Isnin, 17 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pistol tiruan polis bantuan

Posted: 16 Oct 2011 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ditahan di sebuah pusat hiburan di Sentul, di sini, awal pagi Khamis lalu, kerana memiliki sepucuk pistol tiruan dan 10 peluru hidup.

Difahamkan, sebutir peluru hidup yang tercicir daripada poket seluar suspek ketika cuba melarikan diri dalam serbuan pada jam 1 pagi itu menimbulkan keraguan di kalangan anggota polis sebelum usaha memberkasnya.


Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata anggota polis yang curiga dengan tindakannya mengejar suspek dan menahannya untuk siasatan.

"Suspek mengaku dia anggota polis bantuan yang tidak bertugas. Pemeriksaan di tubuhnya menemui sepucuk revolver .38 dan 10 peluru.


"Rentetan penemuan senjata api itu, anggota polis memeriksa kenderaan suspek sebelum menemui sepucuk pistol tiruan jenis auto miliknya yang disembunyikan dalam kereta berkenaan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan pusat operasi Community Policing di Dataran Pangsamurni Titiwangsa, Keramat Jaya 2, di sini, semalam.


Menurutnya, suspek direman sehingga esok (hari ini) dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Senjata 1960.

Mengulas mengenai program kepolisan itu, Zakaria berkata, penubuhannya bertujuan untuk membolehkan penduduk sekitar menyampaikan maklumat kegiatan jenayah secara terus kepada polis.


Katanya, pusat berkenaan atas inisiatif penduduk setempat selepas beberapa kes jenayah berlaku di kawasan terbabit yang mengorbankan anak pelakon, Norlia Ghani, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri dalam kejadian dua tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Aku pun boleh’

Posted: 16 Oct 2011 11:24 AM PDT

PEKAN: "Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini.

"Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu," kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.


Mohd Khairi yang terkenal dengan kegigihan mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar di Sungai Pahang, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu, mendirikan rumah tangga dengan Zaleha Mohd Nafis, 37, dan mereka kini menetap Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.

Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.


Katanya, tidak dinafikan perasaan bimbang anak yang bakal dilahirkan mengalami nasib sama dengannya setiap hari membuatkan selepas solat dia berdoa semoga Allah dapat membantu.


"Sepanjang isteri mengandung, sebanyak tiga kali proses imbasan dilakukan bagi mengetahui jantina seterusnya keadaan anak yang bakal lahir, saya berpuas hati kerjasama yang diberikan pihak Hospital Pekan dan Pusat Kesihatan Paloh Hinai, di sini, begitu membanggakan.

"Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, walaupun saiz anak lelakinya agak kecil dengan berat 2.49 kilogram, dia bersyukur proses kelahiran di wad bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada kedua-dua insan disayanginya itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Fong Ying optimis

Posted: 16 Oct 2011 10:52 AM PDT

CHAI Fong Ying yang baru saja melakar sejarah sebagai atlet Malaysia pertama meraih kemenangan kali ketiga sebagai juara dunia, optimis jurang untuk menyaingi barisan atlet dari China semakin hampir.

Atlet berusia 25 tahun itu merangkul pingat emas di Kejohanan Dunia Wushu di Ankara, Turki dengan catatan 9.66 mata acara taijijian (taijisword) sekali gus merebut semula gelaran juara dunia yang pernah diraihnya pada 2005 di Hanoi dan 2007 di Beijing.


Namun, Fong Ying berkata, meskipun dirinya sudah tiga kali bergelar juara dunia tetapi China masih mendominasi sukan seni kegemarannya itu.

"Tidak dinafikan sebagai negara asal sukan wushu, mereka (China) hebat. Tetapi tidak mustahil untuk kita mengejar mereka di masa depan jika saya bersama rakan seangkatan kekal konsisten.


"Walaupun sudah bergelar juara, saya masih belum berpuas hati dengan prestasi di Turki. Banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk menundukkan China," katanya yang turut meraih gangsa acara taijiquan.


Skuad negara yang baru pulang awal pagi semalam, turut membawa kejayaan dua perak menerusi Diana Bong dan Loh Jack Chang serta tiga lagi gangsa dari Ng Say Yoke, Diana dan adik perempuan Fong Ying, iaitu Fong Wei.

Mengulas lanjut, Fong Ying berkata, dirinya akan lebih bersedia di kejohanan tahun depan bagi mencapai kejayaan lebih baik sekali gus menumbangkan China.


"Saya tidak akan berhenti berusaha selagi tidak puas hati dengan pencapaian diri sendiri. Bagi saya, prestasi untuk menewaskan lawan masih jauh apatah lagi negara lain sudah semakin baik. Oleh itu, saya akan teruskan latihan intensif meskipun sudah menutup tirai kejohanan sepanjang 2011," katanya.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Wushu Malaysia (PWM), Winnie Chin, berkata kejayaan Fong Ying dan rakan seangkatan menepati sasarannya.


"Kami sememangnya meletakkan sasaran satu emas dan semua mereka tampil hebat sekali gus membuatkan PWM bangga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Pemain muda jangan terlampau dabik dada’

Posted: 16 Oct 2011 10:48 AM PDT

BARISAN pemain perseorangan muda negara masih belum boleh mendabik dada dan menganggap diri mereka sudah setanding pemain elit dunia meskipun ada di antara mereka mempamerkan peningkatan prestasi beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua jurulatih Rashid Sidek berkata kelompok pemain yang bakal mengambil alih tempat Datuk Lee Chong Wei sudah mula ada keyakinan tetapi masih terlalu jauh untuk menguasai persada badminton dunia.


"Memang bagus apabila ada pemain mula melakukan kejutan dan mara jauh di pentas antarabangsa, tapi masih terlalu banyak kekurangannya," kata Rashid.

Beliau memuji persembahan pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun (gambar), Chan Kwong Beng dan Liew Daren yang melakukan kejutan di GP Emas Terbuka Indonesia bulan lalu tetapi baginya semua pemain muda ini kurang konsisten.


"Mereka ada kualiti untuk menjadi pemain yang baik dan bila-bila masa boleh menang, tapi kurang konsisten.


"Untuk menguasai badminton dunia mereka harus konsisten dan kejutan yang sekali sekala di lakukan ini bukan lagi suatu yang boleh dibanggakan," kata Rashid.

Di Terbuka Indonesia, Daren mengejutkan pilihan keenam Simon Santoso dari Indonesia di pusingan pertama sebelum dia ditewaskan Ramdan di pusingan kedua.


Sementara Kwong Beng pula melangkau jangkaan apabila menewaskan Sony Dwi Kuncoro.

Di GP Final Kebangsaan beberapa hari lalu pula, Ramdan mengejutkan Mohd Arif Latif untuk ke separuh akhir sebelum tewas kepada Chong Wei, manakala Goh Soon Huat pula mengejutkan Chong Wei Feng di separuh akhir, melakar pertemuan bersejarah dengan Chong Wei meskipun dia tewas mudah kepada pemain nombor satu dunia itu.


Ramdan dan Soon Huat adalah generasi ketiga perseorangan negara yang menjadi pelapis kepada Arif, Kwong Beng, Wei Feng dan Daren mula menunjukkan petanda positif sejak hampir dua tahun dilatih Hendrawan.


Justeru Ramdan, Soon Huat serta beberapa lagi pemain muda seperti Iskandar Zulkarnain dan Muhd Syawal Ismail sepatutnya di beri lebih pendedahan kerana hanya pendedahan di kejohanan kompetitif seperti Cabaran Antarabangsa dan Grand Prix boleh mengasah bakat serta pengalaman mereka untuk matang lebih awal daripada usia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Perompak hingusan

Posted: 16 Oct 2011 09:35 AM PDT

LIVERPOOL: Dia baru berusia 13 tahun tetapi tetap berupaya berlagak bersahaja dengan senapang patah ketika merompak selama 10 hari hingga mencetuskan ketakutan di sebuah bandar.

Polis menemui gambar Jobe Kilbride dengan memegang senjata itu yang dimuat turun oleh rakannya dari telefon bimbitnya.


Samseng berusia belasan tahun itu adalah anggota termuda satu kumpulan lima orang yang melakukan rompakan selama 10 hari di seluruh Liverpool pada April dan Mei lalu, Sepanjang melakukan rompakan itu, kumpulan berkenaan yang anggotanya berusia dari 13 hingga 18 tahun, mensasar pemandu teksi dan peniaga kedai dan seorang lelaki ditembak.

Semalam, mereka mula menjalani hukuman dengan jumlah lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap polis.


Ketua kumpulan, Bradley Beveridge, 18, diawasi polis sejak berusia awal belasan tahun dan sudah didapati bersalah terhadap beberapa jenayah.


Dia memaki hamun Hakim Mark Brown ketika dibawa keluar dari Mahkamah selepas dijatuhi hukuman.

Kilbride dipenjara empat tahun sementara abangnya, Declan, 16, sembilan tahun.


Declan Culshaw, remaja berusia 15 tahun, yang turut terbabit dalam rompakan terakhir kumpulan itu sebelum ditangkap, dipenjara lima tahun sementara seorang lagi remaja berusia 14 tahun, Dylan Currie, dijel enam tahun.

Hakim menarik balik larangan sekatan menyebut nama pesalah bagi membolehkan akhbar menyiarkan nama kumpulan itu. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai

Posted: 16 Oct 2011 09:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berusaha kawal diri

Posted: 16 Oct 2011 07:47 AM PDT

FILEM pertama lakonannya, Azura, belum ditayangkan di pawagam untuk melihat kemampuan yang ada padanya. Namun dirinya terus mendapat perhatian hingga berderet filem dibintangi, tetapi semuanya masih menanti tayangan.

Itulah tuah bintang baru yang jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22, yang mula mendapat perhatian apabila ditawarkan Aziz M Osman membintangi Azura versi baru.

Selepas Azura, Neelofa membintangi King Kapcai terbitan KRU Studios, SAM (Skop Productions Sdn Bhd) dan Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac yang menjalani penggambaran sejak 8 Oktober lalu.

Terbaru, Neelofa turut menjadi pilihan pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi untuk membintangi filem pertama arahannya, Pak Pong, filem bercorak aksi komedi ini.


Neelofa mengakui tertarik dengan tawaran Fauzi kerana menjangkakan pengalaman yang bakal ditimba dalam filem ini nanti suatu yang menarik dan mencabar kerana perlu melakonkan adegan aksi.


"Sebelum setuju berlakon, saya terlebih dulu meneliti plot dan watak yang ditawarkan. Apabila cepat melangkah ke layar perak, saya berasakan tekanan diberikan banyak dan jangkaan penonton juga tinggi.

"Orang kata jika cepat naik populariti, akan cepat jatuh, tetapi saya berusaha kawal diri. Saya percaya tidak semesti berlakon sekadar rupa kerana ramai lagi pelakon lain yang lebih cantik.

"Apa yang penting, ia bergantung kepada pembawakan diri seseorang. Saya sendiri percaya pendidikan itu penting walaupun tidak menjadi artis.

"Saya bersyukur dalam tempoh lapan bulan menjadi pelakon, bayaran yang saya terima agak tinggi. Bagi pelakon, jika dapat memberikan lakonan dengan betul, ia memberi kepuasan tetapi saya sukakan cabaran," katanya.

Bergandingan bersama Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2010, Neelofa bersama Fauzi dipertemukan pertama kali menerusi drama Jiwa & Lara yang kini disiarkan di TV3 setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Bagi Fauzi, pemilihan Neelofa sebagai salah seorang tiga 'heroin' bersama Marsha Londoh menjadi pilihan tepat berdasarkan pengalaman mereka berlakon sama menerusi Jiwa & Lara.

"Saya nampak dia mempunyai faktor X yang mungkin dia sendiri tidak tahu. Dia mudah bekerjasama dan terima pandangan orang lain.

"Mengikut profil dia dikenali ramai dan mempunyai sifat lemah lembut, saya berusaha mencipta karakter berbeza dirinya dalam filem ini," katanya ketika hadir pada sesi fotografi di Balai Berita baru-baru ini.

Memberi tarikan, watak Neelofa dijelmakan sebagai orang bunian iaitu Puteri Serapik dari satu kawasan penempatan yang diserang jin. Dalam menterjemah skrip dihasilkan sejak tiga tahun lalu, Fauzi positif mengenai sokongan penonton terhadap filem tempatan.

"Latihan aksi filem ini dibuat sebulan bermula 1 November nanti sebelum penggambaran dijangka bermula 1 Disember di sekitar Lembah Klang dan Melaka.

"Dalam tempoh sebulan berlatih, saya berusaha melatih pelakon dari aspek aksi bersama kumpulan aksi saya sendiri, X-Stream yang sudah ditubuhkan sejak 12 tahun lalu.

"Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh latihan itu. Jika ada pelakon yang tidak menunjukkan kesungguhan, saya boleh tukar mereka pada saat akhir. Dalam menjadikan filem ini terbaik, saya juga dapatkan khidmat pelakon pembantu yang hebat seperti Saiful Apek dan Hattan," katanya turut dibantu pelakon aksi berpengalaman, Faiz Azmi dan Ahmad Hilmi Ishak.

Sebagai debut mengarah di layar perak, Fauzi akui dia cerewet dari aspek lakonan dan aksi yang ingin disampaikan pada penonton. Untuk mendapat kepuasan, dia sanggup menunggu.

"Produser Nine Country Pictures Sdn Bhd tidak cerewet seperti saya kerana dia banyak kali melakukan kajian mengenai kutipan filem. Saya percaya cerita yang bagus disimpan lama.

"Dalam pada itu, saya juga mengadakan uji bakat untuk mencari watak hero dan seorang lagi 'heroin'. Untuk hero, saya mencari lelaki berwajah Melayu asli berusia antara 20 hingga 30-an, boleh melakukan adegan pertarungan tanpa mengira pengalaman pelakon baru atau senior.

"Heroin pula, mesti bertudung dan pandai mengaji kerana karakternya lebih pada ustazah dan muslimah," katanya.

Neelofa pasang impian bertudung

BARU setahun jagung dalam industri hiburan, namanya terus hangat diperkatakan. Selepas digosip bercinta dengan Shahz Jazle ketika membintangi Azura, Neelofa juga dikaitkan pula dengan kontroversi berebut lelaki status VIP.

Ketika sibuk menjalani penggambaran Lemak Kampung Santan, dia sekali lagi berdepan kontroversi apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Hans Isaac yang bertindak sebagai pengarah.

Neelofa mengakui ada mendengar gosip menyatakan dia dengan Hans keluar berdua menonton wayang. Katanya, situasi sebenar mereka bukan keluar berdua tetapi bertiga bersama seorang lagi produser atas dasar berbincang mengenai filem ini.

"Saya masih waras untuk keluar berdua dan jika saya sudah mempunyai kekasih sekalipun, saya tidak mempunyai masalah menunjukkan aksi seperti itu depan khalayak," katanya.

Dalam Lemak Kampung Santan, Neelofa diberi watak penjual nasi lemak tepi jalan yang hidup berdikari membantu bapanya berniaga.

Neelofa juga tidak kisah dengan deretan filemnya yang belum ditayangkan sebaliknya terus melangkah penuh yakin dengan berlakon drama TV. Selepas muncul tiga drama, Kitab Cinta, Jemaah Kolestrol dan Anjasmoro, dia beraksi menerusi drama bersiri, Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima yang semakin diminati ramai.

Menariknya, watak pelakon pembantu, Suraya dimainkan dalam drama ini menonjol bakat diri melakonkan karakter penggoda. Berbeza dengan lakonan itu, dia pernah membawa watak bertudung menerusi Kitab Cinta.

Begitu juga, Neelofa kembali membawakan karakter gadis bertudung menerusi filem keduanya, King Kapcai. Dia yang sibuk dengan proses rakam suara (dubbing) filem ini, berpandangan watak Jun yang dibawa kali ini turut mencabar diri.

"Dalam filem ini, saya melakonkan watak pelajar dan bertudung. Saya tidak kisah sebenarnya pakai tudung atau tidak untuk berlakon tetapi apa yang saya sedar, ada penonton yang suka saya bertudung," katanya yang memasang impian memakai tudung secara peribadi suatu hari nanti.

PROFIL

NAMA: Noor Neelofa Mohd Noor
NAMA KOMERSIAL: Neelofa
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
FILEM: Azura, King Kapcai, SAM, Lemak Kampung Santan dan Pak Pong
DRAMA: kitab Cinta, Jemaah Kolestrol, Anjasmoro, Tahajjud Cinta dan Jiwa & Lara
PENGACARAAN: Paparazzi (KRU Studios)

PROFIL

NAMA: Mohd Fauzi Mohd Nawawi
NAMA KOMERSIAL: Fauzi Nawawi
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1973
USIA: 38 tahun
ASAL: Pantai Remis, Perak
PENCAPAIAN: Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa, 2010)
FILEM: Orang Minyak dan Anak Halal (2007), Tipu Kanan Tipu Kiri (2008) dan Songlap
DRAMA: Sari Maya, Sudu & Garpu, Kemboja Putih, You Saka Pergi Jauh-Jauh, Sebelum Akhirat, Pucuk Muda Kerabu Tauge dan Jiwa & Lara

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang tarik orang muda suka lagu lama

Posted: 16 Oct 2011 07:34 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]FAKTOR usia bukan hala­ngan untuk seseorang aktif menyanyi dan menghiburkan orang ramai. Justeru penganjuran pertandingan Juara Bintang Nostalgia Klasik Nasional (BNKN) 2011 sememangnya platform terbaik untuk mengangkat bakat baru dalam dunia seni suara di kalangan mereka berusia 30 tahun ke atas.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved