Rabu, 7 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bergaya tapi sederhana

Posted: 07 Nov 2012 08:25 AM PST

TIDAK perlu bersolek tebal apabila menghadiri majlis makan malam apatah lagi jika kehadiran sekadar memenuhi jemputan kerana apa yang penting disenangi rakan semeja yang lain.

Tetapi, masih ramai wanita yang gelisah memikirkan solekan berpadanan dengan jenis pakaian serta penampilan diri agar tidak kelihatan janggal di mata umum.

   
  • Foto

    SEBELUM...wajah Zaete sebelum mengenakan mekap.

  • Foto

    LUKIS...bentukkan bibir menggunakan penggaris bibir dan pakaikan gincu berwarna terang untuk lebih menyerlah.

  • Foto

    MENONJOL...bagi memberikan ilusi pipi lebih tirus, gunakan kaedah pembayang menggunakan pembayang pipi kuning gangsa. Letakkan satu persatu - satu lapisan dan ditambah satu lapisan lagi agar warnanya sekata.

  • Foto

    SAPU...sebelum bermekap, penting untuk meletakkan sapuan asas seperti penyegar kulit, kemudian bedak asas dan bedak kompak.

  • Foto

    UKIR...gunakan celak berwarna coklat untuk mengukir alis. Elak penggunaan celak berwarna hitam supaya wajah tidak kelihatan garang.

  • Foto

    WARNA...sapu kelopak mata menggunakan asas warna pembayang mata terlebih dulu, kemudian gunakan celak warna gelap pada bahagian hujung mata. Untuk kesan lebih menyerlah, gunakan celak pada bahagian atas dan bawah kelopak mata.

  • Foto

    WARNA...sapu kelopak mata menggunakan asas warna pembayang mata terlebih dulu, kemudian gunakan celak warna gelap pada bahagian hujung mata. Untuk kesan lebih menyerlah, gunakan celak pada bahagian atas dan bawah kelopak mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    LUKIS...bentukkan bibir menggunakan penggaris bibir dan pakaikan gincu berwarna terang untuk lebih menyerlah.

Disebabkan terlalu ingin kelihatan sempurna, adakalanya wanita terbabit memilih menggayakan mekap yang agak keterlaluan bersama pilihan busana sarat hingga menjejaskan penampilan diri.

Tidak salah untuk bergaya, tetapi biarlah secara bersederhana agar nampak tidak canggung dan memberi keselesaan pada diri dan rakan di persekitaran.


Untuk solekan pada sebelah malam, seseorang itu perlu memberi penekanan pada penggunaan warna yang lebih terang dan menyerlah bersesuaian dengan keadaan persekitaran.


Penekanan pada bahagian mata menggunakan pembayang mata hijau kebiruan pasti menyerlahkan lagi gaya solekan.

Tip untuk tampil menawan:

Jangan keterlaluan

Tidak perlu mengenakan solekan keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan diri.

Elakkan daripada memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan.

Selain itu, pemakaian maskara juga perlu bersesuaian dengan mata kerana jika menggunakannya terlalu banyak, ia menyebabkan bulu mata kelihatan seperti bulu mata palsu.

Penggunaan bedak asas perlu disesuaikan dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit.

Mengenakan gincu dengan betul

Gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Bagi memastikan sapuan gincu kelihatan cantik, gariskan bibir dengan penggaris bibir agar ia terbentuk sempurna dan pastikan garisan bibir terbabit tidak kelihatan.

Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir kelihatan tebal kerana ia akan kelihatan tidak semula jadi.

Sesuaikan solekan dengan majlis dihadiri

Menghadiri sesuatu majlis atau aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan berbeza. Oleh itu, penting untuk membuat penggayaan mekap yang betul bagi mengelakkan diri kelihatan pelik.

Selain itu, harus juga bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

Jangan ragu apabila mengenakan solekan

Untuk mengelakkan masalah ini, mulakan dengan solekan yang nipis dan pilih warna lembut. Ia lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan supaya wajah kelihatan lebih berseri dan bermaya.

Kenal pasti keseluruhan penampilan diri

Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi.
Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna gelap.

Kenal pasti jenis kulit sama ada berminyak atau kering kerana bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, perlu menggunakan pelembap mengawal minyak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Cenderahati edisi terhad

Posted: 07 Nov 2012 08:02 AM PST

BIDANG kreatif begitu dekat di hati Natalia Mokhtar kerana bidang itu jugalah kerjayanya iaitu sebagai pereka grafik. Pelbagai kerja tangan kreatif diceburinya, antaranya membuat perhiasan seperti gelang, subang dan tasbih.

Membuat kerja tangan kreatif memang memberi kepuasan diri terutama apabila melihat hasilnya. Tambah menyeronokkan sekiranya ia dapat digunakan untuk menjana pendapatan.

Kini, Natalia yang bekerja sendiri menemui hobi menarik terbaru pada awal tahun ini. Dia sendiri baru mempelajarinya. Namun, kerana minat yang semakin mendalam, bidang itu bagaikan sebati dengannya.

Ada saja waktu terluang, kelihatan Natalia tekun menjahit bukunya sendiri.


Menjahit buku? Ya, kelihatan buku yang mempunyai kulit muka depan keras, menarik dan unik dijahit Natalia sendiri dan boleh diandaikan sebagai edisi terhad memandangkan ia buatan tangan.


Membelek buku itu, hati terus berkata, "Cantiknya buku ini!"

Menemubual Natalia dan bertanya bagaimana segalanya bermula, anak kelahiran Terengganu itu ramah bercerita.

"Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila saya diajak oleh seorang kawan menyertai kursus membuat buku handbound iaitu buku jahitan tangan," katanya.

Buku jahitan tangan dibuat dan dijahit sendiri. Kita boleh menentukan saiz dan rupa bentuk buku itu kelak. Kita memilih kertas, benang dan kulit muka depan mengikut kesukaan sendiri. Malah dapat dilihat, seperti menjahit juga ia adalah hobi yang sangat menarik dipelopori bagi menenangkan fikiran.

"Itulah permulaannya. Daripada mengetahui satu teknik membuat buku, saya pelajari lagi teknik lain di Internet dan Youtube," katanya.

Semakin lama dan semakin banyak yang dipelajari, Natalia merasa membuat buku sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari. Ini membuatkannya mahu terus belajar bagi mendapat ilmu baru.

"Buku sebegini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Mencatat jurnal harian, jurnal kehamilan, perkahwinan, resipi dan juga boleh ditampal gambar.
Disebabkan ia buatan tangan, buku ini tampil eksklusif dan peribadi," katanya.

Buku yang dihasilkan Natalia ini sesuai dijadikan hadiah atau cenderahati kepada insan istimewa kerana buku itu sendiri sangat istimewa.

Bayangkan mendapat hadiah buku buatan tangan yang kulit muka depannya daripada kain songket atau batik yang bercirikan tradisi. Kita boleh saja memilih corak kegemaran atau disesuaikan dengan tema majlis yang diadakan seperti hari keluarga ataupun perjumpaan rakan sekolah lama.

Natalia biasanya menggunakan kain sebagai muka depan bukunya. Dia turut menggunakan rekaan ilustrasinya sendiri yang kemudian dicetak.

"Untuk muka depan saya suka kain kapas kerana senang membentuk dan menampalnya. Sekiranya membuat buku yang ditempah khas untuk catatan tetamu di majlis perkahwinan, saya gunakan kain renda dan juga satin," katanya.

Peralatan yang diperlukan untuk menjahit buku ialah kertas keras, kain, kertas biasa atau kraf, benang, jarum dan gam pelekat.

Natalia memerlukan kira-kira dua jam bagi menyiapkan sesuatu buku. Pelbagai saiz buku dibuatnya seperti 8x8 inci, 8x6 inci, 6x6 inci dan 6x5 inci. Dia kini melabelkan hasilannya dengan jenama Notalia.

Buku jahitan tangan Natalia sering dijadikan sebagai hadiah korporat. Walaupun masih baru diperkenalkan, ia mendapat sambutan yang memuaskan.

Buku ini akan dicadangkan Natalia kepada pelanggannya sekiranya mereka memerlukan ilham dalam pemberian hadiah korporat. Selain itu, sebaran dari mulut ke mulut juga membuatkan hasilan Natalia semakin dikenali.

Natalia meletakkan harga berdasarkan saiz dan kemasan buku bermula daripada RM15.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tiga bulan RM3j

Posted: 06 Nov 2012 09:36 AM PST

SERDANG: Baru tiga bulan bergiat aktif, sekumpulan penyamun mampu mengaut keuntungan kira-kira RM3 juta hanya dengan menyamun 11 kediaman di sekitar daerah Serdang sejak Ogos lalu.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun akhirnya tumpas apabila polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun selepas terserempak dengan mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 malam di Jalan Bandar 3, di Puchong, dekat sini, Khamis lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dua lelaki terbabit menaiki sebuah kereta Proton Wira dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Dua suspek terbabit bagaimanapun enggan memberhentikan kereta walaupun diarah, sebaliknya terus memecut ke arah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebelum dipintas kereta peronda polis.


"Berlaku sedikit pergelutan antara anggota dan suspek terbabit, namun mereka berjaya diberkas," katanya.


Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, lima lagi suspek termasuk tiga wanita warga asing iaitu dua warga Thailand dan seorang Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Jalan Putra Mas, Kuala Lumpur, kira-kira jam 6.30 pagi.

Katanya, hasil tangkapan kedua, pihaknya membuat serbuan ketiga di sebuah hotel di Off Jalan Klang Lama, di Puchong dan berjaya menahan tiga lelaki kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.


"Semua yang ditahan berusia antara 22 dan 45 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau bersabit pelbagai kes antaranya samun, pecah rumah dan dadah.

"Turut ditahan, seorang lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai bertindak sebagai pembeli barangan yang disamun kumpulan berkenaan di sebuah kedai membaiki televisyen di Puchong Jaya, dekat sini, kelmarin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


RM40,000 lesap, RM3,000 ‘disedut’

Posted: 06 Nov 2012 09:33 AM PST

SHAH ALAM: Terpedaya dengan janji bakal memperoleh keuntungan RM320,000, seorang usahawan wanita dari Seksyen 7, di sini, mendakwa ditipu dan dipukau sekumpulan lelaki mengakibatkan kerugian RM40,000, Ogos lalu.

Tidak cukup setakat itu, ahli perniagaan terbabit, Azizah Che Meh, 29, berdepan pula kehilangan wang kutipan perniagaan lebih RM3,000 dipercayai 'disedut' menggunakan sihir selepas kejadian itu hingga dia trauma dan terpaksa mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam.


Azizah ketika ditemui berkata, semua masalah itu berpunca apabila tiga lelaki menghubunginya pada 28 Ogos lalu yang kononnya mahu mendapatkan perkhidmatan katering syarikatnya bagi satu majlis membabitkan kos ratusan ribu ringgit.

"Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Alias datang berjumpa saya di sebuah restoran di Padang Jawa, di sini dan pada pertemuan itu, Alias bersama dua rakannya itu pada mulanya berbincang mengenai perkhidmatan katering itu.


"Selepas itu mereka mula bercerita mengenai penjualan tanah di Meru, Klang yang didakwa boleh mendatangkan keuntungan. Alias meminta saya menjadi ejen kerana tanah itu akan dibeli seorang yang dikenali sebagai Datuk Syed yang bersedia membayar RM920,000 dan mereka akan memperoleh keuntungan RM320,000," katanya.


Azizah yang memiliki tiga restoran di Seksyen 7, Padang Jawa dan TTDI Jaya, di sini, berkata, pada pertemuan kali kedua di Subang Jaya, dia menyerahkan RM40,000 kepada seorang lelaki didakwa menantu pemilik tanah berkenaan selepas dipujuk Alias.

Menurutnya, dia kemudian diberikan satu dokumen surat kuasa bagi urusan penjualan tanah itu manakala Alias pula meyakinkannya sebahagian lagi wang yang perlu dibayar kepada pemilik asal tanah sudah dijelaskannya.


Katanya, dia langsung tidak merasa apa-apa, tetapi hanya keesokannya selepas Subuh, baru dia berasa tidak sedap hati dan membuat pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Selepas diperiksa, dua nama dalam surat kuasa itu memang wujud, tetapi nombor kad pengenalan palsu. Lebih menyedihkan, pemeriksaan terhadap tiga nombor telefon yang menghubungi saya juga semuanya menggunakan kad pengenalan palsu," katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kejayaan Psy diiktiraf kerajaan

Posted: 06 Nov 2012 08:43 AM PST

SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahaan kebudayaan paling tinggi kepada penyanyi rap, Psy kerana kejayaan mengejut yang dicapainya menerusi video 'Gangnam Style.'

Kementerian Kebudayaan semalam mengumumkan, penyanyi berusia 34 tahun itu yang nama sebenarnya Park Jae-Sang, akan dianugerahkan dengan Pingat Okgwan Order of Cultural Merit kerana sumbangannya terhadap seni.


"Psy dipilih bukan hanya kerana sudah lama menjadi artis tetapi juga mengiklankan Gangnam secara meluas dan meningkatkan minat dunia terhadap negara ini," kata seorang pegawai kementerian itu.

Psy menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas videonya, 'Gangnam Style' menjadi popular setelah dimuatnaikkan pada YouTube Julai lalu.


Dalam video itu, Psy mempersembahkan tarian kuda yang kini semakin terkenal.


'Gangnam Style' yang mengisahkan kehidupan di kawasan golongan kaya di Seoul, ditonton sebanyak 654 juta kali, menjadikannya video kedua paling banyak ditonton, dibelakang video 'Baby,' persembahan Justin Bieber yang mencatatkan 796 juta tontonan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Komputer riba punca tak subur

Posted: 06 Nov 2012 08:38 AM PST

LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.

Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.


Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.

Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar.

"Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

"Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook.

"Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya."

Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

"Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah 'adakah anda menggunakan komputer riba? "Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya," kata Scott. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lanyak sampai koma

Posted: 06 Nov 2012 09:54 AM PST

KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

"Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam," katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.


Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Nenek perkasa

Posted: 06 Nov 2012 09:54 AM PST

TUMPAT: Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar 'nenek perkasa' apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini.

Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya.


Nik Haripah yang mempunyai 10 cucu berkata, dia melakukan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu tanpa kekok dan mengakui sihat tanpa sebarang penyakit sehingga kini.

"Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman.


"Walaupun ada yang bimbang melihat saya mengemudi bot dengan muatan tong gas, saya sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan dimurahkan rezeki sebelum mengemudi bot. Saya berserah kepada Allah SWT," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, selain gas yang dijual mendapat permintaan daripada penduduk pulau berdekatan, dia membekalkan gas ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, di sini dengan keuntungan RM2.50 bagi setiap tong.

"Memang anak saya menyuruh berhenti melakukan kerja ini kerana bimbang keselamatan saya, tetapi saya minat berniaga dan masih ada tenaga bekerja.


"Lagi pun suami menghidap asma dan tidak boleh melakukan kerja berat. Sekurang-kurangnya, pendapatan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian," katanya yang menjaga ibunya, Nik Mariam Nik Hasan, 90, yang uzur.

Nik Haripah berkata, dia pernah berdepan detik cemas apabila tong gas diangkat jatuh ke dalam sungai.


"Dengan doa dan pengalaman dimiliki membuatkan saya terus melakukan pekerjaan ini sehinggalah saya tidak mampu melakukannya.


"Apapun saya berharap ada pihak sudi membantu saya membesarkan perniagaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Atasi ketumpulan’

Posted: 06 Nov 2012 08:29 AM PST

KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini.

Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.


"Saya melihatnya secara positif. Teguran itu mungkin cabaran untuk kami mencipta lebih banyak peluang dan memanfaatkannya, tidak seperti ketika menentang Vietnam," kata pemain sayap negara, Azamuddin Md Akil yang kini bersama skuad negara di negara Gajah Putih itu.

Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.


"Bagi saya, kami perlu menang demi menjaga maruah negara. Ia juga bagi mengembalikan keyakinan menghadapi Piala AFF," kata pemain yang turut mempunyai kebolehan beraksi di posisi penyerang itu.


Pada perlawanan bertemu Vietnam Sabtu lalu, jentera serangan skuad negara diketuai Norshahrul Idlan Talaha bersama Mohd Safee Sali dengan Azamuddin bertindak sebagai pemain sayap.

"Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan," katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.


Perlawanan menentang Thailand turut dijangka membuka peluang kepada beberapa pemain membuktikan kemampuan dengan tiga tonggak utama iaitu dua pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Fadhli Shas selain pemain tengah, Amar Rohidan mengalami kecederaan.

Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.


Rajagobal turut mengharapkan barisan pemain mempamerkan peningkatan berbanding aksi menentang Vietnam pada Sabtu lalu sekali gus mencerminkan pemain bersedia pada segenap aspek menghadapi Piala AFF nanti.


Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir seri tanpa jaringan dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2010 yang menyaksikan Malaysia muncul juara kejohanan terbabit buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


United buru tiket pusingan kedua

Posted: 06 Nov 2012 08:21 AM PST

BRAGA (Portugal): Manchester United boleh memastikan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara jika meraih mata maksimum menentang kelab Portugal, Braga, awal pagi esok.

Bagaimanapun, United perlu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih tiga mata kerana Braga pernah menewaskan kelab Inggeris itu di laman sendiri dalam empat perlawanan terakhir.


Tuan rumah turut menunjukkan mereka tidak mudah mengaku kalah dalam pertemuan kedua-dua pasukan bulan lalu apabila mendahului United 2-0 sebelum kecundang 2-3 di Old Trafford.

Tiga kemenangan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson, juara tiga kali dengan kelebihan lima mata di kedudukan teratas Kumpulan H diikuti kelab Romania, CFR Cluj, empat mata. Braga mengumpul tiga mata manakala gergasi Turki, Galatasaray, satu mata selepas tiga perlawanan.


Kelayakan automatik menjadi objektif utama, memenangi saingan peringkat kumpulan juga faktor utama bagi membolehkan United menentang pasukan naib juara pada pusingan kedua selain aksi kedua timbal balik di tempat sendiri.


Bagaimanapun sejak lima tahun lalu, Braga belum melepaskan sebarang gol kepada kelab Inggeris dan mempamerkan persembahan mengagumkan termasuk ketika menentang Liverpool, Arsenal, Birmingham City dan Portsmouth. United tampil dengan keyakinan tinggi selepas persembahan bertenaga ketika menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan Liga Perdana yang menyaksikan juara 19 kali liga Inggeris itu kembali ke puncak saingan domestik.

Ferguson turut mendapat semula khidmat pemain antarabangsa Scotland, Darren Fletcher yang tidak dapat bermain walaupun mengambil pelbagai ubatan untuk merawat penyakit usus yang hampir menyebabkan kariernya berakhir.


"Keadaan tidak sebaik dulu dan saya perlu menerima hakikat itu," kata Fletcher kepada Uefa.com. "Setiap hari pertarungan bagi saya. Saya perlu menjaga pemakanan dan mengambil ubat tertentu atau ia mungkin datang kembali." Barisan pertahanan Braga pastinya berdepan cabaran getir ketika gandingan Robin van Persie dan Wayne Rooney sudah menemui keserasian. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nyanyian jatuh nombor 2

Posted: 06 Nov 2012 06:25 AM PST

LUPAKAN saja kisah silamnya dulu kerana ia sudah pun menjadi sejarah. Bagi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, kontroversi yang pernah melanda hidupnya dulu sedikit sebanyak mematangkannya dalam meniti perjalanan sebagai anak seni.

Selepas tiga tahun mendiamkan diri dan mengumpul kekuatan dalam diri, bekas juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu yang juga pemilik nama sebenar, Norayu Damit, 23, percaya, sampai masanya dia bangkit semula untuk buat 'comeback' sekali gus merancakkan kembali persada hiburan tanah air.

Ternyata, status isteri dan ibu kepada dua cahaya mata bukan penghalang buatnya kembali meneruskan cabang seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu.

"Sebelum ini, saya memperlahankan aktiviti seni sebaik saja OIAM berakhir kerana fokus pada rumah tangga dan bisnes bersama suami menerusi syarikat Kenali Pura Network yang membekalkan peralatan makmal di sekolah, lebih setahun lalu.


"Maklumlah, anak masih kecil dan sangat memerlukan perhatian daripada saya sebagai ibu. Selain memasak untuk keluarga, anak saya yang nombor dua juga masih menyusu badan, ketika itu.


"Walaupun tiada publisiti, saya bersyukur kerana masih dapat kepercayaan memenuhi undangan menyanyi di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor," katanya.

Walaupun ingin kembali dalam dunia glamor, keutamaan Ayu tetap pada rumah tangganya.

"Saya tak kisah orang kata tidak popular berbanding rakan seperjuangan lain kerana yang penting hidup saya bahagia sekarang. Suami dan anak-anak tetap nombor satu dalam hidup dan karier seni pula jatuh nombor dua.

"Saya juga yakin untuk kembali dalam bidang seni kerana anakk sudah besar sikit dan suami juga merestui dan memberi sokongan padu kerana dia tahu minat saya yang mendalam dalam bidang nyanyian," katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 25 tahun, Ayu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Nasrul Haikal, 3 tahun dan Sharifah Alya Adriana, 1 tahun, 3 bulan.

Mengenai gosip dirinya yang dikatakan ada masalah 'tingkah laku' hingga menyebabkan namanya tenggelam dalam bidang seni, Ayu mengakui dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita seperti itu.

"Ini kali pertama saya dengar gosip seperti itu. Selepas Anugerah Planet Muzik 2009, saya perlahankan aktiviti seni kerana fokus pada rumah tangga.

"Sepanjang terbabit dalam bidang seni, saya tidak pernah menimbulkan masalah pada orang lain. Apa yang saya tahu hanya menyanyi dan buat 'show' saja kerana segala urusan lain diserahkan pada pengurusan 8 Unit sebelum ini.

"Namun, saya akur, tidak tahu macam mana nak berhubung dengan pihak media tempatan pada awal pembabitan dalam bidang seni dulu. Mungkin sebab itu saya kurang publisiti berbanding rakan seperjuangan lain. Tapi, saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku kerana menyedari diri tidak diberi peluang ketika itu," katanya.

Ayu mula belajar erti berdikari

DALAM diam rupa-rupanya, sudah setahun Ayu keluar dari syarikat rakaman Monkey Bone Records dan pengurusan 8 Unit. Ketika bernaung di bawah Monkey Bone selama tiga tahun, Ayu juga sempat menghasilkan dua album. Bagaimanapun, album penghargaannya dengan Monkey Bone yang mengandungi lagu hits 80-an belum dilancarkan lagi.

Lebih menarik, album 'tribute' yang juga cover version Melayu itu memuatkan lagu seperti Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), Flora Cinta (Min Malik), Setia Kasih (Haleeda), Salam Buat Kekasih (Nadia), Dendam Dalam Diam (Nora) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).

"Selepas tamat kontrak, saya putuskan untuk belajar berdikari dan menguruskan sendiri karier seni dengan dibantu pengurus, Jeff Wai. Terus terang, saya keluar dari Monkey Bone dan 8 Unit bukan kerana ada masalah sebaliknya saya keluar secara baik kerana ingin belajar berdikari demi jaminan masa depan.

"Dari segi imej pula, saya tidak merancang buat perubahan mendadak kerana selesa dengan imej ringkas dan sesuai dengan status sebagai isteri dan ibu. Ia memang cabaran besar bagi saya untuk menjual vokal dan bukan imej seksi.
Apabila berkahwin, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga yang beri kepercayaan selama ini," katanya.

Bagi mengubati kerinduan peminatnya, Ayu juga mempertaruhkan single barunya berjudul Hati Ini yang juga terbitan Global Records Sdn Bhd. Single genre balada ini ciptaan Mohd Atlas.

"Saya a sudah berhenti menyanyi di Glass Lounge, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kerana ingin memberi fokus pada single ini.

"Buat masa ini, saya muncul dengan single terlebih dulu khusus untuk peminat yang masih menyokong sampai sekarang. Single ini juga menepati cita rasa sendiri. Selain itu, saya masih mencari material sesuai untuk bingkisan album penuh nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kontroversi bagaikan badi FFM

Posted: 06 Nov 2012 06:11 AM PST

BAGAIKAN kelaziman, penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) pasti mencetuskan kontroversi tersendiri. Saban tahun ada sahaja cakap-cakap belakang diperkatakan sebaik majlis yang bertujuan meraikan karyawan filem ini selesai. Ada-ada saja isu tidak puas hati ditimbulkan penggiat seni sendiri.

Sudah dapat diagak penganjuran FFM bersempena sambutan jubli perak mengundang kontroversi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bertindak mengambil alih penganjurannya daripada Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang dikatakan mempunyai hak penuh menganjurkannya.

Paling melukakan Gafim ialah Finas bertindak mengadakan kerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang bukan ahli gabungan mereka untuk penganjuran FFM25 yang berlangsung pada 30 Disember ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam hal ini, individu yang dilihat menjadi mangsa keadaan tentunya penerbit Datuk Yusof Haslam yang muncul pada sidang media FFM25 oleh Finas sebelumnya.

Justeru, Gafim tampil dengan sidang akhbar khas bagi membantah penganjuran FFM25 oleh gabungan dua pihak ini pada 25 Oktober.

Persoalannya, apakah perkara ini menjejaskan komitmen PFM dalam bekerjasama dengan Finas? Wartawan RAP, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan daripada Yusof sendiri. Menariknya, jawapan yang diberikan cukup berlapik dan penuh hati-hati kerana beliau bimbang rakan lamanya dalam industri berkecil hati.

RAP: Bagaimana PFM boleh terbabit dengan FFM25?

YUSOF: Kami hadir menerusi surat jemputan daripada Finas. Saya sebenarnya mewakili Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba yang tak dapat menghadirkan diri. Sebagai Timbalan Presiden saya perlu pikul tanggungjawab yang diberikan.

RAP: Maksudnya PFM tidak tahu perkara sebenar sebelum sidang media itu?

YUSOF: Saya memang tak tahu butir lengkap. Namun, sebagai penerbit filem, sudah tentulah kami harus bergandingan dengan Finas dalam penganjuran majlis ini.

RAP: Adakah Datuk terkejut Gafim tak terbabit sama?

YUSOF: Ya saya sebenarnya terkejut. Saya kata pada Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak supaya panggil Gafim juga untuk turut serta. Beliau setuju dan kata ini hanya sidang media dan berikutnya akan buat mesyuarat dengan Gafim. Dia mengaku terlepas pandang perkara ini.

RAP: Gafim kata berhak anjurkan FFM kerana sudah dipatenkan sebagai hak mereka. Apa komen Datuk?

YUSOF: Saya tak pasti sama ada itu sudah dipatenkan sebagai milik Gafim atau tidak. Mereka sebenarnya pun daripada gabungan persatuan seni. Kalau penerbit tak bagi filem untuk dipertandingkan pun susah juga.

Apapun saya lebih suka pilih jalan tengah dan nak semuanya bergabung. Apa salahnya kita sama-sama menganjurkan dan memeriahkan majlis untuk meraikan anak seni.

RAP: Ketika sidang media itu, apakah Datuk rasa akan berlaku kekecohan mengenai FFM25?

YUSOF: Ya, itulah yang saya rasa dan perkara ini terus saya beritahu kepada Naquib. Dia kata akan panggil semua dalam mesyuarat yang akan diadakan. Seperti yang saya kata, Naquib mengaku terlepas pandang perkara ini.

RAP: Perasaan Datuk apabila perkara ini menjadi kecoh?

YUSOF: Saya memang berharap kemelut ini diselesaikan cara baik. Kita perlu duduk semeja untuk kepentingan industri. Sebagai orang lama yang bergiat lebih 40 tahun dalam seni, saya harap FFM akan berjalan lancar. Sesiapa yang tak puas hati sila luahkan dan jangan bercakap belakang. Saya tak nak orang seni diketawakan oleh masyarakat.

RAP: Selepas keluar Gafim, apakah PFM menyokong penganjuran FFM?

YUSOF: Kami tetap menyokong FFM kerana ia membawa manfaat kepada perkembangan industri. Itu langsung tak jadi masalah buat kami.

RAP: Apakah Datuk lihat FFM25 akan ditunda?

YUSOF: Sama ada penganjurannya terlajak atau tidak, ia mesti dilangsungkan juga sekurang-kurangnya Januari nanti. Kalau tidak nanti, akan berlaku lambakan filem kerana difahamkan 75 filem cereka akan dipertandingkan.

RAP: Setuju kalau dikatakan FFM tak lekang daripada kontroversi?

YUSOF: Kontroversi tak salah kalau bertujuan memeriahkan. Tapi janganlah keterlaluan sehingga orang hilang hormat terhadap penggiat seni. PFM tidak akan tarik diri dalam penganjuran FFM. Saya juga difahamkan Finas sudah bertemu dengan Gafim pada Isnin lalu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan FFM25. Ini satu perkembangan yang baik kerana kita perlu bersatu membangunkan industri seni.

RAP: Apa komen mengenai Majlis Tindakan Bersama tiga persatuan iaitu FDAM, Seniman dan Profima yang minta Finas menguatkuasa kembali Padu Citra pada 1 Januari 2013?

YUSOF: Mereka kena bincang dengan PFM sebagai penerbit dan tak boleh pandai-pandai buat keputusan. Jangan buat budaya sendiri kerana perbincangan ini perlu membabitkan PFM dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM). Kerja filem ibarat kamikaze kerana tak menentu masa. Ini budaya semula jadi orang seni yang tak sama dengan orang kerja kerajaan. Sebelum buat keputusan semua pihak perlu duduk berbincang.

RAP: Datuk menyokong Padu Citra?

YUSOF: Saya tak nafikan Padu Citra bagus, tapi sebelum itu perlu ada tindakan proaktif daripada pelbagai pihak. Kadangkala saya malas nak bagi komen, tapi melihatkan situasi sekarang saya rasa perlu juga bercakap. Bukan nak menidakkan pentingnya Padu Citra, tapi sebarang perbincangan perlu membabitkan PFM dan PTVM sebagai penerbit. Bagaimana kalau penerbit ambil orang baru bekerja dalam produksi? Perlu ada mekanisma lengkap dalam perkara ini.
Saya harap Finas juga kena tahu sensitiviti semua pihak sebelum bertindak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved