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Orang gemuk mudah sakit kepala

Posted: 30 Jun 2013 08:11 AM PDT

Bagi mereka yang berbadan 'comel' tetapi masih memberi pelbagai alasan apabila diajak bersenam, ada satu fakta menarik untuk dikongsikan demi kebaikan bersama. Kajian terbaru mendapati orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah sakit kepala yang teruk atau migrain.

Hanya orang yang pernah mengalami migrain tahu bagaimana seksanya hendak melepasi saat diserang. Kepala berdenyut, rasa mual, muntah dan menjadi amat sensitif terhadap cahaya sehingga ada yang tidak boleh melakukan sebarang kerja. Berdasarkan maklumat Akademi Neurologi Amerika, lebih 10 peratus penduduk Amerika mengalami migrain.

Dalam kajian terbaru yang membabitkan 3,700 orang dewasa gemuk mendapati kecenderungan mereka mengalami sakit kepala lebih tinggi berbanding individu kurus.

Bagaimanapun kajian itu tidak mengatakan bahawa obesiti atau kegemukan menjadi punca kepada masalah sakit kepala tetapi kegemukan boleh mening­katkan kebarangkalian individu yang montel me­ngalami gangguan ini, walaupun tidak kerap, kata ketua penyelidik, Dr B Lee Peterlin, pensyarah neurologi dan pengarah kajian sakit kepala di Pusat Penga­jian Perubatan Universiti Johns Hopkins di Baltimore.


Ia dianggap satu penemuan yang menarik kerana banyak kajian sebelum ini cuba mengaitkan episod serangan migrain yang teruk dengan obesiti.


Namun penyelidik masih belum dapat menentukan mana satu yang datang dulu - obesiti atau migrain, kerana kedua-duanya saling ada kaitan. Ubat sakit kepala yang sering diberikan kepada pesakit juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Ada penyelidik yang mencadangkan teori lain iaitu kaitan tisu adipos (yang menyimpan lemak) dengan migrain. Ini kerana tisu adipos mengeluarkan protein yang boleh menye­babkan keradangan dan gejala sakit kepala. Inilah sebabnya individu obes dan golongan muda lebih kerap mengalami masalah migrain berbanding orang tua.

Jadi, adakah dengan menurunkan berat badan akan mengurangkan kekerapan serangan migrain? Tidak semestinya, apatah lagi jika penurunan berat badan itu dilakukan de­ngan kaedah pembedahan atau lain-lain cara alternatif kurang sihat. Pakar berpendapat perubahan gaya hidup seperti mengurang­kan pengambilan makanan berproses, makanan berkalori tinggi dan alkohol - yang menjadi perangsang migrain - akan sangat bermanfaat.

Walaupun tidak ba­nyak data yang menyokong kepada saranan supaya individu obes melakukan senaman bagi mengurangkan migrain, namun senaman memang akan mendatang­kan banyak kesan positif sama ada secara langsung atau tidak. Biasanya orang yang mula mementingkan penjagaan berat badan turut mengambil berat soal pemakanan dan penjagaan kesihatan. Jadi mereka juga akan cenderung untuk mengelakkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan gejala migrain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pelajar OKU maut

Posted: 29 Jun 2013 01:56 PM PDT

Kuala Kangsar: Seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan tangan, maut apabila motosikal ditunggangi bersama rakannya hilang kawalan sebelum terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari di Kilometer 257.7 Plus arah selatan itu, Haidir Bakar, 20, berasal dari Parit Gabis, Bagan Serai maut di lokasi kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala rakannya, Mohd Fikri Mad Said, 21, cedera parah.


Kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave 125cc ditunggang Haidir dalam perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Superintendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa adalah pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh.


Katanya, mayat Haidir dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala Mohd Fikri turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan kecemasan.


"Siasatan mendapati, mangsa gagal mengawal motosikal sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Foto

MAYAT Haidir di lokasi kejadian selepas motosikalnya terbabas. Rakannya, Mohd Fikri yang menjadi pembonceng cedera parah.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Abdul Gaffar berkata, laluan sama pernah meragut nyawa seorang penunggang motosikal dalam kemalangan Rabu lalu, manakala pembonceng motosikal cedera parah.

Dalam kejadian di Kilometer 258 Plus itu, Su Wai a/l Nai Perm, 33, maut selepas cedera parah di kepala, manakala rakannya parah.


"Punca kejadian dua kemalangan itu hampir sama, iaitu semua mangsa terbabas ke kiri jalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Piala FA kekal milik Kelantan

Posted: 29 Jun 2013 02:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad meleburkan impian pasukan berstatus bintang dengan jolokan 'Harimau Selatan' apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-15, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.

Kelantan memulakan permainan dengan tenang tetapi berbisa dengan gerakan kemas sehingga pasukan lawan terpaksa memperketatkan benteng pertahanan selepas asakan bertali arus dilancarkan oleh skuad 'The Red Warriors'.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak mempertaruhkan gandingan Mohd Norfarhan, Mohd Badhri dan pemain import Dickson Nwakaeme untuk memburu gol.

Foto

Juara Piala FA 2013. FOTO Goh Thean Howe


Bagaimanapun, Johor DT bangkit seketika untuk membalas dan hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan deras pemain import Leonel George Nunez, yang menggantikan Mohd Safee Mohd Sali, berjaya ditepis oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-22.


Pada babak kedua, Kelantan kembali dengan semangat untuk merobek gawang gol lawan dan percubaan bahaya oleh Nwakaeme pada minit ke-54 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Usaha penyerang berbisa Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 tidak dikira apabila berlaku kekasaran sebelum jaringan gol.

Johor DT yang semakin tertekan dengan ketinggalan 1-0 memperkemaskan jentera serangan namun cubaan yang dilakukan oleh Nunez pada minit ke-80 sedikit tersasar melepasi gawang gol.

Terdahulu sebelum perlawanan, kira-kira 90,000 penonton dengan kebanyakan berpakaian warna biru dan merah dihiburkan dengan nyayian lagu Negaraku oleh penyanyi terkenal Jaclyn Victor. - Bernama

Barisan Pemain:

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak (Indra Putra Mahayuddin), Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani (Zairo Anuar Zailani).

JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Kamarul Afiq Kamarudin (kapten), Ahmad Tharmini Saiban, Muhd Nazri Ahmad, Andrezinho (K. Thanaraj), Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Nazri Ahmad, Safiq Rahim (Ahmad Ezrie Shafizie), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali (Leonel George Nunez).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar

Galeri Piala FA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Umpan berahi, baru pelanggan

Posted: 29 Jun 2013 12:53 PM PDT

Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi 'Look Around' yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Foto

ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.


Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Taksub anak patung Jepun

Posted: 29 Jun 2013 12:26 PM PDT

London: Ramai gadis berkeinginan dilihat seperti anak patung kegemaran mereka. Katie Lawrence dari Camberwell, London tidak ketingalan.

Gadis berusia 20 tahun itu menjalani kehidupan seharian seperti anak patung manusia, menghabiskan tiga jam sehari mendapatkan penampilan sempurna seperti anak patung.

Dia sentiasa berpakaian skirt kembang dan menggunakan mekap krayon serta mengaku amat taksub dilihat seperti anak patung.

Pelajar seni itu sanggup menghabiskan berjam-jam mengkaji budaya Jepun dan permainan video untuk mendapat ilham bagi penampilan dirinya.

Foto

KATIE menggunakan mekap krayon untuk dilihat seperti anak patung.


Bercakap mengenai hobi peliknya, Katie berkata: "Apabila berjalan dengan penampilan seperti ini, orang akan menoleh dua kali ke arah saya. Ada yang meminta bergambar bersama.


"Saya sukakan mata besar seperti anak patung dalam filem animasi. Saya menghabiskan masa panjang melekatkan kanta bulat dan dua set bulu mata palsu untuk kelihatan seperti anak patung.

"Satu hari nanti saya mahu menjalani pembedahan untuk mendapatkan telinga seperti anak patung Jepun."

Katie mempunyai lima pakaian berharga RM400 setiap satu. Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pendapatannya sebagai peragawati sambilan dihabiskan untuk mekap.

"Saya menghabiskan lebih £200 (RM1,000) sebulan untuk mekap. Bagi saya, ia bukan membazir, sebaliknya amat penting.

"Saya boleh duduk bersolek tiga jam. Saya tidak kisah kerana tanpa mekap, saya bukan diri saya sebenar," katanya.

Ketagihannya bermekap bermula sejak dia berusia 11 tahun selepas ibunya, Jill Lawrence, 54, memperkenalkannya kepada gincu.

"Walaupun saya dibuli di sekolah kerana tidak bergaul dengan orang lain dan disisih kerana mempunyai perangai pelik, saya tidak kecewa.

"Berpakaian seperti ini membuatkan saya gembira dan tidak akan mengubah penampilan kerana orang lain.

"Walaupun ke kedai, saya pasti berpakaian seperti ini. Ia sebahagian diri saya," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Padah potong anu suami

Posted: 29 Jun 2013 12:19 PM PDT

California: Seorang wanita California yang dituduh memotong kemaluan suaminya sebelum mencampak ke dalam tong sampah dihukum penjara seumur hidup.

Catherine Kieu, 50, didapati bersalah terhadap tuduhan mendera dan menyebabkan kecederaan teruk dalam serangan 11 Julai 2011 dihukum penjara seumur hidup tetapi layak mendapat parol selepas tujuh tahun.


Mangsa yang dikenali sebagai Glen sepanjang perbicaraan berkata di perkarangan mahkamah: "Saya berharap ini kali terakhir saya melihatnya. Saya berasa lega dan hari ini amat sedih bagi saya." Dalam kejadian itu, mangsa dimasukkan ke hospital tetapi usaha menyambung semula kemaluannya gagal.

Catherine bertindak melakukan kekejaman itu sebagai membalas dendam selepas suaminya menuntut cerai.


Serangan berkenaan dilakukan dua bulan selepas Glen memfailkan tuntutan itu di mahkamah.


Mangsa yang berusia 60 tahun memberitahu mahkamah ketika perbicaraan, kemaluannya tidak boleh disambung semula menyebabkan dia merasakan dirinya sudah mati. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Zamri menyerlah

Posted: 29 Jun 2013 01:18 PM PDT

Melaka: Perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013) hari ini diungguli pelumba negara selepas Mohd Zamri Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TST) merampas Jersi Merah Raja Bukit milik Rustom Lim dari pasukan LBC-MVPSF Cycling Pilipinas.

Zamri kini mengumpul sembilan mata selepas berjaya memungut empat mata pada Peringkat Keempat dari Angsana Mall, Johor Baharu ke Rumah Melaka di Bukit Katil, Melaka, semalam.

Rustom kini berada di tangga kedua, enam mata manakala pelumba kebangsaan, Mohd Adiq Hussainie Othman di tempat ketiga, empat mata.

Dua lagi pelumba Malaysia, Mohd Harrif Salleh yang turut mewakili TST dan wakil OCBC Singapore Continental Cycling Team, Loh Sea Keong menguasai baki empat jersi yang menjadi rebutan.

Foto

SEA Keong meraikan kejayaan bersama Harrif (kiri) dan Zambri.


Harrif yang gagal mengulangi pencapaian muncul juara peringkat ketiga menamatkan perlumbaan semalam di belakang juara dari Australia, Anthony Giacopppo dari pasukan Huon Salmon-Genesys Wealth Adviser dalam pengakhiran kumpulan besar yang mencatat masa 5 jam 3 minit 23 saat untuk kekal sebagai Raja Pecut.


Sea Keong pula kekal menyarung Jersi Kuning selaku peneraju perlumbaan dengan masa 16:10:24s, hanya empat saat di depan pelumba Kazakhstan, Sergey Kuzmin yang mewakili pasukan Polygon Sweet Nice.

Sea Keong turut menyarung Jersi Biru selaku Pelumba Terbaik Asia dan Jersi Putih, Pelumba Terbaik Malaysia.

Peringkat kelima dan terakhir hari ini sejauh 169.8 kilometer bermula di Melaka dan berakhir di Putrajaya.- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Raja ujian masa

Posted: 29 Jun 2013 01:14 PM PDT

Mohd Zaqhwan Zaidy sekali lagi membuktikan kehandalan apabila berjaya mencatat masa terpantas kategori CP130 buat kali keempat berturut-turut pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, semalam.

Pelumba Givi Honda Yuzy Pachie itu mencatat masa terpantas 57.081 saat yang dilakukan pada pusingan kesembilan, 0.2s lebih pantas berbanding Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) sambil Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) muncul pelumba ketiga terpantas, 57.552s.


Keputusan ini secara tidak langsung memberi nama jolokan baru buat Zaqhwan iaitu 'Raja Ujian Masa' selepas melakukan pencapaian serupa pada Pusingan 2 di Melaka, Pusingan 3 (Kuala Terengganu) dan Pusingan 4 (Muar).

Namun, Zaqhwan tidak mahu terlalu cepat berpuas hati kerana misi lebih penting adalah sesi Superpole esok. "Memang saya gembira kerana berjaya mencatat masa terpantas sesi ujian masa untuk kali keempat berturut-turut namun ia sebenarnya tidak begitu penting. "Misi lebih penting adalah sesi Superpole. Saya tidak mahu kecewa lagi kerana sering tidak bernasib baik pada sesi Superpole dan gagal merebut petak paling hadapan bagi perlumbaan akhir. "Saya tidak mahu melakukan kesilapan lagi dan kalau boleh biarlah kali ini saya bermula dari petak pertama atau setidak-tidaknya dari barisan hadapan," jelas pelumba 18 tahun itu.


Mengulas saingan di Teluk Intan, Zaqhwan berkata, saingan sengit dan mencabar, tambahan pula beberapa bahagian selekoh litar semakin sempit jika dibandingkan musim lalu.


"Tentangan hebat pasti datang dari Norizman (Ismail) kerana dia memenangi dua perlumbaan berturut-turut di sini dan pasti dia mahu merebut gelaran hatrik pada perlumbaan kali ini." Sementara itu, saingan CP115 menyaksikan Mohd Hafiz Nor Azman (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) merakam catatan terpantas, 58.622s, mengatasi catatan Mohd Amirul Ariff Musa (Givi Honda Yuzy Pachie), 58.691s.

Juara pusingan lalu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) merakam catatan ketiga terbaik, 59.060s.


"Saingan sangat sengit dan pelumba lain juga pantas. Sebab itulah saya perlu mempamerkan aksi terbaik dan saya gembira muncul pelumba terpantas.

"Namun Amirul juga pantas. Dia beraksi dalam kumpulan lain dan esok ketika sesi kelayakan Shoot-out, 10 pelumba terbaik kedua-dua kumpulan beraksi dalam satu sesi Shoot-out bagi menentukan kedudukan petak mula.


"Saya perlu fikirkan strategi tepat dan kalau boleh tidak mahu berada dalam kelompok ramai kerana menghalang kelajuan jentera," kata Hafiz.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my

Sabtu, 29 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kerabat pukul petinju dihantar ke penjara

Posted: 28 Jun 2013 11:39 AM PDT

Johor Bahru: Rayuan seorang kerabat diraja dan dua rakannya yang disabit kesalahan mendatangkan kecederaan kepada petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron, 25, pada Mei tahun lalu untuk menangguh hukuman penjara sehingga Aidilfitri (Ogos ini) ditolak Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Zamri Bakar, semalam.

Zamri turut memerintahkan supaya ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa serta-merta mulai semalam.


Zamri membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd Arif Husin, 36.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan dengan menggunakan senjata tumpul antara jam 4.30 pagi dan 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, pada 6 Mei 2012.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama (Akta 574) jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala semua tertuduh diwakili peguam bela Norman Fernandez, Mohd Abdul Kadir, Zamri Idros dan Mazri Muhamad.

Foto

MOHD Arif (kiri depan), Tunku Nick Tazuddin (tengah) dan Alex (belakang kanan) di luar mahkamah, semalam.

Terdahulu, Muhammad Farkhan dipanggil memberi Pernyataan Kesan Terhadap Mangsa (Victim Impact Statement) berkaitan kejadian terbabit.


Dalam rayuan peguam bela kepada mahkamah, semua tertuduh memohon supaya hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh ditangguhkan sehingga Aidilfitri.

Ia bagi memberi peluang kepada dua daripada mereka bagi menjalani ibadat puasa dan beraya bersama keluarga masing-masing.


Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Farkhan dicederakan selepas menerima panggilan seorang daripada suspek untuk ke rumahnya ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Polis awasi pemain, pegawai

Posted: 28 Jun 2013 12:09 PM PDT

Kuala Lumpur: "Sebaik saja sah dua pasukan itu layak ke perlawanan akhir kami mula mengawasi mereka, baik pemain mahupun pegawai," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata demikian kepada Harian Metro ketika ditanya usaha polis untuk memastikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini, bersih daripada pengaruh sindiket perjudian bola sepak.

Tanpa mendedahkan bagaimana pengawasan dilakukan terhadap pemain dan pegawai dua pasukan itu, Abd Jalil berkata pihaknya bertindak demikian kerana menyedari sindiket judi bola sepak berkemungkinan besar akan cuba mengatur perlawanan berprofil tinggi itu.

"Konco sindiket judi bola sepak atau bookie pasti akan cuba mendekati pemain atau pegawai kedua-dua pasukan itu. Jadi, kami awal-awal lagi sudah mengatur pegawai dan anggota bagi memantau pegerakan mereka di beberapa lokasi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Foto

ANGGOTA polis mengawal sekitar kaunter penjualan tiket final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Menurutnya, pemantauan tidak sekadar terhad kepada pemain serta pegawai pasukan Kelantan dan JDT, tapi turut dilakukan di lokasi yang menjadi tumpuan peminat bola menonton perlawanan akhir itu seperti restoran dan kedai mamak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29

' Kamu macam binatang'

Posted: 28 Jun 2013 11:51 AM PDT

Johor Bahru: "Si mati insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan membakar mayatnya. Kamu memang kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Datuk Abdul Halim Aman, semalam ketika menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 25, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang, pada Mac tahun lalu.

Beliau menyifatkan lelaki itu memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya, justeru, dia amat bahaya jika berada dalam kalangan masyarakat.

"Hanya ada satu hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk kamu dan saya memerintahkan kamu digantung di leher sampai mati," katanya di akhir penghakiman.

Foto

MUIDIN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam


Muidin didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi berkepala dua

Posted: 28 Jun 2013 08:49 AM PDT

Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.

Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.


"Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.

"Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan," katanya.


Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.


Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.

Foto

ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital.

Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.


Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. "Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik," katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.

"Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai 'dicephalus parapagus on joined twins' atau kembar mulai dari leher hingga kepala.


"Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28

Bayi 3 ibu bapa lahir pada 2015

Posted: 28 Jun 2013 08:43 AM PDT

London: Bayi pertama yang dihasilkan melalui campuran benih tiga ibu bapa mungkin dapat lahir seawal 2015 selepas mahkamah membuat keputusan penting membenarkan rawatan genetik kontroversi.

Britain mungkin menjadi negara pertama meluluskan kelahiran bayi daripada tiga ibu bapa genetik itu walaupun dikhuatiri ia bakal mewujudkan 'bayi rekaan.' Kerajaan akan menerbitkan peraturan draf itu akhir tahun ini dan membolehkan teknik menghasilkan bayi seperti itu semakin hampir.


Pada umumnya, peraturan itu membolehkan seseorang wanita menghidap penyakit keturunan berpeluang memperoleh anak. Teknik itu membabitkan penggantian DNA rosak pada telur ibu dengan bahan dari telur penderma, membolehkan seorang bayi dilahirkan hasil gabungan benih dua wanita dan seorang lelaki.

Untuk kali pertama, benih genetik daripada seorang ibu akan diubah suai dalam proses dianggap pengkritik sebagai titik penting kepada etika amalan bayi tabung uji. Bagaimanapun, ketua pegawai perubatan kerajaan, Prof Dame Sally Davies berkata, pengubahsuaian itu tidak memberi kesan kepada DNA asas yang menentukan kewujudan seseorang seperti ciri pada wajah dan warna mata. Dame membandingkan teknik baru dengan dengan penggantian pek bateri rosak dalam sel yang mengelak seseorang bayi mewarisi penyakit berbahaya. "Saintis membangunkan prosedur baru yang mungkin dapat menghalang sesuatu penyakit diwarisi sekali gus memberi harapan kepada orang ramai," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Hati 'tertinggal' di Eropah

Posted: 28 Jun 2013 06:09 AM PDT

Dalam mencari ketenangan, pelakon Ramona Zam Zam gemar melancong. Justeru, kesempatan yang ada pada Mac lalu digunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa selama sebulan melancong ke beberapa negara Eropah antaranya United Kingdom (UK), Itali, Perancis, Switzerland dan Liechtenstein.

Ramona yang semakin popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi itu juga beruntung kerana tidak perlu memikirkan tempat penginapan berikutan ramai saudara­nya berkahwin dengan bangsa asing menetap di sana termasuklah kenalannya yang belajar di UK.

Pelakon cantik itu memulakan perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland untuk ke rumah sepupunya yang dikenali sebagai Dada di sana.

Dia berada di negara itu selama lebih dua minggu sebelum bersama-sama Dada memandu ke Milan dan Im Moos di Itali; Evian-les-Bains (Perancis) dan sebuah negara kecil di Eropah iaitu Liechtenstein.

Foto

KETIKA di Geneva, Switzerland.

Foto

BERADA di kota fesyen, Milan, Itali sememangnya menyeronokkan.

Foto

PEMANDANGAN indah di Liechtenstein.


"Sesiapa yang pernah melancong ke Switzerland pasti akan jatuh cinta dengan keindahan negara itu yang bagaikan sebuah lukisan. Selepas puas berjalan di Switzerland, Dada membawa saya melawat ke sebuah negara kecil di sempadan Switzerland dan Austria iaitu Liechtenstein.


"Negara itu sangat kecil dan lebih kecil berbanding Shah Alam, Selangor. Mereka yang menetap di sana mengenali hampir setiap penduduk negara itu. Liechtenstein sangat cantik seperti sebuah tempat yang sering digambarkan dalam filem fantasi Hollywood.

"Bentuk muka buminya berbukit-bukau dan dipenuhi taman dengan bunga yang amat cantik. Saya ke sana ketika musim dingin sudah di penghujung dan cuaca­nya cukup nyaman dan tenang.

"Saya benar-benar jatuh cinta dengan negara itu. Hingga sekarang saya masih terkenangkannya dan jika ada rezeki, saya akan ke sana lagi. Barangkali orang Malaysia belum begitu mengetahui negara ini. Jika anda melancong ke Switzerland atau negara yang terletak berhampiran dengan­nya, pergilah ke Liechtenstein," katanya.

Ramona berkata, ketika ingin meneruskan percutiannya ke Paris, dia mengalami masalah apabila tertinggal kereta api dan bagi menggantikan rancangannya yang tidak jadi itu, Dada membawanya ke sebuah bandar kecil Evian-les-Bains yang terletak di selatan Tasik Geneva di sempadan Perancis dan Switzerland.

Di kawasan itulah tempat asal air mineral jenama Evian yang terkenal di seluruh dunia.

"Di situ ia dijual dengan harga yang sangat murah dan saya mengambil peluang meminumnya sebanyak yang boleh! Penduduk di sana boleh membeli bertong-tong air berkenaan dan ada yang mandi dengannya, sebab itu kulit mereka cantik. Di negara kita, jenama terbabit dijual pada harga yang tinggi berbanding air minuman lain," katanya.

Katanya, kebanyakan penduduk bandar itu kaya raya dengan hasil perniagaan air berkenaan. Mereka juga mengusahakan perniagaan restoran dan kafe, namun hanya membuka dan menutupnya sesuka hati kerana perniagaan itu tidak serius. Ia hanya hobi mereka saja.

Dari Switzerland, mereka berdua memandu hingga ke Milan, Itali.

"Dada jarang memandu apatah lagi ke tempat yang jauh, namun kami gagahi juga untuk ke Milan. Saya pula tak biasa memandu kereta dengan tempat duduk pemandu di sebelah kiri.

"Dengan menggunakan pengesan sistem kedudukan global (GPS), kami menuju ke Milan tetapi apabila tiba di sempadan Itali, kami sesat dan petrol pula nak habis. Untuk ke Itali kami terpaksa melalui terowong sejauh 17 kilometer iaitu Terowong Gotthard.

"Mustahil kami akan sempat sampai ke Itali dengan tangki minyak yang hampir kosong lalu dalam usaha kami mencari stesen minyak, kami terjumpa sebuah perkampungan kecil terletak di atas bukit," katanya.

Katanya, selepas puas berada di Itali, dia ke London pula berseora­ngan dan menumpang di rumah rakan karibnya yang menyambung pengajian di bandar raya itu. Dia berada di London selama sembilan hari sebelum pulang ke tanah air.

Menurut Ramona, dia terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Paris dan bercadang ke sana pada Disember nanti.

"Saya suka melancong dan sekarang saya sedang mengumpul wang untuk bercuti lagi. Saya bercuti untuk merawat hati yang luka ketika itu. Sebab itu saya pergi seorang diri. Balik daripada percutian yang panjang, saya rasa lebih relaks dan meneruskan kerja seperti biasa," katanya.

"Hati saya masih 'tertinggal' di sana. Walaupun mereka masyarakat yang sangat moden tetapi saya jatuh cinta dengan situasi kehidupan mereka yang tenang dan mendamaikan, apatah lagi dengan keindahan negaranya yang sukar diungkapkan dengan kata-kata," katanya.

Balik saja daripada bercuti, Ramona terus ke lokasi telefilem Cinta Itu Kerja Allah dan Dendan Terindah, kedua-duanya untuk siaran RTM.

Kini Ramona sibuk pula di set drama Syurga Tanpa Bidadari untuk slot Akasia, TV3.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28

Sarah, Fify GM2: Ubah nasib keluarga

Posted: 28 Jun 2013 06:01 AM PDT

Berbekalkan paras menawan, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, 22, atau Sarah meraih pelbagai tawaran 'modeling' menerusi foto menarik yang dimuat turun ke dalam akaun Facebook, selain membawanya ke program Gadis Muka 2 (GM2).

Latar belakang gadis kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu itu sendiri ternyata memberi kelebihan kepadanya, tambahan pula industri pengiklanan, peragaan dan fesyen tempatan sememangnya memburu bakat berwajah Pan Asian dan Eurasian.

Namun, di sebalik kecantikan dan perwatakannya yang ceria, tersimpan kisah menyentuh perasaan mengenai gadis ini. Ibu bapanya bercerai ketika Sarah masih kecil dan selepas perceraian itu, bapanya kembali ke negara asalnya, Amerika Syarikat.

Sarah kemudian­nya dibesarkan ibu­nya hing­ga bersekolah mene­ngah dengan berbekalkan sumber pendapatan meng­usahakan kedai menjahit baju.

Foto

Fify

Foto

Sarah


Beberapa tahun di bawah jagaan ibu, Sarah diambil bapanya dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Di sana, dia mengikuti pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di University of Central Arkansas.


"Ketika masa kecil, saya tidak faham kenapa bapa meninggalkan saya. Namun, apabila sudah besar saya tahu dia sebenarnya masih mengambil berat soal masa depan saya dan kerana itulah dia membawa saya menetap di sana.

"Bagaimanapun, beberapa tahun di sana saya memutuskan untuk kembali ke Malaysia menemani ibu, selain membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Monica Lee Art Academy dalam jurusan solekan.

"Antara alasan kenapa saya tegar untuk pulang, pertamanya saya kasihan ibu yang bersendirian di sini. Ibu saya seorang wanita yang tabah. Dia menguruskan perniagaan menjahit baju untuk menyara hidup kami.

"Hendak dijadikan cerita sekembalinya ke tanah air, seperti remaja yang lain saya suka melayari Facebook dan tidak sangka foto yang dimuat naik dalam Facebook menarik minat pengiklan," katanya.

Sama seperti Sarah, Nur Afiqah Mohd Azmi,22, atau Fify yang berasal dari Subang Jaya, Selangor juga mempunyai kisah hidup tersendiri.

Dilahirkan mempunyai pasangan kembar bernama Khalie, pembabitan Fify dalam program GM2 ini, selain mahu mencuba bakat, dia juga berhasrat untuk mengubah nasib keluarga.

"Orang yang paling saya rindukan sepanjang program ini tentunya pasangan kembar saya, Khalie kerana dia adalah sebahagian diri saya. Ahli keluarga yang lain turut saya rindukan, cuma Khalie susah hendak jumpa kerana dia masih belajar.

"Untuk pengetahuan umum, kami datang daripada keluarga yang sederhana. Bapa saya dulunya bekerja, tetapi sejak terlantar koma kerana asma kronik, ibulah yang mengambil alih tugas sebagai bapa.

"Antara sebab saya menyertai GM2, manalah tahu rezeki, saya boleh membantu meringankan beban keluarga. Ironinya, selepas tiga bulan bapa saya disahkan lumpuh tiba-tiba I Like Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit GM2 dan Harian Metro, akhbar rasmi pertandingan ini mengumumkan Pencarian GM2.

"Ia datang pada saat yang tepat, di mana saya memang berhasrat untuk memanfaatkan bakat seni yang saya ada agar kelebihan ini boleh dijadikan sebagai mata pencarian dan kerjaya tetap saya," katanya.

Selain Sarah dan Fify, lima lagi peserta masih meneruskan perjuangan dalam GM2 yang ditayangkan di saluran Astro Ria 104, setiap Ahad, jam 10 malam iaitu Alia Afiqah Abden (Lia) 21, Tawau, Sabah; Siti Nursyahira Nabila (She) 23, Subang Jaya ,Selangor; Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra) 21, Setapak, Kuala Lumpur, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa) 19, dari Parit Buntar, Perak serta Nur Asikin Kamarudin (Ekin) 24, Masjid Tanah, Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved