Jumaat, 7 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Klasik, moden jadi tunjang

Posted: 07 Jun 2013 06:01 AM PDT

Mengambil inspirasi hidupan laut sebagai konsep utama pertunjukan fesyen di Amazing Red: Kurung, Kebaya & Hijab, pemilik jenama adik-beradik AzuraAzwa, Azura Liyana Azmi dan Azwa Elena Azmi mengetengahkan rekaan tudung ala serban dan gaun malam istimewanya.

Klasik dan moden dijadikan tunjang kepada rekaan kali ini dan memilih warna hitam serta putih bagi melengkapi rona merah keseluruhan koleksi.

Gaun malam yang meleret dan beralun lembut direka sedemikian rupa bagi menggambarkan gelombang ombak di lautan.

Serban yang dililit rapi di kepala peragawati pula dibiarkan berdiri tegak dan mengembang simbolik kepada batu karang liar yang berada di dasar lautan.

Foto

GAUN malam yang longgar, beralun dan mengikut bentuk tubuh ringkas tetapi elegan.

Foto

TAMPALAN dan penggunaan kain renda menyerlahkan penampilan.

Foto

BAGAI ikan duyung, siluet bentuk tubuh cantik dipandang.

Foto

BAGAI ikan duyung, siluet bentuk tubuh cantik dipandang.


Boleh diklasifikasikan sebagai menarik dan unik, cara ini memberi idea kepada wanita dalam penggayaan tudung ala serban.


"Kami menghasilkan 17 gaun malam dan menggunakan fabrik shantung, valentro dan sifon. Potongan baju lebih memberi tumpuan di bahagian bawah kain supaya ia kelihatan mengembang dan beralun.

"Tampalan renda yang berwarna putih diletakkan pada beberapa bahagian baju seperti di badan, dada, bahu dan lengan supaya menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

"Kami sebenarnya terlebih dulu fokus kepada penghasilan gaya ala serban yang semakin diterima ramai hari ini sebelum mereka busana," katanya.

Tambah Azura, pengalaman mereka mencari serban yang sesuai dan menarik mencetus idea untuk mereka sendiri dan menjualnya kepada orang ramai.

Tercari-cari imej yang lebih urban dan bergaya, serban dengan padanan busana moden dipilih bagi menampilkan pesona diri.

Antara jenis yang boleh didapati di butik AzuraAzwa adalah serban serkup yang mana mereka menjahit lilitan serban yang dimahukan lalu menjadikannya seperti serkup kepala, tetapi turut mempunyai lisu kedutan jahitan bagi memberi impak berbeza.

"Saya mendapati kebanyakan jahitan serban lain yang berada di pasaran tidak kemas. Atas sebab itu, ketika menghasilkan pelbagai jenis rekaan dan gaya, kualiti kain serta jahitan amat dititikberatkan.

"Ternyata, fesyen ala serban mula mendapat perhatian ramai sehingga boleh digayakan untuk pelbagai acara dan busana. Ia kini menjadi trend baru kepada remaja urban," jelasnya.

Tidak terhad kepada penggayaan wanita dengan imej Muslimah, tudung serban AzuraAzwa juga boleh digunakan oleh sesiapa saja kerana bentuk yang versatil dan mampu diolah pelbagai gaya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.azuraazwa.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

Koleksi penuh aura berani

Posted: 07 Jun 2013 05:37 AM PDT

Buat mereka yang mahu menghadiri majlis koktel, makan malam atau rasmi dan menggemari rekaan elegan dengan kerlipan metalik menghiasi tubuh, rekaan daripada jenama pakaian terkemuka, Farah Khan boleh dicuba.

Sempena musim gugur dan sejuk tahun ini, Farah mengetengahkan pengaruh grafik seni bina unik sebagai konsep utama rekaan terkininya.

Bagi mereka yang menggemari rekaan mewah klasik, pasti tidak akan melepaskan peluang mendapatkan gaya terbaru daripada pereka terkemuka ini yang bukan saja eksklusif, tetapi selesa ketika disarung pada tubuh.

Bentuk gaya semula jadi dan struktur baju digabungkan dengan tanda pengenalan pembayang metalik label berkenaan berserta perincian buatan tangan yang menyerlah.


Koleksi kali ini dipenuhi aura berani manakala pola corak pada baju pula dijalin penuh mahir dengan lengkungan, garisan abstrak, geometri dan bentuk seni bina bangunan pencakar langit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


80 pemilik tanah diarah tanam semula pokok

Posted: 06 Jun 2013 11:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PTDG) sedang mencari lebih 80 pemilik tanah yang diteroka di Permatang Kuarza Genting Klang, dekat sini.

Pegawai Daerah Gombak Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, PTDG akan segera menghubungi semua pemilik tanah yang memiliki sehingga satu hektar bagi setiap lot bagi membolehkan pihaknya menyerahkan notis 7A iaitu mengarahkan kerja baik pulih segera dilakukan.


"Mereka perlu membaik pulih tanah terbabit termasuk menanam semula pokok di kawasan yang sudah dibersihkan.

"Jika mereka gagal melakukannya dalam tempoh tiga bulan, PTDG akan mengeluarkan notis 7B iaitu pemilik tanah perlu mengemukakan rayuan dan tunjuk sebab mengapa mereka gagal membaikpulih kawasan terbabit seperti yang diarahkan.


"Bagaimanapun, jika mereka masih gagal mematuhi arahan, PTDG akan mengeluarkan notis 8A dan rampasan tanah akan dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya lagi, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya mendapati semua pemilik terbabit melanggar syarat tanah yang ditetapkan menyebabkan tiada ganti rugi diberikan kepada mereka selepas tanah itu dirampas.

Foto

LORI mengangkut tanah di kawasan Permatang Kuarza Genting Klang.

"Tanah terbabit adalah kawasan pertanian, malangnya pemilik tanah bertindak mengubahnya dan berdasarkan penerokaan dan kerja meratakan tanah berkemungkinan ia dijadikan kawasan komersial atau sebagainya.


"Kami sudah mengemukakan laporan berhubung kejadian itu kepada kerajaan negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengkaji kawasan terbabit terutama membabitkan isu perlombongan batu kuarza yang dilakukan secara haram.

"PTDG bimbang sekiranya pemilik tanah gagal dihubungi kerana berpindah dari alamat terakhir yang didaftarkan dalam rekod kami. Justeru, saya berharap agar pemilik tanah terbabit dan masih belum menerima sebarang notis agar segera menghubungi PTDG," katanya.


Selasa lalu, akhbar ini menyiarkan mengenai aktiviti penerokaan termasuk kerja menambak tanah serta tapak pembuangan sampah secara haram berlaku di kawasan Permatang Kuarza Genting Klang sejak dua tahun lalu.


Selain menyebabkan kawasan itu terdedah kerana hampir 121 hektar tanah diteroka sewenang-wenangnya, paling membimbangkan jajaran batu kuarza sepanjang 14 kilometer yang turut terdapat Bukit Tabur menjadi tidak stabil atau runtuh.


Keadaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan puluhan ribu rumah tenggelam sekiranya Empangan Genting Klang yang terletak bersebelahan jajaran batu berkenaan, pecah dan air melimpah ke kawasan rendah.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin menyifatkan tindakan perlombongan batu kuarza itu sebagai menceroboh dan mencuri memandangkan tiada lesen dikeluarkan untuk aktiviti itu.


Menurutnya lagi, kerajaan negeri sukar membuat pemantauan penerokaan secara haram di situ atas faktor keluasan kawasan Permatang Kuarza Genting Klang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Hak peribadi TMJ

Posted: 06 Jun 2013 08:52 AM PDT

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik badan induk bolasepak itu sebagai hak peribadinya.

"Itu hak dia, bukan saya perlu jawab. Kami terbuka dan sedia menerima kritikan. Jika ada kebaikan, ia perlu dijadikan iktibar dan kita tidak boleh lari.


"Mungkin kata-kata TMJ itu ada kebaikan tapi jika ada fakta yang salah, ia perlu diperbetulkan," kata beliau ditemui selepas merasmikan Piala Guruhara di Kelab Aman, Kuala Lumpur semalam.

Meskipun Tengku Abdullah memegang status orang nombor dua FAM, beliau meminta setiap persoalan ditujukan kepada pengurusan FAM.


"Saya hanya seorang daripada anggota Majlis FAM dan tidak boleh memutuskan sesuatu perkara bersendirian." Kelmarin dalam kenyataan kepada media, Tunku Ismail menegaskan FAM tidak akan berubah meskipun 20 tahun akan datang sekiranya terus mengamalkan polisi tidak betul dan menjatuhkan hukuman secara tidak adil.


Antara dakwaan TMJ adalah hukuman gantung daripada tugas presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) kerana mengkritik, dalam masa sama, Johor Darul Takzim dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bukannya Jawatankuasa Tatatertib mengenai insiden separuh akhir Piala FA di Pahang dan tidak dibenarkan merayu.

Foto

TENGKU Abdullah (kiri) bersalaman dengan peserta Piala Guruhara.

Tunku Ismail juga menyelar polisi FAM yang lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea sekali gus mengabaikan pembangunan bakat dalam kalangan belia.


"Kes Tunku Ismail rasa saya tidak adil dikenakan denda kerana saya tidak ada dalam negara. Eloklah FAM yang menjawabnya. Isu hukuman dijatuhkan JKPT dan bukannya Jawatankuasa Tatatertib, itu terpulang kepada JKPT dan lebih baik rujuk kepada mereka," kata Tengku Abdullah lagi.

Sementara itu, beliau yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) berharap skuad hoki negara dapat mencuri satu slot ke Piala Dunia 2014 dan merebut peluang selaku penganjur separuh akhir Liga hoki Dunia, di Taman Daya, Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Cabaran muay thai jana minat

Posted: 06 Jun 2013 08:47 AM PDT

Bachok: Bahang Cabaran Tinju Antarabangsa MUAY Melayu selama tiga hari bermula esok di Pantai Irama, mula dirasai apabila 30 peserta mewakili tujuh kelab sedia memulakan cabaran.

Kejohanan bertaraf antarabangsa pertama kali diadakan di Bachok itu bakal melakar sejarah tersendiri kerana disertai peserta hebat dari Brazil, Scotland, Thailand dan Laos.


Penganjur kejohanan, Persatuan Boksing Jajahan Bachok (PBJB) optimis pertandingan itu mendapat sambutan seluruh peminat kerana ia turut menampilkan peserta hebat tempatan.

Presiden Azril Mohd Zawawi berkata, peserta tersohor dari Laos, Saiponn Ron akan dicabar peserta tempatan, Kamal Pee Aik dari kelab N33 Pulai Chondong manakala San Sutt Cosomuay Island, Thailand berdepan Mat Ropi (Kelab Kuda Merah ATM Malaysia).


"Seorang lagi wakil Kuda Merah ATM, Emy turun menentang Bruce Cameron dari Scotland dan Eyoo dari Kelab Selendang Kuning Bachok dicabar Pran Eikk dari Thailand.


"Perlawanan antara Andree Alberto dari Brazil dan Eddy dari Selendang Kuning Bachok turut dijangka menjadi tumpuan kerana peserta Brazil itu dikatakan memiliki beberapa tali pinggang kejuaraan sepanjang pembabitannya di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri dua ahli jawatankuasa kejohanan, Mohd Azman Ghazali dan Zaharbi Shaari. Menurut Azril, kejohanan itu menampilkan satu regu silat cantik dan dua regu taekwando selain perlawanan tinju membabitkan peserta remaja dan veteran.


"Kami bawa dua peserta veteran, Mazlan Eskim dari Pasir Mas dan Sota dari Bachok sebagai motivasi kepada golongan muda untuk meneruskan perjuangan dalam sukan mencabar ini.

"Kejohanan yang julung kali diadakan ini usaha kami mendedahkan peminat setempat dengan kejohanan berprestij kerana sebelum ini, ia diadakan di Kota Bharu, selain harga tiket berpatutan iaitu RM15 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak," katanya.


Sehubungan itu, pihaknya bercadang mengadakan kejohanan lebih besar di Bachok andai kejohanan ini mendapat sambutan memberangsangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tampil imej baru

Posted: 06 Jun 2013 03:43 PM PDT

Hanya semangat yang kuat menjadi bekalan juara program Mentor musim kelima, Salma Asis bangkit semula dan meneruskan percaturan yang tertangguh sebelum ini.

Katanya, jika bukan kerana kecekalan hati mungkin dia sudah lama karam saat dilanda ujian besar yang menggugat kesihatannya ketika kerjaya nyanyian baru bertunas dua tahun lalu.

Imbau penyanyi berusia 23 tahun ini, hampir saja dia putus harapan dan berkubur apabila permulaan kerjayanya terencat gara-gara status kesihatan yang tidak menentu hampir setahun.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah sihat sepenuhnya selepas berubat di merata tempat. Hampir setahun juga kesihatan tidak stabil kerana penyakit misteri hingga menjejaskan kerjaya yang baru bermula.

Foto

Salma Asis


"Ketika itu, pernah juga terdetik rasa kesal memikirkan begitu sukar dan rumit jalannya untuk menjadi seorang artis? Mujur saya tidak patah semangat dan terus lenyap bersama masalah yang terjadi.


"Sebaliknya, saya kuatkan semangat dan berusaha mengubati penyakit itu sehingga dapat bangkit semula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu," katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Kongsinya, atas alasan itu juga kerjayanya tenggelam timbul sepanjang tahun lalu sehingga ramai yang menyangka gadis berasal dari Tawau, Sabah ini sudah lenyap dari arena muzik.

Katanya, sebaik saja masalah kesihatannya pulih, dia tidak mahu bertangguh lagi bagi mengejar semula masa yang terbuang sebelum ini kerana dugaan itu.

"Sudah banyak masa terbuang ketika saya jatuh sakit. Sekarang, saya mahu mengejar semula perjalanan kerjaya yang terencat sebelum ini.

"Sekarang saya makin kuat dan berfikiran lebih positif untuk bekerja keras memulakan semula kerjaya. Walaupun rumit dan terkapai-kapai seorang diri, saya akan berusaha sedaya mungkin meneruskan perjuangan ini," katanya.

Menyambung perbualan kami, Salma bagaimanapun mengakui laluannya untuk menghidupkan semula kerjaya yang terperap sebelum ini tidak semudah di sangka.

"Saya jadi kuat dan tabah kerana niat asal saya untuk bergelar penyanyi berjaya. Jadi biar susah dan perit sekali pun saya akan harungi juga.

"Semangat dan matlamat saya sudah ditetapkan. Sekarang saya kena berusaha sedaya mungkin bagi mengembalikan semula periuk nasi ini," katanya.

Justeru, Salma tampil dengan imej baru sebagai simbol kesyukurannya atas peluang kedua diberikan Tuhan.

Salma yang mula berhijab sejak awal Januari lalu berkata, penghijrahan itu membuka perspektif lebih segar dan positif buatnya.

"Jiwa saya lebih tenang sejak berhijab. Saya memang sudah lama simpan hasrat untuk bertudung tetapi masanya belum sampai.

"Alhamdulillah, sekarang saya senang dan bahagia dengan perubahan ini. Segala yang saya rancangkan berjalan dengan baik dan lancar," katanya.

Tambah Salma, sebagai permulaan dia turut tampil dengan lagu terbaru berjudul Seruan Jiwa bagi meraikan kelahirannya semula dalam nyanyian.

"Sebenarnya lagu ini sudah siap sejak hujung tahun lepas tetapi ketika itu saya tidak kenal sesiapa yang boleh membantu bagi melancarkan semula kerjaya yang hampir berkubur.

"Bagaimanapun, saya bertuah apabila mendapat bantuan NAR Records yang bekerjasama mempromosikan projek lagu ini.

"Saya berharap lagu ini akan meletakkan saya semula dalam bidang ini," katanya yang bakal beraksi pada Konsert Ekspresi Harian Metro di Dataran Perbandaran Segamat, Johor, malam esok.

Selesa hidup solo

Status Salma sebagai ibu tunggal kepada anak perempuan bernama Putri Nurul Huda, 5, tidak perlu disingkap lagi. Namun, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Aku Permata ini selesa dengan kehidupan solo.

Ketika diusik perihal itu, Salma berkata, tiada apa yang lebih membahagiakan selain menjalani kehidupan di samping puterinya itu.

"Saya tidak ada teman istimewa setakat ini. Saya senang begini membesarkan anak bersendirian.

"Pada saya, soal mencari pasangan bukan perkara utama yang perlu dikejar sekarang.

"Saya sudah dapat peluang semula untuk membina kerjaya, peluang ini harus saya manfaatkan terlebih dulu," katanya.

Ditanya tidakkah dia berasa sunyi, Salma berkata, anaknya menjadi tempat mengadu dan berkongsi segala cerita suka dan duka.

"Saya belum ada kekasih dan bukan jenis yang menyorokkan status jika diri memang berpunya.

"Apa yang lebih berharga sekarang, saya ada anak yang jadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan kalau saya bersedih atau sunyi.

"Rasanya tidak perlu kekasih dulu pada waktu ini kerana hidup saya dikelilingi kasih sayang keluarga sendiri," katanya menyimpulkan perbualan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Seorang maut, empat terperangkap

Posted: 06 Jun 2013 09:46 PM PDT

GEORGETOWN: Seorang maut tertimbus manakala empat lagi mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan, di Batu Maung, di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shouki Hamzah berkata, pihaknya menggunakan `Search Camera' untuk melihat keadaan bawah runtuhan berkenaan.

"Rakaman menerusi kamera berkenaan mendapati seorang mangsa terbunuh dalam kereta. Mangsa dikesan duduk di tempat pemandu yang ranap bawah runtuhan itu," katanya di tempat kajadian.

Empat mangsa lagi dikhuatiri terperangkap berdasarkan kereta dan tiga motosikal yang berada di bawah runtuhan berkenaan.

Foto

SUSUR masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh ketika dalam pembinaan malam tadi.

Foto

PASUKAN penyelamat giat mencari mangsa.


Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar dalam sidang akhbar kira-kira jam 11.30 malam tadi di tempat kejadian hanya mengesahkan tiga cedera.


Menurutnya, mereka yang mengalami kecederaan itu adalah dua pekerja kontrak dan juga seorang wanita.

"Dua pekerja terbabit sedang melakukan kerja manakala wanita berkenaan pula sedang memandu kereta. Wanita berkenaan hanya mengalami kecederaan di tangan akibat terkena serpihan konkrit," katanya.

Menurutnya, kerja- kerja pembersihan dijangka memakan masa berikutan pihak penyelamat masih menunggu kren untuk mengalihkan serpihan konkrit yang agak besar.

"Maklumat awal mendapati sebuah kereta terkandas dalam timbunan konkrit itu. Jalan menghala ke Batu Maung akan ditutup sehingga kerja pembersihan lengkap sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, kira-kira 300 anggota polis akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memastikan segala kerja pembersihan dan lalu-lintas berjalan lancar.

Sementara itu, saksi, Ahmad Mohd Saad, 39 berkata, dia mendengar bunyi rekahan kira-kira lima minit sebelum memberitahu lapan pekerja yang ketika itu berada di atas penyambung jambatan yang sedang melakukan kerja konkrit.

"Tidak lama selepas itu, saya dan juga rakan melihat besi perancah penghadang konkrit bengkok sebelum kami terus melarikan diri meninggalkan lori," kata pemandu lori konkrit itu.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi rakan menghantar bancuhan konkrit menggunakan lori berhampiran lokasi kejadian.

"Sejurus melihat besi penghadang konkrit bergoyang kami terus melarikan diri dan menjerit memaklumkan lapan pekerja yang melakukan kerja konkrit di atas sambungan jambatan terbabit.

"Enam daripada mereka sempat lari menyelamatkan diri, manakala dua yang lain terjatuh bersama sisa runtuhan konkrit terbabit," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan runtuhan struktur penyambung jambatan sepanjang 50 meter dan seberat 200 tan itu menyebabkan gegaran kuat bagaikan gempa bumi.

"Mendengar bunyi kuat itu, semua rakan kerja di tempat bancuhan konkrit kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian bergegas ke tempat runtuhan.

"Mereka menarik keluar dua pekerja yang tertimbus dalam sisa runtuhan konkrit terbabit dan saya sempat melihat kedua-duanya dalam keadaan parah dengan darah meleleh keluar melalui telinga dan hidung," katanya.

Menurutnya, dia turut ternampak dua kereta orang awam yang menggunakan laluan di bawah binaan sambungan jambatan itu dihempap sisa runtuhan konkrit.

"Hingga sekarang saya masih terbayangkan kejadian yang berlaku di depan mata itu dan bersyukur kerana sempat melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

Belasah enggan jadi gengster

Posted: 06 Jun 2013 12:28 PM PDT

Sungai Buloh: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, selepas dibelasah sekumpulan tujuh rakan sebaya yang bersenjatakan besi dan kayu di depan sebuah kafe siber di Damansara Damai dekat sini, Isnin lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Oii Boon King, dibelasah kumpulan terbabit dipercayai kerana menolak pelawaan mereka untuk menganggotai satu kumpulan gengster.

Menurut abang ipar mangsa yang juga saksi kejadian, Benny Chong, 35, adiknya dibelasah kumpulan terbabit tanpa belas kasihan selama lebih 10 minit.

"Mereka (kumpulan remaja) membelasahnya menggunakan besi dan kayu. Dia kini masih koma dan sedang dirawat di HSB," katanya memberitahu, Boon menerima 30 jahitan di kepala selain mengalami keretakan di tangan kiri dan kaki kanan.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan Boon dibelasah kumpulan berkenaan.


Menurut Benny yang ditemui di HSB di sini, semalam, kira-kira seminggu sebelum kejadian, Boon menolak pelawaan kumpulan terbabit untuk menganggotai satu kumpulan gengster dan mengesyaki ia adalah motif serangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


EDL bakar masjid

Posted: 06 Jun 2013 08:45 AM PDT

London: Sebuah masjid di utara bandar raya ini musnah dalam kebakaran dan dikhuatiri ia menjadi sasaran serangan balas terhadap pembunuhan anggota tentera Britain, Drummer Lee Rigby, baru-baru ini.

Kebakaran bermula awal pagi dan polis melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada anggota Liga Pertahanan Inggeris (EDL) bertanggungjawab.


Polis dari unit Antikeganasan mengetuai siasatan berkenaan selepas grafiti dengan perkataan EDL ditemui diconteng pada masjid itu.

Akibat kejadian itu, sebahagian daripada bangunan masjid milik Persatuan Kebajikan Brawani Somalia itu runtuh dan polis mengesyaki ia berpunca daripada perbuatan khianat.


Penghuni di dua bangunan berhampiran masjid itu berjaya diselamatkan sementara seorang wanita dirawat di tempat kejadian.


Beberapa masjid di Britain menjadi sasaran serangan selepas pembunuhan Lee Rigby di Woolwich, dua minggu lalu.

Foto

BOMBA memadamkan masjid yang terbakar di utara London awal pagi semalam.

Foto

ANGGOTA bomba memeriksa tempat kejadian.

Foto

MASJID yang musnah perlu dibina semula.

Polis berkata, mereka sudah mula berunding dan bekerjasama rapat dengan masyarakat Somalia dan Islam bagi memberikan sokongan.


Ali Abu, 30, dari badan kebajikan Britsom berkata: "Kami terkejut dengan apa yang berlaku. Kami mengecam serangan itu. Keadaan amat serius ketika ini dan kami kecewa dengan serangan terhadap masyarakat kami yang cintakan keamanan." Fiyaz Mughal dari Faith Matters, kumpulan yang mengawasi kegiatan antipenduduk Islam berkata: "Serangan itu mungkin ada kaitan dengan kegiatan antipenduduk Islam memandangkan masjid itu tidak jauh dari Woolwich dan ia aktif menganjurkan kegiatan Islam. Grafiti EDL juga ditemui di masjid itu." - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Paris Jackson cuba bunuh diri

Posted: 06 Jun 2013 08:37 AM PDT

Los Angeles: Paris Jackson, anak perempuan ikon pop, Michael Jackson dikejarkan ke sebuah hospital di California selepas cuba membunuh diri, kata sumber keluarga.

Remaja berusia 15 tahun itu cuba mengelar pergelangan tangan kanannya dengan pisau pemotong daging dan menulis nota membunuh diri, menurut laman web selebriti, TMZ.

Paris yang bapanya meninggal dunia pada 2009 diletakkan di bawah perhatian pakar sakit jiwa selama 72 jam di hospital, kata sumber itu yang turut berkata, remaja itu mengalami tekanan dan pernah dilapor menimbang untuk membunuh diri.

"Dia cuba mengelar dirinya. Dia merasakan dia perlukan bapanya. Dia pernah dirawat kerana tertekan. Ini umpama tangisan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, keadaannya baik ketika ini," kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.


Seorang jurucakap syerif berkata, pihaknya bergegas ke sebuah rumah di Calbasas dekat Los Angeles, tempat keluarga Jackson tinggal selepas menerima panggilan mengenai 'keadaan kesihatan.' Dia enggan mengesahkan identiti orang yang dibawa ke hospital.


Paris menulis dalam laman Twitternya beberapa kali Selasa lalu, termasuk; "Semalam, semua masalah saya kelihatan begitu jauh. Kini, ia seperti akan kekal' dan 'Saya hairan mengapa air mata berasa masin?"

Dalam satu kenyataan neneknya, Katherine berkata: "Menjadi remaja 15 tahun yang sensitif adalah sukar, tidak kira siapa anda. Ia lebih rumit lagi apabila anda kehilangan orang paling rapat dengan anda. Paris secara fizikalnya sihat dan kini mendapat rawatan perubatan yang sesuai. Harap anda dapat menghormati privasinya dan keluarga kami."

Ibu Paris, Debbie Rowe dan bekas isteri Raja Pop itu berkata: "Kami menghargai semua tumpuan diberikan kepada Paris ketika ini dan penghormatan terhadap privasi keluarga itu,"

TMZ melaporkan, Paris menelefon talian bunuh diri dan orang yang menyambut panggilannya memaklumkan kepada perkhidmatan kecemasan.

Ia menyiarkan rakaman audio panggilan 911 itu dengan orang yang menjawab panggilan itu kedengaran berkata: "Dos berlebihan. Syerif sudah dimaklumkan."
Paris dibawa keluar dari rumah keluarganya di Calabasas dengan pengusung.

Menurut TMZ, remaja itu mengelar lengan kanannya dan memakan pil Motrin, ubat yang digunakan untuk mengurangkan pening kepala dan sakit gigi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved