Sabtu, 6 April 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Transaksi tangan ghaib

Posted:

Klang: Seorang kerani pelik apabila wang simpanannya lesap walaupun budak penghantar surat pejabatnya yang diarahkan untuk mengeluarkan duit dalam akaun ditahan polis di Meru pada 29 Mac lalu kerana dipercayai terbabit kes penyalahgunaan dadah dan kini masih direman untuk siasatan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zakiah, 34, berkata, pada hari kejadian dia memberi kad bank kepada penghantar surat itu untuk mengeluarkan wang gajinya RM1,500 jam 11 pagi, tetapi tidak menerima sebarang berita dan tidak mengesyaki lelaki berusia 21 tahun itu mengambil wangnya.


Menurutnya, remaja itu sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang dan sudah mendapat kepercayaannya sehingga dia berani memberikan kad banknya tanpa syak.

"Saya menghubungi lelaki itu untuk bertanyakan status wang yang dikeluarkan, tetapi panggilan itu tidak dijawab. Dua hari selepas itu, saya cuba menghubungi bapanya dan diberitahu dia ditahan pada 29 Mac jam 1.30 petang.


"Saya menghubungi bank untuk mengetahui status wang dan dimaklumkan berlaku dua transaksi pada 29 Mac jam 10.11 malam dan 30 Mac jam 6.23 petang sebanyak RM2,070 tanpa pengetahuan saya," katanya.


Beliau berkata, apabila membuat semakan bank mendapati baki wang simpanannya tinggal RM10.

Foto

ZAKIAH menunjukkan laporan polis dibuatnya.

Zakiah berkata, dia pelik kerana dimaklumkan lelaki terbabit ditahan polis pada tengah hari, tetapi transaksi wangnya berlaku pada malam hari sama dan dia cuba mendapatkan pengesahan daripada bapa lelaki terbabit mengenai kejadian itu.


"Saya difahamkan, ketika ditahan lelaki itu berada dalam rumah rakan dan beg galasnya ada dalam rumah itu serta semua barang miliknya dibawa anggota polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan.

"Bapanya meminta bantuan saya membuat laporan polis dengan menyatakan anaknya tidak terbabit dalam transaksi itu kerana ketika transaksi, anaknya berada dalam tahanan polis yang tidak memungkinkan dia membuat pengeluaran di bank," katanya.


Zakiah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran pada Rabu lalu untuk mengetahui bagaimana transaksi itu berlaku dan terus mendapatkan kerjasama pihak bank untuk mengetahui individu yang melakukan transaksi itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Terharu ramai yang sayang

Posted:

Sekilas pandang, tiada apa perubahan mendadak pada penyanyi tampan berlesung pipit dari seberang ini. Afgansyah Reza atau Afgan, 23, bukannya nama asing kerana popularitinya baik di Indonesia mahupun di sini memang melambung.

Bermula dengan lagu hit Terima Kasih Cinta, dia menawan segenap pendengar dengan keunikan dan kemerduan vokal hebatnya. Tidak hairanlah juga di negaranya, bakatnya diagungkan dan pengiktirafan demi pengiktirafan dituai jejaka ini.

Meskipun sukar buatnya mencuri ruang untuknya melakukan aktiviti lain apabila terpaksa berulang-alik dari Jakarta ke sini, penuntut kolej Monash University, Bandar Sunway ini bagaikan tidak kenal erti penat.

Namun siapa tahu, pergolakan perasaan serta tekanan yang dihadapi Afgan gara-gara populariti yang diterima, dia masih mampu bertahan biarpun gerak-gerinya sentiasa jadi tumpuan umum.


Tidak terkecuali menerima tempias kontroversi, kebebasan untuk berkeliaran di tempat umum hingga kisah cinta, bagaimana agaknya pemuda itu mengawal emosinya serta menenangkan diri.


Afgan ketika ditemui mengakui ada masa-masanya dia akan berhadapan situasi sedemikian dan kadang-kadang buntu untuk memikir jalan penyelesaian terutama yang membabitkan hal peribadi. Ia tidak mudah, namun dia beruntung kerana sentiasa dikelilingi orang tersayang.

"Berada pada kedudukan ini, sudah pasti umum sentiasa memerhatikan saya hingga menyentuh ruangan peribadi. Saya juga tidak pernah terlepas daripada rasa tertekan, namun berusaha mengambilnya daripada sisi positif.

"Jika saya terlalu memikirkan mengenainya, pasti diri sendiri tewas kepada emosi dan berbalik kepada peluang yang diberikan peminat terutama untuk saya sehingga kini, itu sebenarnya sudah melebihi segalanya.

"Tuah buat saya juga, di saat-saat menghadapi pelbagai dugaan yang besar, keluarga juga sentiasa di sisi menyokong dan membantu mengatasi semua itu. Saya cukup gembira kerana tidak lekang dikelilingi orang-orang yang menyayangi serta sangat mengambil berat mengenai saya," katanya.

Bukan sekadar menitikberatkan karier nyanyian, Afgan sememangnya turut mementingkan pelajaran dan bakal menamatkan pengajiannya dalam masa terdekat, dia berjanji mahu melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi lagi selepas ini.

"Bagaimanapun, saya tidak merancang untuk kembali belajar dalam masa terdekat kerana selepas tamat di Monash University nanti, saya mahu fokus kembali kepada karier nyanyian.

"Album baru pun sudah dilancarkan dan saya bercadang untuk menghasilkan sebuah album lagi sebelum melanjutkan pelajaran kelak. Yang pasti, selepas ini saya mahu menyambung pengajian dalam bidang muzik," katanya yang bakal muncul dengan album baru pada tahun hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Raja kena gantung 6 bulan?

Posted:

Kuala Lumpur: Hukuman berat digantung sehingga enam bulan bakal menanti ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal andai didapati bersalah meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mendakwa beliau atas kesalahan melanggar peraturan Artikel 88 Statut FAM.

FAM semalam membuat keputusan mengeluarkan surat pertuduhan kepada pengendali pasukan negara itu berdasarkan Artikel 18 dan bukannya Artikel 88 yang diputuskan sebelum ini.


Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dipengerusikan Datuk Taufek Abd Razak bulan lalu, Rajagobal didakwa melakukan kesalahan melanggar Artikel 88 kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dasar FAM mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Berdasarkan Artikel 88 hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM berhak mengeluarkan kenyataan dan individu lain perlu meminta kebenaran terlebih dulu.


Bagaimanapun selaku ketua jurulatih, Rajagobal berhak membuat kenyataan mengenai pasukannya, namun beliau tetap didakwa menerusi Artikel 18 atas kesalahan mempersoal keputusan FAM menerusi kod 4.8.5 selepas kenyataannya disiarkan menerusi akhbar.


Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, selepas surat pertuduhan dihantar kepada Rajagobal semalam, ketua jurulatih itu mempunyai masa untuk menjawab pertuduhan hingga 12 April ini bagi membela diri.

Foto

Datuk K Rajagobal

Sekiranya gagal dalam perbicaraannya, Rajagobal yang mempunyai kontrak dengan FAM hingga Disember ini boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000.


"Surat pertuduhan kepada Rajagobal sudah dihantar hari ini (semalam). Beliau diberi hingga 12 April ini untuk menjawab surat pertuduhan itu. Beliau dituduh di bawah Artikel 18/3 FAM, Kod 4.8.5.

"Rajagobal tidak akan disiasat di bawah Artikel 88, namun sekiranya didapati bersalah, beliau bakal berdepan denda RM8,000 serta penggantungan enam bulan," katanya.


Kes Rajagobal yang mula membimbing skuad negara pada 2009 tercetus apabila beliau mendakwa kehadiran pemain import Liga-M yang lebih mendapat tempat dalam pasukan utama menyebabkan negara ketandusan penyerang semula jadi.


Kenyataan beliau itu dibuat selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-4 di tangan Arab Saudi dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam 17 Mac lalu.


Sementara itu mengenai kes membabitkan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Ahmad Fuad berkata, FAM mungkin membuat keputusan mengenai hukuman yang bakal diumum Isnin ini.


"Kita sudah mengadakan mesyuarat khas. Mungkin Isnin ini kita akan tentukan." Tunku Ismail yang digantung enam bulan dan denda RM18,000 oleh FAM selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 sebelum ini, dilapor berada di bangku simpanan skuad Johor Darul Takzim pada aksi menentang Terengganu pada 30 Mac lalu.


Bagaimanapun beliau sudah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ kelmarin dan tugas itu kini disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06

Dominasi Honda bakal tercabar?

Posted:

Kuala Lumpur: Perlumbaan belum bermula tetapi pengenalan pasukan berstatus 'factory racing' oleh Yamaha perlu diberi perhatian dalam menyaingi dominasi pasukan Honda musim ini.

Menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, bermula hari ini, pasukan dikenali PETRONAS CKJ Team itu mendapat sokongan penuh Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd. Pasukan yang bekerjasama dengan CKJ Racing berpangkalan di Terengganu akan memberi cabaran dengan mempertaruhkan dua pelumba berpengalaman, Md Zamri Baba dan Md Adli Salihin. Dua pelumba asal pasukan CKJ Racing, Ahmad Afif Amran dan Mohd Shariffudin Shamsuddin pula diletakkan untuk bersaing dalam kategori CP115.


Yang pasti pengenalan pasukan itu pasti memberi amaran awal kepada juara bertahan CP130, Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing dan Givi Honda Yuzy Pachie Racing, juara bertahan CP115.

Penyertaan pasukan ini pasti memberi amaran awal juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman, juara keseluruhan CP130 dan Amirul Ariff Musa, juara CP115 beraksi bersama Givi Honda Yuzy Pachie Racing dalam merencana strategi terbaik setiap pusingan bagi mengekalkan takhta dimenangi tahun lalu.


Malah, pengenalan 'shoot-out' julung kali dalam kategori CP115 memberi peluang terbaik pelumba mendapatkan grid permulaan final untuk mendapatkan pendahulu terbaik bersaing di litar teknikal.


Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran HLYM Voon Yin Kong berkata, idea menubuhkan pasukan ini timbul kerana tahap persaingan sukan permotoran di Malaysia semakin meningkat.

"Yamaha memiliki banyak rekod kemenangan sepanjang pembabitan Cub Prix sejak 20 tahun lalu tapi kami tidak mahu terus selesa atau bercerita kegemilangan pencapaian pada masa lalu.


"Kami mahu mengubah strategi dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam Cub Prix yang semakin moden dan itu menjadi antara sebab kami memperkenalkan pasukan berstatus 'factory racing'," katanya.

Ketika ini, kebanyakan pengeluar di Malaysia menyertai sukan ini melalui penajaan pasukan satelit. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun Yamaha menubuhkan kem sendiri dalam sukan peringkat nasional ini. Ketika PETRONAS Yamaha CKJ Racing tidak meletakkan sasaran kemenangan, berbeza pula dengan kem Honda.


Pengurus pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong berkata: "Saya tidak kisah dengan persiapan pasukan lain kerana fokus utama pasukan saya. Apapun, saya tidak tahu di mana pasukan saya akan berada, tapi yang pasti, kemenangan pencapaian terbaik kerana daripada situ keyakinan hadir. Rasa selesa dan tahu kemampuan sendiri penting bagi menentukan perlumbaan seterusnya selepas itu."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Georgetown tenggelam

Posted:

Georgetown: Beberapa lokasi sekitar bandar ini dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan selama lebih lima jam menenggelamkan Jalan P.Ramlee, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Maxwell Panchai berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu kerana hujan masih belum berhenti.

Beliau berkata, beberapa kawasan sekitar bandar ini dinaiki air sehingga 1.79 meter mengakibatkan kenderaan terperangkap dalam kesesakkan jalan raya.

"Seramai 30 anggota bersama dua buah lori berserta sebuah bot digegaskan di laluan yang ditenggelami air bagi membantu orang ramai keluar ke jalan besar.

"Kira-kira 300 keluarga turut terjejas namun tiada sebarang arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan banjir masih terkawal," katanya ketika dihubungi.

Foto

ORANG ramai terpaksa meredah banjir di Jalan P.Ramlee. FOTO Ramdzan Masiam

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06

'Jamming' menjelang Maghrib

Posted:

Kuantan: Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau 'jamming' lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai 'Tuhan Harun'.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.

Foto

KETUA pengamal ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan.


Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rumah jadi muzium haiwan

Posted:

Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu.

Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.


Georges Daoust, 75, menembak semua haiwan koleksinya itu dengan senapang miliknya ketika ekspedisi di seluruh dunia.

Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar 'Dundee Buaya Kanada' berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.


"Haiwan pertama saya tembak ialah caribou (sejenis rusa) di pantai Tasik Caniapiscau di utara Quebec. Itulah permulaan kisah pemburuan saya 40 tahun lalu. Dari situ, saya ke British Columbia untuk dua ekspedisi memburu sebelum saya digigit pijat Afrika. "Sejak itu saya tidak pernah berhenti menjelajah ke seluruh dunia kerana memburu. Saya sudah memburu di lebih 40 negara di seluruh dunia," kata Daoust.


Dia pernah diserang oleh seekor badak sumbu dan badak air ketika berburu di Tanzania.

Foto

DAOUST membunuh dan mengumpul bangkai haiwan sejak 40 tahun lalu.

Foto

BELIAU pernah diserang badak sumbu.

"Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka," katanya.


Georges baru pulang dari Mexico tempat dia memburu bebiri liar di padang pasir.

Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.


"Saya dikurniakan dengan banyak perkara dalam kehidupan. Hari ini, pada usia 75 tahun, saya perlu bersedia ke tepi untuk memberi peluang kepada yang lain, "Apa yang menjadikan saya gembira ialah memberikan koleksi saya kepada muzium supaya apa yang saya lakukan boleh diteruskan," katanya. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06

Bom bawah pikap

Posted:

Phatthalung: Seorang pegawai polis terselamat apabila teman wanitanya menyedari terdapat seutas tali yang diikat pada sebatang pokok dihubungkan pada sebutir bom di bawah trak pikap miliknya.

Inspektor unit kawalan jenayah balai polis Khuan Meed, Leftenan Muda Pitak Suwanmalai berkata, dia meletakkan trap pikapnya di kediaman teman wanitanya di daerah Tamod pada malam sebelumnya.


Keesokan hari, teman wanitanya menyedari ada seutas tali diikat pada pokok berhampiran. Wanita itu lalu memeriksa di bawah trak pikap berkenaan dan mendapati tali itu disambung pada sebutir bom di bawah kenderaan terbabit. Dia kemudian segera menghubungi balai polis untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

Skuad bom wilayah Phatthalung kemudian bergegas ke kawasan itu untuk melakukan pemeriksaan. Skuad itu mengesahkan terdapat sebutir bom di bawah trak pikap berkenaan sebelum memusnahkan bom berkenaan.


Sementara itu, polis berkata, serangan itu mungkin bermotifkan konflik peribadi. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved