Rabu, 17 Julai 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Berani mati

Posted: 16 Jul 2013 12:23 PM PDT

Melaka: Tiga lelaki warga Nigeria sanggup menggadai nyawa apabila turun melalui balkoni dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Batu Berendam di sini, bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen negeri, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya melarikan diri, manakala seorang daripadanya berusia 42 tahun tersangkut di tingkat satu balkoni pangsapuri berkenaan sebelum ditahan.


Penolong Pengarah merangkap Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Asani Ladjani berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa lebih setengah jam bagi memujuk lelaki itu supaya menyerah diri.

"Malah, kami terpaksa memanggil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membolehkan lelaki berkenaan dibawa turun dengan selamat sebelum menyerah diri.


"Dalam serbuan di unit berasingan di tingkat dua, dua lelaki warga sama dan seorang perempuan warga Thailand ditahan selepas pegawai kami terpaksa memecah pintu premis itu," katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.


Menurutnya, tiga lelaki Nigeria dan seorang wanita Thailand itu antara 22 warga asing berusia 18 hingga 42 tahun yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Batu Berendam, tapak pembinaan di Taman Paya Emas, Tanjung Minyak dan rumah di Jalan Jasa Merdeka.

Foto

SEORANG lelaki Nigeria tersangkut di balkoni sebelum ditahan dengan bantuan JPAM.

Menurutnya, semua yang ditahan membabitkan enam lelaki Nigeria, Myanmar (9), Indonesia (5), Nepal (1) dan seorang wanita Thailand.


Katanya, serbuan lima jam bermula jam 10 malam itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah S Santhee bersama 17 pegawai.

"Dalam serbuan di satu lagi unit di tingkat satu pangsapuri sama, kami turut menahan tiga lelaki warga Nigeria.


"Hasil pemeriksaan, empat lelaki berkenaan disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah, manakala dua yang lain memiliki dokumen palsu," katanya.


Menurutnya, serbuan di tapak pembinaan di Taman Paya Emas menemui penemuan mengejutkan apabila dua lelaki warga Indonesia dijumpai menyorok di atas siling rumah kedai yang sedang dalam pembinaan.


"Mereka berjaya ditahan selepas pegawai kami mengesan pergerakan di atas siling berkenaan dan hasil pemeriksaan ada lubang kecil dan tangga disediakan untuk naik ke atas siling.


"Ketika serbuan hanya dua orang berjaya ditahan di atas siling berkenaan, manakala yang lain melarikan diri, laluan di siling yang dipercayai dijadikan tempat tidur mereka itu hanya boleh diakses secara meniarap," katanya.


Menurutnya semua ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 56(1a)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gelek waktu Tarawih

Posted: 16 Jul 2013 12:40 PM PDT

Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini 'menghidangkan' artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.

Foto

GELAGAT dua artis wanita berpakaian seksi pada mini konsert terbabit.


Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17

Bayi bukan untuk dijual

Posted: 16 Jul 2013 12:40 PM PDT

Kuala Lumpur: Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama," kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu.

Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui wartawan Metro Ahad ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu 'menjual' anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya.

"Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain.

Foto

ZAKI dan Maya bersama bayi mereka.


"Selama ini kami tidak berduit dan tidak berharta, malah hidup merempat tetapi kami masih boleh hidup hingga kini. Kenapa bila sudah beranak, kami tidak boleh meneruskan kehidupan?

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


SSBJ 'rantai' 3 pemain

Posted: 15 Jul 2013 08:21 AM PDT

Kelana Jaya: Tindakan pihak pentadbiran Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tidak membenarkan tiga pemain menyertai skuad Harimau Muda C bagi menyertai program latihan dan perlawanan persahabatan di Slovakia mengundang rasa kecewa jurulatih skuad bawah 19 tahun, Aminuddin Hussin.

Tiga pemain itu, penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, pemain tengah Mohd Raphi Azizan dan pertahanan kiri Mohd Arif Fadzilah Abu Bakar terpaksa diketepikan daripada senarai 25 pemain yang berlepas ke Slovakia malam tadi bagi mengharungi kejohanan jemputan dan perlawanan persahabatan di negara itu hingga 20 Ogos.


Bagi Aminuddin, alasan tempoh masa program terlalu panjang yang diberikan pihak SSBJ sukar diterima kerana mereka sudah bersama pasukannya selama enam bulan dan ketiga-tiga pemain menjadi tonggak pasukan sebagai persediaan menghadapi dua kejohanan penting, Piala AFF B-19 di Surabaya, September ini dan pusingan kelayakan Piala AFC di China pada Oktober.

"Jika mereka tidak bersama kami ke Slovakia, pastinya ia akan menjejaskan persiapan pasukan. Mereka (SSBJ) memberikan alasan program ini terlalu lama, tapi bagi saya SSBJ sebuah sekolah sukan dan sepatutnya lebih memahami dan membantu pasukan ini.


"Semua pemain ini sudah mendapat kebenaran penjaga masing-masing tapi SSBJ masih tidak membenarkan mereka pergi. Saya tidak kisah sama ada SSBJ diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan bukannya Kementerian Pelajaran, sebaliknya saya hanya mahu ada pihak yang boleh membantu demi perkembangan bola sepak tanah air," katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Aminuddin juga hairan bagaimana mereka tidak mendapat kerja sama daripada sebuah sekolah sukan elit negara sedangkan mereka tidak berdepan masalah membawa tiga pemain dari sekolah biasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Kalau untuk kejohanan, SSBJ benarkan tapi untuk program pendedahan seperti ini tidak boleh. Bagaimana pemain boleh beraksi di kejohanan kalau tidak mendapat latihan dan pendedahan dulu," tegasnya.


Selama lebih sebulan di Slovakia, Harimau Muda C akan menyertai satu kejohanan jemputan dan mengharungi lapan perlawanan persahabatan dengan skuad B-19 kelab liga utama negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/15

Duo gagal ujian dadah

Posted: 15 Jul 2013 08:14 AM PDT

London: Bekas juara pecut berganda dunia Tyson Gay mencetus tamparan besar terhadap sukan olahraga kelmarin apabila menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Moscow bulan depan selepas gagal ujian dadah.

Gay melakar tiga catatan terpantas 100 meter tahun ini dan pertembungannya dengan juara 100 dan 200m Olimpik Usain Bolt dari Jamaica dijangka menjadi kemuncak kejohanan itu.


Sebaliknya dia menarik diri daripada kejohanan Liga Berlian di Monaco Jumaat ini dan Kejohanan Dunia pada hari terburuk buat sukan utama Sukan Olimpik itu.

Juga kelmarin, bekas pemegang rekod 100m dunia Asafa Powell dan pemenang pingat perak acara 4x100m Olimpik Sherone Simpson mengesahkan mereka diuji positif dengan bahan rangsangan oxilophrine pada Kejohanan Kebangsaan Jamaica bulan lalu.


Oxilophrine mempunyai kandungan sama dengan ephedrine, sekalipun ia mempunyai struktur kimia berbeza dan kedua-duanya berada dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Dadah Dunia.


Powell, 30, yang beraksi bagus akhir-akhir ini berkata, dia tidak tahu-menahu mengambil sebarang bahan yang melanggar peraturan.

"Kini dan selamanya saya tidak pernah menjadi seorang penipu," katanya dalam satu kenyataan.


Sherone, 28, yang berkongsi tangga kedua acara 100m pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan memenangi emas 4x100m di Athens 2004, turut menafikan menyedari mengambil sebarang bahan terlarang.

"Ini satu saat sukar buat saya," katanya dalam satu kenyataan.


"Sebagai seorang atlet, saya tahu dan bertanggungjawab terhadap apa juga yang saya ambil. Saya tidak mengambil secara sengaja sebarang bahan terlarang." Terdahulu sumber dalaman olahraga Jamaica berkata, lima atlet termasuk dua pemenang pingat Olimpik diuji positif dadah pada kejohanan itu.


Pengurus Bolt dan juara 100m dunia Yohan Blake berkata, atlet mereka tidak terbabit. Blake tidak bertanding pada kejohanan itu kerana kecederaan manakala Bolt menang acara 100m. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/15
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved